Friday, 1 November 2013

Filem Pendek Gay Jepun








recently lepas dah aku habis study semua for this year, (tak lama lagi nak balik Malaysia, yeaaa!!) aku kerap pula tengok short film gay kat YouTube.. maybe sebab nak ambil idea or ambil mood untuk my own novel Unspeakable Love tu.. cakap kata akan release pada November.. but actually, tak tulis lagi pun.. ahaks.. XD

okay, dalam banyak-banyak citer short film gay yang aku tengok tu kan, aku tertarik dengan satu filem pendek dari Jepun ni.. tajuknya 'Quite Ordinary'.. bagi aku citer ni memang 'quite ordinary' lah berbanding dengan short film gay yang aku pernah tengok selama ini.. sebab apa? sebab watak yang ada dalam citer tu.. usually lah kan, dalam mana-mana filem pendek, drama, movie ataupun novel, rata-rata watak utama dalam citer tu mesti lelaki yang hensem tak pun comel-comel.. memang benda ni dah jadi kebiasaan.. kita sendiri pun faham kan.. maybe sebab watak hensem-hensem or comel-comel tu semua membuatkan yang melihat/membaca cerita tu mula lah berangan-angan fikir bestnya dapat couple hensem/comel.. okay, memang biasanya macam tu lah kan.. cuba fikir semula dalam mana-mana novel, short filem, movie or drama yang korang pernah tengok sebelum ni, mesti watak utama tu orangnya memang kira macam ada rupa lah juga.. mostly memang macam tu lah kan..

but in reality, dalam dunia sebenar semua nya takde lah macam tu sangat.. or maybe juga macam tu, sebab usually aku tengok yang hensem ni, couple nya pun mesti ada rupa gak.. hensem dengan yang hensem, dah macam jadi trend.. but ada je yang ada rupa tapi couple dia takde rupa sangat..

so, berbalik pada citer "Quite Ordinary" ni, actually ianya bukan lah tentang pasangan couple ni seorang muka hensem, seorang lagi tak.. but apa yang aku nak sampaikan adalah tentang watak utama tu, aku a bit terkejut and tak sangka lah, kali pertama aku melihat orang berbadan besar memainkan watak utama dalam cerita genre macam ni.. dan aku rasa ia agak 'quite ordinary' sebab sebelum ni kan memang aku tak pernah lagi tengok yang macam tu.. 

citernye pendek je, kisah seorang guru (yang berbadan besar) yang suka pada anak muridnya secara diam-diam.. kalau nak tahu citer ni kena tengok sendiri lah ye..












Thursday, 24 October 2013

Lukisan






just nak tunjuk lukisan dari seorang pembaca blog aku tentang watak dalam citer Unspeakable Love.. hehehe.. comel tak? apa pun, terima kasih banyak lah sebab lukis benda ni.. aku suka je kalau ada yang buat macam ni.. kalau ada yang nak buat lagi, boleh dialu-alu kan.. :)





Friday, 18 October 2013

Seni ataupun Lucah??

i think ada orang kurang faham atau fikir lain bila aku bercakap mengenai 'art' dalam post sebelum ni.. dalam preview citer Unspeakable Love, aku ada sentuh tentang satu perkara mengenai art yang mungkin bagi sesetengah orang tidak begitu setuju mengenai pendapat aku ataupun salah tafsir dengan apa yang aku maksudkan..

ayat yang mungkin agak provokatif..



"di kaca mata seniman, 'nudity' itu adalah seni.. tiada pakaian yang paling indah melainkan tubuh manusia itu sendiri.."



mungkin orang anggap bila aku sebut mengenai 'nudity' yang terfikir dalam otak adalah sesuatu yang lucah.. then, mungkin ada yang mempersoalkan kenapa pula aku nak sokong 'nudity' ni sebagai sesuatu yang seni? adakah aku ni jenis yang tidak bermoral sampai anggap ia adalah arts?

okay, aku nak cakap satu perkara, semua benda adalah berlainan.. agama ataupun moral adalah sesuatu yang lain, arts pula satu benda yang lain.. bila kita bercakap mengenai arts, seni ni tak mengenal apa itu moral yang baik ataupun moral yang buruk.. sebab itu aku kata arts itu adalah sesuatu yang berlainan dari pandangan agama ataupun moral.. sebab seni itu adalah 'buta'.. ia tidak kira sama ada sesuatu itu bertentangan dengan moral ataupun tak.. namun seni juga boleh dipandukan pada moral atau pandangan agama mengenai bagaimana ia harus dilaksanakan..

maka, bila bercakap tentang 'nudity', kalau ikut mengenai pandangan agama kita ia adalah sesuatu yang tak sepatutnya ditunjukkan pada umum.. dan tak dapat dinafikan bagi banyak seniman menganggap tubuh manusia adalah sesuatu yang artistik.. ia adalah fitrah manusia suka pada tubuh manusia.. seperti mana seorang lelaki (normal) suka pada tubuh seorang wanita.. dan begitu juga dengan yang sebaliknya.. bagi kes yang homo pula, faham-faham lah macam mana.. hehehe.. actually, ini juga pendapat aku yang menggangap 'tiada pakaian yang paling indah sekali melainkan tubuh manusia itu sendiri..' okay, yang ni memang datang dari mulut aku sendiri.. memang itu apa yang aku fikirkan.. so, nak tahu apa penjelasan aku?

apabila seorang lelaki berpakaian serba mahal, baju punya lah harga berjuta-juta, jenama bukan calang-calang lagi ni, then dibandingkan dengan seorang lelaki yang shirtless, body bukan main seksi lagi, masuk taste kita lah, menggoda, antara dua ni yang mana akan lebih menarik perhatian kita? i think lah, majoriti manusia matanya lebih tertarik pada individu yang shirtless itu.. sebab apa? body manusia itu ada faktor penarik yang sangat kuat, aura yang menggoda, di mata kita anggap ia adalah sesuatu yang 'indah' biarpun dibandingkan dengan baju yang mahal tu kan.. sebab itu aku kata 'body manusia itu sendiri adalah pakaian yang paling indah'..

keindahan itu adalah seni, namun sesuatu yang buruk juga adalah seni.. sebab itu aku kata 'seni itu buta'.. tak semestinya ia harus sesuatu yang cantik, then baru kita kata ia adalah seni..

berbalik pada kes 'nudity' ini.. sekali lagi nak dikatakan, seni itu buta.. ia boleh jadi sesuatu yang lucah kerana seni itu adalah sesuatu bebas namun boleh dilandaskan dasar nilai moral.. ada orang guna seni untuk cari provokasi, ada yang guna seni untuk cari pendamaian.. namun dari sudut pandangan aku, dan apa yang aku maksudkan dengan my own term 'nudity' itu.. aku tunjuk gambar-gambar ni..









ini lah yang aku maksudkan dengan my own term tentang 'nudity'.. bukan lah sesuatu yang keterlaluan.. bukan lah untuk menimbulkan nafsu dan keghairahan, sesuatu yang lucah.. sebab aku dah kata kan, seni itu boleh dipandukan pada moral manusia.. ia adalah tentang tubuh manusia.. bagaimana seorang seniman itu amat suka dengan tubuh manusia.. mereka tahu bertapa tubuh manusia itu adalah sesuatu yang indah dan artistik.. setiap perinci kulit yang membalut tubuh, setiap perinci otot yang membina bentuk di mata seniman ia adalah sesuatu yang sangat indah.. disebakan itu banyak seniman yang suka dengan subjek seperti ini.. namun semua terpulang pada seniman itu bagaiman pembawaan mereka sama ada ia mengikut moral di mata masyarakat ataupun tidak.. namun tidak semestinya jika bertentangan dengan apa yang kita rasakan tidak betul, lalu kita menafikan ia adalah sesuatu yang bukan seni.. sebab sekali lagi aku kata seni itu buta.. ia boleh jadi sesuatu yang provokasi, menghina namun boleh juga sesuatu yang membawa ketentangan..

by the way, kenapa aku suddenly banyak bercakap mengenai arts semua? kalau anda baca preview cerita Unspeakable Love, seolah-olah theme seterusnya banyak menceritakan mengenai arts.. tapi kenapa? actually benda ni disebabkan pengaruh juga lah.. yang tahu dan mengikuti blog ni tahu lah yang aku ada lah ambil kelas art untuk my minor subjects.. then bila ambil subject ni sedikit sebanyak akan mempengaruhi aku juga lah.. di sini aku nak sentuh tentang sesuatu.. ia adalah mengenai homosexuality and arts..

bila aku ambil kelas arts, kita orang diperkenalkan dengan dengan pelbagai hasil kerja para seniman.. dan salah seorang seniman itu adalah seorang yang lesbian.. nak diringkaskan cerita, hasil kerja perempuan ni mostly adalah bertemakan about her feeling, expression mengenai suara hati seorang lesbian seperti dia.. maksudnya hasil kerja perempuan ni selalu discuss about apa yang dia telah lalui sebagai individu songsang.. so, ia adalah expression melalui arts.. menyampaikan suara hati melalui arts.. then aku tertarik mengenai hal ini.. menyampaikan suara hati seorang lesbian melalui hasil seni nya.. honestly, aku pun macam almost nak buat benda yang sama untuk my own assignment dengan tema yang sama.. namun aku tak rasa yang aku ni jenis yang open untuk mengatakan seksualiti secara terbuka.. so, in short ideanya ditafsirkan dalam bentuk tulisan citer Unspeakable Love.. kiranya, macam tu lah ceritanya..






Tuesday, 15 October 2013

Sesuatu Tentang Seni









"...kerana tubuh manusia itu adalah sesuatu yang paling sempurna di mata manusia.. malah baju emas sekali pun jika dibandingkan sekali pun tidak terlawan keindahan dan keunikkan tubuh manusia itu sendiri.. di setiap lengkungan, bentuk yang membina tubuh kita ini mempunyai nilai artistika yang tinggi.. ia ada daya penarik, aura yang meransang mungkin juga sesuatu yang provokasi, sesuatu yang setiap manusia faham bertapa indahnya tubuh manusia itu.. ia juga bayangan tentang diri kita, dan mungkin juga bayangan yang kita impikan.. maka, tidak hairan lah banyak seniman terkemuka memilih subjek seperti ini.. di kaca mata seniman, 'nudity' itu adalah seni.. tiada pakaian yang paling indah melainkan tubuh manusia itu sendiri.."

"bila kau bercakap macam tu, aku mula teringatkan sesuatu.." balasku..

"tentang apa?"

"bila aku pernah jadi subjek untuk lukisan buat seseorang.. kata-kata itu hampir serupa dengan apa yang pernah dia katakan.."

"siapa?"

Aku terdiam...

minda ini masih jelas terbayang saat itu.. dalam bilik yang agak gelap, aku duduk di satu sudut.. si dia hanya memandangku dengan penuh keterujaan.. dia tidak berkata apa-apa, namun dari pandangan matanya itu adalah sesuatu yang nyata.. duduk di kerusi, sambil diriku diperhatikan oleh dirinya, aku kekok seketika.. malu sedikit.. entah kenapa dia tiba-tiba memandang aku dengan pandangan tajam.. kemudian, yang memeranjatkan dia pinta aku untuk membuka baju.. terkejut, malu, aku bertanya kenapa.. lalu dia berkata..

"kerana dengan berbuka baju lagi lebih artistik.."



-Saiful-









Unspeakable Love -Part 31-










coming soon this November..