Wednesday, 20 May 2015

Kenapa Aku Consider untuk Berkahwin??








Benda ni sebenarnya aku dah berkali-kali nak cerita dalam blog ni.. aku try nak update blog ni yang semakin lama semakin tak aktif.. tapi bila aku nak update tu, terus tak tahu nak tulis macam mana..

Okay.. menyentuh pada tajuk entri blog kali ni.. kenapa aku membuat pertimbangan untuk berkahwin? Tapi jangan salah faham lah.. bukan aku plan pasti untuk berkahwin.. Cuma ia masih lagi lagi pertimbangan.. sebab dengan berkahwin ni ada banyak kelebihan berbanding kalau kita single sampai mati.. jadi disebabkan ‘kelebihan’ tu lah mungkin jadi satu factor ‘penarik’. Lagi pun, kahwin tu kan satu amalan sunat yang sangat digalakan oleh Allah..



Merujuk kepada blog Kindaichi Kid, ada tertulis ayat…


“ada hikmah kita jadi PLU ni..”



Hikmah ni merujuk kepada kita sebegai PLU yang still tak kahwin lagi berbanding dengan adik-beradik kita yang dah kahwin ada rumahtangga sendiri, kalau parent kita sakit, kita (PLU) yang masih single ni boleh focus untuk jaga dorang.. sebab adik-beradik kita yang dah kahwin tu macam takde kelapangan sikit.. ye lah, dah kahwin tu ada isteri/suami dan anak-anak lagi nak diuruskan.. tapi kalau yang (PLU) single yang takde isteri dan anak membuatkan kita boleh focus pada parent kita sahaja disaat-saat kalau dorang memerlukan, misalnya macam kalau parent kita jatuh sakit.. kita lagi ada masa nak tolong berbanding orang yang dah berumahtangga.. so, mungkin ni lah dikatakan hikmah jadi PLU.. mungkin..

Tapi… ia menimbulkan satu persoalan..


“kalau kita pula yang jadi tua dan sakit, siapa pula yang tengok-tengok kan kita?”


Haaaaa.. jadi ini adalah antara beberapa factor yang membuatkan aku ‘consider’ untuk berkahwin semata-mata nak ada zuriat.. memiliki anak sendiri ni ada banyak kelebihan.. aku anggap ada anak sendiri ni adalah satu pelaburan.. bila kita nak invest sesuatu, ianya macam satu perancangan masa depan.. kita mengharapkan ‘keuntungan’ daripada pelaburan kita yang telah kita laburkan.. so, kita harap ia akan memberi manfaat pada kita pada satu hari nanti.. perumpamaan ini sama seperti dengan memiliki zuriat.. anak kita seumpama pelaburan kita.. bagaimana kita mendidik mereka, bila dah besar nanti sama ada akan menjadi seorang anak yang mengenang budi, soleh, anak yang baik, secara tak langsung kita sebagai parent turut merasai ‘kesenangan’.. tapi.. kalau dorang membesar menjadi anak yang menimbulkan masalah, jadi penjenayah, tak mengenang budi, maka secara tak langsung juga kita pun turut mendapat negatifnya.. sebab tu aku kata anak ni satu pelaburan..

Kalau difikirkan aku ni sebenarnya tak kisah kalau tak ada anak sendiri.. mungkin sebab pada saat ni aku takde lagi naluri seorang ayah kot yang teringin nak ada anak sendiri.. tapi recently aku banyak kali fikir tentang perancangan masa depan.. kahwin atau tak berkahwin tu salah satu daripada apa yang aku fikirkan.. kalau boleh tak payah kahwin lah.. hidup single ni senang, kurang tanggujawap.. tak payah nak fikir soal makan minum keluarga, soal isteri dan anak-anak.. hanya perlu fikir pasal diri kita je.. senang..

Tapi tu lah.. hidup kita tak selalunya senang.. lagi-lagi disaat kita ‘lemah’ sekiranya hidup kita panjang sampai ketua.. macam yang aku cakap.. kadang-kadang kita perlukan orang lain untuk jaga kita disaat kita memerlukan.. dan orang yang kita perlukan tu biasanya adalah daripada hasil keturunan kita, anak kita.. kalau nak harap adik-beradik kita yang lain, mungkin tak boleh diharap sangat sebab mesti dorang dah ada family sendiri.. bila adik-beradik kita dah ada family sendiri ni dah tak sama dah kalau dorang masih single.. dorang ada banyak tanggungjawab lain yang dorang kena fikirkan.. dan pada saat ni lah orang yang paling dekat dengan kita tak lain dan tak bukan adalah kelompok keluarga kita sendiri hasil daripada perkawinan kita, (kita, isteri dan anak-anak).. sebab tu memiliki keturunan sendiri ada banyak kelebihan berbanding kita terus nak single sampai ketua..



Kita pernah tengok orang sakit.. parent kita pernah sakit.. datuk nenek kita pun pernah sakit.. kita pernah saksikan kesemuanya.. misalnya, kalau aku, nenek aku ada penyakit kanser (dan sekarang dia sudah meninggal dunia).. so, aku memang selalu menyaksikan ‘penderitaan’ yang nenek aku alami.. kerap juga nenek aku keluar masuk hospital.. pada saat ni lah manusia menjadi lemah dan memerlukan pertolongan orang lain.. so, siapa yang jaga yang jaga nenek aku tu? Tak lain dan tak bukan adalah keturunan dia, anak-anak dan cucu-cicit dia.. bukan orang lain yang sanggup jaga.. emak aku yang jaga.. pakcik aku yang jaga.. kakak aku yang jaga.. keturunan kita yang akan jaga.. tiada orang lain yang sanggup nak jaga melainkan daripada keturunan kita.. nak harap lover (PLU) kau yang jaga? Ingat percintaan kau kekal bertahan ke sampai ke tua? Kalau lah ada cinta PLU sejati macam tu.. sebab tu orang cakap, family tu lagi penting berbanding couple kau.. sebab mostly family akan stick dengan kita sampai ke akhir hayat tapi lover boleh datang dan pergi…

Kerana itu aku kata, anak itu seumpama satu pelaburan yang mana ia macam satu perancangan masa depan.. bila kita dah labur, kita mengharapkan manfaat hasil daripada ‘investment’ kita.. menjaga kita disaat kita jatuh sakit salah satu daripada manfaat yang kita harapkan.. bila kita dah mati pun kita harap manfaat itu berterusan kerana ia tidak terputus begitu saat sahaja disaat kita telah meninggal dunia.. korang mesti pernah mendoakan pada parent dan nenek korang yang pernah meninggal dunia.. kerana melalui doa, ianya juga ‘dihitung’.. dalam islam ada ajar, sekiranya seseorang meninggal dunia, semua hubungan dunia terputus melainkan beberapa perkara.. contohnya adalah harta/wakaf yang kita labur kan di dunia untuk kebaikan.. misalnya, orang wakaf kan harta untuk bina madrasah.. selagi mana ada orang guna wakaf itu, selagi itu kita masih dapat ‘amalan kebaikan’ untuk diri kita untuk dibawa pada hari perhitungan.. dan lagi adalah ‘doa anak soleh’.. aku rasa korang dah faham apa yang aku maksudkan..



So…



Aku harap bila aku dah meninggal dunia akan ada lah orang yang mendoakan kesejahteraan aku nanti..



Bila aku mati.. aku harap akan ada orang mendoakan aku nanti..

Bila aku mati.. aku harap akan ada yang menziarahi kubur aku nanti..

Bila aku mati.. aku harap akan ada yang masih memperingati aku nanti..




Kau rasa lover (PLU) kau akan buat macam tu ke? Time kita dah tua, kau rasa kau masih ada lover (PLU) lagi ke? Kalau kita masih lagi membujang sampai ketua lah..

Kita hidup, kita dah menyaksikan banyak perkara.. kita pernah menjadi seorang anak.. kita tahu bagaimana menjadi seorang anak.. kita tahu sebagai seorang anak, kita akan melakukan apa benda.. kalau parent dah meninggal dunia, kita tahu sebagai seorang anak mesti korang pernah mendoakan agar parent kita selamat daripada seksaan kubur..

Kita pernah menjadi seorang cucu.. so, sama lah juga.. kita pernah mendoakan perkara yang sama kepada datuk dan nenek kita yang telah meninggal dunia…

Kita pernah menjadi seorang anak dan seorang cucu.. pada hari raya, kita menyaksikan ibu dan bapa kita yang masih hidup lagi akan menziarahi kubur parent dorang.. doa ditadah oleh ibu bapa kita mengharap kesejahteraan parent dorang yang telah meninggal dunia.. pada saat yang sama kita juga turut menadah doa untuk dipanjangkan kepada datuk dan nenek kita.. kalau parent kita pula meninggal dunia, kita juga akan buat perkara yang sama..

Kerana itu, ada banyak kelebihan sekiranya kita ada keturunan sendiri..

Dan kerana itu juga aku consider untuk berkahwin..

Tak semestinya aku pasti buat pilihan untuk berkahwin sebab untuk kes orang PLU ni, memang tak boleh dinafikan ada banyak factor untuk difikirkan terlebih dahulu sebelum buat keputusan berkahwin.. kerana perkahwinan tu adalah satu ikatan suci.. dan biar lah juga ia terjalin dengan perasaan yang ikhlas dan suci juga..

Untuk masa ini, aku masih lagi tertanya-tanya membuat pilihan…










Sunday, 26 April 2015

Kisah Aku dengan Kucing





Lama giler tak update blog.. haha.. rasanya ini yang paling lama aku tak update apa-apa.. sebenarnya banyak benda aku nak kongsikan.. dah banyak kali aku try nak update.. idea tu ada banyak, tapi semuanya aku tak taip penuh.. lain kali lah kot aku publish..
Tak nak cakap banyak kali ni aku nak tulis satu post yang tak berkaitan dengan hal dunia PLU ni.. aku nak bercerita tentang aku dengan kucing. Siapa yang minat kucing kat sini? Aku ni memang boleh dimasukan dalam kategori pencinta kucing juga.. sejak dari kecil lagi memang macam tu.. orang-orang yang kenal aku pasti tahu pasal benda ni.. aku ni minat giler dengan kucing.. malah aku pernah cakap ‘antara anak manusia dengan anak kucing, kalau boleh pilih, aku pilih anak kucing lagi’. Hahaha. Aku macam kurang minat dengan anak manusia, malah anak buah sendiri pun aku macam beri kurang layanan.. tapi kalau kucing pula memang aku pula orang yang jadi pemberi kasih sayang.. aku ni memang dah ‘terkenal’ juga sebagai peminat kucing.. sampai kat kampung aku pernah orang panggil aku sebagai ‘si kucing’ pun ada.. hahaha..
So, dalam post ni aku nak cerita tentang life aku berkenaan kucing yang ada significant dalam hidup aku..
Part 1 : Lawa + A-uk serta generasi anak-anaknya
Aku tak sure sangat macam mana aku dapat kucing pertama aku.. tapi kalau ikut ingatan aku, waktu aku still tak masuk tadika lagi aku dah ada bela kucing.. kucing pertama tu aku beri nama sebagai ‘Lawa’.. bagaimana aku boleh bela Si Lawa ni aku pun tak sure sangat.. rasanya Si Lawa ni asalnya kucing orang lain kat kampung aku.. then entah macam mana boleh pula kucing tu melekat kat rumah aku.. kalau ikut ingatan aku rasanya aku start bela Si Lawa ni bila kucing tu berlindung di luar rumah aku daripada kehujanan.. rasanya macam tu lah kot.. then dari situ aku mula start bela.. kenapa aku beri nama kucing tu sebagai ‘Lawa’?? cantik sangat ke kucing tu?? Ianya adalah seekor kucing berwarna putih dan sebenarnya memiliki mulut yang pelik (sumbing).. bibir atas kucing tu macam terkeluar.. memang kalau ikut realitinya orang akan kata kucing tu memiliki mulut yang cacat dan hodoh.. so, ianya agak paradoks sebab ‘hodoh-hodoh’ pun boleh pula aku beri nama sebagai ‘Lawa’.. tapi aku tak tahu kenapa aku beri nama sebagai Lawa.. tapi tu mungkin menunjukkan kasih sayang aku lah kot.. biar hodoh tapi aku still sayang and aku anggap kucing tu ‘lawa/cantik’ walaupun hakikatnya tak begitu pun.. orang banyak je yang perli aku sebab aku beri nama sebagai Lawa..
“Lawa ke? Tak cantik pun.. mulut hodoh/cacat..”
Biasanya orang cakap macam tu.. tapi aku macam tak ambil perduli sangat.. aku still sayang kucing tu..
Then kucing kedua aku pula aku beri nama sebagai ‘A-uk’.. bagaimana aku start bela kucing ni aku langsung tak boleh ingat macam mana.. A-uk ni seekor kucing betina yang bertompok-tompok.. dominan colour warna putih bertompok kucing dan hitam.. dari mana boleh datangnya nama ‘A-uk’ tu adalah kerana bagaimana bunyi kucing tu.. maksudnya kalau kucing tu berbunyi akan berbunyi seakan kedengaran ‘a-uk’.. aku bela A-uk ni dalam tempoh yang sama aku bela Lawa.. dua-dua kucing betina.. jadi, disebabkan kucing betina yang tak dimandulkan, memang dari dua ekor kucing ni lahirnya banyak generasi kucing yang aku bela.. dua-dua kuat nak beranak.. aku tak boleh nak kira dah berapa banyak kucing yang aku bela hasil daripada keturunan A-uk dengan Lawa.. ada banyak anak kucing yang mati tak sempat dewasa.. ada yang tahan sampai dewasa.. memang dah tak boleh nak dihitung berapa banyak berapa banyak anak-anak A-uk dengan Lawa yang aku bela.. kedua-dua kucing ni pun ‘tahan nyawa’.. hidup memang panjang..
Nama-nama anak kucing keturunan A-uk dengan Lawa ni pun aku dah tak boleh nak ingat semua.. sebab banyak sangat.. antara nama yang aku boleh ingat
Tuning (kuning)
Titam (hitam)
Tuteh (putih)
Dalang (belang)
Banyak sangat nama sampai aku tak boleh ingat.. yang pasti, untuk beberapa generasi, aku dah tak beri nama lagi dah pada anak-anak A-uk dengan Lawa.. dah letih nak beri nama.. hahaha..
Yang bestnya time ni aku layan kucing macam aku borak dengan mereka.. maksudnya aku berbual-bual dengan kucing tu seakan-akan kucing tu boleh bercakap.. yang lucunya pula untuk bahagian ‘kucing bercakap’ tu aku sendiri yang cakap kan.. maksudnya aku macam bayangkan dorang bercakap.. tapi aku sendiri yang bercakap mewakili kucing tu .. faham tak?
Macam..
Aku tanya “A-uk nak pergi mana tu?
Then aku sendiri pula bercakap kononnya A-uk tu bercakap dengan aku
“A-uk nak tedi dalan-dalan dap..” (A-uk nak pergi jalan-jalan jap..)
Siap ada gaya bahasa kucing tu sendiri.. hahaha..
Macam..
“taya ladi tonel da-i to..” (saya lagi comel dari kau..)
“nada itan untuk dimatan tah?” (nada (tiada) ikan untuk dimakan kah?)
“atu tetedukan di uar..” (aku kesejukan di luar)
Hahaha.. lebih kurang macam tu lah bunyi nya.. kelakar gila bila difikirkan balik.. siap bercakap dengan kucing.. diri sendiri pula bercakap mewakili kucing tu dengan bahasa unik sekali..
Time ni zaman aku masih lagi budak-budak.. aku bela kucing dari keturunan A-uk dengan Lawa sampai lah aku tingkatan 3.. time tingkatan 4 pula aku pindah sekolah di Kuching.. aku dah tak tinggal kampung.. jadi lepas aku pindah sekolah tu, kucing-kucing aku kat rumah di kampung mula terbiar.. tiada siapa yang nak jaga.. emak aku memang tak nak jaga.. lama-kelamaan kucing-kucing aku pun dah tak ada.. sama ada mati, hilang or lari pergi tempat lain.. bila aku balik kampung memang kucing-kucing aku semua dah hilang.. dari saat tu memang agak lama aku tak bela kucing.. memang terasa nak bela tapi macam susah.. sebab aku sekolah kat kucing tinggal asrama.. but still aku masih juga layan kucing-kucing yang ada kat sekolah.. Cuma tiada kucing officially milik aku..
Part 2 : Kucing-kucing kakak aku
Tapi time aku sekolah di Kuching pula, kakak aku pula yang bela kucing.. kat family aku, cuma aku dengan kakak sulung aku je yang suka kucing.. alkisahnya time kakak aku tu baru balik kerja (dia kerja kat Kuching) dia terjumpa dengan anak kucing di tepi jalan.. lalu dia selamatkan.. dari saat tu dia mula jaga dan kucing tu dinamakan sebagai Comot.. so aku pun macam ‘menumpang’ sekali lah.. kalau aku tak tinggal asrama misalnya waktu hujung minggu, aku akan stay rumah kakak aku.. so time ni lah aku akan bermain dengan kucing kakak aku.. si Comot tu memang dijaga baik oleh kakak aku yang mempunyai pekerjaan tetap. Siap dimandulkan lagi sebab Comot tu kucing betina.. tak lama lepas tu kakak aku kutip kucing lain pula yang dia jumpa kat tepi jalan juga.. seekor ni namakan sebagai Lucky.. dijaga sampai besar.. tapi tak lama lepas tu Lucky ni hilang sewaktu kakak aku pulang ke kampung dan dia kebiasaanya dia hantar kucing-kucing dia pada kawan dia untuk dijaga.. so, sewaktu di bawah jagaan kawan kakak aku ni Lucky ni tiba-tiba hilang.. sama ada diambil orang, tiada siapa tahu..
Kakak aku mula bela seekor kucing jantan lagi yang aku dah tak ingat nama dia apa.. but yang aku ingat kakak aku kutip kucing tu dari luar rumah.. lepas tu tak ingat macam mana kucing tu boleh hilang.. Tapi tak lama selepas tu kakak aku bela seekor lagi kucing baru yang dia jumpa kat tepi jalan juga.. kucing baru ni dinamakan sebagai Tuah.. sampai sekarang yang bertahan di rumah kakak aku adalah Comot dengan Tuah.. Comot tu dah mula tua.. gigi dia mula nak habis.. si Comot ni paling lama kakak aku bela sejak dia kecil lagi sampai sekarang dah mula tua… aku memang akan layan kucing-kucing kakak aku kalau aku ada di Kuching..
Part 3 : Rosalinda dengan Peri-Peri
Alkisahnya time aku menuntut di sebuah IPTS kat Lembah Klang, aku pernah bela kucing untuk beberapa tempoh.. pada satu hari time aku habis kelas on the way nak pergi ke kedai, suddenly aku terjumpa dengan seekor anak kucing yang berada di tengah-tengah jalan raya.. time tu dengan seorang kawan (lelaki) aku.. kucing tu memang betul-betul ada di tengah-tengah jalan and aku mula perasan.. dengan perasaan cemas, aku cuba untuk selamatkan kucing tu.. sebab ada banyak kereta lalu di jalan raya tu.. so, aku try untuk hentikan kereta untuk selamatkan kucing tu.. almost kena langgar tapi nasib baik kereta tu berhenti dan tak terpijak kucing tu.. so, bila tiba-tiba terjumpa kucing tu pada situasi macam tu, aku tak tahu nak buat apa-apa.. tertanya-tanya lah macam mana kucing tu boleh berada di jalan tu? So, lepas aku selamatkan aku nak buat apa?? Tapi dengan mengikut kata hati, aku bawa balik anak kucing tu pulang ke rumah tempat aku tinggal.. dengan erti kata lain aku mula jaga kucing tu.. bila bawa kucing tu pulang ke rumah disebabkan aku ni hidup sebumbung dengan orang lain, dengan erti kata lain ada orang yang mengalu-alukan / suka je dengan wujudnya anak kucing tu di rumah tempat kita orang tinggal, tapi ada juga yang seakan-akan tak menyenangi.. biasa lah kan.. tapi aku buat keputusan untuk jaga.. memang aku jaga betul-betul, siap beli sangkar, pasir, botol susu (sebab still anak kucing lagi).. asalnya memang banyak problem juga sebab kucing tu asyik berak dalam rumah.. sebab tu ada yang kurang senang.. tapi lama-kelamaan dah mula ‘terdidik’, isu berak dalam rumah tu dah mula kurang.. kucing tu dinamakan sebagai Rosalinda.. bukan aku yang beri nama, tapi orang lain and aku terima je nama tu sebab aku malas nak beri nama.. semuanya Nampak okay dibawah jagaan aku sehinggalah tibanya waktu cuti panjang.. masalah timbul sebab aku tak tahu macam mana nak uruskan kucing tu time aku balik Sarawak nanti.. lalu aku minta tolong dengan seorang abang yang aku panggil sebagai Abang Hakim untuk tolong jaga sementara aku balik Sarawak.. tapi bila aku dah balik semula daripada bercuti aku mula tertanya-tanya persoalan tentang ‘sampai bila aku nak jaga Rosalinda?’ sebab aku sedar yang aku selamanya tak boleh nak jaga Rosalinda.. aku ni student lagi.. and tiba masa nanti akan tamat belajar lalu pulang Sarawak.. lepas tu nak fly pergi Aussie lagi.. so, tertanya-tanya tentang macam mana aku nak uruskan tentang hal Rosalinda? Takkan lah aku nak lepaskan kucing tu kat mana-mana tinggalkan macam tu je?? Tapi nasib baik lah ketika dibawah jagaan family abang Hakim, family dorang berkenan dengan Rosalinda tu.. so, aku buat keputusan untuk beri Rosalinda pada abang Hakim kalau dorang setuju nak jaga.. aku rasa itu adalah pilihan terbaik.. and then, dorang setuju, so Rosalinda pun mula bertukar milik.. rasanya tu pilihan terbaik dalam ‘perpisahan’..
Tak lama selepas tu kawan serumah aku pula kutip anak kucing lain pula yang dia beri nama sebagai Peri-Peri.. time kawan aku bawa balik kucing tu aku pula dalam hati kata tak bersetuju kucing tu dibawa balik.. sebab aku sendiri dah rasa macam mana situasi aku dengan Rosalinda.. banyak masalah timbul.. bukan sebab aku tak suka kucing tu.. Cuma sebagai pelajar memang susah nak beri komitmen untuk bela kucing.. macam kes aku dengan Rosalinda dulu.. kalau cuti, balik kampung kau nak letak kucing tu kat mana nanti? Habis study nanti kau nak buat macam mana dengan kucing tu? Tu lah antara masalah yang timbul bila kita yang masih belajar yang tinggal tak tetap kat tempat tu.. tapi aku macam layan juga lah Peri-Peri tu.. Cuma yang tak bestnya kawan tu ‘lepas tangan’ kat aku pula.. dia yang kutip kucing tu, dia yang nak jaga tapi orang yang jaga adalah aku.. orang yang beri makan adalah aku.. uruskan najis semua adalah aku.. ni yang buat aku tak puas hati dengan kawan aku tu. Dia yang nak jaga, tapi alih-alih tanggungjawab tu aku pula nak uruskan.. aku kalau tak kesian kucing tu memang aku tak buat apa-apa lah.. kesian tak diberi makan.. bila kucing tu berak dalam rumah, yang kena marah aku pula.. tu yang problemnya.. sampai lah satu hari kucing tu dah banyak kali berak dalam rumah, aku pula protes tak nak buat tanggungjawab yang sepatutnya bukan aku buat, then teman serumah lain dah tak tahan dorang ambil Peri-Peri lalu dipindahkan di kawasan gerai makan.. aku setuju je dengan tindakan tu.. rasanya tu lah yang terbaik.. dah orang yang kutip and nak jaga tak nak buat tanggungjawab.. aku pula terbeban sebab yang kena marah adalah aku..
Part 4 : Menjinakkan ‘Mama’
Bila aku dah belajar di Aussie, aku jarang sangat ada peluang untuk bersama dengan kucing.. kucing kat Aussie ni memang banyak jenis sombong.. bukannya liar tapi memang tak nak ambil peduli orang bukan pemiliknya.. jadi memang jarang aku dapat berinteraksi dengan kucing ketiwa di Aussie.. Cuma bila aku balik kampung, di rumah aku ada seekor kucing liar ni yang aku panggil sebagai ‘Mama’ yang dah mula jadi ‘penduduk tetap’ di rumah kampung aku.. kucing yang gelar sebagai Mama ni asalnya kucing liar yang susah nak didekati.. macam biasa lah kucing liar, takut dengan manusia, kalau didekati akan lari, tak pun akan menunjukan riaksi ganas.. aku tak sure bila ‘Mama’ ni dah stay kat rumah di kampung aku.. tapi memang dah lama juga sebab kucing tu selalu beranak.. setiap kali aku pulang balik Malaysia akan ada ‘anak’ si Mama ni.. tapi anak-anak si Mama ni selalu hidup tak lama.. misalnya bila aku pulang anak dia dua ekor.. bila aku pulang kampung tengok dah besar dah dua ekor tu.. bila balik kampung lagi tinggal seekor.. balik kampung lagi anak-anak dia tu dah hilang ada pula anak baru.. Cuma si Mama ni je lah yang tahan nyawa.. anak-anak dia selalu ‘hilang’ setiap kali aku balik kampung.. disebabkan Mama ni dah jadi ‘penduduk tetap’ rumah, aku try untuk mendekati dia.. macam try untuk menjinakkan dia.. tapi kucing besar yang dah biasa liar, memang susah sangat untuk dijinakkan.. dah banyak kali dah dia cakar aku dalam proses aku nak dekati dia.. tapi aku percaya yang satu hari aku boleh nak jinakkan si Mama tu.. sampai lah hujung tahun lepas, mula wujudnya kepercayaan kucing pada aku.. kalau dulu nak dekat je terus lari, sekarang dah boleh didekati.. dah boleh digosok-gosok sikit.. tapi aku still berjaga-jaga sebab dia still ada liar sikit.. tapi aku merasakan ianya adalah satu kejayaan yang besar untuk aku sebab boleh meyakinan kucing yang asalnya liar dan takut manusia tapi dah mula jinak sikit.. memang susah nak buat kalau kucing tu dewasa memang dah liar.. sekarang dah mula jinak sikit..
Mama ni mula nak lahirkan anak yang baru.. kebetulan aku ada di kampung.. lalu aku mula asuh anak-anak dia untuk menjadi jinak.. sekarang ni generasi baru anak si Mama ni adalah kucing-kucing yang jinak.. semuanya disebabkan aku walaupun si Mama tu still liar sikit..
Part 5 : Buang kucing
Kenangan pahit berlaku.. alkisahnya, kat rumah di kampung aku waktu tu officially ada empat ekor kucing yang menjadi ‘penduduk tetap’. Si Mama berserta dengan anak-anaknya iaitu ‘Abang’ dengan dua ekor anak kucing yang baru.. Si Mama ni dah jinak sikit.. tapi anak dia yang sudah besar yang aku panggil sebagai ‘Abang’ masih penakut dengan orang.. tapi anak generasi baru dua ekor tu memang dah jinak sebab kecil-kecil aku biasakan untuk tak takut dengan orang.. kalau masih kecil memang senang nak dijinakkan.. so, ada empat ekor kucing di rumah kat kampung..
Namun satu hari pada waktu pagi aku terdengar bunyi anak kucing mengiau sangat kuat di belakang rumah.. aku mula curious kot-kot bunyi dari anak si Mama tu.. kot-kot ada benda berlaku sebab tu bunyi bising sangat.. tapi bila aku periksa aku terperanjat bila tengok ada anak kucing lain yang basah kuyup pada keadaan panas yang dibiarkan di belakang rumah.. dalam hati aku terus berbisik “siapa pula lah yang tinggal kan anak kucing ni di belakang rumah??”
Bila berlaku situasi ni, aku jadi serba salah.. aku fikir ada orang sengaja buang anak kucing tu di belakang rumah aku.. kot-kot nak lepas tangan nak suruh aku jaga.. aku kan terkenal kat kampung sebab suka dengan kucing.. jadi orang mungkin fikir yang aku sanggup nak jaga.. aku jadi serba salah.. bukan aku tak nak jaga.. Cuma masalahnya ada lah family aku memang akan marah.. kucing empat ekor yang ada dalam rumah tu pun emak aku selalu bising, sekarang dah ada kucing lain pula kena buang di belakang rumah aku..
Sebab aku kesian tengok anak kucing tu, lalu aku beri makan.. tapi kucing tu still masih menyusu.. lalu timbul idea nak bagi si Mama tu susukan anak kucing.. tapi yang problemnya si Mama tu tahu yang kucing tu bukan anak dia.. aku paksa si Mama tu untuk menyusukan tapi tak menjadi sangat.. sebab anak-anak si Mama tu dah besar sikit yang tak menyusu sangat lagi.. jadi si Mama tu macam tak benarkan untuk menyusukan sangat..
Semuanya macam okay sikit sampai lah emak aku dapat tahu pasal anak kucing ‘baru’ tu.. lalu emak aku mengamuk sangat tak nak ada kucing lagi dah kat rumah.. marah habis.. emak aku kata..
“sebab kau suka jaga kucing, sebab tu orang buang kucing kat rumah kita..”
Aku tak tahu nak buat apa dengan anak kucing.. takkan lah nak dibiarkan or dibuang begitu sahaja? Sebab aku kasihan sangat dengan anak kucing tu.. lalu emak aku suruh anak jiran aku untuk buang kucing tu pergi ke tempat lain.. aku kesihan juga sebab kucing tu dibuang.. masih kecil lagi nak menyusu.. kalau besar sikit takpe lah..
Ingatkan semuanya dah selesai.. anak kucing tu dibuang entah ke mana.. tapi keesokan harinya kedengaran lagi bunyi anak kucing lagi di belakang rumah.. so aku agak kucing tu dah dihantar semula di belakang rumah aku.. aku try untuk hirau kan.. tapi rasa kasihan tu tak boleh nak buang.. so, aku pergi tengok anak kucing tu… bila tengok aku terkejut sebab bukan seekor.. sekarang dah ada dua ekor.. so, memang sah lah ada orang sengaja buang anak kucing di belakang rumah aku.. jadi aku pun tak tahu nak buat macam mana.. takkan lah biarkan kucing tu di belakang rumah sampai mati.. emak aku memang tak nak ada kucing baru di rumah.. aku pun sedar yang aku tak boleh nak jaga kucing banyak-banyak.. walaupun aku suka kucing, tapi tak semestinya aku nak jaga semua kucing.. ikut kemampuan lah kan.. geram juga hati aku pada yang buang anak kucing tu sengaja kat rumah aku.. dalam hati aku cakap, “tak semestinya aku minat kucing aku mampu nak bela semua kucing?” geram sangat orang yang sengaja hantar anak kucing di rumah aku.. sengaja nak lepas tangan kat aku.. bukan aku tak suka kucing tu.. tapi banyak kekangan.. misalnya emak aku tak bagi jaga.. tapi dalam masa yang sama aku kasihan sangat dengan anak kucing tu.. dah lah comel.. bulu cantik.. so, aku memang rasa serba salah.. emak aku suruh aku ‘buang’.. aku pula tak sampai hati nak buang.. takut mati pula kucing tu..
Tapi last-last dengan rasa berat hati aku buat keputusan untuk ‘lepas tangan’.. terpaksa juga ‘buang’ anak kucing tu.. sesuatu yang aku memang berat hati nak buat.. rasa tak berhati perut.. tapi macam takde pilihan lain..
Jam pukul 2 subuh aku berjaga nak tunggu orang kampung tidur.. aku buat keputusan untuk tinggalkan anak kucing tu di masjid.. dalam suasana gelap aku pergi masjid.. lalu aku tinggalkan kotak yang berisi dua ekor anak kucing comel yang nasib mereka aku tak boleh nak tentukan.. rasa bersalah habis dalam hati.. berat hati nak buat.. sebab kalau boleh aku tak nak buat.. dalam hati rasa sedih.. cakap.. sorry sebab terpaksa buat macam ni.. dalam hati berdoa agar ada lah orang berhati mulia yang sanggup kutip dua ekor anak kucing comel tu nanti.. memang rasa bersalah betul bila aku terpaksa buang.. lagi rasa bersalah bila aku sendiri yang lakukan benda tu.. buang.. sebab aku kan pencinta kucing.. perbuatan ‘buang kucing’ ni satu tindakan yang tak patut.. tapi hari tu aku sendiri yang buat.. memang rasa bersalah habis.. hati cakap sorry… sorry..
Lepas melakukan ‘tindakan’ tu, aku balik rumah, terus baring atas katil.. tapi dalam minda masih tergiang-giang bunyi ‘tangisan’ dua ekor anak kucing comel yang telah aku ‘tinggalkan..’









Tuesday, 24 February 2015

Abang Bad, A Short Story (teaser)



Tuesday, 3/3 Summer

Semester baru bagi tahun kedua pengajian aku akan bermula tak lama lagi, tapi aku masih lagi tak dapat tempat tinggal.. sungguh malang bagi aku sebab tak terpilih untuk tinggal di kolej kediaman di universiti.. aku dah memohon dah lama tapi ditolak.. jadi, nak tak nak untuk tahun kedua ini, aku memang kena menyewa di luar lah.. leceh pula.. nak mencari tempat nak menyewa tu yang leceh.. dan sekarang ni pun aku masih tak dapat tempat untuk disewa.. aku nak yang murah dan dekat dengan uni.. ada juga lah beberapa buah rumah aku telah tengok tapi entah kenapa aku macam kurang berkenan pula kalau difikirkan tentang soal harga sewa dan juga jarak perjalanan ke uni.. jadi aku masih lagi mencari tempat tinggal untuk disewa.. nak cari tempat betul-betul biar hati puas.. sebab tinggal nanti untuk tempoh yang lama, jadi biar lah tempat memang selesa untuk aku..

Beberapa hari ni aku tinggal kat bilik kawan aku, Fahri di kolej kediaman.. dia beruntung sebab masih dapat  tinggal  kat  kolej.. dia benarkan aku untuk bermalam kat bilik dia seketika sebab teman sebilik dia, Shahir masih tak datang lagi.. jadi dalam masa tu aku pun kena lah cari tempat tinggal untuk disewa..

Bersendirian, aku melihat pada papan notis yang ada di salah sebuah bangunan di universiti aku.. seperti biasa, aku mencari kot-kot ada pelajar yang tinggal luar universiti yang mencari teman serumah yang baru.. mata aku meliar-liar memandang pada papan notis itu.. sebelum ni aku dah tengok kat papan notis tu, tapi mana lah tahu hari ni ada notis cari teman serumah yang baru.. tengah aku memandang pada papan notis itu, aku terpandang pada satu notis yang sebelum ini aku tak pernah lihat lagi.. aku duga ia baru sahaja ditampalkan.. notis mencari teman serumah.. aku tengok info harga sewa menarik tumpuan aku.. tidak lah terlalu mahal.. lantas aku cepat-cepat mendial nombor telefon yang tertera dengan harapan aku mungkin masih boleh menyewa di rumah itu.. harga sewa macam tu, tentu sahaja ramai yang nak.. jadi aku harus dapatkannya secepat yang mungkin..

Beberapa minit kemudian, panggilan telefon aku masih juga tidak dijawab.. aku cuba mendial sekali lagi.. tunggu dan menunggu.. beberapa minit selepas itu akhirnya panggilan diangkat..

“Assalamualaikum..” kata aku..

“Waalaikumsalam.. maaf sebab lambat angkat panggilan..”

“eh.. tak mengapa..” aku terdiam seketika.. aku seakan macam pernah dengar suara orang itu.. “erm… saya ada terbaca kat papan notis pasal nak cari teman serumah yang baru.. jadi saya call ni sebab nak tanya pasal tu lah..” kata aku lagi..

“owh.. pasal rumah.. ada satu bilik yang masih kosong lagi..”

“masih available tak?” tanya aku..

“ya.. jadi berkenan ke nak sewa bilik tu?”

“saya mesti tengok rumah tu macam mana sebelum beri kata putus..”

“itu sudah semestinya.. jadi, bila nak datang untuk lihat-lihat keadaan rumah?”

“awak bila free?” tanya aku

“ermm.. selepas jam 2 petang.. rasanya kalau nak datang selepas masa itu tidak jadi masalah..”

“pukul 2.30 nanti saya datang, okay?”

“okay.. tahu alamat kan?”

“ha ah.. kat notis tu ada sertakan sekali..”

“okay.. nama siapa?”

“Hairil..”

“okay, Hairil jumpa jam 2.30 nanti..”

Panggilan berakhir.. aku terdiam seketika.. dalam fikiran aku mula terfikirkan sesuatu.. entah kenapa aku macam kenal suara orang itu sebelum ini.. tapi bila aku tengok pada notis tersebut, No. Tel = Rahman Razak, rasanya aku tak pernah kenal sesiapa yang bernama Rahman Razak suara macam tu.. tapi.. entah kenapa suara dia tu buat aku seakan cukup kenali.. hati aku mula berdebar-debar.. mula muncul bayangan seseorang di dalam minda aku..

Suara itu..                                  

Bisik hati aku..

Terdiam.. di fikiran mula mengenal pasti jika aku memang pernah kenali suara itu sebelum ini ataupun tidak.. aku mula rasa gemuruh..

Takkan lah kot dia orangnya?      

Bisik hati aku lagi..


+          +         +


Jam hampir 2.30 petang,

Aku mula sampai di kawasan rumah tersebut.. ianya adalah sebuah rumah flat berkos rendah.. jaraknya tidak lah begitu jauh dari universiti.. aku datang bersendirian dengan menaiki basikal aku.. basikal ini juga lah yang biasa aku pakai jika nak pergi ke kelas.. jadi, kalau ikut jarak perjalanan untuk sampai ke rumah ini tidak lah terlalu jauh.. rasanya aku masih boleh ulang alik dari kelas berbasikal kalau aku betul menyewa kat rumah ni..

Okay, soal jarak perjalanan tu dah tak jadi masalah.. sekarang hanya perlu tengok keadaan dalam rumah pula.. kalau dilihat dari keadaan luar, kawasan flat ni takde lah teruk sangat.. lalu aku pun mula berjalan naik menuju ke arah bilik rumah sewa tersebut.. Nombor 2.10.. itu lah rumah yang aku cari.. berdiri di luar rumah, aku memastikan berulang kali jika aku memang sudah berada di tempat yang betul.. entah kenapa dalam hati aku mula timbul rasa gemuruh semula.. aku tidak pasti kenapa aku seakan mula berasa teragak-agak dan seakan mula berpeluh.. malas nak berfikir panjang, lalu aku mula mengetuk pintu rumah..

Ketuk sekali.. tidak berjawab..

Aku ketuk lagi..

“Assalamuaikum..” kata aku..

“Walaikumsalam…” kedengaran suara dari dalam..

Lalu pintu rumah dibuka.. kelihatan seorang lelaki yang lebih berusia dari aku di depan pintu.. terus aku tergamam.. wajah aku mula berubah merah.. aku cuba mengalihkan muka menahan rasa segan..

“jadi kau Hairil kan?” tanya lelaki yang bernama Rahman Razak itu..

“ye.. betul..” aku cuba berlagak biasa..

“sila lah masuk.. tengok keadaan rumah sama ada kau berkenan ke tak menyewa kat sini..”

Aku mula melangkah masuk.. berlagak biasa tapi hati tersipu-sipu malu..

So, nama dia Rahman Razak lah rupanya..

Hati aku berbisik..

“ni lah ruang tamu.. takde lah besar mana..” kata Rahman menunjukkan keadaan dalam rumah itu kepada aku..

“okay lah ni..” kata aku.. hati masih lagi menahan rasa segan..

Puas melihat keadaan di ruang tamu dan kawasan dapur, Rahman mula menujukkan aku bilik yang masih lagi kosong dalam rumah itu..

“dalam rumah ni ada tiga buah bilik.. kalau kau jadi nak menyewa, kau lah orang yang ketiga penghuni rumah ni.. sebelah ni bilik aku..” Rahman mula menunjukkan biliknya.. aku jeling, kelihatan keadaan dalam bilik agak kemas dan tersusun.. “ni master bedroom.. tapi dah ada yang pakai lah.. orangnya takde kat rumah sekarang.. ada kat luar..” jelas Rahman lagi..

Aku hanya mendiamkan diri..

“ni lah bilik yang masih kosong tu.. so, kau rasa macam mana? Berkenan?” soal Rahman..

Aku mula memandang keadaan di dalam bilik.. saiz bilik tidak lah kecil sangat.. saiz yang masih lagi buat aku rasa selesa.. not bad.. bisik hati aku..

“harga sewa seperti yang tertera kat notis tu kan?” tanya aku..

“ha ah.. kalau kau kata setuju, kau akan dapat bilik ni lah.. sebab ada orang lain juga selain yang berkenan nak sewa kat bilik ni.. tapi sebab kau yang datang dulu, kalau kau setuju kau akan dapat lah.. so, macam mana?”

“erm.. aku setuju.. rasanya rumah ni okay je.. jarak nak gi uni pun tak lah jauh sangat.. okay, aku setuju nak sewa bilik ni.. kelas pun dah nak mula.. kena ada tempat tinggal terus..” balas aku..

“kau student apa?” tanya Rahman..

“architecture.. second year degree..” balas aku..

“owh.. budak archi.. aku pun archi gak.. second year master.. elok betul lah tu.. semua orang dalam rumah ni belajar archi.. hehehe.. kalau kau ada benda nak minta ajar, aku boleh tunjuk.. Bad pun boleh tolong ajar kan.. dia tu terer gak tu..”

“ermm.. siapa Bad?” tanya aku..

“owh.. orang yang satu lagi yang tinggal kat bilik master bedroom tu..”








Sinopsis :

kisah kehidupan Hairil memulakan hidup baru dengan tinggal serumah dengan dua senior lain yang dia panggil sebagai Abang Man (Rahman) dan Abang Bad (Badri).. Hairil yang sudah lama menaruh minat dengan Rahman tidak menyangka yang kini dia sudah menjadi teman serumah dengan lelaki yang diminatinya itu.. akan tetapi, hidup di rumah itu bukan lah berdua, Hairil juga tinggal sebumbung dengan penghuni lain, Badri.. konflik berlaku antara Hairil dengan Badri yang membuatkan Hairil kurang menyenangi teman serumahnya itu, Badri.. akan tetapi, Badri mungkin tidak lah seperti apa yang Hairil fikirkan.. Hairil mungkin hanya perlu membuka hatinya untuk memahami insan yang dipanggilnya sebagai 'Abang Bad'..







# cerpen ni adalah diinspirasikan kisah kehidupan aku dengan seorang lelaki yang aku gelar dalam blog ni sebagai Abang Bad / 'Abang Long Muscle'.. jadi sedikit sebanyak ada bahagian dalam cerita ini adalah berdasarkan kisah yang sebenar.. akan tetapi, kebanyakkan cerita dalam ni adalah rekaan semata-mata untuk menyedapkan jalan cerita.. jadi, jangan percaya jika kisah dalam ini adalah 100% betul.. sejak kebelakangan ni aku sering berbual dengan salah seorang reader aku pasal 'Abang Bad'.. disebabkan ada banyak orang yang seperti menaruh minat untuk mengenali 'Abang Bad' tu, maka lahir lah idea untuk bercerita dengan menulis satu cerpen berjudul 'Abang Bad'..





real life 'abang Bad'











Friday, 20 February 2015

Introvert Vs Extrovert





ada orang tanya aku sama ada aku ni introvert or extrovert.. jawapan aku adalah yang aku ni seorang introvert.. bagi yang tak tahu lagi akan maksud apa itu introvert dengan extrovert ni, aku ada baca satu penjelasan untuk memahami maksud kedua-dua 'terms' ni..

dalam diri manusia ni ada satu 'energy'.. dan setiap orang mempunyai jumlah 'energy' yang berbeza.. 'energy' ni sebenarnya digunakan dalam hubungan sosial manusia, bagaimana kita berinteraksi dengan orang lain, ia macam pakai 'energy' ni lah.. dalam kes ini, manusia dalam golongan jenis introvert, jumlah 'energy' dorang tu sangat lah limited.. kalau orang introvert ni pakai 'energy' tu mudah nak habis dan dorang macam kena recharge balik 'energy' tu.. berbeza pula manusia jenis extrovert, dorang ni macam memiliki almost 'unlimited energy'.. so, disebabkan dorang punya lah banyak 'energy' dorang macam kena share or luahkan/kurangkan energy tu.. bayangkan jika kita ada satu 'tangki energy'.. kita tak boleh tangki tu full sangat, kena pakai juga 'energy' tu.. so, bagi manusia jenis extrovert ni, dorang macam kena sentiasa pakai 'energy' tu sebab dorang ni memang jenis yang self-sufficient.. maksudnya dorang payah risau untuk kehabisan 'energy' tu.. sebab dorang ni senang nak dapat 'energy' tu balik..

so, bagaimana kita nak relate 'energy' ni dalam kehidupan manusia.. kena faham yang 'energy' tu digunakan bila kita berinteraksi dengan manusia lain.. so, bagi yang extrovert ni, disebabkan dorang ni macam memiliki 'unlimited energy', dorang rasa diri dorang berinteraksi dengan manusia lain sebab kalau tak pakai 'energy' tu, 'tangki' akan jadi full.. so, orang orang extrovert ni kebiasaanya jenis orang yang peramah, banyak cakap, suka dengan keadaan yang mana dia sentiasa boleh berinteraksi dengan orang lain.. kalau dia berseorang diri, (energy tu tak digunakan, so tangki energy pun jadi full) dorang rasa diri dorang mudah nak kebosanan.. rasa tak best.. so, dorang kena juga cari manusia untuk jadi teman berbual or berinteraksi (dengan kata lain kena pakai 'energy' tu sebab kalau tak pakai tangki energy jadi full so dorang mula tak selesa)

tapi lain cerita pula dengan manusia jenis introvert ni yang memilki 'energy' yang sangat limited.. maka disebabkan itu, dorang ni macam kena pandai berjimat-cermat menggunakan energy ni dengan sebaik-baiknya, sebab limited supply membuatkan ia jadi berharga.. so, manusia jenis introvert ni kurang berinteraksi dan lebih suka tak bercakap sangat (sebab nak jimatkan 'energy' tersebut).. dan dorang ni macam kena pandai berfikir bagaimana nak gunakan energy yang limited itu dengan sebaik-baiknya.. jadi orang introvert ni kalau soal berinteraksi dengan manusia dorang agak 'memilih' sikit.. mostly, orang introvert ni lebih gemar bergaul dengan orang yang dia dah kenal rapat berbanding dengan strangers.. tapi kalau orang introvert ni suka bergaul dengan stranger, mesti ada sebab tertentu yang mana dia rasa stranger tu 'berbaloi' untuk dibawa berbual..

so, orang introvert ni hanya akan pakai 'energy itu'

1. jika dia rasa suka gunakan
2. jika memang dia perlu gunakan
3. jika dia terpaksa gunakan
4. jika dia rasa ia berbaloi untuk digunakan

sebabnya, energy yang limited membuatkan dorang kena bijak berjimat cermat..

so, orang introvert ni

1. hanya akan bergaul dengan orang lain jika dia rasa suka bergaul dengan orang itu
2. hanya akan bergaul dengan orang lain jika dia rasa dia perlu bergaul dengan orang itu
3. hanya akan bergaul dengan orang lain jika dia memang terpaksa bergaul dengan orang itu
4. hanya akan bergaul dengan orang lain jika dia rasa berbaloi bergaul dengan orang itu..

pun bergitu, tidak bermaksud orang introvert ni jenis yang tak friendly langsung.. bukan bermaksud dorang tak suka nak bersosial.. akan tertapi disebabkan 'limited energy' membuatkan dorang ni macam 'berjimat' dan hanya gunakan jika dorang rasa suka, perlu, terpaksa or berbaloi untuk digunakan.. berbanding dengan manusia jenis extrovert pula, 'unlimited energy' membuatkan dorang macam tak kisah untuk gunakan energy itu.. so, dorang ni mostly jenis yang suka bersosial dan layan semua orang je.. sebab orang extrovert ni kena gunakan 'energy' itu.. sebab kalau full tangki macam buat rasa diri mudah nak bosan keseorangan.. so, dorang perlukan interaksi untuk luahkan 'energy' itu..

untuk golongan introvert pula, setelah dorang mengunakan 'energy' itu, maka disebabkan 'energy' dorang sangat sikit jadi ia mudah nak habis.. so, dorang kena 'recharge' balik 'energy' tersebut.. so, cara dorang nak recharge ni adalah dengan tidak memakai 'energy' tu lah.. dengan kata lain, bersendirian tanpa melakukan apa-apa interaksi dengan manusia.. jadi disebabkan itu orang introvert ni tak kisah untuk bersendirian, malah dorang mungkin prefer bersendirian (sebab nak recharge balik 'energy' tu).. so, orang introvert ni banyak hobi yang sering dilakukan bersendirian seperti membaca buku, tengok movie berseorangan..

akan tetapi, itu tak bermaksud yang orang introvert ni memang suka sangat nak bersendirian.. 'energy' itu kena dipakai juga... sebab tak boleh nak biarkan tangki energy tu penuh.. so, orang introvert juga memerlukan interaksi dengan manusia.. sebab semua manusia memerlukan interaksi dan boleh rasa bosan dengan kesunyian.. termasuk juga dengan manusia introvert..

cuma yang membezakan antara introvert dengan extrovert ni, bila orang introvert tu pakai 'energy' tersebut ia mudah nak habis dan kena recharge balik (dengan melakukan aktiviti berseorangan).. thus, how they want to use that 'energy', kena lah dipakai sebaik-baiknya seperti yang telah disenaraikan, jika suka/perlu/terpaksa/berbaloi.. tapi orang extrovert memiliki unlimited energy so, dorang tak payah nak risau jika energy tu habis sebab dorang ni self-sufficient.. extrovert ni pula kena risau untuk tidak membiarkan tangki 'energy' tu penuh.. jadi dorang kena gunakan 'energy' tersebut selalu..