Monday 29 August 2011

Preamble -the major & minor-

tidak tahu mengapa hatiku tergerak untuk menulis mengenai perkara ini.. satu perkara yang aku tidak dapat bicarakan secara terbuka.. biar hati sentiasa berkata, "dengarkanlah!! aku ingin kamu memahaminya!" hati menjerit mendesak agar ada penerimaan dari golongan majoriti.. dan hati ini akan berkata lagi, "dengarkanlah!! aku juga seperti kamu.. kewujudanku, bukanlah sesuatu yang sia-sia."

begitu naif.. ada kalanya diri perlu memahami yang paradoks ini tidak mungkin terjadi.. pengharapan yang sia-sia.. tiada sesiapa yang mahu kisah bisikan hati ini.. tiada yang mahu memahaminya.. biarkan aku bersendirian, bersama pegangan aku.. dan tidak pula aku terfikir untuk menyalahkan mereka.. tiada sesiapa yang sempurna..

ini adalah kisah aku.. aku adalah golongan minoriti.. suara hati sang minoriti begitu sukar didengari.. sudah menjadi hukum manusia, yang majoriti akan sentiasa menentukan apa yang betul dan apa yang salah.. mereka yang akan memerintah.. dari segi agama aku, aku adalah dari golongan majoriti.. begitu juga dengan faktor kaum aku.. aku lah majoriti yang sudah semestinya mendapat lebih banyak manfaat.. negara ini akan sentiasa diperintah oleh orang seagamaku, kaum yang sama dengan diriku.. yang minoriti, kamu hanya perlu bersuara, namun hakikatnya sang majoriti yang akan memutuskan semuanya.. itu dinamakan demokrasi.. dengan kata lain, selagi sesuatu pendapat itu mendapat persetujuan paling banyak, ia akan menang.. yang kurang mendapat sambutan, akan kalah.. namun, tidak semestinya yang tewas itu tidak bagus.. hal ini samalah juga dengan yang berlaku dalam politik.. minda mewakili pendapat kita, namun tidak semua minda itu mampu memahami akan sesuatu sistuasi.. pendek kata, yang memiliki banyak manfaat kepada diri kita, akan dipilih.. ia akan diputuskan untuk menjadi sebegitu.. ini lah lumrah..

aku adalah golongan majoriti dalam banyak aspek.. namun aku adalah golongan minoriti jika diukur dari sudut seksualitiku.. aku rasa anda faham apa yang aku maksudkan di sini.. aku adalah seorang lelaki.. ada sesuatu yang aku tidak faham akan diriku sendiri.. mungkin apabila aku memahaminya, aku akan cuba untuk menafikannya.. ia adalah lumrah apabila sesuatu yang taboo dalam masyarakat mempunyai kaitan dengan diri kita.. aku menyukai kaum sejenis aku...


kenapa? orang selalu berkata sebegini, "aku tak fahamlah dengan orang macam ni, dah Tuhan jadikan kau lelaki, kenapa nak suka lelaki juga? bukanya ada manfaat pun.. tak boleh nak ada zuriat."

jika orang bertanyakan aku akan soalan sedemikian, sejujurnya aku tidak mampu untuk menjawabnya. aku tahu, hubungan seperti ini tidak akan berkekal lama.. tidak mungkin sampai ke jinjang pelamin (walaupun aku tak pernah terfikir macam tu), tapi ada sesuatu orang kebanyakan susah untuk memahaminya. ia bukanlah mengenai perasaan yang dibuat-buat.. adakah aku sengaja untuk menyukai? kalau sesuatu perasaan suka yang disengajakan adalah salah, jadi adakah aku bersalah di saat aku cuba untuk menyukai kaum yang berlainan jantina denganku? dengan kata lain, aku sengaja cuba menyukai golongan hawa. so, adakah aku bersalah? (sengaja menyukai namun hakikatnya tidak mampu)

pada saat ini hati ingin berbicara, "bayangkanlah kalau dunia ni jadi terbalik.. ia adalah salah untuk seorang lelaki untuk menyukai seorang perempuan. kamu (golongan yang straight) perlu menyukai kaum sama jantina dengan diri kamu. adakah kamu mampu?" jawapan ini mestilah sukar untuk dijawab. dan kamu mungkin akan berkata, "bagaimana mungkin aku mesti menjadi seorang homoseksual?" aku ulangi lagi, bayangkan dunia ini sudah terbalik, yang normal itu adalah homoseksual dan begitulah dengan yang sebaliknya. inilah yang aku alami. ia adalah sesuatu yang sukar untuk difahami bagi golongan majoriti. perasaan ini bukanlah sesuatu yang disengajakan. aku juga tidak ingin memahami perasaan dan kenapa aku bertindak sedemikian? bila aku cuba untuk memahami, aku sebenarnya tidak ada apa-apa sebab. ia adalah sesuatu yang natural. mungkin telah ada dalam diriku lagi bermula saat aku dilahirkan.. dan aku tidak akan cuba untuk memahaminya.

ini adalah berkenaan golongan majoriti dengan minoriti. dari sudut demokrasi, begitu senang untuk sang majoriti untuk memang.. tapi, tak semestinya yang tewas itu salah. sama seperti politik. demokrasi adalah berkenaan tentang minda masyarakat. minda seseorang tidak mungkin akan memahami semua yang berlaku di sekitarnya. kebisaanya, orang hanya akan menyokong sesuatu yang ada manfaat kepada dirinya.

aku adalah minoriti.. adalah perlu yang minoriti untuk memahami apa yang dimahukan oleh golongan majoriti, namun adakah satu keperluan untuk sang majoriti untuk memahami golongan minoriti? tambahan pula, mereka adalah pemenang.. dan jika ini berlaku, suara hati mereka yang minoriti akan sentiasa tidak diendahkan..

aku cuma mahu mereka memahami.. aku tahu, aku bersalah namun adalah perlu untuk memahami diriku sebelum mereka cuba menghukum diriku...

6 comments:

  1. 11 Jun 2012, baru terjumpa ur bloq..
    memang betullah apa yang u ckp..
    and mama paham apa yang u rasa sebab mama merasakan sama mcm apa yang u rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga yg baca my first post.. hehe

      waktu tulis post ni i baru je nk discover dunia org plu ni.. still fresh lg..

      btw, thanks sbb memahami..

      Delete
  2. hoho br terjumpa blog ni..alamak bro nak tutup blog nih dah ker? -_-"

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    baru jumpe blog ni.
    Rase macam bace diari sendiri plak.
    Tu la kan orang normal memang tak bersyukur.
    Aku pun ada blog jgak

    gayinsaf.blogspot.com

    xfemes pon.

    Anyway jaga diri baik2 ok.
    Jangan mudah terpengaruh.

    Aku ada juga baca yang gay pon boleh berubah.

    tu la motivasi utk kita.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...masih ada kekuatan iman dan jihad dalam diri awak....sy yakin awak boleh berubah.....kembalilah kepada syariat islam....anggap ini ujian...buat byk2 solat taubat, solat hajat, minta pada tuhan supaya dapat hilangkan perasaan yang tak normal tu....dalam masa yang sama muhasabah diri dan renungkan ciptaan tuhan...kenapa tuhan cipta manusia dan makhluk2 berlainan jantina...itulah hikmahnya kejadian alam ni....semua ada fitrah kejadiannnya....doa & tawakal....dan yang penting berusaha utk menjauhkan diri drpd maksiat....saya doakan awak berjaya!terus berjihad!

    ReplyDelete
  5. Smg awk mmpu berubah..sy straight tp fren rmai plu

    ReplyDelete