rasanye aku tak perlu terangkan kepada anda semua apa itu Planet Romeo.. tak pastilah sama ada korang turut memiliki account dalam laman sosial tu.. honestly, aku tidak pernah tahu akan kewujudan laman sosial ni.. kan aku ni jenis yang innocent.. banyak benda yang aku tidak tahu dan tidak pernah cuba.. tapi bila aku cakap perkara ni, tidak bermaksud aku nak cuba banyak perkara yang boleh membawa aku ke arah sesuatu yang negatif.. honestly, bila aku secara tidak sengaja mengetahui laman sosial tersebut, jauh di sudut hati ku berkata, "aku selangkah menghampiri dosa.." ayat yang aku tulis di bawah tajuk blog aku ini.. kenapa aku cakap begitu? honestly, aku sudah tertarik dengan laman sosial ini...
pertama kali aku mengetahui akan kewujudan laman sosial ni pada beberapa hari sebelum raya tahun ini.. aku tidak pasti lah berapa hari.. rasa-rasanya empat hari sebelum raya kot.. in short, aku still barulah dalam ruangan tersebut.. macam mana aku mengetahui kewujudan Planet Romeo? haha.. pernah sekali orang yang aku jumpa di PR bertanyakan soalan tersebut.. honestly, aku kata aku tak tahu macam mana aku boleh tahu.. pelik kan? macam mana pula tidak boleh ingat? aku kata pada dia, "aku tidak ingatlah.. mungkin tidak penting sangat kot, sebab tu boleh lupa.." tapi, aku sendiri pun curious gak macam mana aku boleh tahu kewujudan PR? fikir punya fikir, baru aku ingat yang aku terjumpa link dari fb.. haha.. aku ada lihat profile sorang jejaka ni.. mestilah lelaki tu mempunyai rupa yang menarik, sebab tu aku tertarik nak lihat profile dia.. then, dari account fb dia tu lah aku terjumpa link PR.. aku curious, "apa benda ni?" then aku buka link tu.. dari saat tu, bermulalah satu kisah baru dalam hidup aku mengenali laman sosial yang khas untuk orang yang abnormal macam aku ni..
bila aku cerita semua ini, aku nak kata yang kehadiran aku dalam PR bukanlah disebabkan ingin mencari pasangan untuk melakukan seks.. aku baru sedar yang kebanyakan orang dalam PR sebenarnya mempunyai tujuan sedemikian.. ada juga yang ingin mencari partner.. so, kenapa pula aku nak buat account dalam PR? ada orang tanya, "cari apa di sini?" aku akan balas, "tidak cari apa-apa.. seriusly, aku tak ada tujuan langsung.. aku just ikut gerak hati aku.. aku buat account.. then.. lihat apa yang akan berlaku selepas ini.." in short, aku memang tidak ada tujuan langsung kenapa aku buat account di PR.. nak cari kawan? partner? sex? tidak satu pun dari perkara tersebut terlintas di fikiran aku.. aku just suka-suka je buat account tu..
so, kenapa pula aku tertarik dengan PR? honestly, dengan mengenali PR secara tidak langsung aku sudah selangkah memasuki dunia PLU.. dan dari saat itu ayat ini muncul dalam fikiran aku, "aku selangkah menghampiri dosa.." tidak tahu kenapa aku berfikiran macam tu.. satu perkara yang aku suka mengenai PR, aku merasakan diri aku tidak keseorangan.. aku melihat bertapa banyaknya orang yang sama nasibnya seperti aku.. aku merasakan perasaan yang selama ini aku pendam sedikit sebanyak dapat diluahkan kepada insan yang sama seperti aku.. insan yang memahami kerana mereka juga merasainya.. perasaan yang mana aku tidak boleh bicarakan kepada teman-teman ku yang lain.. parah jika aku meluahkan.. sepanjang umur aku, untuk tempoh 19 tahun aku pendam perasaan ini, dan akhirnya aku dapat membicarakan, berkongsi kisah ini kepada mereka yang sudi mendengarnya tanpa ada sedikit perasaan benci.. kerana mereka juga sama seperti aku... dan kerana itu aku mula menyukai PR..
banyak perkara yang aku pelajari dari PR.. aku mula sedar golongan abnormal ni sebenarnya kebanyakan terdiri daripada lelaki yang kelihatan normal.. aku tidak pernah sangka pula.. adakalanya kita melihat orang tu macam normal namun hakikatnya mengalami masalah naluri.. aku pernah membuat post mengenai hal ini dalam post "Tidak Bersendirian" (klik di sini)..
aku tahu kebanyakan orang dalam PR mempunyai tujuan yang negatif.. semua orang mempunyai tujuan yang berbeza kenapa mereka ada di PR.. tapi, so far aku tidak pernah pula melakukan perkara yang negatif.. bercakap mengenai PR, sudah semestinya aku tidak akan lepas daripada ajakan orang untuk berkenalan or melakukan seks.. kalau ajakan seks tu, aku dengan serta merta akan menolaknya.. namun untuk berkenalan, aku boleh terima juga lah.. tapi, ada juga yang ajak aku untuk pergi berjumpa.. tapi aku selalu menolak.. bukannye apa.. takut perkara yang tidak baik akan berlaku pula.. ye lah.. aku ni still muda lagi.. masih innocent.. tapi itu tidak bermakna aku stupid... kalau ada yang ajak aku untuk berjumpa, aku akan lihat dulu profile mereka.. tengok rupa, boleh percaya ke tak.. dan aku juga lihat sama ada mereka top, bottom or versatile.. hehe.. bukan untuk tujuan seks tapi kalau mereka adalah top or versatile, kemungkinan untuk aku dirogol tu agak tinggi lah juga.. sebab kita tak tahu apa tujuan mereka.. tapi kalau mereka yang bottom, aku rasa selamat sikit.. ye lah, kemungkinan untuk dirogol tu kurang sikit.. kecualilah aku yang jadi perogol.. haha.. tapi, aku tidak akan buat perkara terkutuk tu sebab aku faham apa tujuan aku.. (tapi kalau yang bottom tu goda aku pula, macam mana?).. satu lagi perkara untuk mengelakkan diri daripada tidak dirogol, aku akan pasti dia tidak akan mendominasi aku.. contohnye, naik kereta dia.. sebab bila sudah masuk kereta, mereka lah yang kawal keadaan.. entah ke mana dia nak bawa aku pun tidak tahu.. kata nak pergi ke tempat ni, last-last tipu bawa tempat lain.. sebab tu aku akan pastikan aku tidak akan ikut mereka masuk kereta.. kalau nak berjumpa tu mesti di tempat public.. rasa selamat sikit...
so far aku tidak lah lebih-lebih dalam PR.. dalam post "Unofficial Blind Date" tu je lah orang pertama aku jumpa.. sebabnya dia sebaya umur dengan aku.. dan lagi aku lihat profile dia more pada bottom.. so, aku rasa selamat sikit.. kalau yang berumur tu, aku rasa dia agak menjadi lebih mendominasi.. ye lah.. aku ni kan lelaki budiman.. kena lah hormat pada yang lebih tua.. honestly, kebanyakan orang yang melihat profile aku or nak berkenalan dengan aku adalah mereka yang lebih berusia.. mungkin sebab aku ni comel hensem lah katakan.. haha.. ala-ala macam orang korea or jepun.. bwa haha.. perasan giler!!
in short, aku tak nak lah lebih-lebih dalam PR.. cukup aku merasa diri aku diterima sudah boleh membuatkan aku berasa gembira.. nak berjumpa dengan orang? seriusly aku jenis yang berhati-hati.. pandai-pandailah aku nak menyelidik latar belakang orang tu dulu.. jangan terkejut jika aku tahu banyak hal orang lain..
hmm.. tak tahulah sampai bila aku berada dalam PR.. aku masih menunggu masa.. mungkin suatu hari nanti aku akan delete gak account aku.. aku harap aku tidak lama di PR..
(kot2 korang yang ada account PR pernah terjumpa aku.. kalau pernah tersempak tu, diam-diam je lah ye.. hehe)
aq suggest kat ang, delete PR sebelum ang menyesal..xbest ada PR nie, bnd nie buatkan kita jadi lagi teruk..
ReplyDeletehonestly aq jadi teruk sbb PR, tapi aku delete dah PR 4taun lepas..lepas aq masuk kolej..huhu..cume pendapat aq je..
hmm..bila terniat nak delete, sila delete..jangan menyesal dikemudian hari..aku dh jumpa ramai orang yang menyesal dan menyalahkan PR..
ReplyDeletepsst: hanya kita sendiri tahu ape yang kita nak.. :)
ive deleted my PR profile hahahahahahahhaha~ seriously...kalau masih baru, PR akan mendatangkan dugaan/tempatation yang sangat tinggi~ sila dalami diri sendiri dulu seblom masuk or join site2 ceni~
ReplyDeletejoin saja suka2,ramai mmber2.tapi ada jgk yg MEMAKSA jd bf mereka..x suka wooo..lau comel x pe r gak...haha..
ReplyDeletesekarang boleh bukak lagi ker?
ReplyDelete