Saturday 5 November 2011

Seks dengan Mayat & Binatang

sekarang ni isu paling hangat diperkatakan adalah mengenai pesta yang dibuat oleh Seksualiti Merdeka.. kat dalam FB dah banyak orang post macam-macam pasal hal ini.. 

aku tak terkejut lah kalau orang nak menentang... ia sudah menjadi sebahagian daripada budaya kita menganggap golongan LGBT ni sebagai golongan yang negatif.. apabila orang cakap mengenai gay, stereotype orang adalah 'seks bebas', 'HIV' dan 'golongan yang tak diakui oleh Rasulullah... walhal, hakikatnya kebanyakkan orang yang terkena HIV ramai dari golongan straight sendiri.. tapi, aku tak nafikan lah yang kebanyakkan orang gay or biseksual sebenarnya berpaksikan 'seks' semata-mata.. apa yang aku lihat dalam PR memang macam tu.. 

sejujurnya, pendapat aku mengenai hal ini neutral je.. tak menyokong, tak juga menentang.. aku faham apa yang diperjuangkan oleh Seksualiti Merdeka di mana mereka mahu masyarakat menerima golongan LGBT dengan hati yang terbuka.. mereka memperjuangkan hak golongan LGBT mengenai diskriminasi yang dilakukan terhadap golongan ini.. tapi media pula mengatakan mereka ini memperjuangkan agar seks songsang itu dihalalkan.. mempromosi gaya hidup songsang kepada golongan yang lain.. tapi, pada pendapat aku, tidak dinafikan bahawa jika hal ini dihalalkan, golongan LBGT di Malaysia akan menjadi lebih teruk.. mungkin pada masa ini, akan ada undang-undang yang digubal bagi melindungi golongan LGBT, tapi di hari yang seterusnya, tidak mustahil kalau Seksualiti Merdeka akan mendesak agar perkahwinan sesama jantina turut dihalalkan.. siapa tahu?

tapi apa yang aku ingin sampaikan adalah mengenai pemikiran sesetengah golongan yang 'bijak pandai' dalam usaha mereka untuk membanteras kegiatan ini.. semalam, aku ingat khutbah Jumaat di surau aku akan membincangkan mengenai hal ini.. tapi, tidak pula begitu, melainkan mengenai perundangan Islam.. tapi seperti firasat aku, memang ada ditempat lain sudah pun melakukan demonstrasi menolak kegiatan Seksualiti Merdeka di kawasan masjid... aku tak hairan lah jika hal ini berlaku.. tapi apa yang menarik perhatian aku apabila mendengar ceramah mereka yang mengaitkan golongan LGBT dengan melakukan seks terhadap mayat dan binatang... haha... macam mana mereka boleh bercakap macam tu??

pernah ada ke perjuangan LGBT dalam menghalalkan seks terhadap mayat dan binatang? kita lihat sendiri di luar negara apabila golongan LGBT berdemonstrasi.. ada ke mereka cakap tentang seks terhadap binatang dan mayat?? aku yang songsang ni pun tak pernah terfikir akan hal macam tu.. kalau ada orang melakukan seks terhadap mayat dan binatang, orang tu tergolong dalam golongan LGBT ke? pelik tapi itu lah yang dicakapkan oleh golongan 'bijak pandai' ni... adakalanya jika seseorang tu ingin menolak sesuatu, mereka akan bercakap sesuatu yang pelik-pelik, terlalu radikal untuk meraih sokongan masyarakat.. selepas ini, akan tertanamlah di minda orang yang mendengar ceramah itu bahawa golongan LGBT ni melakukan seks terhadap mayat dan binatang.. kecuali bagi mereka yang berfikiran waras lah yang faham akan erti sebenar LGBT...

nak dengar ceramah tu? ni videonya...





aku faham kenapa mereka mahu menolak perjuangan Seksualiti Merdeka.. namun kalau nak menolak tu, janganlah terlalu radikal sangat sampai mengaitkan LGBT dengan seks terhadap mayat dan binatang... bagi aku, ia adalah keterlaluan.. perlu kah aku katakan ia sebagai 'fitnah'?? 

perjuangan Seksualiti Merdeka ni memang agak mustahil akan diterima di Malaysia... kita tahu bahawa Malaysia adalah negara yang mempunyai pengaruh agama Islam yang kuat dalam politik.. Malaysia cukup berbeza dengan Indonesia yang mana negara Indonesia lebih sekular dan liberal.. malah di Indonesia sendiri boleh ada universiti kristian yang mustahil akan wujud di Malaysia.. 

aku pernah diminta untuk membuat kajian mengenai United Nation Universal Declaration of Human Rights yang membincangkan mengenai hak-hak asasi manusia.. tapi Malaysia tak pernah mengaplikasikan deklarasi ini kerana sebagai negara Islam, kita tak boleh nak terima artikel 18 dalam deklarasi tersebut yang menyentuh mengenai 'freedom of thought'.. artikel 18 mengatakan, semua manusia mempunyai hak mempunyai agama sendiri termasuk hak untuk memeluk agama lain.. kalau Seksualiti Merdeka ingin berjuang di atas nama deklarasi ini, akan tetapi Malaysia tak pernah mengaplikasikannya.. 

in short, bagi aku perjuangan Seksualiti Merdeka ini memang susah nak dicapai kerana 'popular culture' masyarakat kita mengatakan LGBT sebagai sesuatu yang negatif.. tunggu lah sampai aku mati sekali pun aku rasa memang tak akan ada.. aku tak kata sama ada aku sokong atau pun menolak hal ini.. aku faham akan perjuangan Seksualiti Merdeka agar ada 'penerimaan' namun pada masa yang sama jika ada 'penerimaan' ini, bagi aku golongan songsang ni akan menjadi-jadi.. 





jangan diharap paradoks ini akan berlaku,

apabila orang berkata benci, tapi mereka menerimanya...


1 comments: