Tuesday, 20 December 2011

Gay Muslim and Faith




Aku masih ingat lagi waktu pertama kali aku membuat account kat dalam PR, antara soalan yang pertama orang tanya pada aku daripada seorang atheist adalah, “kenapa awak masih percaya dengan Islam walaupun awak tahu Nabi Muhammad benci dengan orang-orang gay?”

“He hates gays..”

Satu soalan yang pada aku agak mengejutkan kerana ia adalah sesuatu yang tak pernah aku sangkakan.. pada masa yang sama, ia adalah satu soalan yang cukup menarik kerana membuatkan aku tersedar akan realiti kehidupan di dunia ini..

Dunia ini begitu rumit kerana banyak benda yang kita tidak tahu dan faham.. sama lah mengenai hakikat kenapa golongan gay ini wujud di dunia? Kenapa kita dilahirkan sebegini walaupun hakikatnya kita tidak meminta kita dilahirkan untuk menjadi seorang gay? Kemudiannya, orang sekitar mu mengatakan bahawa Tuhan membenci golongan seperti kamu.. dan menjadi lebih ironi lagi apabila kamu mempercayai dengan Tuhan, sedangkan begitu sukar untuk kita mencari pada mana-mana kitab suci yang mengatakan Tuhan ada memihak pada golongan gay ini..

“tunjukkan pada aku jika ada ayat dalam al-Quran ataupun hadis mengatakan Allah menyukai orang seperti kamu (homoseksual)” ayat seorang yang anti golongan LGBT yang aku terbaca dalam salah satu page dalam FB..

“hukuman bagi orang gay adalah MATI..”  kata seorang ulama arab yang aku dengar dalam sebuah video..

Di PR juga baru-baru ini aku terjumpa dengan seorang melayu yang meletakkan status agamanya sebagai seorang yang agnostic.. perbuatannya itu menarik perhatian aku kerana begitu sukar untuk menemukan seorang melayu yang berani meletakkan status agamanya sebagai seorang agnostic ataupun atheist secara terbuka..

Agnosticism tidaklah sama dengan atheist.. kalau ‘theist’ bermaksud orang yang mempecayai dengan agama dan kewujudan Tuhan manakala ‘atheist’ pula sebaliknya.. Agnosticism pula agak kompleks kerana kita tidak boleh nak mengklasifikasikan sama ada seseorang itu mempercayai akan kewujudan Tuhan ataupun tidak.. in short, aku katakana agnostic adalah orang yang tidak mempercayai Tuhan dan mempercayai Tuhan.. macam mana tu?

Aku beri satu contoh mengenai seorang pensyarah cina aku.. dia pernah mengatakan yang dia mempercayai akan hari kiamat.. dunia ini akan berakhir suatu hari nanti.. namun, dia tidak pasti sama ada dia patut percaya akan kewujudan Tuhan..

“saya tidak boleh melihat, menyentuh, merasa melalui hati akan kewujudan Tuhan..” itulah apa yang dia katakan..

Namun, dia sendiri tidak menolak akan kewujudan perkara-perkara ghaib di dunia ini seperti mana dia mempercayai akan hari kiamat.. dengan kata lain, dia tidak menolak jika kewujudan Tuhan itu adalah benar, namun dia cuma inginkan kepastian..

Agnosticism bagi aku adalah satu keadaan yang keliru mengenai kebenaran kewujudan Tuhan.. sama ada mempercayai ataupun tidak..

Jadi, kenapa aku bercerita mengenai agnosticism? Sejujurnya aku ingin mengatakan aku sendiri pernah menjadi seorang yang agnostic.. namun dalam kes aku pula boleh diklasifikasikan sebagai ‘theist agnosticism’ yang mana aku lebih menjurus kepada mempercayai kewujudan Tuhan..

Kenapa aku boleh menjadi seorang yang agnostic? Jawapannya adalah mudah, kerana aku seorang yang gay.. homoseksual dengan agama adalah sesuatu yang taboo..  begitu sukar untuk mencari apa-apa perkara yang positif mengenai homoseksual dalam mana-mana agama.. walau kita bertanya pada golongan yang pakar agama, mereka akan mengatakan banyak hal-hal negatif mengenai golongan yang gay..

“tunjukkan pada aku jika ada ayat dalam al-Quran ataupun hadis mengatakan Allah menyukai orang seperti kamu (homoseksual)”

“hukuman bagi orang gay adalah MATI..”

Aku menjadi seorang theist agnostic kerana aku tidak faham akan ketentuan-Nya.. popular culture mengatakan Tuhan itu membenci golongan gay ini.. ironinya, aku tetap mempercayai akan kewujudan-Nya.. namun, adakah Tuhan memang membenci aku? Aku tetap percaya Dia tetap menyayangi aku.. Cuma aku tidak faham akan ketentuan-Nya..

Kenapa aku tidak boleh mencintai orang yang aku cintai?

Kalau mencintai seorang lelaki biar diriku sendiri adalah seorang lelaki adalah satu dosa, aku harap Engkau akan mengampunkan diriku.. kerana aku akan menghampiri ‘dosa’ itu.. aku hanya tidak tahu apa yang Engkau inginkan..

Pernah kamu menonton cerita Immortal? Dalam cerita itu ada mengisahkan mengenai seorang raja yang telah hilang keimanannya akan kewujudan Tuhan kerana apa yang dia harapkan tidak pernah dimakbulkan oleh Tuhan.. dia berdoa kepada Tuhan agar menyelamatkan nyawa isterinya.. dia berdoa banyak benda namun tidak satu pun doanya dimakbulkan.. hinggalah pada satu ketika, dia telah hilang kepercayaan akan kewujudan Tuhan.. perperangan meletus akibat kejahatan yang dilakukan oleh raja tersebut.. banyak rakyat yang terkorban.. ibu kepada Hero dalam cerita itu sentiasa percaya Tuhan akan sentiasa ada di sisi orang-orang yang teraniaya.. dia tidak berhenti-henti berdoa kepada Tuhan untuk melindungi dirinya dan anaknya.. si ibu itu tetap percaya Tuhan akan menolongnya.. namun hakikatnya, di dalam cerita itu, si ibu akhirnya terbunuh..  sejak hari itu si hero pula hilang keimananya terhadap Tuhan.. kalau Tuhan wujud, kenapa Dia tidak mahu menyelamatkan ibunya? Walaupun ibunya ada keimanan yang kuat terhadap diri-Nya? Kenapa Tuhan tidak mahu menyelamatkan manusia daripada perperangan ini?

“aku hanya ingin manusia tetap percaya akan kewujudan aku.. hinggalah sampai saat itu (apabila Titan dilepaskan oleh si raja)” kata Zeus, Tuhan dalam cerita itu..

Bila kita melihat cerita ini, perkara yang ingin disampaikan adalah mengenai keimanan.. jangan sesekali hilang keimanan.. walaupun adakalanya benda yang berlaku di sekeliling kita seakan mengatakan apa yang kita percaya adalah ‘blind faith’ semata-mata.. sama lah seperti hal ini.. tidak kisah lah apa yang orang lain katakan, aku tetap yakin akan kewujudan-Nya..

Sama lah seperti gay dan agama.. mungkin kita lihat banyak benda negatif daripada agama mengenai orang-orang gay.. namun aku percaya seorang gay itu tidak lah negatif tapi cara hidup gay itu sendiri mempunyai banyak ‘hitamnya’.. adakah kamu setuju?  Aku sedar mengenai perkara ini namun bagaimana pula mengenai perasaan cinta?

Adakah kamu percaya Tuhan akan menghukum manusia hanya kerana mereka mencintai seseorang? Aku percaya Tuhan tidak begitu.. perasaan adalah sesuatu yang hadir secara sendirinya.. kita tidak boleh nak paksa diri untuk membenci seseorang malah juga mencintai orang..

Kamu boleh mengatakan Nabi Muhammad membenci orang-orang gay.. namun aku percaya apa yang Nabi kita benci itu bukan lah pada orangnya, namu pada sifat dan cara hidup gay itu sendiri..

“jangan membenci orangnya, namun benci pada kelakuan buruknya..” salah satu ungkapan ustaz aku yang tetap aku ingati..

Banyak benda yang berlaku di dunia ini yang kita tidak faham.. hal ini kerana limitasi minda kita yang tidak mampu menjangkau dan memahami ketentuan-Nya.. ianya adalah mengenai soal keimanan.. jangan sesekali hilang keimanan.. biarkan saja apa yang orang kata mengenai diri kita.. persoalannya, adakah mereka itu Tuhan untuk menghukum kita? Malah, mereka sendiri tidak tahu apa yang telah dirancang oleh Tuhan..



Don’t lose your faith...







#terlalu banyak orang-orang gay yang telah hilang keimanan.. ada yang terus tidak mempercayai akan kewujudan Tuhan dan ada juga yang murtad dan memeluk agama lain.. kita sendiri tahu bertapa taboonya gay dalam mana-mana agama sekali pun.. namun, bagi yang memeluk agama lain, sekurang-kurangnya mereka tetap percaya akan Tuhan.. tidak ada yang rugi jika kamu mati dalam keimanan mempercayai Tuhan..

#aku menjadi seorang theist agnostic hanya untuk beberapa tempoh.. bagi aku ianya bukanlah perkara yang memalukan kerana apabila seseorang menjadi agnostic, bagi aku ia menunjukkan orang itu memikirkan tentang Tuhan.. tapi ianya hanya untuk beberapa tempoh yang agak singkat ketika aku masih tertanya-tanya mengenai diri aku, tertanya-tanya mengenai kehendak Allah.. but, until now, i'm still a muslim..

#menjadi seorang gay dan seorang muslim hakikatnya adalah begitu sukar.. kita tidak boleh menafikan perkara ini.. but, if you chose to be a muslim, jadi tunjukkan lah dirimu sebagai seorang muslim.. 

Friday, 16 December 2011

Seluar Dalam

lama giler tak update blog ni.. nak kata busy tak juga.. kata takde idea nak buat post pun tak juga.. mungkin senang cerita aku malas nak update.. haha.. btw, aku tengah bercuti sekarang ni.. tu pasal kot aku malas nak update blog ni.. cuti biar buat cara bercuti.. hehe

sekarang ni aku berada di kampung aku.. baru habis study.. so, aku akan berada di kampung untuk tempoh yang agak lama sementara menunggu result exam keluar.. 

nak dipendekkan cerita, kalau aku balik kampung ada perkara yang sudah menjadi satu kebiasaan untuk berlaku.. aku tanya pada korang semua, pernah tak seluar dalam kamu pada mulanya banyak, tapi lama kelamaan semakin berkurang? haha.. macam ni, jika aku balik kampung, stok seluar dalam aku selalu je semakin berkurang.. tak tahu kenapa.. contohnye hari ni kita pakai dua, tapi yang datang balik cuma satu.. bila hari-hari, semakin berkurang lah.. 

emak aku cuci baju setiap hari, tapi kalau bab nak melipat baju biasanya dia akan tunggu untuk beberapa hari dulu.. baju-baju yang sudah dijemur tu akan dikumpulkan dalam satu bakul besar.. pasal seluar dalam ni pula, aku pun tak tahu macam mana boleh berkurang.. tapi bila aku balik kampung je, perkara ni selalu berlaku.. mungkin dah tercampur seluar dalam bapa aku kot kat bilik dia..

bila menyedari perkara ini, aku pun buat lah preparation.. tambah stok seluar dalam dengan membeli seluar dalam baru.. haha.. 

sebenarnya apa yang aku ingin sampaikan adalah perkara ini.. kamu tahu aku jenis orang yang macam mana.. kamu mesti faham apa yang aku akan rasa jika aku pergi ke ruangan tempat membeli seluar dalam di kedai.. bila melihat disekitar kamu ada gambar-gambar lelaki seksi.. dapat tak kamu bayangkan macam mana perasaan aku? hehe.. satu perasaan yang agak kurang selesa sebenarnya buat aku... 

apa yang kamu akan rasa jika kamu seorang yang suka lelaki padahal kamu sendiri adalah lelaki pergi ke tempat jual seluar dalam? untuk aku, sejujurnya jantung aku berdegup kencang.. hati tak keruan.. kadang-kadang aku tak pasti apa tujuan aku sebenarnya.. nak beli seluar dalam or tengok benda lain? hehe..  kamu mesti faham macam mana kan?

sejujurnya, dulu aku pernah beli seluar dalam sesuatu jenama sebab kat kotak seluar dalam tu ada lelaki yang jenis yang aku suka.. haha.. X-D.. then pada malamnya.... hehe.. takleh nak cakap.. haha.. 

tapi, tu dulu-dulu lah.. sekarang ni dah lain.. aku sekarang ni boleh rileks je.. pasal nak beli seluar dalam, aku just pilih randomly je.. tengok design seluar dalam tu macam mana.. pelik ke tak.. warna macam mana.. kalau ok, aku beli.. tak memilih sangat.. sama lah macam dua hari lepas bila aku nak tambah stok seluar dalam aku yang semakin berkurangan di rumah.. haha... aku just ambil ramdomly je... 

itu lah yang aku rasakan jika aku nak beli seluar dalam... beli seluar dalam sebab kat kotak dia ada lelaki yang body cantik-cantik.. haha.. tapi tu dulu-dulu lah.. sekarang ni dah lain.. aku dah tak cerewet sangat.. X-D








# ada dua jenis lelaki.. ada yang suka pakai boxer, ada yang suka pakai seluar dalam... tapi aku jenis yang suka pakai seluar dalam.. bagi aku, pakai boxer ni macam loose sangat.. entah lah kenapa.. aku just rasa macam tu..

Friday, 2 December 2011

You Belong With Me - Gay Version

video ni aku tahu waktu tahun 2009 kot.. not sure lah.. parody lagu dari Taylor Swift.. yang pasti video parody versi gay ni sangat kelakar.. haha.. tiba-tiba aku teringat video ni then nak share pada korang semua..