Wednesday 23 May 2012

Korean Gay Short Film



















mungkin korang pernah tengok video di atas.. btw, bagi aku filem pendek di atas agak sweet.. Boy Meets Boy tu lah agak sweet.. kalau The Postcard lain sikit lah tapi still menarik.. banyak je gay short film kat youtube tapi yang ni tak menunjukkan adegan yang melampau. tak ada seks.. aku lebih suka tengok cerita yang sweet macam ni..

bagi aku, ia tak lah begitu 'mengelikan' biarpun orang straight tengok filem pendek ni.. 

aku pernah berbual dengan seorang PLU kat PR  tentang kisah dia yang jatuh suka kat lelaki kat KTM.. hampir setiap hari mereka akan berjumpa kat dalam KTM.. duduk pun selalu di tempat yang bedekatan. actually mereka saling tak mengenali.. lelaki kat dalam PR tu jatuh hati kat lelaki yang dia jumpa kat KTM.. biar pun hampir setiap hari berjumpa di dalam KTM tapi mereka tak pernah berbual.. dia just suka pada lelaki tu dalam diam.. dan dari hari ke hari, lelaki PR ni macam dah boleh jangka bila lelaki yang dia suka tu akan naik KTM.. kadang-kadang, dia akan tunggu pukul berapa lelaki yang dia suka tu akan naik KTM semata-mata mahu berjumpa dengan dia.. at least dia berasa gembira dapat tengok lelaki tu walaupun tak pernah berbual..

bagi aku, tak ke ia begitu sweet? kalau aku jumpa lelaki hensem kat dalam KTM pun memang susah nak jumpa orang tu lagi.. sekali tu lah je jumpa tapi kisah lelaki kat PR ni pula macam cerita dalam filem.. macam ada satu takdir mengatakan yang mereka akan selalu berjumpa.. 

macam best je kan kalau diri ada pengalaman macam tu semua.. bayangkan lah diri kau ada satu kisah yang seakan satu filem.. kenangan yang sweet... cerita Korea selalu tayangkan cerita yang sweet-sweet.. kadang-kadang aku macam tak percaya benda tu betul-betul terjadi ka dunia ni.. kamu suka kat seorang postman, then kamu tulis postcard dan kirim ke rumah kamu sendiri, so that orang yang kamu suka itu unofficially akan selalu datang ke rumah kamu.. or kamu jumpa seorang di dalam bus, then bila kamu turun, kamu rasa diekori oleh orang tu.. actually kamu memang berharap akan diekori.. dan perkara tu betul-betul terjadi, si dia memang mengekori kamu... 

dan kedua-dua cerita di atas menunjukkan yang kamu suka kat orang tu, dalam masa yang sama orang tu pun suka pada kamu..

btw, just enjoy the video.. actually aku pun tak tahu nak update apa.. agak busy sekarang ni.. so, untuk kekal update, aku share video ni....










21 comments:

  1. aku pernah tengok short movie just friends dgn boys love 1 and 2..gara2 tengok movie tu sama2 dgn my friend lah kita org "terlanjur"..hahaha..Just friends tu memang sentap gila lah part dia kantoi dgn mak dia tu..aku tak boleh bayangkan kalo situasi tu berlaku kt aku..kantoi dgn mak sendiri pulak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu filem yg agak panjang, so far aku just prah tgk filem thailand je.. filem plu korea x prnah lg..

      tu lh.. klu kantoi dgn kwn lain ceita lh.. tp klu kantoi dgn parent.. hmm.. aku pun xlh nk ckp apa..

      Delete
  2. salam putera.... :)
    dari post 1 ko.. smpai post terbaru....
    seriusly... aq jeles dengan ko...
    ko expresskan feeling ko dengan crita2 n post2...
    aq jeles sbb dlu aq x mmpu nk buat blog cmnie....
    btw... tahniah aq ucapkan..
    dlu aq sangkakan aq tabah jlni kehidupan nie....
    tpi skarang aq tau... yg ko lgi hebat dari aq...
    akan aq cuba baca semua post ko...
    gay is taboo....
    happy always...(^^,)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. aku ni xlh setabah mana.. dlm blog ni mungkin nampak mcm tp kat realiti lain.. so far kehidupan aku xlh 'gay' sgt, sbb tu kot aku still boleh kawal perbuatan aku.. but aku still prcaya yg aku agak lain dr plu lain.. lain dr segi pndpt akan hal plu tu sndiri..

      btw, ko nk baca post aku sampai habis ke? byk giler lh..82 post kot.. dan lg aku suka tulis panjang2..

      Delete
  3. aku pun minat kat sorang abang yg aku aku selalu jumpa time jogging petang..tapi sekadar memerhati dr jauh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni org yg 'tu' ke or org lain? dulu aku pun suka gak prhatikn org lain.. tp but recently aku dh mula nk 'jaga mata'.. XD

      Delete
  4. orang lain..x kenal pun..just selalu jumpa kat taman time jogging...pun xpnah sembang...kalau bertembung tu cepat2 cover...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti bila dia tgk ko, terus ko mengelabh kn? takut dia prasan yg ko slalu tgk dia.. takut fikir yg bukan2..

      Delete
  5. Used to feel like that.

    ReplyDelete
  6. bangkok love story penah tengok x putra? sedih.. tp sweet.. hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. x prnh tgk lg.. tp agak famous kn d kalangan PLU citer tu.. myb aku akn tgk gak nanti.. best x? rate drpd 10 brape?

      Delete
    2. rate bagi 10/10 sebab tu je film PLU yang aku tengok... hahahh... sedih cita tu... aku tengok nangis kot.. wuuwuu..sadis tol..

      Delete
    3. then, aku rasa yg aku patut tgk filem tu lh.. :D

      Delete
  7. Yap tapi cuba belajar menidakkan rasa itu sebab saya tahu ia salah. Berat tapi itu wajib dibuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kdg2 org tahu benda tu salah tp still nk buat gak.. bg aku senang je, sekali dh cuba, memang susah nk berubah..

      Delete
    2. putera, what u said is soo true.

      Delete
  8. aq suka kat budak 1 uni ngan aq..selalu gak aq curi2 pandang muka dia.. aq rase da kantoi kott aq selalu renung dia.. tapi memang selalu laa aq terserempak dengan dia.. kengkadang toleh2 je ternampak dia.. mcm ada connection je.. hahah

    ReplyDelete
  9. entry ko ni mmg best. nice words and story. anyway mmg korean movie event short movie pun mmg sweet2 je.. hehe..

    ReplyDelete
  10. hmm.. berubah mmg susahkan.. tp nak tak nak, kita kena jugak berubahh

    ReplyDelete