Saturday, 26 May 2012

Unspeakable Love -Part 1-






Part 1 : Planet Romeo

hari yang agak memenatkan.. dari pukul 9 pagi tadi sehinggalah pukul 1 petang aku perlu menghadiri kuliah dan kemudianya pada pukul 2 petang pula disambung dengan aktiviti di studio.. sebagai pelajar dalam jurusan seni bina, tidak banyak masa yang terluang untuk bergembira, bersantai dengan kawan-kawan yang lain.. hari-hari dipenuhi dengan tugasan baru yang diberikan oleh pensyarah sama ada perlu membuat kajian tentang sesuatu perkara ataupun perlu menyiapkan hasil-hasil design yang sudah semestinya memakan waktu untuk disiapkan.

mungkin pada orang lain belajar seni bina agak sibuk, no life, tidak cukup tidur dan seumpamanya.. mungkin benar, namun pada pengalaman aku kebanyakkan orang terasa diri mereka sibuk adalah disebabkan mereka selalu menangguh tugasan yang diberikan.. bila hampir tiba masa untuk dihantar semua tugasan, baru lah mereka nak berebut-rebut untuk menyiapkannya.. dan kerana itu, mereka merasakan jurusan ini sangat sibuk, tidak cukup tidur, perlu berjaga malam untuk menyiapkan semua tugasan. tapi, aku tidak begitu. aku akan pastikan yang aku tidak akan menangguhkan tugasan baru.. pagi ini diberikan kertas kerja, pada malamnya juga aku akan mula memulakan tugasan itu..

sekarang pukul 10 malam.. aku duduk berseorangan di bilik aku.. mungkin aku patut katakan bilik aku dan Shahir sebab kami berkongsi bilik di kolej kediaman universiti. Shahir masih tidak masuk bilik lagi.. barangkali dia tengah melepak di bilik kawan-kawan lain.. atau mungkin dia masih lagi berada di studio cuba untuk menyiapkan kerja-kerja designnya..

aku sudah menyiapkan kerja design aku di studio petang tadi. jadi pada malam ini aku agak bebas.. hmm.. malam ni aku nak buat apa ye? nak pergi melepak kat bilik kawan-kawan lain? hmm.. rasa malas pula.. lagi bagus aku kat dalam bilik je.. letih.. nak merehatkan badan.. nak tidur ke? tak kan lah tidur awal sangat.. masih pukul 10..

sambil berbaring di atas katil dengan memakai singlet dan seluar pendek aku mengamati putaran kipas yang berpusing laju. aku memang betul-betul tidak ada idea untuk melakukan apa pada malam ini. nak pergi keluar melepak di bilik kawan-kawan terasa malas pula.. kalau nak tidur rasa terlalu awal.. fikir dan terus berfikir.. nak buat apa ye?? hmm... better aku online je kot, buka facebook.. tengok-tengok perkembangan kawan-kawan yang lain di Facebook.

aku bangun lalu menuju ke meja belajar aku.. pada komputer riba Dell itu aku menekan papan kekunci cuba untuk mendaftar masuk akaun Facebook aku..

hmm... cuma ada lima notification.. dan semuanya tidak lah begitu penting.. pada news feed facebook, aku melihat perkembangan kawan-kawan aku melalui status mereka.. aku memberikan komen pada status mereka dan menekan butang 'like' pada gambar yang dipamerkan di news feed.

tapi, aku tetap terasa bosan. tidak ada benda yang begitu menarik di Facebook. jam sekarang menunjukkan waktu 10.30 malam. fikir dan berfikir. aku perlu melakukan sesuatu untuk mengisi masa yang terluang ini. lagipun bukan selalu aku agak bebas seperti malam ini. kalau tidak kerana aku tidak menangguh tugasan yang diberikan, mungkin pada malam ini aku tengah berada di studio universiti menyiapkan segala tugasan itu.

tiba-tiba aku teringat satu laman sosial yang sudah lama aku tidak kunjungi. mungkin sudah dua bulan aku tidak mendaftar masuk pada laman sesawang itu. macam mana lah keadaan akaun aku kat laman sosial tu agaknya sekarang ini? mungkin ada orang tengah tertunggu-tunggu kehadiran aku semula untuk online. patutkah aku membuka laman sosial tu? hmm.. fikir dan fikir.

baiklah, malam ni saja. lagi pun aku dah jarang tengok laman sosial tu. kot kot ada yang tengah rindu.. hehe.

pada papan kekunci komputer riba, aku menaip URL laman sosial itu..




rasanya dah dua bulan aku tak jenguk akaun aku kat Planet Romeo. laman sosial khusus untuk golongan lelaki yang mencintai lelaki itu rasanya sudah tidak asing bagi golongan PLU di Malaysia. mungkin orang kata website ni sudah menjadi sarang seks bagi golongan PLU. Tidak dapat dinafikan akan kebenarannya tapi kenapa aku masih terus melayari laman sesawang ini? adakah aku ingin mencari apa yang kebanyakkan PLU lain cari di laman ini? mencari kenalan? cinta? atau pun seks? 

mungkin aku patut katakan yang aku tidak perlu tiga sebab itu untuk ada di Planet Romeo. aku ada sebab aku sendiri.. ada sesuatu di Planet Romeo yang menarik perhatian aku akan laman sesawang itu. ia mengajar aku tentang sesuatu perkara.

aku menaip 'Putera7' untuk profile name manakala untuk password pula 'ihsan-hamidi' untuk mendaftar masuk. 

aku tulis nama kau lagi, Ihsan...

teringat akan si dia.. lelaki yang pertama kali membuatkan aku sentiasa berdebar setiap kali aku bertentang mata denganya.. namanya setiasa segar di minda aku dan kerana itu ia sentiasa aku sebatikan dalam kehidupan aku. nama mu adalah 'kunci' segala rahsia yang aku simpan. nama mu adalah kata laluan aku agar diri mu sentiasa mekar diingatan. dan di hari ini sekali lagi aku taip nama mu.

aku harap Allah memberikan peluang untuk kita bertemu lagi...

ada 52 orang yang telah melawat profile aku di Planet Romeo. tidak sangka, meski pun sudah dua bulan aku tidak online di Planet Romeo tapi masih ada yang sudi melihat profile aku.

ada lima mesej yang aku dapat. pertama daripada Skinboi89, kenalan yang agak baik. aku kenal dengan dia pada tahun lepas di Planet Romeo ini juga. orangnya tidaklah begitu hensem tapi tidak juga hodoh.. seorang biseksual. pada mesej itu dia katakan yang dia baru je berpisah dengan kekasih dia. pada saat ini, dia perlukan seseorang itu meluahkan perasaan hampa dia. aku lah orang itu. tempat dia mengadu masalah. untuk sesuatu sebab, dia selesa menceritakan masalah dia kepada aku. sebenarnya aku berasa agak kekok sedikit sebab aku tidak merasakan yang aku layak untuk menasihati orang lain. sebab diri aku sendiri pun mempunyai masalah aku sendiri. tapi untuk dia, aku sedaya upaya akan memberikan pendapat aku.


hi my friend.. saya tak tahu nak cakap macam mana. sebab saya perlukan keterangan yang lebih terperinci akan masalah yang awak hadapi. 

hmm.. macam ni lah.. pada 1 Jun ni saya agak free. mungkin kita boleh bincangkan hal ini kat YM pada pukul 10 malam.. apa macam? awak setuju?

btw, jgn bersedih.. sentiasa ceria selalu. hidup ini perlu opstimistik.. :D


mesej kedua pula daripada Pemuda-K, kata mahu berkenalan dengan aku. dia sempat tulis nombor telefon pada mesej itu jika aku berminat mahu berkenalan dengan dia.


hai... boleh je kalau nak kenal.. tapi rasanya better kita berkenalan kat dalam PR ni dulu.. saya lebih selesa kita kenal-kenal kat sini dulu.. :D


mesej ketiga dan keempat pula agak kurang menyenangkan.. yang ketiga bertanya sama ada aku mahu melakukan seks dengan dia ataupu tidak.. manakala mesej keempat hanya mahu berkenalan dengan aku. tapi bila aku melihat profile penghantar mesej itu, terlalu banyak gambar yang tidak begitu menyenangkan untuk dilihat. 

prinsip aku dalam Planet Romeo, aku hanya akan layan mesej orang yang aku rasa ikhlas dan tidak ada berbaur seks.. profile orang itu mestilah 'bersih' dari segala gambar yang tidak sepatutnya dilihat. dan yang pasti orang itu mesti baca keterangan di profile aku terlebih dahulu sebelum bertanyakan sesuatu.. misalnya jika aku sudah tulis kat profile aku yang aku tinggal di mana, jadi tidak perlu lah ditanya soalan itu lagi.. atau aku sudah terang-terang tulis tidak tertarik nak melakukan seks, jadi tidak perlu lah nak ajak aku buat perkara itu.. 

di Planet Romeo ada pelbagai ragam manusia. di laman sosial ini lah PLU bebas untuk bebicara mengenai banyak perkara yang tidak dapat dibincangkan di luar. ada yang mahu mencari cinta dan ramai juga yang mahu mencari teman untuk melakukan seks. mereka bebas untuk menunjukan belang mereka yang sebenar. ini lah dunia yang kami kongsi. dunia hanya untuk orang macam kita. meski pun hanya di alam maya, tapi ini lah tempat kamu ingin menjadi diri kau tanpa ada rasa takut.


assalammualaikum...

hai hensem.. suka tengok profile u.. nampak mcm org2 yang baik2..

btw, boleh kenal x?


mesej kelima aku baca. ia daripada Blueheart. aku buka profilenya, nak baca apa yang dia gambarkan tentang dirinya melalui profile. tinggi 178mm, berat pula 69kg. sebaya dengan aku lah.. rupa pada gambar pun boleh tahan juga.. kalau ditanya sama ada dia taste aku ataupun tidak, mungkin aku akan katakan 'ya'. not bad lah.. 

baca dan baca...



dia tengah online lah.. patut kah aku balas mesej dia? yang kurangnya dia letak status 'open relationship' dan 'sexdate' untuk sebab kenapa ada di sini. tapi dari gambar dia macam orang baik-baik je.. hmmm.. banyak je orang yang tulis kat profile mereka macam tu.. tulis macam tu tak semestinya dia orang yang kurang baik.. cuba layan sekejap nak tengok sama ada aku selesa nak berbual dengannya.. tapi, aku rasa dia pelik.. mesej yang dia hantar pada aku tu aku terasa pelik..

waalaikumussalam.. 

boleh je klu nk kenal.. sy x kisah nk kenal dgn ssiapa.. klu u org baik2, sy ok je..

oh ye.. about status awk.. myb sebab cara kehidupan PLU itu sendiri yang membuatkan dia x rasa happy.. as long as x melakukan sesuatu yg x elok, x ada sbb utk x brasa happy.. just nk beri pndapat lh.. XD


haha.. macam lah aku pun rasa happy dengan kehidupan aku sekarang ini.. bunyi macam aku ni bagus je.. padahal aku pun ada masalah aku sendiri.. entah lah.. tapi pun aku setuju gak dengan apa yang dia katakan. gay is happy. tapi kenapa kehidupan PLU tak gembira?


mungkin betul gak kata awk.. myb org PLU ni byk melakukan ssuatu yg mungkar, walaupun mereka tahu benda tu salah.. myb sbb kita rasa brdosa, sbb tu x happy... tp xleh nk salahkn jg sbb mostly mereka melakukan kerana tuntutan naluri..

btw, nice to know u..


hmm.. aku nak balas apa ye? hmm...


setuju.. 

hmmm...

i ada baca kat profile u tulis yg u ni biseksual.. just nk tanya something, u kat sni cari apa sbnrnya? nk cari teman hidup? reason utama kat PR ni lh mksud sy..


ha ah.. sy memang seorg biseksual.. reason kat sini?? actually xde sbb yg kukuh.. sje2 buat akaun.. 

xde lh nk cari bf sgt.. sy jenis yg open relationship.. malas nk fikir tentang bf.. cinta PLU bukannya setia pun.. so i x trasa nk trikat sgt klu nk kluar dgn ssiapa.. so, senang sikit klu nk buat benda tu.. haha

btw, u pula cari apa kat sini?


bg sy lh kan, klu u biseksual better u cari awek je.. awk faham kn mksud sy knp? so, u memang slalu buat 'benda' tu ke? 

sy pun sama mcm awk.. xde alasan yg kukuh.. sy ikut kata hati.. buat akaun kat dlm ni, then lihat apa yg akn jd seterusnya...

cinta PLU x setia? bukan u PLU juga ke? so, u ni memang x setia lh? klu u jenis setia, so memang adalh yg still setia pd cinta.. hairan lh, apasal org straight slalu brtukar2 gf, kdg2 dh ada empat ex-gf, tp org xde pula kata cinta org straight x setia? 

bg sy, straight or x, sama je.. 


x lh slalu buat.. klu x tahan, adalh jg.. tgk pd org tu jg lh, taste sy or x.. tp klu org tu xnk main, sy xkn paksa.. biar lh atas kehendak sndiri.. i x ambil kesempatan lh.. sy still hormat org.. knp tanya mcm tu? u x prnah main ke? 

no komen lh tentang cinta PLU sbb skrg ni sy lebih enjoy jd single.. bebas sikit.. 


so, klu mcm tu, sy pun x nk beri komen sama ada sy prnah main or x? hehe.. 


tiba-tiba pintu bilik aku dibuka. Shahir baru je pulang dari studio. kelihatan agak letih. dengan melihat peralatan yang dia bawa di tangan, aku boleh tahu dia baru lepas balik studio untuk menyiapkan model design rumahnya.. 

aku memandang Shahir. dia pergi meletakkan peralatan untuk membuat model rumah di atas meja belajarnya kemudian berlangkah menuju ke katilnya. dia duduk di katil lalu membuka baju. aku mengalihkan pandangan mata ku. kebiasaanya macam tu lah, Shahir suka tidur berbuka baju. panas katanya. tapi untuk sesuatu sebab aku merasakan yang aku tak boleh nak tengok dia. maksud aku melihat dirinya apabila tidak memakai baju. mata ini seakan tertarik namun secara automatik, aku akan mengalihkan pandagan untuk tidak melihatnya.

"Shahir, kau dah nak tidur ke? kalau ya, aku nak tutup lampu.. tak nak ganggu kau tidur" tanya aku tampa memandangnya.

"hmm.. boleh gak. aku pun dah mengantuk ni.. tu pasal lah balik bilik.. tapi tak kacau kau online ke?"

"tak adalah.. aku boleh je main laptop gelap-gelap." aku masih tetap memandang pada skrin laptop.

"kalau macam tu, biar aku yang tutup suiz lampu.. thanks tau.. subuh nanti jangan lupa kejutkan aku.. nanti tak pasal-pasal terlepas sembahyang subuh."

"no problem.."

suiz lampu dipadamkan. suasana menjadi gelap. Shahir kembali ke katil lalu berbaring. dalam masa 10 minit nanti, terlena lah dia. aku pula masih lagi melayan komputer riba aku. untuk sesuatu sebab, aku seakan tertarik untuk meneruskan perbualan dengan lelaki dari PR ini, Blueheart.


saya rasa u memang x pernah main lah.. dr segi gaya bhasa awk, sy agak mcm tu lh.. 

hmm.. kalau mcm tu, knp u ada kat PR.. this website is not suitable for u lh.. tempat ni adalah sarang maksiat. x baik utk org yg baik mcm u..


u rasa mcm tu ke? haha.. saya je tahu sama ada saya pernah main or x.. i xlah baik sgt sampai x layak utk ada di PR.. u know what, this website nampak negatif sebab orang kat dalam ni yang buat ia nampak negatif.. saya suka PR atas sbb trtentu.. for me PR is like a Facebook, cuma ia agak special untuk orang mcm kita..


hmm... ok.. 

u agak brbeza n i like it.. hehe..

btw, kat dlm profile u x tulis pun sama ada u ni biseksual ke or gay.. sje2 lh nk tahu.. 


nk ckp mcm mana ye? hmm.. 

sy anggap diri sy hanya ada nafsu pd lelaki.. so, u faham kn mksud sy?


faham.. you are a gay! hehe


i x guna word itu untuk describe seksualiti saya... hmm..


kenapa pula? so u apa lh?


gay is a negative connotation in our society.. every time u use it to describe about yourself, ianya mcm u sebut prkataan buruk tentang diri u.. i just rasa sebahagian drpd diri sy still xleh nk trima siapa diri sy yg sbnr.. 


hmm.. u know what, u memang brbeza drpd lelaki PR lain.. sy x prnah lg jumpa org mcm awk kat dlm PR ni.. u sangat brbeza.. sbb cara u brfikir agak lain..


kalau mcm tu, sy pun nk kata yg u pun brbeza drpd lelaki PR lain.. x prnah ada org kat sini sebut 'assalamualaikum' sblum brkenalan.. haha..

btw, it is a good thing lh... :D


haha.. no komen..

nak sesuatu brbeza? ok.. my full name is Saiful Razali bin Ghazali. .. nak tahu asal mana? awk perlu brbual slalu dgn sy dulu baru awk tahu. study ke dah kerja? sama lh, u kena slalu brbual dgn sy dulu.. just call me Saiful.. informasi lain sila refer pd profile sy.. how about u?


just call me Fahri.. yg lain u kena slalu brbual dgn sy dulu baru u akn tahu.. hehe..


alah.. kedekutnye.. at least ckp lh nama full u.. 


xnk beri tahu... haha..


ok, that's fine for me...


XD











#finally aku pun dh start tulis novel aku sendiri.. panjang giler kn part 1 nye.. sperti yg aku ckp sbelum ni tajuk citer ni aku ambil drpd satu buku.. rasanya korang semua yg dh baca blog ni akn tahu.. sbb aku suka sgt2 tajuk tu.. dn cerita ni memang akn relate dgn 'Unspeakable Love'.. hope u guys suka.. 

17 comments:

  1. Keep on writing Bro.
    Biasanya, buat akaun hanya untuk cari kawan berbual saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks a lot..

      just nk tanya lh.. recently byk blog PLU kena block kat malaysia.. aku trtanya2 lh jika blog aku pun kena block di malaysia.. sbb aku bukannya kat malaysia skrg ni..

      Delete
  2. Still okay lagi.
    Banyak yang tukar url mereka daripada .blogspot.com kepada .blogspot.co.uk

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah lh.. aku rasa mcm kena block je.. sbb mcm smakin brkurang je page views.. rasa2 blog mcm aku punya ni pun boleh kena block ke? aku punya blog xde unsur lucah lh...

      Delete
    2. aku rase xkena blog la beb. ade byk lg blog yg content nye lg lucah xkena blog.

      Yup. Gay tu gay jugak..kalo bincang benda2 yg ok..xde mslh kot. xdela nk lucah manjang..otak pun jam juge! hihi.

      Delete
    3. harap2 sj blog ni x kena block.. klu terkena, memang kecewa gila lh aku..

      Delete
  3. Aku rasa sejahat2 gay pun mereka tetap paling kurang tak tinggal solat.
    Kalau dia keluarkan air mani pun (sengaja/dgn bantuan kawan), mereka tetap mandi wajib.
    Pada aku lah, mereka yg ada naluri songsang ni rata2 sekurang2nya ada asas2 agama. Tapi tak dinafikan ada yang terus hanyut dan langsung mengaibaikan agama dalam hidup.
    Tapi bagi plu2 yg ada sedikit kesedaran agama tu, bantulah mana2 org mcm kita yg perlukan nasihat/bantuan /pandangan. Mereka tak de tempat nak luahkan perasaan sbb bukan semua orang, org mcam kita boleh berkongsi masalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bg aku gay or straight sama je.. sama2 buat dosa, tp gay buat dgn cara lain lh.. klu kata gay suka buat maksiat, ramai gak yg straight buat maksiat..

      yup.. betul.. kbykkan ada basic agama cuma diri xleh nk kawal nafsu..

      Delete
    2. Setuju ngan hakimi.... jgn tinggalkan rukun islam tu.... just doa satu hari diberikan hidayah... PLU bkan pilihan.Ia dtg secara tetiba.... seorang PLU adalah yg paling kuat diuji tuhan... ingat mudah ker nak pikul perasaan ni... mcm mana agaknya jadi 100% straight....
      p/s: Baru mengikuti blog ini dan seorang biseksual

      Delete
  4. aku pun buukak akaun PR atas ikut kata hati tapi lepas bukak terus tak bukak2 dah...taktau apa cerita, maybe dah bersawang kot....x minat lah dengan benda2 macam ni kecuali FB....

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu dh lama sgt x buka, jawapannya akaun PR automatik akan didelete..rasanya mcm tu lh..

      Delete
  5. "aku tulis nama kau lagi, Ihsan..."

    syahdu sangat dengan ayat ni.

    ReplyDelete
  6. hey..aku baru start layan novel kau...
    writing yg baik..

    ReplyDelete
  7. suka!! saya ada suka laki nama ihsan ...tp saya saya telah wat something kat dea sampai sekarang dia benci saya.....huhu

    ReplyDelete
  8. best la Part 1 ni,...menarik,....excited nak proceed ke part sterusnye,..huhuhu...sy pn de akaun PR...tp xthu pe purpose bukak akuan ni,...im just like to view footprint chatting je,...meeting hahaha xkot/depend,..shall we proceed to next part,...

    ReplyDelete
  9. Gosh...aku baru masuk sini, after browsed kat Google - Malaysian Gay Vid. URL blog ni came up first. Pastu aku nampak link ke penulisan kau yg superb ni. Aku akan ikut cerita ni :) btw - assalamualaikum -salam blogger ke blogger :)

    ReplyDelete