Friday 3 February 2012

A New PLU in Australia

aku berada di Brunei untuk tempoh yang agak lama dan pulang ke tanah air pada 29 Januari lalu.. sepatutnya aku pulang pada 30 Januari namun kerana ingin menguruskan sesuatu hal yang penting, mahu tidak mahu aku harus pulang juga...

aku perlu menguruskan hal pengajian aku untuk belajar di Australia...

ia adalah sesuatu yang amat mengujakan apabila pihak penaja masih ingin memberikan biasiswa kepada aku untuk belajar di Australia.. keputusan ujian aku tidaklah begitu membanggakan namun masih melayakkan aku untuk belajar di negara kangaroo itu.. dan kini yang tinggal hanyalah untuk menguruskan hal-hal seperti mendapatkan Visa dan mengisi banyak document penting yang lain..

apabila aku memikirkan hal ini, banyak perkara bermain di minda aku.. boleh kah aku survive di sana nanti? boleh kah aku perform dengan bagus dalam study nanti? dan yang pasti aku juga memikirkan hal berkenaan dengan PLU...

seorang PLU dari Malaysia yang mempunyai budaya yang berbeza, corak permikiran yang lain dan akhirnya akan bertembung dengan masyarakat yang sudah semestinya mempunyai pemahaman mereka sendiri...

aku mengklasifikasikan diri aku sebagai seorang PLU yang konservatif, PLU yang tak cukup sifat... belajar di peringkat pengajian tinggi sudah semestinya aku akan berjumpa dengan PLU yang lain.. malah ketika aku masih belajar di IPTS di Malaysia pun aku telah bertemu dengan golongan ini.. housemate aku, malah kawan duduk sebelah meja aku pun rupa-rupanya seorang PLU gak.. walaupun mereka tak tahu yang aku ni sebenarnya macam mereka.. in short, PLU ni ada di mana-mana...

aku tak tahu macam mana kehidupan aku di Australia nanti.. sudah semestinya aku akan berjumpa dengan golongan PLU.. bukan sahaja mereka berasal dari Australia, malah dari seluruh pelusuk dunia.. aku tidak tahu sama ada mereka sedikit sebanyak akan mempengaruhi minda aku.. tanggapan aku mengenai PLU itu sendiri.. semua orang mempunyai pandangan berbeza.. homoseksual yang taboo di Malaysia namun mungkin bukan lah satu masalah yang besar di Australia... 

sejak aku tinggal di Kuala Lumpur, banyak perkara yang mula pelajari dalam dunia PLU ini.. aku yang mulanya tersangatlah 'suci' sehingga tidak tahu bagaimana seks itu terjadi... tidak pernah menyangka bahawa proses untuk 'membuat' anak itu adalah ketika alat kelamin lelaki memasuki kemaluan perempuan.. to be honest, aku tak tahu semua ini sehinggalah aku mempelajarinya dengan tidak sengaja apabila aku membaca buku tentang manusia dalam perpustakaan... 

aku yang mulanya tidak tahu akan apa itu top dan bottom dan akhirnya tahu akan istilah seks seperti rimming, fisting, 69 dan lain-lain.. semuanya bermula ketika aku tinggal di Kuala Lumpur... cuba fikir jika aku di Australia nanti, apa benda lagi yang aku akan belajar? aku tak tahu... yang pasti aku merasakan permikiran aku mula dicemari dari hari ke hari... hati semakin hitam...

tapi bila aku memikirkan semula, Allah mula melindungi aku dengan meletakkan aku untuk belajar bukan di bandar-bandar besar seperti Sydney, Melbourne or Perth... aku akan belajar di satu tempat yang agak sunyi dengan jumlah penduduk cuma sebanyak 100, 000 lebih sahaja.. malah Kuching sahaja mempunyai penduduk seramai 600, 000 lebih... dalam jangkaan aku, tempat itu tidak kurang seperti bandar kecil yang tidak lah begitu sibuk... dan yang pasti corak kehidupan mereka adalah sederhana seperti mana kehidupan di bandar-bandar kecil di Malaysia... kurang hiburan namun tempat yang bagus untuk belajar.. di fikiran aku, golongan PLU di sana tidak lah seperti di Sydney or bandar-bandar besar yang lain.. mungkin mereka masih lagi golongan PLU yang moderate.. tapi memang kah begitu? 

seriously, aku takut akan banyak perkara... aku tahu untuk menjaga diri aku sendiri.. namun siapa tahu akan godaan yang bakal ditempuhi? dan siapa tahu selama mana aku mampu untuk menyelamatkan diri daripada godaan ini? atau mungkin aku menjadi lebih teruk di Australia nanti? aku harap tidak begitu... 











#btw, aku akan belajar di kawasan yang banyak gunung di Australia.. kawasan beriklim sejuk... so, I'll be a part of nature lah lepas ni... 

10 comments:

  1. Congrats and good luck for ur future undertakings
    .. If we're lucky enuff , meet u up in Tasmania, someday ..weeeeeee ..huhu

    ReplyDelete
  2. boleh teka gak kat Tasmania... haha.. ingat nk ckp pd entri lain..

    ReplyDelete
  3. Hahaha .. I'm supposed to be there for my postgrad ..but last minute cancel the plan ..
    Fyi, it's the most beautiful place in Aussie ..definitely i'll visit there someday .. huhu

    ReplyDelete
  4. why u cancel the plan? i study in Tasmania bcoz i have the scholarship... xkn lh nk refuse pula kn? syg...

    ReplyDelete
  5. Health issue .. my parents wont permit it as well ..mmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduhai... nk buat mcm mana? mungkin xde rezeki... mungkin yg trbaik bg Nu'man ialah study d Malaysia... x smestinya kat Aussie ok...

      Delete
  6. owh...tahniah putera..
    selamat berjaya di aussie..
    n hope u can be strong enough "there" just likes here before..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for the wish... :-)

      kita tgk lh nanti jd mcm mana.. semakin ok or teruk?

      Delete
    2. insyaallah makin okay..
      mintak jauh2 la yg teruk itu ok??

      Delete
  7. Congratulation sebab berjaya melangkah ke negara kangaroo tu...apa yang saya boleh cakap, life there is too much different. Masa saya kat sana, I learned too many things especially pasal PLU world. Macam-macam jenis manusia ada kat sana...so what my advice is to be firm and kuatkan iman k.

    Saya rasa mungkin kamu akan ke Tas and don't worry...ramai gak komuniti Melayu kat sana walaupun tak sebanyak Melb and Sydney k...

    Ada pape...please keep in touch. Mana tau...saya boleh tolong2 untuk kamu settle down. Cheers!

    ReplyDelete