Di dapur rumah Arif, hanya Ada aku dan dia sahaja.. Arif adalah kawan aku, tapi baru-baru ni aku ada mendengar umpatan orang mengatakan yang Arif sebenarnya adalah seorang gay.. sungguh, aku terkejut... siapa nak percaya Arif yang kelihatan seperti lelaki normal sebenarnya bernafsu songsang? lalu aku bertanyakan perkara ini kepada Arif.. mula-mula dia agak keberatan untuk memberi penjelasan, namun setelah aku berjanji untuk menyimpan rahsianya, akhirnya di depan mata aku dia mengaku yang dia gay!! oh tidak!!
Aku tidak faham kenapa Arif boleh jadi gay.. macam tidak ada perempuan kat dunia ni dia nak suka.. kenapa harus suka dengan jantan? pada hal dia sendiri pun jantan.. Arif kau memang sudah tersesat jauh.. kau perlu berubah.. Nabi tak mengaku umat jika kau masih lagi menjadi gay.. kenapa tidak kau cuba mencintai seorang perempuan?? kenapa harus kepada lelaki? sungguh, aku tidak faham..
"cuba rasa air ni.. " Arif menghulurkan sebotol air mineral kepada aku.
aku rasa.. "ianya rasa macam air mineral biasa.." balas ku.
"cuba air yang ni pula.." air mineral kedua pula dia hulurkan..
aku rasa lagi.. "hmm manis.."
aku memandang Arif.. dia hanya tersenyum.. aku tertanya-tanya akan maksud reaksi mukanya itu..
"so, kenapa kau suruh rasa dua air ni?? satu air mineral biasa.. manakala yang satu lagi rasa manis, mesti kau tambah gula kan?"
"Ya, betul.. air mineral yang satu lagi aku tambah gula.. dan sudah tertentu ia terasa manis.." balas Arif..
kemudian, Arif pergi mengambil sesuatu.. ada botol kecil diambilnya.. tertulis perkataan 'garam halus' di situ.. aku tertanya-tanya, apa pula yang Arif cuba lakukan lepas ni? pada air mineral biasa tadi, dua sudu garam halus tadi dia tambah dan digoncang agar garam itu semua larut..
"aku nak kau rasa air ni pula" pinta Arif.
"kau gila apa? kau nak suruh aku minum air garam? siapa yang nak minum air masin?"
Arif tersenyum, "kau pasti ke rasanya masin? kau tak rasa lagi.. macam mana kau boleh tahu?"
aku hanya diam.. mungkin yang ditambah ke dalam air tu bukan garam.. hmm.. nak rasa ke tak? hmm..
aku ambil dan minum air itu.. tidak sempat aku nak telan, aku terus meludahkan air tu keluar...
"celaka kau!! ni air garam lah.."
"betul ke air garam?" Arif lantas terus meminum air tu.. minum sampai habis dengan sekali teguk.."hmm.. aku rasa manis je.. or.. kau sengaja nak tipu aku? manis je aku rasa.."
"hei!! kau yang sedang menipu!! kau letak garam! tak kan lah letak garam air tu jadi manis pula?"
aku tak puas hati.. memang aku rasa air tu masin.. Arif ni gila ke apa? rasa masin dikata manis? or memang lidah dia yang bermasalah? aku rasa memang Arif saja nak kena kan aku!
Arif hanya tergelak kecil.. aku semakin tertanya-tanya.. kenapa senyum? sungguh.. dia ni pelik..
Arif tersenyum sambil memandang tepat kepada mata aku, "memang air tu masin pun.. aku saja nak tipu kau.. tak sangka pula aku boleh minum sampai habis.. hehe.. "
"tak lawak lah, Arif! kau nak tunjukkan aku apa benda sebenarnya? suruh aku minum air mineral.. air gula.. dan lagi kau suruh minum air garam.. apa kaitannya dengan tujuan aku untuk dengar penjelasan kau?"
sungguh.. aku tidak faham dengan semua ini..
Arif cuma tersenyum sinis.. dia tetap memandang tajam ke arah mata aku.. dari air muka dia, aku dapat rasakan yang dia betul-betul serius.. dia buat aku semakin tertanya-tanya..
"macam ni lah.. kau rasa air gula tu manis sebab otak kau memang dah tahu ia manis.. dan kau boleh agak aku ada tambah gula dalam air tu.. begitu lah juga dengan air garam tadi.. memang betul, air tu masin sebab ditambah garam.. kalau aku kata air tu manis, kau tahu yang aku sedang menipu.." balas Arif..
"Ok.. so, apa kaitannya dengan gay?"
Arif tersenyum lagi, "aku sendiri tidak boleh menafikan rasa air tu masin, sebab deria rasa kita tahu bagaimana rasa masin.. katakanlah aku mahu kau kata air garam tadi manis, boleh kah otak kau kata ia manis? tentu sekali tidak! otak kau tidak boleh menipu.. rasa itu tetap juga masin.. tapi jika kau kata air tu manis, kau sedang berbohong sebenarnya.."
aku tak faham.. apa kaitan rasa manis dan masin dengan gay? tiada kaitan langsung!!
"apa yang aku buat tadi sama lah kaitannya dengan soal perasaan.. soal perasaan seorang gay... kau tahu yang kau suka dengan seseorang, bila hati kau memang betul-betul sudah tertarik dengan orang tu.. perasaan suka sama seperti pancaindera kita.. deria rasa dapat membezakan sesuatu rasa manis, masam, masin mahupun pahit.. yang manis, tidak akan menjadi pahit, yang masin tidak akan menjadi masam.. deria pendengaran membezakan bunyi yang bising dan pelahan.. sentuhan di tangan dapat membezakan permukaan yang lembut, kasar mahupun tajam.. begitulah juga dengan perasaan.. kau tahu apa itu perasaan marah, gembira, sepi dan juga rindu.. kau tahu diri kau gembira jika hati kau kata gembira.. tidak mungkin sekali kau akan kata diri kau marah jika hati kau rasa bahagia.. macam tadi, bolehkah kau kata air garam tu rasa manis? jika kau kata ia manis, kau sedang berbohong sebenarnya.."
aku terdiam..
"biarpun perasaan suka seorang gay itu kepada sesuatu yang salah, hakikatnya hati tidak boleh membohongi perasaan.. kau tahu diri kau jatuh hati dengan seseorang.. jika kau menafikannya, kau sedang menipu diri sendiri.. macam itu lah begitu sukar untuk seorang gay untuk berubah.. melupakan apa itu manis, masam, pahit dan tawar.. melupakan apa itu bunyi yang bising, sentuhan yang lembut mahupun kasar.. melupakan apa itu perasaan gembira, marah, kecewa dan sedih... hakikatnya itu adalah mustahil kerana kita lahir secara fitrahnya mempelajari semua itu.. tidak ada sesiapa yang mengajar kita apa itu perasaan gembira, sedih dan kesunyian.. begitu lah juga dengan perasaan suka..."
"... sungguh! aku tak suka dengan perasaan ini.. namun semakin aku menafikannya, ia akan menghukum diri sendiri.. hakikatnya, aku tidak boleh lari dari perasaan ini.. aku tidak boleh melupakannya.. ianya sama seperti melupakan apa itu perasaan gembira... satu penyeksaan yang sangat pedih!" sambung Arif lagi..
"kawan, masalah hati adalah begitu rumit.. orang yang tidak memahami senang sahaja mengatakan yang orang macam aku ni gila.. tersesat.. ya, aku mungkin tersesat.. tapi yang menyedihkan sekali, aku tersesat tanpa kemahuan diri aku sendiri.. kawan.. aku sudah menjelaskan semuanya pada kau tadi.. untuk melupakan perasaan songsang ini, sama lah seperti kau cuba melupakan apa itu rasa bahagia, sedih, kecewa.. ia seperti pancaindera kita.. kalau kau boleh melupakan bagaimana rasa manis, pahit dan masam, nescaya kau pasti dapat melupakan apa itu perasaan suka.. tapi, boleh kah jadi macam tu??"
hmm.. cerita kali ni agak complicated sikit.. aku tak tahu lah korang faham mesej yang aku nak sampaikan ke tak.. kalau pembaca blog ni perasaan, post kali ni macam 're-post' topik sebelum ni.. (klik kat sini) tapi kali ni lebih terperinci.. harap-harap korang semua faham dengan cerita ni...
Yup, keliru identiti ini sesuatu yang kompleks sebenarnya sebab ia 'kecederaan dalaman' bukan 'kecederaan luaran'. Begitu juga, kita mampu untuk mengubah golongan lembut menjadi 'keras' tetapi kita tidak mampu untuk mengubah 'naluri songsang' mereka. Jika berjaya, itu memakan masa.
ReplyDeleteBegitu juga bila ada orang 'straight' (kebanyakkannya) bercakap "Dah tak de perempuan ke kat dunia ni" atau "pedang lawan pedang, mana boleh" atau "lelaki boleh kahwin sampai 4". Ini bukan masalah perempuan ramai, atau masalah lain. Ini masalah naluri.Masalah naluri dan orientasi seks. Lelaki-lelaki ini (banyak yang menjadi muslim yang baik) sedang diuji dengan perasaan sukakan lelaki sedangkan dalam masa yang sama fitrah mereka menolak aktiviti-aktiviti yang bercanggah dengan Islam.
Aku bukan orang alim, tapi aku mencari jawapan untuk kekusutan itu. Renungkan surah Al-Mukminun dari ayat 1-11. Ayat ini menceritakan ciri-ciri mukmin berjaya. Salah satu ciri-cirinya adalah mereka memelihara dan menjaga kemaluannya kecuali pada isteri atau hambanya. Mereka yang menggunakan kemaluannya selain kepada yang dibenarkan, mereka adalah manusia yang telah melampaui batas. Menurut terjemahan Al-Hidayah, aktiviti yang melampaui batas itu dalah aktiviti berzina (straight, biseksual), zina liwat (gay, lesbian), dan seumpamanya. Akhirnya, mukmin yang berjaya itu diberi ganjaran 'syurga firdaus' dan mereka kekal di dalamnya.
Rasa nyer gua paham .. most of gay/bi ppl live in denial. Ada yang nak berubah dengan berkawen .. holy shit ..berubah taik kucen ..drpd pengalaman gua, haram gua x caye diorang leh hilangkan perasaan gay tue ..betapa di luar nie byk jer jantan2 yg dah ader isteri makan luar .. seriously gua rasa marah sgt sebab diorang nie menganiaya isteri .. demn, God will curse them .. sebalik nya macam tue jugak gay yang accept diri dia seadanya dan x mahu hidup dalam denial seterusnya memilih jantan sebagai partner lalu hidup macam suami isteri .. emmm .. x tau nak kate aper dah .....
ReplyDeleteYang lebih menyedihkan kebanyakkan diorang nie dtg dr background yang baik ..asas agama yang elok, keluarga yang baik, kerjaya yang baik .. but then ... kecundang ..
Barangkali aku pon seperti mereka ..sial sgt.. but i will never give up eventhough i always fall ... i might be the same as urs.. but i wont approve gay things or support the feelings..I still believe God will help me out of this someday .. I truly believe in Him
Berbalik kepada perkara pokok ..yes i do feel the same n always live in denial too .. so terrible ..
psst: Once a gay u're gay forever ..haha ..what's differentiate u from others ..commit a sin or endure urself from any wrongdoings .. it's our choice ..also our jihad ..
Nu'man
bukan nak berlagak baik
cuma kenyataan mmg kejam ..hahahahaa
:)
ReplyDeleteFact: In Islam gay is wrong, a sin, a taboo.
ReplyDeleteFact: Allah can change you heart time and time again.
Fact: You can get good grades if you work hard.
Fact: Every problem has its exit.
We can cheat our feeling for sure. But you can train them, nurture them for the better. I'm not a pious man myself, neither did i consider myself a good one, but I'm working towards that, one step at a time. I tried to change completely, that didn't work out. I tried another way, this time I took the baby steps, racing at the tortoise pace instead of the rabbit's, I feel great.
Don't get me wrong, I'm not persuading you or anyone, but when you feel like you want to get on the straight path again, take it slow if you can't do it fast. it's your intention that counts :)
dan pabila dunia mampu menafikan manisnya gula... maka pada ketika itu... aku juga mampu menafikan perasaan itu....
ReplyDeletehappy always...
(^^,)
Rasanya, rasa itu boleh dikikis sedikit demi sedikit. Saya sudah cuba dan mula menampakkan hasil. Pahit tetapi impaknya dihari kemudian nanti InsyaAllah manis.
ReplyDeleteBoleh ajar atau share tak bagaiman..??saya dah cuba..but still kalah...really need help..
Delete