aku ada buku ni... |
sejak aku menulis cerita Unspeakable Love yang kini sudah masuk Part 4, ada bamyak persoalan juga yang aku terima daripada pembaca.. aku memang suka bila ada orang beri reaksi sebab aku ni baru je nak start tulis cerita... bukannya banyak pengalaman pun.. so, memang still ada kelemahan.. so, aku anggap komen-komen tu sebagai komen yang membina lah menjadikan cerita Unspeakable Love ke arah yang lebih baik..
kali ni aku nak cerita mengenai trivia, apa ada di sebalik cerita yang aku karang itu... jujur aku cakap, cerita Unspeakable Love tu sedikit sebanyak diambil daripada pengalaman aku sendiri.. tapi tentu sekali aku ubah cerita tu agar ia tak lah begitu berkaitan dengan kehidupan aku.. sebab bagi aku, kalau kita tulis satu cerita berdasarkan pengalaman kita, ianya akan jadi lebih baik lah sebab kita sendiri pernah merasakannya.. dan di sebabkan itu aku pernah cakap pada Pakcik Adam and galakkan pada Encik Koko untuk tulis cerita mereka sendiri sebab i know mereka ni banyak pengalaman lah.. dan jujur aku cakap cerita Unspeakable Love ni mungkin akan jadi kurang menarik or tak macam real sebab aku sendiri tak begitu merasakan bagaimana kehidupan PLU yang sebenarnya.. in reality, kehidupan aku macam lelaki normal yang lain.. in short, aku nak cakap yang aku 'tak cukup PLU' untuk tulis cerita PLU.. faham kan maksud aku macam mana? so, cerita tu mostly berdasarkan kehidupan aku yang 'tak cukup PLU' ni, tentang pendapat aku mengenai isu PLU itu sendiri..
berbalik kepada trivia.. biar aku list kan mengenai antara realiti dan fiksi dalam cerita Unspeakable Love. bermula dari part 1 hingga part 4..
Part 1: A Guy from Planet Romeo
Tajuk cerita
seperti yang aku dah cakap awal-awal, tajuk Unspeakable Love tu aku ambil daripada sebuah buku yang bertajuk 'Unspeakable Love, Gay and Lesbian Life in the Middle East'. tapi tentu sekali ia tiada kaitan langsung dengan buku yang original.. cerita Unspeakable Love yang aku punya memang original idea aku, tajuk je sama, dan yang pasti keseluruhan cerita ini akan berkait rapat dengan tajuk, iaitu Unspeakable Love sebagai tema utama..
Fahri sebagai architecture student
rasanya korang dah boleh agak yang aku sekarang ni study apa.. tentu sekali lah aku ni architecture student.. aku mahu buat cerita yang memang berdasarkan pengalaman aku, so tak kan lah aku nak tulis kehidupan pelajar yang ambil course perubatan or kejuruteraan.. sebab aku mana lah tahu kehidupan mereka macam mana, tapi aku memang faham macam mana life style budak yang nak jadi architect.. sebab life budak engineering dengan architecture mana sama, nak compare dengan budak-budak doktor lagi lah berbeza.
Password Fahri untuk account PR
dalam part 1, username Fahri adalah Putera87 manakala password pula 'ihsan-hamidi'.. so, apa kaitan dengan ni semua? actually, last time aku punya username pun guna nama Putera__, tapi sekarang dah tak de dah.. sebab aku dah lama delete account PR aku, so, kalau korang search nama tu konfirm tak de lagi.. untuk password, Fahri guna nama Ihsan sebagai passwordnya.. in reality, sampai sekarang password aku untuk blog ni, ym, fb, account bank dan yang lain-lain aku guna nama 'lelaki lain' untuk password aku.. kiranya nama lelaki yang telah jadi password aku tu adalah orang yang special lah dalam hidup aku sampai dijadikan password untuk namanya.. kononnya macam 'Your name is a key to reveal all of my secrets'.. haha.. setiap hari tulis nama orang tu.. setiap hari ingat nama orang tu.. dah nama password, takkan lah nak dilupakan? tak begitu?? aku pernah cerita tentang ni dalam post yang lepas bertajuk Password..
Fahri kurang berkenan dengan profile ada tulis 'sexdate' dan 'open relationship'
username Saiful iaitu Blueheart, kat profile ada tulis 'open relationship' untuk status relationship dan tulis 'Looking for sexdate, friends, relationship'.. Fahri asalnya kurang berkenan untuk membalas mesej or berkenalan dengan Saiful sebab kat profile ada tulis 'sexdate' dan 'open relationship'.. in reality, aku memang macam tu.. waktu aku online PR aku memang kurang berkenan nak kenal dengan orang yang ada dua perkataan tu dalam profile mereka.. sebab bagi aku macam 'kurang bagus untuk dikenali'.. walaupun aku tahu ada tulis sexdate tak semestinya dia nak seks, tapi bagi aku kalau dah ada tulis perkataan tu orang tu dah macam tak kisah nak buat seks dengan random people.. tapi kadang-kadang aku still layan gak..
Fahri tanya Saiful kenapa tak nak cari girlfriend
bila Fahri mengetahui Saiful adalah seorang yang biseksual, dia beri pendapat agar Saiful better cari awek daripada cari boy friend.. in reality, aku selalu cakap macam tu kepada golongan biseksual yang aku kenal kat dalam PR.. kenapa still nak cari bf, bukan gf? kalau diri biseksual, still ada nafus pada perempuan, jangan susahkan diri nak cari bf sebagai partner.. better cari yang halal sebab still ada nafsu dengan perempuan.. mostly bila aku berbalas mesej dengan lelaki biseksual kat PR, aku akan cakap macam tu lah..
Fahri tak suka guna perkataan gay
Saiful:
btw, kat dlm profile u x tulis pun sama ada u ni biseksual ke or gay.. sje2 lh nk tahu..
Fahri:
nk ckp mcm mana ye? hmm..
sy anggap diri sy hanya ada nafsu pd lelaki.. so, u faham kn mksud sy?
Saiful:
faham.. you are a gay! hehe
Fahri:
i x guna word itu untuk describe seksualiti saya... hmm..
Saiful:
kenapa pula? so u apa lh?
Fahri:
gay is a negative connotation in our society.. every time u use it to describe about yourself, ianya mcm u sebut prkataan buruk tentang diri u.. i just rasa sebahagian drpd diri sy still xleh nk trima siapa diri sy yg sbnr..
perbualan di atas adalah berdasarkan perbualan di realiti yang sebenar.. dulu aku tidak suka kata aku gay sebab aku anggap word gay tu adalah negative connotation.. bila kita guna word negatif kepada diri sendiri seperti macam kita bercakap buruk terhadap diri kita sendiri.. tapi sekarang aku selalu dah sangat tulis word gay dan PLU.. manusia akan berubah juga mengikut masa.. tak begitu??
Assalamualaikum
haha.. dalam part 1, Fahri berasa terkejut bila Saiful memberikan salam pada awal mesej.. in reality, memang macam tu.. kat PR mana ada orang nak beri salam dulu, semuanya mula dengan perkataan 'Hi'... walaupun sesama muslim, orang akan start dengan 'Hi' juga.. kadang-kadang bila orang tulis 'Hi' aku akan balas 'waalaikumsalam'.. hehe
nama Fahri
nama watak utama ini sebenarnya di ambil dari watak utama novel Ayat-ayat Cinta.. Fahri adalah watak novel kegemaran aku..
Part 2: The First Rule
kisah mengenai ubat Panadol
kisah ni sebenarnya adalah kisah sebenar yang terjadi.. macam mana 'ubat panadol' yang diberikan oleh Shahir kepada Fahri telah membuatkan hati Fahri tersentuh.. ianya sebagai tanda sikap prihatin Shahir terhadap Fahri secara diam-diam.. korang baca sendiri, then akan faham lah macam mana.. tapi, sudah semestinya ianya adalah fiksi yang direka berdasarkan realiti..
hubungan awal antara Fahri dan Shahir
pada awal perkenalan antara Fahri dan Shahir, Fahri kurang berkenan dengan Shahir sebab dia macam bersikap dingin terhadap dirinya.. kadang-kadang dia merasakan dirinya macam wujud tak wujud dalam kehidupan Shahir walaupun hakikatnya mereka berdua sebilik.. dan adakalanya Fahri terfikir sebab Shahir kurang senang dengan dirinya kerana mengesyaki dirinya adalah gay.. dan lagi aku cakap, kisah ni berdasarkan realiti tapi telah diubah suai.. tiba-tiba je aku teringat dengan ex-roommate aku yang sekarang ni berada di Melbourne.
Fahri menyimpan perasaan suka terhadap roommatenya
dalam diam, Fahri menyukai Shahir iaitu teman sebiliknya.. in reality, sampai sekarang aku still setia dengan 'si dia', my ex-ex-roommate.. bukan yang berada kat Melbourne tapi sekarang ni dia berada kat Malaysia.. aku suka dengan dia tapi dia tak tahu lah.. sebab dia bukannya PLU.. hehe.. tapi, until now entah kenapa aku still setia dengan dia walaupun aku tahu dia tak akan suka kat aku.. manusia ni kadang-kadang pelik juga...
Tajuk 'The First Rule'
tajuk The First Rule ni diambil dari post sebelum ini yang bertajuk Peraturan Nombor Satu.. sila refer post tu untuk hal selebihnya..
Part 3: One Ticket to Heaven
Gunung yang didaki oleh Fahri dan Ihsan
gunung yang didaki mereka berdua sebenarnya adalah wujud.. Mount Wellington namanya.. semuanya diinspirasikan oleh gunung tu gak lah.. aku pernah mendaki gunung tu.. dalam post Apabila PLU Kena Peluk aku ada menceritakan tentang hal ini.. sila refer post tu untuk keterangan yang lebih mendalam..
Kata-kata Ihsan mengenai hubungannya dengan Fahri..
"If God permits it, at this time you are my lover.."
"You are my best friend.. mungkin lebih daripada sekadar teman yang baik.. tapi, aku tidak akan meletakkan diri kau sebagai kekasih aku.."
"... ada kalanya lebih baik cinta itu terus bisu.. biarkan ia tetap menjadi satu unspeakable love.."
ayat-ayat di atas adalah kunci utama untuk cerita ini.. ia juga mengisahkan bagaimana pendapat aku mengenai persoalan cinta dalam dunia PLU..
Tajuk 'One Ticket to Heaven'
tajuk ini diubah daripada perkataan 'one ticket to Hell'.. aku pernah terbaca satu komen ketika aku sedang menonton filem pendek PLU kat Youtube yang bertulis, 'gay already got one ticket to Hell'.. then aku reverse kan Hell menjadi Heaven.. sebab apa? sila baca part 3, tu lah penjelasan aku...
Part 4: Falling Heart
Jodoh lelaki dengan lelaki
Fahri berkata yang kadang-kadang hal ni macam stupid bila orang PLU bercakap mengenai soal jodoh.. in reality, memang ada PLU yang kata nak cari jodoh, walhal nak cari jodoh dengan lelaki.. aku sendiri pun ada PLU yang suka kat aku sebelum aku fly pergi Aussie dia berkata, "kalau ada jodoh, tidak akan ke mana.." ianya diinspirasikan daripada blog Hal Dunia Lelaki yang berkata 'gay yang bercakap jodoh lelaki dengan lelaki lain memang sudah giler.." tapi Saiful membalas persoalan Fahri dengan berkata, "kalau kita sudah jatuh cinta, memang kita betul-betul kita sudah jatuh cinta.."
Fahri suka mengayakan rambut
setiap hari, Fahri akan mengayakan rambut yang berlainan.. in reality, kawan cina aku (dalam diam aku tahu dia PLU) memang suka mengayakan pelbagai jenis style rambut.. hampir setiap hari dia dengan style rambut berbeza-beza.. dari first time aku kenal dia sampai sekarang ni (dia kat Melbourne) gaya rambutnya mesti lain.. berubah-rubah.. metrosexual lah katakan..
Girlfriend Shahir, Liyana
Liyana ni memang wujud.. nama ni diambil daripada perempuan yang aku kenal ni lah.. tapi untuk cerita Unspeakable Love, Liyana hanya sekadar fiksi.. semua watak-watak lain adalah fiksi..
Model bangunan Fahri
gambar model bangunan tu di ambil daripada model yang sebenar.. tapi, ianya bukan lah hasil kerja aku.. saja-saja nak guna picture tu..
ada banyak kecelaruan berlaku dalam cerita ini.. mesti korang konfius, setting cerita Unspeakable Love ni kat mana?? kat Malaysia or Australia?? dalam part 3 kata gunung yang didaki adalah Mount Wellington kat Australia..
biar aku jelaskan.. memang tak dapat nak dinafikan cerita ni ada banyak kelemahannya.. biasalahh, aku ni penulis bebas yang tak berpengalaman.. dalam Part 1 ceritanya macam bertempatkan di Malaysia sebab ada sebut nama Malaysia manakala part 3 macam kat Australia.. to be honest, bermula dari Part 2 hingga part 4 aku tak nak sebut kat mana kah cerita ni berlaku.. ia bukan kat Malaysia, bukan juga kat Australia.. semuanya adalah fiksi.. sebab tu aku tak mention nama kota raya dan gunung yang didaki dalam cerita ini.. semuanya adalah rekaan.. ianya boleh berlaku di mana-mana.. tentang Part 1 ada sebut nama Malaysia, aku akan edit semula..
mengenai kolej kediaman tempat Fahri dan Shahir tinggal di tingkat 3.. untuk menjawab soalan Pakcik Adam, adalah design kolej kediaman macam tu.. ada yang memiliki tingkap di tepi pintu (tempat Fahri skodeng Shahri dan lelaki misteri dalam bilik mereka)... tapi kebiasaanya memang tak ada lah.. tapi memang ada pun..
Fahri = Aku
kalau baca penjelasan aku, mesti ada di antara korang semua berfikir yang Fahri ni macam tentang diri aku sendiri.. mungkin ya, mungkin juga tidak.. sebab semuanya adalah fiksi semata-mata.. tak ada kaitan antara hidup dan mati..
Bila dua dunia bertembung.
ReplyDeleteBila saya baca cerita tu, kepala saya mesti terbayangkan Australia dan ya mesti ada sangkut pautnya dengan saudara yang diolah.
Apa-apa pun, selamat berkarya.
great....
ReplyDeletesangat clear..:)
Fahri... teringat watak dalam filem ayat2 cinta
ReplyDeleteFahri... teringat watak dalam filem ayat2 cinta
ReplyDeletebile nak sambung cite ni... lama tunggu. :)
ReplyDeleteada x pmbaca pompuan yg ikuti kisah ni??? saya tertarik bca novel ni di Penulisan2u... actually sya ni kolot skit coz sya xder kwn seperti si Fahri ni... sya ada bnyk soalan nak tanya pd rakan2 seangkatan dgn fahri tp rasanye xmanis kalo sya tanya kat cni... kot2 la menyentuh sensitiviti insan2 yang terlibat... ada sesape x yg sudi mnjawab soalan sya??? leh bg email add x?
ReplyDeletebyk je girls yg baca.. yg straight ada, bahkn yg lesbian smua pun ada..
Delete