Tuesday 24 July 2012

Lari dari Jodoh







hari ni aku ada terbaca satu berita mengenai pasangan remaja yang telah berkahwin pada usia yang begitu muda.. si suami berumur 16 tahun manakala si isteri 14 tahun.. sekejap.. kata nak berehat dari menulis blog selama sebulan?? hehe... aku nak post satu ni je, then aku sambung berehat semula lah.. hehe.. (cakap je, tapi tak buat pun... haha)

apa pendapat korang mengenai hal ini?? for me, pada usia mereka sekarang, agak terlalu muda lah nak kahwin.. masih terlalu awal nak menamatkan zaman bujang kita.. pada saat ni pun, aku tak fikir tentang soal perkahwinan.. (PLU nak berkahwin?? haha) tapi, dari segi hukum, memang tak salah.. malah digalakkan untuk berkahwin muda bagi mengelakkan maksiat.. tapi, pada zaman kita sekarang ni, usia sebegitu dianggap masih terlalu awal.. si suami baru je habis PMR.. si isteri baru je Form 2.. tapi, kalau kita lihat pada sejarah manusia dulu-dulu, pada usia sebegini tak lah begitu memeranjatkan jika sudah berkahwin.. memang sudah mennjadi kebiasaan pun.. cuma pada zaman kita je lain.. dan masyarakat kita pun lambat nak matang.. kalau nak compare dengan orang dulu-dulu, Sultan Muhammad al-Fatih ketika baginda menawan Constantinople pun pada usia 20 or 21 tahun.. kira still muda lah.. dan rasanya, sebelum tu mestilah baginda sudah berkahwin.. usia pun mestilah dalam belasan tahun gak waktu berkahwin...

bercakap mengenai kahwin muda.. or aku patut kata kahwin pada usia sebelum tamat sekolah, aku sebenarnya mula teringat dengan member aku.. dalam tiga orang member aku yang tak habis sekolah tapi sudah pun berkahwin.. sebabnya?? ermm.. kerana dah terlanjur.... 

tak boleh nak salahkan mereka juga, at least mereka berkahwin, tak sampai nak tinggalkan tanggungjawab macam buang anak macam tu lah.. dan hubungan aku dengan mereka pun still okay, tak ada lah sampai aku memandang hina macam tu lah.. anggap semuanya seperti biasa.. mestilah perasaan tu agak janggal, sebab usia muda lagi tapi dah ada anak.. 

tapi, bagi aku lah, lelaki yang kahwin awal ni, boleh membuatkan mereka menjadi lebih matang.. sebab sudah ada tanggungjawab yang patut dipikul.. dan yang penting, boleh menjaga maruah.. bila aku menonton video perkahwinan mereka, tengok pasangan itu berpegangan, bermanja mesra, aku rasa macam sweet je.. sebab dah berkahwin, so tak salah pun nak buat macam tu.. tapi, kalau mereka still tak berkahwin, kita akan rasa kurang senang je bila tengok adegan macam tu.. 

persoalannya, aku ni agaknya bila lah nak berkahwin?? haha... entah... kot-kot aku ni memang betul-betul melarikan diri dari jodoh kot.. 

okay.. aku nak sambung istirehat aku dulu... lepas bulan puasa aku sambung semula..


assalammualaikum....













2 comments: