Part 6 : Hate Me
di satu gerai makan, aku duduk berseorangan di satu sudut.. makanan yang telah lama dipesan, mee goreng masih tidak dijamah.. aku hanya termenung sambil memandang gelas yang berisi Milo panas.. pada saat itu, suasana di gerai agak bising kerana begitu ramai sedang menjamu santapan makan malam mereka.. namun, suasana yang bising itu langsung tidak menganggu konsentrasi aku. aku sedang memikirkan sesuatu.. di otak aku mula mengimbau apa yang telah terjadi malam semalam..
"apa reaksi kau jika kau tahu ada orang suka dengan kau.." tanya Shahir.
"suka? tapi bukan kah kau ada Liyana? maksud kau ada orang lain suka dengan kau?"
"ha ah.. ada yang suka dengan aku, tapi... kalau ada lelaki yang suka dengan kau, apa yang kau akan buat?"
"lelaki? maksud kau lelaki gay?"
"ha ah.. lelaki gay.."
Aku terdiam.. penjelasan Shahir pada malam semalam sungguh mengganggu fikiranku.. pada saat ini, aku tertanya-tanya siapa kah lelaki yang Shahir maksud kan? semalam, Shahir langsung tidak menyentuh apa yang terjadi.. tapi hanya menjelaskan ada lelaki yang suka dengan dia.. tapi, langsung tidak ada cerita mengenai lelaki itu, apa dia telah lakukan pada Shahir, dan apa tindakkan Shahir terhadap lelaki itu.. tapi yang pasti, aku adalah saksi kejadian tersebut.. namun aku juga yang berprasangka buruk terhadap diri Shahir..
tiba-tiba aku aku teringat akan Liyana.. kata-kata aku terhadap Liyana membuatkan aku berasa resah.. aku tahu Liyana tidak akan mudah berprasangka buruk terhadap Shahir.. dia begitu percaya dengan Shahir tapi pada masa yang sama dia juga percaya yang aku tidak akan pernah menipu dirinya.. Liyana ada berkata kepada aku, ada seguris perasaan kecewa pada hatinya terhadap diri Shahir.. dia tidak menafikan memang wujud perasaan itu.. aku menjadi serba salah.. aku telah menjadi punca wujudnya secalit syak wasangka Liyana terhadap Shahir.
stupid...
kenapa aku bergitu terburu-buru memberi tahu Liyana? kenapa aku tidak mencari jawapan yang sebenar-benarnya terlebih dahulu? atas alasan apa aku mahu Liyana tahu apa yang aku telah saksikan? adakah sebab aku tidak mahu Shahir mengkhianati cinta Liyana? ya, aku fikir begitu tapi, tidak dapat aku nafikan bahawa ada satu perasaan yang begitu kuat datang dalam diri aku.. cemburu.. ya, aku cemburu.. hati ini berasa pedih dengan apa yang aku telah saksikan..
"hei, Fahri!" tiba-tiba bahu aku disentuh..
lamunan aku terhenti.. aku menoleh ke belakang.. Lukman, kawan satu jurusan aku sedang tersenyum memandang aku..
"makan seorang diri je ke? mana Shahir?" tanya Lukman lalu mengambil kerusi duduk bertentangan dengan aku..
"dia ada kat dalam bilik.. katanya dah makan.. so, aku pergi makan sendiri lah.." jelas aku..
"owh.. okay.. hmm.. so, aku teman kau je lah ye? hehe.."
aku hanya mengangguk.. Lukman memanggil pelayan gerai.. dipesannya nasi goreng kampung berserta dengan teh O ais.. aku masih lagi memandang pada Milo panas aku yang sudah sejuk.. sepertinya aku langsung tidak menghiraukan kelibat Lukman di hadapan aku..
"apasal kau nampak moody semacam je? ada masalah ke?" tanya Lukman sambil meminum teh O ais nya..
"tak ada apa-apa lah.. mungkin stress dengan assignment kita yang nak kena discuss nanti.. aku still tak buat apa-apa preparation lagi.."
"owh.. actually, aku pun still tak buat lagi.. haha.." Lukman tergelak kecil.. dijamahnya nasi goreng kampungnya sebelum meneruskan perbualan. "by the way.. aku rasa kau fikir tentang hal lain lah.. bukan sebab assignment kita tu.."
"maksud kau? aku fikir apa?" aku mula ingin tahu..
"dont know lah.. tapi hari ni roommate kau, Shahir pun moody semacam.. so, dalam fikiran aku fikir maybe korang ada bergaduh ke apa.. lagi pun, kau makan seorang diri.. so, kau faham lah maksud aku.."
"tak ada lah.. kita orang okay je.. betul lah Shahir kata dia tak nak turun makan.. dah kenyang lah.. dah makan lah.. dia kata macam tu lah.."
aku terdiam.. cuba aku mengingati semula apa yang berlaku di bilik tadi.. Shahir memang agak lain hari ini.. angin dia kurang baik.. aku tahu kenapa dia begitu.. tapi aku tidak sangka pula sampai terbawa-bawa ke tempat lain.. maksud aku, sampai orang lain sedar akan perubahan pada dirinya.. biasanya, Shahir bila dia marah sekalipun, dia akan cuba tutup perubahan itu.. biasanya, jika dia marah, sedih ataupun kecewa, dia hanya berlagak biasa.. sampai orang lain pun tidak sedar apa yang sedang bermain difikirannya..
tapi pada hari ini memang aku tidak nafikan bahawa angin Shahir kurang baik.. tadi bila aku ajak dia pergi makan pun, dia langsung tak pandang aku.. kata dah makan lah.. aku tak pasti jika dia berkata benar, tapi aku rasa yang dia berbohong.. bila difikirkan semula, walaupun aku sudah lama menjadi teman sebiliknya, kadang-kadang aku sendiri tidak faham akan perangai Shahir..
"baguslah kalau macam tu.. aku just curious.. sebab sebelum ni tak pernah pula aku tengok dia moody macam tu.. dan hari ni pun aku tengok kau pun moody semacam je.. kalau semuanya okay, aku pun rasa okay lah.." kata Lukman..
"dont worrylah.. semua orang bukannya sentiasa happy.. kadang-kadang kita pun macam jadi moody gak.. nanti-nanti okay lah Shahir tu.. pasal aku, kau jangan risau.. aku okay je.."
Lukman tersenyum.. aku pun membalas senyuman itu.. Lukman memang begitu.. agak ambil berat dengan kawan-kawan di sekelilingnya.. dia memang rapat dengan semua orang, termasuklah dengan aku dan Shahir.. dia sangat banyak membantu.. kalau sesiapa yang ada masalah pun biasanya mereka akan kongsi dengan Lukman.. kalau ada kawan-kawan yang bergaduh, Lukman lah jadi orang tengah yang nak damaikan..
jam sudah menunjukkan pukul 11 malam.. aku dan Lukman mula berjalan kaki menuju ke kolej kediaman.. jarak antara gerai tempat aku makan tadi sangat dekat dengan kolej.. lebih kurang sepuluh limit berjalan kaki dah boleh sampai..
keadaan pada malam itu agak tenang.. tidak ramai orang kelihatan bersiar-siar di luar.. pada bawah sinaran lampu yang menerangi jalan sepanjang menuju ke kolej, hanya kelihatan dua susuk tubuh manusia.. cuma hanya ada aku dan Lukman.. aku hanya membisu, begitu juga dengan Lukman.. entah kenapa aku tiba-tiba bernostalgia.. di fikiranku, bayangan Ihsan mula muncul..
teringat di masa lalu di saat-saat bersama Ihsan.. kebiasaanya kami berdua selalu makan malam di gerai bersama-sama.. dan apabila sudah selesai, kami akan pulang berjalan berjalan kaki.. dan suasana pada saat itu sama seperti sekarang, sunyi sepi, di bawah sinaran lampu hanya ada kami berdua.. pada saat itu, Ihsan juga membisu.. dia hanya memandang ke hadapan.. aku sekali sekala cuba memandang wajahnya.. sesungguhnya aku berasa amat gembira di saat aku begitu dekat dengan Ihsan..
hampir setiap malam begitu kerana kami sering mengunjungi gerai makan yang sama.. dan hampir setiap malam juga lah kami berdua-duaan berjalan kaki untuk pulang di malam hari.. aku gembira biarpun Ihsan lebih suka membisu.. seperti pasangan kekasih.. itu lah apa yang aku tengah fikirkan.. bagi aku Ihsan adalah insan yang begitu istimewa.. biarpun dia tidak pernah mengatakan perasaan cinta tapi aku tahu jauh di sudut hatinya ada tersimpan itu terhadap diriku.. dia tidak mengatakan aku adalah kekasihnya, namun adakalanya caranya melayan aku seperti kami sepasang kekasih.. tapi mungkin juga aku yang terlebih berfikir... mungkin aku yang terlalu berangan-angan mengangap aku adalah kekasih Ihsan.. jadi semua layanan Ihsan terhadap aku, ku rasa adalah kerana aku kekasihnya..
tapi semua detik indah itu terhenti tatkala aku telah melakukan sesuatu yang tidak disukainya.. pada satu malam, entah kenapa aku terfikir untuk berpimpin tangan dengan Ihsan.. bagi aku itulah cara kebiasaan yang kebanyakkan pasangan kekasih lakukan.. berpimpin tangan berdua-duaan di bawah sinaran lampu.. namun reaksi Ihsan adalah sebaliknya.. dia dengan pantas menepis tangan aku dengan kasar..
"jangan pernah sekali kau buat macam tu kat aku!" marah Ihsan..
pandangan matanya begitu tajam sekali.. aku tidak mampu untuk berkata-kata.. sungguh, hati ku terguris.. kata-katanya itu membuatkan aku terluka..
aku hanya terdiam membisu.. tidak sanggup aku menenung mata Ihsan..
"maaf.." sepatah kata akhirnya aku luahkan..
"I'm not your partner!! kau faham tak maksud aku? aku fikir kau dah lama faham.."
"tapi..." aku mula mahu bersuara.."kenapa kau masih dengan aku? kenapa kau masih keluar bersama aku? semua yang kau lakukan selama ini, bukankah menunjukkan yang kau suka kat aku?"
"owh.. so, kau boleh baca fikiran aku lah? kau boleh tahu apa yang aku nak lah? hei, Fahri! kau silap! jangan pernah fikir begitu.. sekali lagi aku katakan, I'm not your partner! sampai bila-bila pun I'm not your partner! faham?!!"
sejak saat itu, Ihsan tidak pernah lagi keluar berdua-duaan dengan aku.. tidak ada lagi malam yang indah yang hanya ada kami berdua.. tidak pernah lagi Ihsan dan aku berjalan pulang dari gerai makan itu di malam hari.. namun aku dan Ihsan masih lagi bersama.. cuma malam yang indah yang biasa aku lalui kini hanya tinggal kenangan.. dan aku dapat rasakan Ihsan juga semakin jarang berjumpa dengan aku.. pun begitu, dia masih juga mahu menemui aku biarpun tak seperti kebiasaanya..
aku jadi keliru..
biarpun dia berterusan untuk mengatakan yang aku bukan lah pasangannya, tapi dia tetap hadir di sisiku.. bukan aku yang meminta, namun dia sendiri akan berjumpa dengan aku dan melayan aku seperti biasa seolah tidak ada yang terjadi pergaduhan antara kami berdua.. dia begitu cepat melupakan pertelingkahan..
hakikatnya, aku masih menunggu untuk dia meluahkan ungkapan cinta terhadap diriku.. aku tahu perasaan itu ada di hatinya.. aku tahu yang aku tidak bertepuk sebelah tangan..
"i love you, Fahri.."
ungkapan itu lah yang aku nantikan.. hanya itu yang aku mahu darinya...
* * *
keesokan harinya, aku seperti biasanya menjalani rutin harian yang sama.. bangun awal untuk solat subuh, kemudian berkemas untuk menghadiri kelas.. hari ini, aku lihat keadaan Shahir seperti semakin tenang.. tidak lagi bermasam muka seperti semalam.. mungkin juga dia mahu melupakan apa yang telah terjadi.. untuk itu, aku berasa amat gembira jika Shahir kembali ceria seperti kebiasaanya..
kelas hari ini agak membosankan.. entah kenapa aku agak tidak mengerti apa yang pensyarah sampaikan untuk topik kali ini.. biarpun aku cuba untuk memahami, namun seakan sukar untuk aku faham semuanya..
aku memandang ke arah Liyana yang duduk berdekatan dengan aku.. dia kelihatan begitu serius sekali mendengar syarahan itu.. duduk bersebelahan dengannya pula adalah Shahir.. sama seperti Liyana, Shahir kelihatan begitu tekun mendengar syarahan sambil tangannya ligat mencapat nota di buku catatan..
untuk seketika, aku terfikir akan satu perkara.. adakah Liyana pernah bertanya kepada Shahir tentang apa yang aku telah sampaikan padanya? tiba-tiba aku berasa agak khuatir akan hal ini.. yang pasti aku telah melakukan satu kesalahan.. aku begitu terburu-buru.. aku takut jika Liyana bertanyakan hal itu pada Shahir, akan jadi sesuatu yang kurang diinginkan berlaku nanti.. aku takut ia akan menjejaskan hubungan antara Liyana dan Shahir.. dalam masa yang sama aku juga bimbang jika persahabatan aku dan Shahir akan turut terjejas..
"Liyana, boleh aku bercakap sesuatu dengan kau?" tanya aku pada Liyana selepas habis kelas..
"boleh je.. ada hal apa?"
"tentang tempoh hari.. ermm... tentang Shahir.." aku berasa serba salah..
"ye.. kenapa dengan hal itu?"
"kau ada tanya some thing tak pada Shahir macam... ermm.. kau tahu lah maksud aku kan?"
"owh.. hal tu.. don't worry lah.. aku tak fikir sangat pun hal itu.. maybe just sekadar salah faham kot.. apa-apa pun aku just nak cakap terima kasih lah sebab ambil berat.." kata Liyana sambil tersenyum..
"lega aku dengar.. aku pun fikir maybe just sekadar salah faham.. sepatutnya aku patut berprasangka baik kat Shahir.. lagi pun dia kawan baik aku.. seriously aku cakap yang aku takut kau ada inform kat Shahir apa-apa tentang hal ini.. seolah aku ni macam nak rosakkan hubungan korang berdua je.."
"don't worry lah.. Yana faham.. Yana just jadi optimistik.. tak nak lah terlalu ikut perasaan.."
"bagus lah kalau macam tu... aku harap kita boleh lupakan hal ini.. aku rasa macam tak sedap hati dengan apa yang aku dah buat.. apa-apa pun aku nak cakap yang Yana ni memang betul-betul setia.. Shahir memang patut gembira dapat awek macam Liyana.. hehe"
Liyana hanya tersenyum malu-malu.. hati ku berasa sangat lega.. jika memang itu Liyana katakan, aku harap semuanya akan jadi baik je..
satu masalah telah selesai.. sekurang-kurangnya hatiku berasa agak tenang.. sekarang aku fikir untuk memperbaiki keadaan.. hadiah Liyana kepada Shahir masih belum aku sampaikan.. tanggungjawab itu patut aku selesaikan..
petang itu, aku balik awal ke bilik berbanding Shahir.. dengan segera aku mengeluarkan anak patung beruang hadiah Liyana yang telah tersimpan dalam almari aku.. diletakkan patung itu di atas meja belajar Shahir.. kemudian, aku duduk di katil aku sambil menunggu kedatangan Shahir..
jam menunjukkan pukul 4.30 petang.. akhirnya pintu bilik dibuka dan kelihatan Shahir dengan wajah yang agak ceria masuk ke dalam bilik...
"assalammualaikum.." kata Shahir..
"waalaikumsalam.." balas ku sambil tersenyum..
kebiasaanya memang begitu.. bila Shahir masuk bilik dia akan memberikan salam terlebih dahulu.. memang begitu cara Shahir, dan aku agak suka dengan tabiatnya itu..
"untunglah.. kau dapat hadiah.." kata ku sambil memandang Shahir yang mula berbaring di atas katilnya..
"hadiah? hadiah apa pula? dari siapa?"
"hadiah dari your lover lah, Liyana.. tu ada kat atas meja study kau.." kataku sambil menunjukan jari pada meja Shahir..
"owh.. ya ke?" Shahir bingkas bangun terus mendapatkan hadiah yang dimaksudkan.." wah.. comelnye.. Liyana buat sendiri ke?"
"ha ah.. Liyana kata dia yang jahit sendiri.. ada satu lagi dia simpan patung yang sama.. tapi yang dia punya ada huruf 'S' kat dada beruang.. kau fahamkan maksudnya apa? sweet giler!! hehe.."
Shahir hanya tersenyum.. dia nampak semakin ceria.. aku turut tumpang bahagia jika Shahir tidak bermasam muka seperti semalam... nampaknya dia sudah boleh lupakan apa yang telah berlaku..
"Liyana tak inform apa-apa pun.. by the way, thanks lah sebab sampaikan benda ni.." kata Shahir lagi..
"it's okay.. aku just nak cakap satu je... untunglah, ada orang yang sayang kat kau.. hehe.. tak perlu tunggu hari jadi pun dah dapat hadiah.. aku ni entah bila lah ada yang nak sayang.. haha"
"ada.. aku pun sayang kau juga..."
tiba-tiba seakan masa seperti terhenti seketika saat Shahir mengatakan perkataan itu.. sungguh, aku tidak tahu apa yang aku rasakan di saat ini.. aku pun sayang kau juga... kata-kata itu betul-betul menyentuh perasaan aku.. sesuatu yang tidak aku sangkakan.. aku menjadi kaku seketika..
"maksud aku sayang as a best friend lah.. takkan lah tak sayang kawan sendiri? tak begitu?? hehe.." kata Shahir..
aku tersenyum kecil.. aku mengeluh.. entah kenapa aku merasakan ada secalit perasaan kecewa dalam hati aku.. aku tidak mengharap perkataan itu hadir dari mulut Shahir, tapi.. aku rasa... gembira.. ya sebentar tadi aku berasa amat gembira..
mungkin aku yang syok sendiri.. mengharapkan sesuatu yang tak pasti.. memang mustahil lah 'aku pun sayang kau juga' tu adalah sama apa yang Shahir rasakan pada Liyana.. sayang pada kawan memang berbeza dengan sayang terhadap seorang kekasih.. kedudukan aku tidak akan sama dengan Liyana di hati Shahir.. aku mengerti akan hal ini..
tiba-tiba pintu bilik kami diketuk.. Shahir lantas pergi ke pintu bilik untuk melihat siapa yang berada di luar.. sepertinya suara Kamil.. memang betul pun sangkaan aku.. Kamil kemudiannya masuk ke dalam bilik dengan berpakaian sukan..
"Shahir, jom lah join main futsal.. semalam kau tak join pun.." ajak Kamil..
"sorry lah kawan.. semalam aku ada hal sikit.. tak boleh turun main.. okay lah.. aku join hari ni.. aku nak tukar baju jap.." balas Shahir lantas pergi menuju ke almarinya untuk bersalin pakaian..
Kamil kemudiannya pergi duduk bersebelahan dengan aku.. tidak apa-apa yang aku ingin katakan.. aku hanya berdiam diri.. kebiasaanya memang begitulah.. petang-petang Shahir akan pergi bersukan.. kalau tidak pada petang, dia akan main badminton di dalam dewan.. memang begitu rutin harian Shahir.. aku sudah faham semuanya..
"oh ya.. siapa-siapa yang turun main?" tanya Shahir yang masih menukar pakaian..
"macam biasa lah.. member-member kita.. Lukman, Hanif, Badrul, Amir dan yang lain-lain lah.. seperti biasa..." kata Kamil..
entah kenapa aku merasakan reaksi muka Shahir mula berubah.. apabila mendengar nama-nama itu, tiba-tiba dia seperti tak suka.. aku mula tertanya-tanya.. kenapa dengan Shahir?
"ermm.. aku tak jadi join lah.." kata Shahir mula berubah fikiran..
"eh.. kenapa tiba-tiba je ni? ada yang tak kena ke?" tanya Kamil berasa tertanya-tanya..
aku hanya memandang wajah Shahir.. sepertinya ada sesuatu yang tengah bermain di fikirannya.. kenapa dia tiba-tiba berubah fikiran? tadi angin baik sekarang mendadak berubah.. aku mula curiga.. tadi dia yang nak turut main sekali tapi bila dia bertanya siapa yang ikut main tiba-tiba muka dia berubah.. ada apa dengan nama-nama itu? mungkin kah... oh tidak! jangan-jangan...
"entah.. aku rasa macam takde mood je hari ni.. kau pergi lah main.. hari ni aku rasa macam malas nak ikut sama.." kata Shahir..
"pelik lah kau ni... baru je tadi kata nak join, tiba-tiba kata tak nak.. apasal pula ni?" kata Kamil mahu mendengar penjelasan Shahir..
"dont know lah.. suddenly aku fikir takde mood.. lain kali lah ye.."
Kamil hanya berdiam diri.. dia menjadi tertanya-tanya.. perubahan sikap Shahir membuatkan dia berasa pelik.. aku yang dari tadi mendiamkan diri juga berasa curiga tentang satu perkara.. sepertinya aku dapat faham kenapa Shahir tiba-tiba berubah dengan mendadak.. mesti ada sesuatu dengan nama-nama yang telah disebutkan oleh Kamil.. dan aku agak ia mesti ada kaitan dengan kes tempoh hari..
tanpa mendengar penjelasan Shahir, akhirnya Kamil mengalah.. dia lalu meninggalkan bilik.. aku kembali memandang Shahir.. angin dia betul-betul tidak baik.. seperti semalam, wajahnya kembali bermasam muka..
"ada apa sebenarnya?" lantas aku bersuara untuk mendengar penjelasan Shahir.
"tidak ada apa-apa lah.."
"mesti ada something kan? cakap lah kat aku.."
"seriously, tak ada apa-apa.. kau jangan risau lah.." kata Shahir yang mahu mengelak pertanyaan aku..
"aku tahu ada sesuatu yang tak kena.. mesti ada berkaitan tentang hal tempoh hari kan?"
Shahir memandang mata aku.. dia tiba-tiba terdiam.. seperti yang aku jangka, hal ini mesti ada menyentuh kejadian dua hari yang lepas..
"aku just agak lah.. kalau kau nak share, aku sudi je nak dengar.."
aku mendekati Shahir lalu duduk bersebelahan dengannya.. Shahir tidak memandang wajah aku.. dia hanya menundukkan kepala..
"tentang orang yang kau cakap tempoh hari.. mesti dia salah seorang dari kawan kita.. betul tak?" tanya aku..
"i don't want to think about it.. please lah.. jangan ungkit hal itu lagi.."
aku terdiam.. sepertinya Shahir tidak mahu memberi tahu aku akan siapakah lelaki pada kejadian lepas.. seperti dugaan aku, lelaki itu mesti dari kalangan kawan-kawan aku sendiri.. tapi aku tidak dapat memikirkan siapa kah dia.. siapakah selain aku turut menyimpan perasaan suka terhadap Shahir? aku sungguh tidak dapat menduga.. macam mana aku tidak boleh sedar bahawa ada orang seperti aku yang agak rapat dengan aku?
aku menarik nafas.. nampaknya dunia ini amat sempit.. ada orang seperti aku yang begitu hampir dengan aku sendiri.. dan orang itu juga lah yang telah menanamkan rasa benci dalam diri Shahir..
"aku tak kisah lah kalau kau tak nak cakap kat aku siapa orang tu.. tapi satu je aku nak tanya.. kau betul-betul benci dengan orang tu ke? walaupun dia adalah kawan kita sendiri?" tanya aku..
"aku tak tahu lah.. aku sendiri pun tak faham apa yang aku rasakan sekarang.. aku just rasa tak nak tengok wajah orang tu.. tak nak dengar nama dia.. that's all.. fikirkan hal itu semula buat aku rasa macam.. ergh!!"
aku menarik nafas sebelum berkata, "walaupun dia adalah kawan kita sendiri?"
"please lah.. stop cakap benda ni.."
"if that person is me, what is your reaction?"
"apa kau merepek ni? jangan fikir bukan-bukan lah.. kau jangan sekali fikir macam tu.. boleh tak?"
"i'm just asking.. because that person is our friend too.."
"kau dah gila ke? kalau kau rasa apa yang aku rasa, kau akan faham macam mana perasaan tu boleh buat kita jadi gila.. one thing for sure, tanggapan aku terhadap dia memang betul-betul sudah berubah.. aku rasa.. benci... ya, aku rasa benci.."
aku terdiam.. entah kenapa aku merasakan hati ku mula terluka.. kata-kata itu membuatkan aku terasa.. mengalir satu air mata, namun dengan pantas aku mengelapnya.. aku menjadi bisu.. sepertinya dunia ini telah hilang.. hati ku mula retak.. lantas, aku dengan segera meninggalkan Shahir..
aku berjalan keluar bilik menuju ke bilik mandi.. ku buka paip lalu aku basahkan muka dengan air.. berkali-kali aku membasahkan muka.. aku seperti tidak dapat menerima apa yang Shahir telah katakan.. lalu aku memandang ke arah cermin.. aku menatap wajah ku yang telah terluka..
"he hates me.." kata hati ku.. "he will hate me..."
Syukur. ... Dapat gak membaca. syok la. Tapi kena tunggu lagi
ReplyDeleteJust nk ckp something... Ada je yg bakal replace shahir tu... Just kena tunggu sambungan trbaru... ;-)
Deletegood job tuan tanah...akhirnya..kembali sudah..
ReplyDeleteNantikn part 7 ye... :-)
Deletewalaupon saya bru je jumpa blog u nie.. xp i dah bace semuanya.. harap2 ade la sambungannyer... hehehhee...
ReplyDeletePart 7 akan dsambung awal bulan 10..
Deletefuhh~~~ best story anda. Buat saya rasa ingin tahu apa yang terjadi seterusnya...
ReplyDeleteOmg.. Bru thn ni jumpe blog ad novel plu.. Haha very interesting bro.. Sgt berkait dgn life aq skrg.. Huhu
ReplyDelete