Thursday, 4 October 2012

Jenis-jenis Dialek Melayu


Queen of Langkasula, a Thai movie about Malay Kingdom of Langkasuka



bahasa melayu ni ada banyak macam dialek.. lebih kurang dalam 40 juta orang native speaker.. maksudnya, dalam 40 juta orang berbangsa melayu di bumi ini.. pun begitu, pengaruh bahasa melayu begitu besar, malah telah menjadi bahasa kebangsaan empat buah negara, Malaysia (as Bahasa Malaysia), Indonesia (as Bahasa Indonesia), Brunei dan Singapura..

mari kita baca perbezaan dialek melayu mengikut kawasan..


Malay language (informal)
Kau nak pergi mana dengan basikal tu?
Boleh tak aku ikut?


Standard Malaysian Malay (formal)
Ke manakah kamu mahu/hendak pergi dengan basikal itu?
Bolehkah saya ikut?


Standard Indonesian (formal)
Kamu ingin pergi ke mana dengan sepeda itu?
Bisakah/bisa saya ikut?


Indonesian-Betawi (informal)
Lu mau naik sepeda ke mana?
Boleh ikut nggak?

Johor/Selangor dialect
Kau nak pergi ke mane dengan basikal tu?
Boleh saye ikut?

Bengkulu (Central Malay)
Kau ndak pergi mano kek sepedo tu?
Aku bulih ikuik idak?

Kau nak pergi ke mano naek sepedo tu?
Aku biso ikut dak?

Kau nak pergi ke mano naek sepedo tu?
Aku pacak melok dak?

Bangka dialect
Ka nek pergi ke mane naek ketangin tu?
Ku boleh ngikut dak?

Belitung dialect
Ikam nak pergi ke mane naek ketangin tu?
Aku bisak ngikut ndak?

Ikam/kawu handak tulak ka mana basapeda tu?
Bulih kada' aku umpat?

Hang nak pi mana naik gerek tu?
Aku ikut buleh dak?

Mu nok gi mano naik gerek tu?
Ku nak ikut buleh dak?

Mung nok gi mane naik basikal tu?
Buleh dok nok ikuk?

Demo nok gi mano naik gerek tuh?
Buleh kawe ikuk?

Pahang dialect
Awok nok kone naik sike tu?
Boleh tok kome/koi/kas/kawan/kawas ikut?

Perak dialect
Mike nak ke mane naik sika tu?
Teman nak ngekor buleh?

Penang dialect
Hang nak pi mana naik basikal tu?
Aku ikut boleh tak?

Negeri Sembilan dialect
Ekau nak poie mano nek basika tu?
Den ikut bulih tak?

Ko nak gi aner naik fixi tu dowh?
Aku nak tag along leyh tak?

Kan kamana kau babiskal tu?
Bulih ku ikut?

Ke sine kitak maok make basikal?
Boleh sik kamik ngekot?

Mana ko mo pigi sama itu beskal?
Buli sia ikut ka?

Pontianak dialect
Mane kitak nak pergi naik sepeda tu?
Kamek bulih ikut tadak?

Nda pegi kemana besepeda tu ?
Kawa umpat ndi ?





haha... agak banyak dialek.. tapi aku rasa tak campur melayu siam lagi.. btw, korang secara lahirnya bertutur dengan dialek mana? kalau aku, even aku orang Sarawak my native malay dialect sebenarnya dialek Melayu Brunei.. aku tak fasih dengan dialek melayu Sarawak, but aku boleh faham lah...

8 comments:

  1. yang paling best adalah urban malay!..bro plz buat lg entry cmni..best arghh

    ReplyDelete
  2. minang tak de ke? sy berketurunan minagnkabau dr Sumatera Barat.
    ni dialeknya:

    "Ka paei kama wa ang(lelaki)/kawu(pompuan) jo basika(buang L)/speda tu?"

    mmg beza dgn Negeri 9 yg minangnya dah tak asli sgt...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. minang bukan melayu... ni x campur melayu siam...

      Delete
  3. amboi2..suka2 je ckp minang bukan melayu. masa persidangan umno, DS Najib pernah ckp minang, jawa, etc ialah golongan melayu semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada perbezaan antara 'kaum' dan 'etnik'.. apa yg DS Najib maksud kn adalah 'kaum... MALAY RACE.. terjemahan 'malay race' ni merangkumi keseluruhan etnik d nusantara, indonesia, malaysia, brunei dan filipina... kita adalah golongan 'malay race'.. tp, etnik pula adalah bahagian terkecil bagi kaum.. so, etnik bagi malay race adalah macam etnik melayu, jawa, minang, tagalog and many more.. sama lah macam Chinese race.. ada terbahagi kpd etnik mcm hui dan han.. Indian race terbahagi kpd etnik tamil, punjabi dan mcm2 lg..

      so, dr segi ini aku maksudkn adalah etnik lh.. minang tu memang dr Malay race tp etnik berbeza dgn etnik melayu mahupun jawa..

      Delete
  4. saye melayu Pontianak, cakap mirep sikit cam orang sarawak hihi.. salam kenal yee

    ReplyDelete
  5. saye melayu Pontianak, cakap mirep sikit cam orang sarawak hihi.. salam kenal yee

    ReplyDelete