Wednesday, 28 November 2012

Unspeakable Love -Part 11-






Part 11 : Complicated Love


aku sedang berada di kedai farmasi tempat aku bekerja.. pada hari ini, sama seperti semalam aku akan bekerja untuk sesi siang.. maksudnya aku akan tamat bekerja pada pukul 3 petang nanti.. jam sekarang menunjukkan pukul 1.30 petang.. masih lama lagi sebelum aku boleh beredar dari kedai farmasi ini..

untuk seketika, aku teringatkan akan kejadian yang berlaku semalam.. aku bertemu seorang yang asing bagi diri aku, Saiful.. biarpun baru kali pertama berjumpa, entah kenapa aku begitu berani untuk mengikuti dia ke satu tempat yang aku sendiri tak ketahui.. kemudian di tempat itu kami berbual mengenai dirinya sebagai seorang yang biseksual.. lalu bila kami mahu beredar, tiba-tiba dia menolak aku ke dalam laut.. dan.. aku lemas.. ya.. aku lemas..

apa yang sebenarnya berlaku selepas itu??

minda aku masih lagi kabur dengan apa yang telah terjadi.. semuanya berlaku dengan pantas sekali.. ketika di dalam laut, yang aku ingat hanya lah buih-buih air yang begitu banyak sekali di mata aku ketika cuba untuk terapung di permukaan air.. kemudian, pandangan aku mula menjadi gelap.. aku tidak tahu untuk tempoh berapa lama, namun bila aku membuka mata, di depan mata aku ada wajah Saiful.. mukanya basah.. air menitik-nitik dari rambutnya yang basah ke muka aku.. di saat itu, badan aku terbaring di atas jambatan bulatan manakala dia pula berada di samping aku.. masih ingat lagi, di saat itu juga kelihatan orang ramai mula mengelilingi melihat aku..

"sorry.." Saiful mula berkata.

itu lah ayat pertama aku dengar.. Saiful berterusan meminta maaf tapi aku pula terus terdiam tanpa memberi tindak balas apa-apa.. aku sebenarnya bingung terhadap diri aku.. aku tidak tahu apa perasaan aku terhadap Saiful atas apa yang dia telah lakukan.. semalam, aku menolak pelawaan Saiful untuk menghantar aku untuk pulang.. sebaliknya aku balik dengan menaiki bas.. pada malamnya pula, aku mahu terus tidur tanpa mahu mengingati apa yang telah terjadi..

pada hari ini pula, ketika tiba waktu untuk aku berehat, aku menuju ke tempat ejen syarikat telekomunikasi kad sim yang aku pakai.. alasannya, mahu menghidupkan kembali nombor kad sim aku yang telah basah sebab terendam bersama-sama di dalam laut.. sudah tentu sekali telefon aku juga turut rosak.. aku begitu kecewa sekali kerana begitu banyak benda penting yang tersimpan dalam telefon bimbit aku itu.. telefon bimbit itu sudah lama aku pakai.. sejak aku masih lagi bersama dengan Ihsan.. gambar ketika aku dengan Ihsan.. dan yang terbaru ini, gambar aku bersama Shahir turut tersimpan dalam telefon bimbit itu.. akhirnya, semuanya telah hilang begitu sahaja.. 

adakah aku marahkan Saiful? entah.. aku pun tahu.. tapi, jujur aku katakan mungkin ada perasaan itu tersimpan dalam hati aku terhadap diri Saiful.. sebab kerana dia, segala benda yang mempunyai nilai nostalgia hilang begitu sahaja.. dan lagi, cara dia itu sememangnya salah.. suka hati je dia nak tolak aku.. apa jadi kalau aku betul-betul telah lemas?? adakah ini cara dia untuk perkenalan pertama kali bagi kami berdua? main tolak-tolak ke laut, bawa motor laju-laju di jalan raya, aku rasa semuanya terlalu berlebih-lebih..

kemudian, apabila nombor kad sim aku telah berjaya dihidupkan semula, aku membeli telefon bimbit baru bagi mengantikan yang lama.. telefon murah je.. fesyen lama.. cuma boleh membuat panggilan dan menghantar pesanan ringkas.. itu pun sudah cukup bagi aku kerana aku takut jika keluarga aku akan membuat panggilan kepada aku.. takut-takut ada panggilan penting.. sebab itu aku terus-terus membeli telefon bimbit baru..

salam.. Fahri.. mcm mana dgn kerja kat sna?? ok ke? esok ko cuti kan? xde apa2.. ingat nk ajak ko stay kat rumah aku.. bosan lah kat sni..

tiba-tiba aku mendapat satu pesanan ringkas.. aku tengok nombor yang tertera.. dari Shahir.. 

dengan segera aku membalas SMS itu.

ye.. esok aku cuti.. x buat apa2 pun esok.. ingat just nak berehat je.. rumah ko ke? erm.. aku mcm malu lah..

x payah nak malu2.. aku sorang2 je kat rumah ni.. my parent pergi oversea.. rasa lonely lh pula.. klu ko ada nk teman, boleh lh ada kwn nk borak2.. apa mcm? nanti aku jemput ko kat sna k..

erm.. mlm ni ke? klu mcm tu, aku kena balik dulu.. nk ambil baju.. aku ok je kot..

ok.. ko tunggu je kat sna.. nanti aku bawa kereta.. then pergi balik semula kat kolej kita utk ambil apa yg patut.. btw, thanks ye Fahri.. :)

aku tersenyum.. biarpun tak lah begitu lama aku tak berjumpa Shahir, tapi aku seakan rindu mahu bertemu dengan dia.. aku tidak menyangka pula dia boleh terfikirkan tentang aku.. maksudnya dia ada terfikirkan tentang diri aku seperti mana aku sering memikirkan dirinya.. maksudnya juga, aku mungkin antara orang yang begitu penting dalam dirinya.. kami adalah kawan baik.. mungkin aku tidak seperti Liyana dalam hatinya, namun sekurang-kurangnya hati aku terasa dekat dengan dirinya.. tidak sudah lebih dari mencukupi..

aku semakin tidak sabar untuk beredar dari kedai farmasi ini.. aku semakin bersemangat untuk pulang.. banyak kali juga lah aku memandang jam, namun terasa masa berlalu dengan begitu lambat sekali.. tunggu dan sabar menunggu.. akhirnya masanya telah tiba.. aku mula pergi ke pintu utama shopping mall ini.. kata Shahir, dia akan menunggu di sana.. 

setibanya aku di pintu utama, kelihatan seorang lelaki berpakaian hitam sedang menanti aku.. lelaki itu sedang duduk, namun apabila terlihat kehadiran aku, dia bangun lalu pergi menghampiri aku.. tapi, dia bukan lah Shahir.. aku kenal dengan wajah itu.. dia adalah Saiful..

"dah lama aku tunggu kau kat sini.. macam mana keadaan kau sekarang?" kata Saiful lalu menghulurkan salam..

"kau buat apa kat sini? kau nak apa?" kataku yang sedikit kasar.. salam Saiful tidak aku balas..

"okay.. kau benci aku bukan? aku datang ni untuk meminta maaf untuk entah ke berapa kali.. I'm sorry Fahri.. forgive me, please..." rayu Saiful..

"don't worry lah.. aku tak marah pun.. kau jangan risau lah.."

"aku tak percaya kau tak marah.. aku tahu kau marah.. paling kurang pun kau mesti kecewa dengan tindakan aku... betul tak, Fahri?"

macam tahu je Saiful ni membaca fikiran aku.. aku tahu yang aku ada marahkan dia.. namun perasaan marah itu tidak lah sampai menjadi benci... aku hanya terkilan.. aku kecewa dengan kelakuan Saiful..mungkin perasaan kecewa itu lebih banyak berada di hati aku..

aku memandang wajah Saiful.. aku tahu dia ikhlas meminta maaf.. aku faham semuanya bukan salah dia pun.. cuma bagi aku mungkin dia sudah berlebih-lebih.. dia suka bergurau.. tapi gurauannya itu kadang-kadang boleh membawa padah.. 

"Fahri.. terima ini.." Saiful menghulurkan sesuatu.. satu telefon bimbit.. model Samsung Galaxy S3.. "sebagai ganti telefon kau yang rosak sebab aku.."

"eh, apa ni? aku tak boleh nak terima lah.." aku cuba untuk menolak..

"aku tahu kau marahkan aku.. ini sebagai tanda aku nak minta maaf kat kau lah.."

Saiful mula mendesak.. ditariknya tangan aku agar aku mahu mengambil telefon bimbit itu, tapi aku masih lagi menolak..

"aku dah beli yang baru pun.. kau tak payahlah beri benda macam ni kat aku.. lagi pun aku dah maafkan kau.." kata aku..

"aku tak kisah lah.. aku harap kau terima hadiah dari aku ni.." Saiful masih enggan mengalah..

"this is too much.. aku tak boleh terima..." dalam hati aku berkata, mahal sangat ni..

"it's nothing selagi kau tak maafkan aku.."

"aku dah maafkan kau pun.."

"then, kau terima lah hadiah aku ni.."

aku menjadi serba salah.. bukannya aku tak mahu menerima.. dalam hati memang teruja juga lah pemberian Saiful tu.. model telefon bimbit idaman aku tu.. hehe.. tapi ia terlalu mahal untuk aku terima.. aku dah maafkan dia.. tapi tak lah sampai mengharapkan benda macam ni dia beri kat aku.. benda macam ni sebenarnya buat aku jadi lebih serba-salah.. 

"Fahri.."

tiba-tiba kedengaran satu suara menyebut nama aku.. sungguh aku kenal dengan suara itu, lalu aku menoleh ke kanan arah suara itu.. begitu juga dengan Saiful, sama-sama menoleh ke kanan.. Shahir.. ya.. orang itu adalah Shahir.. dia berjalan menghanpiri kami berdua..

aku memandang wajah Shahir.. entah kenapa tiba-tiba aku berasa gementar seketika.. jantung aku berdegup kencang dengan kehadiran Shahir ketika aku sedang bersama Saiful.. Shahir hanya tersenyum manakala Saiful seperti tertanya-tanya siapakah lelaki ini.. 

"hai.. " kata Shahir lalu menghulurkan salam kepada Saiful. "kawan Fahri ke?"

aku masih lagi terdiam tanpa berkata-kata.. Saiful pula kelihatan keliru..

"ya.. aku kawan Fahri.. then kamu..."

"aku Shahir.. kawan Fahri gak.. kamu?"

"Saiful.. Saiful nama aku.." balas Saiful yang memandang tetap ke wajah Shahir..

"wah, Fahri.. dah ada handphone baru nampak.. bila beli??" tiba-tiba Shahir bertanyakan tentang telefon bimbit itu..

aku terkejut seketika.. entah macam mana tanpa aku sedari, aku sedang memegang telefon pemberian Saiful itu.. 

"sebenarnya, ini bukan.." 

belum sempat aku menghabiskan kata-kata, Saiful dengan pantas terus mencelah..

"ya.. itu handphone baru dia.. hari ni aku temankan dia membeli.." kata Saiful menipu..

aku menjeling tajam ke arah Saiful.. dia pula buat-buat tak perasan..

"okay.. then, korang ni ada hal nak dibuat ke?" tanya Shahir..

aku menggelengkan kepala namun Saiful pula berkata, "ya... lepas ni kami berdua nak tengok wayang.."

sekali lagi aku menjeling tajam ke arah Saiful.. tapi dia pula buat muka slumber pura-pura tak tahu..

"owh.. ya ke?? Fahri tak cakap apa-apa pun kat aku.." Shahir memandang aku, "kalau macam tu, aku tak nak kacau kamu berdua... pukul berapa wayang tu habis? kalau awal, aku datang jemput kau, Fahri.."

"unfortunately, lewat kot.. sampai tengah malam.. tapi kau jangan risau lah.. aku akan bawa Fahri pulang.." sekali lagi Saiful menipu..

aku memandang tajam ke arah Saiful.. okay.. sekarang betul-betul bengang.. marah dengan penipuan Saiful..

"owh.. ya ke?? sorry lah kalau kacau.." Shahir memandang aku.. wajahnya sedikit kecewa.. "Fahri, aku balik dulu ye..."

aku terdiam.. tak tahu nak buat apa.. Shahir mula pergi meninggalkan kami berdua.. kemudian, aku memandang Saiful dengan perasaan marah..

"kenapa kau menipu?" tanya aku..

"entah..." balas Saiful tanpa rasa bersalah..

"bila masa pula kita nak tengok wayang?"

"sekarang... sekarang ni aku ajak tengok wayang.."

"okay.. aku dah betul-betul bengang dengan kau, Saiful.."

aku memandang tajam matanya.. dia pula menjadi serba salah..

"eh sorry.. aku tak bermaksud apa-apa.. aku just fikir kita masih perlu berbincang.."

"bincang apa lagi? nak minta maaf? aku dah maafkan kau, so kau nak apa lagi?"

"but kau tak nak terima pemberian aku.."

aku memandang telefon bimbit yang aku pegang itu, "okay, aku terima.. puas hati?"

"yippie.. hehe" Saiful tersenyum.. "macam ni lah.. ya.. aku puas hati.."

aku hanya terdiam.. sebenarnya aku sedikit kecewa dengan Saiful.. dia telah merosakkan perancangan aku untuk bersama dengan Shahir.. tapi aku tak tahu nak cakap macam mana..

"ini sebagai tanda perkenalan kita.." kata Saiful..

"owh.. ya ke? thanks.." balas aku ikhlas tak ikhlas..

"by the way.. so, lelaki tu Shahir lah ye? lelaki yang kau cakap kat aku hari tu.." tiba-tiba Saiful bertanya tentang Shahir..

entah kenapa aku menjadi kaku seketika dengan soalan itu.. 

"ya.. kenapa?" kata aku dengan pelahan..

Saiful mendekati aku.. 

di telinga aku dia berbisik, "hensem je.. no wonder lah kau boleh jatuh suka.. hehe.."



*          *          *


pada malam itu, aku berada di rumah Shahir.. sebenarnya ini kali pertama aku datang ke rumah Shahir.. rumahnya agak besar.. anak orang kaya katakan.. Shahir sebenarnya terkejut dengan aku.. sebab petang tadi Saiful menipu kata kami berdua nak tengok wayang.. jadi, rancangan nak bermalam di rumah Shahir macam tak jadi lah sebab Saiful kata wayang tu habis tengah malam.. tapi aku kata pada Shahir wayang tu terpaksa dibatalkan.. kata kami belum beli tiket pun, dan tiket pun dah habis.. satu jam selepas Shahir pergi, aku terus menelefon dia.. kata tak jadi tengok wayang..

Shahir seperti mahu bertanya banyak perkara kepada aku tapi dia hanya diam membisu.. aku pula malas nak fikirkan apa yang telah berlaku petang tadi.. aku malas nak fikirkan tentang Saiful.. 

aku sedang duduk di ruang tamu sambil menonton tv.. sebenarnya aku berasa malu juga berada di rumah Shahir.. pertama kali katakan.. biarpun di rumah ini hanya ada Shahir dan pembantu rumah tapi tetap berasa kekok.. nak tukar siaran tv pun aku malu-malu.. biarpun siaran yang aku tengok ni agak membosankan, malu punya hal, aku layan juga lah..

Shahir pula berada di dapur.. katanya mahu memasak untuk makan malam.. aku ingin membantu, tapi katanya tetamu tak harus buat kerja.. katanya lagi kedatangan aku ni pun dah buat dia rasa gembira.. tak lah dia rasa keseorangan..

jujur kau katakan rumah Shahir memang cantik.. berganda-ganda besar dari rumah aku kat kampung.. Shahir ni memang orang bandar.. dari dulu lagi membesar kat kotaraya ini.. hidup senang tapi tak pula sombong.. keluarga dia pun tak lah sombong.. pernah juga aku bertemu dengan ibu bapa Shahir waktu di kolej kediaman.. mereka nampak baik je.. macam anak lelaki mereka juga..

"sila makan.." ajak Shahir yang baru masuk ke ruang tamu sambil membawa pinggan yang berisi makanan..

"biar aku tolong.." pinta aku..

bila semua makanan diletakkan di atas meja di makan kami pun mula duduk.. aku duduk berdepanan dengan Shahir.. suasana menjadi diam seketika.. aku memandang wajah Shahir, manakala dia pula sedang tunduk menjamu makan malam..

"macam mana dengan kerja? okay??" tiba-tiba Shahir bersuara..

"okay lah.. tak lah penat sangat.." balasku ringkas..

"aku pun ada fikir nak cari kerja sambilan.. tapi tak tahu kerja apa.." kata Shahir lagi..

"tak payah lah.. letih tau buat kerja ni.. kalau bukan sebab duit, aku takde nak buat kerja time cuti ni.."

"nanti lepas habis study pun akan kerja juga.. at least ada benda yang nak dibuat.. stay kat rumah tak buat apa-apa memang bosan.."

aku terdiam.. betul juga kata Shahir tu.. jadi aku tak mahu nak komen apa-apa.. tak salah pun kalau dia nak cari kerja.. sebenarnya bagus..

aku meneruskan makan hidangan makan malam.. sedap juga.. berselera aku makan..

"pandai kau masak ye, Shahir.. hehe.." puji aku..

"haha.. orang lelaki pun kena pandai memasak gak.. bila bini sakit ke apa, siapa yang nak memasak.. tak begitu?"

aku hanya mengganguk.. 

"Fahri, bila kau nak ada girlfriend ye?"

tiba-tiba aku seakan tersedak bila mendengar pertanyaan Shahir itu.. dengan segera aku meminum air..

"kenapa?" kata Shahir..

"nothing.." balasku ringkas..

"kau macam terkejut.."

"eh takde lah.." aku jadi malu-malu, "takde jodoh lagi kot.. muda lagi lah.. bila dah kerja nanti baru aku start cari.." jawap aku.. saja nak mengelak.. sebenarnya tak tahu nak jawab macam mana..

"kau ada alasan yang bagus.. haha.." Shahir tersenyum.. "takde lah.. sebab aku pun teringin gak tengok kau bahagia.."

"bahagia? aku bahagia sekarang ni.. kenapa kau cakap macam tu?" tanya aku.

"takde lah.. jujur aku kata, aku rasa kau nampak macam lonely..."

aku terdiam.. terasa sunyi kah aku? mungkin.. mungkin benar.. selama ini jauh di sudut aku memang wujud perasaan itu..

"kalau ada jodoh, nanti datang lah tu.." balasku..

jodoh? memang benar kah jodoh itu ada? aku seakan tidak percaya.. aku rasa seperti tengah melarikan diri dari jodoh.. siapa kah jodoh aku? siapa kah cinta aku? dengan lelaki? tidak kah ia seperti sesuatu yang gila? jodoh dengan lelaki?

kami meneruskan menjamu hidangan makan malam.. aku mula makan dengan pelahan sebab memikirkan soalan dari Shahir itu.. terfikir tentang jodoh.. terfikir tentang hati yang kesunyian.. sampai bila kah aku terus begini? sungguh aku tidak tahu..

'seorang lelaki telah disimbah dengan asid dipercayai disebabkan cemburu merebutkan seorang maknyah..'

kata-kata dari pemberita di kaca tv itu mula menarik perhatian aku.. pandangan aku teralih ke kaca tv untuk mendengar berita tersebut dengan lebih lanjut.. begitu juga dengan Shahir, seakan tertarik untuk mengetahui berita tersebut..



kisahnya adalah berkenaan tentang seorang lelaki yang diserang dengan disimbahi asid pada muka.. hampir keseluruhan muka lelaki itu hangus.. alasannya sebab berebutkan seorang maknyah.. kerana cemburu, lelaki itu diserang.. kemudian maknyah itu pula menjaga lelaki itu.. banyak golongan agama tampil hadir untuk membimbing pasangan tersebut untuk kembali ke fitrah masing-masing.. terutama sekali maknyah itu.. 

aku pula serius mendengar berita tersebut.. kemudian berita selanjutnya mengenai golongan homoseksual.. satu pasangan lelaki telah ditangkap ketika melakukan seks di hotel.. kedua-dua mereka lebih kurang umur seperti aku... masih lagi muda.. sempat aku menjeling ke arah Shahir.. dia juga kelihatan begitu serius mendengar berita itu..

"kenapa perkara ini semakin menjadi-jadi?" tiba-tiba Shahir bersuara..

aku memandang wajah Shahir.. dia tekun memandang pada skrin tv.. mukanya berkerut.. aku seperti faham akan maksud wajahnya itu.. kurang senang.. ya.. dia memang tidak suka sekali dengan isu seperti homoseksual.. lebih-lebih lagi apabila kes hari itu berlaku, apabila seorang lelaki yang telah datang ke bilik kami di kolej kediaman.. ketika dia dicium lelaki itu dan dipeluk.. dan aku pula adalah saksinya..

aku tidak tahu nak kata apa.. yang pasti aku yakin berita ini pasti akan membuatkan dia teringat akan kes tempoh hari..

"aku nak masuk bilik.." kata Shahir secara tiba-tiba.. dia dengan segera mengemaskan pinggan makan yang dia guna.. basuh dan cuci di dapur kemudian berlalu masuk ke dalam bilik..

aku tinggal keseorangan.. di otak aku memikirkan perubahan sikap Shahir yang secara drastik... aku tahu dia akan hilang mood dengan hal-hal macam ni.. dengan segera aku mengemaskan pinggan dan membawanya ke dapur untuk dicuci.. apabila semuanya selesai, aku terus masuk ke dalam bilik Shahir..

"apa yang berlaku?" tanya aku ketika berada di pintu bilik Shahir.. dia sudah pun terbaring di atas tilam katil..

"takde apa-apa.." jawabnya ringkas..

"aku tahu kau tak suka bila dengar berita macam tu.." kata aku sambil menghampiri Shahir..

aku kemudiannya turut berbaring di atas katil Shahir..

"dunia ini agak rumit sebenarnya.. pelbagai ragam dan cabaran.." kataku lagi..

Shahir hanya terdiam namun wajahnya memandang aku..

aku kemudian berbaring mengiring menghadap Shahir.. begitu juga dengan dirinya berbaring mengiring memadang wajah aku..

"tak kisah jika aku kongsi satu cerita?" tanya aku kepada Shahir..

"apa dia?"

"bukanlah satu cerita sangat.. tapi sesuatu mengenai 'tahap penderitaan naluri'.." kataku lagi..

Shahir seakan mula tertarik.. "teruskan.." dia mula memasang telinga..

"aku bahagikan penderitaan itu kepada lima tahap.. daripada yang tak menderita sehingga lah yang lebih terseksa.. apa kau fikir mengenai berita tentang maknyah tadi?" tanya aku..

"apa kena mengena dengan maknyah tu?"

"for me, maknyah tu sangat amazing.."

"seriously kau kata macam tu?" kata Shahir yang terkejut dengan kenyataan aku..

"yupp.. sebab dia sangat setia.. dia masih lagi bersama dengan teman lelakinya itu biar pun lelaki itu sudah memiliki wajah yang buruk kerana simbahan asid.. hilang kesempurnaan.. namun maknyah tu tetap tidak meninggalkannya.. bahkan dia menjaganya.."

"tapi, tak bagus maknyah it bercinta dengan lelaki itu sebab maknyah itu juga adalah lelaki.." balas Shahir..

"tu lah.. sebab itu aku katakan nalurinya menderita.. dia tidak boleh mencintai orang yang dia cintai.. bahkan orang mahu dia kembali kepada fitrah dia sebagai seorang lelaki.. tapi aku tanya, adakah dia mencintai teman lelakinya itu disebabkan nafsu? kebiasaannya orang kata macam tu lah.. cinta macam ni adalah disebabkan nafsu semata-mata.. but, kalau benar, kenapa maknyah itu begitu setia?"

"i don't know.." jawap Shahir ringkas..

"aku ada dengar berita tentang hal ini pagi tadi.. kebanyakkan orang asyik nak mengutuk.. tapi aku nak cakap sesuatu, kalau maknyah itu benar-benar seorang perempuan, orang akan menganggapnya sebagai seorang hero.. pencinta setia.. tapi kerana dia seorang maknyah, orang hanya melihat pada keburukkannya.. tiada siapa yang mahu melihat kesetiaan cintanya.."

Shahir hanya terdiam..

"kenapa aku bercerita mengenai maknyah tersebut? sebab bagi aku, untuk tahap penderitaan naluri, mereka adalah golongan paling menderita sekali.." aku meneruskan kata-kata..

"kenapa jadi macam itu?" Shahir bertanya..

"sebab secara luar dan dalam mereka menderita.. orang asyik mengutuk cara penampilan mereka.. dihina.. dicaci.. dari segi cinta pula, kata tentu sekali orang sekeliling mengatakan cinta mereka itu salah.. sama seperti seorang yang homoseksual, yang ingin dincintai oleh seorang lelaki.. tapi, kenapa golongan seperti maknyah itu lebih terseksa berbanding seorang yang gay? berbeza dengan yang homoseksual, golongan maknyah ni fikir diri mereka adalah wanita, tapi lahir pada tubuh yang salah.. sebab itu mereka lebih menderita.."

Shahir mula serius memandang aku, "apa yang kau ingin sampaikan sebenarnya, Fahri?" tanya Shahir..

"tak kiralah jika mereka adalah golongan maknyah ataupun homoseksual, ada sesuatu yang kau tak mungkin faham tentang apa yang mereka alami.. kerana, kedua-duanya adalah sama, cinta songsang.. tapi aku tanya kau, Shahir.. jika kau seperti mereka... mencintai tapi tidak harus mencintai.. cinta yang tidak harus dimiliki.. apa yang kau akan rasakan, Shahir?" tanya aku sambil memandang serius ke wajah Shahir..

suasana menjadi sunyi seketika.. Shahir hanya terdiam membisu tanpa menjawab persoalan aku... dia hanya memandang ke atas seperti tengah memikirkan sesuatu.. begitu juga dengan aku, hanya terdiam..

aku tidak tahu kenapa.. tapi malam itu seolah-olah aku ingin Shahir tahu apa yang aku rasakan... aku ingin dia tahu bagaimana sukarnya hidup yang aku sedang jalani.. aku tidak mengharapkan belas kasihan darinya.. tapi yang aku harap agar dia boleh memahami..


kau lakukan apa... 

jika cinta itu tidak harus dimiliki?



*          *          *



orang kata, cintai itu adalah satu perasaan yang suci.. namun bagi aku, cinta membuatkan aku menjadi serba salah.. mencintai membuatkan aku rasa berdosa.. aku benci dengan diri aku.. aku benci kerana perasaan ini wujud di hati aku..

namun...

adakalanya kita perlu belajar untuk menerima diri sendiri.. dan kerana itu, biarpun aku tidak menyukainya tapi aku belajar untuk menerima siapa aku seadanya..

aku pernah bertanya dalam diri aku tentang satu perkara.. jika cinta aku adalah satu dosa, aku harap Tuhan akan mengampunkan aku.. kerana aku terlalu lemah dari melarikan diri daripada mencintai..

aku memandang pada wajah Shahir yang sedang tidur nyenyak.. di minda aku memikirkan tentang siapakah diri aku yang sebernanya.. apakah yang aku inginkan? apakah yang aku harapkan? 

sungguh, aku tidak tahu...

yang pasti di hati aku terasa kosong.. aku ingin bahagia.. 

aku tidak tahu adakah ini nafsu ataupun cinta..

kerana pada malam itu.. aku cium Shahir untuk kali pertama...













Monday, 26 November 2012

I Kiss Him







kami tidur bersama di atas katil dalam biliknya.. Shahir telah pun lama terlena.. namun aku masih lagi terjaga sambil memandang wajah dirinya.. aku tidak tahu adakah ini nafsu ataupun cinta..

kerana pada malam itu.. aku cium dirinya..


-Fahri-









-Unspeakable Love Part 11-
'I Kiss Him'




coming soon...



Skodeng2 Orang Aussie


waktu aku di aussie, aku memang suka ambil gambar.. lebih-lebih lagi bila aku dah ada DSLR sendiri.. dulu aku punya Nikon D3100.. tapi aku jual then upgrade guna Nikon D90.. dulu aku ada lapan lens.. tapi sekarang dah tinggal 4 lens je.. yang lain aku dah jual.. yang tinggal lens Nikon 50mm 1.8G, Tamron 17-35mm 2.8-4, Sigma 85mm 1.4 dan Holga toy lens.. lens kegemaran aku tentulah Sigma 85mm 1.4 sebab kualti gambar yang menarik dan bokeh yang menghairahkan.. sesuai untuk gambar potret dan aku memang suka ambil gambar potret pun.. dan lagi ia adalah lens paling mahal aku pernah beli.. kat Malaysia harga dalam RM2000 lebih macam tu lah..

dari semua genre fotografi, aku suka ambil gambar candid.. aku jarang ambil gambar pemandangan sebab aku lagi suka tengok eksperesi muka orang.. dengan kata lain, aku memang gemar main curi-curi gambar orang.. untuk tahun ni je, aku dah ambil gambar lebih 10,000 gambar.. just for fun lah.. banyak juga lah orang aku skodeng.. then snap gambar mereka..

tapi, korang ingat aku suka ambil gambar mat salleh yang hensem-hensem ke?? hehe.. jujur aku kata tak.. mungkin ada orang yang suka ambil gambar lelaki hensem yang mereka jumpa kat mana-mana je.. tapi aku pula tak macam tu.. aku lagi suka ambil gambar benda lain.. dari 10,000 gambar yang aku pernah snap, aku rasa cuma satu je gambar lelaki mat salleh yang niat aku memang nak ambil gambar dia.. tu pun sebab aku just ambil gambar untuk suka-suka je.. 


ni lah satu2nya pic yang dimaksudkan


so, aku suka snap gambar siapa? 

budak-budak! hehe..

aku suka main curi-curi gambar budak-budak kat sini..




















oh ya! sekarang ni dah musim buah.. untunglah kat aku, balik waktu musim buah.. dah puas makan durian, rambutan semua.. sampai dah tak larat nak makan.. tapi ada satu benda aku nak tanya.. korang pernah makan tak buah rambutan macam dalam gambar di bawah ni?? aku rasa durian macam ni takde kat semenanjung.. kat Sabah dan Sarawak je ada.. i mean kat Borneo lah.. termasuk Brunei dan Kalimantan.. 

mostly orang kat sini lagi prefer durian kuning ni.. sebab kata mereka rasa lagi sedap.. tapi bagi aku lagi suka durian yang tipikal isi warna putih tu.. sebab aku tak minat sangat makan durian kuning ni.. rasa 'gas' nye kuat sangat..





Wednesday, 21 November 2012

Video tentang Gay dan Lesbian






aku sekarang dah berada kat Malaysia.. kat kampung aku lah.. dah lama stay kat Aussie, tempat sendiri juga terasa dekat di hati.. sebagai orang pertama dari kampung aku yang belajar di oversea, rasanye tak boleh nak lari daripada menjadi 'center of attraction' kot.. orang asyik tanya aku banyak hal.. tapi kebanyakkan orang mula-mula tak kenal aku.. seriously, mereka tak boleh nak cam aku.. muka pun dah berubah kot.. badan pun berisi sikit.. i gain 6kg you know waktu stay kat Aussie.. tapi sebab utama orang dah tak leh nak cam aku sebab rambut aku ni hah.. dah panjang.. orang fikir aku ni perempuan.. seriously.. haha..

entah lah wei.. aku rasa rambut aku tak lah panjang sangat pun.. just rambut aku dah cover keseluruhan telinga aku je.. dah tak nampak telinga.. bagi aku rambut aku dah jadi macam ala-ala indie singer macam tu lah.. style lah katakan.. tapi bagi orang kampung kat tempat aku, terutama my parent memang tak biasa tengok style-style macam ni.. suruh aku gunting rambut.. but hei! aku dah gunting rambut tiga minggu lepas, dan sengaja pun nak biar panjang macam ni.. and i love my hair.. orang-orang muda pula macam my kampung friends faham lah yang panjang macam ni sebab style lah.. ala-ala Korea gitu.. hehe.. no lah.. aku tak ikut style Korea pun.. tapi terasa diri macam penyayi dalam indie band.. haha.. amboi-amboi..

bila dah lama stay kat negara orang, dua perkara utama yang aku rasa perlu adapt semula dengan keadaan di Malaysia.. pertama mestilah tentang cuaca.. PANAS!! hehe.. macam gedik-gedik je kata panas lah.. tapi jujur aku cakap bila keluar dari kapal terbang memang tu lah yang aku rasakan dulu.. walaupun time tu dah nak maghrib.. ambil rasa dua hari nak adapt dengan cuaca panas kat Malaysia.. lepas tu dah mula okay.. then kedua pula air mandi.. kat sini biarpun tak sejuk sangat, tapi kulit aku tak tahan.. badan mengigil je sebab kesejukkan.. biar air tu tak lah sejuk sangat pun.. tapi aku kat Aussie dah terbiasa mandi dengan air panas.. sejuk sedikit pun dah tak tahan.. tu lah dua perkara utama yang aku perlu nak adapt semula bila dah kembali di tanah air.

aku sebenarnya nak tulis banyak perkara tapi malas nak taip.. haha.. sekarang ni tengah mood nak bersembang-sembang dengan kawan sekampung.. tunggu ada mood nak menulis dulu, baru boleh menulis.. hari tu ada yang tanya aku satu soalan mengenai macam mana nak hidup sebagai GAY + MUSLIM.. soalan yang susah sebenarnya, sebab aku sendiri pun tengah mencari solusi.. and aku pun bukannya bagus sangat pun.. tapi aku kata kat dia, aku akan buat satu post tentang hal itu nanti kat dalam blog ni.. 

and one more, aku dah mula nak bukukan citer Unspeakable Love tu.. tapi sekarang ni tengah proses nak edit lah.. ada orang suggest aku buat macam tu.. i mean buat macam PDF file dalam bentuk buku citer tu ke.. kira-kira macam tu lah.. so, sape-sape yang nak, boleh send mesej aku kat aku di my FB..



so, aku nak re-post semula satu video ni.. post lama.. tapi aku rasa most of you memang tak tengok video ni pun.. sebab waktu tu blog ni still tak banyak pengunjung.. purata visitor dulu dalam kurang 200 visitors sehari.. sekarang ni dah meningkat menjadi dalam 3000 lebih visitors sehari.. so, aku nak tunjukkan semula satu video documentari yang agak kontrovesi yang telah menarik perhatian aku.. mengenai gay dan lesbian.. then, korang nilai-nilai lah sendiri..














Thursday, 15 November 2012

Unspeakable Love -Part 10-






Part 10 : The Bisexual Guy



sepuluh minit lagi sebelum aku pulang dari bekerja dari kedai farmasi.. jam sudah menunjukkan pukul 2.50 petang.. aku mula bersiap untuk mahu pulang.. 

perasaan aku masih lagi berdebar-bebar.. hatiku masih lagi terasa terkejut dengan kehadiran Saiful, kenalan dari Planet Romeo di tempat kerja aku.. seakan tidak percaya.. sungguh, aku tidak menyangka akan kehadiran Sailful..

aku mula tertanya-tanya, macam mana dia boleh tahu di mana tempat aku bekerja? persoalan itu terus bermain di minda aku.. tertanya-tanya lagi di hati jika aku pernah mengatakan sesuatu kepada Saiful.. fikir dan terus berfikir..

I akan start buat kerja sambilan cuti sem ni.. kat kedai farmasi.. so, rasanya time tu saya dah jarang kot nak online.. sebab kadang-kadang perlu bekerja malam.. bila balik, rasa nak tidur je..

owh.. ya ke? ok2.. I faham je.. kat mana kedai farmasi tu?

kat dalam shopping mall.. di _____

oh ya! aku mula teringat akan perbulan kami di YM beberapa hari lepas.. aku ada menyebut di mana tempat aku bekerja.. pasti sebab itu dia tahu... tapi... kenapa dia mahu berjumpa aku? aku mula berfikir.. bayak persoalan mula hadir di minda aku..

"hensem juga dia ni.. hehe" aku mula bermonolog sambil tersenyum..

tidak dapat aku menafikan bahawa dia mempunyai paras rupa yang menarik.. sebelum ni aku memang ada tengok gambar dia di Planet Romeo, dan aku rasa dia dalam gambar itu memang sudah nampak hensem pun.. tapi sudah pasti bila sudah melihat dia depan mata aku sendiri adalah sesuatu yang berbeza.. dia lagi nampak menarik di luar berbanding dalam gambar.

masa bekerja aku sudah tamat.. aku mula meninggalkan kedai farmasi itu.. di minda aku mula berfikir jika dia masih lagi ada di dalam shopping mall.. di mana dia sekarang ni? aku tertanya-tanya.. tidak tahu di mana aku boleh mencari Saiful.. perasaan di hati aku seakan kuat mahu bertemu dengan dirinya..

mungkin juga dia sudah pergi dari pusat membeli belah ini.. entah kenapa aku seakan hampa jika hal itu terjadi.. ada kemungkinan juga ia berlaku.. tertanya-tanya lagi di minda aku ingin tahu apa kah pandangan pertamaya terhadap aku saat berjumpa tadi.. adakah ia baik ataupun buruk? aku menjadi semakin gelisah.. mungkin first impressionnya kat aku buruk kot.. sebab itu dia pergi.. buruk sangat kah wajah aku? entah lah.. aku mula berfikir hal yang bukan-bukan.. 

aku mula keluar dari shopping mall itu.. di fikiran aku hanya ingin mahu pulang untuk berehat.. tentang Saiful, aku patut bertanya tentang hal hari ini kat YM.. aku ingin bertanya banyak benda tentang saat-saat pertemuan tadi..

namun langkah aku terhenti apabila terlihat kelibat seorang lelaki yang sedang duduk di kerusi di luar pusat membeli belah.. dia seperti sedang menunggu seseorang.. aku seperti kenal dengan orang itu.. jantungku mula berdegup kencang.. lelaki itu mula menoleh ke arah aku sambil tersenyum.. ya, memang betul.. dia adalah Saiful..

aku seakan menjadi kaku seketika.. dia, Saiful mula bangun dari tempat duduk lalu berjalan menemui aku..

"hai.. awak Fahri kan?" tanya Saiful sambil menghulurkan salam..

"ye.. saya Fahri..." kataku sedikit gementar lalu membalas salaman tangannya..

"hensem je awak.. hehe.." Saiful mula tersenyum.. aku mula menjadi tak tentu hala.. "saya Saiful.. tentu awak kenal kan?"

"er... ye.. saya kenal.." aku seperti malu-malu..

"apa kata tak payah guna 'saya' 'awak' lagi.. guna 'kau' 'aku' je.. kita dah jumpa.. so, lagi nampak mesra sikit..."

"ye.. saya.. eh.. aku tak kisah pun.."

"okay, Fahri.. jom ikut aku jap.. kau takde hal kan selepas ni?" tanya Saiful.

"takde hal.. nak pergi mana?"

"pergi untuk kenal-kenal lah.. jom..."

aku hanya menurut.. aku sebenarnya rasa gementar.. kehadiran Saiful membuatkan aku berasa gementar.. apa tah lagi dia kini berada di depan mata aku.. dia tersenyum.. aku pula menjadi tak tentu hala.. entah.. aku tak tahu kenapa.. 

"kau nampak baik je.." kata Saiful..

"maksud kau?"

"orangnya.. orangnya nampak baik je.. hehe.. nampak bagus untuk dijadikan kawan.."

aku hanya malu-malu.. terdiam tanpa berkata apa-apa.. kami berdua berjalan sampai lah menuju ke arah parkir motosikal.. di sana, aku terlihat sebuah motorsikal besar berwarna hitam yang menarik perhatian aku.. nampak begitu bergaya dan sporty.. Saiful perlahan-lahan menuju ke arah motosikal itu..



"Jom naik.." pelawa Saiful..

"ni kau punya ke??" tanya aku..

"ye.. motorsikal ni aku punya.. kenapa?" balas Saiful sambil memasang topi kaledar..

"takde apa-apa.. ia sangat cantik.."

"kalau macam tu, jom lah naik.. aku nak bawa kau ke satu tempat..." kata Saiful sambil menghulung satu lagi topi kaledar kepada aku..

"dengan motosikal ni?" tanya aku ragu-ragu..

"ye lah.. kenapa? tak suka ke?"

"ermm... takde lah.. hurm.."

"then??"

"actually... aku tak pernah naik motosikal..." (based on pengalaman sebenar penulis.. tapi situasi je lain..)

"are you serious??" Saiful mula terkejut..

aku jadi malu-malu.. jujur aku kata yang aku langsung tak pernah naik motosikal.. macam mustahil, tapi itu lah sebenarnya.. selama ini kalau aku nak pergi mana-mana aku hanya akan naik kereta ataupun bas.. dan sampai sekarang juga aku masih tidak memiliki lesen memandu..

aku memandang wajah Saiful... memang jelas riak wajahnya terkejut.. aku pula menjadi semakin malu..

"betul ke tak pernah naik?" tanya Saiful lagi inginkan kepastian..

"ye lah.. macam tipu je kan.. dah besar ni pun tak pernah lagi.."

"ni yang seronok ni.." kata Saiful lalu tersenyum.. aku berasa pelik dengan senyuman Saiful tu.. seperti ada maksud lain..

"seronok apanye?" tanyaku..

"hehe.. takde apa-apa.. okay.. jom lah naik.. biar ini jadi first experience kau.."

nak tak nak aku pun ikuti sahaja kehendak Saiful.. aku ambil topi keledar itu lalu memasangnya..

"don't worry lah.. selamat je naik benda ni.. hehe.." kata Saiful bernada sindiran..

aku hanya terdiam.. sebenarnya aku berasa agak malu sikit.. Saiful pula dari tadi hanya tersenyum.. entah kenapa aku seakan curiga dengan senyumannya itu.. seperti ada maksud yang tersirat..

kemudian, aku duduk di bahagian belakang.. Saiful pula mula menghidupkan enjin motor.. bila sudah hidup, Saiful mula mahu pergi bergerak meninggalkan pusat membeli belah itu.. namun, belum sempat kami beredar aku tiba-tiba berkata, "sekejap..."

"ada apa?" tanya Saiful..

"erm.. bila bergerak nanti aku perlu peluk body kau ke? ermm.. maksud aku, nak elak dari terjatuh lah.."

"hah?? nak peluk?? haha.. nak peluk kuat-kuat pun boleh.. tapi biasanya orang akan pegang pinggang je.."

"tak nampak macam gay sangat ke pegang or peluk macam tu? ye lah.. kita berduakan lelaki.."

"kau ni.. nak malu-malu pula.. nanti bila aku bawa laju-laju kau akan peluk aku juga.. hehe.."

"kau jangan.. bawa slow-slow lah.. aku gementar sebenarnya.."

"alahai.. naik motor pun takut ke?? hehe.. don't worry.. tak jatuh punya.."

aku terdiam.. entah apa-apa lah aku ni.. ni lah padahnya bila tak pernah naik motor.. macam bodoh je soalan aku.. tapi tak kisah lah.. pengalaman baru.. jadi kena bawa bertenang.. aku patut percayakan Saiful.. atau aku sepatutnya percayakan diri aku sendiri.. tapi.. perlukah aku pegang pinggang Saiful.. macam gay semacam je aku rasa..

"dah sedia ke??" tanya Saiful..

"ye.. aku okay je.."

"kau tak peluk pun.. hehe.."

"aku pegang pinggang kau je lah.."

"alah... tak romantik lah.. hehe.."

"amboi-amboi..." aku tiba-tiba rasa malu..

motor enjin dihidupkan dan kami pun mula bergerak meninggalkan tempat itu.. Saiful membawa motor dengan pelahan.. aku yang baru pertama kali naik motor berasa agak sedikit gementar.. namun lama-kelamaan aku mula berasa tenang.. aku mula dapat menyesuaikan diri dengan keadaan..

aku hanya terdiam.. lama-kelamaan aku mula berasa seronok membonceng motor Saiful.. terasa dingin dan nyaman disebabkan angin.. dalam saat itu, aku mula tertanya-tanya, ke mana kah Saiful nak bawa aku pergi? entah kenapa aku tiba-tiba boleh ikut Saiful pergi ke tempat yang aku sendiri tak tahu.. ye lah.. kot-kot dia nak perangkap aku ke apa..

"kalau aku bawa slow-slow macam ni kau tak pegang pinggang aku pun takpe..." tiba-tiba Saiful bersuara..

"owh.. ya ke?"

aku mula melepaskan tangan aku yang memegang pinggang Saiful.. ya betul lah.. aku masih lagi boleh seimbangkan badan.. tak terasa nak terjatuh pun..

"tapi... bila aku nak bawa laju..." kata Saiful..

tiba-tiba kelajuan motosikal bertambah..

"nak tak nak kau kena peluk aku juga... hahaha"

secara mendadak, kelajuan bertambah.. laju dan semakin laju..

aku menjadi panik.. dengan pantas, aku memeluk pinggang Saiful..

"Saiful!!"

aku memeluk pinggang Saiful dengan erat.. Saiful seperti tengah menggila.. kelajuan motosikalnya membuatkan aku gerun.. banyak  kereta di depan telah dipotongnya..

laju dan semakin laju.. aku seakan mengigil.. kelajuan mungkin lebih dari 100km sejam.. membelok ke kiri dan ke kanan.. memintas semua kenderaan yang ada di depan.. sungguh.. aku tak pernah setakut ini.. seperti telah melakukan perlumbaan haram di jalan raya.. memang betul pun begitu.. lagak Saiful seperti tengah berada dalam satu perlumbaan..

sempat aku memandang ke depan.. lampu trafik mula bertukar menjadi merah..

"Saiful!!" aku menjerit "kita patut berhenti!!"

namun belum sempat aku menghabiskan kata-kata, Saiful tanpa menghiraukan lalu menunggang laju ke depan sesuka hatinya..

"kau gila??!!" jerit aku lagi..

"hahaha!!"

Saiful hanya ketawa.. memang dia sengaja untuk maju ke depan.. aku pula dibelakangnya berasa cuak.. gementar dengan sikap Saiful.. bahaya giler!! bukan sekali dia terus melintas biarpun lampu trafik telah bertukar warna merah.. aku rasa dalam keadaan sedar tak sedar mungkin sudah tiga kali dia terus memintas laju..

kelajuan yang dia bawa seakan tidak pernah pelahan.. laju dan semakin laju.. aku tidak dapat menjelaskan perasaan yang aku rasakan sekarang ini.. tiba-tiba aku berasa menyesal ikut Saiful..

"tengok.. kau tak jatuh pun.. hehe" kata Saiful apabila kami sudah sampai ke destinasi..

"kau giler?! kau memang sengaja nak buat macam tu kat aku kan? nasib baik tak jadi apa-apa tadi.. kemalangan ke.. kena saman ke.." aku mula marah-marah..

"ala.. rileks lah bro.. sebab aku pandai bawa lah kita selamat sampai di sini.. hehe.."

aku cakap perkara serius tapi dia pula buat main-main.. aku baru pertama kali naik motor, dia dah bawa laju-laju.. dah macam ada perlumbaan.. aku memandang wajah Saiful dengan pandangan yang marah-marah..

"kau peluk aku dengan kuat sekali.. dan aku sangat suka.. hehe.." kata Saiful kepada aku lagi..

aku pula jadi malu.. entah apa-apa lah aku ni.. penakut sangat ke aku? kemudian aku memandang kawasan sekeliling.. tempat apa pula Saiful bawa aku pergi ni? serius aku cakap yang aku langsung tak pernah sampai ke tempat ni lagi..

"jom.." Saiful mengajak aku pergi..

"kita nak ke mana?" tanya aku..

"tengok laut... ada tempat best kat sini..."

aku hanya mengikut.. kami asalnya berhenti di atas bukit.. Saiful meletakkan motorsikalnya di tempat parkir.. kemudian, kami menuruni bukit sehinggalah aku terlihat pemadangan laut yang cantik di depan mata aku..



"wow!! bestnye tempat ni... aku langsung tak tahu pun tempat ni ada.." kata aku yang telah teruja..

"kalau kau nak mandi laut, kena mandi di kawasan dalam bulatan jambatan tu.. kalau nak mandi kat luar bulatan jambatan tu tak digalakkan sangat lah.. takut diserang jerung kot.. sebab kat bulatan jambatan tu dah ada pagar.." jelas Saiful..

aku hanya terdiam.. tak tahu pula tempat ni ada jerung.. tapi bagus juga lah mereka buat macam tu.. untuk keselamatan.. tapi sudah tentu aku tak nak mandi laut sekarang ni.. tak bawa apa-apa pun.. tapi best juga Saiful bawa aku ke tempat-tempat macam ni.. aku memang sangat suka kawasan tepi laut..

kami berjalan menuju ke tempat itu.. di sana, ada ramai orang sedang bersuka ria.. ada yang sedang mandi.. ada yang cuma duduk.. semua rileks-rileks je.. nak menenangkan minda.. kebanyakkannya datang dengan keluarga untuk beriadah.. budak-budak berlari-lari di atas jabatan itu.. meriahnya.. tapi, ada juga yang sedang seksi-seksi.. lelaki perempuan semua sama.. ada juga lah aku jeling-jeling sikit.. kat lelaki lah.. hehe.. amboi.. tiba-tiba jadi gatal jap..


"ni tempat aku biasa lepak... aku akan datang sini seorang diri.. nak tenangkan minda.. dah tu, boleh cuci mata lagi.. hehe.." kata Saiful..

"amboi.. kau ni.. ish. ish.."

"tak lah.. aku just suka atmosphere kat sini.. tempat orang beriadah.. dengan family.. dengan kawan.. dengan couple ke.. haha.."

kemudian, datang seorang awek cun melintas... hanya memakai bikini.. polka dot warna merah jambu.. seksi sangat.. berjalan pun berlenggang lenggok.. awek tu melintas di hadapan kami.. aku buat-buat tak ambil tahu awek tu melintas di hadapan kami.. namun sempat pula Saiful menjeling ke arah awek tu sambil tersenyum.. macam ada maksud je senyuman itu.. aku mula bermonolog.. tergoda kot..

baru sedar akan satu perkara.. Saiful ni biseksual sebenarnya.. jadi tak hairan lah kot kalau dia jeling macam tu.. aku hanya terdiam lalu memandang ke arah tempat orang bermandi-manda..

"kau fikir apa tadi bila awek tu melintas?" tiba-tiba Saiful bersuara..

"maksud kau apa?" tanya aku..

"tak tergoda ke? seksi tu.. hehe.."

"ish.. kau ni.. buat-buat tak faham pula.."

"hahaha!"

Saiful hanya ketawa.. aku pula hanya memandang ke arah wajahnya..

"Saiful.. boleh aku tanya satu benda?" tanya aku..

"apa dia?"

"kau ada cakap sebelum ni yang kau pernah bercinta dengan seorang lelaki.. tapi dah putus..."

"then?"

"aku tertanya-tanya lah.. sebelum ni kau ada girlfriend tak?"

"takde.." balas Saiful ringkas..

Saiful mula terdiam.. riak wajahnya yang sebelum ni ceria tiba-tiba menjadi serius.. aku terkelu sekejap dengan perubahan Saiful yang secara drastik.. tertanya-tanya di fikiran aku jika soalan itu kurang disenanginya.. aku cuma ingin tahu.. tak ada maksud lain..

"kau.. tak nak cari girlfriend ke?" tanya aku lagi..

"mungkin.. mungkin aku akan cari..."

"maksud kau apa dengan 'mungkin' tu?"

"bila cinta itu datang.. then, hati ini adalah untuk dirinya..."

aku terdiam seketika.. sebenarnya aku tak faham dengan maksud Saiful..

"sorry.. aku tak faham.. hehe.." kata aku inginkan penjelasan..

"persoalannya aku tak tahu pada siapa aku akan jatuh cinta nanti.. ya betul aku ni biseksual.. aku ada nafsu pada lelaki dan juga perempuan.. tapi nafsu tu tak sama dengan cinta.. dan kerana itu aku tak pasti kepada siapa aku akan jatuh cinta.. terhadap seorang perempuan ataupun lelaki.. tapi yang pasti, bila aku sudah jatuh cinta, seluruh perasaan aku hanyalah untuk dirinya.."

aku terkedu seketika apabila mendengar penjelasan Saiful.. bunyi macam rumit je..

"maksud kau, kalau kau jatuh cinta dengan seorang lelaki, kau akan kejar cinta itu?" tanya aku lagi..

"mungkin ya.. kalau hati ini memang sudah jatuh cinta padanya.. aku susah untuk jatuh cinta sebenarnya.."

"kalau jadi macam tu, kenapa tak nak pilih perempuan.. maksud aku.. ermm.. perempuan lagi bagus kot.."

"actually, ada dua nafsu pada kedua-duanya agak rumit sebenarnya.. but, aku nak cakap pada kau satu perkara, dulu bila aku bercinta pada lelaki itu, hati aku telah tertutup rapat hanya untuk dirinya.. cinta aku hanya untuk dirinya.. biarpun ada sahaja yang tampil untuk menggoda, lelaki ataupun perempuan, but, aku cakap sekali lagi, hati ini hanya untuk dirinya.." kata Saiful dengan nada yang serius..

aku hanya terdiam.. aku tak mahu nak komen apa-apa sebab aku bukan seperti Saiful.. bagi pendapat aku sebelum ini jika sudah ada nafsu pada kedua-duanya, lagi bagus pilih sesuatu yang halal.. tak payah nak susah-suah... tapi... aku bukan macam Saiful.. mungin semua orang mempunyai masalah mereka sendiri.. kita mungkin fikir benda itu mudah, tapi ianya tidak seperti yang kita fikirkan..

"dah nak senja lah.. jom balik.." kata Saiful..

aku hanya menggaguk.. lalu aku bingkas bangun.. kami mula meninggalkan jembatanyang bulat tu.. best juga tempat ni kalau nak lepak-lepak.. aku patut datang sini lagi kot.. Saiful pula nampak baik je orangnya.. tapi tak tahu lah.. ini baru pertama kali berjumpa.. tapi dia nampak mesra je dengan aku.. biarpun tadi dia kenakan aku dengan bawa motor laju-laju.. haha.. tapi sebenarnya, aku berasa seronok.. hehe..

"Fahri.." tiba-tiba Saiful bersuara..

"apa dia?" aku memandang wajah Saiful..

"hati-hati tau.. hehe.." Saiful tersenyum sinis..

"hah?"

tiba-tiba dengan pantas Saiful memegang tangan aku.. gengaman yang erat.. aku tergamam seketika sambil memandang wajah Saiful.. dia pula tajam memandang mata aku

"tutup mata kau jap.." pinta Saiful..

"hah? nak buat apa?"

"pejam je lah.. hehe.."

aku hanya menurut.. aku mula memejamkan mata.. namun secara tiba-tiba Saiful secara pantas menolak tubuh aku ke laut.. tubuhku mula terjunam ke dalam air..

"hati-hati kena tolak!! haha!" jerit Saiful

aku di dalam air mula terkapai-kapai.. pandangan mata aku hanya kelihatan air.. aku mula cemas cuba untuk timbul ke permukaan air..

"Saiful! help me!!" jerit aku

badan aku mula tengelam semula ke dalam air.. sekali lagi aku cuba untuk timbul ke permukaan air..

"i can't swim!!" aku cuba untuk bersuara

selepas itu, badan aku kembali tenggelam di dalam air.. kaki aku mula terasa kebas.. aku mula tak dapat bernafas.. pandangan mata aku mula gelap.. perlahan-lahan aku tengelam di dalam air laut...