Thursday, 24 January 2013

Sisi Gelapku (review)






kali ni aku nak buat review cerita yang berjudul 'Sisi Gelapku'.. ini adalah novel PLU kedua aku baca selepas cerita Cinta Tanpa Noktah.. cerita ini agak panjang.. ada Musim Pertama (28 parts) dan Musim Kedua (54 parts) semuanya berjumlah 82 parts cerita.. banyak giler! kalau baca dah macam tengok drama tv yang panjang..

Musim Pertama lebih menjurus tentang kisah kehidupan watak utama, Khuzai dan kekasihnya, Badrul.. plot masa pada Musim Pertama ini adalah ketika Khuzai masih lagi menuntut di sekolah menengah.. bermula bagaimana senior Khuzai iatitu Badrul cuba untuk melamar Khuzai sebagai kekasihnya.. apa awalan cerita ini, Khuzai bukan lah seratus peratus gay.. bahkan dia sebenarnya turut menyimpan perasaan kepada seorang Perempuan.. namun apabila cerita ini berkembang, perasaan suka itu mungkin mula teralih kepada lelaki apabila dia akhirnya menjadi teman kepada Badrul.. cerita Sisi Gelapku memang penuh konflik.. for me, tema keseluruhan cerita ini adalah mengenai 'kesetiaan'.. dan lagi, cerita ini sebenarnya mengandungi unsur erotika yang melampau.. jadi ia agak kurang sesuai dibaca bagi yang tak suka cerita macam ini..

konflik terbesar pertama ketika Khuzai yang mula ketagih dengan seks, mengajak Badrul untuk melakukan threesome bersama Hairi.. ini lah babak yang begitu menguris hati aku apabila aku turut kecewa dengan sikap Khuzai.. Badrul mengatakan setuju walaupun sebenarnya dia cuma ingin menguji kesetiaan Khuzai terhadapnya.. dan akhirnya di depan mata Badrul sendiri dia melihat bagaimana Khuzai dengan mudah melakukan seks dengan Hairi.. hal ini membuatkan Badrul begitu kecewa dengan ketidaksetiaan Khuzai terhadap dirinya.. bermula dari saat itu, hubungan Badrul dan Khuzai mula terputus..

kemudian pada Musim Kedua pula mostly menceritakan tentang kisah Khuzai di universiti.. walaupun hubungannya dengan Badrul telah terputus.. namun hatinya masih belum dapat melupakan kekasih pertamanya itu.. hingga lah pada satu hari bila Khuzai mendengar cerita bahawa Badrul telah kemalangan menyebabkannya hilang ingatan.. Khuzai begitu sedih bila Badrul tidak lagi ingat akan memorinya dulu.. ditambah lagi bila Badrul yang hilang ingatan itu akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang perempuan.. kekecewaan dalam hati Khuzai untuk melupakan Badrul akhirnya digantikan dengan cinta yang tidak berbelah bahagi dari teman serumahnya bernama Razif yang dalam diam suka akan Khuzai..

maka, bermula lah kisah percintaan baru antara Khuzai dan Razif.. konflik melanda biarpun sebanyak mana Razif mencintai Khuzai, namun masih tersimpan juga perasaan sayang Khuzai terhadap Badrul.. then, bermula lah usaha Razif untuk memenangi hati Khuzai secara total.. Khuzai mula berbelah bahagi sama ada mahu melupakan Badrul ataupun menerima cinta Razif seadanya.. dan klimaks cerita mula ketika Badrul akhirnya dapat mengingati semula kenangannya bersama Khuzai.. dan dari saat itu Badrul mahu Khuzai kembali kepada dirinya biarpun dia akan berkahwin jua.. pada saat ini lah Razif yang setulus hati mencintai Khuzai akhirnya menyerah akan kehendak Khuzai.. semuanya terserah kepada Khuzai sama ada memilih Badrul ataupun Razif..

in short, macam aku cakap lah.. cerita ini adalah tentang erti kesetiaan.. seperti mana Badrul kecewa pada khuzai yang melakukan seks dengan lelaki lain di depan matanya.. dan lagi, biar pun Khuzai sudah bercinta dengan Razif, namun hatinya masih juga memikirkan tentang kekasih lamanya.. seriously aku cakap cerita ini penuh dengan konflik.. cuma yang tak bestnya ada banyak adegan yang tak ditapis lah..




to read this story

AMARAN!! cerita ini penuh dengan adegan yang tak ditapis..




#baca juga review lain pada tab di atas 'PLU Novel Reviews'..



Pernikahan Sulit (review)








beberapa hari lepas, ada orang yang beri aku satu link tentang cerita yang bertajuk 'Pernikahan Sulit'.. dia kata yang dia suka cerita ni.. actually lah kan, aku time tu bukannye dalam mood nak membaca novel, but entah macam mana aku tergerak nak baca cerita 'Pernikahan Sulit' ni..

cerita ni agak lama dan ditulis dalam sebuah blog.. ada 20 bahagian.. bermula pada April 2007 dan tamat pada Jun 2008.. for me, hanya sekadar ada 20 bahagian cerita, ianya bukan lah satu novel yang panjang.. boleh dihabiskan dalam tempoh satu jam je kot kalau nak baca semua.. sebab pada setiap bahagian cerita tu pun agak pendek juga..

okay, nak diringkaskan cerita, for me this story actually menyentuh tentang kehidupan PLU yang biseksual.. watak utama bernama Erhan.. Erhan ni bukan orang bandar tapi belajar di kolej swata di ibu kota.. kisah bermula sewaktu musim orintasi pelajar baru.. dan dari itu, orang yang pertama dia kenal adalah E'zham.. dan pada permulaan cerita juga watak Ana turut dikenalkan sebagai teman wanita E'zham.. kenapa aku mengatakan kisah ini menyentuh kehidupan PLU yang biseksual? sebab pada permulaan cerita ini juga lah kita dapat tahu yang E'zham biarpun memiliki Ana, namun turut jatuh hati buat pandangan pertama kali melihat Erhan.. begitu juga lah dengan Erhan yang walaupun tidak dinyatakan secara langsung, namun kita tahu dia turut terpikat pada E'zham.. but pada masa yang sama juga ditunjukkan bagaimana Erhan turut mempunyai nasfu terhadap perempuan ketika Ana cuba menggodanya..

sesuai dengan tajuk cerita, actually cerita ini berkenaan tentang hubungan sulit Erhan terhadap E'zham dan juga Ana.. tanpa diketahui oleh kekasihnya Ana, E'zham turut mengadakan hubungan sulit bersama teman serumahnya Erhan.. for me lah, walaupun E'zham pernah mengatakan yang dia sayangkan Ana, but perasaan sayang E'zham tu mungkin lebih kepada Erhan.. namun, tanpa E'zham ketahui, dalam masa yang sama sebenarnya Erhan dan Ana turut memiliki hubungan sulit.. hal ini bermula disebabkan Ana sendiri yang mula menggoda Erhan.. bahkan, mereka berdua pernah melakukan seks bersama.. in short, Erhan ni ada hubungan sulit pada kedua-duanya iaitu kepada E'zham dan juga Ana.. namun E'zham tak tahu akan hubungan Ana dan Erhan, begitu juga Ana tidak tahu yang E'zham turut bermanja dengan Erhan.. 

for me, biarpun cerita ini agak ringkas dan pendek, namun ianya ditulis dengan gaya bahasa yang cukup menarik.. aku suka dengan gaya penulisan cerita ini yang menunjukkan si penulis ini seperti seorang penulis novel professional.. but tidak dinafikan yang jalan cerita yang agak pendek membuatkan kita seakan tidak puas hati..







to read this story..
http://siumaruzair.blogspot.com/2007/04/pernikahan-sulit-part-1.html



Sisi Gelapku (review)


ada pernah sekali aku update status kat FB, "agak-agak lah, kalau kita suddenly hilang ingatan, boleh tak tiba-tiba je kita jadi straight?"

soalan tu adalah inspirasi dari sebuah novel PLU yang bertajuk Sisi Gelapku.. kebanyakkan orang balas kata setuju yang orang PLU tu kalau hilang ingatan mungkin boleh berubah jadi straight.. but mungkin lepas tu dia boleh trace balik lah ingatan tu.. then baru dia ingat siapa dirinya sebelum ini..

okay.. kali ni aku nak buat review tentang citer Sisi Gelapku pula.. ini adalah novel PLU kedua aku baca selepas citer Cinta Tanpa Noktah.. (yang ni pun aku dah buat review gak.. tekan pada tab di atas 'PLU Novel Reviews').. dah lama pun aku baca citer ni.. but baru hari ni terfikir nak buat review pula.. so, aku ni pun antara lupa dan ingat lah tentang citer ni.. hehe

watak utama cerita bernama Khuzai.. citer ni sebenarnya agak panjang tau.. ada dua seasons.. musim pertama ada 28 bahagian.. (kisah Khuzai waktu still sekolah menengah lagi) then musim kedua pula ada 54 bahagian (waktu Khuzai dah masuk universiti).. campur-campur ada 82 bahagian lah.. banyak giler!! memang puas hati lah baca.. dah macam dalam drama lah.. sebab agak panjang..

nak dipendekkan cerita, musim pertama mostly tentang kisah percintaan antara Khuzai dengan senior dia, Badrul.. kisahnya bermula bila si Badrul ni yang try pikat si Khuzai ni.. waktu tu Khuzai ni still sekolah menengah lagi.. macam agak inesen lah juga sikit.. nak kata Khuzai ni gay, awal-awal tu dia pernah jatuh hati pada seorang perempuan.. but then lepas tu entah Khuzai ni dah macam dah takde nafsu pada perempuan lagi sejak dia dah mula berkapel dengan badrul.. aku pun tak berapa nak ingat sangat tentang citer ni sebab dah lama pun aku baca citer ni sebenarnya.. yang aku ingat lah, Khuzai ni pernah buat seks dengan Badrul (citer ni memang ada banyak adegan yang tak ditapis).. then lepas tu dia dah macam ketagih lah.. then dalam diam, dia ni suka buat seks dengan kawan dia bernama Hairi.. macam ada hubungan sulit lah.. tapi Khuzai ni macam jadi serba salah juga.. sebab dia ni macam khianati cinta Badrul.. ada satu part tu memang buat aku tersentuh hati sangat-sangat.. serius aku cakap part ni aku pun turut rasa kecewa.. pada satu hari tu, si Khuzai ni boleh pula nak ajak Badrul






Tuesday, 22 January 2013

Unspeakable Love -Part 12 & 13-





Part 12 : Love, to Forget


tiga tahu dahulu ketika aku bersama Ihsan, ada begitu banyak kenangan yang telah kami cipta bersama.. tidak kira lah memori yang manis ataupun yang pahit.. ketika aku gembira, Ihsan turut bersama meraikan kegembiraan itu.. tatkala aku bersedih, Ihsan hadir untuk mengubati luka di hati.. Ihsan lah sinar kebahagianku namun dia juga yang selalu melukakan hati aku..

biar pun begitu, aku tidak kisah dengan segalanya.. kebahagiaan yang dia cipta ataupun kesedihan yang telah dia berikan kepada aku, semuanya telah mengukuhkan lagi ikatan hubungan antara aku dan Ihsan.. dia menceriakan aku, hati ini semakin dekat kepadanya.. dia melukakan hati aku, perasaan ini juga semakin dekat kepadanya.. kami mula memahami antara satu sama lain.. aku mula mengerti akan perbezaan antara aku dan Ihsan dan belajar untuk menerima dirinya.. biarpun perit dia berikan namun aku percaya akan hubungan kami berdua biarpun ia sekadar satu 'undefined relationship'.. tapi aku tetap percaya diriku ada di ruang hatinya..

aku tidak peduli..

kerana aku ingin cipta kenangan bersama dirinya...

tapi..

aku kerap kali menangis ketika dia tidak lagi bersama dengan aku.. dia meninggalkan aku dengan memori yang telah lama kami cipta bersama.. dia mahu aku lupakan segala memori itu..

"dengar sini Fahri.." Ihsan berkata kepada aku..

kedua-dua mata kami saling bertentangan.. dia memandang aku dengan pandangan mata yang serius.. tangannya, kedua-duanya memegang bahu aku..

"aku akan pergi dari sini.. tempat yang sangat jauh.. tempat yang kau tak akan dapat menemui aku... dan bila tiba masanya nanti, aku minta pada kau satu perkara.." Ihsan mula mendekati aku lalu mula berbisik, "aku harap segala kenangan antara kita berdua, kau akan dapat lupakan.."

aku tergamam.. aku memandang wajahnya mahu meminta penjelasan mengapa dia berkata sedemikian rupa..

"semakin lama aku dengan diri kau, semakin kuat ikatan kita berdua.. dan ia membuatkan aku semakin rasa bersalah..." kata Ihsan lagi..

melupakan kenangan? bagaimana mungkin aku boleh memadamkan segala memori yang telah tercipta antara kami berdua?? dia, Ihsan telah menyentuh hati aku.. dia telah mengambil hati aku.. dan kini dia minta apa yang telah kami cipta bersama agar dilupakan begitu sahaja.. tentu sekali tidak semudah itu.. hati ini telah dibawanya pergi.. perasaan aku telah diambilnya..

ianya sakit.. 

itulah yang hanya aku mampu katakan.. melupakan kenangan itu sangat menyakitkan.. dia cipta memori.. dan kini, dia tinggalkan aku bersama kenangan yang aku tidak dapat lupakan tentang dirinya.. dia buat aku gembira, dia juga buat aku kecewa.. tapi semuanya telah mewarnai kehidupan aku.. segala pahit manis itu membuatkan hidup aku lebih bermakna..

aku tidak mahu melupakan kenangan itu..

sampai bila-bila pun, memori ini akan tetap di ingatanku..



*          *         *


"Fahri, kau buat apa tu?" tanya Shahir kepada aku..

"tengah merakam video.. saje nak test telefon baru lah katakan.." kata aku sambil merakam video Shahir yang sedang duduk bersarapan di depan aku.. Samsung Galaxy S3, pemberian Saiful.. macam best je guna telefon ni..

"ok.. tapi, takkan lah nak rakam video aku tengah makan?" kata Shahir yang sedikit kekok..

aku hanya tersenyum tidak berkata.. aku masih lagi menghalakan telefon bimbit aku ke arah Shahir untuk merakamnya.. 

pada pagi ini kami bersarapan dengan sedikit kuih.. cucur udang dan karipap yang telah disediakan oleh pembantu rumah Shahir.. tapi aku langsung tak menjamah sedikit pun makanan tu.. terlalu leka merakam video Shahir tengah makan..

Shahir hanya memandang aku, tidak berkata apa-apa.. mukanya sedikit kekok, macam malu-malu bila dirakam oleh aku.. sekali-sekala dia tersenyum sambil memandang telefon bimbit aku yang sedang merakam gelagatnya. aku pula hanya memandang pada skrin telefon bimbit.. terpesona seketika dengan senyuman manis Shahir itu..

"kualiti video agak bagus lah untuk telefon bimbit.. " kata aku lalu memandang wajah Shahir..

Shahir hanya terdiam dan terus tersenyum..

"nyanyi lah satu lagu, Shahir.. hehe" kata aku..

"haha.. malu lah.." muka Shahir mula bertukar merah..

"alah.. nak malu apanye? kat kolej kita kau suka menyanyi kat bilik mandi.." aku tersenyum ke arah Shahir..

memang begitu lah kebiasaanya.. Shahir suka menyanyi ketika mandi.. suara dia pun agak bagus.. sedap untuk didengar.. tak boleh nak dinafikan.. sebab kadang-kadang dia memang suka menyanyikan satu lagu pada Liyana sambil bermain bermain gitar.. aku pula hanya mendengar, hanyut dengan kemerduan suara Shahir..

"tapi aku perlukan gitar.." tiba-tiba Shahir bersuara..

"idea yang bagus.." kataku ringkas...

Shahir dengan segera masuk ke dalam bilik untuk mengambil gitar miliknya.. bila sudah diambil, dia terus mengajak aku ke luar rumah.. katanya kat dalam rumah tak seronok nak ambil video.. kat luar lah, baru seronok.. katanya lagi kat luar rumah ada kolam mandi.. aku pula hanya menurut..

"nak nyanyi lagu apa ye??" tanya Shahir sambil duduk di atas kerusi...

"apa-apa je.. mana-mana lagu pun sedap didengar kalau kau yang menyanyi.. hehe"

Shahir hanya tersenyum.. begitu juga dengan aku tersenyum sambil memandang wajahnya.. 

"baiklah.. kau dah sedia nak rakam ke? hehe" tanya Shahir..

"bila-bila masa dah sedia.." balasku ringkas.

Shahir menarik nafas sebelum mula memetik tali gitar.. alunan melodi mula kedengaran.. sambil-sambil itu, dia tersenyum memandang aku.. senyuman yang amat manis sekali..





Hari ku harus dipenuhi dengan kehadiranmu
Sayangku fikiranku hanya dipenuhi dengan senyumanmu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu

Hari ku harus dipenuhi dengan kemanjaanmu
Cintaku fikiranku hanya dipenuhi dengan suaramu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu

Shahir terus menyanyi.. Shahir terus kelihatan ceria.. tersenyum manis.. kadang-kadang dia ketawa kecil.. aku pula terus memerhatikan riak wajahnya itu pada skrin telefon bimbit aku..

entah kenapa, tiba-tiba hatiku mula berasa sedih..

Fahri, boleh aku berkata sesuatu?

suara itu kedengaran lagi di hati..

aku nak cakap tentang diri kau dan Shahir..

suara itu terus berbisik di hati..

kau terus nak mengharapkan dirinya ke?? kau ingin dekat dengan dirinya ke, Fahri? 

biar aku jelaskan sesuatu pada kau.. aku takde maksud lah nak kau tinggalkan dia ke apa.. tapi bila sampai masanya nanti, kau pasti akan lepaskannya juga.. tapi, jika saat ini semakin dekat dengan dia, semakin sukar untuk kau nak tinggalkan dirinya nanti..

bila kau bersama dengan dirinya, kau akan cipta satu memori... dan kenangan antara kau dan dia akan mula bertambah.. tapi adakah kau sedar kenangan itu akan menjadi satu ikatan antara kamu berdua? segala memori itu akan menjadi beban bila tiba hari kau nak tinggalkannya nanti..

semakin banyak kenangan tercipta, semakin sukar untuk kau melupakan dirinya...

sedikit air mata mula muncul dari mata aku.. hatiku mula berasa sebak apabila mengingatkan kata-kata Saiful semalam.. selepas Saiful menemui Shahir, dia berkata begitu pada aku.. pandangan matanya serius memandang aku untuk menyedarkan bahawa dunia ini tidak semestinya berlaku dengan apa yang kita inginkan.. benar kata-kata Saiful itu.. sampai masanya nanti pasti aku akan melepaskan Shahir dalam hidup aku..

kenangan itu akan menjadi satu beban.. aku seperti mula faham apa yang Ihsan katakan padaku dahulu.. kerana itu sampai saat ini, memori yang kami cipta bersama berterusan telah menghantui aku.. 

"aku nak simpan video ni untuk kenang-kenangan.." kata aku kepada Shahir selepas semuanya selesai..

"kenapa cakap macam tu?" Shahir bertanya kepada aku..

"takde apa-apa.. sebab nanti bila kita dah graduate, kot-kot dah tak dapat nak berjumpa.. kau tempat lain, aku kat tempat lain.. jadi bila aku teringatkan kawan aku ni, adalah benda yang boleh buat aku ingat.." kataku sambil tersenyum kepada Shahir..

"tak semestinya begitu.. apa kata kalau lepas graduate kita tinggal sama-sama, cari rumah sewa ke.. stay and cari kerja kat bandar ni.. aku pun sebenarnya lagi suka kalau kita still macam dekat-dekat macam ni.. lagi best kalau kita still bersama.. sebab I like you, Fahri.. you are my best friend.." 

Shahir memandang mata aku.. terpancar keikhlasan akan kata-katanya itu.. sebak hati aku mendengar akan apa yang Shahir katakan.. aku mahu menangis namun tetap aku gagahkan jua perasaan aku..

"tak kot macam tu.. sebab aku tak fikir aku nak cari kerja kat bandar ni.. aku nak cari kat negeri aku.. kalau boleh, aku memang teringin sangat nak stay kat sini, but ada satu perkara yang aku harus lepaskan.." 

"apa dia?" Shahir mula ingin tahu..

"satu perkara yang bila aku kumpulkannya, ia akan membuatkan aku terus disakiti.. kerana aku tidak akan pernah dapat memilikinya.."







saat itu pasti akan tiba.. 

tapi.. aku tidak tahu kenapa aku mahu terus mencipta kenangan bersama dirinya..

selagi aku mempunyai kesempatan, selagi aku belum meninggalkan dirinya.. aku hanya mahu terus dekat pada dirinya..

aku begitu takut jika saat itu mula tiba, namun telah aku relakan hati ku untuk menerimanya..

biarpun aku tahu, perasaan ini mahu terus bersama dirinya..








Hari ku harus dipenuhi dengan kehadiranmu
Sayangku fikiranku hanya dipenuhi dengan senyumanmu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu












Part 13 : A Phone Call


sudah dua minggu berlaku setelah cuti semestar akhirnya tamat.. aku seperti biasa mula kembali belajar.. kehidupan mula sibuk dengan tugasan yang perlu disiapkan dengan masa yang singkat.. aku mula sibuk membuat model bangunan aku sebagai medium untuk menyampaikan idea.. sibuk siang dan malam berjaga sambil menghadap pada skrin laptop bekerja dengan software ArchiCAD untuk menyiapkan design bangunan aku.. dan dalam masa yang sama, aku juga sibuk membaca buku untuk dijadikan bahan rujukan untuk esei terbaru.. senang cakap, aku mula serius dalam kehidupan aku untuk mendapat keputusan yang cemerlang pada semestar ini...

Shahir sama seperti aku.. kami sering berjaga malam bersama-sama dan membuat segala tugasan itu sama ada di studio mahupun di dalam bilik sahaja.. air kopi sudah jadi teman yang setia.. semakin kerap kami berjaga malam dengan meminum kopi.. aku tahu kalau terlalu kerap minum, boleh membawa kesan sampingan.. tapi semuanya semata-mata nak mengelak rasa mengantuk agar tugasan yang diberikan boleh disiapkan dengan segera..

entah kenapa sejak aku berjumpa dengan Saiful, aku merasakan ada perubahan dalam diri aku.. soalan Saiful mengenai sama ada aku akan setia menunggu Shahir sebenarnya telah menyedarkan aku.. ia membuatkan aku sedar realiti yang sebenarnya.. semakin lama aku dekat bersama dengan Shahir, semakin beratlah bagi diriku untuk melupakannya nanti.. satu persoalan mengenai memori.. penghujungnya pula, aku putuskan untuk melupakan Shahir setelah tamat pengajian aku di universiti ini.. aku putuskan untuk menjauhkan diri darinya.. namun.. sungguh aku aku begitu keberatan.. aku tidak mahu melepaskan saat aku bersama dengan Shahir jadi sia-sia sahaja.. aku mahu terus berasa dekat dengan dirinya..

dan kerana itu, aku semakin kerap meluangkan masa bersama-sama dengan Shahir.. ini lah semester terakhir aku dan Shahir belajar di universiti ini.. selepas ini, masing-masing akan membawa haluan sendiri.. seperti yang diminta oleh Shahir, dia begitu berharap jika aku tinggal dengan dia.. bersama-sama mencari pekerjaan di kota raya ini.. aku akan menjadi teman serumahnya.. namun seperti yang aku rancang juga, biar lah ini lah kali terakhir aku bersama dengan dirinya..

mungkin aku gila.. tapi seperti yang aku telah katakan.. ianya adalah persoalan mengenai memori.. ikatan itu akan menjadi lebih kuat jika aku terus bersama dengan dirinya.. dan dia yang pasti aku tidak akan miliki akhirnya mahu tidak mahu harus aku lepaskan jua.. dan bila tiba saat itu, hati ini akan terus disakiti.. biar lah aku berhenti dari awal.. biar lah aku pergi menjauhkan diri daripada terus mengikat ikatan perasaan terhadap dirinya.. 

pada saat ini, biarlah aku bergembira dengan dirinya sebelum aku lari dari dirinya buat selama-lamanya..



*          *          *


pada malam hari.. aku sedang menghadap pada skrin komputer riba sedang menaip sesuatu.. Shahir pula berada di meja belajarnya turut melakukan kerja yang sama, menghadap skrin komputer riba sambil jari tengah ligat menaip perkataan pada papan kekunci.. suasana agak sunyi dengan mood yang serius.. kedua-dua kami sedang serius cuba menyiapkan esei bagi tugasan yang diberikan..

semester terakhir.. beban semakin bertambah.. keadaan menjadi lebih sibuk.. kami jarang mempunyai masa untuk bersuka-ria di luar.. kebanyakkan masa dihabiskan sama ada di dalam studio ataupun dalam bilik ini sahaja.. tapi, jujur aku katakan yang aku suka dengan keadaan ini.. Shahir sudah jarang bersukan di waktu petang.. Shahir dan Liyana semakin kurang keluar bersama.. kebanyakkan masa Shahir akan bersama dengan aku.. di studio mahupun di dalam bilik ini.. kerana itu lah aku berasa sedikit gembira bila dia semakin kerap meluangkan masa dengan diriku..

tiba-tiba, telefon bimbit aku berdering..

untuk seketika aku seperti berasa geram pula mendapat panggilan pada malam-malam begini.. tengah aku sibuk menumpukan perhatian aku pada tugasan yang perlu disiapkan, ada pula orang membuat panggilan yang mengganngu konsentrasi aku..

hati ku berasa sedikit mengeluh.. aku melihat pada skrin telefon bimbit Samsung Galaxy S3 itu.. tertera ada nama Saiful..

"salam.." aku mengangkat panggilan itu..

"hi Fahri.. tengah buat apa tu?" tanya Saiful..

"tengah buat kerja sekarang ni.. agak sibuk lah sikit.. oh ya.. ni ada apa-apa ke call aku malam-malam ni?"

baru aku teringat.. sudah lama aku tak berhubung dengan Saiful.. kali terakhir pada tempoh hari bila aku nak pergi bermalam di rumah Shahir.. lepas tu, dia tidak pula cuba menghubungi aku.. dan jujur aku katakan yang aku tak pula terfikir tentang dirinya.. 

"oh ya ke.. takde apa-apa.. saje nak tahu khabar kau.. dah lama kan aku tak contact kau.. hmm.. kau macam mana sekarang.. okay ke? aku tak kacau ke? sorry lah kalau ganggu.." kata Saiful lagi..

"aku okay je.. hmm.. ye lah.. dah lama pula kita tak bercontact.. aku busy.. tapi aku okay je.. tak ganggu pun.." jawabku..

"owh.. ya ke? kalau ganggu aku tak nak kacau lah.. sorry.."

"takde lah.. aku okay je.. serius ni.."

"rasa serba salah lah pula.. hmmm"

"serius lah.. aku okay je.. kalau takde benda nak cakap.. aku tutup.." tegas aku..

dalam hati ini berasa geram lah pula.. aku memang lah busy.. tapi tak sampai hati pula nak lukakan hati Saiful.. mungkin ada benda lah kot dia nak katakan.. kerja aku tu boleh je tangguh jap.. ala, bercakap takkan sampai lah nak berjam-jam.. tak begitu??

"hmm.. saje nak dengar suara kau.. hehe" kata Saiful lalu tergelak kecil..

"tu je? ada-ada je lah kau ni.." 

"takde lah.. just aku terfikir, bila lagi lah kita akan berjumpa ye?" kata Saiful lagi..

"hmm.. tak tahu lah, Saiful.. aku dah makin busy sekarang ni.. ni semester terakhir aku.. kau faham-faham je lah macam mana.. hmm.. tiba-tiba aku terfikir satu benda.. kau sama umur dengan aku kan? kau tak sibuk study ke? sorry lah sebab tak tanya benda ni dulu.."

ye lah.. baru aku perasaan akan hal ni.. Saiful ni masih belajar lagi ke dah kerja? selama ni tak pernah pula aku dan dia bincang tentang hal ni.. tapi yang aku pasti lah, Saiful ni mesti anak orang kaya.. sebab tengok cara penampilannya yang sentiasa segak dan berpakaian mewah.. dah tu, ada motorsikal berkuasa tinggi pula.. dan lagi, boleh pula dia gantikan telefon bimbit aku dengan Samsung Galaxy S3.. mahal tu..

"ye tak ya juga ye.. hehe.. okay.. aku nak cakap lah.. aku tak study lagi.. dah kerja.. tu lah, kalau kau nak keluar dengan aku, boleh juga bawa kau kat tempat kerja aku.. tu pun kalau kau nak lah.."

aku hanya terdiam.. antara sudi ataupun tak sudi.. di sudut lain, aku memang agak sibuk sejak hari-hari ini, but tiba-tiba aku macam curious pula dengan Saiful.. memang betul, banyak perkara tentang Saiful yang aku masih belum ketahui.. orang kata, kita kena berhati-hati dengan orang yang kurang kenali.. tapi atas satu sebab yang aku tak boleh jelaskan, ada di sudut hati aku mengatakan yang aku percaya dengan diri Saiful..

"Fahri, aku takut kau benci aku.. sebab tu aku terus berdiam diri.." Saiful berkata dengan nada yang serius..

"takut? ala.. kau ni.. tak payah risau lah.. aku tak ada pun simpan rasa benci kat kau.. hmm.. actually aku patut ucap terima kasih pada kau lah.." balasku..

"terima kasih? untuk apa?"

dengan nada pelahan aku mula berkata, "persoalan tentang memori.. kata-kata kau tu ada kebenarannya.. jujur aku cakap.. aku ambil serius tentang hal ini.."

Saiful terdiam.. kata-kataku langsung tidak dibalasnya.. aku mula tertanya-tanya, kenapa pula dia ni terdiam? dia sedang fikirkan tentang apa?

"Fahri.. boleh aku bercakap dengan Shahir??" tiba-tiba Saiful bersuara..

"kenapa? ada apa kau nak cakap pada dia?"

hatiku mula berdebar-debar.. apa benda pula Saiful nak cakapkan pada Shahir? kenapa pula tiba-tiba je dia minta macam tu? serius, aku menjadi tidak tentu hala..

"ada lah aku nak cakap.. Fahri.. boleh tak?" sekali lagi Saiful meminta..

aku hanya terdiam.. tertanya-tanya akan niat Saiful.. tertanya-tanya akan apa yang dia ingin katakan sebenarnya.. risau pula aku kalau dia kata benda yang bukan-bukan lah..

"kau tak percayakan aku?" kata Saiful lagi..

"hmm.. jangan kau cakap benda tak elok sudah.."

nak tak nak aku turuti juga pemintaan Saiful tu.. aku jadi serba salah sebenarnya.. dan lagi, Saiful ni pandai pula bercakap dengan nada suara yang boleh mempengaruhi aku.. nada yang membuatkan aku jadi serba salah jika menolaknya..

sambil menarik nafas, aku berpaling ke arah Shahir yang sedang tekun dengan kerjanya.. jatungku mula berdegup kencang.. aku gugup sebenarnya.. aku tak tahu nak cakap apa..

tapi, akhirnya aku bersuara, "Shahir, kawan aku nak cakap something kat kau.. " sekali lagi aku menarik nafas..

Shahir memandang wajah aku.. riak wajahnya keliru..

"kawan kau? ada apa?" Shahir tertanya-tanya..

"entah.. kau dengar lah dulu apa dia nak cakap.."

Shahir hanya mengangguk.. aku menghulurkan telefon bimbit aku kepada Shahir.. kemudiannya, Shahir mula berbicara dengan Saiful..

aku memerhatikan tindak tanduk Shahir.. sejujurnya, aku ingin mendengar perbulan mereka berdua.. riak wajah Shahir pula seakan berubah-rubah.. sesekali dia berpaling ke arah wajahku.. pandangan matanya serius.. entah macam mana aku merasakan pandangan matanya itu seperti inginkan satu pertanyaan terhadap diriku..

"dia cakap apa?" tanya aku yang ingin tahu..

"nanti ye.." Shahir masih lagi bercakap dengan Saiful..

aku pula semakin gelisah... apa bendalah Saiful ni nak cakap pada Shahir.. tak tentu hala diriku.. seakan menyesal pula aku benarkan Saiful berborak dengan Shahir..

selepas beberapa minit, akhirnya perbualan mereka berakhir.. Shahir menghulurkan kembali telefon bimbit itu.. dengan pantas aku dengan segera menghalakan telefon itu pada telinga aku..

"hello?? Saiful??"

nampaknya panggilan sudah dimatikan..

"dia cakap apa tadi?" aku memandang ke arah wajah Shahir mahukan penjelasan.. aku semakin gelisah..

"dia kata nak jumpa dengan kau esok.." balas Shahir..

"jumpa? untuk apa? dia cakap apa lagi, Shahir??"

"aku tak boleh cakap sampai kau dah jumpa dengan dia.."

aku terdiam.. tiba-tiba hati aku mula naik angin.. berasa geram dengan perangai Saiful.. sepertinya dia sedang mempermain-mainkan aku.. menyesal aku ikut cakap dia.. lalu aku cuba mendail semula nombor telefon Saiful.. tapi, tak ku sangka, telefon bimbitnya telah pun dimatikan..

OH SHIT!!

hatiku semakin geram..

aku menoleh ke arah Shahir lalu terus berkata "dia cakap apa tadi pada kau?"

Shahir masih jua terdiam..

"Shahir! Pleasee... aku nak tahu.. tolonglah.."

aku merayu kepada Shahir untuk memberi tahu apa yang Saiful telah katakan pada dirinya.. sungguh, hatiku berasa tidak sedap hati.. sungguh aku bimbang dengan apa yang Saiful katakan pada Shahir.. macam ada sesuatu yang tak kena sahaja..

"dont worry lah Fahri.. aku akan temankan kau esok.." kata Shahir sambil tersenyum..

aku semakin keliru.. Saiful nak aku datang dengan Shahir ke? tapi untuk apa?

"takde benda yang kau perlu risaukan.. boleh tak kau percayakan dia? tak pun, kau percayakan aku lah.." kata Shahir lagi..

aku hanya terdiam.. entah berapa kali aku katakan yang saat ini hatiku memang penuh dengan tanda tanya.. aku risau jika sesuatu yang tidak elok Saiful katakan pada Shahir.. sebab ketika Shahir berbual dengan dia tadi, sempat Shahir memandang wajah aku dengan pandangan mata yang serius.. aku tahu, mesti ada sesuatu yang Saiful telah katakan.. cuma ia terus menjadi tanda tanya selagi aku tak bertemu dengan Saiful..

"okay.. aku fikirkan hal ni kemudian.. nak sambung balik apa yang dah tertangguh.." kataku lalu terus kembali ke meja belajar aku menyiapkan tugasan universiti semula..



*         *          *


sekitar pukul 3.00 pagi.. aku berbaring sambil memandang ke arah siling.. di fikiranku masih lagi tergiang-giang akan segala tanda tanya yang berlaku tadi.. hati ku tidak tenteram.. hati ku masih timbul dengan banyak persoalan.. dan hal ini membuatkan aku tidak dapat tidur.. otak ku terlalu terbayang-bayang akan persoalan ini.. tak perlu aku katakan banyak kali yang jauh di sudut hati aku ada perasaan bimbang dan takut..

aku memejamkan mata..

entah macam mana, ada bayangan wajah Saiful.. mukanya basah.. rambutnya yang basah itu menitikkan air jatuh ke muka aku.. diriku hanya kebingungan apabila memandang pandangan matanya yang sayu.. air mukanya penuh dengan rasa kebimbangan.. aku tak tahu kenapa.. tapi matanya itu menunjukkan perasaan takut..

"sorry.."

kedengaran suara Saiful meminta maaf..

"sorry.."

perkataan itu muncul lagi..

aku menjadi keliru.. timbul rasa ingin tahu.. dalam bayangan itu, aku terus memandang wajahnya.. pandangan ku tajam ke arah matanya.. lalu, menitik lagi sesuatu dari mukanya membasahi muka ku.. namun kali ini bukan dari rambutnya.. aku pasti apa yang aku lihat, kali ini dari matanya..

dia menangis kah?

"Fahri.. kau tak tidur lagi?" tiba-tiba Shahir bersuara terus menghapuskan banyanganku..

aku terus berpaling memandang ke arah Shahir.. dia juga begitu, memandang ke arah wajahku dari katilnya..

"kau jahat sebab tak nak cakap apa yang kawan aku dah cakapkan.." kataku..

Shahir hanya terdiam.. lalu dia mula tersenyum.. kemudian dia bangun dari katilnya.. aku hanya memandangnya kerana tertanya-tanya.. selepas itu, Shahir berjalan ke arah katil ku lalu terus berbaring di sebelahku..

aku berasa terkejut.. diam tak terkata.. dapat ku rasakan tangannya seakan mula memeluk tubuhku.. hal ini membuatkan aku menjadi lebih terkejut.. hati ku mula cemas.. jatungku berdegup laju..

pada saat ini, muka kami bertentangan pada jarak yang amat dekat sekali.. mataku memandang matanya, dan matanya memandang mataku.. degupan jantung ini pula semakin berdegup kencang..

"kenapa dengan kau?" akhirnya aku mampu menuturkan kata..

"takde apa-apa.." kata Shahir sambil tersenyum.. pelukan tangannya pada tubuhku semakin kencang..

aku menjadi tidak tentu hala.. aku cemas.. aku takut dengan perubahan Shahir yang lari dari jangkaan aku..

"kenapa kau diam?" Shahir pula bertanya kepada aku..

"sebab kau menakutkan aku.." jawabku ringkas..

Shahir tersenyum lalu ketawa kecil.. lalu dikuatkannya lagi pelukkannya sehingga membuatkan badan ku semakin rapat pada tubuhnya..

aku menjadi takut dan cemas.. dadaku bertembung dengan dadanya.. dapat aku rasakan nada degupan jantung Shahir.. dan aku pasti, Shahir boleh mendegar nada degupan jantung aku yang semakin laju.. aku semakin tidak tentu hala..

"bila cinta tidak harus dimiliki... ia adalah sesuatu yang menyakitkan.." tiba-tiba Shahir bersuara..

aku tersentak.. tidak mampu berkata-kata..

pelukan Shahir itu semakin erat.. aku mula lemas didakapannya.. dapat aku rasakan sesuatu mula menyentuh lembut pada dahiku..

aku tidak dapat melihatnya, namun aku rasa, Shahir mencium dahiku..











Sunday, 20 January 2013

Kekasihku, Abang Kandungku






dalam masyarakat beragama Islam dan melayu ni memang banyak lah perkara yang menjadi sesuatu yang taboo.. aku nak ringkaskan lah.. biasanya yang taboo ni adalah seperti babi ataupun homoseksual.. dua benda ni dah memang tak dapat dinafikan lah.. tapi, kalau pendapat aku lah, ada benda yang lagi taboo berbanding dua benda tersebut.. benda apa?? for me, yang lagi taboo tu adalah SUMBANG MAHRAM..

kita tahu lah, sumbang mahram tu macam adik perempuan jatuh cinta dengan abang dia.. tak pun ayah sendiri yang syok dengan anak perempuannya..

tapi..

apa akan jadi kalau 'homoseksual' + 'sumbang mahram'??

adik lelaki bercinta dengan abang sendiri.. so, aku nak katakan ini adalah lagi taboo or super taboo lah kot..


korang cuba lah tengok video bawah ni dulu, then cuba korang fikirkan tentang hal ini..










Thursday, 17 January 2013

Cerita PLU Percuma


Filem 'Anak Ikan'


ingat tak aku ada cakap tentang buku bertajuk 'Orang Macam Kita'?? sekarang ni buku yang aku pesan tu dah sampai ke tangan aku pada hari ni.. tapi, aku tak tahu bila lah aku akan habis baca buku tu.. hehe.. sebab aku ni pemalas lah juga nak baca buku.. dulu bukan main lagi suka baca novel sekarang ni dah kurang sikit.. kalau aku dah baca, mungkin aku adalah taip cerpen terpilih dalam buku tu ke blog ni.. tu pun kalau aku rajin nak taip lah.. mungkin aku nak pilih cerita 'Anak Ikan' tu kot.. sebab nampak menarik.. kalau tak, macam mana lah si Raja Azmi tu terfikir nak jadikan cerpen 'Anak Ikan' kepada filem.. tak gitu??


buku ni kini aku miliki


okay, aku tak nak cakap banyak.. sempat juga lah aku belek-belek jap isi buku "Orang Macam Kita" ni... then perhatian aku tertarik dengan pendahuluan dalam buku ini mengenai Nizam Zakaria.. kalau sesiapa yang tak kenal, Nizam Zakaria ni aku rasa lah penulis novel genre PLU paling popular di Malaysia.. tu just pendapat aku.. novel PLU pertama aku baca pun adalah karya Nizam Zakaria ni juga yang berjudul Cinta Tanpa Noktah.. then, dalam pendahuluan buku Orang Macam Kita ni, mereka ada sebut beberapa karya Nizam Zakaria yang sudah jadi macam 'legend' lah untuk novel bergenre PLU.. antara novel tu bertajuk 'Potret'.. lalu aku teringat lah ada orang pernah berikan aku satu file novel Potret ni (orang dari PR).. aku tak pernah baca pun citer Potret ni lagi.. still ada dalam laptop aku.. so, apa yang bermain di fikiran aku lepas tu macam nak share lah cerita Potret ni kepada sesiapa yang berminat nak baca.. aku ada novel tu dalam format Microsoft Words.. 


in short, kepada sesiapa yang teringin sangat nak baca novel Potret karya Nizam Zakaria, boleh hantar request dengan cara hantar private message kat FB aku.. okay.. that's all..




Tuesday, 15 January 2013

Apa Itu Planet Romeo?

sejak aku buat blog ni, kadang-kadang ada juga lah yang add FB aku tu tanya soalan, PR tu apa benda sebenarnye?? then, aku tanya balik, "serius tak tahu? benda ni popular kot di kalangan PLU Malaysia.." then aku cakap lah PR ni maksudnya Planet Romeo.. benda macam mana? aku usually cakap benda macam FB, tapi untuk orang PLU je.. social networking site lah maksudnye..

kalau ditanya kat aku, macam mana lah aku boleh tahu kewujudan PR ni.. jawapan aku waktu aku tengah usha-usha profile orang kat FB, then suddenly aku pun jumpa link nak masuk PR.. tu berlaku pada tahun 2011.. serius aku cakap, sebelum aku kenal PR ni, aku punya lah 'suci' giler.. senang cakap agak newbie tentang hal PLU ni.. then bila dah masuk PR tu, mula lah nak 'polluted' dan belajar tentang dunia PLU (berdasarkan pemerhatian ragam orang kat dalam tu).. waktu ni lah kali pertama aku berkomunikasi dengan PLU lain sebab sebelum ni aku memang agak 'hidden'..

dan paling uniknya, aku rasa pengalaman ni aku seorang je kot pernah merasa.. waktu dah mula buat account kat PR, siapa tak sangka antara soalan pertama orang tanya kat aku adalah,

"kenapa kamu still dengan Islam sedangkan kamu tahu Muhammad tu benci orang seperti kamu??"

tak terkata aku bila dapat mesej macam tu.. pertama kali kat dalam PR ada orang tanya macam tu?? 

okay, aku tak nak cakap panjang lagi.. senang cakap dari PR ni lah aku start memahami dunia orang PLU.. dan dari PR juga lah aku mula tahu bertapa banyaknye orang PLU kat dalam FB.. kiranya PR ni pembuka kepada segala-galanya tentang aku nak faham kehidupan PLU.. mostly berdasarkan dari pemerhatian.. sebab aku memang belajar based on my observation.. 

okay.. jom aku bawa korang yang tak pernah kenal PR tu untuk kenal apa benda lah PR ni sebenarnya..



ini lah home page PR


kalau korang nak masuk PR dengan melalui carian Google, memang tak boleh nak masuk sebab kena block.. tahu lah kat Malaysia ni macam mana.. sebab tu sebenarnya ada 'hidden' URL yang harus diketahui kalau nak masuk PR.. bukan dengan www.planetromeo.com... tapi, apa URL kalau nak masuk? hehe.. sorry to say lah.. aku tak nak beri tahu macam mana cara nak masuk PR.. sebab aku rasa PR ni banyak orang yang tak elok lah.. takut yang suci dan baik tu jadi teruk bila dah masuk PR..




bila dah masuk PR, akan keluarlah seperti yang di atas ni..

korang boleh tengok, actually PR ni ada banyak function dan info, not just sekadar tempat orang PLU bersosial.. ada club, info kesihatan, tempat nak download video (seks).. senang cakap pelbagai function lah..

so, kalau kita dah buat akaun tu, profile nye macam mana? 

di bawah ni adalah contoh-contohnya..






then kalau kita nak cari kenalan tu, akan keluar lah seperti di bawah ni..




then, benda yang paling aku suka kat dalam PR adalah forum dalam kelab.. ada banyak isu yang dikatakan dan dibincangkan oleh golongan PLU.. dari forum ni, kita boleh tengok pelbagai ragam dan pendapat orang kat dalam PR.. isu apa? banyak macam lah.. 







in short, orang kata PR ni site tak bagus.. mungkin kena tipu lah.. orang dalam PR ni mostly nak seks je.. bla bla bla.. aku pun setuju gak yang dalam PR ni banyak yang nak seks je.. tapi sebab masing-masing ada tujuan sendiri.. ada yang nak cari seks, kawan, cinta.. dan macam aku pula jadi 'sang pemerhati'.. lihat pada niat masing-masing lah kenapa join PR..




Sesuatu yang Unik







yang uniknya tentang budaya kat Sabah dan Sarawak ni adalah mengenai intergrasi kaum yang sangat kuat.. bukannye nak mengata, tapi ada orang Borneo selalu cakap, "kami dah lama pun mengamalkan semangat 1 Malaysia, before wujud slogan tu lagi.." bukannye nak kata kat Borneo ni lagi bagus ke apa, tapi isu-isu perkauman ni macam tak pernah kedengaran pun kat Sabah dan Sarawak berbanding di Semenanjung.. macam takde lah.. seriously..

sebab apa? sebab kat Borneo ni memang sangat-sangat lah berbeza dengan kat Semenanjung.. aku nak listkan kaum-kaum majoriti di Sabah dan Sarawak

Sabah
1. actually majoriti orang Sabah adalah keturunan Kadazan-Dusun (orang2 macam Stacy, Marsha or Adira AF tu lah) yang mewakili sebanyak 17.8% dari jumlah penduduk Sabah
2. kemudian adalah keturunan Bajau (14%)
3. then Cina (9.11%)
4. baru lepas tu adalah orang Melayu (cuma 5.71%)

(pendatang asing pula 27.81%.. punya lah banyak!!)

ni baru empat, actually ada 32 jenis keturunan kat Sabah..

Sarawak
1. majoriti adalah orang Iban sebanyak 29%
2. kemudian adalah Cina (24%)
3. then baru lah Melayu (23%)
4. lepas tu Bidayuh (8%)

berdasarkan dari Wikipedia, jumlah etnik kat Sarawak adalah dalam 40 jenis..



kalau kita tengok dari jumlah peratusan etnik tu, memang kata takde satu kaum yang begitu dominan sangat di Borneo berbanding kat Semenanjung yang dikuasai oleh orang Melayu..


sebab tu kalau orang yang tinggal kat Borneo ni, interaksi antara kaum tu macam perkara normal je.. takde lah melayu dengan melayu je.. cina dengan cina.. macam tu lah.. SEBAB.. kalau korang ni jenis JUST nak geng dengan kaum sendiri je, misalnya melayu lah, macam tak boleh lah kalau tinggal kat Borneo.. honestly lah.. kalau korang orang Borneo memang kawan-kawan kita ni dari pelbagai kaum.. bukan just melayu dengan melayu je sebab kat dalam kelas tu ada banyak sangat kaum-kaum lain..


kenapa aku tiba-tiba nak citer tentang hal ni?? 

takde lah.. sebab aku just teringat tentang hari Sabtu lepas aku keluar dengan kawan-kawan perempuan (kali pertama keluar dengan perempuan).. dah tu, aku seorang je yang melayu.. yang lain pula kaum kedayan.. kami semua memang rapat lah sebab kawan aku ketika menengah rendah.. dan lagi yang buat benda ni unik adalah bahasa pertuturan kami semua.. maksud aku time tu aku bercakap dengan mereka dengan bahasa melayu (dialek brunei), tapi mereka pula cakap dengan aku dengan bahasa kedayan.. so, maknanya dialog tu dalam dua bahasa lah.. aku dengan bahasa melayu (dialek brunei), mereka bahasa kedayan.. aku faham dengan bahasa mereka.. takde masalah pun.. sebab tu lah aku rasakan benda ni unik sebab masing-masing boleh faham antara satu-sama lain.. macam seorang cakap tamil dan seorang ni pula cakap mandarin.. tapi kedua-duanya faham.. yang india faham bahasa mandarin, yang cina faham bahasa tamil..

so, in my case, aku yang melayu, faham bahasa kedayan, my friends yang kedayan tu faham bahasa melayu dialek brunei aku.. memang jelas kemesraan antara kaum dalam kes ni, tak begitu? sebab tu lah orang kat Borneo ni unik.. kalau bab perpaduan kaum ni, jujur aku cakap orang Semenanjung tak leh nak lawan.. bukan sebab aku orang Borneo aku cakap macam tu, tapi realiti nya memang macam tu lah kan?? hehe.. sebab kat Borneo ni kaum dah banyak jenis tapi takde pula timbul pergaduhan antara kaum lagi.. 


in short, culture dan cara hidup antara Malay Peninsular dengan Borneo ni sangat-sangat lah berbeza..

Sunday, 13 January 2013

Ada yang Rindu







aku akan pulang semula ke Australia pada 1 Februari ni.. bertolak dari Kota Kinabalu, Sabah, then ke KLIA sebelum berlepas ke Melbourne.. aku just nak cerita tentang seorang lelaki ni.. biar aku gelar dia dalam blog ni dengan nama Fiq.. kita orang mula kenal waktu aku mula-mula masuk asasi di IPTA.. kami berdua takde lah kenal or rapat sangat.. sebab berjumpa or kenal pun sekejap je.. ye lah.. aku dulu ambil asasi dalam tempoh sebulan macam tu je lah.. then aku pindah ke IPTS.. 

tapi kan, yang peliknye dia ni macam lain sikit.. nak explain macam mana, aku tak tahu lah.. senang cakap aku dan dia macam tak rapat lah waktu aku still belajar di IPTA dulu.. sebab just jumpa kat kelas.. berborak pun tak selalu.. tapi yang aku faham, dia ni macam nak try rapat dengan aku.. then lepas tu aku pindah IPTS.. tapi hubungan kita orang tak tamat macam tu je.. macam aku cakap lah, Fiq ni macam try nak rapat dengan aku.. dia pun selalu gak contact aku lepas aku study di IPTS.. 

nak diringkaskan, dalam fikiran aku tentang Fiq ni adalah begini, 'macam dia minat dengan seseorang ni (aku lah) tapi orang yang dia minat tu tak sedar akan dia.. then dia try nak rapat dengan orang tu..' tapi aku x nak lah menuduh dia minat aku ke apa.. just sebab usaha dia nak berkawan dengan aku tu je pelik sikit bagi diri aku.. misalnya macam aku gi Genting Highland dengan kawan aku, K-Pop Kelantan.. Fiq ni macam nak sangat join kami berdua (dia pun kawan kepada K-Pop Kelantan).. kata kenapa tak bawa dia.. then aku selalu pergi ke bekas IPTA aku tu sebab nak jumpa seseorang (yang aku suka).. tapi aku dan Fiq ni tak pernah berjumpa sebab banyak hal lah.. ada satu hari tu aku just singgah IPTA tu sekejap je, then Fiq ni tanya aku, kenapa balik awal sangat? dia nak sangat-sangat jumpa dengan aku.. kata dia kecewa dan terkilan sebab tak sempat berjumpa..

last-last dia pun kata nak jumpa dengan aku di luar, 1 Utama.. aku just pelik satu perkara.. kenapa lah dia ni teringin sangat nak jumpa dengan aku ye? nak kata waktu aku di IPTA dulu dengan dia, takde lah rapat pun.. tapi aku just okay je kalau nak jumpa.. tu lah kali terakhir aku jumpa dengan dia before aku fly gi Aussie.. then bila aku dah kat Aussie, dia pun ada gak hubungi aku.. kata ada plan nak pergi Sarawak jika aku ada kat Malaysia lah.. alasannya sebab nak jumpa dengan aku.. lagi lah aku jadi pelik.. kawan-kawan aku kat Semenanjung takde pula sampai nak pergi Sarawak semata-mata nak jumpa dengan aku.. then dia pun selalu cakap kat aku yang dia nak sangat nak jumpa aku ni.. ada juga dia kata yang dia rindu aku.. bila orang kata macam tu sebenarnya buat aku rasa janggal sikit.. boleh pula dia kata dia rindu kat aku.. (sebab tak pernah pula kawan-kawan aku direct kata rindu aku sebelum ni..) tapi aku tak tahu lah sama ada dia ni anggap aku sebagai kawan je ke or ada maksud lain.. bukan nak menuduh dia suka kat aku ke apa, just sebab cara dia nak rapat dengan aku tu je lain sikit.. (or aku je terlebih fikir?)

lagi-lagi lah waktu aku nak balik Aussie 1 Feb ni.. dia ada call aku, before fly Aussie ada singgah KL tak? aku kata ada, just untuk transit kat KLIA lah.. then dia pun cakap kat aku, nanti dia akan gi KLIA jumpa aku time tu.. (sanggup pula dia nak gi KLIA semata-mata nak jumpa aku? bukannye lama pun aku kat KLIA.. just untuk transit..)

dia ni buata aku berasa pelik je.. sebab dia buat perkara macam lain dari kebiasaan.. ye lah, kawan-kawan lain takde lah sampai pergi KLIA just semata-mata nak jumpa aku before aku fly.. lagi-lagi aku just transit kat KLIA je.. kalau lama-lama kat KLIA tak hairan lah.. macam dia betul-betul nak gunakan peluang yang ada semata-mata nak jumpa dengan aku.. 


fikiran aku macam ni, 'Kita tak rapat pun dulu, tapi kenapa kau yang terlebih-lebih buat benda macam kita ni dulu adalah sahabat rapat?'..


apa-apa pun.. korang saksikan lah video di bawah ni.. ads tentang tourism kat Australia.. kalau Malaysia trademark nye Malaysia, Truly Asia.. Aussie pula, There's Nothing Like Australia..








Tuesday, 8 January 2013

Anak Ikan



tengah-tengah aku online, tiba-tiba je aku terjumpa satu benda tentang filem yang bertajuk 'Anak Ikan'.. macam biasa lah, pengarahnya adalah orang yang sama untuk cerita 'Anu dalam Botol', Raja Azmi.. dalam perancangan, sepatutnya filem 'Anak Ikan' ini ditayangkan pada hujung tahun lepas, but sampai sekarang, takde pula berita tentang filem ni.. cerita tentang apa? dah nama 'anak ikan' mestilah tentang kehidupan seorang gay.. dah tu, menurut apa yang aku baca lah, pemegang watak anak ikan itu pula adalah Sam, Bunkface.. but don't know lah kan, sebab sampai sekarang takde pula berita tentang filem ni.. jadi dibuat filem or tak.. harap-harap jadi lah.. sebab Sam Bunkface tu pun comel gak.. hehe..

actually, filem Anak Ikan ini sebenarnya diadaptasi dari sebuah cerpen dengan tajuk yang sama, Anak Ikan.. then aku apa lagi, terus lah search tentang cerpen yang dimaksudkan.. akhirnya aku dapat tahu cerpen tu adalah sebahagian dari koleksi cerpen yang menyentuh tentang dunia LGBT.. tajuk bukunya adalah 'Orang Macam Kita'... banyak cerita yang disentuh.. isu tentang gay, lesbian malahan khunsa juga diceritakan.. aku tanpa membuang masa, terus-terus je membeli buku tersebut di laman web ebay.. harga RM20.. entah kenapa aku beli.. mungkin sebab aku nak tahu dengan lebih lanjut tentang cerpen dalam buku ini.. ye lah kan.. susah nak cari buku macam ni kat pasaran.. nak beli pun kena buat pesanan dari internet.. 

berikut adalah keterangan lebih lanjut tentang buku tersebut.. (copy paste je)



Tajuk: Orang Macam Kita
Penyunting: Azwan Ismail & Diana Dirani
ISBN: 9789834484569
Mukasurat: 226
Pencetak: Academe
Rekabentuk & Rekatelak: Teck Hee
Harga: RM20 (Malaysia)/ USD$15 (Amazon)
Buku ini TIDAK akan dijual di kedai-kedai buku utama (hanya di Silverfish). Ia hanya boleh dibeli di event-event dan juga melalui pesanan pos (sila emel Amir Muhammad di info@mataharibooks.com - pengeposan percuma di seluruh 1Malaysia ).Kata pengenalan buku boleh dibaca di sini.





review tentang isi kandungan cerita ini oleh blog Zine Satu Malam


Kandungan:

Tiga Perbualan dan Satu Siri Pesanan Ringkas - Nur Fadhlin Binti Mohd Yusof
Cerpen yang mengetengahkan 4 pecahan plot di dalamnya yang paling menarik perhatian saya memandangkan gaya selamba dan tempo pantas dalam penceritaannya mengenai dialog di antara watak utama dan watak tambahan dengan menggunakan perspektif orang pertama. Dalam perbualan 1, ia mengenai cara mereka bercinta sama sahaja dengan pasangan normal yang lain. dalam satu siri perbualan ringkas, ia mengenai sahabat lamanya yang melarang watak utama daripada bergaul dengan isterinya kerana takut isterinya akan terikut-ikut perangainya. Dalam perbualan 2, ia mengenai golongan PLu menjadi begitu bukan kerana foreveralone.jpg tetapi ia punya pelbagai faktor yang mendorongnya, bukan sebagai sebuah gejala tetapi lebih kepada kecenderungan seksual. Dalam perbualan 3, ia mengisahkan hubungan percintaan di antara Lin dan Faridah dengan cara berselimut. 

Anak Ikan - Ajami Hashim & Fadli al-Akiti
Turut menggunakan perspektif orang pertama, ia sebuah cerita fantasi yang unik dan tersirat di mana watak utama, Teruna, adalah orang yang normal seksualnya tetapi dia diminati oleh sahabat baiknya yang homoseksual dengan plot cerita yang bergerak perlahan. Sahabat baiknya, Pria, telah meninggal secara mengejut. Dia telah mewasiatkan seekor anak ikan gupi kepada Teruna untuk dijaga. Tanpa disangka, ikan gupi itu bertukar kepada seorang pemuda bertelanjang, berwarna biru, berambut perang dengan kaki separa bersisik emas.Pemuda anak ikan gupi itu menjadi peneman utama Teruna sebagai tempat bercerita dan tempat mengongsikan cerita Pria yang lalu mengenai betapa dia menyukai Teruna. Akhirnya, anak ikan gupi itu menunjukkan rasa suka pada Teruna menyebabkan Teruna berasa serba salah lalu tidak balik rumah seperti selalu. Kemudian, apabila menyedari ikan gupi itu seperti Pria, dia akhirnya kembali ke rumah dan sempat menyelamatkan anak ikan gupi yang terabai. Perlahan plot cerita ini menyebabkan aku perlu tekun menelaah bait katanya. 

Sembang Ratu - Nizam ZakariaBagi yang pernah membaca Jen Jenal karya Zoul Yazix, ia menggunakan stail penceritaan yang sama dengan menggunakan ayat mak nyah (yang aku kurang faham dan asyik ter-.-) Jadi, review aku paling pendek untuk ini; sebuah monolog dari sudut seksualiti alternatif -->










Jika Itu Takdirnya - Khalid Idris
Sama seperti cerpen-cerpen sebelum ini yang menggunakan perspektif orang pertama, gaya penceritaan yang kemas dengan tempo yang sederhana pantas menceritakan tentang hubungan terlarang Arif dan Farid yang direstui oleh abang Arif, Along. Pada suatu hari secara klisenya, Farid mendapat tahu bahawa Arif merupakan saudara seemak tak sebapa menyebabkan dia mengelakkan diri daripada Arfi. Arif akhirnya ketahuan tetapi akur dengan takdir yang berlaku. 

Pangkon - Dalih Sembiring
Ceritera ini merupakan nukilan penulis dari Indonesia yang menggunakan lenggok bahasa yang semulajadi bertemakan homoseksualiti sesama gadis. Cara penceritaannya yang pantas menarik pembaca menitip-nitip ayatnya bagi mereka yang biasa menikmati karya penulis Indonesia. Nak tahu lebih lanjut, bacalah tetapi ini bukanlah karya 18 tahun ke atas dengan nada tersirat.

Hanya Jauhari Menyelindung Manikam: Memburu Ikon Gay dalam Filem Malaysia - Fadli al-Akiti
Ia merupakan sebuah esei mengenai ikon gay di Malaysia di mana penulis menekankan tentang arus ikut-ikutan dalam bidang hiburan di mana pemaparan mengenai homoseksualiti menjadi tersekat di dalam medium hiburan masyarakat dengan meletakkan faktor budaya dan agama memainkan peranan dalam perihal seksualiti alternatif. Esei ini lebih kepada sebuah kronologi dunia hibura dari sebuah sastera epik Bugis, La Liga sehinggalah kepada masa kini, antaranya filem Waris Jari Hantu dan Man Laksa.



Avatar Tekne Seksual - Clarissa Lee

Salah sebuah karya yang mungkin tidak digemari oleh pemikiran mereka yang masih suci dengan ayat ' mereka berdua tidak jemu-jemu menjamah tetek masing masing, meramas dan bermain dengan tangan, jari, lidah. ' Awal-awal saya katakan, jangan baca kalau tidak menggemari prosa sebegini. Fikyen ini berlatar belakangkan sebuah institusi pendidikan di luar negara di mana dua orang artis seni membuat sebuah persembahan seni 'perantaraan organik erotik' di mana ia cuba menyampaikan yang biseksualiti boleh hadir dalam setiap individu dengan menggunakan rangsangan tertentu untuk mengaktifkannya. 



Rabak - Mohd Zaain Bin Md ZinKisah ini merupakan sebuah konflik keluarga yang dialami oleh Pena yang menghadapi kerenah adik lelakinya yang tidak dapat menerimanya sebagai seorang gay. Dia terkantoi dengan adiknya sendiri ketika tengah elok memeluk teman lelakinya dalam keadaan telanjang. Teknik penceritaan yang pantas dengan gaya ringan serta mudah ditelusuri.

Sulalatus Anilingus - Ridhwan Saidi

Karya ini ditulis oleh penulis yang sama untuk novel Fixi - Cekik, jadi aroma gaya yang sama digarap dalam cerpen ini yang dipecahkan kepada dua plot. Plot pertama berkisar dengan kisah 'aku' si lelaki dan 'dia' si perempuan yang bergaduh kerana si perempuan hendak membuang anak yang dikandung dan plot kedua berkisar tentang sepasang kekasih , 'aku' si lelaki di plot pertama dan 'dia' si lelaki menjadi teman cinta 'aku' yang sedang membicarakan tentang filem pendek Comolot yang telah meroboh dogma perkahwinan heteroseksual.



Lurus Atau Bengkok - Dina Zaman

Ia merupakan sebuah esei huraian berdasarkan sisipan-sisipan cerita di mana permulaannya mengenai X yang telah pergi haji dua kali dan juga seorang lesbian, dalam dilema kecenderungan seksualnya yang bertentangan dengan agama lalu berusaha mendekati agama demi mencari ketenangan, sisipan kisah lain yang penulis masukkan adalah tentang kisah Haji Zainal Abidin yang homoseksual, perspektif mengenai kecenderungan seksual alternatif di Malaysia, lesbian bertudung, serta wawancara dari kalangan mereka di sisi seksualiti alternatif ini.

Pencuri Hati - Nizam Zakaria
Salah sebuah fiksyen yang saya anggap menarik dari teknik penceritaannya di mana ia mengaplikasikan Stolkholm Syndrome. Watak utama, Azwan, jatuh cinta pada perompak yang hampir membunuhnya di sebuah lorong gelap menyebabkan dia sering mendatangi lorong yang sama demi terserempak dengan perompak tersebut. Perompak tersebut akhirnya memulangkan dompet Azman dengan meletakkan dompet tersebut di dalam kotak surat flat Azman menyebabkan Azman teruja untuk bertemu si perompak yang telah mencuri hatinya sekali.



Gay.a Ke Aku? - Zulkifli Bin Mohamad

Sebuah kispen mengenai 'aku' yang menceritakan kelainan seksualnya dalam gaya yang naif sejak dari kecil sehinggalah dia dewasa. Sangat pendek dan ringkas tapi cukup menyampaikan apa yang bermain dalam jiwa mereka di sisi seksualiti alternatif.



Duyung Karuna - Chuah Guat Eng

Sebuah cerpen yang menceritakan tentang seorang ibu yang sedang nazak, menyesal kerana menganggap anak lelakinya yang bernama Cal sebagai seorang pembawa sial. Ia lebih kepada konflik keluarga yang akhirnya mengundangkan penyesalan kerana gara-gara isu homoseksualiti, Cal dikatakan membunuh diri. Kisah ini panjang dan perlahan temponya.



Indra Dan Fadil - Paul AgustaCerpen yang dialih bahasa dari bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu ini mengisahkan permainan Sejarah Ringkas Media Cetak Tentang Orang Macam Kita - Hafidz Baharom

Tiada Sesalan - Azwan Ismail

Kisah ini merupakan kisah transformasi dari zaman kanak-kanak ke zaman dewasa di mana watak 'dia' menceritakan keadaan yang tidak asing dialami oleh gay yang meningkat dewasa sepertinya. Karya ini turut disuntikkan dengan unsur erotika.



Wanita Dua Wajah - Bissme S.

Cerpen ini mengenai watak Rebecca yang terpaksa melakukan sesuatu yang kejam demi cintanya kepada Jennifer yang berlatar belakangkan sebuah keluarga yang kuat beragama. Jennifer berada dalam dilema di mana dia perlu memilih sama ada menjadi seorang yang patuh kepada agama atau pun menjadi seorang homoseksual. 



Honey - Bernice Chauly

Kisah yang menggunakan konsep monolog di mana Honey merupakan seorang transeksual yang bercerita mengenai keluarganya, pekerjaannya dan pengalamannya berhadapan dengan pihak berkuasa. Cara penceritaan yang sangat menarik dan bertempo pantas serta mudah difahami. Honey turut menekankan tentang ketidak adilan yang dialaminya sebagai seorang transeksual yang ingin menjadi wanita cantik.

Sepetang Di Kafe Oedipus - Mohd Ikhwan
Cerpen yang menggunakan format dialog dalam penceritaan ini merupakan sembang-sembang di antara tiga rakan di mana mereka mengaitkan peranan agama dan budaya dalam isu seksualiti dengan politik. Boleh tahan menarik perbincangan dalam cerpen ini di mana penulis menekankan tentang peranan ahli agama dalam membantu golongan pemerintah menggunakan isu moral dalam menumpaskan musuh-musuh politik.

Syi - Mohd Syahar Azizan
Cerpen ini adalah mengenai Reza yang berkawan rapat dengan Syifa; cuba menggoda Irene si penjual belon lalu mendapatkan no telefonnya. Walang bagi Reza, kerana Irene meminati Syifa dan taktik awal Reza hanya merupakan batu loncatan untuk Irene merapati Syifa. 

Vagabundando, Vagabundando - Fernando Rosa Ribeiro
Karya ini merupakan buah tangan penulis Indonesia yang menggarapkannya dengan bahasa Indonesia yang bercampur dengan bahasa Portugis Brazil tetapi telah diterjemahkan gaya bahasa Indonesia kepada gaya bahasa Melayu sambil dikekalkan sebahagian ayat bahasa Inggeris dan Portugis Brazil. Ia kisah perspektif kehidupan kelainan seksualnya di mana dia suka merantau dan menceritakan pengalamannya ketika merantau.



Yang Sebenarnya - Adibah Yahya

Cerpen ini mengisarkan sepasang kekasih iaitu Saleh dan Ayu tetapi Salleh mempunyai kekasih gelap yang lain yang bernama Hassan. Ayu meninggal dunia akibat kemalangan ketika Salleh dan Hassan..... jeng jeng jeng. 



Sembang Ratu II - Nizam Zakaria

Seperti Sembang Ratu yang pertama, ia merupakan monolog seorang gay Melayu yang mengkritik peristiwa sekeliling dan kedengaran lawak ketika membacanya kerana aku membayangkan seorang nyah tengah bercerita dengan aku.

Sekilas Ikan Di Air, Siapa Tahu Jantan Betina: Siapa Sebenarnya Panji Semirang Asmarantaka? - Farish A. Noor
Esei ini merupakan sebuah kajian penulis tentang  kompleksiti masyarakat silam dengan karya zaman dahulu dengan mengkaji Hikayat Panji Semirang Asmarantaka di mana teks klasik ini menunjukkan kesamaran seksual dan keinginan bersama di antara watak Panji dan Raden Inul. 

Asmara Dua Vampir - Diana Dirani
Fiksyen ini mengisarkan tentang vampire homoseksual yang bernama Tijani yang tinggal bersebelahan dengan Mazin seorang penulis homoseksual yang mempunyai teman senggama bernama Irwan sedang berkhayal dalam fantasinya sambil mencuri dengar perbualan jirannya.