apasal tiba-tiba aku tunjuk gambar lelaki di atas? dia ni siapa??
takde apa-apa pun sebenarnya.. just aku nak cakap lelaki di atas tu ada join satu contest ni, macam ala-ala MR. World macam tu.. tapi contest yang adalah regional punya.. just untuk orang Borneo, or nak lebih spesifik untuk orang Sabah dan Sarawak je.. namanya Borneo Hornbill Festival.. ada dua kategori, untuk yang lelaki dan juga perempuan.. tapi aku just nak cover tentang yang lelaki je okay..
to be honest, aku takde lah follow sangat pun tentang contest ni.. tapi pernah lah terskodeng dulu.. lepas tu dah tak tengok dah.. tiba-tiba my friend ada post tentang perkara ni kat FB.. aku nampak gambar lelaki seperti di atas yang dipost oleh my friend.. I think my friend macam kenal dengan lelaki ni lah.. then aku pun tengok lah.. rupa-rupanya dah ada result dah.. pemenang pun dah diumumkan.. my expectation lah, ingat lelaki di atas ni yang menang.. rupanya tak.. macam tak percaya je.. honestly lah, sebab peserta lain rupa macam biasa-biasa je.. ada yang tak sesuai langsung pun untuk join contest macam ni.. punya lah banyak lelaki hensem kat Sabah dan Sarawak tapi yang join-join ni muka biasa-biasa sahaja.. kecuali lelaki di atas ni lah.. ada pakej sikit..
cuba tengok gambar di bawah ni.. tengok peserta Top 8 nya.. yang lain muka biasa-biasa je kan? kecuali yang seorang tu je lah yang hensem and sesuai..
basically, contest ni diwujudkan untuk menyambut kepelbagaian suku kaum yang ada di Sabah dan Sarawak.. but I think yang join mostly golongan bumuputera macam Iban, Bidayuh, Kadazan dan sebagainya.. in my eyes, orang-orang yang join contest ni sepatutnya mewakili kecantikan dan ketampanan orang-orang dari Borneo lah.. but aku kecewa sebenarnya sebab yang join pun rata-ratanya muka biasa-biasa je.. punya lah banyak yang hensem, tapi yang biasa-biasa ni je yang join.. kecuali lelaki yang satu tu lah... hensem kot.. comel.. hahaha...
bila tengok contest ni buat aku bernostalgia sekejap..
kalau yang tak tahu lagi lah, aku pun asal Borneo gak.. 17 tahun my life mostly kat Borneo lah before pada umur 18 tahun aku mula study kat Semenanjung.. nak dipendekkan cerita, sebab Borneo ni kan berbilang kaum, kiranya waktu aku zaman sekolah dulu dah banyak crush dengan pelbagai orang lah.. pelbagai kaum pula tu..
dulu aku pernah crush pada abang melayu, abang lun bawang dan abang kedayan.. sebab in my place, suku kaum yang significant adalah melayu, lun bawang, kedayan, cina dan tagal.. dan yang paling banyak adalah orang lun bawang.. dulu aku memang taste pada abang-abang senior.. haha.. tu dulu lah.. sekarang dah lain.. lebih-lebih lagi dulu aku memang stay kat hostel.. so memang tak lepas lah macam skodeng-skodeng semua.. tapi kalau nak dikira dari segi jumlah lah, antara semua kaum, yang paling banyak crush aku dulu adalah pada orang-orang lun bawang ni.. maybe sebab time tu aku rasa orang lun bawang ni hensem-hensem kot.. majoriti kulit dorang pun cerah-cerah gak.. perempuan-perempuan mereka pun banyak yang cantik.. memang cantik lah.. sebab bila dah dewasa ni, tengok semula gambar kawan-kawan aku dulu semakin terserlah kecantikkan mereka bila dah semakin dewasa ni..
kepelbagaian yang ada ni lah yang membezakan antara Semenanjung dan Borneo.. dari segi culture, cara berfikir dan macam-macam lagi amat berbeza lah yang orang Semenanjung takkan boleh faham kecuali try tinggal or belajar di Sabah or Sarawak.. yang paling utama sebab kat Semenanjung melayu tu sentiasa menjadi majoriti dan significant, so bila dah ada kat Borneo akan rasa lain lah sebab melayu kat Borneo tu adalah minoriti okay.. minoriti tapi takde lah kurang sangat.. banyak lah juga.. so, suasananya tu akan jadi berbeza lah.. misalnya kita tak boleh lari dari bergaul dengan suku kaum lain, berkawan, crush lah dan apa-apa je yang melibatkan pelbagai kaum..
soalan common dari orang Semenanjung bila tengok orang Sabah dan Sarawak adalah nak tahu macam mana nak membezakan suku kaum tertentu seseorang tu.. sebab kat Borneo ni ada banyak rupa paras.. waktu aku sekolah dulu, my teacher dari Semenanjung ada pernah bercakap, "rupa-rupa orang Lun Bawang kalau kat Semenanjung macam orang-orang cina lah.." tapi tu bagi dia, sebab orang Semenanjung kurang mahir nak bezakan kaum seseorang tu kalau sampai di Sarawak.. bagi kita orang senang je nak bezakan lah.. misalnya orang Cina biasanya mata sepet.. orang Lun bawang mata melayu lah.. orang cina kalau korang nak tahu, kulit mereka dikategorikan sebagai berwarna kuning.. kita orang melayu termasuk lah Native Borneo pula kulit dikategorikan sebagi warna coklat.. so, seputih mana pun kulit native Borneo tu, tetap juga putih coklat.. bukannya putih kuning macam orang cina.. faham tak maksudnya??
satu perkara lagi yang aku alami sebagai seorang anak jati orang Borneo ni kan, rupa paras orang Borneo dengan Semenanjung ni berbeza.. tak kira lah melayu ke, muka pun lain-lain.. dulu aku ada pernah cakap kat seseorang.. sometime aku ni pandai nak bezakan rupa para seseorang berdasarkan negeri masing-masing.. misalnya rupa orang Kelantan macam tu.. orang Utara macam ni.. rupa orang Sabah pula macam ni.. orang Sarawak pula macam tu.. orang Brunei pula lain.. maybe sebab aku ni permerhatian aku tajam kot, sampai boleh beza-bezakan rupa.. tapi takde lah selalunya betul.. hahaha.. tapi memang ada sesetengah orang tu akan ada cop muka Kelantan, Sabah or sebagainya di mata aku lah.. tapi kalau orang Johor, Pahang or KL/Selangor tu aku tak boleh nak bezakan sangat lah..
bercakap tentang soal rupa, even orang melayu kat Borneo ni sometime tak rupa macam tipikal melayu kat Semenanjung.. kadang-kadang tak macam melayu pun.. macam aku lah.. rupa aku strongly rupa orang Borneo, tak melayu sangat.. sebab bila aku umur 18 tahun and mula study in KL, banyak lah pengalaman yang aku mula alami sebagai orang asal dari Borneo ni bila study kat West Malaysia..
misalnya orang always tertanya-tanya tentang aku ni bangsa apa sebenarnya.. sebab rupa tak macam melayu sangat kan.. or kalau nak spesifik lagi, rupa tak macam tipikal melayu Semenanjung.. muka aku ni memang dah ada cop 'bukan orang Semenanjung'..
macam my friend pernah kata lah..
"aku tengok kau first time dah tahu bukan asal Semenanjung.."
ada yang cakap macam ni.. waktu mula-mula masuk IPTA..
"aku ingat kau student international mana entah.. dari Thailand or Philippines macam tu lah.."
"even our seniors pun fikir kau bukan melayu..."
or my lecturer kata macam ni..
"boleh faham bahasa melayu??"
or..
"are you sure you are a malay?"
kadang-kadang juga, aku turut 'tidak diislamkan'..
misalnya macam bila aku mengunjungi masjid yang selalu jadi tempat tumpuan pelancong.. dua tempat yang jadi kebiasaan lah ialah Masjid Jamek dengan Majid Negara.. aku datang masjid nak solat lah kan, tapi tiba-tiba datang seorang pakcik melayu bercakap dengan aku in English macam nak mengalu-alukan kedatangan pelancong asing lah.. senang cakap, dia anggap aku bukan orang Malaysia lah but from other ASEAN country macam tu lah.. hal ni jadi kat Masjid Jamek.. kat Masjid Negara pula aku almost 'kena halau' sebab berada dalam ruangan solat.. sebab fikir aku ni pelancong (non-muslim) pandai-pandai je masuk ruangan solat time sebahyang lah.. (Masjid Negara dorang tak bagi non-muslim masuk ruangan solat kan?? just tengok-tengok dari luar je..)
orang tu kata dengan cara baik lah, kata tak boleh masuk ruangan solat.. time tu aku dengan kawan aku (also from Borneo gak) pun kata lah..
"actually, we want to pray here.."
teeettt...
baru kau sedar kita orang ni pun muslim juga... hahaha
banyak lah kisah-kisah yang aku dah alami sebenarnya disebabkan rupa paras orang melayu from Borneo ni kadang-kadang tak macam melayu pun.. maksudnya ada yang rupa macam melayu lah but ada yang tak macam melayu (di mata orang Semenanjung..).. paling latest pada tahun ni pun ada juga.. ada abang tu tanya soalan..
"kau ni bangsa apa sebenarnya??"
dalam hati aku fikir macam ni...
(owh.. dah setahun lebih aku kat sini rupa-rupa kau tak tahu aku ni bangsa apa?? hahaha.. aku ingat selama ni orang dah tahu pun aku ni orang melayu.. rupanya orang fikir aku ni bangsa lain lah ye? sebab yang dorang tahu aku from Borneo lah..)
tapi it's a good question lah sebenarnya.. sebab kat Borneo yang Islam bukan melayu je.. bangsa lain pun banyak yang Islam.. so, no wonder ada orang Semenanjung yang confuse.. tapi aku pun pernah juga terkejut dengan orang Semenanjung dengan satu hal.. kat Semenanjung kalau orang jawa, minang, batak, bugis or apa-apa je lah akan terus dilabelkan sebagai melayu.. so, mind site aku bila dah jumpa orang Semenanjung tu akan fikir melayu juga lah.. macam kes kawan aku kat Aussie ni lah.. kalau tak sebab Instagram GF dia, memang selama ni aku fikir dia orang melayu lah.. last-last baru aku tahu orang jawa rupanya.. alahai.. memang aku terkejut betul lah time tu..
aku pun nak cakap macam ni..
"aku tak tahu pula kau ni orang jawa sebenarnya..."
especially iban.. sume letop2.. hehe..
ReplyDeleteaku dah pernah berada dlm situation tu.since aku ni sekolah asrama penuh so kawan ramai dari serata negeri dan trmasuk sekali sabah n sarawak.kwn-kwn aku wktu kat uni lagi rmai sbah sarawak.mcm dulu kwn aku kaum kadazandusun but parents dia dah masuk islam semua dengan adik beradik dia jadi muka memang bukan melayu langsung pernah ada orang tanya dia kenapa masuk surau?bukan kaw xislam ke?aku dah terbahak-bahak ketawa.hari itu people mistaken me as non muslim because my face doesn't look like one.siap cakap kaw islam ke?aku macam -_-
ReplyDeleteim proud to be sabahan:..ak acap kali dpt soalan ni dr budak2 semenanjung..mrk akan tanya ak org mana sebenarnya..lepas tu klw pakcik2 dan makcik2 plak akan ckp dgn ak..''klate belah mne mu?''..soalan yang ak akan tergelak bila di label org kelantan..bila ckp ak org sabah dorg akan ckp 'eh,ko mcm bukan org sabah pun..loghat ko pun x menampakkan ko org sabah''..huhu..well ak dah lama kat semenanjung mmg la ak ikut ckp semenanjung dmna bumi d pijak di situ langit di junjung.:x gitu?..:tp klw ak jumpa org sabah ak ttp bckp loghat sabah..
ReplyDeleteyes plu sabahan ... haha ..
DeleteI'm sarawakian tp ramai igt aku ni dari kelantan. Org semenanjung ckp aku mcm org kelantan. Satu lagi org igt aku cina. Aku keje kat bhgian cust service, so ramai org cina ckp cina dgn aku. Bila aku ckp aku x fhm. dorang akan ckp igt aku org cina. Even org melayu pun igt aku cina. Siap ragu2 lagi tnya aku islam ker? Just bc my face x mcm malay n aku putih igt aku bkn org melayu n islam.
ReplyDeleteaku orang semenanjung, but honestly aku cakap, aku memang confuse ngan org borneo...aku memang x dpt bezakan diorang...macam kat uni aku ni, aku ada sorang kawan, muka sejibik cam cina, tapi rupanya org melayu islam, n sorg lagi, pun muka cam cina, tapi kadazan dusun kristian. kalau setakat tgk memang x dapt nak beza...
ReplyDeleteSebenrnye tkyh agk muke, just fhm cre dialek perckpn mereka..So dpt thule diorng asl mne...
ReplyDeleteim sarawakian too.. ade simpan janggut sejemput. especially bulan pose ni, mesti ramai yg jeling2 aku kalau aku makan siang2. dorg ingat aku ponteng pose kot
ReplyDeletetakrifan "Melayu" menurut Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan, “Melayu” bermaksud seseorang yang
ReplyDeletea. Menganut agama Islam
b. Lazim bercakap bahasa Melayu
c. Mengamalkan adat istiadat Melayu
bagi sesiapa yg cukup syarat bolehlah dipanggil Melayu.. hehe
teringat masa kerja di utara sarawak bersempadanan dengan sabah, lelaki lun bawang memang handsome
ReplyDeleteBtw. U asl mna? Mix blood ker?
ReplyDeleteeh.. xde lh.. both of my parent melayu..
Deleteputera... kamu asal dari utara sarawak ker??? :)
ReplyDeleteHai.. terima kasih letakkan blog sy sebagai senarai. Keep in touch and happy blogging. =)
ReplyDeleteI melayu tapi suke org borneo haha
ReplyDeleteI'm sarawakian bkn islam tapi muka cam muka org melayu. Bulan puase ni kalau beli mknn tgh hari x kira kt mn pun org yg jual tu akan jeling2. Dulu masa keje kat utara semenanjung
ReplyDeleteada sorang pak cik tu dtg bagi nasihat pjg lebar suruh hafal & fahami semua juzuk2 al quran. Aku gelak je.
Hey, kayan pun hensem. hahaha. Tapi lelaki borneo mmg mantap. beruntung dapat stay kat sini untuk 3 tahun.
ReplyDeleteaku pure SWK 100%. 2 minggu lepas kna tahan imigresen kt Kota Bahru, mati2 dewang ingat aku org Siam keh keh. siap gertak kata ic aku ahmad albab yg punya (palsu). bila aku bg lg satu "ic" yg lain, barulah dewang cakap "minta maaf tuan".......
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKebanyakannya orang² Sabah ni especially yg KadazanDusun Kristian sebenarnya ramai yg mixed dngn orang² dari Philippines iaitu Tagalog tuu lh muka semua hensem² konon lh dikatakan... :p
ReplyDeleteSituasi sebegini ada pro dan kontra nya.Saya seorang Muslim dan mewarisi agama Islam sejak bergenarasi tapi wajah saya menceritakan yang sebaliknya.Tetapi hal seperti ini tidak pernah menjejaskan saya sama ada mental ataupun emosi.Dan saya percaya siapa pun kita di bumi ini kita semua sama sahaja.Menumpang di alam fana ini menuju ke destinasi yang kekal abadi.wallahu alam.
ReplyDeletewalaupun pendidikan tinggi .. kadang terlepas juga fakta sejarah .. tentang melayu .. ketuanan melayu kan .. melayu ujud untuk melawan penjajah dan 2 kaum d semenanjung .. nda macam d sabah .. etnik spesifik d sebut .. d semenanjung durang saja gelar durang melayu untuk kepentingan melayu .. tau² melayu yang d maksudkan dari kepulauan riau, sumatera, jawa dan sulawesi .. lepas tu urang lokal pkp secara halus .. terus ujud lagi jheoa .. macam amerika buat kaum indian .. sabah sarawak manada jheoa ..
ReplyDelete