Saturday, 31 August 2013

Kenapa Islam Guna Simbol Bulan Sabit??







pernah tertanya-tanya tak kenapa Islam guna simbol bulan sabit dalam agama mereka?? apa maksud simbol bulan sabit ni bagi agama Islam?? apa kaitannya dengan agama kita sehingga dijadikan simbol utama agama? maybe ada antara korang semua dah tahu hal ni.. but i think lah, majoriti still tak tahu punya.. katakan lah ada orang dari agama lain tanya korang,

"kenapa Islam guna simbol bulan sabit?"

korang akan jawab apa??







dalam setiap agama, memang akan ada satu simbol bagi jadi identiti agama tersebut.. seperti gambar di atas, kristian kita dah tahu apa simbolnya tanda salib.. sekali tengok kita pun dah faham kenapa simbol salib.. agama buddha pula adalah simbol seakan roda.. dalam roda tu ada lapan tiang tanda '8 Kebenaran Mulia' dalam agama buddha.. kalau yahudi pula simbol 'Star of David'.. tapi yang jadi soalannya sekarang ni kenapa pula Islam guna simbol bulan sabit dan bintang?? apa maksud di sebaliknya??

for me, benda ni sangat penting juga untuk diketahui oleh orang Islam itu sendiri.. kalau yang baca blog ni rasanya tahu kot dulu aku macam suka nak kaji or belajar tentang semua agama.. nak diringkaskan cerita lah, aku sendiri juga mempelajari, membaca dan mendengar kenapa seseorang itu murtad or lari dari agama Islam.. seperti kebiasaannya, aku ni jenis yang neutral.. aku dengar/baca pendapat mereka kenapa mereka kata Islam ni tak benar tanpa ada rasa prejudis pun dalam hati aku.. senang cakap, aku pun baca lah alasan-alasan yang diberikan..

aku sebenarnya malas nak sentuh tentang hal agama sangat sebab aku nak blog aku ni nampak neutral sebab aku percaya tak semua reader blog ni agama Islam pun kan.. senang cakap, kalau kita kebiasaanya terdedah or membaca hasil bukti dan pandangan dari orang Islam sendiri mengenai agama orang lain (why Islam is the right religion macam tu lah), but aku pula baca kedua-duanya.. (why agama tu is the right religion pula).. what is wrong about Islam semua berdasarkan pandangan dan kajian mereka..

okay, that's enough lah.. just nak focus pada pertanyaa di atas.. kenapa orang Islam guna simbol bulan sabit dan bintang??

orang Islam patut tahu hal ni.. sebab takut-takut ada orang yang kata macam ni..

"agama kuno (paganisme) orang Arab sebelum datangnya Islam menggunakan simbol bulan sabit dan bintang dalam agama mereka.. tuhan yang orang Islam sembah tu adalah 'false God' yang dipanggil sebagai 'the moon God'.. dan agama Islam sekarang ni adalah kesinambungan ajaran agama kuno paganisme Arab.. buktinya, penggunaan simbol bulan sabit dan bintang.."

sangat kebetulan juga kan, kenapa Islam guna simbol bulan sabit dan bintang?? adakah ia mempunyai kaitan dengan agama lama orang arab??

lalu, mari kita mula mempelajari tentang sejarah penggunaan simbol bulan sabit dan bintang dalam Islam..

dalam sejarah buku teks Malaysia, sejarah Islam tu dibahagikan kepada beberapa peringkat.

1. Zaman Rasulullah
2. Zaman 4 Khalifah
3. Zaman Kerajaan Umaiyah
4. Zaman Kerajaan Abbasiyah
5. Zaman Kerajaan Turki Utmaniah

but, tahu kah anda, simbol dan pengunaan bulan sabit dan bintang bagi mewakili agama Islam tidak pernah wujud pada zaman Rasulullah sehingga lah zaman Kerajaan Abbasiyah? senang kata, orang Islam pada zaman ni langsung tidak pernah mengunakan simbol bulan sabit ini.. malah, bendera yang digunakan oleh zaman Rasulullah hanya lah bendera kosong tanpa ada corak or simbol.. bendera kosong berwarna hitam ataupun hijau.. namun, apabila munculnya kerajaan Turki Utmaniyah, baru lah wujud penggunaan simbol bulan sabit dan bintang.. penggunaan simbol bulan sabit dan bintang dalam agama Islam adalah berdasarkan pada bendera kerajaan Turki Uthmaniyah ini.. apa kaitannya dengan Islam?? actually, langsung tidak ada apa-apa kaitan dan makna pun simbol bulan sabit dalam agama Islam.. 


then, kenapa pula guna simbol bulan sabit?

sebenarnya benda ni dah jadi satu simbolik.. kita tahu apabila kerajaan Turki itu semakin meluas, maka di setiap tempat yang telah dikuasai oleh mereka akan dikibarkan bendera kerajaaan mereka (bendera bulan sabit dan bintang).. orang Turki ini sudah sinonim sebagai seorang muslim, maka orang Eropah dulu bila ternampak bendera bulan sabit ini, dengan serta merta mereka akan kata "ini adalah kawasan orang Muslim.." tengok bendera bulan sabit je, terus mereka fikir 'Islam'.. lama kelamaan pengunaan simbol bulan sabit ini semakin tersebar dengan adanya pengaruh kuat dari kerajaan Turki Uthmaniyah ini.. maka, di setiap penjuru tanah jajahan Uthmaniyah akan terkibarlah bendera bulan sabit ini sekali gus menandakan ia di bawah kekuasaan orang Islam.. maka, dari saat ini lah bermulanya penggunaan simbol bulan sabit dan bintang sebagai simbol agama Islam..




peta lama menunjukkan tanah jajahan Turki Uthmaniyah ditandakan dengan bendera bulan sabit sekali gus mewakili islam itu sendiri


namun, jika ditanya apakah makna simbol bulan sabit ini dan kaitannya dengan agama Islam? jawapannya ; actually langsung tiada membawa makna apa-apa, ianya hanya lah sekadar simbol yang asalnya dari bendera kerajaan Turki Uthmaniyah, lama-kelamaan sudah menjadi simbolik untuk mewakili islam..'


anda sudah faham sekarang??



gara-gara bendera ini lah mempengaruhi kenapa Islam guna simbol bulan sabit


Tuesday, 27 August 2013

Rules of Relationship







just nak share tentang tiga rules of relationship just in case kalau aku rasa aku nak involve dalam a relationship..


1. dia bukan lelaki straight lah
- reasonnya?? kalau yang ada baca cerita Unspeakable Love rasanya boleh faham lah kot kenapa.. alasannya for me, kedua-duanya harus lah memang boleh nak 'beri or balas' perasaan suka tu.. ianya akan jadi lebih sukar kalau hanya satu pihak sahaja yang ada perasaan.. faham-faham je lah ye, yang straight ni takkan lah dia nak suka pada lelaki pula kan? but at the same time, aku percaya juga yang lelaki straight boleh je nak di'gay'kan.. (ironinya yang PLU nak di'straight'kan macam mustahil pulakan?).. but pernah dengar ayat macam "kerana orang ni aku jadi gay.."?? so, aku tak nak lah kerana aku dia boleh pula terbawa masuk dalam dunia songsang ni.. kalau aku sayang orang tu, biar lah dia kekal straight, tak payah nak harap dia balas perasaan kita then lalu dia dah tak jadi straight dah.. that's why ini lah the rule yang nombor satu..


2. kalau boleh tak nak yang biseksual
- kenapa? my opinion lah kan, selagi orang tu ada perasaan boleh mencintai perempuan, biar pun dia ni jenis 50/50 (suka lelaki and perempuan gak), but harapan aku dia patut stick untuk dengan perempuan gak.. wajib! that's why lah kalau boleh aku tak nak 'si dia' orang yang biseksual.. actually yang biseksual ni lagi complicated berbanding yang gay.. ada juga kes orang biseksual yang ada GF, but at the same time pun ada BF gak.. but tak nak tinggalkan kedua-duanya.. alasannya sebab sayang lah.. for me macam ia telah mendua-duakan perasaan lah.. macam aku cakap lah, kalau kita sayang orang tu sepatutnya kita doakan benda yang terbagus bagi dirinya.. adakah kalau dia nak kapel dengan lelaki tu bagus? (sedangkan dia ada je nafsu kat perempuan gak).. isi hati aku macam ni, "kenapa lah nak complicated kan nak pilih lelaki gak? if you choose a woman your life will be easier.." (but kadang-kadang love is blind.. dia dah jatuh cinta pada lelaki gak, biar pun ada nafsu pada perempuan.. ada nafsu, tak semestinya ada cinta)


3. kalau boleh tak nak abang-abang sangat
- hahahaha.. yang ada baca blog ni sebelum ni tahu lah kan kenapa.. sebabnya aku pernah cerita yang aku ni agak PARANOID sikit dengan abang-abang ni.. dalam post dulu ada cerita lah.. but you know what, honestly taste aku boleh juga lah pada abang-abang.. range umur up to 35.. tu kalau nak bercakap tentang taste lah, but kalau into a relationship, it's complicated lah.. sebab aku prefer around my age.. why?? sebabnya... aku kalau boleh bila berbual tu tak guna ayat macam 'abang-saya', 'abang-adik'.. kenapa?? sebab aku consider panggilan 'abang' tu sebagai PANGGILAN MANJA.. and lagi aku memang tak boleh lah nak pakai panggilan manja ni.. tak kira lah 'sayang, bee, hubby, ayang and so on..' apa-apa je lah panggilan manja dalam hubungan.. aku MEMANG tak boleh! aku memang SANGAT-SANGAT prefer guna 'KAU-AKU' je.. tak payah nak gedik-gedik nak panggilan manja.. 'saya-awak' pun aku tak nak juga! and lagi aku rasa yang still dalam proses nak ubah persepsi aku terhadap golongan yang lagi dewasa dari aku.. sebabnya adalah sejarah yang membuatkan aku macam paranoid dengan golongan dewasa.. benda tu still ada dalam hati aku.. mostly disebabkan persekitaran aku ketika meningkat dewasa lah buat aku jadi macam ni.. and lagi, aku ada baca satu novel PLU ni kan, ada scene tu bila si watak utama kena tinggalkan oleh BF dia di tepi pantai, si watak utama berlari-lari menjerit 

"ABBAAAANNNGGGG!!"

adeh!! lemah semangat aku bila baca...

imaginasi aku terus bayang kalau aku yang jerit 'abang' tu..

OMG!! terasa macam jerit panggil suami pula.. terasa kita jadi si isteri pula.. in short, i don't like that kind of feeling.. rasa geli.. 





Saturday, 24 August 2013

Gay Test -Part 3-









ok guys.. dulu aku suka buat post Gay Test ni.. kalau yang dari dulu lagi ikuti blog ni tahu lah Gay Test yang macam mana.. so, nak diringkaskan cerita lah, dah lama tak buat, so aku rasa nak buat lagi lah... hahaha.. kalau yang baru first time 'ambil test' ni bagus lah, but kalau yang dah pernah macam dah tak best lagi dah.. apa-apa pun test ni just for fun.. ala, kalau dah tahu diri korang tu 'sesuatu' takkan lah kena nak ambil test gay ke tak lagi kan? hahaha.. but macam test dulu juga lah, aku kata kalau korang ni jenis 'sesuatu' but lulus ujian ni, so korang takde lah liat sangat songsangnya.. but kalau dah fail tu, memang sah lah korang ni liat sangat naluri nya itu.. hehehehe

so, macam mana nak ambil test ni?? 

senang aje.. test ni hanya perlukan mata anda.. simple bukan?






ok, dah ready ke??



jom kita mulakan!!!












































































































































bawah lagi!!



































































































































































bawah lagi!!












































































































































































bawah lagi!!!!































































































bawah lagi!!!











































































































































































































macam mana?? anda lulus ke tak lulus?? hehehe





maksudnya,

anda lulus kalau korang tengok gambar dulu

but

gagal kalau nak baca ayat dalam gambar tu dulu...


for me, even korang tertengok gambar dulu, but terus nak baca ayat bawah gambar tu pun consider fail juga.. sebab tu maksudnya anda tak interested nak tengok gambar tu..




lepas ni jangan lupa untuk jawab jawapan Poll di atas sama anda Lulus or Gagal okay..



Friday, 23 August 2013

Teruna ke Tak Teruna?






waktu aku Tingkatan 5 (kalau tak silap lah), ada seorang junior bercakap tentang satu perkara.. Junior Tingkatan 1 or 2 time tu.. katanya macam ni..

"abang nak tahu tak budak ni kan (sambil menunjuk jari pada kawannya) dulu-dulu waktu first tengok blue film reaksinya siap cakap 'astaghafirullah..' tapi sekarang kan dah tak macam tu dah.. tak terkejut lagi, boleh slumber je layan blue film tu.."

adeh! budak ni kan muda-muda lagi dah layan blue film, aku waktu umur 19 tahun baru je tengok.. but bukan tu yang aku nak sampaikan lah.. ni kes sama ada orang tu still 'virgin mata' ataupun tak... orang kata, kalau dah biasa buat, dah jadi kebiasaan.. maksudnya macam dalam kes ni, bila first time tengok filem biru tu kan, siap bawa mengucap lah, but bila dah kerap sangat tengok dah jadi terbiasa, hati pun dah jadi hitam tak lagi dah ayat 'mengucap'nya itu.. sebab dah biasa sangat tengok..

ada satu peristiwa berlaku ketika aku menuntut di IPTS area PJ, Selangor.. jiran sebelah bilik aku ni kelihatan macam tak tenteram je.. aku pelik lah tengok apasal pula dia macam gusar je.. dia kata yang dia rasa berdosa.. aku tanya kenapa pula rasa berdosa? dia cakap lagi, yang dia secara tak sengaja terlihat video lucah dalam laptop seorang kawan kita orang ni.. so, dia jadi rasa tak tentu arah lah.. rasa tak sedap hati giler.. dalam hati aku fikir macam ni.. "virgin lagi 'mata' kawan aku ni.. hehehe.." nak diringkaskan cerita, kawan aku ni jenis yang alim lah.. memang aku tak kan fikir yang dia akan pernah layan filem biru pun.. so, kes ni aku rasa dia just tak sengaja tengok video lucah tu dalam laptop kawan aku satu lagi.. lagi pun laptop tu memang biasanya terbiar je atas meja.. aku fikir kawan alim aku ni sesaje je nak lihat-lihat laptop tu tengok koleksi filem ke, then tup.. tup.. tup.. terpasang video biru dalam 'secret folder'.. aku fikir macam tu lah hal yang berlaku.. then aku kata macam ni.. tak payah rasa berdosa.. bukan kau sengaja tengok pun kan.. kata yang dia tak patut rasa bersalah lah.. 

so, itu lah reaski orang yang 'mata nya still teruna' lagi.. mesti macam terkejut or rasa bersalah giler..

nak dikaitkan kes ni dengan apa yang berlaku dalam hidup aku.. sebelum ni aku dah cerita yang aku ada menghadiri kelas yang ada model berbogel dalamnya.. nak diringkaskan cerita, even ada model bertelanjang di depan mata aku, tapi aku boleh je berlagak slumber.. rileks je lukis model tu berbogel.. tak kira lah sama ada model tu lelaki ataupun perempuan.. memang aku melukis tu macam takde orang berbogel di depan mata.. rileks je.. alasan aku ada banyak sebab kenapa aku boleh je jadi tenang time melukis tu..

1. mostly kita akan pandang pada kertas lebih lama lah berbanding pada model yang sedang berbogel tu..
2. niat nya atas sebab kita nak melukis secara professional.. so, kalau niat hanya untuk melukis, so hati takde lah fikir hal bukan-bukan sangat.
3. bukan aku seorang je dalam kelas tu.. orang lain pun ada, so kita jadi riles je lah..
4. bila aku melukis dan melihat pada model tu, my eyes tak tengok pada 'private parts'.. 
5. aku tak rasa aku ni jenis yang miang nak naik ghairah terus..
6. aku takde pun lukis 'private parts'.. orang lain banyak pula lukis sekali bahagian tu.. hahaha


dan merujuk pada kenyataan sebelum ni...


7. aku tak rasa mata aku 'teruna' sangat untuk jadi terkejut bila ada orang berbogel di depan mata. (biar pun ini kali pertama aku tengok orang berbogel di depan mata in real life lah)


faham tak maksudnya apa?? hehehehe






just nak cakap lah.. macam mana kita nak tahu siapa mata nya still virgin lagi ke tak bila ada peluang tengok benda macam ni lah.. kalau matanya 'still teruna', reaksi orang tu akan jadi mengelabah, rasa tak tenteram, tak biasa sebab tak biasa tengok benda macam ni.. but kalau mata yang tak teruna tu, dia macam tenang je.. kalau terkejut pun tu mesti buat-buat terkejut sebab nak cover.. hahaha

Wednesday, 21 August 2013

About Blog Malaysian PLU Story

ada yang tertanya-tanya mana pergi nya post yang lama??

jawapan aku ada dalam satu komen sebelum ni.. 






maksudnya apa?? 

maksudnya kadang-kadang aku rasa yang aku ni dah macam expose banyak benda je about myself dalam blog ni.. benda yang rahsia dah tak jadi rahsia dah.. walaupun sebenarnya aku rasa macam nak share juga banyak benda dalam blog ni, but pada masa yang sama aku tahu lah, ada drawback juga buat benda macam ni.. honestly, kalau ada seorang je yang kenal aku di luar sana jumpa blog ni, I think tentu dah boleh teka aku ni siapa.. ye lah, blog ni memang tak discreet sangat.. aku tak kata yang aku ni famous ke tak, but sekarang ni boleh lah dikatakan my blog pun dah ada pembacanya yang tersendiri..

merujuk kepada perbualan di atas.. memang dulu waktu aku buat blog ni memang siap ada tunjuk gambar lagi.. full face okay.. time tu aku takde lah nak risau sangat.. blog tak popular lagi.. tak banyak yang kenal dengan my blog ni.. but bila blog ni macam dah naik, so dalam masa yang sama akan lagi terdedah lah kan.. this blog dah macam satu diari lah sebenarnya.. sejak aku umur tingkatan 1 dulu-dulu memang aku rajin juga lah tulis diari ni.. sampai lah aku form 5 pun ada diari gak.. so, sekarang ni dah macam blog ni diari versi digital.. but yang lain nya diari yang dikongsi secara terbuka pada orang yang baca blog ni.. but you know what, aku kadang-kadang macam suka gak nak share kisah aku sendiri sebab in real life aku agak 'tertutup' nak bincang tentang hal-hal seperti yang ada dalam blog ni.. lebih-lebih lagi tentang soal hati dan perasaan, lagi lah aku tak biasa nak bincangan (dari mulut lah).. lagi pun pada siapa pula aku nak bercerita pula kan? hahaha..

rasanya banyak yang dah tahu blog ni ada jadi private untuk satu minggu sebelum hari raya.. ada yang tanya aku kenapa aku private kan blog? aku balas, sesaje je.. tapi mesti lah ada sebab tertentu kenapa aku tiba-tiba nak private kan.. alasan yang sebenarnya aku terfikir macam nak 'tamatkan' riwayat blog ni... eh?? hahaha.. entah lah.. sebab tiba-tiba je aku rasa macam dah cukup aku terlibat dalam dunia blogging ni.. maybe sebab aku nak focus more on my study lah kot.. honestly aku cakap lah, this new semester aku macam jadi rajin sikit.. hahaha.. rajin sikit je.. sebab ada blog ni kadang-kadang ada banyak gangguan sebenarnya.. sebab aku tak habis-habis nak cek blog aku lah, even kat dalam kelas semua, tak boleh miss sehari.. memang akan kena fikir tentang blog.. nak tulis apa lah.. nak sambung cerita Unspeakable Love lagi.. aku suka je buat.. but ada ketika tu akan ada perasaan yang kita dah macam dah letih dah buat benda semua ni.. idea pun macam dah kering dah.. nak tulis apa pun tak tahu.. then page view time tu drop juga lah, maybe sebab aku tak buat apa-apa post yang menarik kot.. lagi pun blog aku dah capai angka lebih sejuta page views, tu buat aku fikir dah cukup lah kot aku dalam dunia blog ni.. dah puas hati dah dah dengan angka tu.. kononnya nak stop tulis blog lah ye.. hahaha.. but aku tahu juga lah yang aku ni jenis hangat-hangat tahi ayam.. nanti-nanti akan sambung juga tulis blog.. then aku private je my blog, tak delete terus, just in case aku fikir nak tulis balik.. but kenyataannya aku memang tulis balik pun.. hahaha.. 

but then, tak sangka pula bila aku tiba-tiba je nak privatekan blog ramai yang cuba nak contact aku nak baca my blog lagi.. penuh juga lah kat FB orang mesej kata minta diinvite masuk dalam blog.. adeh! rasa bersalah pula ni hah.. ada pula aku terbaca mesej orang lain di blog orang lain kata nak tahu cara nak masuk aku semula.. aku terperasan lah pula mesej-mesej ni.. tiba-tiba rasa terharu lah pula orang sampai mesej kat tempat lain semata-mata nak tahu cara nak masuk my blog balik.. ni yang buat aku rasa serba salah ni.. terharu jap..










kalau korang seorang blogger bila baca orang komen macam jadi rasa terharu lah kan.. sebab ia menunjukkan yang orang hargai apa yang kita pernah tulis.. but honestly time tu aku memang macam tak nak tutup terus blog ni.. secara senyap-senyap pula tu kan.. hahaha.. reasonnya?? sebab ada ketika tu aku rasa macam enough lah aku dalam dunia ni.. aku pernah ada cakap kat seseorang lah yang juga ada tulis blog.. aku kata macam ni..

"kalau kau rasa nak berubah, better ko tutup je blog (PLU).. bukan sebab aku tak suka blog ko.. suka je.. but you know what, dalam masa kita tulis blog ni kan, berdasarkan pengalaman aku lah, ia macam akan jadi satu pendorong ko untuk terus selesa dalam dunia ni.. contohnya bila orang banyak dengar suara hati kita, then kita akan start rasa mula dihargai.. lalu mula suka lah.. then disebabkan tu ia membuatkan kita jadi lebih selesa dengan hal-hal macam ni.. lama-lama jadi terbiasa.. aku kalau dulu-dulu tak tulis blog rasanya dah jadi lain kot,, takde lah open sangat macam ni.."

susah nak explain... but tulis blog memang ada kesan baik buruk nya juga... kalau lah anda try nak jadi blogger yang aktif..

but seperti aku cakap lah.. hangat-hangat tahi ayam je ni hah.. tulis balik juga lah kan.. hahaha.. lagi pun tak manis juga lah aku stop my novel series tanpa ada sebarang penutupnya.. tu pun dah lama giler tak update.. but seperti yang aku cakap lah, aku nak buat tapisan dalam blog aku.. nak tapis entri-entri terdahulu yang bagi aku not really important.. aku tutup sesetengah entri ni macam yang pernah aku buat tahun lepas.. tutup banyak post lama then tinggalkan post yang aku rasa nak bagi orang lain baca.. kiranya nak highlight post-post tertentu lah.. macam sekarang ni, post mostly tentang novel Unspeakable Love je sebab aku nak bagi orang baca cerita tu.. tu jadi my main focus, sebab nak jadi bacaan utama kan.. kalau banyak post sangat orang lain tak tak tahu lah nak baca yang mana satu dulu.. so senang cakap, ni salah satu cara aku berblogging lah.. cara bila aku nak orang baca post ni, then aku tutup post lain biar orang nampak post yang aku nak tunjuk tu je.. so, orang akan baca post tu sebab dia tak nampak post lain.. pandai tak aku?? hehehe..





Sunday, 18 August 2013

Buku-buku Songsang










aku just nak tunjuk koleksi buku-buku 'songsang' yang aku ada beli.. sebelum ni aku ada tunjuk pun buku-buku ni dalam blog ni.. so, aku saje nak tunjuk balik dalam satu post baru pula mengenai buku-buku ni.. ada empat je lah bukunya.. aku beli satu je dari kedai awam.. tiga yang lain pula beli secara online.. ye lah kan, buku macam ni susah sikit nak cari.. mostly kena beli online baru boleh dapat...






Homo Jihad
By Timoty Graves


beli tahun 2013.. secara online. order direct dari UK


tentang apa??

tentang kisah percintaan seorang lelaki Arab Muslim
dengan seorang lelaki Yahudi.. senang cakap tentang susah payah
percintaan mereka ni lah, terutama nya lelaki
Arab Muslim tu..


dah habis baca?
hahaha.. tak lagi.. tak ada masa nak baca lagi.. hehehe

ada PDF file kat Putera tak?
eh, yang ni tak de.. nak baca kena order sendiri..




Unspeakable Love, Gay and Lesbian Life in the Middle East
By : Brian Whitaker

beli pada 2012.. secara online gak.. order dari UK..


tentang apa??
 tentang kisah suka dan derita yang dialami oleh golongan
LGBT di Timur Tengah.. bila baca buku ni, kita yang kat Malaysia
patut rasa bersyukur lah sebab even orang tak suka LGBT
kat Malaysia tapi takde lah buruk sangat layanan dari masyarakat
berbanding LGBT di Timur Tengah sampai ada yang
terpaksa melarikan diri dari negara asal
kerana boleh dijatuhkan hukuman bunuh.. agak scary dan sadistik lah
buku ni..


dah habis baca??

eh.. tak juga.. hahaha.. ada baca juga lah.. but tak habis lagi..
buku ni lah inspirasi aku untuk buat novel Unspeakable Love tu..
tajuk pun sama kan, sebab aku suka tajuk Unspeakable Love tu..


ada PDF file kat Putera tak?

kalau korang tertarik nak baca buku ni boleh pm aku kata nak minta
sebab aku ada PDF version buku ni.. pm kat FB tau.. sebab kalau email aku
malas nak buka email..


Orang Macam Kita
by : ramai orang


beli pada 2012.. secara online gak.. beli kat Malaysia lah


tentang apa??
koleksi cerpen genre LGBT melayu.. ada banyak cerita..
macam-macam lah.. sentuh banyak perkara yang biasanya berlaku
khusus bagi golongan Orang Macam Kita di Malaysia.. cerita-cerita kehidupan..


dah habis baca??
eh, yang ni almost lah.. hehehe.. mostly semua cerita aku dah baca..


ada PDF file kat Putera tak?
eh, yang ni tak de.. nak baca kena order sendiri..


Cinta Tanpa Noktah
by: Nizam Zakaria


beli pada 2011.. aku beli kat kedai Popular kat 1 Utama, Bandar Utama dulu..
sekarang macam dah takde jual lagi dah..


tentang apa??
satu novel panjang.. not really a PLU novel sebab
theme nya tak ke arah itu sangat.. but watak-wataknya adalah golongan PLU juga lah.
mostly sentuh tentang masalah sosial yang berlaku but ada juga
sentuh tentang hal macam gay ni.. novel yang menarik untuk dibaca


dah habis baca??

dah! haha.. yang ni aku dah habis baca..
dua hari rasanya aku habiskan..

ada PDF file kat Putera tak?
kalau korang tertarik nak baca buku ni boleh pm aku kata nak minta
sebab aku ada PDF version buku ni.. pm kat FB tau.. sebab kalau email aku
malas nak buka email..