post kali ni dapat ilham lepas membaca cerpen kat blog My Name is Shark.. actually dah lama pun aku nak create post ni tapi tak sampai-sampai juga.. okay.. hot topik..
Bercinta Tapi Tak Pernah Jumpa
terlebih dahulu, aku tak tujukan benda ni kat sesiapa okay.. benda ni just secara general, secara umum.. tak maksudkan pada mana-mana individu.. ini semua just based on my own opinion.. bercakap mengenai tentang kes orang bercinta tapi actually mereka tak pernah berjumpa pun, adakah benda ni patut or tak patut?
terpulang pada pasangan tersebut.. but based on my own experience, dan hal ini membuatkan aku punya pendapat aku sendiri mengenai cinta seperti ini.. for me lah, ia adalah sangat penting untuk kita jumpa orang itu terlebih dahulu sebelum nak declare nak jadi couple semua.. kenapa?? sebab kita akan tahu ada bezanya bila kita tak pernah jumpa orang tu dan bila dah jumpa orang tu.. maksud aku lah kan mengenai persepsi dan andaian kita terhadap orang tu macam mana sebelum kita berjumpa dengan orang tu.. ye lah.. mesti kita ada imaginasi sendiri bayangkan orang ni macam mana.. fikir orang tu macam ni lah, macam tu lah.. faham kan maksud aku?
nak diceritakan lah mengenai aku, pernah sekali lah aku pun ada juga buat blind date ni.. sekali tu je.. waktu tu teruja sangat sebab baru je nak exposed dalam 'dunia' macam ni.. nak diringkaskan cerita, pada usia remaja yang tak matang lagi, umur 19 tahun time tu, mungkin keinginan nak cuba-cuba tu semakin kuat lah.. aku berkenalan dengan seorang mamat ni lalu ada blind date dengan dia.. nak diringkaskan cerita pula, mamat tu actually dah ada BF sebenarnya, dan aku pun niatnya memang tak fikir benda lain pun, just nak kawan-kawan je.. but mungkin ini pertama kali aku berkenalan dengan 'spesis' sendiri, aku pun seakan seronok gak chat dengan dia.. but honestly time tu timbul juga lah rasa suka sikit kat dia ni.. dan dia pun obviously memang suka kat aku even dia dah ada BF... memang ada menunjukkan tanda-tanda nak aku jadi BF dia atas alasan BF dia dah tak perdulikan tentang dia lagi dah.. selalu gak dia mengadu kat aku tentang masalah hubungan mereka.. tapi aku tak nak kacau daun kan.. tak nak lah rosakkan hubungan orang lain..
memang time tu aku seronok sangat chat dengan dia.. hari-hari tunggu SMS dari dia.. baru lah kali pertama aku merasakan yang aku dah banyak habis duit nak beli kredit semata-mata nak SMS dengan dia.. even my friend pun time tu realize tentang perubahan aku.. dia rasakan yang aku ni sedang bercinta.. sebab asyik-asyik dengan telefon je kan.. dia tanya dengan awek ke?? aku pula tak menafikan yang time tu aku seronok chat dengan seseorang.. tapi aku kata kat kawan aku tu dengan awek lah (giler lah nak mengaku dengan lelaki kan) tapi just berkenalan je.. kenalan internet kata aku (padahal dari web songsang Planet Romeo.. hahaha).. so, nak diringkaskan cerita lah, aku ni seolah-olah macam angau gak sebab sampai kawan aku pun boleh nampak perubahan aku seolah-olah sedang bercinta..
okay, nak cepatkan cerita tentang aku ni.. last-last kita orang berjumpa gak kat Midvalley time aku pergi ke tempat kerja dia secara diam-diam tanpa memberi tahu dia.. aku suka buat surprise kan.. so, memang dia terkejut habis time tu tiba-tiba je aku datang depan mata dia.. jeng.. jeng.. jeng... surprise!! lalu mula lah detik perkenalan antara face to face.. terlebih tu aku nak cakap lah yang aku ni jenis yang sangat takut kena reject.. aku takut kalau aku dah jumpa orang tu terus aku kena reject.. sebab tu aku ni susah sangat nak dibawa keluar berjumpa.. banyak juga lah pembaca blog ni yang ajak jumpa.. but seperti yang aku cakap lah, aku ni takut kena reject je sebenarnya walaupun nak jumpa tu just untuk kenal je kan.. nak kata rupa aku ni buruk, tapi aku rasa comel je aku (aduh!! mati lah perasan.. hahaha).. but aku ni just tak ada keyakinan dan bayangkan people will dislike me lepas dah jumpa.. sebab aku fikir, aku ni bukan jenis yang orang akan suka kot.. tu apa yang aku fikirkan lah.. but you know what, berbalik pada cerita tentang blind date ni kan, aku yang jenis fear of rejection ni tak sangka pula buat si dia terus jatuh hati kat aku pada pertama kali face to face... but terbalik pula ceritanya, dalam kes ni aku pula seolah-olah jadi orang yang 'mereject'.. fear of rejection katanya, tapi dia sendiri pula macam nak reject orang.. apa lah aku ni kan..
okay.. aku tak reject dia.. even kat FB pun still kawan lagi.. selalu gak aku skodeng FB dia.. kat my real FB lah.. tapi disebabkan dia dah suka aku pula dah, aku seolah-olah macam nak menjauhkan diri.. apa dah jadi ni?? sebelum ni kata macam jadi angau kan.. macam jatuh cinta je.. but last-last bila dah jumpa tak jadi macam tu.. okay, kalau nak ditanya pendapat aku lah kenapa, alasanya sebab I think imaginasi aku tentang dirinya sebelum ni agak lari juga lah bila dah jumpa.. then baru kita sedar yang feeling tu akan jadi lain sebelum jumpa dan selepas jumpa.. dalam kes ni, feeling tu jadi biasa-biasa je.. I think he can be my friend only.. tapi dia pula nak harapkan aku jadi BF dia..
merujuk semula mengenai kes bercinta tapi tak pernah jumpa ni, sebab apa aku kata ia sangat penting, punya lah penting sangat-sangat, amat penting ni hah, penting sebelum melafazkan cinta, sesuatu yang jadi kepentingan kita, penting untuk dilaksanakan, kerana ia amat penting kalau kita jumpa orang tu terlebih dahulu sebelum kita nak declare kita lah couple walaupun sebelum jumpa ni punya lah angau habis rasa macam dah jatuh cinta pada orang tu.. sebab apa? sebab bila dah jumpa akan terjadi satu perkara..
1. boleh jadi kita semakin jatuh hati pada orang tu.. (kalau kes macam ni untung lah..)
2. or baru kita realize tiba-tiba je feeling suka tiba-tiba terus hilang.. (kes macam ni sedih lah pula)
faham tak maksud aku?
aku pernah cakap kat seseorang,
------------------------------------------------------
"I think, banyak orang bercinta ni hubungan mereka tak kekal lama sebab mereka bercinta sebenarnya mereka bukannya truly fall in love.. atas disebab rasa mahu disayangi seseorang, maka kita senang nak terima kasih sayang dari orang lain, walaupun sebenarnya kita not really fall in love kat orang tu.. kalau kita sedar lah tentang hakikat yang kita bukannya betul-betul jatuh cinta pun.. sebab tu lah jadi kes orang curang, kes baru jumpa terus nak couple, jumpa then buat seks lalu jadi couple lah then akhirnya hubungan tak ke mana pun sebab sebenarnya-benarnya cinta yang mereka rasa tu bukan lah sebenar-benar cinta pun.. lalu aku teringat dengan satu ungkapan..
'don't fall in love when you are lonely'
sungguh mendalam maksud ungkapan ini... atas kita ni rasa 'lonely' mahu disayangi, maka kita mudah nak terima jadi couple orang bagi mengisi kekosongan hati kita tu.. but in reality, sebenarnya kita bukan lah betul-betul cinta orang tu pun.."
----------------------------------------------------------
so, kesimpulannya, for me jangan terlalu teruja untuk mengatakan cinta or declare nak jadi couple terus.. ambil masa untuk fahami adakah cinta yang kita fikir tu memang 'the true love'?? or sekadar cinta yang datang dan pergi??
aku nak bercakap mengenai diri aku.. bila dah matang sikit ni, aku memang dah jadi lain sikit lah..
aku ada suka pada seseorang ni.. mungkin bila aku nyatakan bertapa aku ni seolah-olah macam angau kat orang tu, macam tu bukti yang aku sudah jatuh cinta..
1. time aku lepas balik dari universiti dengan basikal, aku selalu je sebut nama si dia sambil-sambil aku berbasikal.
2. every night sebelum tidur aku akan tengok gambar si dia dulu
3. every night tu juga aku berharap yang aku akan bermimpi tentang dirinya pada malam nanti
4. setiap hari aku akan skodeng FB si dia walaupun dia jarang je nak update FB pun
5. then aku suka baca status-status lama FB si dia dan tengok perbualan yang aku dan dia pernah bualkan..
6. bila time birthday aku, orang paling aku harapkan sekali untuk wish adalah si dia.. kalau yang lain wish aku just rasa biasa je.. tapi kalau dia yang wish, terus hati berbunga-bunga.
7. bila aku nampak gambar terbaru si dia di FB, terus aku jadi punya lah gembira.. dalam hati terus menjerit macam ni "cepat ambil! cepat ambil!" maka, terus aku ambil pic dia tu lalu save dalam galeri gambar yang dah berlambak gambar si dia..
8. tak puas dengan tu, maka aku pun skodeng album gambar kawan-kawan si dia, kot-kot terjumpa gambar si dia.. kalau jumpa terus ambil lagi..
9. setiap hari memang mulut ni nak sebut nama si dia je..
10. setiap hari juga selalu hati ini berbisik "siapa sayang dia?" lalu hati pun berbisik lagi "me!! me!!" sambil tangan angkat ke atas..
11. aku siap cuci gambar si dia lagi lalu letak di atas meja belajar aku.. senang nak skodeng.
13. aku pernah letak gambar si dia jadi wallpaper desktop aku
cukup untuk senarai 15 yang macam tanda-tanda yang aku ni dah jatuh cinta.. maka memang betul lah yang aku ni jatuh cinta?? dah obvious giler lah wei kalau timbul tanda-tanda macam tu, tentu lah aku ni jatuh cinta dengan dia kan??
but..
aku ada cakap juga macam ni..
"untuk sesuatu sebab yang aku still tak boleh nak declare yang aku betul-betul sudah jatuh cinta.."
so, pada saat ni aku bukan lah jenis yang mudah mengatakan yang aku sudah jatuh cinta.. walaupun tanda-tanda tu memang dah macam obvious kan? but somehow, kita kena betul dalami perasaan itu dengan sebetul-betulnya, fahami dengan mendalam, tanya hati sebenar kita, kenali perasaan sebenar kita tentang adakah benar 'cinta' yang kita rasakan tu adalah 'the right/true love'?
# sekali lagi, post ni merujuk secara general okay.. mengenai pandangan secara umum...
Bagi aku, to fall in love just from knowing someone through social medias especially PR is ridiculous. Changing messages do not reveal one's true color, people are great actors nowadays.
ReplyDeleteI have to meet that person, study him/her well whether (s)he suited my personality or not. Then I'll proceed with the declaration of becoming a couple etc. And that is also why I prefer to be friends first although the motive is clearly to study the suitability of the other person. At least when we contradict each other, we can still be friends and avoid going through unnecessary breakup, kan?
Well, of course that was just my opinion.
motip komen pakcik jd bahan entry..
ReplyDeletedah la vocab tunggang-langgang..
sah aku tgh mamai mengomen neh...
'us world'?? us je kot
wakakakaka
Aku yg pertama tu. Bila dha jumpa Zoey tu, terus syg. Masa kapel before jumpa, tak rasa pe2 pun. Rase bese2, suka2, syg yang biasa. :D. sKRNG EBNDA TU DH LAAM BERLKAU SO DAH TAKDE PERASAAN PAda dia lah. Macam Nilah entri Plu. :D
ReplyDeletenew post dkt www.kakiberangan.wordpress.com sorry lambat post :(
ReplyDeletewth gay ke lol
ReplyDelete