Part 31 : The Arts
ada satu kisah mengenai satu pasangan manusia.. aku kenalkan, yang pertama adalah si Jejaka, dan keduanya pula adalah si Teruna.. dua insan yang mempunyai hubungan yang rapat.. umur mereka masih lagi muda.. si Teruna adalah seorang insan yang pendiam dan agak pemalu, manakala si Jejaka adalah sebaliknya.. ibarat konsep 'yin' dan 'yang' dalam kepercayaan masyarakat cina, personaliti mereka bedua adalah berlawanan.. si Jejaka adalah pemuda yang amat ramah dan suka berkata-kata berbual mesra.. dalam hubungan mereka, apabila dalam pertemuan, si Jejaka akan lebih suka berkata-kata manakala si Teruna hanya lebih suka mendiamkan diri menjadi seorang pendengar yang setia.. sambil tersenyum, si Teruna akan terus melayan karenah si Jejaka..
dalam usia yang muda ini, Si Jejaka ada mempunyai satu pandangan peribadinya mengenai konsep 'keseimbangan'.. katanya, untuk mencapai satu kesempurnaan, perlu adanya sesuatu yang 'pasif' dan juga yang 'aktif'.. perbezaan ini jika disatukan akan mencipta satu kesempurnaan.. ibarat konsep 'yin' dan 'yang', ideologi si Jejaka seakan begitu.. kata si Jejaka, sama lah seperti dalam hubungan manusia.. jika seorang yang pemarah bertemu dengan orang yang sama sepertinya, 'keseimbangan' itu agak sukar untuk dicapai.. kerana itu padanan yang sesuai untuk si panas baran itu adalah dengan seorang yang begitu tinggi sikap sabarnya.. maka dengan itu keseimbangan akan dapat dicapai..
namun si Teruna tiba-tiba bertanya, "apa salahnya jika seorang yang sabar disatukan dengan seorang yang sama penyabar seperti dirinya? tidak ada yang salah bukan?"
maka, jawab si Jejaka, "memang tidak ada yang salah pun.. namun adakalanya lagi bagus jika setiap individu itu mampu menyempurnakan setiap kekurangan dalam diri masing-masing dengan kelebihan yang ada dalam diri sendiri.."
maka si Jejaka bercerita mengenai kisah tentang dua manusia.. kisahnya adalah mengenai tentang seorang lelaki dan seorang wanita.. si lelaki adalah seorang yang taat akan perintah Tuhannya.. manakala si wanita adalah seorang hamba yang leka dengan keseronokkan dunia.. biarpun begitu, si lelaki telah jatuh hati pada si wanita.. ramai yang berkata pada si lelaki, seorang yang taat pada perintah Tuhan sepertinya sepatutnya hanya layak untuk wanita yang taat kepada Tuhan seperti dirinya..
namun si lelaki itu berkata,
"aku tidak hanya cinta pada dirinya, namun harapan aku juga agar aku mampu memimpin dirinya kearah jalan-Nya kembali.. jika aku mencintai seorang wanita yang berhati mulia, memang benar ia tidak salah.. namun cita-cita aku itu agar aku turut mampu jadi seorang pembimbing kepada seorang yang lebih memerlukan.. kerana itu aku memilih dirinya.."
si Jejaka menjelaskan kepada si Teruna, dengan memilih si wanita yang leka itu, si lelaki lebih belajar erti kesabaran dan tidak putus asa dalam memikat dan melayan karenah si wanita.. manakala si wanita pula akhirnya mula belajar untuk kembali semula pada jalan diredhai Tuhan.. maka dengan itu satu 'keseimbangan' telah tercapai.. yang 'sakit' itu perlu lah dengan 'ubat'nya.. seperti konsep 'yin' dan 'yang', perlunya ada keseimbangan.. jika semua lelaki yang baik hanya mahu mengahwini seorang wanita yang baik, maka tiada lah ruang untuk wanita yang leka untuk dibimbing semula ke arah jalan-Nya..
lalu si Teruna terdiam.. dalam mindanya mula memikirkan mengenai ideologi si Jejaka mengenai konsep 'keseimbangan'..
"kerana itu kita tidak harus bersama.. kerana kita adalah sesuatu yang sama.. lelaki tidak harus bersama dengan seorang lelaki.. kerana kita adalah sesuatu yang sama.. kerana lelaki itu adalah untuk wanita.." tiba-tiba si Jejaka berkata lagi..
namun si Teruna terus berkata,
"tapi aku mencintai dirimu.."
"tidak kah engkau takut dengan larangan-Nya? tidak kah engkau cinta pada diri-Nya?" tanya si Jejaka..
"adakah aku tidak mencintai diri-Nya hanya kerana aku juga mahu mencintai seorang manusia?"
pertanyaan dari si Teruna itu terus membuatkan si Jejaka terdiam.. saling berpandangan, mata bertemu mata, dari pandangan mata si Teruna itu dapat dipastikan oleh si Jejaka bahawa dia benar-benar serius dengan pertanyaannya itu..
"engkau sudah gila.." akhirnya si Jejaka berkata..
"aku tahu, hatimu juga punya perasaan yang sama padaku.. aku tahu.. engkau tidak boleh menipu.." kata si Teruna lagi..
terdiam lagi, akhirnya si Jejaka hanya mampu memalingkan pandangannya dari terus menatap mata si Teruna..
diari lama, kisah silam..
si Teruna adalah aku,
si Jejaka adalah Ihsan
aku mahu merasakan cinta..
biarpun sekali,
namun aku mahu merasakannya...
* * *
"abang Fahri.. bangun abang Fahri.."
tidurku dikejutkan.. bahuku ditepuk-tepuk lembut.. perlahan-lahan aku membuka mata, di depan ku, kelihatan wajah Hafiz yang beriak wajah kebimbangan..
"dah pukul 10 pagi dah.." kata Hafiz lagi..
aku mula bangun dari tidurku.. masih berasa mengantuk, aku menguap seketika.. mataku masih lagi kuyu.. tanganku mula mengusap-usap pada rambutku.. lalu aku menoleh pada Hafiz.. dahiku berkerut, aku pandang pada wajah Hafiz..
"abang Ihsan tak balik lagi.." kata Hafiz dengan nada kebimbangan..
teringat mengenai Ihsan yang masih belum lagi pulang, serta-merta rasa mengantuk ku menjadi hilang.. dengan segera aku mengambil telefon bimbitku.. memandang pada skrin telefon, kalau-kalau aku mendapat pesanan ringkas dari Ihsan, namun ternyata tiada..
"dia still tak contact Hafiz ke?" tanya aku..
"Hafiz tak rasa yang abang Ihsan akan contact Hafiz.. macam mana ni? dah tiga hari dah abang Ihsan keluar dari rumah, menghilangkan diri.. Hafiz risau..." riak wajah Hafiz memang jelas terpancar rasa kebimbangan..
memikirkan seketika menengenai Ihsan, selepas pergaduhan antara dia dan Hafiz tempoh hari, Ihsan terus beredar dari rumah dalam keadaan marah.. sesuatu yang amat mengejutkan diri aku sebab selama tempoh aku mengenali dirinya aku langsung tak pernah melihat dia naik angin sedemikian rupa.. semuanya berpunca gara-gara Hafiz yang membuatkan Ihsan betul-betul rasa kecewa.. namun apa yang sebenarnya telah berlaku, apa yang Hafiz sedang lakukan sebenarnya masih belum aku ketahui.. Hafiz juga masih belum menceritakan hal yang sebenarnya dengan lebih terperinci pada aku..
bangun dari katil, lalu aku sandarkan tubuhku pada dinding katil.. Hafiz pula dari tadi kelihatan cukup cemas memikirkan tentang Ihsan yang masih lagi tidak pulang ke rumah.. Hafiz mula mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar lalu jarinya mula mendial nombor telefon Ihsan..
"telefon masih lagi dimatikan.." luah Hafiz dengan rasa kecewa.. "macam mana ni? Hafiz risau.."
"bawa bertenang.."dengan nada yang tenang aku berkata.. "jangan risau.. semuanya tak kan jadi apa-apa.." pujukku cuba menenangkan hati Hafiz..
"dah tiga hari dah abang Fahri.. tiga hari.. tak boleh contact, dia tak pun tak contact langsung.. Hafiz risau kalau terjadi apa-apa kat abang Ihsan tu.." kata Hafiz dengan nada yang cemas..
"dia merajuk je tu.." aku masih lagi memujuk.. "aku yakin dia tak apa-apa.."
"baguslah kalau macam tu.. tapi kalau jadi apa-apa macam mana? kita tak tahu pun kan?" Hafiz masih lagi berfikiran yang bukan-bukan..
aku terdiam.. memang benar kata Hafiz tu.. apa-apa boleh jadi.. kita hanya boleh mengagak, tapi apa-apa sahaja juga boleh terjadi..
"kita lapor pada polis.." kata Hafiz lagi..
"rasanya tak perlu lah sampai macam tu sekali.." kataku..
"kenapa pula? dah tiga hari dah dia tak balik rumah.. kita patut buat laporan.."
"maybe dia ada kat somewhere kat luar sana je.. can we wait for him first before Hafiz buat macam tu?"
"tunggu? sampai bila?"
"esok.. kalau esok takde, aku pun tak tahu nak cakap apa-apa dah.. so, sekarang kita just cari dia ada di mana sekarang.. but don't worry lah.. I think dia still merajuk lah.. adalah dia kat mana-mana di luar sana.." aku masih lagi memujuk Hafiz..
Hafiz hanya terdiam.. lalu dengan segera dia beredar dari bilik lalu masuk ke dalam biliknya.. aku pula terus bangun berdiri dari katil.. tak lama selepas itu, Hafiz kembali semula masuk ke dalam bilik..
"cepat.. kita patut cari dia.." kata Hafiz..
"but kita nak cari dia di mana?" tanya aku..
terdiam, Hafiz hanya memandang aku..
* * *
"hello? ada orang tak?"
Hafiz mula mengetuk pada pintu di sebuah rumah.. berkali-kali diketuknya namun masih belum lagi datang isi rumah membuka pintu tersebut.. masih tidak mahu berputus asa, Hafiz mengetuk pintu itu sekali lagi.. namun masih belum juga pintu itu dibuka..
"kau pasti ke Ihsan ada kat sini?" tanya aku sambil memandang wajah Hafiz..
"i don't know.. rumah ni rumah best friend abang Ihsan.. mungkin dia tahu sesuatu abang Ihsan ada kat mana.." balas Hafiz..
lalu, Hafiz mula mendial telefon bimbitnya.. menunggu panggilan untuk dijawab, namun langsung tidak diangkat.. Hafiz memhembuskan nafas rasa kecewa, namun dicubanya juga untuk kali yang kedua.. tunggu dan tunggu.. masih juga tidak diangkat..
"maybe tiada orang di rumah.." kataku..
Hafiz hanya terdiam, dengan rasa hampa dia mula mengajak aku untuk beredar dari situ.. namun, baru sahaja kami berdua mahu melangkah keluar, tiba-tiba pintu rumah itu mula dibuka.. tersedar, Hafiz mula menoleh ke belakang semula.. kelihatan seorang lelaki yang hanya bertuala di muka pintu.. rambutnya basah.. memang jelas dia baru lepas mandi.. lelaki itu memandang ke arah kami..
"sorry wei sebab lambat buka pintu.. aku baru je lepas mandi tadi.. ni pun bergegas nak siap nak buka pintu.." kata lelaki tu..
"ada nampak abang Ihsan?" serta merta Hafiz menanyakan soalan..
"Ihsan? hmm.. takde pula nampak dia.. kenapa?" tanya lelaki itu balik..
"dia dah tak balik rumah dalam tiga hari dah.." balas Hafiz..
"biar betul? apa yang dah berlaku sebenarnya?" lelaki itu mula ingin tahu..
Hafiz terdiam.. dia memandang aku.. wajahnya kelihatan hiba.. kemudian dia mengalihkan pandangan semula ke arah lelaki itu..
"sebab dia marah pada Hafiz.. ada yang dah berlaku.. then dia keluar rumah.. tapi dah masuk tiga hari, dia still tak datang ke rumah semula.. Hafiz risau kalau jadi apa-apa pada dia.."
"sila masuk dulu.. beri tahu aku apa yang dah jadi sebenarnya.." pelawa lelaki itu..
masuk ke dalam rumah, Hafiz terlebih dahulu memperkenalkan aku pada lelaki itu.. dari itu, aku mula berkenalan dengan rakan baik kepada Ihsan.. namanya Irsyad.. umurnya sebaya dengan aku.. tinggal bersendirian di dalam rumah ini manakala teman serumah yang lain ada urusan lain di tempat lain.. tak sempat berkenalan dengan lebih lanjut, Hafiz mula menceritakan apa yang dah berlaku.. tapi cerita Hafiz aku rasa agak banyak yang ditapisnya.. aku tak tahu kenapa, biar pun asalnya aku pun tak tahu apa yang dah jadi sebenarnya, tapi aku rasakan begitu lah.. Hafiz masih lagi merahsiakan tentang satu perkara..
apa yang aku tahu adalah mengenai 'pernjanjian' yang dibuat antara Hafiz dan Ihsan.. Hafiz yang dahulunya budak liar, namun tingkah lakunya akhirnya dikawal oleh Ihsan.. semalam, Hafiz ada bercerita pada aku yang memang selepas kejadian bila perjanjian itu dibuat, dia memang betul-betul tak sentuh minuman keras lagi.. malah dia memang sudah berhenti dari mengunjungi kelab malam yang kebiasaanya jadi tempat dia melepak.. namun entah kenapa dia tiba-tiba telah melanggar 'perjanjian' itu dan akhirnya dapat diketahui oleh Ihsan.. tapi Hafiz berkata pada aku, semuanya adalah 'tidak disengajakan'.. namun aku tidak pula mengerti dengan apa yang dia maksudkan dengan 'tidak disengajakan'.. kerana sampai hari ini, Hafiz masih juga agak berkeberatan untuk bercerita tentang hal itu dengan lebih mendalam..
"so, Hafiz nak cari Ihsan kat mana lagi?" tanya Irsyad..
"I don't know.. Hafiz sebenarnya buntu.. Hafiz langsung tak leh contact dia.. abang Ihsan pun takde contact Hafiz langsung.. Hafiz rasa risau.."
"bawa bertenang okay.. dia tak apa-apa.." aku masih lagi memujuk Hafiz untuk tidak begitu gelisah.. "dia merajuk je tu.." kataku lagi..
"Hafiz takleh bertenang selagi tak jumpa dia.. macam mana abang Fahri boleh kata bertenang kalau kita sendiri pun tak tahu apa yang jadi pada dia.. di mana dia berada sekarang.. kita tak tahu pun kan??"
aku terdiam.. Hafiz memandang mata aku tajam.. entah kenapa aku mula rasa bersalah.. pada saat ini aku mula menjadi teragak-agak.. namun akhirnya aku berkata juga..
"actually, semalam Ihsan ada contact aku.." kata aku perlahan.. kepala aku tundukkan ke lantai..
Hafiz terkejut.. begitu juga dengan Irsyad..
memang benar, semalam Ihsan ada menghubungi aku.. tapi hanya seketika.. aku juga terkejut bila dia akhirnya menghubungi aku.. lalu aku katakan pada dia yang Hafiz jadi risau sangat-sangat.. tapi balas Ihsan dia kata dia tak apa-apa.. tidak ada benda yang harus dirisaukan.. dia kata yang dia hubungi aku pun sebab nak cakap dia tak apa-apa..
"kenapa abang Fahri tak cakap pada Hafiz?" Hafiz inginkan kepastian..
"sebab dia kata jangan beri tahu Hafiz.." balasku..
Hafiz terdiam.. hatinya timbul rasa sedikit marah namun dalam masa yang sama mula timbul perasaan lega di hatinya..
"so, kita patut pergi tempat dia.." kata Hafiz..
"but aku pun tak tahu dia di mana sekarang.. dia ada contact aku, tapi dia tak cakap pun dia ada kat mana sekarang.." balasku jujur.. memang benar Ihsan ada hubungi aku tapi dia langsung tak beri tahu yang dia ada di mana..
Hafiz mengeluh.. separuh hatinya memang rasa marah pada Ihsan sebab membuatkan dia berasa bimbang.. dan separuh lagi dari hatinya mula merasa lega bila mendengar apa yang telah aku beri tahu padanya.. tapi sekarang ni adalah persoalan di mana Ihsan berada sekarang ni.. di mana dia tinggal dalam tempoh tiga hari ni langsung tidak kami ketahui.. hanya sekali dia menghubungi aku, sekadar memberi tahu yang dia tidak apa-apa..
dalam saat ini, aku mula berfikir mengenai Ihsan.. sikapnya agak membuatkan aku tertanya-tanya.. seolah-oleh aku seakan mula memperlajari dirinya kembali.. orang kata setiap manusia akan berubah juga pada satu hari nanti.. dan pada saat ini aku mula sedar yang aku mungkin perlu mempelajari sikapnya semula.. insan yang kini aku rasa lain dari dirinya yang aku kenal dahulu..
"so, nak buat apa lah sekarang?" tanya Irsyad.. "Fahri kata Ihsan just takde apa-apa je.. kalau nak cari di mana dia berada sekarang, rasanya tiada sesiapa pun yang tahu di mana dia berada sekarang ni pun kan.. so, macam mana lah sekarang.. "Irsyad memandang ke wajah Hafiz..
"nampak gaya nya kita just perlu tunggu dia.. tunggu kalau dia akan contact sesiapa pada masa nanti.. so sekarang, Hafiz pun tak nak buat apa lagi dah.. just hanya menunggu perkhabaran dari abang Ihsan.." balas Hafiz..
"macam mana dengan projek kau, Hafiz? dah siap? rasanya minggu depan kan kena hantar.." tiba-tiba Irsyad bertanya semula..
"oh, pasal tu.. Hafiz fikir mungkin akan tarik diri.. pada saat ni Hafiz asyik fikir tentang abang Ihsan je.. tak boleh nak fokus.."
"rugi lah kalau macam tu.. bukan dulu kau yang beria-ia nak join kan.. tak kan lah nak stop pula.. aku pun ada juga tengok hasil kerja kau setakat ni.. nampak menarik je.. tentu akan jadi sesuatu yang 'mengujakan' bila kau dah hantar nanti.." kata Irsyad lagi..
dahi aku berkerut.. dalam otak aku berfikir, projek apa pula yang mereka bincangkan ini? Hafiz ada masuk dalam sesuatu perkara ke? lalu aku memandang pada wajah Hafiz.. sebenarnya aku mahu dia beri tahu aku apa yang dimaksudkan dengan projek oleh Irsyad itu..
"projek apa?" akhirnya aku bertanya..
"arts competition.. budak Hafiz ni join satu arts competition.." balas Irsyad..
terus aku pandang wajah Hafiz lagi.. dia masih lagi mendiamkan diri..
"macam menarik je.. tak tahu pula kau suka benda-benda macam ni.." kata aku pada Hafiz..
"ianya adalah menarik kalau kau tahu theme apa yang budak Hafiz ni cuba bawa kan.. dah tahu ke theme dia apa?" tanya Irsyad..
"apa dia? aku tak tahu.. ni first tahu Hafiz ada join benda macam ni.." aku mula ingin tahu..
"homosexuality arts.. mengujakan bukan?" Irsyad tersenyum..
aku terkejut.. biar betul itu tema yang Hafiz buat.. seakan sukar untuk aku percaya, kenapa pula Hafiz boleh berani buat tema macam tu? tema yang sangat berat.. bukan semua orang boleh menerimanya.. lebih-lebih di negara ini.. lalu serta-merta aku mengalihkan pandangan ke arah wajah Hafiz cuba inginkan kepastian..
"kau mesti terkejut, tak begitu? aku pun mulanya terkejut juga.. but last-last jadi excited nak tahu hasilnya macam mana nanti.. budak Hafiz ni memang berani.." kata Irsyad..
"kau memang terlalu open lah Hafiz.." kataku jujur..
"itu lah yang susah dengan orang seperti kita.. sentiasa menipu diri sendiri.. di kelilingi dengan ketakutan hanya kerana mempunyai perbezaan perasaan.. maka 'kisah perasaan' itu akan sentiasa terkubur dalam bayang-bayang ketakutan.." akhirnya Hafiz berkata-kata..
tergaman, aku menelan air liur.. entah kenapa pada saat ini kaku dengan kata-kata Hafiz itu.. satu nada yang serius, tapi ia juga adalah satu nada kejujuran.. pada saat ini entah kenapa perhatianku mula tertumpu pada anak muda di depan mata aku ini.. terlalu banyak kejutan yang telah dibuat oleh anak muda ini pada aku.. mengenai kepercayaannya pada Tuhan, dan kini mengenari seni 'kisah perasaan' darinya..
pada hari itu, baru lah aku tahu yang Hafiz mengambil jurusan seni halus dalam pengajiannya.. selama ini aku tidak pernah bertanya akan apa yang dipelajarinya di universiti.. tidak pernah terlintas akan soalan seperti itu di minda aku.. aku pelajari tentang Hafiz mengenai beberapa perkara mengenai dirinya.. kadang-kadang ia adalah sesuatu yang menakutkan diri aku.. mengenai kejujuran pada dirinya, mengenai sikap ingin tahu yang begitu kuat dalam dirinya, malah juga pada keberanian mengenai perasaan.. mengenai hal semua itu seakan mula menarik perhatian aku untuk mengenali dirinya dengan lebih mendalam lagi.. mungkin juga hal ini kenapa Ihsan memilih untuk dekat dengan dirinya.. ada sesuatu pada dirinya yang buat kita menjadi lebih ingin tahu.. sesuatu mengenai rahsia hati..
lalu Hafiz ada berkata pada aku, "seni adalah perasaan.. ia adalah sesuatu yang buta.. seni juga adalah bayangan hati.. seni adalah cerita dari hati yang jujur.."
mendengar kata-kata itu membuatkan aku berfikir mengenainya.. berulang kali, aku mula menyebut perkataan itu..
seni adalah cerita dari hati yang jujur..
menyebut, dan menyebutnya lagi..
pada malam itu, aku mula bermimpi..
duduk di satu ruangan yang agak gelap, aku sedang menghadap seseorang.. aku tidak mengenakan sebarang pakaian.. hanya berseluar sahaja.. di sebelah kiri aku terdapatnya sebuah jendela cermin yang besar.. ada langsir putih yang panjang menapis sinaran mentari dari terus menerangi isi rumah.. hanya sebahagian dari tubuhku yang menghadap jendela terdedah pada cahaya, manakala di bahagian yang bertentangan pula dengan jelas dilindungi oleh bayang.. terdiam membisu, aku memandang ke hadapana.. aku sedari yang aku sedang diperhatikan oleh seorang insan di depan mata aku membuatkan aku menjadi sedikit gemuruh..
aku tidak tahu, kenapa aku berada di sini.. kenapa aku duduk saling memandang pada insan itu.. cuba aku kenali wajah insan yang ada di depan mataku itu, namun pandangan adalah begitu kabur..
terdiam kaku di kerusi, aku hanya berterusan memandang pada insan itu..
lukis lah dengan kasih sayang..
tiba-tiba kedengaran satu suara berbisik..
aku tergamam.. aku mula tercari-cari dari mana arah suara itu.. ternyata ia datang dari insan di depan mata aku..
dia hanya memandang aku.. ada sesuatu yang dipegang pada tangannya.. lalu aku lihat insan itu mula menconteng pada satu kertas.. di sebalik pada bayangan kabur itu, cuba aku melihat wajah dirinya.. tidak begitu jelas, tapi aku rasakan yang wajahnya hanya kelihatan serius..
aku melihat pula pada tangannya yang ligat tengah menconteng sesuatu pada kertas.. satu pergerakan yang pantas, namun penuh terkawal dan berhati-hati.. kemudian, mataku teralih pula pada bibir si pelukis itu.. aku dapati akhirnya dia tersenyum..
mmmm......skit sgt point yg aku dpt... like...boring...where's the others???.. hahaha..harapnyer cepat lha siap k....
ReplyDeletei know part kali ni mcm xde apa2 je.. spatutnya part kali ni panjang sikit.. tp i decide utk stop setakat ni je dulu.. actually ada byk idea nk ditulis utk part kali ni tp lebih kpd masalah 'flow' cerita sama ada ia akan bagus klu aku tulis utk part kali ni or x.. lalu aku fikir mcm x bagus aku tulis dlm part kali ni.. nk buat kesinambungan cerita mcm mana.. klu part dulu ada cerita yg saiful ada lukis potret fahri, so aku beri 'clue' utk the next part, fahri akan jumpa potret tu semula.. bagaimana? i think dlm cerita ni pun mcm dh ada clue dia..
ReplyDeletePutera-citer ni x brapa best sgt la..
DeleteBoring. ..... btw... tahniah kerana terus menulis... lepas ni xtahu lgi baper tahun bru next part
ReplyDeleteAgak ar....x kan la fahri tu kejam sgt smpai x igt kan saiful.kesian saiful...da la menaruh hrapan dkt fahri...sakit plak tu...mmmm...aku x sabar nak taw ape pnyakit saiful n nak tgok reaksi fahri..harap citer ni akn best..huhuu...
ReplyDeleteangin bertiup... berubah halanya....
ReplyDeletePendek kan je watak hafiz tu... dari teruja dah lesu novel ni.. baik fokus syahir saiful amir liyana. . Ada gak mood.. menyemak je watak hafiZ tu coz lama sangat tunggu..
ReplyDeletesebab da lama xlayan cter ni... nk baca pun mcm... hmmm
ReplyDeletetp... haha
not bad what.. ok la :D
cant wait for the next episode
bagi aku part ni best! hahahahah, tapi ye la, bahasa agak skema, wa layan je la. by the way, biaq pi la orang cakap, tapi part ni quite catchy jugak. lagi-lagi yang mula tu.
ReplyDeletePutera cadang nak pasarkan novel ni ke nanti?
ReplyDeletebila aku baca kisah ini(walaupun umur dah 50), mmg terkena pada lubang hidung sendiri... mmg aku akui ianya mula wujud sejak aku di tingkatan 2 lagi... menyayangi kaun sejenis.. sehingga sekarang ianya masih ada... masih x hilang lagi... aku dah usaha untuk membuangnya jauh2 dari sudut hati... namun ianya tetap kekal... masih ada... entahlah, akupun tak tahu nak buang macam mana... Perasaan entah apa... aku masih merahsiakan identiti aku.. hanya beberapa org yang tahu naluri aku... pelik... aku dah bosan. aku ingin keluar dari punya keinginan sebegini...
ReplyDelete