Monday 27 January 2014

Baca, Baca, Baca dan Baca

aku ni dari kecil dulu memang suka baca buku.. sampai lah ke besar ni minat aku untuk baca buku tu still ada gak.. tapi kalau aku perhatikan lah, dulu dan sekarang benda apa yang aku suka baca tu berubah-ubah.. so, kiranya aku ni dah baca banyak benda lah.. so, aku nak cerita perkembangan minat aku, apa yang aku suka baca dulu, sampai lah sekarang..



Tahun 1 - 6 : (Ensiklopedia)

percaya atau tak, aku waktu kecil-kecil lagi aku dah suka baca ensiklopedia.. memang sangat berbeza dengan budak seumur aku time tu, yang suka baca buku cerita.. aku memang lagi suka ensiklopedia berbanding buku cerita.. aku masih ingat lagi, time sekolah rendah dulu, library kita orang dapat koleksi buku baru.. time aku selalu je nak skodeng-skodeng pelbagai jenis buku ensikloepedia yang baru dalam library, tak sabar sangat nak baca buku-buku tu semua.. asyik pergi library, ternanti-nanti, bila lah mereka nak keluarkan buku-buku baru tu bagi student boleh pinjam.. time mereka dah mula letakkan buku-buku tu semua, aku memang dah syok habis lah.. banyak benda aku baca.. aku minat banyak benda.. still ingat lagi dalam minda aku ni buku-buku yang aku pernah baca tu.. antara nya tentang sejarah seperti Kerajaan Aztec, Viking, Roman, India.. masih ingat lagi mengenai bab dalam buku Viking yang mereka bunuh seorang raja kristian.. masih ingat lagi dalam buku tamadun Aztec, mengenai upacara korban mereka.. buku-buku tentang angkasa lepas, tentang planet semua.. buku tentang geografi.. percaya or tak, waktu kecil lagi aku dah boleh nak hafal peta dunia.. aku suka lukis peta dunia kat atas pasir tak pun di kertas.. aku pun dah boleh tahu beberapa negara letak kat mana di atas peta dunia.. baca tentang ensiklopedia mengenai pelbagai budaya dari kaum yang berbeza.. apa beza antara Asia, Afrika, Europe or America semua tu.. dari segi cultures semua.. mengenai haiwan.. tumbuh-tumbuhan.. aku minat sekali nak baca tentang dinosaur gak.. adalah beberapa gelaran aku panggil dulu.. dinosaur kepala panjang lah.. dinosaur badak sumbu lah.. dinosaur daun lah.. (agak-agak korang boleh tahu tak apa yang aku maksudkan tu?) senang kata, aku ni waktu kecil memang dah agak kaya dengan general knowledge ni semua.. memang berbeza sangat dengan budak lain time tu.. kalau di dalam library, budak lain duduk di ruangan buku cerita, aku pula kat kawasan yang banyak buku ensiklopedia.. rasanya hampir semua buku ensiklopedia dalam library aku dah baca..



Tingkatan 1-4 : (Komik)



pada umur ni pula aku mula minat dengan baca komik.. paling aku suka dulu kumpul majalah komik Gempak Starz tu.. setiap kali ada keluaran baru, aku akan beli.. so, aku pun memang minat gak komik-komik keluaran Gempak Starz.. kalau majalah Kreko tu aku tak minat sangat.. komik macam Under 18, Le Gardenie and macam-macam lah.. banyak sangat sampai tak ingat.. senang cakap komik dari pelukis macam Zint, Kaoru, Ben, Keith and macam-macam lagi lah.. and baca gak buku dari negara lain macam 80' C.. komik '80'C' ni adalah antara genre komik percintaan pertama aku baca.. biasanya aku suka komik aksi.. so, kalau antara komik cinta pertama tu, tentu lah ia antara buku yang mempengaruhi aku mengenai soal cinta ni.. memang banyak giler lah komik aku kumpul dulu.. kalau difikirkan semula benda ni macam mengimbau nostalgia.. antaranya macam 

Helios Eclipse - Jinggo - Gengkey - Mat Gempak - 143 - Falcon - Kaoru's Cake House - Pieces - Hero - ELI - Jangka Atribut - Lawak Kampus - Fatal Chaos - Wasabi

and banyak lagi wei.. memang nostalgia ni.. hidup penuh dengan komik.. hahaha.. memang dulu memang nak beli komik je.. wajib beli kalau dah terpandang...

oh my.. memang nak sangat-sangat kalau ada antara komik ni dijadikan animasi.. contohnya Lawak Kampus ke.. memang famous kot sampai sekarang.. budak-budak tentu suka dengan karya Zint yang banyak fighting kalau dijadikan animasi gak..

and of course bila baca komik ni ada mempengaruhi aku gak.. kat my FB aku pernah update status kata dulu aku pernah ada simpan niat nak jadi illustrator nak jadi pelukis komik lah.. kiranya kalau masuk uni nak ambil course seni reka grafik semua ni lah.. then boleh lah kononnya aku lukis orang hensem-hensem.. hihi.. angan-angan dulu je lah..



Tingkatan 3 - umur 19 tahun : (Novel)



actually, aku dah mula start baca novel time tingkatan tiga.. novel pertama aku baca dulu adalah Ombak Rindu.. hahaha.. tapi tu tak habis.. selama ni memang aku tak pernah habis baca novel-novel ni.. even novel KOMSAS pun aku tak baca.. then antara novel pertama aku baca (yang tak habis baca pun) macam Pilot Cafe karya Ahadiat Akhasyah tu (betul ke ejaan ni?).. aku tak pasti lah novel apa yang first aku baca sampai habis.. mula-mula tu aku baca novel-novel kakak aku punya.. memang banyak giler novel kakak aku.. memang pengumpul novel lah.. then aku mula lah beli novel aku sendiri.. aku pun time tu jiwa remaja.. mula-mula tu aku minat baca novel bukan cinta, tapi lebih kepada fantasi.. banyak novel dari keluaran PTS ONE yang khusus untuk remaja aku mula baca.. memang pada saat aku form 4 aku memang suka beli novel.. kakak aku pun suka marah-marah sebab asyik nak beli novel je.. aku time tu suka baca novel yang sudah dialeh bahasa.. sebab time tu aku mana lah terer nak baca bahasa inggeris ni semua sangat.. contohnya novel seperti Memoirs of a Geisha.. Harry Potter.. Twilight pun aku baca yang BM punya.. hahaha.. sebab tak reti sangat nak baca english.. waktu aku time sekolah lah.. selain itu, antara novel aku suka adalah novel sejarah seperti kisah Sultan Muhammad al-Fateh.. Salahudin.. kisah di Cordova.. cinta-cintun ni aku mulanya tak minat sangat.. tapi lepas tu mula lah aku pun mula suka baca novel cinta ni.. tapi aku suka yang genre islamik.. novel yang aku baca time tu antaranya macam 

Ayat-ayat Cinta - Ketika Cinta Bertasbih - Shahadat Cinta - Musafir Cinta - Makrifat Cinta - Yusuf dan Zulaikha

memang minat kot baca novel cinta islamik dulu-dulu tu.. macam biasa lah buku-buku aku baca banyak yang mempengaruhi aku.. misalnya dalam novel aku sendiri, Unspeakable Love.. watak utama Fahri tu diambil dari nama watak utama Ayat-ayat Cinta.. sebab aku suka dengan watak Fahri dalam Ayat-ayat Cinta.. seperti aku cakap lah.. aku ni lagi suka baca novel yang sudah dialeh bahasa.. karya luar negara jadi BM.. usually aku baca keluaran PTS Litera.. for me novel macam ni konferm best sebab novel tu dah famous sebab tu mereka alih bahasa macam karya oleh John Grisham.. so, antara novel aku minat gak adalah dari tetralogi Laskar Pelangi iaitu

Laskar Pelangi - Sang Pemimpi - Edensor - Maryamah Karpov

kemudian, ada titik perubahan dalam minat aku dalam nak baca novel ni.. semuanya bila aku terjumpa novel yang berjudul Cinta Tanpa Noktah, yang agak bergenre PLU juga lah sikit-sikit.. lepas tu minat aku yang suka baca novel cinta islamik, non-cinta mula berubah kepada novel-novel bergenre 'songsang'.. nanti aku cerita tentang hal ini dengan lebih detail..



Umur 18 - 20 tahun : (Keagamaan/Teologi)



aku ni kecil-kecil dulu takde lah minat dengan 'keagamaan' ni sangat.. serius cakap aku dulu selalu je ponteng kelas mengaji semata-mata nak tengok drama kat TV.. hahahaha... even waktu aku sekolah menengah pun my interest tu takde lah ke arah keagamaan ini sangat.. but i think, for sure lah, my interest tu mula develop waktu aku Tingkatan 5 bila aku kerap berbual dengan teman rapat aku time tu seorang budak Iban, kristian mengenai agama.. ada cerita lah bagaimana benda ni start.. senang kata pada waktu malam kita orang usually macam ada satu diskusi mengenai agama ini semua.. dalam group diskusi tu dalam kelima orang.. 3 muslim, 2 kristian.. 2 muslim yang lain ini, macam agak provokasi.. maksud aku, mereka macam suka nak attack or mempengaruhi lah... macam Islam tu betul, Kristian tu salah.. gaduh-gaduh macam tu lah.. so, my christian friends dua yang lain ni for me mostly macam nak mempertahankan religion mereka lah.. aku pula kat situ bersikap neutral.. takde lah aku nak argue or gaduh-gaduh kata agama aku betul, agama kau salah.. dengar je apa yang mereka gaduh kan.. lama-lama aku mula syok lah dengan diskusi ini, sebab malam-malam kat asrama bilik kerap borak tentang hal tu.. so, my interest tu mula develop bila kawan kristian aku ni tunjuk Gospel.. (sebab kawan Islam aku tu kan gaduh siap guna dalil semua) so aku mula curious tengok Gospel tu.. sebab aku tertanya-tanya, kenapa Bible yang ini kecil je?? (sebab waktu tu aku fikir Bible = Gospel) sebelum ini aku pernah lah tengok bible yang dalam bahasa melayu, yang tu tebal je aku tengok.. bla bla bla bla.. panjang ceritanya.. senang cakap, start tu aku mula curious nak tahu, apa beza antara Bible dengan Gospel?? apa itu Psalm semua.. siapa itu Paul, Matthew , Luke, Mark and John semua.. then i realize lah actually banyak benda yang aku tak tahu tentang kristian itu sendiri.. selama ini most of the muslims (termasuk aku lah) we learn about Christianity based on apa yang orang Islam sendiri katakan.. bla bla bla.. panjang cerita nya ini.. aku malas nak cakap sangat tentang hal ini.. kalau aku nak cerita berjela-jela lah nanti..

senang kata lepas aku tamat sekolah menengah, interest aku pada 'agama' itu mula kuat gak lah.. aku start mula baca kitab Tafsir, mula nak selak-selak kitab hadis macam Hadis riwayat Muslim tu.. senang kata aku nak tahu tentang agama aku sendiri gak.. even my target lepas SPM tu nak masuk UIA.. hahaha.. macam tak caye je first choice letak UIA.. sebab aku ni bukannye jenis yang alim pun.. but i think, lepas kejadian tu 'agama' for me menjadi satu benda yang agak penting juga lah dalam pilihan aku.. so, disebabkan pernah berdiskusi mengenai bab antara agama ini semua.. bab, agama siapa yang betul, siapa yang salah.. aku mula banyak baca buku tentang benda-benda macam ini lah.. contohnya aku baca buku The Choice karya Ahmad Deedat.. beli buku tentang cerita kenapa orang itu memeluk Islam dan sebagainya.. baca buku biografi tentang Nabi Muhammad.. buku tu tebal wei.. tapi tak sangka aku boleh habiskan.. beli kitab tafsir aku sendiri.. malam-malam sebelu tidur aku akan baca.. so, aku tahu apa yang ditulis dalam al-Quran tu sendiri, takde lah kita baca (dalam bahasa Arab) tapi actually kita tak faham pun apa yang kita baca tu..

asalnya aku hanya baca buku-buku yang mengenai Islam dan ditulis oleh orang Islam.. tapi, my interest mula untuk mengetahui tentang agama orang lain gak.. start tu aku mula sedar yang aku ni jenis yang minat dengan 'teologi'.. then aku mula beli satu ensiklopedia yang menceritakan tentang agama-agama terbesar di dunia macam Islam itu sendiri, Kristian, Buddha, Hindu, Sikh, Yahudi semua tu lah.. malah aku pun ada beli bible juga.. aku beli DVD tentang sejarah kehidupan Buddha.. beli buku karya Deepak Chopra berjudul Jesus.. buku-buku mengenai agama lain.. banyak lah buku mengenai 'World's Religions' ni.. so, kiranya aku ni dah ada sedikit-sebanyak pengetahuan mengenai agama-agama utama di dunia lah.. 

part ni kalau aku nak cerita actually panjang.. tapi aku malas je nak cerita sangat.. post-post sebelum ini pun dah ada citer gak.. sebab kalau nak citer bab agama ini agak sensitif sikit.. kena pandai tulis.. kalau aku cakap macam itu or ini, takut orang boleh salah faham..but senang cakap lah.. aku just kata, aku mula ada develop minat mengenai teologi.. but sekarang ini aku dah kurang sikit nak layan benda-benda macam ini.. sebab sekarang ini my interest mula beralih pula pada benda lain.. 



Umur 19 - Sekarang : LGBT



tadi ada cakap selepas aku baca novel Cinta Tanpa Noktah tu, ia macam jadi satu turning point gak lah.. aku start mula nak cari benda-benda yang macam ni.. maybe sebab aku suka buku tu sebab ia sedikit sebanyak boleh relate dengan diri aku sendiri gak.. manusia memang mudah suka pada benda yang ada kaitan dengan diri sendiri.. tapi disebabkan kat Malaysia buku macam ini susah nak dicari, so minat tu terbantut sekejap.. tapi tida dalam tempoh yang lama, aku mula study kat Aussie pula.. agak free kat sini.. more privacy.. bukan kata aku senang nak cari buku genre macam ini lah kat Aussie.. tapi disebabkan aku dah mula pandai beli online, so, jadi senang lah nak beli itu ini.. 


but, kalau aku nak beli, akan akan beli yang something boleh relate tentang diri aku.. maksud aku kalau buku tu berjudul LGBT then berkaitan dengan Islam or Melayu/Malaysia, baru aku akan beli.. so, agak banyak juga lah buku yang aku dah mula beli secara online.. misalnya,

Unspeakable Love : Gay and Lesbian Life in the Middle East - Homo Jihad - Orang Macam Kita 

kebiasaannya aku suka baca benda macam ini secara online.. novel PLU secara online.. sebab aku lagi suka baca kisah-kisah orang melayu yang pasti untuk novel PLU melayu agak sukar untuk dicari.. so, cara untuk mencarinya adalah secara online lah.. so, banyak juga lah cerita-cerita novel melayu yang aku dah baca.. macam,

Nafas - Potret - Aku Rama-rama - Untukmu Im - Sisi Gelapku - Asrama - Pernikahan Sulit

and banyak lagi lah.. so, sekarang ini kalau aku kat kedai buku kat Malaysia entah kenapa aku macam asyik tercari-cari buku-buku macam ni walaupun aku tahu benda tu macam susah nak dicari.. kalau ada, mesti macam terselindung kat mana-mana.. kot-kot ada novel best or buku non-fiction yang best di luar sana.. 


9 comments:

  1. novel orang macam kita tu mana ko rembat???
    macam best jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni aku beli online je.. klu nk cari kat kedai mcm dh xde je..

      Delete
  2. Cuba cari roman berahi karya a.j. abdullah.. ada pasal lgbt..
    Kelabu novel fixi dah baca? Yg tu pon ada pasal lgbt
    Nak tahu jugak ulasan dr putera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu kelabu more to lesbian...ader 1 lg buku ni...murtad...klu x silap ak la yg psal gay....hehehhe...

      Delete
    2. ada terasa gak nk beli buku FIXI.. but sejak dua tahun ni kn stay kat oversea, mcm x pernah nk dpt beli lh.. cuma aku x tahu lh apa kandungan isi novel tu.. mcm aku ckp lh, genre mcm ni ada, tp mcm trsembunyi.. so susah nk cari..

      Delete
  3. yang bab dinosor tu aku minat... siap potostat bagai... stakat iguanodon...brontosaurus, t-rex,triceratops.... siap time oral, syok sendiri cerita pasal kepupusan dinosor...hak hak hak..

    ReplyDelete
  4. Le.Gardenie!!! Kena cari balik ni komik ni

    ReplyDelete
  5. salam..ad lg x le gardenie chap 1.. klau ad sye nk bli.. msg sye 0132826108

    ReplyDelete
  6. Download kt pdf.or pi kat blog nizam zakaria..he is plu..and he is director..alotz of online nove he wrote..

    ReplyDelete