Monday, 31 March 2014

Perempuan dan PLU







bila aku tengok ada perempuan yang add my FB, aku ni mula start curious.. fikir, apasal lah dia nak add my FB? actually ada banyak juga lah girls yang add my FB.. nak kata banyak sangat tu, takde lah banyak sangat.. ada yang send a private message to my FB je.. add takde lah.. kira macam dorang just nak tanya-tanya something.. but takde pula add.. ada yang macam tu.. ada yang add my FB, then takde contact or cakap apa-apa lepas tu..

tapi aku layan je lah kalau ada yang nak tanya soalan ke or approve kalau yang add my FB..

kalau ikut pengalaman aku lah, aku tengok macam ada persamaan pula.. misalnya macam ada beberapa girls ni yang send a message.. then minta,

"nak novel gay/PLU boleh?"

most of the time aku akan cakap macam ni..

"boleh je.. but novel-novel ni banyak yang 18SX.. tak kisah ke?"

then jawab..

"tak kisah.. saya nak guna untuk jadi bahan kajian.."

kening aku dah terangkat sikit.. bahan kajian?? tapi sebenarnya aku tak surprise lagi dah.. sebab bukan pertama kali.. actually dah banyak kali juga lah girls minta novel PLU kata guna untuk research lah.. sebab tu aku kata, macam ada persamaan.. kenapa ada je girls yang minta kata nak guna bahan research lah..

then aku pun tanya..

"nak buat kajian pasal apa?"

jawapan yang diberikan seperti berikut..

- kata assignment uni, sebagai bahan bacaan
- kata nak tahu kehidupan PLU macam mana..
- nak tahu apa punca orang jadi PLU
- kata sebab dia ada kenalan PLU.. then curious kenapa kawan dia jadi macam tu.

tapi, ada je yang minta novel PLU, tapi takde pula kata untuk jadi bahan research ke apa.. just untuk baca-baca je, tak beri tahu reason kenapa nak baca novel-novel macam ni semua.. aku pula malas nak tanya kenapa nak baca novel macam ni.. senang cakap, kira ada lah beberapa orang girls yang mesej aku minta bahan bacaan 'songsang' ni semua.. ada yang beri reasons kenapa nak baca, ada yang tak beri reasons..

and, ada je girls yang add my FB, tapi tak cakap apa-apa pun.. tak pernah contact..

ada je girls yang add my FB, tapi tak minta novels PLU, just nak borak-borak je..

yang aku tahu lah.. girls yang add my FB, sama ada pengkid or lesbian.. tapi actually banyak je yang straight-straight ni..

aku maybe tak tanya pada mereka, kenapa add my FB? but actually yang tersirat dalam hati ni macam curious gak nak tahu apa reason mereka.. aku okay.. layan je..



but apa yang aku nak simpul kan macam ni..

-mostly girls ni semua jenis yang curious kot.. nak lebih memahami orang PLU ni macam mana..
-maybe ada beberapa kenalan mereka yang PLU, so mereka start curious pasal benda ni..
-I think, girls are more tolerate dengan orang PLU-PLU ni semua.. sebab ada girls straight add my FB.. takde lah nak kutuk-kutuk ke apa.. macam mereka ta de problem sangant dengan orang PLU..








#aku tahu ramai yang ternantikan sambungan citer Unspeakable Love part 34.. hahaha.. but aku agak busy recently.. around these two weeks still busy ni.. but kalau dah ada kelapangan tu, aku akan cari waktu untuk sambung citer tu.. my priority untuk sambung citer tu bila dah semua benda dah selesai..

Monday, 17 March 2014

Abang Long Muscle -Part 3-

kali ni aku nak cakap pasal seorang watak yang aku ada pernah cerita gak dalam blog ni.. kalau yang tahu, aku nak sebut semula.. dalam blog ni aku panggil 'abang long muscle'.. sebabnya?? sebab tu gelaran first yang aku dengar pasal dia sebelum aku tahu nama dia lagi.. tapi gelaran just main-main je lah tu dari orang-orang lain.. sebab kenapa dulu-dulu orang panggil Abang Long Muscle, sebab waktu tu orang stay dalam satu rumah, dia yang paling berusia (kira abang long lah) and body pun bagi aku agak berbentuk gak lah (time tu).. kata orang macam sador-sador sikit.. so, dari situ lah macam mana dia dapat gelaran Abang Long Muscle.. tapi sekarang orang tak gelar dia macam tu dah.. aku je yang masih ingat lagi dengan gelaran tu..

nak dipendekkan cerita mengenai kisah aku dengan abang long ni.. kiranya waktu aku first time kat Australia dan dia pun sama gak first time, pada tahun pertama tu kiranya macam ada banyak benda juga lah yang berlaku antara aku dan dia.. bagi aku lebih kurang macam satu konflik (dalaman) sebenarnya.. kiranya aku (asalnya) tak berapa nak berkenan dengan abang long ni... banyak benda lah yang aku kurang senang tentang dia ni.. dari segi cara dia bercakap dengan aku.. cara dia layan aku.. cara dia pandang aku.. kira dalam pelbagai aspek banyak benda yang berkonflik dengan aku.. sesuatu yang aku tak berapa nak suka.. kalau dia bercakap dengan aku pun aku buat-buat macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan.. walaupun benda tu sebenarnya serius, aku tak berapa nak ambil kisah sangat.. sebenarnya macam ni, dia cakap benda serius, tapi aku ragu-ragu sama ada dia serius ke tak sebab dia selalu cakap benda main-main dengan aku.. so, lama-lama jadi macam 'i dont care' kalau dia nak bercakap dengan aku.. so, aku macam jadi orang 'celaka' kat dia macam 'hei, aku cakap dengan ko tapi tak ambil peduli ek?'.. macam tu lah.. jangan salahkan aku.. bukan maksud nak biadab ke apa.. sebab kalau orang suka cakap main-main sebelum ni, kalau kita cakap serius, orang pun mula ragu-ragu sama ada betul ke tak ko serius? faham tak maksud aku?

dia ni sebenarnya suka nak nasihat kan aku.. tapi cara dia nak nasihat tu di mata aku macam 'agak kasar'.. 'agak tajam..' kira nasihat orang yang lebih matang kepada yang masih muda.. tapi cara dia nak nasihatkan aku tu, aku rasa tak berapa nak berkenan.. sebab aku ni jenis yang ego tau sebenarnya.. seriously aku ni ego sangat tinggi.. satu yang kita tahu apa kelemahan kita, but kita tak nak orang cakap pasal kelemahan kita tu.. aku tak suka kalau orang 'sentuh' pasal kelemahan aku or aku nak admit kelemahan aku.. i think maybe sebab aku jenis yang malu nak admit kelemahan aku.. walaupun sebenarnya kita perlu kan 'guide' dan 'help' dari seseorang sebenarnya.. and memang betul, actually waktu tu aku memang sepatut memerlukan 'pertolongan' dan 'bimbingan' sebenarnya.. dan abang long sebenarnya realize pasal benda ni (yang actually i need some help or guide dari seseorang) dan dia pun selalu gak nak nasihatkan or nak ingatkan aku (dengan cara 'kasar' dan bahasa main-main dia tapi sebenarnya adalah satu nasihat yang serius).. yang jadi masalahnya juga aku ni sebenarnya jenis yang malu nak minta pertolongan.. ni kes apa sebenarnya? actually ni tentang kes dugaan hidup kat perantauan lah.. benda-benda kehidupan..

so senang cakap sebelum ni aku memang tak suka sangat dengan dia.. aku juga sebenarnya macam takut gak kalau nak jumpa dengan dia.. sebab kadang-kadang aku rasa dia kalau dia cakap dengan aku macam marah-marah.. dan aku pula jenis yang tak suka kena marah.. kadang-kadang pula bunyi cakap main-main... tapi dalam marah dan main-main tu kadang-kadang terselit benda yang serius yang dia sampaikan.. benda ni buat aku konfius macam tak faham dengan apa yang dia nak cakapkan.. lama-lama aku jadi macam 'i dont care'.. dia sebenarnya bergurau je dengan aku.. tapi most of the time aku macam ambil hati juga lah.. lalu dia pun cakap aku sombong sebab tak layan dia.. aku tak perlu explain lagi lah kot kenapa aku tak layan dia.. bukan tak nak layan, tapi sebab aku kofius antara dia main-main ke serius kalau dia bercakap dengan aku..

nak dipendekkan cerita lah, pada tahun pertama aku kat Australia, memang aku ni tak berkenan sangat dengan dia.. walaupun tak berkenan, tapi aku agak selalu gak jumpa dengan dia.. lagi pun time tu aku stay menyewa rumah seorang diri, dan rumah abang long antara rumah paling dekat dengan rumah aku.. kalau aku nak gi uni, memang akan kena lalu depan rumah dia dulu.. so, dah nama hidup di perantauan kan, nak tak nak kena lah bergaul dengan orang Malaysia yang ada.. dan jadi problem juga waktu tahun pertama aku di Australia adalah sebab time tu aku antara student termuda.. dan aku ni actually sebelum ni jarang bergaul dengan yang lebih berusia.. jadi memang awkward gila nak bergaul dengan 'abang-abang' semua.. aku ni macam jenis yang 'anti-orang dewasa' sikit.. hahaha.. bukan tak suka.. just macam tak biasa dengan orang yang dewasa.. aku suka yang junior-junior je.. tapi waktu tu aku lah paling junior dari segi umur.. so, disebabkan aku jenis yang tak pandai nak bergaul dengan 'abang-abang' ni, sedikit sebanyak membuatkan lagi konflik dalaman aku dengan abang long muscle.. aku baru je nak biasa kan diri bergaul dengan yang lebih berusia, tapi abang long muscle layan aku macam celaka sikit.. dia suka perli aku.. walaupun aku jenis yang 'i dont care' kalau kena perli ke apa.. so, aku yang jenis tak berapa berkenan dengan yang orang dewasa ni, ditambah lagi jumpa orang lagi dewasa macam abang long muscle perangai poyo tu.. so, menghangatkan lagi konflik dalaman aku terhadap dia.. (secara diam-diam lah.. sebab aku ni jenis yang akan pendam.. kalau tak puas hati, tak suka ke aku tak lepas kat mulut)..

tapi waktu second year kat Australia macam jadi satu turning point sikit dalam tanggapan aku pada abang long muscle.. ye lah, aku kan tak berapa nak ngam dengan dia, but suddenly dia dah mula dapat my respect.. macam pelik sikit citer aku ni.. mula-mula tak suka.. tapi lama-lama dah macam hilang dah perasaan tak suka tu.. kes nya pila aku dapat satu problem ni, and then takdirnya abang long muscle ni lah orang pertama yang nak hulur kan bantuan.. aku pun macam tak sangka pula yang dia nak tolong.. ye lah, orang yang kita tak berapa nak suka, tapi dia lah yang first nak hulurkan bantuan.. (i think he is the only one yang selama ni sebenarnya yang banyak tolong aku dengan cara kata-kata sinis, kasar, main-main dia nasihat kan aku.. but aku just tak sedar pasal hakikat tu sebenarnya).. 

ingat lagi pada moment tu.. finally aku pun luahkan juga perasaan hati aku kat dia.. kata aku tak berapa nak suka kat dia.. kalau boleh aku nak jauhkan diri dari dia..

then dia pun cakap..

"orang yang 'jahat' kat kau ni lah tolong kau.. yang baik dengan kau tu ada tolong kau sekarang ni? aku kacau takde lah pukul semua kan?? tengok, yang 'jahat' ni juga lah banyak bantu kau.."

then pada saat tu aku macam tak terkata.. terus terdiam..

suddenly keegoan aku pun runtuh.. (serius aku cakap ego aku tinggi)

for some reason waktu dia cakap kat aku macam tu dengan nada kasar tapi macam ada nada main-main tapi sebenarnya satu ayat yang serius, entah kenapa tiba-tiba hati aku terus tersenyum bila kena marah oleh dia.. dia terus nak 'marah-marah' aku.. tapi aku dah boleh nak tersenyum kena marah dengan dia..

pada saat itu aku dah boleh nak sedar actually dia ada ambil berat pasal aku gak sebenarnya.. disebalik kata-kata, nasihat yang bernada sinis, tajam, kasar, mengejek, main-main selama aku di first year kat Australia dulu, actually terselit sikap ambil berat sebenarnya.. keegoan aku pun dah runtuh dan sekarang dah boleh iktiraf disebalik marah-marah dia sebelum ni, actually kalau nak compare dengan orang lain, sebenarnya dia lah yang paling ambil berat pasal aku... 

then dari saat tu aku pun tiba-tiba boleh pula terus timbul respect kat dia.. sebelum ni dia kan orang yang aku tak suka, tiba-tiba je boleh jadi orang yang aku respect.. lalu sejak hari tu, aku dah tak berapa nak ambil hati kalau dia nak kacau, perli aku lagi ke.. sekarang aku just akan senyum-senyum je or buat-buat normal.. and to be honest, timbul mula perasaan yang mengharapkan kalau boleh aku nak ada seorang ayah seperti dia.. marah-marah aku.. nasihatkan aku.. kiranya macam aku lihat abang long muscle, aku lihat macam seorang ayah yang marah-marah kat anak dia.. ayah yang nasihatkan anak dia.. nak guide semua.. sebab memang pada saat tu aku memang perlukan 'guide' dan 'help' dari seseorang.. mula-mula tu memang lah aku tak suka kat dia.. asal sikit ada benda lah yang tak kena pasal aku yang ditegurnya.. sampai aku fikir dia ni suka sangat nak cari salah aku.. but kalau difkirkan semula apa yang dia tegur tu sebenarnya betul.. aku ni je ego sangat nak admit kelemahan diri.. 

bercakap pasal aku lihat dia, aku terbayang akan imej seorang ayah.. seriously aku cakap aku terbayang macam tu.. bunyi macam kelakar.. but i really wish kalau aku ada ayah yang macam tu.. seorang ayah yang marah-marah (tapi ambil berat).. membimbing anak dia kalau ada benda yang perlu dibetulkan.. to be honest, my father tak macam tu.. and to be honest juga, i dont really like my father.. benda ni macam sesitif sikit.. family problem ni lagi sensitif bagi aku kalau nak dibincangkan.. senang cakap, aku tak rasa yang aku macam ada ayah.. ada ayah, tapi macam tak wujud je.. aku tak nak memburukkan ayah aku sebab macam aku cakap lah, family problem ni lagi sensitif lagi segala hal lain pada pendapat aku.. but apa yang aku nak cakap adalah, sejujurnya aku tak pasti sama ada aku akan sedih ke tak nanti kalau ayah aku dah tiada nanti.. even waktu my father jatuh sakit, aku langsung takde rasa apa-apa.. but aku accept, he is my father.. sebab aku fikir macam ni, mungkin Allah nak uji aku untuk terima siapa ayah aku seadanya.. jadi sebab itu aku accept he is my father.. aku anak dia.. but.. aku just tak sure, yang aku akan sedih nanti kalau suatu hari nanti ayah aku sudah tiada..

aku pernah cakap kat diri aku macam ni, kalau aku ditakdirkan untuk jadi seorang ayah, i just dont want to be like my father..

okay.. malas nak cakap pasal benda yang too personal.. senang cakap, i think aku dah mula start suka kat abang long muscle.. suka tu korang jangan salah tafsir okay.. sebab macam aku cakap lah, aku lihat dia, aku terbayang akan imej seorang ayah.. dia mungkin jenis yang poyo, (dia memang jenis yang poyo pun.. hahaha) but i think dia akan jadi seorang ayah yang baik kalau dah ada anak nanti.. actually, dia baru je kahwin awal tahun ni.. then aku pun tak sangka yang dia still sambung belajar kat tempat aku ni lagi.. sebab sebelum ni dia cakap mungkin dia nak sambung study kat UK kot.. 

ada benda yang funny pasal aku dengan abang long muscle ni.. aku kan dah cakap yang aku ni macam jenis 'anti-orang dewasa' sikit... and sekarang tengah nak belajar bagaimana nak bergaul dengan orang yang lebih berusia.. dalam blog ni dan my FB pun aku selalu juga cakap, aku tak suka nak panggil orang abang.. aku rasa janggal.. kalau aku nak berkapel sekali pun, kalau boleh aku tak nak yang berpangkat 'abang' sebab aku tak suka nak panggil orang abang.. memang bermasalah betul lah orang macam aku ni kan? bukan tak nak panggil abang langsung lah.. kalau saudara-mara aku boleh pula aku panggil abang.. tapi kalau kat orang lain aku rasa macam tak selesa.. senang cakap, kalau boleh aku cuba nak elakkan diri dari panggil orang lain abang.. sebab tu aku macam tak bergaul sangat dengan orang pangkat abang-abang ni.. 

but apa yang funny sebenarnya adalah, aku panggil abang long muscle sebagai abang.. hahahaha.. dia tua 8 tahun dari aku.. so, kenapa pula nak funny nya? sebab, kat sini aku mula sedar, aku seorang je yang panggil abang long muscle sebagai abang.. budak-budak lain takde pun.. EVEN budak perempuan bawah umur aku pun just panggil nama abang long muscle je.. aku pun macam.. eh, aku seorang je ke panggil dia abang kat sini?? ye lah, orang yang kononnya kata tak suka nak panggil orang lain abang lah, but boleh pula panggil abang padahal orang lain takde pula nak ber'abang-abang.. 

pernah ada orang ni tanya aku..

"kenapa panggil (abang long muscle) abang??"

aku just terdiam.. fikir.. adakah aku salah sebab panggil dia abang??

sebenarnya kat sini takde barrier sangat dengan gelaran abang adik ke.. kita rasa macam semua orang kawan-kawan kita.. bagi orang lain, tak salah pun kalau aku panggil abang long muscle dengan nama dia je.. sebab macam kawan-kawan je bagi mereka.. then orang lain pun kadang-kadang ada juga lah yang perli, kata siap panggil abang long muscle dengan panggilan abang okay.. orang lain takde pun nak panggil abang.. kecuali pada yang dah kahwin dan beranak lah.. yang tu memang panggil abang..

senang cakap macam ni, waktu first year dulu, aku kan paling muda.. then bila baru nak bergaul dengan yang dewasa ni, aku macam jadi curious dengan persoalan 'nak panggil abang ke tak?'.. sebab waktu tu aku paling muda..

aku ni memang lah kata tak suka sangat nak panggil orang abang, tapi at the same time, aku tak nak orang fikir aku ni rude.. lalu, mula-mula dulu tu almost semua orang aku nak panggil abang.. tapi sekarang yang lain aku just panggil nama je.. kecuali abang long muscle je yang still aku panggil abang.. hahaha.. mungkin dah terbiasa..

entah lah.. aku pun konfius dengan pangkat abang or kakak ni.. macam ada budak perempuan muda setahun dari aku ni.. dia panggil seorang perempuan (yang sama umur dengan aku) dengan gelaran kakak.. aku pun macam, apasal nak panggil kakak? padahal tua setahun je pun.. tapi dia panggil aku dengan nama je pula.. takde pula nak panggil abang.. entah lah.. aku pun konfius dengan penggunaan pangkat abang or kakak ni..

okay, sebagai penutup, aku nak share satu gambar ni.. gambar aku berdua-duaan dengan abang long muscle.. aku baru perasan yang selama ni aku tak pernah ambil gambar berdua-duan dengan dia.. kejadian ni baru je berlaku pada sabtu lepas.. ada perhimpunan student melayu sebagai sesi nak kenal-kenal dengan pelajar melayu baru.. abang long muscle yang ajak aku untuk ambil gambar bersama.. aku pun macam malu-malu sikit.. then.. KLIK!! ambil gambar.. so, bila aku tengok gambar ni, terus aku teringat semula kat abang long muscle tu.. sebab tu lah tiba-tiba aku tulis entri ni.. i think dia mungkin orang yang paling banyak meninggalkan kesan yang mendalam selama aku hidup kat Australia ni..





baru perasan.. abang long muscle pakai baju gambar Transformers lah.. hihihi.. tak perasan pula sebelum ni..
bila tengok gambar ni aku fikir, apasal abang long muscle lagi tinggi dari aku? bukan aku yang lagi tinggi dari dia ke? ada yang tak kena ni.. hurmm..
mungkin dalam pic ni takde lah 'bermuscle' sangat pun.. but to be honest, lately aku tengok dia memang nampak semakin kurus berbanding first year kat Australia dulu.. tak tahu kenapa.. kalau compare dengan dulu, dia dah banyak berubah in term of luaran fizikal lah.. yang lain ada makin sador, ada yang makin gemuk.. abang long pula aku tengok makin kurus pula..





read







kadang-kadang, orang yang paling annoying sekali pada kita 
adalah orang yang paling banyak bantu kita..
i think, macam tu lah kot kisah aku dengan abang long muscle..


Wednesday, 5 March 2014

Sokong Zen Zyker, MR. GLOBAL Malaysia






aku ni asalnye sebenarnya takde lah follow sangat pasal pageant ni semua.. kalau difikirkan lah, aku ni start kena exposed benda-benda ni semua bila aku ada follow satu page kat Facebook ni, ASEAN Community namanya.. page ni antara page FB yang aku minat dan sentiasa follow.. nak dipendekkan cerita lah, based on apa yang aku perhatikan lah, orang Filipina ni agak obses dengan pageant semua.. aku rasa tiada rakyat negara di dunia ni yang paling obses dengan pageant berbanding orang Filipina.. so, nak disingkatkan juga, admin orang Filipina bagi page ASEAN Community tu suka je nak update pasal pageant-pageant ni.. so, bila aku dah follow page tu, so memang aku pun terdedah lah dengan benda-benda ni semua.. asal sikit Miss World lah.. Miss Universe lah.. admin Filipina tu asyik post pasal yang tu je.. aku pun boring tengok.. 

lama-lama aku pun terdedah pasal pageant ni.. dari beauty pageant perempuan jadi pageant untuk lelaki macam Manhunt International lah, Mr. International lah dan macam-macam lagi..

kali ni aku nak cakap pasal another pageant untuk lelaki iaitu Mr. Global.. apa yang menarik pasal Mr. Global ni pada aku adalah disebabkan siapa wakil Malaysia untuk pageant ni.. aku rasa banyak juga yang tahu kot pasal ni.. PLU-PLU for sure banyak yang aware pasal benda ni.. kalau yang still tak tahu wakilnya adalah 'Zen Zyker'..

Zen Zyker ni aku dah kenal lama juga lah.. kenal kat FB je.. then kenal kat Instagram.. before dia join mana-mana pageant aku dah tahu dia.. first time tengok Zen Zyker ni aku tahu yang dia ni 'muslim' tapi aku curious pasal bangsa dia.. my first impression aku bila tengok dia ni "hurmm.. macam ada kacukkan siam je..".. so aku fikir dia ni mesti melayu-siam kot.. but yang pasti orang Islam lah.. 

ini lah yang menariknye.. sebab wakil Malaysia adalah orang ISLAM untuk pageant..

haaaaaaaaahhhhhhh.... kenapa??

sebab benda ni macam 'rare' dan agak 'lain' sikit bagi aku.. ye lah.. last year kan kecoh pasal orang perempuan Islam nak join Miss World Malaysia lalu satu Malaysia kecoh pasal benda ni.. tapi kali ni orang islam juga join pageant ni tapi yang bezanya orangnya lelaki.. dah tu ada darah melayu juga.. 

so, aku rasa macam... hurmmm..

aku neutral je okay.. aku fikir macam ni.. waktu perempuan Islam join pageant orang bising pula, tapi kalau wakil lelaki Islam yang join takde pula yang nak kecoh.. kalau kata perempuan takleh join sebab dedah aurat, tapi bukan kalau lelaki pun lebih kurang sama juga ke konsep nye??

aku takde lah kata aku tak suka kalau Zen Zyker ni join pageant ke apa.. but yang aku nak sentuh pasal 'riaksi' orang Malaysia macam 'berbeza-beza' ni.. hakikatnya untuk pageant lelaki, aku pun memang harapkan kalau wakil kita adalah yang berdarah melayu tak seperti kebiasaanya orang cina.. maybe aku rasa orang melayu lagi hensem kot or sesuai.. hahaha..

but, orang melayu-islam ni kan banyak perkara taboo nya.. salah satu perkara taboo orang melayu-islam ni bila kita nak cakap pasal aurat.. 

then disebabkan faktor aurat ni lah yang sebenarnya menarik perhatian aku pasal Zen Zyker ni bila dia join Mr. Global.. 

aku tertanya-tanya macam ni..


"adakah Zen Zyker ni akan shirtless berseluar dalam je nanti bila contest tu bermula??""


ni lah yang aku jadi excited nak tahu.. sebab apa? persoalan mengenai..


"adakah dia sanggup buat nanti??"


aku rasa lah kalau ikut mana-mana pageant, memang akan ada shoot seksi-seksi ni.. aku rasa termasuk juga dengan Mr. Global..

aku pernah terbaca ayat yang Zen Zyker ni pernah tulis before dia nak join pageant..

ayat dia lebih kurang macam ni..

"teringin nak join, tapi tak nak lah buka-buka baju semua.."

kiranya apa yang aku baca tu macam dia nak join tapi tak nak seksi-seksi...

so far, kalau ikut contestant semua kan, yang lain kita google gambar wakil negara lain, memang akan ada gambar mereka tengah seksi-seksi hanya berseluar dalam sahaja.. malah wakil Indonesia pun biar pun islam tapi selesa bergambar dengan seluar dalam.. tapi kalau wakil Malaysia, Zen Zyker kalau cari-cari gambar dia memang tak ada satu pun gambar dia yang seksi-seksi.. kiranya wakil Malaysia ni paling sopan lah tak pernah ada gambar yang seksi-seksi..

so, disebabkan itu lah bagi aku hal ini jadi menarik..

"adakah dia akan bergambar hanya berseluar dalam dalam contest tu nanti??"

kalau ikut formula pageant ni memang biasalah untuk shoot seksi-seksi ni.. aku bukan kata aku ni gatal ke apa, tapi perasaan ingin tahu je.. persoalan mengenai..


"Adakah Zen Zyker akan hanya berseluar dalam di pertandingan MR. Global nanti??"


hahahaha.. sama-sama lah kita nanti sama ada wakil melayu-islam kita akan hanya berseluar dalam pada contest tak lama lagi.. aku pun teringin nak tahu apa yang Zen Zyker ni akan buat nanti pada contest tu.. but for sure, aku rasa dia ni macam unsur-unsur islamik tu macam kuat juga lah pada diri dia based on apa yang tengok pada dia lah..

but persoalan ni lagi..

"dia akan seksi-seksi ke tak nanti??"

hahaha.. ni yang buat aku excited nak tahu..

apa-apa pun sama-sama lah kita sokong wakil kita ni okay!! 

jangan lupa untuk VOTE kat SINI.. 

tekan LIKE untuk vote!!