Sunday, 17 August 2014

Abang Oh Abang

sebenarnye tengah menaip sambungan citer Unspeakable Love, tapi tiba-tiba buka Facebook (selepas deactivate beberapa tempoh) then perasan ada notification pasal birthday orang.. (kata birthday ke-28)

then, bermula lah seperti perbualan di bawah...








okay, kalau nak faham maksudnya kat sini aku ni ada satu benda yang aku tak berapa nak suka or kekok nak dengar or panggil dengan satu panggilan ni iaitu 'abang'.. hahahaha.. kalau sesiapa yang mengikuti perkembangan blog aku dengan teliti, boleh tahu pasal aku macam paranoid sikit dengan orang dewasa.. ada banyak faktor juga sebenarnya kenapa aku boleh macam paranoid dengan orang dewasa berpangkat 'abang' ni.. mostly disebabkan faktor bagaimana aku membesar, and then pengaruh sekeliling, i mean macam sejarah hidup aku mengenai hubungan dengan yang lebih dewasa.. kalau nak diringkaskan, aku akan ceritakan macam ni.. mostly ianya adalah benda yang 'bad'.. so, sejak kecil lagi macam sudah tertanam perkara macam 'bad impression' pada yang lebih usia.. so, disebabkan itu, aku memang jarang sangat bergaul dengan yang lebih berusia or senior-senior dari kecil sehingga lah aku study kat Aussie.. kalau dulu-dulu, aku selalu macam try nak avoid daripada nak berhubung dengan dengan yang lebih dewasa.. kesannya, aku ni sebenarnya tak berapa nak pandai nak bergaul dengan 'abang-abang' even dengan 'kakak-kakak' juga.. kalau nak bercakap dengan golongan ini mesti macam kekok.. 

i think, sebab waktu kecil-kecil (umur sekolah rendah) aku selalu kena buli oleh 'abang-abang'.. hahaha.. sering kena kutuk.. kena perlekeh.. so, yang aku perasan, memang dari kecil lagi aku memang tak berapa nak senang dengan orang dewasa ni.. pandang pun tak.. senang kata, 'i dont trust orang dewasa'.. hahaha.. kadang-kadang kalau orang dewasa ni nak bercakap dengan aku, mesti aku akan macam suspicious pada dorang.. kecil-kecil dulu aku selalu fikir, "orang dewasa ni nak orang hormati mereka, but mereka takde pula nak hormati yang lebih muda.."

then bila masuk sekolah menengah (tingkatan 1-3), actually aku takde konflik sangat dengan senior-senior kat sekolah.. but actually ada juga.. ada sesetengah seniors tu aku tak berapa nak suka.. but i think there were many good seniors juga pada masa tu.. sampai lah aku Tingkatan 3, aku mula tak beberapa nak suka dengan beberapa orang budak Tingkatan 6.. ada beberapa orang tu suka nak perlekehkan aku.. then ada senior seorang, actually dia takde lah jenis yang teruk pun, but ada kejadian tu dia marah giler-giler kat aku, sampai dia tolak aku kat katil (stay asrama sebenarnya masa ni) and then nak ugut pukul lah.. then, lepas tu ada perasaan 'dendam' kat dia sikit.. but usually, pada umur ni pun, aku hardly bergaul dengan seniors, tapi aku popular di kalangan juniors.. many juniors love me.. and nak diringkaskan cerita pula, kat sekolah aku dulu seriously memang tak ada konsep 'abang-adik' sangat.. even budak form 1 bila bercakap dengan budak form 6 tak guna perkataan 'abang' or 'saya'.. budak form 1 guna 'kau-aku' or panggil nama je dengan budak form 6.. so, in short memang masyarakat kami ni kat sekolah tu takde nak ber'abang-abang' lah.. and orang takde anggap ianya adalah 'rude' pun.. kalau aku form 1, panggil budak form 6 dengan gelaran 'abang' orang akan ketawakan ada lah.. so, dari segi sosial, benda yang usually orang akan ianya 'rude' tapi kat sekolah aku dulu tu tak anggap ianya 'rude'.. maksud aku macam ianya adalah very common and tak dianggap rude kalau aku still form 1 and bila bercakap dengan budak form 6 tak guna word 'abang' or ayat-ayat yang macam formal or 'too modest'. but just guna 'kau-aku' macam kita bergaul dengan kawan-kawan sebaya je.. malah, kalau kita nak macam nak ber'abang-abang' ni oranya akan ketawa and dalam bahasa brunei (my native language) akan panggil 'berlandeh or belating'.. dalam malay standard hampir sama maksud dengan 'poyo + gedik'

so, aku ulangi lagi, 

kalau aku (form 1) nak panggil budak form 6 'abang' orang akan rasa 'geli' and akan anggap aku 'poyo or gedik' sebab ianya adalah very uncommon, rare untuk nak guna panggilan tu.. and ianya tak dianggap sebagai rude kalau nak ber'kau-aku' dengan senior sekolah walaupun umur beza sampai 6 or 7 tahun semua.. actually ianya macam 'must' guna 'kau-aku' or panggil nama je sebab kalau ko form 1 nak panggil budak form 6 'abang' orang akan perlekehkan ko ada lah..

(but budak-budak perempuan ada pula sistem 'kakak' ni sikit)


\so, kesimpulannya dari kecil lagi aku macam tak berapa nak terdidik dengan konsep nak panggil orang 'abang' ni..

bukan tak panggil 'abang' langsung lah.. perkataan 'abang' tu macam special kepada relatives or abang sendiri.. pada strangers yang takde kaitan dengan keluarga, takdenya nak ber'abang-abang'.. even kat kampung pun orang tu umur dalam 30 lebih pun (malah pada sesetengah yang dah kahwin) kita orang panggil nama aje.. and ianya tak dianggap sebagai rude.. but kalau ko panggil abang orang akan pandang ko semacam je.. 

ingat pula dengan seorang 'abang' ni kat kampung nama Latif.. umur rasanya dah dalam 40 kot.. but aku panggil Latif aje.. and lagi sekali.. ianya tak dianggap 'rude' pun.. sebab dari segi sosial masyarakat kat tempat aku tu lain sikit.. 

(but actually takde lah semua orang just panggil nama je.. ada yang guna panggilan yang formal juga lah.. but secara keseluruhannya, penggunaan 'abang' (malah 'kakak' juga) macam not too often berbanding dengan masyarakat lain usually kalau bergaul dengan strangers.. senang cakap dari segi sosial, di tempat aku membesar macam lain sikit.. and ianya macam tak berapa nak membuatkan aku membiasakan diri dengan panggilan 'abang'..


but after aku sekolah kat Kuching (form 4-5), baru lah terasa sikit dengan konsep 'abang' ni bila ada junior panggil aku dengan 'abang' and membahasakan diri dengan panggilan 'kamek' (kamek macam 'saya' kat semenanjung.. word yang lebih 'modest' didengar).. so, aku pun macam janggal sikit lah.. sebab selama aku sekolah kat tempat aku dulu, junior takde pula nak ber'abang'-abang ni.. seperti biasa, aku ni mudah selesa dan rapat dengan junior berbanding senior.. so, junior-junior mudah nak rapat dengan aku, but trust me waktu aku form 4 (kat sekolah baru kat Kuching) i tak rasa aku ada kawan form 5.. (stay kat asrama juga).. the fact is, i dont like budak form 5 waktu tu.. sebab dorang suka nak raging semua.. bagi aku benda tu berlagak lah.. sebab kadang-kadang senior ni nak raging bukannye sebab benda tu bermasalah pun, but saje-saje nak buat raging, untuk keseronokkan.. so, i dont like my seniors.. memang tak bergaul dengan seniors pun waktu tu.. sebab dorang pentingkan konsep seniority.. sangat berbeza dengan kat sekolah aku dulu memang takde konsep seniority langsung.. then ajar juniors, kalau jumpa seniors kat jalan kena beri salam.. hahahaha.. bagi aku benda ni menimbulkan 'barrier' antara juniors dengan seniors.. sampai aku tengok budak form 1 pun macam takut-takut dengan budak form 5.. but bila batch aku jadi senior (jadi form 5) terus terhapus konsep seniority kat sekolah tu.. sampai macam juniors ni dah boleh naik kepala.. takde nak raging-raging.. takde nak demand juniors beri salam.. pergaulan antara junior dengan senior ni baru macam nampak sikit.. takde dah barrier sangat disebabkan konsep 'seniority' sebelum ni.. aku pernah cakap kat budak form 1 (yang baru masuk), "korang bersyukur sebab kita orang (batch aku) ni jadi paling senior.. sebab kalau form 5 dulu, takdenye korang nak bebas macam ni.." 

so, kesimpulannya waktu form 4-5 aku memang tak bergaul langsung dengan my only senior, form 5.. aku pun tak berapa nak suka kat dorang.. tak kisah pun or ambil perduli nak ambil tahu pasal dorang..

then lepas SPM, aku study kat Semenanjung pula.. mula nak terdedah dengan budaya kat Semenanjung.. budaya nak guna word 'abang-kakak' ni.. benda ni macam very uncommon untuk aku nak practice.. sebab kat tempat aku benda nya lain sikit.. i mean, banyak benda yang orang Semenanjung akan consider benda tu 'rude' but actually kat tempat aku ianya tak dianggap 'rude'.. but reality nya biar pun dah stay kat Semenanjung, klu x bergaul dgn yang lebih dewasa, so takde lah nak ber'abang-abang' juga.. hahaha.. sepanjang aku study kat Semenanjung, aku just bergaul dengan kelompok umur aku je.. senior tu ada lah.. but macam wujud tak wujud.. i mean macam takde keperluan untuk bergaul dengan mereka.. so, even aku kat Semenanjung ni aku jarang sangat nak ber'abang-abang kat orang sebab aku tak bergaul dengan yang lebih dewasa..

nak kata tak pernah nak panggil orang abang tu, takde lah.. but ianya just very awkward.. sebab bagi aku benda ni very uncommon untuk aku.. kat Semenanjung, kalau nak panggil strangers yang lebih dewasa, macam kat kedai ke, nak tanya orang awam ke, kadang-kadang kena panggil abang lah kan.. macam kat dalam teksi ke, panggil abang tu 'abang'.. orang kat 'guard' ke (kalau usia taraf abang bukan pakcik).. but usually, aku always akan avoid dari guna perkataan 'abang'..

macam contoh ni..

situasi, bila nak tanya soalan pada strangers..

Aku : Maaf.. (abang) saya nak tanya boleh.. macam mana nak pergi ke tempat ni ye?

maksudnya kat sini, ada orang akan add perkataan 'abang' kat situ.. but kalau aku akan gugurkan perkataan 'abang' tu.. just "Maaf, saya nak tanya boleh?" bukannya macam "maaf.. abang, saya nak tanya boleh?"


situasi yang lain pula, bila kat gerai tepi jalan

Aku : (abang) keropok lekor yang ni harga berapa ye?

maksudnya, aku tak akan add word 'abang' dalam pertanyaan aku.. but ada orang akan campur 'abang' sekali..


or..

situasi yang lain pula.. bila nak beli baju kat pasar malam

aku : (abang) yang baju satu ni harga berapa..

(dengan ketiadaan perkataan 'abang', just "yang baju satu ni harga berapa')


or


nak buat interview untuk projek uni

Aku : maaf.. tapi kalau tak kisah, boleh tak kalau saya nak tanya beberapa soalan (pada abang) untuk projek uni saya..



so, senang cakap, aku always akan gugurkan word 'abang' kat situ.. memang akan avoid dari guna word tu.. but kalau korang baca ayat seperti yang diberi contoh tu lahkan, even tanpa ada word 'abang' pun, ianya takde lah bunyi rude pun kan? aku tak rasa ianya rude walaupun aku tak add word 'abang' kat situ.. tak rude pun kan? 


and pernah juga lah bila aku try nak add word 'abang' ni.. waktu kat dalam teksi.. sebab tak biasa dengan nak ber'abang-abang ni, aku konfius nak panggil orang abang.. aku panggil pemandu teksi tu 'pakcik' padahal umur orang tu dalam 30 lebih je (still taraf abang lah kan).. hahahaha.. kelakar.. sebab kadang-kadang lagi elok panggil orang tu 'abang' berbanding 'pakcik'. walaupun orang tu nampak macam tua sikit.. sebab lebih manis.. macam perempuan umur dalam 40 yang dah kahwin beranak semua, kat gerai, kita panggil "Kak, yang ni harga berapa?" bukannya 'makcik' sebab panggilan muda lagi manis.. 

so, aku rasa diri teruk sebab panggil pemandu teksi tu 'pakcik'.. hahaha.. sebab bukannya taraf pakcik sangat pun.. bila tak biasa nak panggil orang abang jadi macam ni lah.. sebab tu aku avoid dan gugurkan 'abang' dalam ayat dan soalan aku.. macam contoh-contoh yang aku beri kan di atas.. sebab takut tersalah.. 

tu apa yang berlaku sewaktu aku study kat Semenanjung..

then bila study kat Aussie pula, baru lah start nak panggil orang abang ni sikit-sikit.. sebab bila first datang tu, terasa diri paling muda.. pun begitu, still kat Aussie ni mostly aku tak panggil seniors aku sebagai 'abang' bah kan dorang tak suka kot kalau aku panggil dorang abang sebab kat sini macam perbezaan umur tu tak terasa sangat sebab macam anggap kawan-kawan aje.. tapi ada lah abang-abang yang dah kahwin tu and beranak aku panggil abang lah.. yang lain usually tak.. so, kat Aussie, mula-mula datang tu aku macam try nak panggil orang 'abang' sebab terasa diri muda berbanding yang lain and aku tak nak lah orang anggap aku rude, but actually 'abang-abang' kat sini prefer aku panggil just nama je.. so, bila mana aku mula nak practice nak panggil orang 'abang' ni, tapi 'abang-abang' kat sini tak galakkan aku untuk guna panggilan tu pula.. macam aku panggil seorang ni kalau dalam blog ni aku panggil Abang Long Muscle.. aku panggil dia abang.. then, budak lain terus soal aku,

"kenapa ko panggil dia abang?"

aku pun konfius.. salah ke? sebab beza umur aku dengan dia lapan tahun..

"kalau kat Malaysia boleh lah nak ber'abang-abang.. but kat sini tak payah lah.."

aku pun diam je..

so, nampak tak kat situ? bila aku try nak membiasakan diri untuk panggil orang abang, but orang tak suka nak dipanggil abang pula.. hahahaha


bercakap pasal soal hati.. aku pun akan try to avoid dari nak ada apa-apa hubungan dengan yang lebih dewasa taraf abang disebabkan faktor aku tak rasa aku comfortable or ready lagi nak ber'abang-abang' ni sangat.. and disebabkan aku ni jenis yang tak romantik, aku consider panggilan 'abang' tu juga sebagai panggilan manja.. and aku memang tak suka dengan apa-apa panggilan manja macam 'hubby, ling, sayang, ayang semua tu..' so, aku tak nak ber'abang-abang dengan orang sangat.. 

macam ayat dalam screen shot..

"Hadik-hadik suka nak ber'abang-abang.. but i'm not.. i dont like it.."

disebabkan aku tak suka nak panggil orang abang (disebabkan faktor tak biasa and aku consider 'abang' tu sebagai panggilan manja which aku tak suka dengan bahasa manja-manja ni) so, kalau boleh aku try nak avoid daripada memiliki apa-apa hubungan perasaan dengan yang lebih dewasa, sebab i'm afraid dorang akan demand aku untuk panggil dorang abang, or aku yang terpaksa guna word atas faktor "i dont want to be rude to you"... (so, maksudnya kat sini, even aku tak suka nak panggil orang abang, but aku akan guna word abang tu juga bila aku tak nak lah orang anggap aku ni rude..) aku prefer kalau aku boleh nak guna 'kau-aku' dengan orang tu.. so, untuk buat diri jadi lebih selesa, aku avoid lah dengan 'abang-abang' ni.. hahahaha

and lagi, aku dah sebut banyak kali juga pasal hal ni..

aku pernah baca satu novel PLU melayu ni.. ada scene jiwang-jiwang kat tepi pantai bila si kekasih yang lebih muda ditinggalkan oleh buah hati yang lebih tua yang berpangkat abang..

then watak tu pun jerit...

"abaaaaaaannnnnnnnngggggggg!!!!" cuba kejar si 'abang'..

waktu baca scene ni aku terbayang lah yang kalau aku jerit 'abaaaaaannnnnnnnggggggg!!!!'

hahahaha.. aku tak nak lah jadi situasi macam tu kat aku.. seolah-olah ditinggalkan sang suami dalam drama melayu.. 

"abang, jangan tinggalkan saya bang.."

 hahaha.. and i dont want to consider people as 'suami' juga.. ada je PLU yang macam tu.. that's why i dont like word 'hubby' tu semua AND 'abang' sebab macam ko panggil orang suami ko..

memang complicated sangat aku ni.. hahahaha






so, kesimpulannya adalah macam ni...


1. aku banyak bad experiences dengan golongan dewasa sampai aku macam suspicious dengan yang lebih dewasa.

2. i always think kebanyakkan orang dewasa ni demand orang untuk hormati mereka, but dorang takde pula nak respect pada yang lebih muda.. (kes macam waktu aku form 4 and orang-orang kat kampung aku macam tu lah)

3. faktor sosial kat tempat aku membesar macam kat kampung and sekolah aku dulu macam tak kerap sangat dengan panggilan abang (mostly pada strangers) membuatkan aku macam tak terlatih sangat untuk guna word 'abang' kat orang (kecuali pada relatives or siblings sendiri)

4. aku biasanya akan drop perkataan 'abang' dalam ayat bila aku berbual dengan strangers macam "boleh tak kalau boleh (abang) tunjukkan arah kat mana tempat tu?"

5. disebabkan dari kecil lagi aku dah jarang bergaul dengan yang lebih berusia, aku rasa ia macam jadi kekok kalau aku nak bergaul dengan yang dewasa.. usually try nak avoid daripada bercakap dengan mereka..

6. bila aku start nak belajar nak panggil orang 'abang' but persekitaran tak galakkan aku buat macam tu lah pula.. macam aku kat Aussie, bila aku nak panggil orang abang, but orang tak nak kena panggil abang...

7. walaupun aku tak suka/tak biasa nak panggil 'abang' but actually aku akan guna word tu juga bila mana aku tak nak kelihatan rude pada orang tu.. 

8. in relationship, i dont prefer pada yang lebih dewasa sebab nak avoid dari penggunaan word 'abang' atas faktor 'tak biasa selesa sangat', anggap 'abang' tu macam panggilan manja seolah-olah macam ko panggil suami.. and "abaaaaannnnnnngggggg!!!".. hahaha.. i dont want benda tu terjadi kat aku.. 

9. actually aku biasanya akan konfius bila aku patut panggil orang tu abang.. kadang-kadang fikir, "do i need to call u 'abang'?"

10. actually aku tak nak orang anggap aku rude.. so, sebab tu aku jarang nak berbual or bergaul dengan yang lagi dewasa takut-takut kalau orang aku rude nanti, tak panggil abang lah..

11. probably i'm just a weird person yang bermasalah and fikir banyak sangat.. hahaha





but actually aku still dalam process untuk open my heart and terima kehadiran 'orang dewasa' ni dalam hidup aku.. sejak aku stay kat Aussie, memang boleh kata macam baru je nak bergaul dengan 'abang-abang' sikit.. and lagi sejak aku jadi blogger ni, and ada 'abang-abang' yang nak berchat dengan aku, sedikit sebanyak macam mendorong keterbukaan hati untuk terima golongan ini.. hahaha.. honestly, waktu mula-mula bila 'abang-abang' ni tegur kat FB semua, macam awkward lah nak balas.. fikir lama sikit before nak balas.. and time tu, aku pun takut-takut juga dalam pengunaan bahasa.. macam aku cakap, walaupun aku ni jenis yang tak suka nak ber'abang-abang semua, at the same time aku tak nak orang consider aku ni rude.. mostly dalam awal perbualan tu aku akan tanya lah..

"ni nak guna ayat apa ni? nak guna 'aku-kau', 'i-you', 'saya-awak' or nak kena panggil 'abang' ke? (hahaha)"

so, bergantung pada orang tu juga lah.. ada yang nak 'i-you' and ada yang tak kisah guna 'kau-aku'.. but ada pula orang tu aku panggil 'pakcik' walaupun umur 30 lagi pun.. for me dia bahasa kan diri sebagai 'pakcik' tu macam ayat gedik-gedik aje, so, aku tak kisah lah nak panggil 'pakcik'.. hahaha...

macam aku cakap, aku rasa aku still dalam process untuk terima kehadiran golongan 'dewasa' dalam kehidupan aku.. maybe kena banyak kan bergaul lagi lah kot.. 














4 comments:

  1. Never used word 'abang' in my whole life. Eiman panggil abang-abang Eiman pun dengan nama saja. But since balik Malaysia. To' Bah and To' Wan pernah tegur. Katanya rude sebab panggil abang-abang Eiman dengan nama. So, try to add the word into my life. Even masa tulis blog pun, Eiman prefer guna word 'My Brother'. Hahaha...

    ReplyDelete
  2. maybe sebab tempat membesar tu sebenarnya yang mempengaruhi. haha. tu je.

    ReplyDelete
  3. Adehhh... x jdi la sambung novel gara2 abam. Pasni adik kakak tok wan nenek paksu

    ReplyDelete
  4. haha...anon dah marah.. pandai sgt nak screen shot.. by the way.. ada kebaikan bila call someone abg or kak ni.. masa PMR dulu kalau p kantin.. slalu prasan makcik kantin tu muka akan masam kalau bdk2 panggil dia makcik.. then oneday, i try to call her akak seperti apa yg kitorang bincang about reverse psychology dlm kelas masa tu.. n benda pelik terjadi.. suddenly she smile back to me n tinggalkan bdk2 lain n take my order... hahaha.. siap dpt extra kueh lg.. since that day.. i try use that term to all person i think i still call them akak or abg wlpn usia sbnr mrk lebih tua.. dan sememangnya budaya kita mengajar kita bermulut manis.. n i dont mind if someone still wanna call me pakcik sbb dah terbiasa dipanggil mcm tu oleh ank2 n others blogger kat blog lama... cuma bdk2 blog kat wechat group dah start call me with that term..

    ReplyDelete