Saturday, 13 September 2014

20 Facts About Me

atas permintaan orang, aku pun buat je lah benda alah ni..




1. terbaca dalam blog Shark punya kata dulu dia lebih kurang terer juga lah dalam hal akademik, asyik nombor satu je.. kalau aku dari segi akademik ni, aku dah pernah merasa ketiga-tiga dah..

- antara budak paling pandai kat batch.
- tak lah pandai, tak lah bodoh.. just golongan yang biasa aje
- and pernah juga jadi student paling tercorot dalam batch..

hahaha.. ketiga-tiga nya aku dah pernah merasa.. bila kita paling atas sekali, bila kita paling bawah sekali.. bila jadi antara student paling pandai tu, memang orang akan pandang kita lain.. layanan pengajar pun lain.. but bila jadi student yang biasa-biasa je tu, so nothing special pun.. layanan pengajar dan student lain pun biasa-biasa.. and honestly aku pernah jadi student paling stupid sekali dalam batch, setiap kali ujian, almost every subjects aku lah paling tercorot.. markah paling rendah.. then waktu ni kau akan rasa yang orang takkan pandang pada kau sangat.. hahaha.. ni bukan tercorot dalam kelas je, but tercorot dalam batch, faham tak maksudnya.. hahaha


2. kalau orang first time jumpa aku, mostly orang akan fikir aku sombong.. benda ni macam dah common dah orang cakap macam tu.. even kat FB pun, readers yang akan send private messages semua macam tak berapa nak dilayan sangat oleh aku, honestly.. so, aku pun tak kisah lah orang nak label kan aku ni sombong ke tak, sebab masing-masing ada kriteria sendiri orang sombong tu macam mana.. but kalau pendapat aku pasal diri aku sendiri pula, rasanya ayat yang sesuai untuk describe pasal aku adalah 'tidak friendly'.. aku admit, aku ni bukannya friendly pun.. beza bagi aku antara 'sombong' dengan 'tak friendly' adalah..

- sombong sebab ko rasa diri ko bagus.. macam nak kawan pun memilih.. pandang rendah pada orang lain.. sebab tu orang sombong ni macam malas nak layan orang atas dasar sebab-sebab berikut.
- but kalau tak friendly pula, bagi aku dorang tak nak layan orang sangat atas sebab malas nak bersosial.. hahaha.. macam aku lah.. kadang-kadang aku just rasa 'malas nak berbual, malas nak bersosial.. malas nak pot pet pot pet...

tu definisi aku, tak tahu definisi orang lain macam mana..



3. aku ni berzodiak Leo.. auummmmm.. seperti seekor singa jantan yang rasa dirinya ada lah raja rimba, antara ciri-ciri seorang yang berzodiak Leo ni dikatakan memiliki ego yang tinggi.. hahahaha.. aku tak tahu orang lain macam mana, but kalau aku, honestly aku admit yang aku ni jenis yang ego lah.. benda ni complicated nak cakap, and panjang kalau nak dihuraikan..

dulu aku pernah bergaduh dengan kawan aku ni.. semuanya pun sebab salah aku juga.. gaduh aku tumbuk muka dia sampai tangan aku berdarah.. tapi takde lah teruk sangat pun.. sebab pergaduhan? sebab aku suka kacau dia, then buli-buli.. then dia just nak cuba untuk pertahankan diri sendiri, but aku pun makin marah pula bila dia cuba melawan.. jadi aku naik angin tumbuk dia berhabis-habisan, diperhatikan oleh orang ramai.. so, lepas tu kita orang tak berkawan.. aku tahu semuanya salah dari aku je pun.. tapi aku je tak nak minta maaf.. sebab kawan aku tu adalah jenis yang 'lembut-lembut'.. so, aku terasa macam 'ianya adalah satu penghinaan kalau aku nak minta maaf pada dia..' tapi time tengah still bergaduh tu, dalam hati sebenarnya ada timbul perasaan nak berbaik semula sebab actually hubungan antara kami berdua memang rapat sebelum ni.. hubungan kita orang macam 'masam-masam manis.' bitter -sweet friend.. aku kawan rapat dia, but aku juga pembuli dia.. hahaha.. aku adalah madu, and aku juga adalah racun pada diri dia.. but aku tak admit yang sebenarnya hati aku tu ada timbul nak minta maaf.. cakap pada diri, malas lah nak berbaik.. but then, entah kenapa aku dalam senyap-senyap ada hubungi dia dengan SMS.. guna nombor lain, kata macam nak kacau-kacau lah.. benda ni macam menunjuk ciri ego aku yang lain iaitu, kononnya malas nak minta maaf, malas nak hiraukan pasal dia, but then persoalannya kalau aku tak nak hiraukan dia, kenapa pula aku ada try curi-curi contact dia? maksudnya kat sini, mulut cakap lain, hati cakap lain.. benda ni panjang kalau nak dicerita.. so, aku pun stop kat sini je lah.. senang cakap, aku ni jenis yang ego juga.. antara ciri-ciri ego aku adalah,

- mulut cakap lain, hati cakap lain..

- malu nak mengaku kalau sesuatu benda yang aku rasa akan 'downgrade' diri aku sendiri

huraian kepada malu benda yang aku rasa akan 'downgrade' diri sendiri ada banyak sebenarnya.. tapi aku tak leh nak huraikan sebab nanti semakin panjang pula benda nak diceritakan..


4. aku ni jenis yang tak lepas kat mulut.. mungkin ada huraian pasal ego semua ni juga.. macam kalau nak minta maaf, aku tak cakap kat mulut.. actually in most of the case aku tak nak or cuba hindari dari ucap kat mulu kata 'I'm sorry'.. but kalau aku nak minta maaf adalah melalui perbuatan.. ada konflik, but then buat-buat macam tak pernah berlaku, buat baik dengan orang tu, then lama-lama jadi berbaik, tanpa aku mengucap 'I'm sorry..".. and honestly aku tak pernah wish kat mulut ucap 'Selamat Hari Raya, Selamat Hari Ibu' kat emak aku.. kalau tiba hari mother's day tu, aku pun mula teringat kat emak, then bual call, untuk berbual.. tanpa ucap Selamat Hari Ibu semua.. but actually aku buat call tu semua pun seperti macam panggilan di hari ibu.. or, kalau aku rindu kat kawan, aku asyik call orang tu.. then bila ditanya, kenapa asyik call ni? rindu ke? aku pun tak mengaku kata rindu bagai.. 

kaitan pasal ego lagi.. aku tak pernah nak cakap aku rindu kat kawan aku macam kata 'aku rindu ko', and takkan mengaku pun sebenarnya.. but then, kalau tak rindu, kenapa asyik nak call semua lah.. mungkin kalau bab-bab bercinta macam tu lah.. maybe aku takkan pernah nak cakap direct kat mulut kata 'I miss you.. I love you.. Aku sayang kau.." macam aku cakap, aku ni jenis tak lepas kat mulut.. but kalau aku rasa sesuatu perkara ini, ianya ditafsirkan melalui perbuatan, bukan pada mulut.. 


5. aku ni jenis yang lambat marah, and senang untuk nak memaafkan.. bagus pula orang macam aku ni kan.. ada orang,

- cepat marah, cepat memaafkan
- lambat marah, lambat memaafkan
- cepat marah, lambat memaafkan

but paling bagus macam aku lah

- lambat marah, cepat memaafkan

menyentuh pasal cepat memaafkan ni, actually kalau aku berdendam dengan orang tu, aku pendam kat dalam hati, and orang tu tak tahu aku berdendam kat dia.. then suddenly dia bawa aku berborak dengan dia (padahal dia tak tahu aku marah kat dia), then suddenly terus hilang rasa marah aku kat dia hanya dengan dibawa berbual.. 

and then aku lambat marah.. dalam kebanyakkan kes, aku ni memang macam tu.. tapi aku ni jenis yang 'volcano' sebenarnya.. maksudnya memang lah macam tak marah.. tak marah.. tak marah.. but then sekali 'volcano' tu explode, habis lah kau.. kenal tak orang macam ni? jenis yang 'volcano'.. tapi aku senang nak reda setelah 'explode'..


6. kalau pasal duit, jangan bagi aku pegang.. serius cakap.. aku memang tak pandai bab-bab pasal urus kewangan ni.. nak kata boros tu, tak juga.. tapi macam aku tak begitu consider yang duit ni sangat lah penting dalam kehidupan.. duit tu sangat penting, but aku macam tak teragak-agak untuk membelanjakannya and tak pandai nak save duit.. dalam permikiran aku bila orang tanya satu soalan, "kau ada duit tak?"

orang jawab 
"dah takde duit dah.. dalam akaun bank aku pun tinggal kurang $1000 je.."

aku jawab
"ada duit lagi.." (padahal dalam akaun kurang dari $1000)

maksudnya kat sini, bagi orang 'takde duit tu = duit dah berkurang'

bagi aku pula 'takde duit tu = memang kau dah zero habis takde duit.. kalau ada $50 je tinggal dalam akaun, maksudnya still ada duit lah tu..



7. Keputusan ujian akademik aku dulu..

- UPSR = 2A 1B 1C
- PMR = 7A 1B
- SPM = rahsia..

hahaha.. SPM tak nak pula cakap berapa dapat..


8. aku still ada tabiat yang sampai sekarang aku masih lagi buat iaitu suka nak berbantalkan perut emak aku time berbaring di lantai.. hahaha.. and aku tak malu pun nak buat biar pun dah besar panjang dah.. kami ni orang kampung.. ada orang kampung ni suka kalau nak tengok TV tu akan berbaring kat lantai.. emak aku macam tu lah, tengok TV sambil berbaring kat lantai.. so, kalau aku join sekali nak tengok TV, aku tanpa segan akan berbantalkan perut emak aku.. so, imagine je lah orang macam aku, tinggi 180 cm, tengah-tengah berbaring rileks-rileks je berbantalkan perut emak dia.. but hakikatnya, aku tak malu pun nak buat.. macam fakta sebelum ni, aku ni jenis tak lepas kat mulut.. honestly aku tak pernah pun cakap kat emak aku kata 'saya sayang mak.. saya rindu kat mak...' apa-apa je lah ayat nye.. honestly, aku tak pernah cakap pun ayat macam tu.. but ianya lebih ditafsirkan melalui perbuatan..



9. percaya ataupun tidak, aku ni ada sejarah pernah menjadi seorang pembuli.. hahaha.. memang dari kecil dulu aku ada suka jiran aku ni.. sama umur dengan aku.. ada benda je nak dibuli.. kacau tanpa sebarang sebab pun.. mungkin just untuk berseronok.. sampai kakak dia pernah kejar masuk bilik aku nak marah aku.. hahaha.. tapi kelakarnya, yang jadi mangsa buli aku ni usually adalah orang yang rapat dengan aku.. maksudnya, jiran aku sampai sekarang memang kawan rapat.. dulu-dulu je aku suka buli dia.. then bila masuk sekolah menengah pun aku still ada perangai nak buli 'orang yang rapat dengan aku..' and then aku ni jenis yang 'jahat' tapi terlindung.. maksudnya kat sini, di mata orang ramai, di kalangan perempuan, cikgu semua, semua anggap aku ni budak baik.. orang takkan percaya yang aku ni ada sisi 'jahatnya' sebab aku ni kena label sebagai 'budak baik'.. tapi di kalangan budak lelaki tahu lah perangai aku macam mana.. aku sejak dulu memang tinggal asrama.. kadang-kadang aku ni lah sebenarnya macam 'mastermind' perbuatan jahat sesuatu benda, nak kacau sesetengah perempuan.. but then budak perempuan yang kena kacau tu bukannya tahu yang semua adalah arahan dari aku, and then takkan percaya ianya adalah dari aku, sebab aku kan kena cop 'budak contoh'.. nak kata aku jahat, tak lah jahat sebenarnya.. bukan lah pembuli yang betul-betul.. susah nak explain.. senang cakap, aku still percaya aku budak baik, but at the same time aku pun buli orang gak.. macam aku buli orang tu.. but aku baik dengan orang tu juga.. macam aku lah racun, but aku juga lah madu.. hahaha



10. aku ni waktu kecil dulu memang bela banyak kucing.. memang minat giler dengan kucing.. sampai orang kampung panggil aku 'Si Kucing' pun ada.. tapi kucing-kucing aku semua dah takde bila aku dah study kat Kuching.. mula jauh dari kampung.. parent aku kat kampung bukannye nak jaga pun.. hahaha.. so, bila dah setahun meninggalkan rumah di kampung, bila balik kucing-kucing aku bela dulu dah hilang.. aku dulu-dulu memang sayang betul dengan kucing aku.. kalau-kalau nak travel semua mesti akan risau, siapa yang nak jaga.. siapa yang nak beri makan semua.. pernah juga waktu kucing aku nak mati, aku punya lah sedih sampai beri pernafasan mulut ke mulut kot.. kononnya boleh nak menghidupkan semula lah.. tu zaman-zaman kecil.. but bila aku umur 15 tahun macam aku dah takde official kucing belaan aku sangat..





11. aku suka dengan horror movie.. nak kata aku ni suka sangat tu tak juga.. sebab aku bukan lah jenis yang layan movie sangat.. rasanya aku lebih layan dokumentari berbanding tengok movie.. lagi suka tengok dokumentari.. but kalau aku nak tengok movie, diajak tengok wayang, my choice akan nak tengok horror movie.. nak kata aku ni jenis berani tak juga.. but aku tengok pun sebab suka nak 'menakutkan diri sendiri'.. hahahaha.. but kalau fikir-fikir, sebenarnya horror movie banyak yang merepek.. but aku pun tak tahu kenapa aku mudah lagi terasa nak layan horror movie berbanding yang lain..



12. dulu aku pernah menjadi seorang yang narcissistic.. hahaha.. nak ditekan kan kat sini, DULU bukan sekarang.. zaman sekolah.. bila lepas zaman sekolah tu dah takde dah... memang ada terasa diri hensem je.. pada hal hakikatnya tak hensem pun.. kalau aku pun dah segan nak tengok gambar aku dulu-dulu tu.. serius cakap, aku malu nak fikir pasal diri aku yang dulu.. but honestly, time dulu tu banyak juga lah perempuan yang suka kat aku.. and maybe benda tu jadi faktor pendorong aku jadi syok sendiri.. kadang-kadang time bila jumpa pelajar baru, ada lah terfeeling yang dorang akan terpikat kat aku.. hahahaha.. benda ni kelakar bila difikirkan semula.. memang aku dulu terfeeling hensem lah.. kalau dalam satu kelompok tu aku terasa aku yang paling hensem antara semua. jadi confident jadi tinggi sikit.. but bila tengok ada yang lagi hensem dari aku, mula rasa tergugat.. confident level pun menjunam.. bangang betul lah aku zaman dulu-dulu tu.. but sekarang dah tak macam tu lagi dah.. aku pun segan nak tengok gambar aku yang lepas-lepas, bila terfeeling diri hensem but hakikatnya buruk je.. sekarang ni aku dah jadi paranoid sikit.. tengok gambar sendiri pun fikir eh, buruknya aku.. ambil gambar semula.. sampai ambil gambar berulang kali sebab tak rasa diri hensem dalam gambar tu.. sekarang ni fikir macam, buruk ke tak buruk, still benda tu diri aku juga..




populasi kaum melayu-brunei
13. aku ni orang Sarawak tapi tak pandai sangat nak bercakap dalam bahasa melayu dialek Sarawak.. benda ni kadang-kadang orang rasa pelik.. ada yang fikir, kau membesar di tempat lain ke? tapi cakap tak pun.. membesar kat Sarawak.. actually my native dialect adalah bahasa melayu brunei.. memang aku bercakap seperti mana bagaimana orang di negara Brunei tu bercakap.. but maybe bahasa brunei aku, orang melayu di daerah aku cakap bahasa melayu brunei yang kekampungan kot.. hahaha.. tapi orang Brunei kat Brunei agak urbanized sikit, more polite sikit.. macam tercampur-campur English semua.. but kalau bahasa kampung orang brunei sama je dengan bahasa yang aku gunakan.. aku boleh faham bahasa melayu sarawak, bila dengar orang bercakap sebab aku pernah study kat Kuching, tapi aku tak pandai sangat nak bertutur dengan bahasa tu.. so, benda ni aku nak explain satu benda je.. Sarawak ni besar almost macam kat Semenanjung.. so, takde lah semua orang melayu sarawak tu cakap dalam bahasa yang sama je.. macam kat Semenanjung, lain tempat, lain dialek nye.. cuma kat Sarawak ni majoriti melayunya bercakap dalam dialek Sarawak lah..



14. aku ni jenis yang tak terurus.. jenis yang kelam kabut.. selekeh.. kadang-kadang aku terasa aku perlukan seorang 'isteri' untuk uruskan hal aku.. hahaha.. malas nak lipat baju.. aku ada dua bakul.. satu bakul untuk letak baju yang telah digunakan.. satu bakul lagi berisi baju yang dah dijemur.. and then pakaian pun tak dilipat pun.. kiranya bakul tu juga lah macam almari aku.. nak pakai baju, just selongkar pakaian yang tak dilipat kat dalam bakul tu.. hahaha.. jenis main campak je.. bukan jenis yang nak susun.. kalau nak simpan barang, main campak je.. aku takkan benarkan kalau orang lain nak masuk bilik aku tiba-tiba.. malu nak tunjukkan bilik 'orang bujang' aku tu.. kalau nak masuk kena cakap awal-awal, biar aku kemas dulu.. hahaha



15. kali pertama aku belajar memasak adalah bila nak menggoreng nugget.. benda ni kelakar bila aku nak fikir kan semula.. nak tahu tak aku buat macam mana? nugget tu, aku rendam dulu dalam air nak bagi lembik dulu.. sebab aku kalau tengok sosej semua tu, orang akan rendam dalam air dulu.. so, aku fikir macam tu lah.. aku rendam dalam air, then lepas tu goreng.. so, bila dicapak kat minyak, benda tu memercik lah.. aku pun takut sangat jadi berlari ke rumah jiran nak panggil kawan aku.. sebab dia pandai memasak.. pada ni aku umur belasan tahun.. and then time tu juga emak aku takde kat rumah.. macam kena masak sendiri.. then dia pun gelakkan aku, nugget pun kena rendam dulu ke? hahaha.. bila lepas zaman sekolah, aku pun baru lah belajar memasak lagi.. aku bila nak goreng benda, biasa minyak tu akan memercik habis meletup-letup.. aku pun curious, kenapa boleh macam tu.. so, lama-lama aku pun faham, nak goreng, nak panaskan minyak biar kuali tu kering dulu, jangan benda tu still berair lagi, terus campur sekali dengan minyak.. konferm lah akan minyak meletup-letup..


16. aku ada gaya cara memegang pensil/pen yang pelik.. trademark aku adalah seperti dalam gambar di bawah.. sambil jari kelingking terkeluar.. orang kata, ni tangan orang 'berseni'.. and aku tak pernah jumpa orang pegang pen/pensil sama seperti aku.. unik tak?




17. antara negeri yang aku pernah kunjungi.

- Sarawak = negeri sendiri, for sure lah kan..
- Sabah = negeri jiran, biasa sangat pergi.. kerap sangat..
- KL = for sure, aku memang rindu kat KL
- Selangor = for sure lah kan.. tempat study dulu.. but mostly hanya disekitar Petaling Jaya sahaja.. tempat-tempat lain tak kerap sangat pergi..
- N. Sembilan = kat Nilai je.. waktu parent nak tengok kain and peralatan orang nak kahwin..
- Pahang = Genting, Kuantan, Bukit Gambang..
- Terengganu = pergi waktu ada summer camp kat Pulau Perhentian.. tempat-tempat lain pergi sangat.. on the way nak pergi lah maksudnya..
- Kelantan = my first trip pergi ke Semenanjung adalah atas niat untuk pergi ke Kelantan sebab faktor perkahwinan saudara-mara.. waktu umur Darjah 4 or 5 rasanye.. antara tempat aku pernah pergi Kota Bahru, Rantau Panjang, Pantai Cahaya Bulan.. aku selalu fikir 'Kelantan ni dekat di hati' disebabkan pelbagai faktor.. nak hurai kan nanti panjang pula..

tu je lah negeri-negeri yang aku pernah kunjungi.. sedih.. tak banyak tempat pun pernah pergi.. tak berkesempatan pun sebenarnya.. lagi-lagi still lagi belajar kan..

kalau luar negara pula cuma ada dua je..

- Brunei = jiran.. kerap sangat pergi.. sebab saudara-mara banyak
- Australia = tempat belajar..

kalau kat FB aku suka nak 'check-in'.. bukan apa, sebab aku suka tengok map tempat-tempat yang aku pernah pergi.. sebab tu aku suka nak check-in.. then bila dah lama, semakin banyak lah.. then aku suka pula tengok map tu..





18. jika aku boleh nak travel, tempat yang aku teringin nak pergi adalah

- Kalimantan = sebab sama-sama Borneo, jadi aku curious nak tahu bagaimana keadaan kat sana.. sebab aku orang Borneo, jadi ada feeling nak terokai pulau ketiga terbesar kat dunia ni.. so, aku memang teringin nak pergi Kalimatan nak melawat jiran di sebelah sana.. honestly, orang Sabah Sarawak lagi kerap pergi Semenanjung but banyak yang tak pernah pergi Kalimantan.. terasa Kalimantan macam asing pula..

- Philippines = Philippines ni dengan aku macam ada konflik sebenarnya.. sebenarnya aku tak berapa nak suka dengan orang Pinoys disebabkan beberapa faktor

1. over confident..
2. beauty pageant maniac
3. terasa bagus sangat.. macam english kononnya english dorang bagus sangat.. kalau bergaduh kat internet selalu cakap, sikit-sikit cakap 'u should learn proper english first'.. aku takde lah gaduh dengan dorang, but aku tengok dorang macam tu lah..
4. dorang kebaratan sangat.. and bangga dengan benda macam tu.. most Westernized Asian country lah kononnya.. aku lagi bangga kalau jadi the most Easternized Asian country..
5. konflik Isu Sabah.. walaupun aku orang Sarawak, tapi aku pun ambil berat pasal benda ni dengan serius.. sebab satu Borneo..

aku takde lah kata pinoys macam bad.. aku tak kata aku tak suka kat orang Filipina.. just benda tu macam buat aku rasa annoying.. aku ada feeling nak pergi ke Philippines sebab aku rasa dorang banyak natural landmarks yang menarik.. mungkin aku katakan lagi banyak beutiful natural landmarks berbanding kat Malaysia.. but dorang just macam 'underrated'.. untuk KL sahaja, jumlah pelancong asing pada tahun lepas adalah sekitar 9 juta.. but kat Filipina, jumlah pelancong asing untuk ke seluruh negara dorang adalah cuma sekitar 3 juta sahaja.. even KL lagi banyak pelancong asing berbanding jumlah pelancong yang mengunjungi keseluruhan Filipina.. but still rasa yang Philippines lagi banyak natural landmarks yang menarik berbanding kat Malaysia, but malangnya still 'underrated'..

- Jepun = aku rasa semua orang mempunyai alasan yang almost sama kenapa dorang nak pergi Jepun, so sama juga lah dengan aku..



19. aku pandai berenang.. hahaha.. perlu dicakapkan ke? sebab ada orang tak pandai berenang.. aku ni lahir kat kampung nelayan.. jadi, waktu kecil dulu memang suka nak mandi sungai.. sungai tu punya lah besar.. sampai kapal pun boleh lalu.. so, jadi tak sah lah kalau budak perkampungan nelayan takleh mandi sungai.. but zaman sekarang budak-budak takde pula aku tengok dorang mandi sungai seperti zaman aku dulu-dulu.. so, aku pun doubt generasi baru budak kampung aku jenis yang reti berenang ke tak.. ada benda kelakar pasal berenang ni.. tahun lepas aku ada cakap kat kawan aku pasal kenangan lama.. kalau tak mandi sungai, kita orang mandi kat parit.. ni zaman kanak-kanak.. memang suka mandi kat satu parit ni.. tapi parit tempat kita orang mandi 'special' sikit.. tempat dengan kebun penternakan itik.. kalau aku ingati semula, ianya sangat lah busuk.. sebab tempat parit tu juga lah itik-itik itu dilepaskan berenang.. dan meninggalkan bau yang busuk.. but at the same time, kami suka nak mandi kat tempa tu juga (bila itik-itik tu takde lah)... siap menyelam lagi.. memang realize pun time-time mandi tu memang air tu berbau.. but aku pun tak tahu lah macam mana kami (budak-budak) boleh je selesa mandi dengan 'air tahi itik' kat parit.. siap menyelam lagi.. then bila dah besar ni aku pun cakap lah kat kawan aku..

"kau ingat tak lagi kau waktu kecil-kecil dulu, mandi kat parit 'berbau tahi itik' ni.. siap bawa menyelam lagi.. feeling diri adalah seekor ikan.. mesti kau siap berkumur-kumur dengan air tu juga kan?"

hahahaha.. kelakar pula bila diingati semula.. zaman budak-budak.. kehidupan di kampung.. lasaknya kehidupan.. but benda-benda pelik ni lah bila kita jadi dewasa terasa ianya macam satu 'sweet memori'..



20. aku tak minat sangat kat baby.. tak teruja sangat dengan bayi.. aku suka kat budak-budak? hurmm.. tengok juga lah.. but aku ada rapat dengan beberapa budak saudara-mara aku.. but kalau yang strangers, aku berapa nak layan sangat.. baby ni suka menangis.. aku pun rimas.. aku pun tahu pun pernah juga jadi baby.. but aku takde lah minat kat baby or budak sangat berbanding dengan orang lain.. bah kan, anak buah aku, kakak aku kadang-kadang cakap kat aku kata yang aku ni 'tak melayan sangat'.. and aku pun admit, berbanding dengan abang aku, dia lagi nak melayan anak buah berbanding dengan aku.. so, aku tak rasa yang aku ada 'naluri seorang ayah' lagi.. and tak terfikir pun terasa nak ada anak ke tak.. ada PLU aku tengok dorang suka je kat budak-budak ni.. aku rasa for sure dorang macam teringin nak ada anak sendiri.. but kalau aku, at this moment, macam takde feeling nak ada anak lagi.. takde feeling seorang ayah lagi.. tunggu lah beberapa tahun lagi, bila kawan-kawan yang lain dah beranak, then aku pun terasa jeles ke apa..







Monday, 8 September 2014

Unspeakable Love -Part 35-






Part 35 : The Names



In the name of God, Most Gracious, Most Compassionate....




*         *          *




malam itu sungguh berwarna-warni.. lampu-lampu neon yang pelbagai warna membuatkan malam yang gelap kelihatan begitu indah dan ceria.. ianya terang, aku boleh melihat keseluruhan permandangan kota yang masih lagi hidup dengan cahaya lampu pada ketinggian ini.. perlahan-lahan cabin pada roda ferris itu membawa aku dan Shahir terapung tinggi di udara.. kedua-dua kami hanya memdiamkan diri menikmati permandangan yang kami saksikan di luar sana..

aku memandang ke arah laut.. dari jauh aku boleh perhatikan ada beberapa sinaran lampu yang datang dari laut itu.. ianya adalah dari kapal-kapal yang berada berdekatan.. suasananya begitu tenang sekali.. tetapi keadaan sebenarnya adalah agak bingit sedikit.. kedengaran dendangan lagu yang dipasang dengan nada yang kuat membuatkan keadaan sekeliling seakan sedang berpesta.. keadaan di bawah sebenarnya agak riuh rendah dengan kehadiran orang ramai yang masing-masing dengan hal mereka sendiri.. realitinya suasana di saat itu adalah bingit dengan dendangan lagu, dan sesak dengan kehadiran manusia yang berada di sekitar kawasan roda ferris.. tapi, aku merasakan sesuatu yang berbeza.. bunyi yang bingit seakan-akan tidak kedengaran.. ada ramai orang di kawasan itu, tapi aku merasakan sesuatu yang 'kosong'.. di sebalik keramaian itu, aku hanya merasakan hanya ada dua insan yang ada di situ.. perlahan-lahan aku menoleh ke hadapan.. hanya ada aku dan dirinya..

putaran kedua..

roda ferris itu membawa aku dan dirinya perlahan-lahan terapung di udara semula.. namun, masing-masing masih lagi membisu.. aku mula terfikirkan mengenai satu perkara.. ada sesuatu yang membuatkan aku merasai satu perasaan yang sama.. untuk sesuatu sebab, aku mula teringat akan detik ketika aku membonceng di belakang Shahir dalam perjalanan untuk ke sini.. perjalanan yang jauh, di saat yang hadir di sekitar aku hanya lah dirinya.. 

putaran yang ketiga..

sekali lagi roda ferris itu membawa aku dan Shahir perlahan-lahan menuju ke udara..

sekarang aku sudah mula faham akan perasaan itu.. ianya adalah satu perasaan tentang 'kehadiran'.. satu detik yang aku mula rasakan terasa dekat dengan dirinya.. kami 'terperangkap' di lebuh raya.. pada kebanyakkan waktu, di kawasan yang kosong tanpa penghuni, yang hanya ada adalah dirinya dan aku sebagai pembonceng.. dan aku mula merasakan diriku 'terperangkap' semula bersama dengannya dalam roda ferris ini, bersama-sama naik ke udara dan turun ke bumi.. aku lupa akan semuanya.. aku lupa akan kehadiran orang ramai di luar sana.. aku seakan tidak mendengar akan bunyi yang bingit di sekitar tempat ini.. namun yang aku rasai adalah ketenangan.. satu ketenangan yang membuatkan aku lupa akan realiti.. aku tidak tahu kenapa, mungkin ini lah perasaan apabila satu impian telah terlaksana.. perlahan-lahan, aku memandang ke arahnya di hadapan aku..

"macam mana? best tak?" akhirnya dia bersuara..

"best.. dah lama tak naik ferris wheel.. dah bertahun-tahun kot.." balas aku..

"aku ingat kau tak nak naik.. sebab macam takut-takut je bila aku ajak.. tapi takkan lah dah besar ni naik ferris wheel pun nak takut pun kan.." 

"hahaha.. takdenya nak takut.. mungkin just tak sangka kita akan naik benda ni.." balas aku lagi..

"okay.. so, macam mana?" tanya Shahir..

"macam mana apa?"

"gembira tak? aku tahu hari ni macam banyak benda je yang tak jadi.. sesuatu yang kita tak leh nak jangkakan.. so, aku harap macam kalau kau boleh gembira dan lupakan apa yang dah jadi pada siang tadi.."

"alaaa.. kau still macam rasa bersalah lagi.. aku dah kata, takde apa pun.. takde hal punya lah.. kalau kau nak cakap benda macam tu, dah mula dah tak best dah.. sekarang aku okay je.. tengah berseronok sekarang.." kata aku lagi..

"okay.. bagus lah kalau macam tu.. tapi aku rasa macam tak puas hati sikit lah.. rasa macam sekejap je.. maksud aku macam, ingat nak buat banyak benda lah dengan kau.. sekarang pun dah malam.. esok dah nak balik dah.." 

"kalau untuk esok tu, aku memang kena balik lah.. aku pun dah nak balik kampung kan.. lusa dah nak balik dah.. but sekarang ni pun dah kira okay dah.. agak lama juga tak datang tempat ni.." 

sekarang, perlahan-lahan roda ferris itu membawa kami turun untuk putaran yang seterusnya.. namun ianya terhenti seketika apabila ada orang yang sudah beratur naik, kini sudah tiba giliran untuk masuk ke dalam cabin roda ferris itu.. keadaan dalam cabin roda ferris bergoyang sedikit di saat ia itu tiba-tiba terhenti.. masing-masing, aku dan Shahir terdiam seketika sambil saling berpandangan.. tak lama selepas itu, 
roda ferris tersebut mula berputar semula..

putaran seterusnya, sekali lagi ia membawa kami naik ke udara..

"agak-agak, berapa banyak pusingan ye kita dalam ni?" tanya aku..

"entah.. kenapa? dah tak sabar nak turun ke?"

"eh, takde la.. aku suka je naik benda ni.. kalau lama-lama lagi puas.. hahaha.."

terdiam seketika, lalu kami mula berada semakin tinggi di udara..

"kau nak tahu tak apa benda yang aku terfikir waktu kita berdua naik motor ke sini?" tanya aku..

berkerut dahi, Shahir mula bertanya.. "apa benda yang kau fikir?"

"kan kita datang ke sini berkilometer jauhnya.. jadi, waktu naik motor tu aku ada teringat pasal satu benda ni.. mungkin kau rasa benda ni merepek sikit.. but aku pernah ada terlintas fikiran yang aku nak travel ke seluruh negara dengan naik basikal.. hahaha.."

Shahir dah berkerut dahi.. mula timbul rasa ingin tahu pasal fikiran aku itu..

"actually, aku pernah tengok satu citer ni.. ada lah watak dalam citer tu, dia pergi macam mengelilingi negaranya dengan berbasikal sahaja.. alasannya? actually pada mulanya dia sendiri pun tak tahu kenapa dia berbasikal sampai jauh-jauh macam tu.. dia hanya macam nak lari dari satu masalah.."

"masalah yang macam mana?" tanya Shahir..

"panjang juga citernye.. but kalau nak dipendekkan cerita ianya lebih macam lelaki yang pergi travel tu rasa dia macam agak jenis yang 'lemah'.. pasif.. actually ia ada kaitan dengan hal percintaan juga lah.. bila dia suka kat seseorang tu, but dia takut-takut nak express perasaan dia.. so, dia pergi mengembara lebih kurang macam self discovery.. mencari jati diri.. sebab dia pun macam actually takde future planning.. apa yang dia nak sebenarnya dalam kehidupan, sebab kalau dia banding dengan kawan-kawan rapat dia yang lain semua macam dah ada future planning.. then bila dia dah travel berbasikal satu negara tu, dia learn banyak benda lalu sedikit sebanyak menjadi yang lebih matang or 'kuat' berbanding dengan yang dulu.. so, bila aku tengok citer tu membuatkan aku macam teringin pula nak try.. macam best je travel satu negara dengan basikal.. hahaha.."

Shahir dah seperti mula tertarik mengenai apa yang aku katakan..

"wow.. so, kau memang nak ada plan buat macam tu ke? nak pergi travel satu negara dengan basikal semua.. kau memang nak buat macam tu?" Shahir dah mula timbul rasa ingin tahu.. tapi dalam masa yang sama kelihatan seakan mula teruja..

"aku tak kata lah aku nak buat.. kadang-kadang manusia ni just macam teringin nak buat banyak benda.. but tak semua benda tu dorang buat betul-betul pun.. impian kadang-kadang hanya impian, tapi tak pernah nak buat.. so, kiranya memang aku terfikir lah, teringin kononnya nak travel satu negara dengan basikal.. hahaha tapi realitinya, ianya macam angan-angan kosong aje.. jadi macam tu je lah.. sekadar hanya satu fikiran.."

"tapi bendanya macam menarik juga.. rasa best pula kalau buat macam tu..." kata Shahir..

"hahaha.. aku tak rasa aku akan buat pun.. ye.. ia macam menarik je.. tapi realitinya ada masalah juga.. adakah aku punya masa untuk buat benda 'gila' macam tu.. nak travel berbasikal satu negara kononnya, mesti lah ambil masa lah kan.." balas aku..

"tapi kau ada je masa.. sekarang.. bukannya sekarang dah masa free ke? tunggu masa nak graduasi, lepas tu bukannya kau dah kerja lagi pun kan? ada banyak masa lah tu.."

"hahaha.. banyak benda juga yang jadi masalah selain daripada tentang masa.. family lagi.. tentu lah parent aku akan risau.. dan aku tak rasa dorang nak benarkan aku buat benda macam tu.. dan lagi, sebenarnya aku pun ragu-ragu sama ada aku betul-betul nak buat ke tak.. mungkin ada juga 'ketakutan' kat situ.. lagi-lagi kalau nak travel seorang diri, dengan basikal pula tu.."

"owh.. so, kau nak travel seorang diri je lah ye?"

"dalam citer tu, dia travel seorang diri je.. so, aku pun bayang kalau aku pun travel seorang diri je lah.. kenapa?"

"kalau kau ajak aku, aku pun teringin gak travel macam tu dengan kau.. buat 'kegilaan' itu bersama-sama.." Shahir mula tersenyum..

mendengar kata-katanya itu aku terus terdiam..

ada benda yang mula datang dalam fikiran aku.. satu perkara yang selalu aku fikirkan.. ianya adalah mengenai persoalan tentang memori.. 

"aku tak rasa kau patut ikut.." balas aku..

"kenapa? kenapa tak nak aku ikut sekali?" Shahir dah mula rasa pelik sikit..

"takde apa-apa lah.. sebab.. macam aku cakap.. ianya macam takde lah serius sangat pun sama ada aku nak buat ke tak.. and.. aku pun rasa yang kau ada benda yang lebih penting lagi daripada nak buat benda-benda 'merepek' macam tu.." balas aku.. sambil aku mula merenung mata Shahir..

Shahir terdiam, dahi mula berkerut sedikit..

perlahan-lahan, aku mula bersuara semula.. "macam mana perkembangan tentang majlis pertunangan kau? semua dah settle dah?"

"owh.. yang tu.. okay.. semua okay.. so far semuanya takde masalah lagi.. and aku pula nak tanya satu soalan kat kau.." Shahir pula tenung mata aku.. pandangan yang tajam..

aku dah mula berdebar-debar..

"kau nak nak datang tak nanti pada majlis tu?"

terus aku memejamkan mata setelah ditanya soalan itu..

seperti yang aku telah jangkakan.. aku tahu dia akan tanya soalan itu..

"sebab sebelum ni kau kata, mungkin kau tak leh nak datang.." kata Shahir lagi..

masih terdiam, aku hanya memandang wajah Shahir..

"aku tahu, benda ni macam complicated sikit.. dan aku pun faham juga lah.. but satu benda je yang aku nak harap.. aku harap, kau akan datang juga nanti bila tiba waktu itu .." mata Shahir memanda tepat pada mata aku..

suasana sepi seketika.. aku pun sudah tidak sedar sudah pusingan kali ke berapa kami berada dalam roda ferris itu.. ianya membawa kami turun dan naik.. di sinari oleh sinaran lampu neon yang berwarna-warni, kami saling duduk bertentangan dalam roda ferris itu..

ada perkara yang telah kedua-duanya kami ketahui.. mungkin kami jarang untuk membicarakannya.. mungkin kami menganggapnya seolah-olah tidak pernah berlaku.. tapi hakikatnya di sebalik keinginan untuk mahu memastikannya ia tidak begitu dibicarakan, namun kadang-kadang kita tidak boleh lari dari realiti..

untuk sesuatu sebab aku rasakan saat yang mulanya berjalan dengan indah kini mula hilang sinar keceriaan itu.. aku duduk berdiam diri, sambil mataku hanya tetap memandang tepat pada matanya.. dia juga begitu.. memandang aku seperti mana aku memandang dirinya.. pada saat ini, tiba-tiba roda ferris itu berhenti dari berpusing.. namun aku seakan telah lupa yang kami sedang berada di dalam roda ferris itu..

aku sedar masanya sudah semakin mendekati.. apa yang akan berlaku, semuanya tidak akan jadi seperti sebelumnya..

perlahan-lahan aku mula bersuara, "kau jangan risau.. aku akan datang juga nanti.."

aku tersenyum.. dan dia juga mula turut tersenyum.. 




*          *          *



dulu, Ihsan pernah berkata mengenai hal tentang kenangan pada diriku.. ianya susah untuk aku fahami pada mulanya, namun kini ianya telah menjadi salah satu perkara yang aku selalu fikirkan..

kenangan indah yang tercipta akan menjadi satu beban apabila tiba saat kita mahu melupakannya..

ianya sangat pedih.. sesuatu yang 'manis' akan bertukar menjadi sesuatu yang menghiris hati..

apabila Shahir berkata padaku dia ingin pergi mengembara bersama-sama dengan diriku, aku boleh bayangkan berapa banyak 'kenangan' lagi yang akan tercipta antara aku dengan dirinya..

di saat kenangan itu akan menjadi 'beban' pada diriku.. kerana aku mahu meninggalkan dirinya di satu masa nanti...




*          *          *



pada sekitar jam pukul 11.30 malam, aku mula dibawa oleh Shahir balik rumah abang dia.. rumah abang Shahir berada di tengah-tengah bandar, sebuah kondominium yang pada pandangan aku agak mewah.. tak menghairankan sangat sebab keluarga Shahir jenis yang berada sikit.. sempat juga aku bertanya pada Shahir, abang dia kerja apa sebenarnya.. kata Shahir, abang dia tu ada bisnes sendiri.. kata abang dia tu adalah tauke restoran.. dalam permikiran aku, mesti bukan hanya sebuah restoran biasa, mungkin jenis yang aku sendiri tak terfikir nak makan kat sana.. kata Shahir lagi, ianya adalah restoran makanan asing tapi masih juga menghidangkan menu makanan tempatan.. lalu kata Shahir lagi, kalau tak tergesa-gesa sangat nak balik esok nanti, boleh singgah untuk makan kat restoran tu dulu.. aku lepas tu hanya mendiamkan diri..

sekarang berada kat lobi kondo tu, kami sedang menunggu lift untuk naik ke atas.. bila lift dah sampai, Shahir pun mula nak satu kad, sebelum dia nak tekan nombor tingkat ke berapa mereka nak tuju.. Tingkat 23, lalu kami pun sampai ke tingkat tempat rumah milik abang Shahir berada.. berjalan mencari pintu rumah, bila dah jumpa Shahir terus tekan pada bell rumah.. tak lama selapas tu, pintu rumah pun dibuka, lalu kelihatan seorang lelaki yang agak serupa dengan wajah Shahir di depan pintu.. sudah pasti dia adalah abang Shahir.. dari paras wajah, macam umur 30 lebih..

"lambatnya balik.. ni dari mana ni?" tanya abang Shahir..

"alaa.. biasa lah, orang muda keluar malam-malam.. oh, lupa pula, ni kawan aku.." Shahir mula menunjuk jari ke arah aku..

"hai.." kata aku, mula mengukirkan senyuman.

"hai.." balas abang Shahir.. juga turut tersenyum

"Fahri nama dia.. aku 'culik' dia datang ke sini.. hahaha" kata Shahir..

"hai Fahri.. Adam.." abang Shahir mula memperkenalkan diri..

salaman tangan dihulur, salaman tangan juga mula dibalas.. lepas tu kami berdua mula nak masuk ke dalam rumah.. masuk, aku pun pandang-padang sekejap keadaan dalam rumah tu.. bersih dan teratur je..

"dah makan dah?" tanya abang Shahir..

"dah.. baru je, before nak datang sini.." balas Shahir..

"bilik semua dah ready.. tapi tak rasa korang nak tidur lagi kot.. orang muda sekarang bukannye nak tidur awal.. balik rumah pun lewat-lewat kan.." kata abang Shahir..

"abang ni macam emak je lah.. orang tahu lah macam mana nak uruskan hal diri.. dah besar pun.."

"hahaha.. okay.. okay.. apa-apa pun kalau korang dah rasa letih ke, bilik semua dah ready.. kalau lapar tengok je kat dapur tu.. ada je snacks or air minuman semua.. ambil je.. sorry lah, tak boleh nak layan tetamu sangat.. ada hal sikit nak diuruskan kat dalam bilik.." kata abang Shahir lagi..

"eh, tak ape.." aku mula dah jadi malu-malu sikit..

tak lama lepas tu abang Shahir pun dah mula masuk bilik dia.. aku dan Shahir masih lagi berada di ruang tamu.. duduk di ruang tamu, Shahir kemudiannya pergi ke dapur, katanya rasa lapar pula walaupun baru je lepas makan.. nak cari apa benda yang boleh dimakan kat dapur, lalu tanya aku sama ada aku lapar juga ke tak.. balas aku, takde lah lapar, takde lah kenyang juga.. but kalau diajak makan boleh je nak makan lagi.. hahaha.. lepas tu, Shahir mula pergi ke dapur..

aku pula mula berjalan-jalan di sekitar bilik tamu, perasan ada beranda rumah kat kondominium tu.. aku pun lalu pergi ke beranda, buka pintu kemudian melangkah ke luar untuk menikmati permandangan suasana di luar.. keadaan masih lagi bercahaya, walaupun dah lewat malam.. berada di tengah, aku boleh menyaksikan keadaan di kotaraya itu yang masih lagi bercahaya.. dari jauh, aku dapat perhatikan roda ferris yang telah kami naiki.. ianya tidak lagi berputar, tapi lampu-lampu neon yang menyinari roda ferris itu masih lagi menyala..

sweet memory.. i think..

mula terfikirkan tentang apa yang dah jadi di dalam roda ferris itu..

tapi mungkin juga ianya satu detik kesedaran..

hatiku berbisik lagi..

masanya sudah begitu dekat.. tapi aku tak tahu kenapa aku seperti rasa ianya lagi cepat berlalu..

terdiam.. aku menhirup nafas seketika..

mula terasa tiupan angin yang agak menyejukan.. terasa agak kurang selesa, lalu aku pun mula masuk semula ke dalam rumah.. perasan yang Shahir masih lagi berada di dapur.. aku pun perlahan-lahan mula menuju ke dapur nak tengok apa benda yang Shahir buat di sana..

"buat apa tu?" tanya aku..

Shahir menoleh, sambil tangannya mentutup mulut.. aku pun mula rasa pelik bila tengok dia macam tu.. berkerut dahi aku memandang pada Shahir..

"kau jangan gelak, okay.." kata Shahir..

"apasal? ada apa je?" aku dah jadi rasa pelik..

kemudian, tiba-tiba ada kedengaran bunyi aneh dari Shahir.. bahunya juga ternaik seakan terkejutkan sesuatu..

"laaa... sedu rupanya.. hahaha.." aku pun mula tergelak sikit..

"kan dah cakap jangan gelak.. ops.." sedu tu datang balik.. aku pun tergelak sedikit bila tengok keadaan tu..

"apasal tiba-tiba je kau dapat sedu ni?" tanya aku..

"entah.. tiba-tiba je.. ops.." dan sedu itu pun datang balik..

aku rasa nak gelak, tapi cuba tahan.. cuma mula tersenyum-senyum..

"kau tahu macam mana nak stop benda ni? ianya tak henti-henti.." kata Shahir.. bahunya pun terangkat-angkat lagi bila sedu itu datang..

aku kesian pula tengok dia ni.. tapi entah kenapa aku dalam masa yang sama aku mula rasa satu perkara..

comel pula tengok dia macam tu..

tersengih-sengih, aku pun mula mendekati Shahir..

"kat mana letak cawan?" tanya aku..

Shahir pun tunjuk kat mana cawan berada..

"air?" tanya aku lagi..

lalu Shahir pun mengambil air mineral yang ada dalam peti sejuk..

aku ambil air sambil mula menuangkannya ke dalam cawan..

"ada banyak teknik juga macam mana nak hilangkan sedu.. but aku rasa cara ni agak berkesan.. kalau aku ada sedu, biasanya cari ni berkesan.." kata aku..

Shahir hanya mendiamkan diri sambil dia pandang aku..

"senang aje.. kau tarik nafas dalam-dalam, macam kau buat bila nak bersenam semua tu.." aku pun tarik nafas dalam-dalam nak tunjuk demo.. "tahan je, jangan lepas lagi.. then sambil kau tahan nafas tu, kau bawa minum air.. minum sekali teguk tau.. jangan lepas.." aku pun minum nak tunjuk cara aku hilangkan sedu..

caranya mudah.. tarik nafas dalam-dalam, lalu bawa minum air yang banyak sekali teguk, sambil-sambil masa tu kita masih lagi menaham nafas.. minum air tanpa henti sekali teguk.. lepas tu tengok lah hasilnya.. berkesan? kalau masih ada lagi, cuba buat kali yang kedua..

Shahir pun cuba buat apa benda yang aku dah ajar.. dia mula tarik nafas dalam-dalam, lalu terus juga meminum air.. aku hanya memandang dia, tersengih-sengih..

habis minum air, Shahir pun mula pandang wajah aku..

"so, macam mana?" tanya aku..

terdiam seketika, tengok-tengok kalau sedu tu datang balik ke tak..

satu minit..

takde pula sedu tu kedengaran semula..

"wow.. Fahri ada kuasa sakti.. hahaha.. hebatnya kau.." Shahir pun dah mula nak gelak-gelak..

"hahaha.." aku pun turut tergelak sama..



*         *        *


pada malamnya, sekitar jam pukul 1.30, aku kini sedang berbaring di dalam bilik.. Shahir pula sedang berada di dalam bilik air.. nak berus gigi, cuci muka sebelum nak tidur.. pada saat ini, aku mula terfikirkan tentang banyak perkara.. sesuatu yang sedikit sebanyak mula mengganggu fikiran aku..

aku terfikirkan apa yang dah jadi sepanjang hari ini.. dari perjalanan sampai ke kota ini, aku rasakan semuanya akan jadi satu kenangan yang akan aku ingat sentiasa.. sebenarnya kalau difikirkan, aku dan Shahir memang dah biasa sangat meluangkan waktu bersama, tapi tidak tahu kenapa saat ini sesuatu yang lain dari kebiasaanya.. ianya manis, tapi dalam masa yang sama, ada juga kepahitan yang terpalit di sebalik kemanisan itu..

detik ketika aku dengan Shahir menaiki roda ferris itu, satu impian aku telah tercapai.. dan ianya bukan lah sesuatu yang dirancang.. sampai sekarang, aku seakan sukar percaya yang ia telah pun berlaku.. walaupun aku tahu, Shahir takkan pernah tahu bahawa aku ada menyimpan impian sedemikian.. dan kerana ianya sesuatu yang manis, aku takut kemanisan ini lah menjadi satu ikatan yang berat untuk dilepaskan nanti..

untuk sesuatu sebab, aku sudah mulai takut mengenai memori..

aku mula fikir bagaimana memori dan kenangan ini adalah penguatkan dalam hubungan antara manusia.. semakin kita menciptanya, semakin kuat ikatan kita dengan orang itu.. dan jika ianya manis, maka semakin subur lah ikatan itu.. ianya begitu kuat, sehingga bila ia terputus nanti, kepedihannya sukar untuk aku terjemahkan.. ketakutan akan kehilangan.. seperti mana kita rasa sedih apabila insan yang kita sayangi telah pergi buat selama-lamanya, kesedihan itu ada kerana adanya ikatan antara kita dengan orang itu.. untuk kes ini, ianya lebih kepada soal hati dan perasaan.. kerana itu, aku mula berharap agar ikatan itu mula longgar, sedikit demi sedikit, agar aku boleh kurang kan rasa kesedihan itu..

saatnya semakin tiba.. dan sekarang, ianya seakan akan berlaku pada esok harinya.. Shahir sudah mula melangkah maju ke hadapan dalam hubungannya dengan Liyana.. aku tidak tahu apa yang aku sedang rasakan sekarang.. sedih? gembira? hampa? takut? semuanya seakan sukar untuk aku fahami.. ianya seakan satu perasaan yang pelbagai.. aku tahu ianya akan berlaku nanti, tapi selama ini aku seakan-akan tidak mahu memikirkannya.. mungkin sebenarnya berdebar-debar menanti saat itu.. jujur aku katakan, aku rela hubungan antara mereka.. tapi dalam kerelaan, ada tercalit satu perasaan yang seakan-akan berat untuk ditafsirkan..

masa akan sentiasa berdetik.. bila tiba saat itu nanti, aku akan tahu jawapannya, apa yang aku rasakan..

"kau okay, Fahri?" tiba-tiba je Shahir tanya aku.. dia baru je lepas dari bilik air.. sedang berdiri di muka pintu..

aku menoleh ke arahnya.. lalu cuba untuk tersenyum..

"nothing.. takde apa-apa pun.." balas aku..

perlahan-lahan, Shahir mula mendekati katil.. duduk, wajahnya masih memandang aku.. untuk seketika, kami saling berpandangan.. kemudian, Shahir mula nak berbaring di sebelah aku.. selimut mula ditarik menyelimuti tubuhnya..

"aku rasa aku dah lama kenal untuk tahu bila kau rasa macam ada masalah atau pun tak.. so, kau ada fikirkan apa je sebenarnya?" tanya Shahir..

aku tidak memandang wajahnya.. muka aku mengharap ke arah siling melihat lampu bilik yang masih lagi menyala..

"ada benda yang kau nak kongsi kan? kalau kau nak cerita, aku dengar je.." kata Shahir lagi..

aku masih lagi mendiamkan diri.. sikap aku yang tidak membalas pertanyaannya itu, sudah jelas yang sebenarnya aku memang ada benda yang aku fikirkan.. tapi, aku tak tahu kenapa aku keberatan untuk menceritakannya.. atau mungkin, lebih bagus aku tidak kongsikannya..

"aku rasa aku boleh agak apa benda yang kau sedang fikirkan.. but kalau kau rasa kau tak bersedia nak kongsi kat aku, tak apa lah.. aku pun tak nak paksa.. tapi kalau kau dah rasa nak luahkan, aku boleh je nak dengar.." kata Shahir.. sekarang dia juga turut memandang ke arah siling..

keadaan mula menjadi sunyi seketika.. masing-masing sedang diam membisu sambil memandang ke arah siling.. lampu bilik masih lagi menerangi..

"pada usia kita sekarang ni, ada satu masalah yang sangat common.." tiba-tiba Shahir bersuara lagi.."memang pada setika ini, pada range umur kita usually akan merasai masalah ini.. masalah mengenai 'hati dan perasaan'.. almost semua orang pada usia kita sekarang sedikit sebanyak akan ada masalah ini.. kalau dalam bahasa direct nye, masalah percintaan.. tak kisah lah pada yang still tak bercinta lagi, but pasti sedikit sebanyak mereka pun teringin nak merasainya.."

masih berdiam diri, aku mula mendengar apa yang Shahir nak kata kan..

"dulu, waktu umur belasan tahun semua, aku malas nak fikir hal-hal macam ni.. sebab terasa muda sangat untuk nak involve.. aku consider ia dulu sebagai 'masalah orang dewasa'.. but sekarang, kita pun dah besar.. so, dah tak salah dah kalau kita nak involve dalam perkara ni.. dah cukup besar dah.. so, jangan takut untuk membincangkannya, kerana masing-masing sudah cukup dewasa untuk terlibat dalam hal macam ni.."

berdiam, aku masih tidak berkata apa-apa..

"okay.. tak pe lah kalau kau tak nak cakap apa.. sekarang pun dah lewat dah.. mesti kau nak tidur dah kan.."

lantas Shahir bangun dari katil, lalu mula pergi ke arah suis lampu untuk menutupnya.. kembali ke katil semula, Shahir terus berbaring..

"good night.." kata Shahir..

dia terus memusingkan tubuhnya mengiring di arah yang berlainan dari aku..

diam.. suasana menjadi sunyi.. agak lama juga dalam tempoh tanpa suara, lebih kurang sepuluh minit selepas itu, aku mula bersuara..

"kau tak rasa weird ke dengan aku.." kata aku.. tahu yang Shahir masih lagi belum terlelap di sebelah aku..

"weird pasal apa?" tanya Shahir..

mula memusingkan tubuhnya, Shahir mula menghadap aku..

"kau pun dah tahu siapa aku yang sebenarnya.. so, aku akan rasa lebih weird kalau kau takde perasaan pelik kat aku.. bila kita bersama.. macam sekarang.. dekat-dekat.. kau tak rasa apa-apa ke? feeling macam nak lari ke.. or.. macam.. disgust..." tanya aku perlahan-lahan..

kali ni Shahir pula yang terdiam..

"aku ada fikir benda macam ni.. every time bila kita bersemuka.. aku akan terfikir tentang hal ni.. apa yang kau fikir.. apa yang kau rasa.. macam yang aku cakap, aku akan rasa lebih weird kalau kau takde perasaan pelik kat aku.." mataku memandang Shahir..

"ada.. honestly ada je.." balas Shahir..

terus aku terdiam..

"the awkwardness.. the confusion.. sangat janggal.. ianya satu perasaan yang takkan sama lagi seperti dulu, bila aku tahu tentang kau.. the truth about you.. jujur aku kata kan.. ianya mengganggu aku.."

hatiku dah mula berdebar-debar bila mendengar apa yang Shahir luahkan..

"dan kerana ia mengganggu fikiran aku, ia buat aku jadi tidak kena.. aku tak boleh nak explain macam mana.. aku dah lihat kau tak seperti dulu.. but then.. aku try untuk stop dari fikir dari benda-benda macam tu.. sebab aku takut, semakin aku fikirkannya, ianya akan merosakkan hubungan antara aku dan kau.."

pada saat ini kedua-dua mata kami saling berpandangan.. jarak begitu dekat sekali.. matanya tajam melihat mataku..

"kau tahu, ianya takkan sama lagi seperti mana waktu kita dulu-dulu.. memang takkan boleh nak nafikan yang akan ada perasaan janggal tu.. tapi.. aku seboleh-bolehnya tak nak fikir tentang benda tu sangat.. aku nak tengok kau, seperti mana aku kenal kau dulu.. sebab aku takut, kalau aku fikir tentang hal ni sangat, ianya macam mengganggu.. aku akan mula berfikir.. dan terus berfikir.. fikir.. sampai.. maybe aku akan fikir benda yang negatif.. so.." Shahir pandang mata aku.. tajam..

hati aku mula berdegup kencang bila dia pandang aku macam tu..

"kalau boleh kita berdua still macam dulu-dulu je.. macam aku cakap, aku takut kalau aku fikir pasal benda tu sangat, ianya akan merosakan hubungan antara kau dan aku.."

terdiam.. aku hanya mampu mendengar..

"ingat tak lagi bila aku cakap kononnya aku nak jadi pembimbing kau lah.. lepas kita berpisah pada malam tu, jujur aku cakap aku memang bermaksud macam tu.. but then.. to be honest aku pun tak tahu macam mana nak buat macam tu.. sebab aku pun bukannya bagus sangat.. but sekarang aku nak perhatikan kau.. apa benda yang kau akan buat.. perkembangan kau semua.. sebab tu aku harap pada kau satu benda.."

mata Shahir memadang mataku tajam.. hati aku dah mula semakin berdebar-debar..

"apa benda yang terjadi lepas ni.. jangan lari dari aku.. sebab aku tahu, kau memang ada bermaksud bergitu.." kata Shahir..

tidak mampu berkata-kata selepas aku mendengar apa yang Shahir katakan itu..

aku mula takut akan kenangan.. semakin ia dikumpulkan, aku takut semakin kuat ikatan yang menghubungkan antara aku dengan dirinya.. seperti yang Shahir telah katakan, aku memang menyimpan keinginan begitu.. lari dari dirinya.. lari dari realiti..

"mungkin aku seorang yang penakut.." akhirnya aku mula bersuara.. "takut akan realiti.. takut akan kesedihan.. hakikatnya, aku memang redha pun apa yang akan jadi nanti.. tapi.. mungkin aku seorang yang penakut.. kehidupan ini agak complicated.. and then, kita tak nak terasa sedih nanti.. aku takut.. aku takut sangat-sangat.. apa benda yang dah tercipta, akan buat lebih aku rasa derita.."

"aku faham.." dengan nada yang perlahan, Shahir berkata.."aku tak paksa kau untuk buat apa benda yang kau rasa nak buat.. itu apa benda yang aku pinta.. tapi bergantung pada kau sama ada mahu melakukannya atau tidak.."

terdiam.. aku tidak mampu bersuara..

malam semakin gelap.. aku sudah terlupa dengan apa yang terjadi pada siang semalam.. sekarang, aku tidak menyangka bahawa aku akan ada perbualan dari hati ke hati dengan dirinya.. setelah apa yang terjadi sebelum ini, kami jarang mahu membincangkannya.. atau pun kami cuba elak dari membincangkannya.. tapi aku tahu, dalam hati masing-masing memang ada fikiran yang cuba memikirkan perkara ini.. tapi tidak dilafaskan, kerana khuatir akan merosakkan keadaan..

aku seorang penakut.. takut dengan realiti.. takut dengan kesedihan.. takut dengan hakikat.. aku mula selalu fikir cara mudah untuk lari daripada segala masalah ini.. pilih jalan ringkas, dengan harapan, aku tidak akan terluka..

"aku seorang yang penakut.." perlahan-lahan aku mula bersuara.. "aku benci dengan diri aku.. kenapa aku begini.. kenapa aku memiliki perasaan ini.. aku fikir lagi bagus aku mati sahaja.. agar.. aku tak menjadi lebih hina semakin lama aku menikmati hidup.."

Shahir pandang wajah aku.. memasang telinga, mendengar dengan teliti..

"kadang-kadang aku tertanya-tanya, apa tujuan aku dicipta dalam dunia ini? sebab kita tidak tahu apa yang Tuhan rancang untuk jalan kisah kehidupan kita.. sebab kita tidak tahu tu lah yang buat kita jadi confuse.. kita tak pernah nampak Dia.. kita tak tahu apa yang Tuhan fikir kan tentang kita.. adakah kita dibenci oleh diri-Nya? atau.. masih ada kah sedikit perasaan sayang-Nya pada diri kita.. sebab kita tidak boleh nak nampak Dia, but kita tahu Dia ada.. dan sentiasa ada..."

mata Shahir tidak berkelip melihat wajah aku..

terhenti seketika, suasana menjadi senyap.. selang beberapa minit selepas itu, aku mula bersuara lagi..

"manusia ni buat banyak perkara yang ingkar.. dan aku pun rasa yang aku ni berdosa.. I'm a sinner.. sebab tu aku kata, kadang-kadang aku terasa nak mati je, agar kalau boleh aku boleh nak henti kan segala dosa yang aku dah buat.. dan masih buat.. walaupun manusia ni tahu dia buat benda yang salah, tapi mereka still nak buat juga.."

Shahir masih lagi setia mendengar.. tiada kata, membiarkan aku terus berkata-kata..

"macam aku cakap.. kita tidak tahu apa benda yang Tuhan fikirkan tentang diri kita.. dan disebabkan kita tidak tahu, kita mudah nak confuse.. aku ni manusia.. punyai perasaan seorang manusia dan berfikir seperti seorang manusia.. aku sedar, aku ada satu perasaan yang salah, but jujur aku cakap, semua perasaan itu adalah sesuatu yang jujur, genuine.. bukannya dibuat-buat.. pertanyaan ini pernah disoalkan kepada aku dan ia buat aku mula berfikir tentangnya.. orang seperti aku ni adalah golongan yang paradoks.. percaya yang Tuhan ni sayangkan kita.. tapi bukan kah orang macam aku ni kaum yang dilaknat-Nya? jadi, kadang-kadang aku ragu-ragu kalau masih lagi ada di hati-Nya.."

Shahir terdiam.. diam memejamkan mata.. agak lama sedikit.. malam yang mula semakin sejuk, tapi seakan tidak dirasai akan kesejukkannya.. terluah perkara yang aku pendamkan.. jujur aku kata kan, aku masih percaya yang Tuhan masih sayangkan hamba-Nya.. tapi keraguan itu mula muncul dari hari ke hari.. semakin aku cuba untuk mengejar tuntutan naluri, semakin aku keliru dengan kehidupan..

membuka matanya semula, Shahir memandang mata aku.. tapi dia masih lagi membisu tanpa berkata apa-apa.. hati ku mula tertanya-tanya apa yang dia sedang fikirkan.. apa yang yang dia mahu katakan.. menarik nafas sedikit, akhirnya Shahir mula membuka mulut..

"kita ada belajar tentang ada 99 nama-nama indah tentang Allah.. dan setiap satu nama itu menunjukkan tentang seakan-akan sifat yang dimiliki oleh-Nya.. yang tersenarai ada 99 nama, tapi ada yang mengatakan bahawa ada lagi nama yang dimiliki-Nya yang tidak tersenarai daripada 99 nama-nama itu.. tapi daripada 99 nama-nama ini, kita boleh belajar mengenai diri-Nya.. contohnya, Al-Awwal.. Maha Permulaan.. Dia lah yang paling awal.. Al-Akhir.. Maha Penhabisan.. dan Dia juga lah Maha Penghabisan.. ada 99 nama.. dan ianya kerap disebut berulang kali dalam kitab.. setiap nama membawa maksud yang mendalam.. ada penguraian tentang akan maksud nama itu.."

kini aku pula yang memasang telinga mendengar apa yang Shahir nak katakan..

"jujur aku cakap, aku bukannya berilmu sangat dalam hal-hal agama ni.. kau pun dah tahu aku macam mana kan.. tapi aku sedar akan satu perkara ini.. mengenai 99 nama-nama itu.. mungkin aku salah, jadi kau tidak semestinya harus ambil apa yang aku nak katakan.. tapi, aku nak tanya kau satu perkara.. daripada 99 nama itu, apa kah nama yang paling kerap sekali disebut berulang kali dalam kitab?"

hatiku sudah mula berdebar-debar.. namun sebelum sempat aku berkata, Shahir sendiri yang mula memberi jawapan..

"ianya adalah perkataan yang kau sebut setiap hari.. dalam setiap doa, nama itu akan turut hadir dalam setiap doa.. Bismillah ir-Rahman ir-Rahim.. In the name of God, Most Gracious, Most Compassionate.. ianya adalah Ar-Rahman dan juga Ar-Rahim.. nama ini adalah mengenai kasih sayang.. kalau kita boleh kumpulkan 99 nama-nama itu dalam bentuk piramid, Ar-Rahman dan Ar-Rahim adalah paling banyak disebut berulang kali.. dalam setiap doa.. pada permulaan doa.. pada permulaan surah.. kedua-dua nama ini sentiasa ada.. dan kedua-duanya mempunyai maksud yang mendalam tapi kedua-duanya adalah mengenai kasih sayang Allah kepada hamba-Nya.. pernah kah kau terfikir, kenapa Ar-Rahman dan Ar-Rahim paling banyak disebut berulang kali dari 99 nama yang ada.." Shahir pandang mata aku.. pandangan yang tajam..

jantungku sudah mula berdegup kencang..

"sebab Dia sayang pada umat-Nya.. Dia sayang kau.. Dia sayang aku.. Dia sayang semua.. dan kita tidak seharusnya sangsi dengan kasih-sayang-Nya.. kerana Dia sentiasa ada.. sangat-sangat dekat pada diri kita.. lebih dekat daripada apa yang kau boleh bayangkan.. tiada nama yang paling kerap disebut melainkan dua nama ini.. Ar-Rahman dan Ar-Rahim... Most Gracious, Most Compassionate.."

terdiam.. untuk seketika, aku seakan mula terasa sesuatu yang menyentuh hatiku..

"In the name of God, Most Gracious, Most Compassionate.." Shahir berkata lagi..

untuk sesuatu sebab, aku mula merasakan seakan ada sesuatu benda mula mengalir dari mata aku..