Di pertengahan musim luruh, kota metropolitan Melbin dihiasi
dedaunan perang mewarnai seluruh kota raya itu.. pada musim ini, di kota Melbin
kebiasaanya keadaan lebih berangin berbanding musim-musim yang lainnya.. di
lantai kota telah pun dipenuhi dedaunan yang layu.. keadaan berangin adakalanya
menerbangkan daun-daun itu bersama suhu dingin angin yang menyejukkan.. hari
semakin senja, aku berjalan berseorangan memerhatikan kota metropolitan itu
yang masih lagi asing pada diriku.. baru dua minggu aku menetap di kota ini..
untuk hari-hari seterusnya, hidup aku akan mencipta lakaran kehidupan di bandar
besar ini yang aku mula dekati.. selama 23 tahun umurku, dari kecil aku lahir
dan membesar di luar Negara.. kini, keluarga aku telah berpindah ke kota
Melbin, tempat kelahiran ayah aku setelah lama menetap di luar Negara.. ayah
aku seorang pensyarah ekonomi yang sudah sekian lama menabur bakti berkongsi
ilmu di sebuah universiti di kota Rokyo tempat aku membesar.. dan kini dia mahu
kembali ke tanah air tercinta menabur bakti pada Negara kelahirannya.. maka
kerana itu aku di sini, bersama ahli keluarga aku menjalani kehidupan baru di
kota Melbin..
Aku memandang pada bangunan pencakar langit kota Melbin yang
ternyata lebih padat dan tinggi jika dibandingkan dengan kota Rokyo, kota
kelahiranku.. suasana di kota Melbin ternyata lebih sibuk dengan kehadiran
orang ramai serta keadaan trafik yang lebih sesak dengan kenderaan.. cuba
mengingati semula kenangan lama, seingat aku, ada tiga kali aku pernah datang
ke kota ini ketika kami sekeluarga menetap di Rokyo.. itu pun ketika aku masih
lagi berumur belasan tahun, muda remaja.. biarpun ayah aku berasal dari Melbin,
namun memang begitu jarang sekali dia kembali ke tanah kelahirannya.. tapi aku
tahu dalam hati ayah rindu akan kota ini.. dia sering berkongsi cerita tentang
kisah-kisah hidupnya ketika membesar di kota Melbin.. dan sering kali juga dia
berkata bahawa suatu hari nanti, kami sekeluarga akan berpindah ke kota ini,
namun hanya menunggu waktu untuk dilaksanakan.. kata-kata ayah itu telah
terlaksana, kini aku berada di kota ini yang begitu asing bagi diriku.. kota
kelahiran ayah..
Berjalan berseorangan, aku melangkah tanpa arah tujuan yang
tetap bekeliaran di pelusuk kota.. aku cuba membiasakan diri dengan keadaan
kota ini.. di tangan kanan, aku memegang peta kota Melbin yang aku dapat secara
percuma di Central Station.. dengan berpandukan peta ini, seumpama seorang
pelancong aku berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.. menerokai
satu tempat yang baru memang sudah menjadi satu kegemaran.. aku lebih suka
berseorangan dan berjalan kaki ketika menerokai tempat yang asing bagi diriku..
di leher aku tergantung sebuah kamera rangefinder, Leica M9 yang aku gunakan
untuk mengambil gambar apa-apa sahaja yang menarik perhatian aku.. kamera ini
adalah antara harta paling berharga yang aku sayangi.. ianya adalah tinggalan
daripada arwah datuk kesayangan aku yang hobinya suka mengambil gambar..
kegemarannya itu, diwarisi oleh aku.. dan kini, setelah dia meninggal dunia,
kamera miliknya itu menjadi milik aku..
Angin dingin musim luruh mula bertiup.. pada saat itu,
daun-daun pokok yang memayungi aku turut berguguran.. tubuhku mula mengigil
sedikit membuatkan aku berpeluk tubuh.. lantas, aku mempercepatkan langkahku
untuk pergi ke sebuah stesen monorail berdekatan untuk berlindung daripada
tiupan angin yang dingin.. sampai sahaja di sana, aku mula berdiri di belakang
dinding yang menjadi sebagai perisai menghadang angin.. pada masa yang sama,
telefon bimbit dalam poket seluar aku mula bergetar.. ada satu panggilan
diterima.. aku lihat, ianya daripada emak aku..
-
‘Hello.. Haris kat mana?’ pertanyaan daripada
emak aku..
-
‘Haris masih lagi kat bandar.. jalan-jalan
jap..’ balas aku
-
‘seorang je? Hakim mana? Tak temankan?’
-
‘ha ah.. seorang je.. abang Hakim ada kat rumah
rasanya..’
-
‘kenapa keluar seorang diri je ni? Bahaya! Haris
bukannya biasa sangat dengan Melbin ni lagi..’
-
‘sebab tak biasa tu lah nak kena biasakan..
Haris nak kenal tempat-tempat kat sini..’
-
‘tapi, jalan seorang diri tu bahaya! kena ada
yang temankan!’
-
‘mak.. Haris dah besar lah mak.. pandai lah
Haris nak jaga diri.. lagi pun Haris bukannya ada kenal sesiapa sangat kat
sini.. kawan pun macam tak ada lagi.. tiada yang nak temankan..’
-
‘sebab tu mak kata jangan jalan seorang diri..
kalau berlaku apa-apa nanti, susah.. Haris bukannya kenal sangat dengan tempat
ni.. bila nak balik? Jangan balik lewat-lewat!
-
dah nak balik dah.. sekejap lagi balik lah..
setelah berbual dengan emak, aku membuat keputusan untuk
meneruskan ‘penerokaan’ aku sebelum balik ke rumah sebelum pukul 11 malam.. niat
aku untuk pergi ke satu kawasan yang digelar sebagai Haig Street.. berdasarkan
peta yang aku miliki, tempat tersebut terkenal dengan pasar malam yang meriah
di waktu malam.. mengunakan monorail, aku menunju ke stesen monorail berdekatan
dengan Haig Street.. setibanya di sana, aku berjalan kaki lebih kurang 10 minit
sebelum sampai ke tempat yang dituju.. memang benar apa yang dikatakan pada
peta panduan yang aku miliki.. keadaan di tempat itu memang cukup meriah sekali
dengan kehadiran orang yang begitu ramai..
berjalan, aku meneroka tempat baru aku kenali itu sambil
memerhatikan keadaan sekeliling yang penuh dengan peniaga gerai yang menjual
pelbagai jenis jualan.. keadaan yang begitu sesak adakalanya memaksa aku untuk
bersempit-sempit dengan tubuh manusia untuk mara maju ke hadapan.. ada sesuatu
yang menarik perhatian aku.. di satu sudut, langkah aku mula terhenti tatkala
aku melihat sekumpulan manusia seakan satu band muzik bebas dikelilingi oleh
orang ramai yang memerhatikan mereka.. penghibur jalanan, itu lah yang boleh
aku jelaskan.. terdiam, aku hanya memerhatikan mereka.. ada tiga orang
kesemuanya.. seorang lelaki yang aku duga berusia dalam umur 25 tahun sedang
menyanyi dengan suara merdu yang mengasyikkan.. dua orang lain pula sedang
bermain gitar melengkapi alunan suara penyanyi jalanan itu.. mereka
mendendangkan lagu-lagu popular yang membuatkan aku terpesona..
seketika, aku teringat akan kenangan aku ketika berada di
Rokyo.. dulu aku pernah melakukan perkara yang sama, penghibur jalanan
bersama-sama teman rapatku mendendangkan lagu kepada orang ramai secara
terbuka.. aku sebagai pemain gitar mengiringi teman rapatku, Ikhwan yang
bersuara medu sebagai penyanyi utama.. sesekali aku turut menemani sebagai
penyayi latar.. teman-teman aku yang lain mengiringi Ikhwan dengan bermaian
gitar serta keyboard.. ianya adalah aktiviti masa lapang yang biasa kami
lakukan pada setiap hujung semester selepas tamat minggu peperiksaan ketika
menuntut di universiti..
kekal memerhatikan, mata ku tertumpu pada pemuzik jalanan
itu yang ternyata amat berbakat sekali.. telinga aku tekun menikmati alunan
suara penyanyi lelaki itu yang ternyata memiliki vocal yang cukup bagus..
setiap rentak lagu.. setiap alunan muzik dari gitar yang dimain, semuanya aku
nikmati dari hati.. terdiam, aku terus teruja memerhatikan gelagat penghibur
jalanan itu..
selesai.. mereka akhirnya berhenti.. orang ramai yang
terhibur dengan persembahan mereka mula menghulurkan wang lalu meletakkannya
wang itu pada beg gitar yang ada di atas
jalan.. aku juga melakukan perkara yang sama, memberikan sedikit duit
seikhlasnya sebagai tanda penghargaan kepada pemuzik jalanan itu.. aku,
ternyata mula merindui akan kehidupanku di kota Rokyo yang telah aku
tinggalkan.. mula aku ingati akan teman-temanku yang kini entah bila aku akan
temui lagi.. pemuzik jalanan itu mula mendendangkan lagu yang baru, namun aku
mula beredar dari tempat itu.. aku perhatikan di kawasan itu memang menjadi
tempat popular bagi penghibur jalanan membuat persembahan.. selain daripada
band muzik itu, ada penghibur jalanan lain seperti seorang budak perempuan
kecil yang comel bermain viola yang cukup berbakat sekali sambil ditemani oleh
ibunya di sisi.. pada sudut yang lain pula ada pelukis jalanan yang bersedia
untuk melakar lukisan potret kepada yang meminta.. satu pemandangan yang aku
sukai.. ternyata kota ini memiliki banyak seniman jalanan yang berbakat..
pukul 8.30 malam, aku baru sahaja selesai makan malam di
sebuah gerai tepi jalan.. berseorangan, aku berjalan kaki dengan niat untuk
pergi ke Central Station untuk pulang ke rumah.. berdasarkan peta yang aku
miliki, jarak untuk pergi ke Central Station tidak lah begitu jauh lagi dari
tempat aku berada sekarang.. aku hanya perlu melalui beberapa jalan sebelum aku
tiba ke sana.. dalam masa itu, ingin aku nikmati permandangan keadaan di sekeliling
yang masih lagi asing buat diriku..
dari satu jalan ke jalan yang lain, aku kini tiba di satu
kawasan yang agak sunyi berbanding tempat yang lain.. tidak banyak kedai yang
buka di kawasan itu biarpun dalam masa sekarang tidak lah terlalu lewat untuk
kedai tutup daripada berniaga.. aku perhatikan di kawasan ini banyak kedai
bengkel kenderaan yang telah pun tutup dari beroperasi.. hanya kelihatan
beberapa orang yang lalu lalang di sekitar ku..
angin dingin musim luruh bertiup lagi.. aku mula mengigil sekejukkan..
sambil memeluk tubuh, aku mula mempercepatkan langkah aku kerana tidak selesa
dengan tiupan angin sejuk, mencari tempat untuk berlindung.. angin bertiup lagi
dengan tiupan agak kencang yang seolah-olah aku berada di tepi pantai..
dedaunan pokok mula berguguran.. dedaunan yang telah jatuh di jalan mula
berterbangan berselerak dibawa tiupan angin.. aku mula berlari mencari
perlindungan.. kini aku berdiri sudut yang terlindung daripada tiupan angin
sejuk.. masih memeluk tubuh, aku hanya berdiri berdiam diri menunggu keadaan
berangin itu akan berhenti..
sambil aku berdiri, tiba-tiba aku merasakan ada sesuatu yang
bergesel pada bahagian kaki aku.. terkejut dengan sentuhan secara tiba-tiba
itu, aku memandang ke bawah untuk memeriksa.. kelihatan seekor kucing yang
menyandarkan tubuhnya pada kaki aku.. teruja melihat kehadiran kucing itu, aku
mula mencakung lalu mengosok kepala kucing jinak yang bergesel tubuh pada kaki
aku..
“hai..” kata aku sepatah..
Aku mula mengarukan jari pada bawah dagu kucing itu..
memerhatikan, kucing itu bewarna putih serta ada warna kelabu pada bahagian
atas kepalanya.. keadaannya agak comot dan tidak terurus.. aku duga, ia pasti
kucing jalanan yang tidak bertuan..
Kucing itu mula menyandarkan tubuhnya pada kaki aku..
“sejuk?” tanya aku..
Aku faham akan tingkah laku kucing itu.. ia pasti merasa
kesejukan lalu menyandarkan tubuhnya padaku untuk mendapatkan sedikit haba..
aku angkat kucing itu, kemudian aku peluk ia pada tubuhku untuk memberikan
sedikit kepanasan.. kucing itu ternyata menyukainya..
“pada musim macam ni memang sejuk lah kan.. belum musim
sejuk lagi, pasti lagi dingin..” kataku pada kucing itu biarpun ia pasti tidak
mengerti apa yang aku katakan..
Kucing itu tidak berbunyi.. ia seakan mula leka dalam
pelukkanku.. tersenyum, aku hanya memandang kucing itu.. aku usap beberapa
kali.. entah kenapa aku mula teringat akan kucing belaan aku dulu yang telah
mati.. aku beri nama kucing aku itu si Puteh.. pada asalnya Puteh adalah kucing
yang tidak aku tahu dari mana datangnya sedang berlindung di depan rumah aku di
saat musim sejuk di Rokyo.. pada saat itu lah aku menemukannya.. kasihan
melihat keadaan kucing ‘asing’ itu, lalu aku bawa ia masuk ke dalam rumah..
dari saat itu lah aku membela Puteh.. kucing comot pada asalnya mula bertukar
menjadi kucing yang cukup sihat dan cantik yang cukup lincah.. Puteh sudah
menjadi sebahagian daripada keluarga aku.. kedua ibu dan ayah aku pun suka akan
kucing.. tapi malangnya, hayat kucing tidak panjang seperti manusia.. Puteh
akhirnya pergi buat selama-lamanya pada tahun lepas kerana sakit tua..
Memerhati, mata aku hanya memandang kucing dalam pelukan aku
itu yang seakan hampir terlena.. aku usap lembut tubuh kucing itu dan ia
ternyata amat menyukainya..
“kau nak balik dengan aku tak?” bisik aku pada kucing itu..
“kau takde tuan kan? Nak aku bela kau?”
Entah kenapa tiba-tiba timbul niat aku untuk membela kucing
yang baru aku temui itu..
“musim sejuk bakal tiba.. kalau dah musim sejuk nanti, mesti
kau akan kesejukkan kat luar..” kata aku lagi..
Tersenyum, aku memandang kucing itu.. aku sudah memutuskan
bahawa aku ingin membawanya pulang.. aku ingin membelanya.. kucing jalanan yang
aku temukan, sama seperti Puteh dulu.. kasihan melihatnya yang kesejukkan, sama
seperti ketika aku menjumpai Puteh dulu.. aku peluk kucing itu dengan kasih
sayang, memberikan haba untuk memanaskannya.. nanti, aku akan bawa ia pulang ke
rumah dijadikan binatang perliharaan aku yang baru..
Tiba-tiba, seakan mendengar sesuatu, kucing itu yang tadinya
seakan terlena mula menoleh ke arah satu sudut.. dengan pantas, kucing itu
terus melompat dari dakapan berlari meninggalkan aku..
Tergamam seketika, lantas aku mula bangun..
“nak lari ke mana tu?” lalu aku mula melangkah cuba untuk
mengejar kucing tersebut..
Aku lihat ia berlari ke arah satu lorong, aku ikuti
mengekorinya masuk ke lorong itu.. kucing itu berlari dengan pantas memaksa aku
turut berlari sama.. aku kehairanan dengan kucing itu yang tiba-tiba lari dari
aku.. ke mana ia mahu pergi? Apa yang telah menarik perhatiannya?
Mengekori dan terus mengekori.. dari satu lorong, ke satu
lorong yang lain.. tanpa aku sedari, kini aku mula jauh dari tempat aku
menjumpai kucing itu.. keadaan menjadi lebih gelap tanpa ada nya lampu-lampu
jalan yang menerangi.. namun entah kenapa, aku gagah kan diri juga terus
mengejar kucing tersebut..
Mengejar dan terus mengejar, sehingga lah kucing itu
tiba-tiba berhenti membuatkan aku dapat
mengejarnya.. lalu dengan pantas aku mengambilnya.. aku peluk.. aku usap
bulunya..
“dapat pun.. nak lari ke mana?” tanya aku walaupun aku tidak
akan dapat jawapannya..
Aku mula memandang keadaan sekeliling yang agak gelap.. baru
aku tersedar yang aku mengekori kucing itu sehingga jauh ke tempat ini..
sunyi.. keadaannya sekeliling di lorong itu agak kotor dengan sampah yang
berteraburan..
“jom ikut aku balik.. aku nak bela kau..” kata aku sambil
mataku meliar-liar memerhatikan keadaan sekeliling yang tidak terurus itu..
Hatiku mula tidak berasa selesa berada di tempat itu.. mahu
aku meninggalkan tempat itu secepatnya.. memusingkan badan, namun tiba-tiba
kedengaran satu jeritan suara yang memecahkan kesunyian dari belakang aku..
“nak bawa ke mana kucing itu!!” kata suara itu, kasar..
Terkejut, aku menoleh mencari arah datangnya suara..
kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang berpenampilan selekeh dan tidak
terurus di depan mata aku.. telan liur, aku memandang lelaki itu..
“itu kucing aku!! Kau nak bawa ia ke mana?!” katanya lagi
dengan nada yang kasar..
Terasa kecut perut bila ditengking kasar.. hatiku mula
berdebar-debar..
“maaf..” kata aku perlahan.. “saya cuma pegang sahaja.. tak
bawa ke mana-mana pun..” jawab aku perlahan-lahan dengan nada sedikit
ketakutan..
Lalu aku mula melepaskan kucing itu dari pelukan, lantas
entah kenapa aku mula berlari meninggalkan tempat itu secepatnya..
“hei!!” tengking lelaki itu lagi..
Aku terus berlari laju meninggalkan lelaki tersebut.. entah
kenapa aku mula takut kepadanya.. aku tetap juga berlari dan terus berlari
pantas.. dari satu lorong ke lorong lain.. mula meninggalkan tempat itu.. namun
aku perasan yang diri aku turut dikejar oleh lelaki tersebut..
“hei!!” jerit lelaki tersebut yang jelas kedengaran..
Aku telan liur.. semakin hati aku berdebar-debar bila dia
mengejar aku.. takut lelaki tersebut akan mengapa-apa kan aku.. dengan
penampilannya sebegitu, berada di tempat yang gelap dan kotor membuatkan aku
berfikir yang dia mungkin sahaja bukan orang-orang yang baik.. hati semakin
cuak.. aku mempercepatkan lagi larian aku.. dalam kegelapan, berlari menuju
mengikut kata hati aku.. sekali sekala aku cuba untuk memandang ke belakang
sekiranya lelaki tersebut dapat menghampiri aku..
Namun, ketika aku menoleh ke belakang, di satu persimpangan
tiba-tiba tubuh aku mula berlanggar dengan seseorang.. aku hampir rebah ekoran
pelanggaran itu namun sempat aku mengimbangkan badan daripada terjatuh.. kamera
Leica M9 yang bergantung pada leher aku
juga hampir melayang, namun mujur tali kamera memautnya kukuh pada leher aku..
kamera tersebut mula terhempas pada dada aku membuatkan aku mula menjerit
kesakitan.. terus aku mula menjadi cuak sekiranya berlaku kerosakkan pada
kamera Leica M9 kesayangan aku itu.. gelisah, aku terus memeriksa kamera itu..
“arghhh!!” kedengaran suara jeritan..
Tersedar akan jeritan itu, aku menolehkan wajah mencari arah
suara itu.. dapat aku perhatikan seorang lelaki yang mula terduduk di satu
sudut.. hati aku mula menjadi cuak melihat keadaan lelaki tersebut.. dengan
serta-merta aku berlari mendekati lelaki tersebut yang telah aku langgar,
khuatir jika dia mengalami kecederaan yang teruk..
“awak tak apa-apa?” tanya aku dengan hati yang gelisah.. aku
memeriksa keadaan lelaki tersebut..
“beri aku duit!” tiba-tiba lelaki tersebut mula bersuara
kasar..
Aku tergamam.. namun aku cuba memimpin dia untuk bangun..
“awak tak apa-apa? Maaf sebab saya terlanggar awak..” kata
aku mula berasa serba salah..
“beri aku duit!” kata lelaki itu lagi..
“awak cedera ke? Biar saya bawa awak ke klinik.. jangan
risau, saya akan bayarkan untuk awak nanti..” kata aku..
Namun lelaki tersebut mula bertindak kasar.. dia terus
menolak aku sehingga membuatkan aku tersungkur.. kamera yang tersangkut pada
leher aku mula terputus talinya membuatkannya ia terpelanting..
“aku nak duit!” kata lelaki tersebut mula berjalan mendekati
aku..
Dalam gelap aku cuba memerhatikan wajah lelaki tersebut..
wajahnya kelihatan pucat dan cangkung.. penampilan yang tidak terurus dan tubuh
yang berbau busuk.. badannya kurus, kelihatan dirinya tidak sihat.. ada sesuatu
yang tidak kena pada dirinya..
“aku nak duit..” katanya lagi..
Aku telan liur.. mula aku fahami bahawa lelaki tersebut
bukan manusia normal yang biasa.. aku duga bahawa dia mungkin seorang penagih
dadah.. dari segi penampilan tubuh dan wajahnya cukup aku kenali.. ini bukan
kali pertama aku bertemu dengan penagih dadah.. sebelum ini, di Rokyo aku
pernah melihat golongan penagih yang ada di kaki lima.. entah kenapa, hati aku
mula berdegup kencang..
Lelaki tersebut terus mendekati aku… dengan pantas aku cuba
mengambil dompet aku lalu mengeluarkan beberapa wang kertas..
“ini dia.. ambil lah..” kata aku, berharap lelaki tersebut
mengambil duit tersebut lalu meninggalkan aku..
Dengan kasar lelaki itu mengambil wang dari tangan aku..
namun, ternyata ia tidak dapat memuaskan hatinya..
“aku nak lagi!” katanya kasar..
Mengeluarkan beberapa wang kertas lagi dari dalam dompet,
aku menghulurkan padanya..
“nah.. ini sahaja yang aku ada..” kata aku dalam ketakutan..
Dia mengambilnya dengan serta-merta.. aku telan liur.. aku
cuba bangun.. mata aku mula menjeling keadaan sekeliling cuba mencari peluang
untuk melarikan diri sementara lelaki tersebut leka melihat wang yang aku
berikan.. namun, mata aku terpandang pada kamera kesayangan aku itu yang telah
tercampak pada satu sudut.. mula gelisah, aku segera mengambilnya.. hati aku
cemas sekiranya telah berlaku kerosakkan pada kamera warisan datuk aku itu..
memeriksa, ternyata telah ada kesan calar pada badan kamera..
“aku nak itu!” tiba-tiba lelaki tersebut bersuara lagi..
Tergamam.. aku menoleh memandangnya.. jarinya sedang
menunjuk pada kamera yang sedang aku pegang..
“beri aku yang itu!” tengking lelaki tersebut..
“tak boleh! Aku tak boleh serah kan yang ini..” balas aku..
“aku nak yang itu! Berikan kepada aku!” lelaki itu mula
mendesak..
Lalu, dia terus menerkam aku cuba untuk merampas kamera yang
aku genggam kuat pada tangan aku.. pergelutan mula berlaku.. dia masih berkeras
mahu merampas kemera tersebut, namun aku cuba melawan agar kamera tersebut
tidak diambil.. dalam pergelutan, secara tidak sengaja aku menolak lelaki
tersebut sehingga membuatkannya jatuh tersungkur..
Melihat dirinya yang telah rebah, aku dengan pantas
mengambil peluang ini cuba untuk melarikan diri.. namun, sedang aku menoleh ke
arah bertentangan cuba untuk berlari pergi, secara tiba-tiba baju di bahagian
belakang aku ditarik kasar.. ternyata lelaki tersebut sempat mengejar aku..
badan aku terundur ke belakang bila ditariknya.. mula berpaling tubuh mengarah
pada lelaki tersebut, tiba-tiba ada satu tusukan tajam mula menikam pada
bahagian perut aku.. mata aku terbeliak.. aku mula menjerit kesakitan akibat
tikam pada bahagian perut.. memandang pada perut aku, tertikam sebilah pisau
yang membuatkan darah mula mengalir dengan banyak pada perut aku..
“arghhhh!!” aku meraung kesakitan..
Lelaki penagih itu mula mengambil kamera yang telah terjatuh..
aku pula meronta kesakitan yang tidak terkata mula rebah di atas jalan..
“sakit!!!” raung aku lagi..
Lelaki penagih itu langsung tidak memperdulikan aku.. dia
cukup puas akhirnya dapat merampas kamera milik aku itu.. di fikirannya mahu
menjual saja kamera tersebut nanti.. aku pula mula menjadi lemah hanya mampu
melihat lelaki tersebut yang tersenyum-senyum seorang diri.. penglihatan aku
mula menjadi kabur..
“woi!!” tiba-tiba kedengaran satu suara jeritan..
Aku hanya mampu terbaring, namun aku jelas dapat mendengar
suara jeritan itu.. lelaki penagih itu mula melarikan diri.. akan tetapi, dapat
aku lihat akan satu susuk tubuh mula mengejar penagih itu.. di satu sudut,
dapat aku perhatikan satu pergelutan mula berlaku setelah penagih itu dapat
dikejar pantas oleh seorang lelaki lain..
Pandangan mata aku mula semakin kabur.. mata aku memandang
pada pergelutan itu.. telinga aku mendengar bunyi yang ada.. semakin kabur..
tubuh semakin lemah.. darah semakin banyak mengalir dari tubuh.. untuk beberapa
detik, akhirnya mata aku terpejam jua…
+ + +
Terbangun.. mata aku memandang pada siling putih di atas
aku.. cahaya lampu yang ada pada siling membuatkan mata aku terasa silau
sedikit membuatkan aku mula memejamkan mata.. terasa sedikit pada bahagian
mata.. masih tidak terbiasa dengan sinaran lampu, namun untuk kali kedua, aku
membuka mata aku sekali lagi.. kali ini tidak aku tumpu kan pandangan aku terus
pada lampu yang bercahaya.. aku mula memandang keadaan di sekiling aku.. di
sebelah kanan aku kelihatan susuk tubuh seorang wanita yang sedang terlena
duduk di sebuah kerusi.. cukup aku kenali dirinya.. dia adalah emak aku.. mula
memandang ke bahagian kiri pula adanya tingkap yang tertutup rapat.. di hadapan
aku ada kaca televisyen yang sedang terpasang.. sambil terbaring di atas katil,
aku mula memerhatikan tubuh aku yang kini sedang memakai pakaian yang berwarna
putih.. aku mula sedar yang aku sedang berada di dalam sebuah hospital..
fikiran aku mula menjadi runsing memikirkan bagaimana aku boleh berada di
sini..
Mula membangunkan tubuh sedikit daripada terus berbaring,
namun tiba-tiba mula terasa sakit di bahagian perut.. aku mengerang seketika..
cuba untuk menahan kesakitan.. aku membaringkan tubuhku semula di atas katil
membatalkan hasrat untuk bangun.. rasa sakit di bahagian perut itu masih
terasa.. tangan aku cuba meramas bahagian itu.. baru aku sedar yang tubuhku
telah dibaluti kain membaluti luka pada perutku.. terbaring, aku hanya
mendiamkan diri cuba untuk mengingati semula tentang apa yang telah berlaku..
bagaimana perut aku boleh mendapat luka.. bagaimana aku boleh terlantar di
hospital ini.. minda aku cuba mengimbas semula..
Mula terbayang akan satu pergelutan dua orang manusia..
bayangan itu kabur.. aku tidak dapat memikirkan dengan jelas tentang bagaimana
pergelutan itu berlaku.. aku mula menggelengkan kepala.. cuba untuk mengingati
lagi apa yang telah terjadi.. namun permikiran aku masih tetap kabur..
“Haris?” kedengaran satu suara..
Aku menoleh.. emak aku rupa-rupanya telah tersedar dari
tidurnya..
Dengan serta-merta emak memeluk aku.. dikucupnya pipi aku
berulang kali..
“kau sedar juga akhirnya..” kata emak..
Aku hanya terdiam.. cuba untuk tersenyum memandang dirinya..
+ + +
Seminggu berlalu.. aku masih lagi berada di dalam wad
hospital.. keadaan diriku mula beransur pulih namun masih boleh terasa sakit
pada bahagian perut aku.. dalam tempoh aku mula beransur sembuh, emak aku mula
memarahi aku kerana tidak mengikut nasihatnya agar jangan suka berjalan
berseorangan.. dia menasihatkan aku agar jangan pergi ke tempat-tempat yang
tidak ramai orang.. kawasan seperti itu boleh berlaku apa-apa sahaja.. lalu dia
mengingatkan aku lagi tentang apa yang pernah berlaku semasa kami tinggal di
Rokyo.. sebenarnya, ini bukan kali pertama aku bertembung dengan penagih dadah
yang mengugut untuk meminta wang, tapi semasa di Rokyo juga pernah berlaku perkara
yang hampir sama.. pada waktu itu, aku berusia 19 tahun.. dikejar oleh seorang
penagih ketika aku melalui satu lorong sunyi, namun mujur aku sempat melarikan
diri.. emak aku berkata yang aku patut ambil iktibar akan apa yang telah
terjadi sebelum ini.. tersenyum, aku hanya menggangukkan kepala tanda aku akan
dengar kata-katanya itu..
Setelah beberapa hari cuba mengingati semula tentang apa
yang telah berlaku, akhirnya aku mula dapat membayangkan semula kejadian yang
telah terjadi.. di saat aku berlari sehingga berlanggar dengan seseorang, lalu
orang itu mengugut aku untuk diberikan wang.. cubaan aku untuk melarikan diri,
kemudian aku ditarik mendapat tikaman di bahagian perut.. semuanya mula dapat
aku ingati semula.. malah, aku juga mengingati apa yang terjadi selepas itu..
ketika aku mengerang kesakitan di atas jalan, masih aku ingat akan datang
seorang pemuda.. pegelutan mula berlaku di antara pemuda itu dengan penagih
yang menikam aku.. bayangan itu kabur, namun aku percaya mata aku menyaksikan
apa yang telah berlaku sebelum aku mula pengsan tidak menyedarkan diri.. ada
sesuatu perkara mengenai pemuda itu membuatkan aku seakan pernah jumpa dengan
dia.. pakaian yang dipakainya.. rupa parasnya.. dan suara.. ianya seakan pernah
aku kenali untuk beberapa detik sebelum pergelutan itu berlaku.. aku rasa yang
aku mengenalinya untuk beberapa detik sebelum itu.. dia lah pemuda yang
menengking aku ketika aku mahu membawa balik seekor kucing jalanan yang aku
jumpa.. tidak salah lagi, dia lah orangnya..
Terdiam, aku hanya membisu sambil terbaring di atas katil..
Pada saat ini, aku sedang berseorang di dalam wad.. ada
perkara lain yang membuatkan aku berfikir.. entah kenapa aku mula terfikirkan
akan pemuda itu.. aku percaya bahawa dia lah menyelamatkan aku.. dalam masa
yang sama aku mula berasa bersalah.. sebenarnya aku melarikan diri darinya kerana
aku takut bahawa dia bukan lah orang yang baik.. penampilannya yang tidak
terurus ketika pertama kali mata melihat, membuatkan aku jadi cemas.. kenangan
lama ketika dikejar penagih sewaktu di Rokyo dulu membuatkan aku agak trauma dengan
orang.. aku lari kerana aku takut jika orang yang tidak baik.. namun dia pemuda
yang menyelamatkan nyawa aku.. hati aku percaya, dia lah orangnya.. mata aku..
ingatan aku.. telinga aku.. semuanya begitu tajam untuk mengingati pemuda itu..
Sedang aku mengelamun berfikir, datang masuk seorang
jururawat wanita mahu memeriksa keadaan diri aku.. membiarkan dia memeriksa
tubuhku, aku jawab segal pertanyaan yang dilontarkan oleh jururawat itu..
kemudian dia merekodkan satu catatan di dalam satu kertas.. setelah dia
melakukan kesemuanya, jururawat itu meminta izin untuk pergi.. namun sebaik
sahaja dia menolehkan tubuhnya bertentangan dari aku, dengan serta merta aku
menahannya untuk berhenti seketika..
Aku bertanya, “saya nak tahu bagaimana saya boleh berada di
hospital ini? Kalau cik tahu sesuatu tentang perkara ni..”
Jururawat itu mula membalas.. “encik dibawa ke bilik
kecemasan.. ada panggilan kecemasan diterima.. lalu encik dikejarkan ke sini
dengan menaiki ambulans..”
“tapi, bagaimana panggilan kecemasan boleh dibuat? Siapa yang
buat panggilan itu?” tanya aku..
“hurmm… kalau yang itu saya kurang pasti.. siapa yang buat
panggilan saya kurang pasti.. maaf.. tapi saya boleh tanyakan pada unit
kecemasan.. rasanya mereka mesti tahu sesuatu tentang perkara ini..” balas
jururawat itu lagi..
“owh.. okay.. saya cuma terfikirkan tentang seseorang.. saya
terbayangkan seorang lelaki.. saya rasa dia lah yang selamatkan saya.. dan dia
juga mungkin yang membuat panggilan kecemasan itu.. saya tertanya-tanya kalau
saya boleh tahu apa-apa mengenai lelaki tersebut..” tanya aku lagi..
“lelaki? Oh ya! Baru saya teringat sesuatu.. sewaktu encik
dikejarkan ke hospital, memang ada seorang lelaki yang datang sama.. tapi
setelah encik dibawa ke dalam bilik kecemasan saya dah tak terserempak lagi
dengan lelaki itu.. tapi saya boleh tanyakan sebarang info pada pihak hospital
jika mereka boleh tahu akan maklumat mengenai lelaki tersebut..”
“terima kasih.. saya berharap sangat untuk berjumpa dengan
lelaki tersebut..” kata aku..
+ + +
Musim sejuk mula bermula.. aku telah cukup sembuh untuk
dibenarkan pulang ke rumah.. namun di badan aku masih lagi berbalut kain yang
melilit luka pada perut aku.. tapi secara keseluruhannya, aku sudah sembuh
sedikit biarpun boleh terasa sakit sedikit jika aku berlaku pergerakkan yang
banyak di perut aku.. emak aku meminta aku untuk terus berehat di rumah sehingga
sembuh sepenuhnya, ditambah lagi pada musim sejuk begini.. tapi aku berkeras
mahu untuk bersiar-siar di luar.. alasan aku kata aku sudah cukup dengan
kebosanan hanya terlantar berbaring di atas katil sahaja.. aku mahu menghirup
udara segar di luar.. sebagai anak bongsu yang degil, nasihatnya tidak aku
patuhi.. aku masih juga mahu keluar bersendirian biarpun emak meminta agar aku
ditemani oleh abang aku, Hakim..
Pada saat ini, aku sedang berada di tengah-tengah kota
Melbin bersendirian.. cuaca sejuk pada musim sejuk membuatkan orang ramai
kurang kelihatan berada di luar biar pun pada waktu siang pada saat ini..
rata-rata orang mahu memanaskan badan mereka dengan berada di dalam bangunan..
musim sejuk di kota Melbin tidak bersalji, namun masih cukup sejuk untuk
sesetengah orang yang tidak tahan sejuk.. salji hanya turun dipergunungan..
suasana agak muram sedikit dengan langit yang sentiasa mendung.. hari yang
tidak begitu ceria.. biar pun jam tengah menunjukkan pukul 12 tengah hari, tapi
suasana agak mendung..
Berseorangan, aku pergi ke satu jalan ke satu jalan yang
lain.. cuba aku ingati tentang satu kawasan yang aku pernah kunjungi dahulu..
ada memori yang aku mahu ingati semula.. hati aku kuat berkata untuk pergi ke
tempat itu kembali biar pun satu tragedi telah berlaku padaku di kawasan itu..
kini, aku tiba di satu lorong yang sunyi.. di kawasan ini lah semuanya
berlaku.. terdiam, aku hanya memandang keadaan di sekeliling.. suasana siang
membuatkan kawasan itu nampak berbeza jika dibanding dengan waktu malam.. pada
waktu siang, ianya hanya seakan satu lorong biasa yang kosong.. namun pada
waktu malam, keadaannya mungkin membuatkan sesetengah berasa tidak selesa untuk
berada di situ..
Aku meneruskan langkah aku menuju ke lorong yang lain.. cuba
aku ingati semula kawasan di mana aku berjumpa dengan pemuda yang menyelamatkan
aku itu.. fikiran aku runsing sedikit untuk mencari kawasan itu kerana seingat
aku, pada malam tersebut aku lari sekuat-kuat hati meninggalkan dirinya sebelum
aku bertembung dengan seorang penagih dadah.. maka, aku tidak dapat ingati
dengan baik setiap jalan yang aku lalui..
Entah kenapa selepas apa yang telah berlaku, dalam minda aku
mula terbayang-bayangkan akan pemuda itu.. dalam memori, aku hanya dapat
berjumpa dengan dirinya hanya untuk beberapa detik, namun ingatan aku kuat
untuk mengingati dirinya.. wajahnya.. tubuh.. suara.. entah kenapa minda aku
tidak dapat melupakannya.. usaha aku untuk mendapat tahu tentang lelaki itu
ketika di hospital ternyata sia-sia bila pihak hospital mengatakan mereka tidak
dapat sebarang info mengenai lelaki itu.. siapa namanya.. di mana dia berada..
tiada siapa yang tahu.. namun yang pasti memang ada seorang lelaki yang membuat
panggilan kecemasan menggunakan telefon bimbit aku dan lelaki itu turut
mengiringi aku sewaktu aku dihantar ke hospital.. namun, setelah aku dibawa
masuk ke dalam bilik kecemasan, tiada siapa yang tahu ke mana lelaki itu mula
pergi.. dia hilang begitu sahaja..
Mengeluh.. aku kecewa kerana gagal mendapatkan sebarang info
mengenai pemuda itu.. aku datang ke kawasan ini semula dengan harapan jika aku
boleh bertemu dengan dirinya lagi.. aku tidak tahu ke mana aku boleh mencari
dirinya.. hanya di tempat ini lah detik pertemuan itu bermula.. dan kerana itu
aku berharap agar aku menemuinya dirinya lagi.. walaupun ianya agak mustahil..
dia boleh sahaja pergi ke mana-mana di tempat lain.. tapi aku terus berharap
agar dapat bertemu dengannya lagi..
Entah mengapa hati aku kuat untuk bertentang mata dengan
pemuda itu.. minda aku asyik terbayangkan dirinya.. tapi otak aku hilang akal
untuk mencari di mana dia berada.. mungkin sahaja itu adalah detik terakhir aku
bertemu dengan nya.. kota ini terlalu besar.. dia boleh sahaja pergi ke
mana-mana, pergi dan datang meninggalkan kota ini..
Akhirnya, bila menjelang senja, aku mula beredar dari tempat
itu.. musim sejuk yang siangnya begitu singkat membuatkan hari menjadi gelap
dengan lebih pantas.. jam masih sahaja menunjukkan waktu 3 petang, namun
suasana langit sudah mula keperangan.. aku bergerak semula pergi ke pusat kota
mahu menghabiskan sisa hari bersiar-siar di sana..
Setibanya di pusat kota, aku mula berjalan tanpa arah tujuan
yang tetap.. mata aku hanya memerhatikan keadaan sekeliling.. minda aku cuba
mengingati segala apa yang aku perhatikan.. bangunan yang ada.. nama jalan..
arca yang ada di jalanan.. semuanya membuatkan aku mula mengingati semula
dengan tempat-tempat yang aku pernah lintasi.. aku adalah seorang ‘visual
thinker’ yang muda ingat dengan melihat sesuatu.. biar pun aku baru sahaja
menetap di kota Melbin ini, aku sudah mula dapat menghafal selok belok kawasan
di sekitar itu melalui pemerhatian.. aku mudah ingat sesuatu jalan dengan
melihat sesuatu imej.. bangunan yang aku lihat, papan tanda yang ada dijalanan,
membuatkan aku mudah ingat bagaimana untuk pergi ke satu kawasan itu..
Hari semakin malam.. kini aku berada di Haig Street..
keadaan di tempat ini tidak lagi semeriah seperti sebelumnya.. sangat kurang
peniaga yang beniaga di pasar di kawasan itu.. ianya cukup difahami.. keadaan
dingin musim sejuk membuatkan sesetengah orang tidak berasa selesa untuk terus
berada di luar secara terbuka.. namun, biarpun begitu, aku masih lagi menyukai
kawasan ini.. biarpun tidak semeriah seperti sebelumnya, tapi keadaan kawasan
itu yang dipenuhi oleh lampu-lampu neon masih mampu menceriakan sesuasana..
seakan sedang berpesta, keadaan ditempat itu diterangi oleh lampu neon yang
pelbagai.. keadaan yang kurang sesak dengan orang ramai membuatkan aku berasa
lebih selesa untuk terus berada di tempat itu.. Haig Street sudah menjadi
antara tempat kegemaran aku di kota Melbin.. ianya bagi aku adalah kawasan yang
penuh dengan kesenian.. di kawasan ini terletaknya juga National Art Gallery
dan juga National Theater of Melbin.. ianya adalah kawasan untuk para seniman..
di dinding bangunan juga dihiasi oleh gravity yang pelbagai warna..
Sedang aku duduk memerhatikan keadaan di sekeliling,
tiba-tiba ada sesuatu yang menarik perhatian aku.. ada seekor kucing di satu
sudut.. lantas aku terus bangun mula menuju ke arah kucing itu.. aku mendekati
kucing tersebut dan memanggilnya.. ternyata kucing tersebut seekor kucing yang
jinak dan mesra mula mendekati aku yang memanggilnya.. ia kucing tersebut
mengeselkan tubuhnya di kaki aku.. ianya adalah seekor kucing yang agak comot..
entah kenapa aku mula terkejut bila melihat kucing tersebut.. dahi aku
berkerut, lalu aku mula mengcangkung untuk mengosok kucing tersebut.. aku mula
memerhatikan tubuh kucing itu.. ia adalah seekor kucing yang berwarna putih da
nada warna kelabu di bahagian kepalanya.. entah kenapa ia membuatkan aku
teringat akan sesuatu.. seakan kucing itu pernah aku temui..
“apasal aku macam familiar dengan kau?” bisik aku pada
kucing tersebut..
Kucing itu hanya terus mengeselkan tubuhnya pada kaki aku..
lalu aku angkat ia.. aku gosok.. aku peluk.. kucing itu mula mengiaw..
“bunyi kau pun macam aku pernah dengar.. aku ada telinga
yang tajam.. aku suka muzik.. aku boleh ingat bunyi dengan baik..” bisik aku
lagi walaupun kucing itu tidak akan pernah mengerti..
Aku gosok dan terus membelai kucing tersebut.. memori aku
mula mengimbas semula.. cuba untuk memastikan sesuatu..
“bukan, kau kucing yang aku jumpa tempoh malam itu ke?” aku
ingat, memang tak salah lagi kucing itu lah yang aku jumpa.. warna bulu.. bunyi
dan tubuhnya.. aku cukup kenali..
“memang betul lah kau kucing tu.. tapi macam mana kau boleh
berada jauh sampai ke sini?” tanya aku pada kucing itu.. “melainkan ada yang
bawa kau ke sini…”
Secara tiba-tiba hati aku mula berdebar-debar…
“mungkin kah??!”
Aku terus bangun.. mata aku mula memandang sekeliling kiri
dan kanan.. aku mula mencari sesuatu.. jantung aku mula berdegup dengan lebih
kencang.. namun tiada sesiapa yang menarik perhatian aku ada di sekeliling
aku.. lalu aku memandang semula ke arah kucing itu lagi..
“tuan kau mana?” tanya aku biar pun kucing itu tidak akan
pernah menjawab..
Kucing itu berterusan mengeselkan tubuhnya pada kaki aku
meminta untuk dibelai.. entah kenapa hati aku mula berbunga-bunga..
“tuan kau mana? Tunjukkan aku! Bawa aku jumpa tuan kau!” aku
mula teruja..
Seakan mengerti, lalu kucing tersebut mula berlari ke arah
satu tempat.. jantung aku berdegup dengan lebih kencang lagi.. aku mula
mengekori kucing tersebut.. berlari dan terus mengikuti.. jatung terus berdegup
degup dengan lebih pantas..
Mengekori, dan terus mengekori.. sehingga pada satu saat,
langkah aku mula terhenti..
Mula kedengaran satu bunyi petikan gitar.. satu muzik mula
dimainkan..
Aku kaku dan terus kaku..
Seorang pemuzik jalanan di hadapan aku sedang mula bermain
dengan gitar.. dari satu alunan muzik ke satu rentak yang lain.. kemudian,
pemain gitar itu mula bernyanyi..
Tak pernah aku..
terfikirkannya..
Kerana kamu.. dalam
hidupku..
Satu nyayian dari pemuda itu.. suara serak basah..
Aku terdiam.. hanya menikmati nyanyian darinya itu..
memejamkan mata.. bibirku mula tersenyum..
Memandang pemuzik jalanan itu, aku hanya memandang dirinya
dari jauh.. dirinya cukup aku kenali.. tidak salah lagi.. dia lah orangnya..
orang yang aku cari-cari, kini ada di hadapan mata..
# sorry sebab lambat update.. sepatutnya dah update minggu lepas.. tapi aku pergi Brunei then Miri pula waktu itu.. takde kesempatan sangat untuk tulis dan update.. apa-apa pun ini adalah cerpen kedua aku selepas The Secret Admirer.. aku jangka hanya akan ada tiga parts cerita sahaja untuk cerpen ini..
vegabond ni bukan nama watak seorang pahlawan ke?
ReplyDeleteWowow, so far sgt interesting, keep it up! X sbr nk bce smbungannye
ReplyDeleteHi babe, cerpen kau nie menarik perhatian aku.. Jalan cerita dia mmg best sgt memandangkan ada sdkit ciri2 aku jugak(suka jalan sorg2).. Hope kau buat sambungan yg gempak dan aku tak sbar2 nk membacanya :)
ReplyDeleteBestnya Interesting ..! Keep It Up Bro !
ReplyDeletebest baca cerita ni.
ReplyDeleteada blog review filem2 gay
www.ulasanfilemg.blogspot.com