hari ni aku ada bermesej dengan seorang kawan aku ni.. ada lah perkara penting yang kita borak kan.. dalam tengah kita orang bermesej tu kan.. suddenly kawan aku ni sebut sesuatu.. dia cakap macam ni..
"Rumah abang Bad ko tu...."
terus aku tergamam..
apa??
abang Bad aku?
kenapa ko cakap 'abang Bad ko', macam abang Bad tu 'abang' aku punya pula..
faham tak maksud aku?
misalnya ada orang ni nama Saiful.. and ko panggil dia abang Saiful.. but in reality korang macam takde apa-apa relation pun.. biasa lah just panggil dia abang.. then orang cakap kat ko,
"abang Saiful ko tu kan..."
aku pun macam... what???? what???
okay... terlebih dahulu.. siapa dia abang Bad? apa hubungan dia dengan aku..
begini.. aku akan bercerita.. actually abang Bad ni pernah aku ceritakan dalam blog.. dalam blog ni aku panggil dia Abang Long Muscle.. penjelasan.. panggilan Abang Long Muscle tu actually bukan dari aku pun, dari orang lain.. so, bagi yang mengikuti kisah tentang aku dengan Abang Bad / Abang Long Muscle ni tahu lah serba sedikit tentang hubungan dan kisah kita orang macam mana..
okay.. aku akan just panggil sebagai abang Bad je lah..
actually benda ni macam ada kisah yang berlaku... but aku faham juga lah kenapa kawan aku tu boleh pula kata kan dengan ayat 'Abang Bad ko tu..'.. sebab actually lah kan.. kat Aussie, macam aku seorang je yang panggil dia tu dengan gelaran abang.. orang-orang lain tak panggil pun.. macam mana aku boleh panggil dia sebagai abang Bad sebab waktu tu aku masih lagi paling junior, then abang Bad ni beza umur dengan aku adalah 8 tahun.. so, aku pun atas dasar nak 'sopan', panggil dia abang je lah.. walaupun seperti yang aku dah cakap banyak kali, yang aku macam tak selesa nak ber'abang-abang ni.. so, aku panggil dia sebagai abang Bad..
TAPI..
orang lain tak panggil pun dia 'abang'.. walaupun orang perempuan takde pun nak panggil dia 'abang' walaupun yang muda.. terus panggil nama je.. panggil Bad.. then aku seorang je lah yang 'special' sikit sebab panggil dia abang.. sampai ada yang tanya aku,
"kenapa panggil dia abang?"
then aku balas..
"bukan dia jauh tua dari aku ke?"
"kat Malaysia, boleh lah nak ber'abang-abang.. kat sini (Aussie) tak payah lah panggil dia abang.."
(sebab kita orang macam anggap semua orang kawan masing-masing je.. walaupun beza umur)
tapi aku dah terbiasa panggil dia abang.. so macam aku seorang je panggil dia abang kat Aussie.. then disebabkan aku ni ber'abang-abang pula dengan dia, orang-orang lain pun macam ada juga lah yang memerli sebab aku seorang je yang nak panggil Bad tu abang.. so, aku tak hairan lah kawan aku ni tiba-tiba je perli aku dengan ayat..
"Rumah abang Bad ko tu...."
benda ni macam very paradoks.. aku punya lah kata kat dalam blog ni keras-keras kata tak suka nak ber'abang-abang dengan orang.. sebab tu kononnya nak avoid ada hubungan perasaan dengan yang lebih berusia taraf abang sebab tak nak guna ayat 'abang-abang' ni semua.. tapi, kat aussie, bila semua orang tak panggil seorang ni abang, but aku seorang pula satu-satunya yang ber'abang-abang dengan dia..
menyentuh tentang orang yang aku panggil ABANG Bad ni.. aku macam ada 'suka + benci' dengan dia.. aku mungkin sangat ego nak mengakui 'suka' tu... entah.. aku rasa dia jenis yang sangat poyo, yang suka nak sakat dan perli aku.. kutuk... marah.. buat aku rasa tak senang.. but disebabkan ada perkara yang terjadi, tiba-tiba hati aku macam mula terbuka untuk berasa 'hormat' dengan insan yang paling aku kurang senang kat Aussie, iaitu abang Bad.. but kena faham juga, 'suka' kat sini bukan bermaksud suka macam jatuh hati / cinta ke apa.. just suka tu macam aku mula open diri aku dan tak makan hati dah dengan apa yang dia buat kat aku.. mula rasa hormat.. walaupun dia still nak memerli aku..
so, disebabkan SUKA + BENCI (ada benci sekali..)
so, aku pun macam..
"dalam banyak-banyak abang.. kenapa dia pula yang ko gelar 'abang aku'? tak mengaku aku orang poyo tu 'abang' aku.. orang lain mungkin boleh lah kot.."
kenapa dengan rumah abang Bad ko tu? hahaha
ReplyDeleteHahahaaa...aku pon trtanya2 jugak knapa dgn rumah abg bad tu..ingtkn nk continue citer sal rumah..rupanya...hurmm..okeyy pahamm
DeletePanggilan 'abang' di antara lelaki ni memangla agak jarang ditemui, budak-budak sekolah pun beraku-kau juga, tak kirala form 1 ke form 5 ke, Tapi yelahh, panggilan tu tak penting, whether you call him abang or just beraku-kau je, asalkan rasa hormat tu ada.
ReplyDeleteFaham sangat tentang perasaan suka campur benci tu. Hehe. Handsome juga abang Bad.
ReplyDeleteGulp **Drooling kejap**... Handsome jgk abang long muscle
ReplyDeletei understand why you called him abang. aku pun, kalau anybody that is more than 5 years lagi tua dari aku, aku tend to call them dgn gelaran 'abang/kakak'. tidak lah bermakna aku attracted to them ke apa, cuma panggilan atas dasar hormat sahaja.
ReplyDeleteHahaha...aku faham..memanggil sesorang 'abang' agak awkward bagi aku.
ReplyDeletewalaupun blurrr..aku yakin abg bad ni letop muka dia...
ReplyDeleteak pgl sume org yg tua as abg...hehe....sbb ak xde abg...nk abg jugak..jeles..kikiki
ReplyDeletenak tanya unspeakable love tu memang tergantung mcm tu jer ker?ada plan nak sambung x?best sgat jalan cerita dia.please sambung.
ReplyDeletenukilan potera sgt best..tringin nk bknlan ble....whtsapp jom 014 8515 674
ReplyDelete