Monday, 3/3 Summer
Kelas pertama untuk semester kali ni dah mula.. aku pergi ke
kelas naik basikal.. pada hari ni kelas mula jam pukul 11 pagi.. aku bangun
lewat sikit.. bangun je dari tidur nak pergi bilik mandi keadaan rumah sudah
sunyi.. kedua-dua teman serumah aku, Rahman dan Badri awal-awal lagi dah pergi
ke kelas..
Tidak ada apa-apa yang begitu penting yang berlaku di kelas
pada hari ni.. ada beberapa kawan aku yang bertanyakan keadaan aku yang baru
sahaja tinggal menyewa di luar universiti.. aku balas, untuk setakat ini tak
ada masalah sangat pun.. Cuma mungkin masih terasa janggal untuk membiasakan
diri dengan aktiviti harian yang kini berbeza berbanding dengan kehidupan aku
di kolej kediaman pada tahun lepas.. kalau dulu boleh bangun lewat sikit.. tapi
sekarang terpaksa bangun lebih awal untuk pergi ke kelas kerana jarak tempat
tinggal aku yang kini lebih jauh berbanding dulu.. selesai kelas, aku mula
berangkat pulang ke rumah..
Menjelang malam, seperti apa yang telah diberi tahu sebelum
ini, ada giliran memasak.. tapi hari ni adalah giliran Rahman untuk memasak..
tak sabar pula nak merasakan masakan Rahman.. mesti sedap! Rahman sudah pun
mula memasak sebelum kami mula menunaikan solat maghrib bersama-sama… kali ni
Badri pula yang menjadi imam.. hurmm… boleh tahan juga lah abang Bad jadi imam..
tapi aku lagi suka dengan bacaan dari abang Man..
Selesai solat, ketiga-tiga kami mula berkumpul di dapur
untuk menjamu selera dengan masakan Rahman.. menghidu bau sudah cukup menaikan
selera.. rasa tak sabar pula untuk makan.. aku menolong Rahman untuk
menyediakan hidangan yang masih lagi panas.. saje nak tunjuk sikap ringan
tulang sikit.. aku kan masih lagi orang baru dalam rumah ni, kena lah tunjuk
perangai yang baik sikit..
Makan malam telah pun tersedia, masing-masing mula mengambil
tempat duduk di meja makan agak kecil yang berbentuk empat segi tepat.. Rahman
duduk di sebelah kanan aku, manakala Badri duduk di hadapan aku.. rasa tak
sabar untuk makan bila menghidu bau dari hidangan yang ada di depan mata.. aku
biarkan dahulu kedua-dua mereka untuk mengambil dahulu hidangan yang tersedia..
setelah itu baru aku pula mengisikan pinggan aku dengan hidangan yang ada..
Aku makan dengan sudu.. satu suap ke mulut.. hmmm..
sedapnya! satu suap lagi.. hmmm.. memang sedap lah! Abang Man ni memang boleh
tahan juga dalam bab memasak.. terleka seketika menikmati hidangan yang membuka
selera aku sampai tak perasan ada mata yang memandang.. dengan renungan mata
yang tajam, Badri yang fokus melihat aku.. tanpa menyedarinya, aku terus
menikmati masakan dari abang Man itu..
Satu suap lagi ke mulut.. pada saat ini mula aku perasan
yang Badri sedang merenung aku.. terasa pelik melihatnya yang tajam merenung
aku, lalu aku berhenti dari makan..
“kau makan makan memang pakai sudu ke?” tiba-tiba Badri
bersuara..
“ermmmm.. kenapa ye?” berkerut dahi aku bertanya balik..
“kalau dalam rumah pun kau memang makan pakai sudu ke? Tak
pandai makan guna tangan?” tanya Badri lagi.. nada yang serius..
Aku tergamam.. tersentak dengan soalan dari Badri tu..
“biarkan je lah, Bad.. kalau dia nak pakai sudu, biar lah
dia pakai..” kali ni Rahman pula yang bersuara..
Masih lagi tergamam, aku hanya berdiamkan diri.. lantas, aku
letakkan sudu yang aku pegang ke atas pinggan aku..
“laaa.. aku tanya je.. kalau kau nak guna sudu, guna je lah..”
kata Badri..
Masih berdiam diri, hati aku mula rasa tak kena.. tak tahu
macam mana nak jelaskan perasaan aku pada saat ini.. tanpa menjawab soalan
Badri, aku mula meneruskan makan.. kali ni makan menggunakan tangan..
“tengok.. dah makan guna tangan.. kalau kau nak guna sudu,
pakai je lah.. kalau kau rasa selesa macam tu.. aku sekadar bertanya.. tapi aku
kalau kat rumah je, makan guna tangan je lah..” kata Badri lagi dengan wajah
yang tersengih-sengih..
Diam.. aku hanya meneruskan makan.. dengan menggunakan
tangan, aku suap makanan ke mulut aku…
“kau mesti jenis yang tak tetap pendirian kan? Tak begitu??”
tanya Badri lagi sambil tersenyum sinis.. matanya memandang aku, tajam…
Tuesday, 3/3 Summer
Aku tak tahu macam mana nak jelaskan perasaan aku tentang
Badri.. seolah-olah banyak benda yang tak kena je.. seperti semalam, makan guna
sudu pun boleh jadi satu isu.. walaupun dia kata yang dia tak ‘halang’ pun
kalau aku nak makan guna sudu, tapi cara dia tu.. cara pertuturan, bahasa dan
nada yang digunakan seperti tak berpuas hati dengan kelakuan aku.. nasib badan
tinggal serumah dengan dia tu.. ingatkan bila dah dapat tinggal sebumbung
dengan ‘crush’, boleh lah aku nak bergembira sikit.. tapi… rumah ini ada tiga
orang.. kena lah terima hakikat yang aku telah tinggal sebumbung dengan Rahman
dan juga Badri..
Berkenaan tentang Badri, aku bukannya benci dia tapi tapi
ada satu benda yang buat aku rasa kurang berkenan dengan dia.. sejak kali
pertama jumpa dengan dia pun memang timbul rasa macam tu.. kurangnya keserasian..
aku rasa macam tu lah.. apa-apa je lah.. masih tak sampai seminggu tinggal
dalam rumah ni.. apa yang nak jadi lepas ni, kena hadap je lah..
+ + +
Menjelang senja, bila aku pergi ke dapur aku lihat Badri
sedang menyiapkan persediaan untuk memasak.. Nampak tekun je sampai tak
perasaan dengan kehadiran aku.. hari ni memang giliran dia yang memasak untuk
makan malam.. lalu terlintas dalam hati untuk menolong Badri menyiapkan bahan
untuk memasak.. niat nak berbaik-baik dengan dia.. apa yang jadi selama ini,
segala persepsi negatif aku pasal dia, tu semua tolak ke tepi.. kena terima
hakikat sebab dah tinggal sebumbung.. kalau timbul rasa benci atau pun kurang
senang, rasa tak bagus pula.. sebab dah tinggal sebumbung, kena lah berbaik dengan
teman serumah..
“ermmm.. nak saya tolong apa-apa tak? Tolong macam… “
jeling, ada ayam di atas meja dapur.. “.. potong ayam ke misalnye?” tanya aku..
“eh.. tak pe.. aku boleh potong sendiri.. ermmm.. kau tolong
masakkan nasi, boleh? Pandai ke tak masak nasi?” tanya Badri yang sibuk
memotong bawang..
“kalau nasi, rasanye takde masalah..” jawap aku..
“rasanye?” Badri mula jeling aku..
“Boleh! Boleh! Saya pandai je masak nasi..” tegas aku..
“haaaa.. kalau pandai, kat sana ada periuk nasi..” tunjuk Badri.
Dia menyambung memotong bawang.. setelah aku mengambil periuk nasi tersebut,
dia mula memandang aku semula.. “beras tu jangan lupa nak bersihkan dulu..
basuh dengan air..”
“okay! Saya tahu..” getus aku..
+ + +
Seperti biasa, setelah selesai solat manghrib bersama-sama
dengan berimamkan Rahman, ketiga-tiga kami mula berkumpul di dapur untuk makan
malam.. dari jauh sudah pun boleh terhidu bau yang menaikan selera.. Nampak
gayanya malam ni aku dapat makan sesuatu yang sedap lagi.. rasa tak sabar pula
nak makan masakan Badri, sama sedap seperti apa yang Rahman masak semalam ke
tak..
Mula mengambil tempat duduk di meja makan, Badri mula
meletakkan masakan yang dimasaknya di atas meja satu-persatu.. aku hanya duduk
tertib sambil mataku memandang tingkah laku Badri.. bila kesemuanya telah
terhidang, Badri mula mengambil tempat duduk untuk dirinya.. namun..
“lupa pula nak ambil nasi.. Ril, kau pergi ambil nasi yang
kau masak tu..” arah Badri..
Aku pergi ambil periuk nasi lalu diletakkan di atas meja
makan.. Badri hanya diam, merenung pada periuk nasi tersebut, kemudian merenung
pada aku.. melihat kelakuannya itu, aku mula rasa ada sesuatu yang tak kena..
Ni mesti ada nak
complaint sesuatu..
Aku duga begitu..
“berapa cawan beras kau guna?” Badri mula bertanya..
“ermmm.. sebab kita ada tiga orang, jadi saya guna tiga
cawan.. “ balas aku..
“lain kali letak banyak sikit.. ni bukan portion aku.. orang
macam aku makan nasi banyak sikit..” kata Badri lagi..
Aku terdiam.. dah agak dah.. mesti dia nak rungut sesuatu..
“sorry.. saya tak tahu..” aku mula bersuara..
Tanpa berkata apa-apa, lalu Badri mula bangun.. dia mula
alihkan nasi dari periuk ke dalam satu mangkuk.. lalu dia berjalan pergi
mengambil beras.. diisikan beras pada periuk nasi tersebut.. dah boleh agak,
dia nak masak nasi yang baru..
Setelah kesemuanya tersedia, Badri mula menghidupkan suiz
periuk nasi.. aku menundukkan wajah, namun mataku memerhatikan tingkah
lakunya..
“korang berdua makan lah dulu ye.. aku nak masuk bilik jap..”
kata Badri, lalu dia bergerak masuk menuju ke bilik..
Masih terdiam, aku hanya memerhatikannya pergi meninggalkan
aku dengan Rahman.. makan hati aku dengan apa yang dah jadi.. memandang wajah
aku, Rahman mula tersenyum nipis..
“jangan ambil hati sangat dengan perangai Badri tu.. dia
memang macam tu.. jenis yang lepas, tak simpan-simpan apa yang dia rasakan..
kalau hati dia rasa ada yang dia tak puas hati, dia akan lepas kat mulut
terus.. tak pendam dalam hati.. kalau kau faham dengan rentak perangai dia, kau
akan faham yang dia tu sebenarnya okay je orangnya..” kata Rahman cuba memujuk
hati aku..
Hanya terus membisu.. memandang pada wajah Rahman, aku mula
tersenyum nipis.. lalu kedua-dua kami mula menjamah hidangan yang tersedia di
atas meja..
Tapi…
Serius…
Aku makan hati sikit dengan apa yang dah terjadi tadi…
Wednesday, 3/3 Summer
Hari ni aku rasa sungguh berdebar-debar.. tiba giliran aku
memasak pula hari ni.. waktu di dalam kelas, aku asyik terfikir-fikir apa benda
lah yang aku nak masak dengan kemahiran memasak aku yang tak seberapa ini.. aku
memang jarang memasak.. kalau aku memasak, hanya guna pes ataupun perencah yang
telah segera dibuat.. memang tak boleh nak banding dengan masakan dari Rahman
ataupun Badri.. mereka berdua memang sah pandai memasak.. sangat sedap pula..
jadi aku akan rasa lain macam sikit lah kalau aku masak tak sedap nanti..
Semalam aku ada lihat resepi dalam internet.. sebagai
persediaan, kena lah aku bersedia untuk hari ini.. ada banyak resepi yang aku
salin dalam buku catatan aku.. ingat lepas habis kelas nanti boleh lah pergi
barang untuk dimasak.. tamat sahaja kelas dalam pukul 4 petang, bergegas aku
mengayuh basikal menuju pasaraya berdekatan dengan flat tempat aku tinggal.. tak
begitu jauh pun.. pasaraya itu memang dekat sangat dengan tempat kediaman aku..
selesai membuat pilihan barangan yang mahu dibeli, lalu aku pun segera balik
untuk bersiap sedia memasak untuk makan malam..
Sampai di rumah, keadaan sangat sunyi.. hanya aku seorang je
ada.. tertanya-tanya ke mana pula pergi yang lain.. mungkin ada lah mereka
pergi berjalan-jalan ke tempat lain dulu.. meletakkan semua barang di dapur,
aku pergi menunaikan solat Asar terlebih dahulu.. berehat sekejap di dalam
bilik sebab masih awal lagi kalau nak masak.. menjelang hari menghampiri senja,
aku pun mula bergegas pergi ke dapur untuk membuat persiapan memasak..
Potong bawang.. potong sayur… potong daging.. aku terleka
sampai tak perasan yang Badri telah pun sampai ke rumah.. dia berdiri di satu
sudut sambil memandang aku yang berada di dapur.. menyedari kehadiranya, aku
hanya menjelingnya seketika lalu terus menumpukan kerja-kerja memotong..
“Rahman ada cakap yang dia balik lewat hari ni?” tanya Badri
yang kini berdiri di pintu dapur..
“tak ada pula dia beri tahu apa-apa.. dia balik lewat ke
hari ni?” berhenti memotong sayur, aku mula memandang wajah Badri..
“ha ah.. dia balik lewat nanti.. ada hal katanya.. jadi
malam ni kita makan berdua je lah.. tapi sediakan juga makan malam untuk
Rahman.. tak tahu lah kalau dia makan kat luar nanti.. apa-apa pun kau masak je
lebih..” kata Badri lagi..
“okay..” balas aku sepatah..
+ + +
Bersedia untuk solat maghrib, aku sedang berada di bilik air
untuk mengambil wuduk.. sampai saat ini aku perasan yang Rahman memang betul
tak ada di rumah lagi.. jadi memang benar lah yang dia balik lewat nanti..
terpaksa lah aku berdua-duaan dengan Badri buat saat ini.. masakan untuk makan
malam sudah pun siap.. aku berdebar-debar sebenarnya nak tahu riaksi mereka
bila marasai masakan aku itu.. taku mereka tak suka.. aku ada rasai sikit
masakan yang aku masak.. nak kata sedap tu, tak juga lah.. memang jauh beza
kalau nak banding dengan masakan Rahman ataupun Badri.. tapi kalau nak kata tak
sedap pun, rasanya tak lah teruk sangat pun.. tekak aku masih boleh terima..
tak tahu lah tekak orang lain macam mana.. lagi-lagi dengan abang Bad tu.. mana
lah tahu dia merungut je nanti, siapa tahu..
Selesai mengambil wuduk, aku mula masuk ke ruang tamu..
kelihatan Badri telah pun ada di sana bersama sejadah yang telah pun
dihamparkan di atas lantai.. perlahan-lahan aku menghampiri Badri untuk sedia
solat maghrib bersama..
“kau jadi imam hari ni..” arah Badri.. matanya merenung
aku..
Tersentap, terus aku bersuara, “eh, tak pe lah.. abang Bad je
lah jadi imam.. saya jadi makmum..”
Aku menolak permintaan dari Badri.. aku masih lagi terkejut
dengan permintaan yang tidak aku sangkakan itu..
“hari tu aku dah jadi imam.. Rahman pun pernah jadi imam..
tinggal kau seorang je yang tak lagi..” kata Badri..
“tak pe lah.. abang Bad je lah jadi imam.. lagi pun abang
lagi berusia.. saya ni muda lagi..” aku memberi alasan..
“nak jadi imam kena yang lagi tua ke? Kau pun dah besar pun
kan.. dah akil baligh.. student universiti.. umur dah 22 tahun.. takkan tu tak
cukup lagi?” tanya Badri.. matanya memandang aku, tajam..
Aku mula gelisah.. tak sangka pula ada permintaan macam ni..
selama ini memang aku tak biasa nak jadi imam.. biasa jadi makmum je.. terasa
janggal.. segan..
“abang Bad je lah jadi imam.. saya jadi makmum..” aku masih
menolak..
“lelaki kena belajar jadi imam.. macam mana kalau kau kahwin
nanti? Siapa yang nak imamkan solat isteri dan anak-anak kau?” Badri tanya
aku.. nada yang serius..
Tergamam dengan soalan itu, dalam hati aku mula berbisik..
Macam lah aku kahwin
nanti.. tak tahu lah ‘orang macam aku’ ni akan kahwin atau pun tak..
Kedua-dua mata kami saling berpandangan.. menatap wajah
Badri ini, memang sentiasa buat aku rasa gusar.. tak tahu kenapa..
“nak jadi imam ke tak?” tanya Badri lagi..
Aku hanya mendiam kan diri..
Kalau aku cakap tak
nak, mesti kau nak paksa juga kan?
Getus hati aku..
“kenapa kau tak jadi imam, cuba kau jelas kan kat aku..”
Badri bertanya lagi..
“bukan tak nak.. tapi..”
“tapi apa?”
“ermmmm.. tak biasa sebenarnya.. selalunya jadi makmum je..”
“sebab tak biasa tu lah kena biasa kan.. lelaki ni kena
belajar jadi imam.. macam mana kalau kau kahwin nanti? Siapa nak imam kan solat
untuk isteri dan anak-anak kau?” Badri tanya kan soalan yang sama lagi..
Kalau lah aku kahwin
nanti…
Getus hati aku..
Persoalannya, aku pun
tak pasti sama ada aku nak kahwin ataupun tidak..
Kedua mata kami masih lagi saling berpandangan..
“jadi, kau nak jadi imam ke tak ni?”
“baik lah.. baik lah..” balas aku..
“bagus!”
Aku mula berdiri di saf hadapan.. dalam hati aku berbisik
Aku cakap apa pun,
bukannya boleh menang pun..
+ + +
Makan malam..
Sampai sekarang Rahman masih tak balik ke rumah lagi.. duduk
berdua-duaan dengan Badri di meja makan, aku mula rasa agak janggal.. tak tahu
kenapa.. masakan makan malam telah pun aku hidangkan.. Badri hanya makan
masakan aku itu tanpa banyak berbicara.. dia hanya fokus menikmati masakan
aku.. hal ini membuatkan aku rasa gusar sedikit.. tak tahu lah apa riaksi dia
bila makan masakan aku ini.. apa yang dia fikirkan? Nak kata sedap tu, memang
tak lah.. nak kata teruk aku rasa tak juga.. itu pendapat aku mengenai masakan
aku.. pada saat ini, aku hanya asyik terfikirkan mengenai apa yang Badri
fikirkan tentang masakan aku itu.. tak senang duduk aku melihat dirinya yang
hanya mendiamkan diri.. aku duga, mesti dia nak merunggut mengenai apa yang aku
masak.. tapi sikapnya yang berdiam diri itu membuatkan aku tertanya-tanya..
“aku ada seorang adik bongsu.. nama dia Razif..” tiba-tiba Badri
bersuara..
Berkerut dahi, aku memandang wajah Badri..
“umur dia sekarang 20 tahun.. lebih kurang macam kau
sikit..” kata Badri lagi..
Semakin berkerut dahi aku.. tertanya-tanya, kenapa Badri
tiba-tiba sebut pasal adik dia?
“bila aku tengok kau, aku macam boleh lihat persamaan antara
kau dengan adik aku tu..” sambung Badri lagi..
“ermmmm.. persamaan yang macam mana tu?” aku mula bertanya..
“ada lah.. tapi.. aku rasa aku akan faham sikap kau macam
mana.. kau ni orangnya macam mana..”
“apa yang abang Bad rasakan yang saya ni orangnya macam
mana?”
“kau anak bongsu kan?” Badri tanya aku..
“ha ah.. betul.. kenapa? Mesti fikir yang saya ni jenis yang
manja, tak begitu? Sebab, stereotype orang banyak yang akan fikir anak bongsu
macam tu..”
“jadi kau rasa kau orang macam tu?”
“kalau waktu kecil, mungkin betul juga lah.. tapi sekarang
dah besar ni rasanya tak lagi macam tu..” balas aku..
Memandang wajah Badri, aku lihat dia hanya
tersengih-sengih.. hal ini membuatkan aku menjadi tertanya-tanya mengenai
riaksinya itu..
“kenapa pula tersengih-sengih?” tanya aku..
“takde apa-apa.. lupa kan je lah.. oh ya.. masakan kau ni,
lain kali jangan rebus sayur lama sangat.. dah kurang sedap untuk dimakan..”
Aku hanya berdiam..
Aku dah agak dah..
mesti dia akan cakap juga sesuatu mengenai masakan aku..
Getus hati aku..
Friday, 3/3 Summer..
Menjelang tengah hari, para pelajar lelaki mula berpusu-pusu
menuju ke masjid universiti untuk menunaikan solat Jumaat.. kelas aku hari ni
habis awal dalam pukul 11.30.. habis je kelas, awal-awal lagi aku telah pergi
ke masjid.. selepas mengambil wuduk, aku mencari tempat duduk sementara
menunggu masuk azan zohor.. dari detik ke detik, ruangan masjid mula dipenuhi
oleh orang ramai..
Ibadah solat Jumaat bermula.. khutbah mula dibacakan.. aku
sedang duduk menghadapkan wajah pada imam yang sedang berkhutbah.. hakikatnya,
dalam permikiran aku sedang melayang-layang memikirkan benda lain.. khutbah
yang disampaikan, langsung aku tidak dengari dengan khusyuk.. aku sedang memikirkan
tentang kehidupan aku sejak beberapa hari ni.. kehidupan baru aku..
Sudah hampir seminggu aku tinggal di rumah itu.. namun sudah
banyak benda berlaku.. ianya bukan satu kehidupan yang aku bayangkan.. waktu
sebelum nak pindah masuk ke rumah tu, aku memang rasa teruja.. kononnya dapat
tinggal sebumbung dengan ‘crush’.. tapi ada benda yang pasal kehidupan aku kat
sana yang buat aku rasa kurang selesa sikit.. ianya berkenaan tentang Badri..
Tak tahu lah kenapa aku rasa macam aku tak boleh nak serasi
dengan dia tu.. bukan benci.. tapi aku rasa yang aku tak boleh nak ‘ngam’
dengan dia sangat.. sebab apa? Sebab…. Hurmmm.. tak tahu nak jelaskan macam
mana.. yang pasti aku tak pernah jumpa orang seperti dia.. ada sesuatu mengenai
dirinya yang buat aku rasa tak selesa..
Terleka mengelamun, tak sedar pula yang khutbah jumaat telah
pun habis dibacakan.. setelah itu, orang ramai mula berdiri mengikuti garisan
saf.. aku pun mengambil tempat aku.. solat dilakukan.. habis sahaja solat, aku
duduk seketika di dalam masjid.. malas nak bergegas keluar seperti orang lain..
lagi pun tiada benda yang aku nak kejarkan.. lepas solat ni, balik rumah je..
setelah beberapa minit duduk, akhirnya aku mula bergerak keluar..
Berjalan, aku menuju ke tempat aku meletakkan basikal aku..
memang sudah jadi kebiasaan hari-hari aku guna basikal untuk pergi dan balik
dari universiti.. sedang aku berjalan keluar, tiba-tiba aku berselisih dengan
Badri.. menyedari akan kehadiran aku, dia mula menegur aku..
“kau dah nak balik ke?” tanya Badri..
“ha ah.. dah nak balik lah ni..” balas aku..
“balik dengan apa? Dengan basikal?”
“macam biasa lah.. ermmm.. abang Bad balik dengan kereta ke?”
aku pula bertanya pada Badri..
“ha ah.. aku balik dengan Rahman..”
“abang Man mana?”
“tak tahu lah.. dia sedang tunggu aku di kereta kot..” balas
Badri..
“okay.. kalau takde apa-apa saya gerak dulu.. assalamualaikum..”
aku mula menghulurkan salam..
Salaman dari tangan aku disambut.. baru je nak berpusing
untuk pergi, tiba-tiba Badri bersuara lagi..
“sekejap..” dia tahan aku..
Aku menoleh.. tertanya-tanya kenapa..
“apa dia?”
“baju kau tu..” Badri tenung baju aku..
“ermmm.. kenapa?”
“kau memang suka pakai baju singkat ke? Bila kau sujud, sah
sah nampak badan belakang kau.. waktu solat tadi, aku duduk belakang kau.. waktu
kau duduk pun boleh nampak belakang kau tu..” kata Badri..
Aku mula memandang baju aku.. tak dinafikan memang agak
singkat sebenarnya..
“bila balik rumah nanti, ganti balik solat tu.. sia-sia je
kau solat jumaat tadi…” arah Badri..
Aku tak berkata-kata hanya diam membisu..
“jangan lupa pula ye.. nanti kat rumah aku nak lihat..” kata
Badri lagi.. dia mula beredar meninggalkan aku..
Melihat Badri yang semakin menjauh, hati aku berbisik..
Entah kenapa aku
rasakan lelaki ini selalu nampak kelemahan dan kesilapan aku…
bersambung...