kalau korang pernah stay oversea di negara yang ada iklim 4 musim, air panas adalah antara salah satu perkara yang paling menyenangkan sekali.. seriously, mandi air panas ni adalah begitu nikmat, kenikmatan yang sangat membuatkan kita boleh ketagih.. maksud aku, bila kita dah start mandi air panas, kita tak tahu bila rasa nak berhenti.. nak mandi, terus nak mandi.. hati tu still terasa syok disirami oleh panas sampai lah kita boleh terleka yang air panas ni boleh buat bil jadi lebih mahal.. disirami air panas adalah salah satu perkara paling nikmat sekali, lebih-lebih lagi kalau waktu musim sejuk.. feeling mungkin sama kalau kita di tengah-tengah gurun yang kering.. tekak punya lah haus gila.. benda yang paling nikmat sekali masa tu adalah dapat minum air yang sejuk.. ianya adalah cukup nikmat yang mana kita rasa susah nak berhenti daripada menikmatinya..
bercakap tentang 'panas' ni kan.. pernah tak kalau korang ada perasaan suka kat seseorang, kalau korang bersentuhan je, kita boleh rasa dan nikmati 'kehangatan' tubuh badan orang tu.. secara terperinci kita boleh nikmati, berapa panas suhu tubuh orang tu dan ianya adalah satu 'kehangatan' yang sungguh menyenangkan seolah-olah sama seperti kita mandi air panas.. nikmat dan nyaman..
alkisahnya, aku ada kenal lah seorang mamat ni.. kiranya aku tertarik juga lah kat dia tu cuma atas dasar kawan aku anggap dia hanya sekadar kawan tanpa ada terpasang niat nak minta lebih.. senangkan kata ianya lebih kurang macam friendzone lah yang mana aku try nak anggap yang kita orang hanya sekadar kawan.. hormat dia sebagai kawan aku tanpa ada niat lebih-lebih.. namun, kalau kita dah tertarik, kita tak boleh nak elak daripada beberapa perkara.. pernah lah satu ketika ketika di dalam kuliah, dia duduk sebelah aku.. then lepas tu dia pun macam manja-manja sikit siap sandar kepala dia kat bahu aku.. dia kata terasa sejuk lah, then manja-manja masukkan tangan dia kat dalam lengan bahu baju aku.. aku pula rasa lain macam.. ye lah kalau kita ada hati sikit kat orang tu, then dia pun macam nak bermesra-mesra 'secara fizikal'.. maksud aku macam sandar kepala kat bahu, main pegang-pegang.. bila kita tertarik kat seseorang. kita akan suka bila kemesraan secara fizikal ni berlaku.. hahaha.. walaupun bagi dia takde apa-apa maksud pun tapi kalau orang yang ada hati kat orang tu, diperlakukan sedemikian, mesti akan rasa lain.. perasaan suka.. haha..
then bercakap berkenaan 'kehangatan'.. bila dia sandar kepala kat bahu aku sambil-sambil dengar kuliah, aku bola rasa seberapa hangat tubuh dirinya.. dan kehangatan tu sama seperti macam kes mandi air panas.. ianya adalah satu kehangatan yang menyenangkan.. ianya tenang dan selesa.. kita suka, dan kita nikmati.. walaupun ianya sekadar suhu tubuh badannya.. sama juga lah bila badan ni kadang-kadang selalu bersentuhan dengan tubuhnya.. aku boleh rasa kehangatan tubuhnya.. selalu juga badan ni bergesel-gesel dengan tubuhnya.. pada saat tu aku boleh rasa, sehangat mana tubuhnya pada saat itu.. dan kehangatan tu seperti yang aku sudah terangkan, seperti mandi air panas, we enjoy the heat.. kita nikmati kehangatan itu.. ianya tenang.. selesa.. kita selami dan hayati kehangatan itu..
bila kita suka kat seseorang tu, sentuhan biasa macam ni pun kita boleh nak nikmati dan enjoy..
ianya hanya lah sekadar kehangatan dari tubuhnya, tapi kita nikmati dan selami secara seluruhnya..
seperti disirami oleh air panas di musim sejuk.. ianya nikmat dan menyenangkan...
Sllu rsa mcm tu..bla sseorg yg kta suka bmsra bgtu sdgkn dia straight..bg dia xda apa2 tp ng kta yg suka rsnya dia mcm..oh..layan..hehe..
ReplyDeleteWell Amir tahu what is Putera feel..I Know coz I Had been in that place...;-)
ReplyDeleteEntry kali ni mengingatkan cerpen unspeakable love. bile nak sambung?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletehangat2 sentuh lengan..haha..iras2 The Secret Admire
ReplyDeleteAKU TAHUUUU PERASAN ITU!!!!! HAHAHAHAHAHHAHA. omg. lagi lagi kalau kau naik motor and orang yang kau minat duduk kat belakang kau pastu bisik2 kat telinga and bersandar kat belakang badan sebab nak berbisik. tak husyuk nak bawak motor!
ReplyDeleteweyh gentle nya aku adalah silent reader blog kau. sangat suka jalan2 sini. tapi, bila aku nak fokus baca blog kau mata aku sakit. sebab background kau hitam. dan tulisan warna putih bersaiz kecik, buat retina mata aku pedih. aku harap. kau boleh tukar color apa lah background ni supaya aku dapat baca dengan baik tanpa gangguan mata yang sakit :'(
ReplyDeleteI can feel u..hehehe....mungkin bagi orang tu tak rasa apa-apa tapi bagi kita yang ada perasaan pada dia, rasa tu lain sikit...
ReplyDeleteSaituh aku suka pluk sesaorang yg aku suka dr blakang, kehangatan amat mengasikkan, bleh stim thp gaban
ReplyDeleteBila la nk sambung UL. Adoii susah sangt ke nk sambung.. buat je hppy ending .. smua dlm watk tu berubh jdi str8.. hbis citer.. xda la sakit hati buang masa tgok blog ni.. sekian
ReplyDeleteLamanya x update
ReplyDeletepanas.teringat kisah lama ;)
ReplyDeleteJalan untuk keluar drpd segala masalah ada pada Allah. Jagalah solat kita semua kerana semasa bersolat,kita sebenarnya sedang berdoa kpd Allah..
ReplyDeleteSaya sertakan sebuah hadis di bawah..moga2 kita semua mndpt manfaat
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang mengerjakan satu solat tanpa Ummul Quran (Al-Fatihah) maka beliau seorang penipu (diulang tiga kali), (iaitu) tidak sempurna.”
Lalu ditanya (oleh orang) kepada Abu Hurairah : “Sesungguhnya (jika) kami bersolat di belakang imam?”
Kata Abu Hurairah r.a : “Bacalah untuk diri mu kerana sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda” : “Allah Ta’ala berfirman : Aku membahagikan solat itu antara-Ku dengan hamba-Ku kepada dua bahagian dan untuk hamba-Ku apa yang dipintanya (permintaannya dikabulkan).
Apabila si hamba membaca : Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam,
Allah Ta’ala berfirman : Hamba-Ku memuji-Ku.
Apabila si hamba membaca : Yang Maha Pemurah dan Pengasih,
Allah Ta’ala berfirman : Hamba-Ku memuja-Ku.
Apabila si hamba membaca : Penguasa hari pembalasan,
Allah berfirman : Hamba-Ku mengagungkan Daku, hamba-Ku menyerahkan (urusannya kepada-Ku).
Apabila si hamba membaca : Kepada-Mu kami menyembah dan kepada-Mu kami memohon pertolongan,
Allah Ta’ala berfirman : Ini adalah antara-Ku dan hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa yang dipintanya.
Apabila si hamba membaca : Tunjukilah kami ke jalan yang lurus, jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat dan bukannya jalan orang-orang yang Engkau murkai dan orang-orang yang sesat,
Allah berfirman : Ini adalah untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa yang dipintanya.”
[074] (Sahih. Dikeluarkan oleh Muslim, Imam Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Al-Baihaqi dll)
Teringat cerita unspeakable love. Bile nak continueee ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
ReplyDelete