Sunday, 20 November 2011

Suci Kudus

entri kali ni mungkin agak berbaur lu**h sikit.. tapi rasanye semua pembaca blog ni jenis yang open je kan? tapi, tak lah 'biru' sangat.. biasa-biasa je..

hari ni aku ada berbual dengan seorang yang aku kenal dari PR.. banyak benda yang kami bualkan.. aku kenal dia dari malam semalam.. dia ni bagi aku bolehlah dikatakan seorang PLU yang sejati.. sebab dia dah try banyak benda.. aku just dengar apa yang dia nak cakap kan.. btw, aku ni jenis yang open je.. asalkan benda tu bagi aku tak meninggalkan kesan negatif pada diri aku..

cakap and cakap.. sampailah tiba bab melancap.. haha.. bila tiba topik ni, tiba-tiba baru aku tersedar yang selama ini, sampai lah saat ini, aku tidak pernah melancap.. hoho.. mungkin benda ni korang fikir macam menipu, hipokrit, tapi terpulang lah pada korang semua.. aku dengan sejujur-jujurnye tak pernah melancap..

melancap tu adalah perbuatan memaksa air mani keluar dengan tangan.. rasanye tak payahlah aku nak cakap macam orang melancap.. mungkin ada diantara korang semua sudah pro pun.. tapi, hakikatnya aku TAK PERNAH buat benda ni..

mungkin korang fikir aku menipu.. terpulang lah..

aku tak pernah melancap...





#tapi aku ada 'teknik' aku sendiri.. hoho.. yang pasti, aku tak pernah melancap..

Monday, 7 November 2011

Ciri-ciri Lelaki Gay

banyak cara nak tahu sama ada seorang lelaki tu adalah gay.. salah satu caranya apabila kita berada di dalam tandas lelaki.. hehe.. kalau anda pernah ternampak situasi macam dalam gambar ni, besar kemungkinan lelaki tu adalah gay! haha.. mungkin juga anda pernah melakukan perkara ni.. hehe..























































































betul tak?? haha.. tapi aku tak pernah buat macam ni lah.. hehe


#aku kalau nak kencing tak pakai benda ni.. aku prefer yang memang ada mangkuk tandas bilik tertutup.. tak ke susah nak beristinjak? kalau tak basuh, nak solat sah ke?

Saturday, 5 November 2011

Seks dengan Mayat & Binatang

sekarang ni isu paling hangat diperkatakan adalah mengenai pesta yang dibuat oleh Seksualiti Merdeka.. kat dalam FB dah banyak orang post macam-macam pasal hal ini.. 

aku tak terkejut lah kalau orang nak menentang... ia sudah menjadi sebahagian daripada budaya kita menganggap golongan LGBT ni sebagai golongan yang negatif.. apabila orang cakap mengenai gay, stereotype orang adalah 'seks bebas', 'HIV' dan 'golongan yang tak diakui oleh Rasulullah... walhal, hakikatnya kebanyakkan orang yang terkena HIV ramai dari golongan straight sendiri.. tapi, aku tak nafikan lah yang kebanyakkan orang gay or biseksual sebenarnya berpaksikan 'seks' semata-mata.. apa yang aku lihat dalam PR memang macam tu.. 

sejujurnya, pendapat aku mengenai hal ini neutral je.. tak menyokong, tak juga menentang.. aku faham apa yang diperjuangkan oleh Seksualiti Merdeka di mana mereka mahu masyarakat menerima golongan LGBT dengan hati yang terbuka.. mereka memperjuangkan hak golongan LGBT mengenai diskriminasi yang dilakukan terhadap golongan ini.. tapi media pula mengatakan mereka ini memperjuangkan agar seks songsang itu dihalalkan.. mempromosi gaya hidup songsang kepada golongan yang lain.. tapi, pada pendapat aku, tidak dinafikan bahawa jika hal ini dihalalkan, golongan LBGT di Malaysia akan menjadi lebih teruk.. mungkin pada masa ini, akan ada undang-undang yang digubal bagi melindungi golongan LGBT, tapi di hari yang seterusnya, tidak mustahil kalau Seksualiti Merdeka akan mendesak agar perkahwinan sesama jantina turut dihalalkan.. siapa tahu?

tapi apa yang aku ingin sampaikan adalah mengenai pemikiran sesetengah golongan yang 'bijak pandai' dalam usaha mereka untuk membanteras kegiatan ini.. semalam, aku ingat khutbah Jumaat di surau aku akan membincangkan mengenai hal ini.. tapi, tidak pula begitu, melainkan mengenai perundangan Islam.. tapi seperti firasat aku, memang ada ditempat lain sudah pun melakukan demonstrasi menolak kegiatan Seksualiti Merdeka di kawasan masjid... aku tak hairan lah jika hal ini berlaku.. tapi apa yang menarik perhatian aku apabila mendengar ceramah mereka yang mengaitkan golongan LGBT dengan melakukan seks terhadap mayat dan binatang... haha... macam mana mereka boleh bercakap macam tu??

pernah ada ke perjuangan LGBT dalam menghalalkan seks terhadap mayat dan binatang? kita lihat sendiri di luar negara apabila golongan LGBT berdemonstrasi.. ada ke mereka cakap tentang seks terhadap binatang dan mayat?? aku yang songsang ni pun tak pernah terfikir akan hal macam tu.. kalau ada orang melakukan seks terhadap mayat dan binatang, orang tu tergolong dalam golongan LGBT ke? pelik tapi itu lah yang dicakapkan oleh golongan 'bijak pandai' ni... adakalanya jika seseorang tu ingin menolak sesuatu, mereka akan bercakap sesuatu yang pelik-pelik, terlalu radikal untuk meraih sokongan masyarakat.. selepas ini, akan tertanamlah di minda orang yang mendengar ceramah itu bahawa golongan LGBT ni melakukan seks terhadap mayat dan binatang.. kecuali bagi mereka yang berfikiran waras lah yang faham akan erti sebenar LGBT...

nak dengar ceramah tu? ni videonya...





aku faham kenapa mereka mahu menolak perjuangan Seksualiti Merdeka.. namun kalau nak menolak tu, janganlah terlalu radikal sangat sampai mengaitkan LGBT dengan seks terhadap mayat dan binatang... bagi aku, ia adalah keterlaluan.. perlu kah aku katakan ia sebagai 'fitnah'?? 

perjuangan Seksualiti Merdeka ni memang agak mustahil akan diterima di Malaysia... kita tahu bahawa Malaysia adalah negara yang mempunyai pengaruh agama Islam yang kuat dalam politik.. Malaysia cukup berbeza dengan Indonesia yang mana negara Indonesia lebih sekular dan liberal.. malah di Indonesia sendiri boleh ada universiti kristian yang mustahil akan wujud di Malaysia.. 

aku pernah diminta untuk membuat kajian mengenai United Nation Universal Declaration of Human Rights yang membincangkan mengenai hak-hak asasi manusia.. tapi Malaysia tak pernah mengaplikasikan deklarasi ini kerana sebagai negara Islam, kita tak boleh nak terima artikel 18 dalam deklarasi tersebut yang menyentuh mengenai 'freedom of thought'.. artikel 18 mengatakan, semua manusia mempunyai hak mempunyai agama sendiri termasuk hak untuk memeluk agama lain.. kalau Seksualiti Merdeka ingin berjuang di atas nama deklarasi ini, akan tetapi Malaysia tak pernah mengaplikasikannya.. 

in short, bagi aku perjuangan Seksualiti Merdeka ini memang susah nak dicapai kerana 'popular culture' masyarakat kita mengatakan LGBT sebagai sesuatu yang negatif.. tunggu lah sampai aku mati sekali pun aku rasa memang tak akan ada.. aku tak kata sama ada aku sokong atau pun menolak hal ini.. aku faham akan perjuangan Seksualiti Merdeka agar ada 'penerimaan' namun pada masa yang sama jika ada 'penerimaan' ini, bagi aku golongan songsang ni akan menjadi-jadi.. 





jangan diharap paradoks ini akan berlaku,

apabila orang berkata benci, tapi mereka menerimanya...


Friday, 4 November 2011

Justin Bieber

hari ni tiba-tiba je aku gi search pasal Justin 'Bibir' dalam You Tube.. asalnye aku just nak tengok pasal kamera.. aku ni memang suka bab-bab kamera ni.. then, aku tengok pasal Girls' Generation... dari tu ada pula link pasal gambar-gambar ahli kumpulan Girls' Generation sewaktu mereka masih tak bergelar sebagai artis.. lepas tu aku tengok pula pasal Lee Donghae ahli kumpulan Super Junior tu.. (ramai-ramai ahli dalam group SuJu, aku paling minat Donghae.. haha.. sebab dia nampak cool..).. ada pula link pasal video Choi Siwon buka baju waktu konsert.. dah nama nafsu pada lelaki, mestilah aku nak tengok video tu.. haha.. ye lah kan.. antara semua ahli SuJu, badan Siwon ni paling hot... bila aku tengok, hati aku kata, "hot juga lah"... tapi, bila aku tengok link-link video yang ada, banyak sangat video dia ni buka baju.. di France buka, di Singapore pun buka.. mana-mana konsert pun buka.. suka sangat nak tayangkan body dia tu... then hati aku berkata, "berlagaknye dia ni... kat mana-mana nak tunjuk je..."


Girls' Generation

Lee Donghae

shirtless Siwon

aku tak suka lah orang yang berlagak ni.. mungkin dia tak bermaksud nak menunjuk tapi kalau dah hampir semua tempat asyik nak tayang body je... entah lah...

then, dari video Siwon tayang body tu, entah macam mana ada pula link video Justin 'Bibir' dengan body 'six pack'nye tu.. hehe.. kelakar...






haha... yang parody ni pun kelakar aku tengok...




bila aku tengok video ni tiba-tiba aku terfikir pasal 'Justin Bibir' ni.. orang kata dia ni dulu artis kat You Tube.. betul ke? orang cakap dia dulu famous dalam You Tube.. tapi sebelum ni aku tak pernah tengok video dia tu.. kalau video Najwa Latif sebelum dia famous, aku ada pernah tengok lah.. then, aku pun search pasal video pertama dia kat You Tube.. nak tahu juga, apa yang special sangat tentang dia ni.. curiouslah.. ye lah kan.. dia sekarang ni dah famous.. muda-muda lagi dah jadi kaya.. lagi famous sekarang ni orang kata dia ada buat seorang perempuan mengandung..

ish2.. macam-macam...

search punya search, akhirnya jumpa juga video tu.. waktu umur dia 12 tahun.. sangat muda.. ini kali pertama aku tengok video ni... so, apa macam?? okay tak??


sejujurnya, bila aku tengok video ni, dahi aku dah berkerut.. aku ni susah nak cakap kalau seorang penyanyi tu memang betul-betul berbakat.. tapi, kalau aku ada dengar penyanyi tu bernyanyi mampu membuatkan dahi aku berkerut (fokus!!), maksudnye dia di mata aku memang berbakat.. haha.. macam juri professional pula.. 

in short, Justin Bibir ni aku akui memang sudah dilahirkan untuk jadi penyanyi.. lebih-lebih lagi pada usia muda ni dah ada suara macam tu.. umur 12 tahun suara dah power, sekarang pun still okay gak.. kalah budak-budak Kamilah Bintang Astro Ceria tu.. jauh sangat..

aku ni tak lah suka sangat dengan Justin Bibir ni.. nak kata benci, tak juga.. aku neutral je.. dia ni muda-muda lagi dah ada berjuta peminat dan berjuta-juta haters.. haha.. just aku kurang berkenan dengan perangai dia ni dah mula nak menunjuk-nunjuk.. muda-muda lagi dah nak bercium, terlebih-lebih dengan kekasih dia tu.. 

kalau nak tahu, dulu waktu aku first tahu Justin Bibir ni, aku ingat dia ni pengkid dari mana entah.. haha.. aku ingat, aku sorang je fikir rupa dia macam perempuan, rupanye banyak juga fikir macam tu.. muka-muka pengkid ada iras-iras macam Justin Bibir.. tapi aku pelik gak lah.. kalau pengkid, kenapa lembik semacam je.. biasanye pengkid ni kasar... haha... last-last baru aku tahu yang dia ni sebenarnya lelaki.. macam tak percaya je.. haha..

sekarang ni aku layan bawah ni.. sebab dia dah mampu buat dahi aku berkerut, so, maksudnya telinga boleh layan gak lah video ni.. 




memang patut pun dia famous.. kalau dah ada bakat, kembangkan je lah.. tapi bila dah berjaya ni, perasaan riak tu susah nak kawal gak.. haha.. aku ni tak lah bias dalam hal-hal muzik ni.. aku tak suka nak menyanjung artis.. aku lebih suka layan lagu mereka je.. kalau aku suka lagu tu, tak bermaksud aku suka dengan penyanyinya.. lagu Lady Gaga, You and I pun aku layan gak.. haha.. tapi, tak bermaksud aku suka Lady Gaga..