Sejujurnya, dalam setiap solatku, lebih daripada 80% aku akan memikirkan diri aku sebagai seorang PLU.. dengan peratusan ini kamu boleh tahu bertapa aku mengambil berat akan masalah yang menimpa diri aku sebagai seorang PLU.. dan kamu boleh tahu juga yang aku kadang-kadang tidak begitu kusyuk dalam setiap solat yang aku lakukan.. hampir di setiap sujud aku memikirkannya.. entah kenapa aku akan berfikir masalah PLU ni sewaktu melakukan solat, namun di waktu yang lain tidak pula begitu.. dan adakalanya aku seakan ingin mencakar diri aku sendiri ketika melakukan solat.. mungkin orang yang melihat berfikir yang aku cuma menggaru badan namun hakikatnya aku mencakar dan menggenggam kuat di bahagian dada ataupun buah pinggang.. dan kelakuan ini terjadi secara automatik.. aku mencakar diri aku ketika solat... (Nampak sangat solat tak kusyuk kan? Hehe)
Hujung bulan November, 2011... aku baru je habis menduduki external exam... tamat pengajian.. menunggu masa untuk mengikuti kursus Bina Tatanegara, BTN..
Housemate: asyik aku je yang jadi imam.. aku ni sebenarnya teringin nak jadi makmum kau..
Aku: ish.. tak nak lah.. kau je jadi imam..
Housemate: alah.. sekali ni je.. lepas ni aku janji tak akan paksa kau.
Aku: tak nak lah.. aku serius ni.
Housemate: aku pun serius juga ni.. ni permintaan aku yang paling last.. lepas ni kita mungkin dah tak berjumpa dah..
Aku: tak nak lah.. jangan lah macam ni..
Housemate: kau ni kenapa sebenarnya? Kenapa kau menolak sangat bila disuruh jadi imam? Kau ada masalah ke?
Aku: tak de.. hmm.. sebab better kau jadi imam berbanding aku.
Housemate: kalau ada masalah, kau cakap je dengan aku..
Aku: tak de apa-apa..
Housemate: atau, kau mahu makmum pertama kau adalah isteri kau?
Aku: kau ni.. macam tu pula? cepat lah jadi imam.. dah lewat ni..
Housemate: aku tak akan jadi imam melainkan kau yang jadi imam.
Aku: alah.. jangan lah macam ni.. aku serius ni.. sampai pukul 12 malam pun aku tak akan jadi imam..
Housemate: okay.. kalau macam tu aku akan tunggu sampai pukul 12 malam.
Aku: (mendesak betul dia ni!) Kamil! Jangan lah macam ni...
Seriously, dia masih juga mendesak aku untuk menjadi imam.. dia masih menunggu.. dan aku pula masih berdiri bersandarkan dinding sambil menarik-narik rambut macam orang gila.. honestly, aku tak sangka aku berkelakuan sedemikian.. housemate aku tu memang mendesak aku untuk kali ni.. sebelum ni, dia pernah menyuruh aku untuk mengimami solat tapi aku mendesak dengan bersungguh-sungguh.. dalam post The Sin aku pernah bercerita hal ini.. (klik di sini ).. tapi pada malam tu dia memang betul-betul serius mahu aku jadi imam.. dan aku pula seperti biasa akan menolak sekeras-kerasnya.. apabila dua orang yang degil bertemu, dia dengan kemahuannya meminta aku jadi imam, dan aku pula sebaliknya.. masing-masing tidak mahu mengalah..
Jam telah menunjukkan pukul 12 tengah malam.. solat isyak masih juga tidak dilakukan.. aku dan housemate aku masih lagi berkurung di bilik aku.. masing-masing tidak mahu mengalah.. sehinggalah housemate aku membuka pintu bilik aku kerana kepanasan, peluang ini aku gunakan untuk terus berlari keluar rumah meninggalkan housemate bersendirian.. akhirnya, aku terlepas daripada paksaan ini..
Pelik? Ya, memang pelik! Aku kadang-kadang berpelakuan pelik.. dan sikap pelik ini membuatkan seorang housemate aku berasa curiga dengan aku.
“kenapa aku tidak mahu menjadi imam?”
Aku cuma rasa yang aku tidak layak.. ia adalah berkaitan dengan masalah aku sebagai seorang PLU.. sesuatu yang menghantui aku dan membuatkan aku berasa berdosa.. aku pernah mengatakan pada housemate aku itu bahawa takde sesiapa dalam rumah ni tahu yang aku ni sebenarnya orang ‘jahat’.. setiap hari aku melakukan dosa.. dan dari hari ke hari, aku menghampiri dosa..
Aku sendiri tidak faham dengan pendirian aku ini.. aku faham, perkara ini hanya akan merumit aku sahaja.. namun, aku cuma tidak tahu kenapa aku bertindak sedemikian..
“hai kawan yang alim... imam kau ni (aku) sebenarnya adalah seorang gay..”
Aku ingin tahu reaksi dia jika aku berkata sedemikian... bolehkah dia menerimanya? Mungkin juga dia akan menolaknya dengan sekeras-kerasnya.. dan yang pasti, pandangan kawan aku yang alim ini akan berubah dan melihat aku sebagai sesuatu yang berbeza.. ini adalah pasti!!
Mungkin, aku berfikir terlalu banyak...
Akhirnya, kira-kira pukul 2 pagi aku balik semula ke rumah setelah berkeliaran di sekitar perumahan, taman rekreasi, lebuh raya dan shopping mall tanpa arah tujuan..

