Tuesday, 13 March 2012

Peringatan




12/03/12

pegawai dari pihak penaja datang singgah ke universiti aku untuk memberi ceramah. banyak benda yang dibincangkan tapi aku antara sedar tak sedar je ketika datang mendengar ceramah tu.. dengan kata lain, sometime aku terleka (terlena) sometime dengar.. aku memang jenis yang mudah mengantuk bila mendengar ceramah.. :D

banyak peringatan yang mereka sampaikan.. biasalah, kena jaga student yang banyak.. kat Australia ada kurang lebih 20,000 student Malaysia.. jangan buat ni, jangan buat tu.. banyak macam lah.. tapi, ada benda yang mereka sampaikan menarik perhatian aku..

"kita tahu di Australia ni agak bebas sedikit.. tapi saya ingin beri peringatan, ANDA DILARANG UNTUK MENJADI GAY!"

bila aku dengar peringatan tu, hati aku berkata, "macam mana nak larang orang untuk tidak jadi gay? even aku sendiri pun tanpa ada niat dah jadi gay.."

aku faham apa yang pegawai tu ingin sampaikan.. ni mesti ada kaitan dengan kes hari tu yang student Malaysia berkahwin dengan warga asing.. entah lah.. aku pun tak faham macam mana lah budak lelaki tu boleh terfikir nak berkahwin dengan lelaki asing? faham-faham je lah budaya kat Malaysia ni macam mana.. aku sendiri pun tak pernah terfikir nak berkahwin dengan lelaki... maksud akad nikah itu sendiri pun adalah lafas untuk menghalalkan seorang lelaki kepada seorang perempuan termasuklah dalam hal seks.. (kira-kira macam tu lah apa yang aku study kat sekolah menengah dulu..) dah seks sejenis tu salah, macam mana nak halalkan perkawinan sejenis?

tapi aku pun tak bodoh lah.. aku ada family.. saudara-mara pun banyak.. hubungan antara kami semua sangat rapat.. apa yang terjadi kepada family seseorang semua orang ambil tahu... kalau lah aku buat hal kat Australia ni (kes gay) memang family aku akan tebal muka... ingat-ingatlah kesan kepada orang sekeliling kita, jangan just nak fikir kepentingan sendiri je.. 

ada satu kes pegawai tu cakap, seorang pelajar lelaki student Malaysia kat Australia tiba-tiba menghilangkan diri.. tapi sebenarnya dia tak menghilangkan diri, tapi lelaki tu dah menjalani pembedahan pertukaran jantina.. ish.. ish.. macam-macam.. kalau nak tukar jantina pun, tunggulah sampai habis belajar dulu.. kot-kot dia guna duit biasiswa untuk pembedahan kot.. 

in short, kalau dah berada di negara orang untuk study, dapat tajaan, kena lah pandai bawa diri.. macam mana nak jaga maruah.. sebab apa yang kita buat orang akan ambil tahu.. pandai-pandai lah jaga maruah sendiri... yang gay, tak perlu lah jadi gay melampau di negara orang.. terlalu leka dengan 'keterbukaan' di negara orang sampai lupa akan budaya negara sendiri..





# jangan-jangan lepas ni aku pula yang keluar berita sebab ada buat 'kes gay'.. haha.. harap-harap jangan...

Thursday, 8 March 2012

Cuci Mata







comey betul lelaki Korea ni... kulit muka dah lah halus.. putih... bahasa englishnya pun lancar.. tak ada accent Korea sangat.. mudah untuk difahami.. trendy pula tu.. tengok jenis kain baju dia pun dah tahu kain mahal.. tapi apasal aku selalu tengok dia asyik berjalan dengan tongkat je? patah kaki? aduhai... kesiannya... nak aku tolong ke? hehe.. btw, ko comel sangat-sangat.. :D


hensem pula mamat Australia sorang ni... muka memang jenis taste aku... nampak cool je.. selalu pula dia pakai seluar pendek bila pergi kelas... pendek macam boxer... boleh nampak peha... fit pula kaki dia.. hehe.. ops! jangan sampai dia perasan aku tengah pandang dia... hehe.. hari tu sama group dengan aku... tiba-tiba je terpisah untuk kali ni.. nak buat macam mana? nasib.. dah takde 'pemandangan indah' untuk dilihat... haha


aku suka dengan gaya ko berpakaian... selalu je pakai seluar kain khaki yang slim tu.. i love slim khaki! kemas pula cara lelaki dari Singapura ni... kulit putih, badan pun okay... katanya, baru je habis dari mengikuti khidmat negara.. training ala-ala tentera.. tempoh dua tahun pula tu.. kalau aku, memang tak larat nak buat.. nasib baik aku lahir di Malaysia.. hehe.. rupa ko pun hensem gak.. pertama kali aku jumpa dengan ko, aku dah boleh ingat rupa ko.. ada meninggalkan bekas di hati lah.. hehe


aduh! tutor aku ni macam nak uji iman aku je... tengah dia menerangkan sesuatu kepada pelajar, macam nak tunjuk lengannya yang fit tu kat aku je.. besar pula bisep.. tangan tunjuk sana sini.. terang itu ini... ops! jangan sampai kelihatan bulu ketiak sudah.. haha.. macho pula dia ni.. baik je dengan pelajar asing macam aku ni.. apasal fikiran aku miang pula kali ni? fokus! fokus! kena fokus dengan study...



apasal banyak sangat 'permandangan indah' kat sini ye? tak tahu nak pilih yang mana satu.. yang kat sana comel, kat sini cool.. kat mana-mana hensem-hensem je.. hmm... orang tu rupa macam PLU je.. haha.. sekali imbas pun dah tahu... diam je lah... kot-kot dia pun tahu yang aku ni pun PLU gak.. tapi kena fokus!! fokus dengan study.. kena betul kan niat.. 







#semalam aku buat perangai buruk aku... lambat nak bersiap.. abang long muscle dan dua lelaki lain rasa macam marah je dengan aku.. tapi, abang hensem diam je.. pendam... dah lah abang hensem kena lead bacaan yasin kat rumah orang.. tapi, aku lambat nak berkemas pula.. last-last kami lambat datang ke rumah orang tu... gara-gara aku lah.. sabar je abang hensem dengan perangai aku.. dia lah yang paling baik dengan aku kat sini.. muka pun dah ala-ala calon imam muda... mestilah perangai pun baik.. jadi imam solat jumaat kat sini pula tu.. sejuk perut emak mengandung... 

Wednesday, 7 March 2012

Do You Have a Girlfriend?

dia berusia tua lima belas tahun dari aku.. asal dari Brisbane, Australia.. katanya pada aku, dia sudah berkahwin dan memiliki seorang anak perempuan.. penampilannya memang cukup aneh di mata aku.. seperti seorang gangster.. sering sahaja memakai jaket kulit.. ada tatoo.. memang selekeh.. tak kelihatan seperti seorang pelajar di universiti.. namun, di Australia tiada sesiapa yang akan judge penampilan seseorang.. sesiapa sahaja diterima tanpa ada diskriminasi dan rasa prejudis.. malah lecturer aku juga kerap memakai baju sambil kolar baju ternaik ke atas.. tak padan dengan usia yang sudah tua.. namun, di Australia penampilan bukanlah satu ukuran...

memang kerap kali aku terlihat dia ketika di universiti... kami berdua mengambil course yang sama.. katanya lagi pada aku, ini adalah course ketiga yang dia belajar... degree pertamanya adalah engineering.. kedua pula tentang computer.. ini membuatkan aku tertanya-tanya, "apasal orang Australia suka sangat ambil banyak degree?" tapi aku tidak pula bertanyakan hal itu kepadanya...

"I'm from Malaysia..." kataku kepadanya... "in Malaysia, I live in Borneo Island..."

"interesting..." balasnya..

then, perbualan terhenti apabila tutor kami menyuruh kami memperkenalkan partner masing-masing... aku menceritakan tentang dirinya kepada semua orang di bilik diskusi itu.. begitu juga dengan dirinya, menerangkan serba sedikit tentang diri aku... dan masing-masing orang di bilik diskusi itu memperkenalkan partner masing-masing kepada semua orang.. 

"she is from Sarawak, Malaysia..." kata seorang perempuan asal KL memperkenalkan tentang partnernya..

(orang Malaysia adalah foreign students yang paling ramai sekali kat uni aku...)

aku berkata kepada pakcik itu, "I'm also from Sarawak..."

"Do you know each other?"

"hmm.. no.."

perbualan terhenti... aku mengalihkan padangan kepada orang lain yang tengah memperkenal diri masing-masing... kemudian, pakcik itu bertanya kepada aku..

"do you have a girlfriend in Malaysia?"

untuk beberapa saat, tiba-tiba fikiran aku terhenti bila pakcik itu bertanya soalan tersebut kepada aku....




ada banyak cara untuk mengenal pasti sama ada seorang lelaki itu adalah gay ataupun tidak.. bagi aku, antara cara paling mudah adalah bertanyakan soalan, "kamu ada kekasih perempuan?" tengok dan teliti bagaimana reaksi lelaki itu bila kamu bertanya soalan ini... bagaimana dengan riak mukanya? ada sesuatu yang dapat dilihat melalui matanya... dan, ketahui bagaimana cara dia memberi reaksi kepada soalan itu... 

bila orang bertanya kepada seorang gay akan soalan adakah dia memiliki kekasih perempuan, sebenarnya soalan itu akan memberi kesan kepada orang gay itu.. fikirannya akan menjadi kosong untuk seketika, tidak tahu akan apa yang patut dia jawab bagi soalan tersebut... dan pada saat inilah, sedikit sebanyak reaksi muka dan sinar mata akan memberi pertunjuk bahawa dia berasa agak kurang senang dengan soalan itu... bagaimana harus menipu? jika kamu seorang yang bijak dan memahami reaksi dia, then kamu dengan pasti dapat tahu lelaki itu adalah seorang plu!





"hmm... I'm still searching..." balasku...






# ayat "ko dah ada girlfriend?" adalah ayat yang mampu memecah rahsia benteng identiti seorang gay... ada satu peristiwa ketika aku berada di Putrajaya, saat itu lah kali pertama ada orang dapat detect identiti aku.. (tak sangka betul!! tapi aku still cover lah..) ia adalah satu peristiwa yang panjang.. malas aku nak cerita.. yang pasti, 'soalan' ini adalah soalan yang kurang disenangi oleh seorang gay.. dan kamu boleh tahu dia gay jika kamu memahami bahasa tubuhnya... 

Tuesday, 6 March 2012

the Question




kadang-kadang aku dapat membezakan macam mana rupa orang gay, macam mana pula rupa orang yang biseksual.. tapi, kebiasaannya agak sukar untuk tahu orang tu adalah biseksual hanya dengan melihat menggunakan mata kasar.. manakala yang gay pula aura mereka lebih kelihatan di mata aku... hakikatnya, walaupun kedua-duanya PLU, masing-masing ada aura tersendiri dan rupa yang berbeza... kebiasaanya begitu lah...



hari ni aku tertanya-tanya mengenai seksualiti aku yang sebenarnya... selama ini aku fikir aku adalah seorang PLU yang gay.. aku suka lelaki, itu memang satu hakikat yang tak dapat aku nafikan.. 

but...

ketika aku di sini, di Australia... ada sesuatu yang membuatkan aku keliru...





#aku rasa, mata adalah anggota tubuh paling senang untuk mengenal pasti siapa PLU...sekali imbas, dah boleh detect... kenapa kebanyakkan PLU ada mata yang serupa?