Wednesday 7 March 2012

Do You Have a Girlfriend?

dia berusia tua lima belas tahun dari aku.. asal dari Brisbane, Australia.. katanya pada aku, dia sudah berkahwin dan memiliki seorang anak perempuan.. penampilannya memang cukup aneh di mata aku.. seperti seorang gangster.. sering sahaja memakai jaket kulit.. ada tatoo.. memang selekeh.. tak kelihatan seperti seorang pelajar di universiti.. namun, di Australia tiada sesiapa yang akan judge penampilan seseorang.. sesiapa sahaja diterima tanpa ada diskriminasi dan rasa prejudis.. malah lecturer aku juga kerap memakai baju sambil kolar baju ternaik ke atas.. tak padan dengan usia yang sudah tua.. namun, di Australia penampilan bukanlah satu ukuran...

memang kerap kali aku terlihat dia ketika di universiti... kami berdua mengambil course yang sama.. katanya lagi pada aku, ini adalah course ketiga yang dia belajar... degree pertamanya adalah engineering.. kedua pula tentang computer.. ini membuatkan aku tertanya-tanya, "apasal orang Australia suka sangat ambil banyak degree?" tapi aku tidak pula bertanyakan hal itu kepadanya...

"I'm from Malaysia..." kataku kepadanya... "in Malaysia, I live in Borneo Island..."

"interesting..." balasnya..

then, perbualan terhenti apabila tutor kami menyuruh kami memperkenalkan partner masing-masing... aku menceritakan tentang dirinya kepada semua orang di bilik diskusi itu.. begitu juga dengan dirinya, menerangkan serba sedikit tentang diri aku... dan masing-masing orang di bilik diskusi itu memperkenalkan partner masing-masing kepada semua orang.. 

"she is from Sarawak, Malaysia..." kata seorang perempuan asal KL memperkenalkan tentang partnernya..

(orang Malaysia adalah foreign students yang paling ramai sekali kat uni aku...)

aku berkata kepada pakcik itu, "I'm also from Sarawak..."

"Do you know each other?"

"hmm.. no.."

perbualan terhenti... aku mengalihkan padangan kepada orang lain yang tengah memperkenal diri masing-masing... kemudian, pakcik itu bertanya kepada aku..

"do you have a girlfriend in Malaysia?"

untuk beberapa saat, tiba-tiba fikiran aku terhenti bila pakcik itu bertanya soalan tersebut kepada aku....




ada banyak cara untuk mengenal pasti sama ada seorang lelaki itu adalah gay ataupun tidak.. bagi aku, antara cara paling mudah adalah bertanyakan soalan, "kamu ada kekasih perempuan?" tengok dan teliti bagaimana reaksi lelaki itu bila kamu bertanya soalan ini... bagaimana dengan riak mukanya? ada sesuatu yang dapat dilihat melalui matanya... dan, ketahui bagaimana cara dia memberi reaksi kepada soalan itu... 

bila orang bertanya kepada seorang gay akan soalan adakah dia memiliki kekasih perempuan, sebenarnya soalan itu akan memberi kesan kepada orang gay itu.. fikirannya akan menjadi kosong untuk seketika, tidak tahu akan apa yang patut dia jawab bagi soalan tersebut... dan pada saat inilah, sedikit sebanyak reaksi muka dan sinar mata akan memberi pertunjuk bahawa dia berasa agak kurang senang dengan soalan itu... bagaimana harus menipu? jika kamu seorang yang bijak dan memahami reaksi dia, then kamu dengan pasti dapat tahu lelaki itu adalah seorang plu!





"hmm... I'm still searching..." balasku...






# ayat "ko dah ada girlfriend?" adalah ayat yang mampu memecah rahsia benteng identiti seorang gay... ada satu peristiwa ketika aku berada di Putrajaya, saat itu lah kali pertama ada orang dapat detect identiti aku.. (tak sangka betul!! tapi aku still cover lah..) ia adalah satu peristiwa yang panjang.. malas aku nak cerita.. yang pasti, 'soalan' ini adalah soalan yang kurang disenangi oleh seorang gay.. dan kamu boleh tahu dia gay jika kamu memahami bahasa tubuhnya... 

13 comments:

  1. I do n I was..
    bleh jwp mcm tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. trpulang lh jwpan mcm mana.. tp kdg2 boleh detect hanya dgn mendgr jawapan yg diberikan... mcm kes aku dulu, waktu d putrajaya, aku jwb jujur je, kata aku xnk cari kekasih lg.. fokus dgn study.. x prnah trfikir pun nk cari kekasih lelaki or prempuan.. but then, that 'abang' dh mula curious dan detect identiti aku.. i believe, abg yg aku jumpa kat putrajaya tu pun plu gak.. mula2 dia x tahu aku plu, tp bila dia main tanya soalan tu, then dia dh mula rasa sesuatu..

      Delete
  2. Putera terlalu hyper phobia lar....relax...life has to go on.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa pakcik tu dah rasa smcm je kat aku.. bila tgk cara dia mengamati mata aku bila aku jwb soalan tu, lain mcm je rasa...

      Delete
  3. Kalau ckp tak laku lagi mcm mane...... <---- risau gak aku kalau org detect-detect nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanye benda ni hanya utk PLU yg gay je.. yg biseksual lain crita.. tp klu orang yg straight tanya soalan tu, mereka x dpt detect kot.. tp klu aku yg dgr, boleh je aku detect...

      Delete
  4. aku terfikir..masa orang tanya aku ada gf ke tidak..apa respon aku ek??hmm...~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah! ni lah senang nak detect.. susah nk beri jawapan seakan neutral, padahal sebenarnya tgh menipu.. orang yg faham, akan tahu jawapan yg betul or just nk cover..

      Delete
  5. klu mcm tu coba detact aku wahai putera hahah...inbox ye soalan at putrjya 2 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. sometime perlu ada beberapa soalan utk mengorek rahsia.. bagaimana dgn nada suara, pandangan mata, dan senyuman orang tu... kena face to face lah..

      Delete
  6. kalau kawan pompuan tanya
    Nu'man: X der orang nak .. awak nak kapel ngan saya? haha

    kalau kawan laki tanya ??
    Mana laki ko? (bukan nak tanya sal awek pon..)
    Nu'man: Vavvviiiii

    Kalau stranger tanya
    Nu'man: Senyum simpul2 saja ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... klu yang pandai detect, akan faham lah.. dah ada girlfriend? kenapa xde? apasal tak cari? dgr ayat orang tu nk cover, dh boleh detect dh..

      Delete
  7. Jawab je "ya" dengan poker face. Just lie and believe your lies. It's going to work for the next questions. lolol

    ReplyDelete