Thursday 22 March 2012

Gay and Religions


bunga di belakang rumah aku


Jehovah's Witnesses... ia adalah satu nama bagi satu mazhab dalam agama kristian.. mereka digelar sebagai non-trinitarian.. berbeza dengan kumpulan mazhab katolik, prostestan ataupun ortodoks, non-trinitarian adalah mazhab kristian yang tidak menerima konsep trinity.. dengan kata lain, mereka percaya Jesus bukan sebahagian daripada Tuhan.. Jesus hanyalah manusia biasa yang telah diutus oleh Tuhan.. seakan sama dengan apa yang agama Islam ajar mengenai status Nabi Isa, Jehovah's Witnesses percaya mereka lah agama kristian yang 'sebenar'.. begitulah juga dengan Holy Spirit yang mana kumpulan mazhab Jehovah's Witnesses percaya Holy Spirit bukanlah sebagian daripada God the Father.. tritunggal bukanlah konsep yang diterima oleh mazhab Jehovah's Witnesses..

kenapa aku tiba-tiba bercerita mengenai Jehovah's Witnesses? hari ni, ketika aku sedang sibuk mencuci baju, tiba-tiba pintu rumah aku diketuk oleh seseorang.. bila aku membuka pintu, kelihatan seorang pakcik berpakaian kemas dengan seorang budak perempuan di depan pintu.. mereka adalah orang tempatan Australia.. kami berbual seketika, dan dia bertanya kepada aku jika aku mengenali siapa itu Jesus.. aku katakan 'ya'.. di minda aku mula bertanya, "adakah pakcik ni seorang pastor?"

dia bertanyakan mengenaili diri aku.. asal dari mana, study kat mana.. dan akhir sekali dia bertanya mengenai agama aku.. "I'm a muslim.." balasku..

kemudiannya dia menghulurkan aku satu kad jemputan ke Kingdom Hall of Jehovah's Witnesses untuk mendengar ceramah mengenai Jesus.. bila aku menerima kad jemputan itu dan melihat tertulis perkataan Jehovah's Witnesses, hati aku berkata, "owh.. Jehovah's Witnesses rupanya.. tak hairanlah..." (sebab Jehovah's Witnesses terkenal dengan kunjungan mereka dari rumah ke rumah)





aku pernah bercerita mengenai diri aku pernah menjadi seorang agnostic dalam post sebelum ini.. aku tak malu untuk mengaku bahawa aku pernah jadi agnostic sebab ia menunjukkan yang aku berfikir mengenai Tuhan.. aku cuba untuk memahami tentang kewujudan aku di dunia ini, cuba memahi kehendak diri-Nya.. memahami diri aku seorang gay yang hina dari sudut 'popular culture' manusia.. 

keghairahan aku mengenai agama mula muncul sejak aku berada di Tingkatan 5.. ketika itu, hampir setiap malam aku berdiskusi dengan kawan baik aku yang seorang Kristian mengenai agama masing-masing.. aku bertanya apakah itu Bible, apakah bezanya dengan Gospel? siapakah Luke, John, Mark, Matthew? apa itu New Testament dan Old Testament? begitu juga dengan kawan Kristian aku bertanya mengenai agama Islam.. apa itu Hadis? kepercayaan orang Islam tentang Nabi Isa... mengenai Nabi Muhammad.. sejarah agama Islam... diskusi antara kami berdua adalah sangat harmoni tanpa ada provokasi untuk memperngaruhi agama siapa yang benar.. ianya lebih kepada niat untuk memahami agama masing-masing.. kerana apa yang aku tahu tentang kristian adalah berdasarkan apa yang orang Islam katakan tentang Kristian.. aku bersikap terbuka, mahu memahami pandangan dari dua sumber yang berbeza... dari padangan orang Islam sendiri, dan juga dari sudut pandangan orang Kristian..

dari saat itu, aku mula ghairah untuk memahami agama.. aku mula membaca kitab tafsir untuk memahami isi kandungan al-Quran.. bagi aku, sungguh memalukan sekali jika aku boleh baca novel lebih daripada 1000 muka surat namun tidak pernah habis membaca kitab tafsir... dan dari saat itu, sedikit sebanyak aku dapat memahami serba sedikit tentang agama aku..

bila aku menyambung pelajaran di kawasan Lembah Klang, aku dengan beraninya mula membeli senaskah Bible.. muka aku yang 'kurang melayu' dan 'kurang Islam' membuatkan orang tidak berasa curiga ketika aku membeli Bible itu.. dan dari saat itu, aku mula faham apakah itu Bible.. Injil bukanlah Bible.. Injil adalah Gospel.. dan Gospel adalah sebahagian daripada New Testament.. manakala Taurat adalah lima kitab pertama dalam Old Testament.. Zabur adalah Psalm.. ketiga-tiga kitab ini, Gospel (Injil), Taurat (Torah) dan Zabur (Psalm) adalah antara kumpulan kitab yang ada dalam Bible..  dari sudut pandangan Islam, ketiga-tiga kitab ini telah 'hilang kesuciannya' kerana diubah oleh manusia... 

untuk selang sehari, aku membaca dua kitab suci yang berbeza.. misalnya, di hari pertama aku membaca tafsir al-Quran, keesokkanya pula aku membaca Bible.. aku mula membaca kisah Nabi Isa dalam Bible.. sesuatu yang tidak pernah tertulis dalam al-Quran.. kisah mengenai John the Baptist (Nabi Yahya), Moses (Nabi Musa), David (Nabi Daud), Job (Nabi Aiyub), Abraham (Nabi Ibrahim) dan sebagainya... 

kemudiannya, ketika aku belajar subjek ekonomi, aku mula tertedah dengan idola pensyarah aku iaitu tentang Daisaku Ikeda.. ada kajian yang perlu aku buat mengenai ekonomi berkaitan dengan Daisaku Ikeda yang seorang penganut Buddha yang taat.. aku belajar bagaimana Daisaku Ikeda mengaitkan ekonomi dengan falsafah Buddha.. ia adalah sesuatu yang menarik perhatian aku.. dan dari sejak itu, aku mula mempelajari sejarah kehidupan Gautama Buddha.. mengenai enlightenment.. 

aku menganggap agama adalah sesuatu yang sangat penting dalam hidup aku.. apabila aku tertedah dengan konsep agama lain, ia mula mendorong aku untuk cuba memahami banyak perkara... aku cuba memahami sebab kewujudan aku di dunia ini.. secara spesifik, aku sebagai seorang gay dalam kehidupan manusia.. sehinggalah aku menjadi seorang agnostic untuk beberapa tempoh.. dan adakalanya aku bertanya kepada diri aku, "adakah aku golongan yang sesat?" aku cuma berasa takut akan penerimaan-Nya tentang diri aku sebagai seorang gay, walaupun bukan dengan kerelaanku...

God, please forgive me...

"ada seorang Sahabat datang bertanya kepada Rasulullah mengenai siapakah orang yang paling bijak sekali dalam dunia ini? jawab baginda, "orang yang mengingati kematian.."" perkataan yang aku pernah dengari dalam satu ceramah.. 

ayat ini meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada aku kerana aku percaya, walau sehebat mana kita di dunia namun jika telah 'tersesat' dari jalan-Nya, semuanya adalah sia-sia... kerana apa yang abadi adalah kehidupan selepas kematian.. dan kerana itu aku cuba untuk memahami kehendak Allah.. ketakutan tentang diri aku sebagai seorang gay yang dikatakan dilaknat Allah.. 

ia adalah sesuatu yang paradoks bila orang mengatakan kamu dilaknat Allah namun kamu tetap setia dengan-Nya.. 

kerana itu adalah apa yang kita panggil sebagai 'iman'...


don't lose your faith...




8 comments:

  1. Sungguh ilmiah.. Tq krn berkongsi..

    ReplyDelete
  2. Yup...good observation and comparison. The more your read, the more you will understand but don't lose your faith...keep your iman still while reading those bibles...

    Nick

    ReplyDelete
  3. Yup...good observation and comparison. The more your read, the more you will understand but don't lose your faith...keep your iman still while reading those bibles...

    Nick

    ReplyDelete
  4. Aku rasa bila kau menganggap kau adalah seorang gay, sesuatu yang tidak betul. Umunya, dalam masyarakat bila kita menyatakan dia seorang gay, bermakna, dia telah melakukan zina liwat dan menjalinkan hubungan cinta songsang. Tetapi mereka yang mempunyai hanya perasaan sukan lelaki atau lebih tertarik pada lelaki, bukahlah seorang gay. Cuma individu ini dikategorikan sebagai individu yang menghadapi krisis kekeliruan identiti (tidaklah seteruk gay).

    Kita dihukum oleh Allah bukan disebabkan apa yang kita rasa atau apa yang kita nak lakukan atau apa yang terlintas di fikiran kita. Tapi kita dihukum dan amalan dicatat berdasarkan apa yang telah kita kerjakan. Mempunyai 'perasaan itu' adalah satu ujian untuk kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ulasan Hakimi sgt menyenangkan hati sy...
      sy tertarik untuk baca blog ini dan ternyata blog ni taklah seburuk yg disangka.
      terima kasih

      Delete
  5. Assalamualaikum,,,it's always great to see you putting much effort in mastering those religions, yet my advice is make sure that you will find teachers.

    Guru adalah manusia yang mengelakkan kamu sesat.

    Nanti x pasal2 jadi gila isim plak,,hehe

    ReplyDelete
  6. How to contact you, I'm 17 and need supports and tips from adult in some of these situations.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I mean kehidupan sebagai seorang plu

      Delete