Wednesday, 12 February 2014

Melayu-Brunei



kali ni aku nak tulis tentang orang Melayu Brunei.. kenapa je tiba-tiba nak tulis hal ni?? sebab waktu aku nak fly dari Kota Kinabalu, Sabah nak gi KLIA, dari atas kapal terbang tu, nampak lah ada banyak kampung yang didirikan di atas air di sekitar KK dari atas.. banyak giler kot.. bila teringat pasal kamung atas air or selalu dipanggil kampung air ni, memang agak sinonim dengan masyarakat melayu Brunei yang suka buat rumah atas air..

okay, siapa mereka yang dipanggil melayu Brunei?? orang melayu Brunei ni macam orang Siam lah.. kenapa? kalau kita cakap orang Siam, tak semestinya mereka orang Thailand, tapi kat Malaysia pun ada gak.. so, sama gak lah dengan melayu Brunei orang kadang-kadang just dipanggil orang Brunei, mereka tak semestinya orang warganegara Brunei je, tapi turut refer masyarakat melayu di sekitarnya seperti di Sarawak, Sabah dan Labuan.. 

macam aku lah.. aku pun orang melayu Brunei gak.. tapi aku orang Sarawak, Malaysia.. bukan orang warganegara Brunei pun.. even waktu RTM datang kat kampung aku, orang-orang kampung suka sebut "kami ni orang (melayu) brunei.." entah.. tak tahu kenapa orang suka nak tambah perkataan 'brunei' tu.. even kat Sabah pun selalu juga orang cakap macam ni "Kau bangsa apa?" "aku orang Brunei.." tak pun orang cakap macam ni lah "aku orang melayu brunei.." ingat lagi waktu aku pergi muzium di Sabah pun, orang kat muzium tu ada tunjuk sambil cakap, "ini lah contoh pakaian baju pengantin orang (melayu) brunei.." macam nak tekan kan yang perlu nya disebut perkataan Brunei tu gak.. walaupun actually nationality bukan warganegara Brunei pun.. seolah-olah macam satu bangsa lain pula.. macam kat Kalimantan, Indonesia.. ada kaum Banjar.. tapi actually orang Banjar ni pun satu kelompok melayu gak.. kadang-kadang di sebut orang melayu banjar.. tapi kerap disebut sebagai kaum Banjar sahaja.. walaupun actually Banjar tu sebahagian dari melayu.. sama lah orang melayu Brunei.. hanya disebut sebagai kaum Brunei.. tapi actually kaum Brunei tu pun sama masuk dalam golongan Melayu gak.. 








so, tak kira lah melayu brunei yang tinggal di Brunei, Sarawak, Sabah or Labuan pun, bagi aku ada persamaan yang membuatkan mereka ni unik berbanding melayu lain.. selain dari bahasa pertuturan yang berbeza, iaitu dialek Melayu Brunei (yang aku pun cakap guna bahasa ni.. Melayu Sarawak aku tak pandai sangat, walaupun aku orang Sarawak) orang melayu brunei ni yang aku perasan lah, mereka suka tinggal atas air.. banyak perkampungan mereka didirikan atas air.. even kampung aku pun lebih kurang macam tu.. 

misalnya cuba tengok kat gambar ni semua.. ini antara perkampungan atas air di Brunei, Sarawak, Sabah dan Labuan yang menjadi tempat tinggal khususnya orang melayu Brunei itu sendiri...











so, adalah orang ramai akan rasa amaze bila tengok keadaan macam ni sebab pertama kali tengok kampung macam ni.. tapi bagi aku lah, benda ni dah jadi common untuk aku.. permandang macam ni tak asing bagi aku.. and sangat jarang dilihat ada di Semenanjung (aku rasa takde kot).. aku pun dah biasa pergi tempat-tempat macam.. so, aku sesaje nak share culture orang (melayu) brunei ni.. sebab aku sendiri pun orang (melayu) brunei gak (tapi warganegara Malaysia).. 























and satu benda lagi yang bagi aku sinonim dengan masyarakat (melayu) brunei ni, tak kira lah orang brunei yang di Brunei, Sarawak, Sabah or Labuan ke, ialah makanan tradisi mereka yang dipanggil sebagai 'ambuyat'.. kiranya ambuyat ni adalah makanan 'signature' orang brunei lah.. apa benda tu sebenarnya? ambuyat ni sebenarnya adalah dari tepung sagu yang dituang dengan air panas, digaul kemudiannya menjadi seakan satu gam yang melekit.. memang melekit kalau terkena kat jari pun jadi rimas.. so, kita orang makan dengan penyepit yang dipanggil 'candas'.. lebih kurang macam chopstick tapi candas ni hanya satu kayu yang dilengkukkan.. tak macam chopstick guna dua batang yang terpisah.. ambuyat ni adalah makanan pengganti nasi.. maksudnya, kalau takde nasi, makan dengan ambuyat.. or ada yang cakap, kalau makan ambuyat, jangan pula makan nasi.. and then disertakan juga dengan 'cecah' yang ada perlbagai jenis.. ada yang masam, pedas, manis dan sebagainya.. then ambuyat yang 'digulung' dengan candas tadi pun dicecahkan pada cecah yang ada.. lalu ditelan terus (bukan gigit/kunyah) bila nak makan..  kalau dah makan ambuyat ni, kita orang makan tak guna sudu atau tangan lagi.. kita orang makan guna candas iaitu (penyepit).. so, kalau nak ambil sayur semua pun guna candas (penyepit).. ikan pun makan dengan candas.. usually makanan yang dihidangkan bersama ambuyat adalah makanan yang senang kita nak makan guna penyepit candas tu.. bukan seperti ayam, misalnya.. sebab susah nak kepit.. kalau nak bayang macam mana keadaannya, bayang macam mana orang cina makan guna chopstick.. 



















tiba-tiba aku post pasal budaya pula kali ni.. hahaha.. ye lah.. lain tempat, lain budaya.. so, aku pun nak share juga budaya orang aku sendiri...



populasi kaum (melayu) brunei..




Monday, 3 February 2014

The Secret Admirer (Part 2)





The Secret Admirer
(Part 2)





Day 10 : Friday,  24 May 2013

hari ni Hari Wesak.. kebanyakkan orang akan bercuti.. tapi aku still bekerja pada hari ini.. berkerja shift malam.. pada waktu pagi itu aku masih lagi terbayangkan apa yang dah jadi semalam mengenai mamat hensem yang aku jumpa.. masih sukar percaya, aku tak sangka yang aku boleh berjumpa dengan dia lagi.. seakan takdir, aku rasakan begitu lah.. 

semalam, aku membuat pertaruhan sama ada kalau aku akan jumpa lagi, aku rasa memang ada takdir antara kami berdua.. aku pilih LRT yang betul.. dan memang benar dia ada di dalam LRT itu.. sudah tentu aku rasa ia adalah satu keajaiban.. satu takdir yang aku akan bertemu dengan dia lagi.. dan aku rasa itu bukan lah kali terakhir aku dapat bertemu dengan lelaki itu.. hati ini mengatakan, aku akan bertemu dengan dirinya lagi..

tapi hari ini aku berasa agak kecewa.. alasannya kerana aku kena bekerja pada waktu malam.. aku percaya, yang lelaki itu akan menaiki LRT lagi pada hari ini dalam tempoh pukul 5.00 petang lebih.. tapi aku hanya akan dapat pulang pada pukul 10.00 malam.. jadi sudah tentu hari ini aku tidak dapat menemukan dirinya..

bersabar, aku bisikkan pada hati..

mungkin bukan hari ini... mungkin pada hari yang akan datang..




Day 11 : Saturday, 26 May 2013

kerja shift malam lagi.. entah kenapa aku mula sedikit merungut apabila aku kena bekerja pada shift malam.. ianya adalah satu perasaan yang tidak sabar-sabar menunggu hari yang aku akan menemukan dirinya lagi.. but then, tiba-tiba aku tertanya-tanya pada diri aku sendiri..

hei! kenapa aku excited sangat dengan mamat ni? bukan ke dia hanya sekadar seorang random stranger yang aku sendiri pun tak kenal dia tu siapa?

ha ah.. memang betul lah kan? aku sendiri pun tak kenal sangat yang dia tu siapa.. jumpa pun sekali tu je.. maksud aku berjumpa waktu bertentangan mata lah.. but aku tak leh nak nafikan yang aku dah mula rasa teruja.. ye lah, apa yang dah berlaku tempoh hari macam satu keajaiban.. dapat aku rasakan yang ada banyak benda yang akan berlaku nanti.. aku rasa ini hanya lah baru satu permulaan..

pada waktu malam, aku sedang berada di dalam LRT menuju ke Stesen Kelana Jaya.. termenung seketika.. aku hanya memandang pada permandangan di luar tingkap yang dah pun gelap..

'stesen berikutnya, Taman Paramount... next station, Taman Paramount..'

aku tatap pada papan tanda nama stesen.. pandang dan pandang..

oh well.. kita tunggu dan lihat je nanti, apa yang akan berlaku...




Day 12 : Sunday, 27 May 2013

cuti.. aku tak kerja hari ni.. asalnya aku malas nak pergi ke luar rumah.. mahu duduk dalam rumah je.. Rizal, housemate aku ada ajak aku untuk makan kat luar.. dia pun tak kerja hari ni.. aku hanya bersetuju.. then kami berdua pun keluar makan di gerai mamak yang berdekatan..

pukul 2.00 petang.. aku dah kembali di rumah.. baring-baring di atas katil.. buat aktiviti kegemaran aku masa nak rileks-rileks macam ni.. buat apa? main game of course.. aku main Candy Crush lagi.. main dan main.. but then lepas tu aku dah mula rasa letih asyik berbaring je.. aku bangun dari katil.. aku memandang keluar tingkap.. (kita orang tinggal di rumah flat).. then aku termenung seketika.. dagu bersandar pada tangan.. terasa syok pula merasa tiupan angin bayu yang sedap hari ni.. hampir terlelap aku dibuatknya.. but then, suddenly aku mula terfikir tentang sesuatu.. tiba-tiba aku teringat tentang mamat hensem tu..

agak-agak dia naik LRT lagi tak hari ni? but aku rasa yang dia macam cuti gak hari ni..

aku berfikir.. cuba untuk mengagak kalau-kalau dia kerja hari ni or tak..

hurmm.. maybe dia pun tak kerja hari ni.. aku pasti.. dia tak kerja hari ni..

aku baring atas katil.. cuba untuk melelapkan mata..

but entah kenapa, pada pukul 3.00 petang, aku keluar rumah lalu ambil LRT menuju ke Pasar Seni.. sampai je di sana, aku pun tak tahu nak tuju ke mana.. so, aku putuskan untuk jalan-jalan di Petaling Street dan area yang berdekatan.. dari Petaling Street aku berjalan kaki ke Masjid Jamek.. solat Asar di sana.. then dalam pukul 5.00 petang aku ambil LRT dari Masjid Jamek lalu pulang ke Kelana Jaya..

kenapa aku keluar rumah hari ni? ke sebab aku nak jumpa lelaki tu lagi??

aku terdiam.. dalam LRT, aku hanya memerhatikan orang sekeliling aku.. sampai je ke Stesen Taman Paramount, aku pun jeling-jeling keadaan di luar.. tercari-cari kalau lelaki tu akan turun di sana lagi.. tapi.. hampa..

pintu LRT ditutup, LRT mula menuju ke stesen berikutnya sehingga sampai ke stesen terakhir di Kelana Jaya..

i think, dia memang tak kerja hari ni lah.. or aku je yang tersalah ambil LRT??

hurmmm....




Day 13 : Monday, 28 May 2013

aku angau ke apa ni? apasal aku asyik terfikirkan tentang lelaki tu lagi ye?

entah.. aku tak tahu hari ni aku rasa yang aku dah jadi lain sikit.. aku kerja macam biasa.. kerja shift malam.. ada banyak juga lah lelaki hensem yang datang ke kedai aku.. tapi sekarang ni aku just pandang mereka biasa-biasa je.. dah takde dah excited sangat macam dulu-dulu.. sekarang ni aku rileks je.. another random strangers yang hensem-hensem.. mereka datang cuma seketika dalam hidup kita, lepas tu dah blah dari hidup kita.. cuma sekarang ni keterujaan tu dah semakin kurang dah..

entah kenapa, aku seperti tak sabar menunggu hari esok..

angau ni sekejap je kot.. lepas tu hilang lah nanti lah kot..




Day 14 : Tuesday, 29 May 2013

okay.. hari ini aku nak cuba main teka-teka takdir aku.. hari ini aku kerja shift siang.. jadi, aku dah mula teruja nak main teka-teka takdir ni.. nak tahu sama ada aku akan ada luck seperti tempoh hari ke tak.. dapat kah aku jumpa lelaki tu lagi? well, kita tunggu dan lihat je.. tunggu dan tunggu.. aku kerja seperti biasa.. dah masuk pukul 5.00 petang, terus aku mempercepatkan langkah kaki aku menuju ke stesen LRT..

berada di bahagian menunggu, aku lihat sudah ada LRT yang tiba.. namun aku biarkan sahaja LRT tu berlalu.. bermain dengan luck.. adakah aku akan bertuah seperti tempoh hari? aku biarkan LRT tadi tu pergi.. but aku pun tak pasti sama ada tindakkan aku itu betul atau pun tak.. dia mungkin sahaja naik LRT itu.. aku bertaruh pada nasib aku..

LRT yang seterusnya pun datang.. aku pun mula tertanya-tanya kalau aku patut naik LRT ni lagi? masalah nya sekarang macam ni, aku tak tahu yang lelaki tu turun LRT dari stesen mana.. adakah sebelum stesen LRT Pasar Seni atau pun tak.. kalau sebelum ni, sudah pasti dia sudah pun berada di dalam LRT sebelum aku masuk.. dan mungkin aku dah boleh lihat dia dari luar LRT bila LRT tu sampai.. tapi kata hatiku kuat mengatakan yang dia turun selepas LRT Pasar Seni.. sebab biasanya aku tak jumpa dia bila aku mula-mula masuk LRT sebelum ni.. bila aku dah masuk, singgah beberapa stesen, baru aku nampak dia..

aku pandang LRT itu.. patut kah aku masuk LRT ini? tengok jam pada handphone.. terasa macam masih awal sangat.. dia mungkin masih dalam perjalanan naik ke stesen LRT.. lalu aku biarkan sahaja LRT itu berlalu..

okay.. tunggu LRT yang seterusnya pula..

LRT ketiga sampai.. aku mula masuk.. tapi hatiku masih berasa was-was kalau lelaki itu akan naik LRT yang ini.. pintu ditutup, lalu LRT pun mula meninggalkan stesen Pasar Seni.. aku jeling-jeling juga lah keadaan sekeling.. kot-kot ada dia.. tapi takde..

mula menuju Stesen KL Sentral.. pintu dibuka.. aku mula berdebar-debar.. entah kenapa aku kuat rasakan yang dia akan turun dari KL Sentral.. aku pandang-pandang keadaan di luar.. tercari-cari kelibat si dia.. pandang kiri, pandang kanan.. pandang orang yang dah mula beratur nak masuk LRT.. pandang dalam LRT kalau dia dah ada di dalam.. tapi tiada.. merasa hampa hati aku.. pintu LRT ditutup.. LRT mula meninggalkan KL Sentral perlahan-lahan..

tapi hati aku rasa was-was.. macam rasa ada sesuatu yang tertinggal.. aku masih memandang keadaan di luar.. kot-kot dia baru je nak datang.. LRT bergerak, tapi mata aku tetap tercari-cari dia di luar sana..

mula menjauh.. tiba-tiba aku mula terlihat kelibat susuk tubuh yang menarik perhatian aku yang baru sahaja sampai di ruang menunggu..

oh tidak!! lelaki tu lah!!

terlepas..

cis!! terlepas lah pula! macam mana ni?? hurmm...

aku mula cemas.. mula tak tentu arah..

okay.. bawa bertenang.. fikir dan fikir.. hurmm....

cuba memikirkan cara..

'stesen berikutnya, Bangsar... next station, Bangsar...'

kedengaran pengumuman.. pintu LRT dibuka.. orang mahu turun ke stesen ni mula melangkah keluar.. aku hanya terpinga-pinga.. memerhatikan orang yang mula bergerak keluar.. then, yang nak masuk pula mula berebut melangkah masuk ke dalam LRT.. aku masih lagi terdiam.. pintu LRT mahu ditutup.. dengan serta merta aku berebut untuk melangkah keluar..

"sorry.. tumpang lalu.." kata aku..

fuh!! sempat gak keluar.. LRT mula bergerak pergi..

okay.. sekarang, kena tunggu LRT seterusnya datang.. konferm dia naik LRT yang itu.. pandai juga aku ni ye.. hihihi

tersengih-sengih aku.. tak sangka yang aku ni persistent giler! tak nak mengalah, nak juga tengok mamat tu.. degil sungguh aku ni, tak nak mengalah!! tapi dalam masa yang sama aku terasa diri aku bijak lah pula..

tunggu aku ya.. tunggu aku..

tak sabar untuk menunggu LRT seterusnya.. memandang ke aral rel LRT yang menunggu ke sini.. dari jauh mula kelihatan LRT seterusnya mula menghampiri..

okay.. ini aku datang!!

sampai ke stesen Bangsar.. pintu LRT mula dibuka..

but pintu yang mana satu aku patut masuk??

melihat keadaan di dalam kalau-kalau ada dia.. tapi pintu LRT mula nak ditutup, tak boleh nak pilih-pilih, aku terus je masuk pintu yang terdekat.. masuk..

mana dia?  mana dia??

mula mata aku tercari-cari kelibat dirinya... aku bergerak perlahan-lahan dalam keadaan sesak penuh tubuh manusia di dalam LRT.. mata aku melihat dengan teliti pada setiap wajah yang ada di depan mata aku.. pandang kiri.. pandang kanan.. gerak perlahan-lahan dalam sehingga aku dah tak boleh nak bergerak lagi dah.. aku mula dihalang oleh tubuh manusia..

sampai di Stesen Universiti, agak banyak juga orang turun.. di kesempatan ini aku pun mula bergerak lagi menuju ke ruangan lain dalam LRT.. aku pasti yang dia ada dalam LRT ini.. dan ia memang betul..

aku berhenti.. tersenyum apabila melihat si dia yang kini berada di depan mataku.. si dia sedang berdiri sambil berpaut pada tiang.. tunduk sambil dia bermain dengan handphone.. jeling-jeling.. iPhone rasanya.. iPhone 5 ke 4?? melihat kehadirannya di depan mata sudah cukup membuatkan aku berasa berpuas hati..

hatiku mula tergelak-gelak kecil

persistent giler lah aku ni kan.. sanggup pula buat macam ni semata-mata nak skodeng orang.. bahaya betul aku ni.. bahaya!! hahahaha

tersenyum, aku terus memandang dia dari jauh..

hari ini dia memakai baju kameja hitam, bertali leher merah gelap.. 




Day 15 : Wednesday, 30 May 2013

hari ini, aku mula sedar yang aku punyai satu hobi yang baru.. setiap kali lepas balik kerja adalah saat yang mengujakan.. setiap kali aku berdiri menunggu LRT untuk pulang ke rumah adalah satu perkara yang mengujakan.. hatiku mula sentiasa berdebar-debar.. aku tak sangka bahawa sekarang menaiki adalah perkara yang buat aku penuh teruja.. semuanya hanya semata-mata untuk melihat si dia.. lelaki yang aku sendiri pun tak kenal.. mungkin nampak aku ini sudah giler.. tapi hakikatnya begitu lah.. mungkin aku ini sudah hilang kewarasan hanya kerana mahu melihat seorang lelaki yang asing bagi diriku.. katakan lah apa sahaja, kerana hal ini telah pun berlaku pada diriku..

di ruangan menunggu, aku sudah tak sabar untuk menanti kehadiran LRT.. sekarang aku sudah tahu yang dia akan naik LRT dari KL Sentral.. dan mengikut jangkaan aku, dalam pukul 5.00 petang macam tu si dia pasti akan berada di KL Sentral menunggu LRT.. tapi masalah nya sekarang adalah aku tidak boleh nak pastikan bila dia akan berada di KL Sentral dalam tempoh pukul 5.00 petang itu.. mungkin jadi pukul 5.15, tak pun 5.30.. aku tahu semuanya tidak akan tetap..

tapi untuk hari ini, aku sudah pun bersedia.. aku teringin mahu melihat dirinya lagi.. kerana itu aku patut awal bertindak..

sampai sahaja LRT, aku terus masuk lalu bergerak lah LRT menuju ke KL Sentral.. pintu dibuka, aku cepat-cepat keluar dari LRT.. berdiri, aku tidak turun ke bawah, tapi masih lagi berada di ruangan menunggu.. aku tahu dia akan datang nanti.. jadi kerana itu aku patut tunggu dirinya datang..

berdiri di satu sudut, aku menjeling-jeling ke arah escalator kalau-kalau akan kelihatan kelibat dirinya.. datang lagi sebuah LRT, orang ramai mula berpusu-pusu masuk.. tapi aku biarkan sahaja.. aku mahu menunggu lelaki itu.. jika dia masuk, aku akan masuk.. LRT pun mula meninggalkan KL Sentral.. mataku masih lagi memandang pada eskalator..

mana dia ni? mana??

aku melihat jam pada telefon bimbit aku.. jam menunjukkan pukul 5.23 petang.. namun si dia masih jua belum muncul-muncul..

sabar okay.. sabar...

kesabaran berbaloi, mataku terus dapat melihat kehadirannya yang mula datang dari eskalator.. terus gembira hati aku..

itu pun dia! itu pun dia!!

aku tergelak kecil.. dia berdiri di satu sudut menanti ketibaan LRT.. aku pula bediri dari jauh melihat dirinya.. entah kenapa aku mula berasa malu-malu.. padahal bukannya dia melihat aku pun.. kenapa pula aku nak malu pula?

LRT mula sampai.. pintu dibuka.. si dia mula masuk ke dalam.. dari belakang, aku mula mengkori dirinya.. masuk dan terus masuk.. mencari kelibat dirinya dari himpunan tubuh manusia dalam LRT.. aku pandang, dia berada di sebelah kiriku.. berdiri sambil tangannya berpaut pada pemaut, aku perhatikan dirinya dari jarak lebih kurang dua meter.. dapat aku perhatikan wajahnya dengan jelas..

aku tersenyum.. puas sebab dapat melihat dirinya lagi.. dia kelihatan tenang dan bersahaja.. tali lehernya kelihatan telah dilonggarkan sedikit.. pandang pandang dan aku terus menjeling di sebalik himpunan tubuh manusia.. sesekali aku teragak-agak untuk terus menatap dirinya kerana aku khuatir jika dia akan sedar tentang aku yang memerhatikan dirinya..

pada hari ini, dia memakai baju kemeja biru lembut, dan bertali leher biru gelap..




Day 16 : Thursday, 31 May 2013

entah kenapa aku mula memikirkan mengenai apa yang telah aku lakukan.. semalam, sebelum aku mahu tidur, di minda aku terfikir-fikir mengenai adakah apa yang aku buat kebelakangan sesuatu yang rasional ataupun sesuatu obsesi? entah kenapa mula muncul sedikit keraguan dengan apa yang aku telah buat.. aku tahu yang aku dah syok kat dia, tapi persoalannya kenapa pula aku nak syok kat dia? adakah hanya kerana dia seorang yang hensem? kalau begitu, aku suka pada dirinya hanya lah disebabkan faktor luaran dirinya sahaja.. bagaimana pula mengenai personaliti dan sikap dalaman dirinya? dan lagi, aku baru je jumpa dia.. bukannya dah lama jumpa pun..

jangan tanya aku jika aku mengetahuinya, sebab saat ini yang aku tahu mengenai dirinya hanya sesuatu yang sangat sedikit.. dia bagaimana, adakah seorang yang baik? adakah orangnya pemarah, pendendam? aku tak tahu siapa dirinya, tapi kenapa pula aku nak syok pada dirinya?

aku tak pernah pula jadi macam ni.. tergila-gila pada seorang random stranger yang aku sendiri pun tak kenal dirinya siapa..

pada hari ini, berdiri menunggu kedatangan LRT di Stesen Pasar Seni, keraguan itu telah membuatkan aku mula teragak-agak untuk meneruskan untuk bertemu dengan dirinya lagi..

LRT datang.. pintu dibuka di depan mata.. aku telan liur.. masih lagi teragak-agak dengan tindakanku.. melangkah, akhirnya aku masuk juga ke dalam LRT.. pintu ditutup.. LRT mula bergerak ke KL Sentral.. pada saat ini hatiku mula berdebar-debar lagi.. sampai, pintu LRT dibuka..

keraguan datang.. tertanya-tanya patutkah aku teruskan semua ini? terdiam.. aku pejamkan mata.. akhirnya aku melangkah keluar jua dari LRT..

jadi aku putuskan untuk meneruskan 'kegilaan' ini?

mula tertanya-tanya pada hatiku.. memandang pada escalator, kelihatan dia mula datang.. semakin menghampiri, malah dia mula bergerak mendekati aku.. aku tersentak.. aku terus berdegup kencang.. semakin dekat.. akhirnya dia melintasi diriku..

kemudian...

harum... 

saat terhenti seketika..

dapat aku hidu satu bau haruman dari tubuhnya.. tubuhnya berbau harum.. aku pasti ia bukan minyak wangi sebarangan.. berdebar-debar hatiku.. namun kini hati mula menjadi tenang.. mataku terpejam.. menghidu bau haruman itu.. aku mula jadi tenang.. seakan dunia berhenti seketika.. masa terhenti.. hanya ada aku dan dia..

bau ini..

hatiku berbisik..

diri cuba menikmati wangian dari tubuh dirinya.. tenang aku rasakan..

menghirupkan nafas dalam.. mahu menikmati bau wangian itu secara total.. aku tahu yang diriku telah tergoda..

membuka mata semula, aku toleh pada dirinya yang telah melintasi diriku..

pada diri, aku mula berkata..

aku rasa, aku akan teruskan dengan 'kegilaan' ini..

tersenyum.. mataku terus memandang dirinya...

pada hari ini, dia memakai baju kemeja warna krim, tapi tidak memakai tali leher pula..




Day 34 : Tuesday, 18 June 2013

aku kira-kira, sudah lebih sebulan sejak pertemuan kali pertama aku temukan lelaki itu.. dan dalam tempoh ini, hobi aku untuk memerhatikan si dia sudah mula menjadi satu kebiasaan.. Selasa, Rabu, Khamis.. hari ketika aku berkerja pada shirt siang.. pada hari-hari ini adalah hari yang aku gunakan untuk memerhatikan dirinya.. aku perhatikan, memang si dia akan berada di KL Sentral dalam tempoh bermula dari pukul 5.00 petang.. dan pada saat-saat ini, aku akan segera bergegas menaiki LRT dari Pasar Seni ke KL Sentral untuk menunggu kehadiran si dia.. dan memang benar, dia akan berada di KL Sentral dalam tempoh itu.. walaupun kadang-kadang dia akan datang lewat.. pernah sekali itu aku menunggu sehingga pukul 5.45 petang hanya kerana untuk menanti dia akan datang..

tapi kadang-kadang dia tidak datang juga.. biar pun aku menunggu sehingga pukul 6.00 petang, tapi kelibat dirinya tidak kelihatan juga.. lalu aku putuskan untuk terus pulang tanpa menunggu dirinya.. aku tahu, dia mungkin sahaja boleh pergi ke tempat lain untuk jalan-jalan dahulu sebelum pulang.. jadi, aku akan menunggu dirinya sehingga lah pukul 6.00 petang, jika dia tidak ada, baru lah aku akan pulang bersendirian, biar pun hati berasa sedikit hampa..

saat ini, aku sedang berada di KL Sentral menunggu kehadiran si dia.. menunggu dan terus menunggu.. sabar aku tetap juga bersabar.. jam menunjukkan pukul 5.18 petang.. terpandang-pandang dari jauh melihat kalau-kalau si dia akan datang dari eskalator.. sudah banyak LRT yang datang dan pergi.. tapi aku biarkan sahaja.. aku hanya akan masuk, hanya bila dia masuk..

pukul 5.20 petang, tersenyum, aku mula terlihat si dia mula naik di ruangan menunggu.. hatiku puas.. aku tidak tahu yang kenapa aku tidak bosan menunggu dirinya.. melihat dirinya telah cukup membuatkan aku berasa puas..

LRT mula datang.. pintu dibuka.. aku biarkan dahulu dia masuk, kemudian aku ekori dari belakang.. dan ini lah yang mula jadi rutin aku yang terbaru.. menunggu si dia.. menunggu untuk bersama-sama naik satu LRT yang sama dalam perjalanan untuk mahu pulang..

pada hari ini aku perhatikan, dia memangkai baju kameja biru gelap bersama tali leher hitam..




Day 43 : Thursday, 27 June 2013

bila aku fikirkan semula, sudah dapat aku menghafal baju apa yang dia pakai.. aku sudah biasa memerhatikan dirinya dengan penuh teliti.. apa yang dia pakai, aku rasa aku sudah boleh hafal.. dia akan memakai baju kameja yang akan bewarna seperti ini, biru gelap, warna krim, biru lembut, hitam, biru, kelabu gelap dan juga putih.. koleksi tali lehernya pula adalah yang berwarna kelabu gelap, hitam, merah gelap dan biru gelap.. tentu lah tali leher tu tidak hanya sekadar satu warna sahaja, ada juga corak-corak yang lain.. tapi aku hanya sebut warna yang dominan..

aku gelak-gelak dalam hati.. gelak sebab aku begitu teliti sehingga boleh menghafal warna baju yang dia miliki.. handphone yang dia pakai aku sudah pasti ia adalah iPhone 5.. but aku rasa yang aku masih banyak benda yang masih tidak tahu mengenai dirinya.. (tentu lah banyak yang still tak tahu.. kalau just skodeng-skodeng macam mana nak tahu?).. sesuatu yang penting.. nama.. siapa nama si dia? pernah hari itu aku cuba-cuba curi dengar sewaktu dia sedang berbual guna handphone, kalau-kalau dia ada sebut nama nya.. tapi setakat ini, memang aku still tak tahu lagi lah nama si dia.. dan aku rasakan ini adalah satu kekurangan yang yang sangat besar.. nama.. aku perlu tahu, apa nama dia..



Day 49 : Wednesday, 3 July 2013

berdiri menunggu ketibaan LRT.. si dia berada lebih kurang empat meter di sebelah kananku.. sedang berdiri sambil tangannya dimasukkan dalam poket seluar.. dia masih lagi kelihatan hensem biarpun sudah banyak kali aku memerhatikan dirinya.. aku rasa, mungkin dia sudah menjadi seorang yang paling hensem di mata aku.. biar pun pada waktu kerja, ada datang beberapa pelanggan hensem di kedai tempat aku bekerja, tapi sekarang aku pandang mereka seperti biasa-biasa sahaja.. tiada lagi perasaan teruja.. dan perasaan teruja itu hanya untuk si dia.. kini hanya melihat dirinya yang boleh buat aku berasa teruja..

aku mengambil Samsung Galaxy Note 2 aku.. mula teragak-agak.. aku halakan pada dirinya.. ragu-ragu, entah kenapa aku mula memberanikan diri untuk mengambil gambar si dia.. dan saat itu jadi kali pertama aku mengambil gambarnya secara curi-curi.. aku malu, tapi aku mula tergelak dalam hati.. sekarang aku sudah mula buat begitu padanya.. curi-curi ambil gambar.. aku takut.. mungkin sebab ini kali pertama.. tapi selapas itu, aku mula jadi berasa gembira.. dan aku pasti, ini bukan kali terakhir aku akan curi-curi ambil gambar si dia.. dan itu sudah semestinya...



Day 55 : Tuesday, 9 July 2013

dari jauh aku memerhatikan dirinya yang sedang duduk menunggu ketibaan LRT.. dia sedang membaca sesuatu.. dari jarak lebih kurang lima meter darinya, agak sukar untuk aku mengenal pasti apa yang sedang dibacanya.. tapi yang aku boleh pastikan adalah, wajahnya khusyuk membaca buku itu.. hal ini membuatkan aku mula menjadi serba ingin tahu buku apakah yang dibacanya itu.. namun, tiba-tiba LRT telah pun sampai.. aku sangka, dia pasti akan berhenti membaca untuk segera masuk ke dalam LRT..

orang ramai telah pun berlumba-lumba berebut masuk.. tapi aku hanya akan masuk sekiranya dia masuk.. tapi aku pelik, dia masih juga tidak berganjak dari tempat duduknya.. aku pandang dia lagi, masih lagi khusyuk terus membaca tanpa menghiraukan ketibaan LRT itu.. jadi aku pun terus berdiri juga membiarkan orang ramai yang berpusu-pusu untuk masuk LRT.. pintu ditutup, lalu LRT mula meninggalkan Stesen KL Sentral.. dia pula masih lagi duduk khusyuk membaca..

lalu aku mula melangkah sedikit.. sedikit demi sedikit menghampiri dirinya.. tapi aku tidak memandang terus pada dirinya.. takut-takut kalau dia akan perasan nanti.. sesekali aku ada juga menjeling pada dirinya.. mula hampir, aku berada dua meter di sebelah kanannya.. aku pandang, wajah tunduk menghadap pada buku itu..

apa benda itu?

aku mula tertanya-tanya..

eh.. eh.. macam komik!

aku berkerut dahi, cuba memastikan jika benar apa yang aku nampak.. memang jelas, dari cover buku itu menunjukkan ia adalah senaskah komik..

oh.. paradoks nya... 

bisik hatiku...

dia langsung tak nampak seperti seorang yang akan baca komik.. umur aku jangka dalam lingkungan 27 or 28 tahun.. muka maskulin.. macho.. nampak matang.. tapi dia sedang membaca komik??

sesuatu yang bertentangan..

tapi komik apa tu? komik dari keluaran MARVEL kah?

lalu aku hulurkan telefon bimbit aku.. lantas terus curi-curi mengambil gambar si dia.. pada saat itu juga LRT seterusnya datang.. terus dia berhenti membaca lagi bangun bersedia untuk masuk.. orang ramai keluar, yang sedang menunggu kemudiannya terus berasak-asak untuk masuk.. aku pun masuk juga.. masuk di ruangan LRT yang sama dengan dirinya..

pintu ditutup.. dari dalam LRT, aku lihat semula hasil gambar aku tadi.. aku cuba lihat pada komik yang dibacanya itu.. aku zoom, nak tengok tajuk komik itu.. zoom dan terus zoom.. kurang jelas, tapi aku boleh sedikit sebanyak boleh lihat cover komik itu beserta dengan tajuk nya..

komik apa ini??

aku mula tertanya-tanya...



Day 60 : Sunday, 14 July 2013

pada waktu malam.. di dalam bilik rumah sewa.. hari ini dah masuk bulan puasa.. aku tak solat terawih.. hehehe.. okay.. aku jawab jujur je lah kan.. tapi solat yang lain aku tak tinggal kan lah..

"wei, ko baca apa benda tu?" tiba-tiba roommate aku, Fahmi bertanya..

berbaring di atas katil sambil membaca sebuah komik, aku tidak hiraukan soalan dari Fahmi.. masih khusyuk membaca komik yang aku beli pada siang tadi.. puas aku cari di kedai-kedai buku yang besar.. aku ada pergi ke 1 Utama.. aku singgah ke kedai Popular dan MPH nak cari sebuah komik.. akhirnya aku menemukan ia di kedai MPH..

"ko baca komik ek??" tanya Fahmi lagi..

"ha ah.." aku jawab ringkas sambil mataku menghadap pada komik..

"komik apa? nak tengok jap.." Fahmi cuba rampas komik itu dari tangan aku..

aku halang.. aku tatap mata Fahmi tajam.. sedikit berasa marah..

"aku tengah membaca lah.. ko, jangan lah kacau.." tegas aku..

"wow.. wow.. garangnya! takut aku.. hahaha.. kedekut lah ko ni! aku nak tahu tajuk je pun!"

meluat.. aku pandang wajah Fahmi..

"nah! tengok.." aku beri komik tu, sedikit kasar..

Fahmi ambil.. dia pun tengok-tengok cover komik itu.. tajuknya 'Le. Gardenie'.. tertanya-tanya, mula ingin tahu, Fahmi mula menyelak-nyelak setiap lembaran komik itu.. dia baca sedikit..

"ni komik drama-drama ni.. sejak bila pula ko suka baca benda macam ni? aku ingat ko minat yang aksi-aksi je, lawan-lawan or gaduh-gaduh macam Naruto or One Piece ke.. apa angin ko tiba-tiba baca komik genre macam ni?" Fahmi dah mula ingin tahu..

"aku baca sebab 'si dia' baca komik ni.." jawab aku..

"eh.. eh.. aku rasa aku macam terdengar sesuatu yang interesting.. apa maksud ko dengan 'si dia' tu??" Fahmi dah mula tersengih memandang wajah aku..

"ops!" aku jawab ringkas... terlepas cakap lah pula.. terus muka jadi merah..

"haaahhhh.. aku rasa aku dah boleh agak dah.. ko nak cakap aku ke tak? baik ko cakap kat aku.." Fahmi masih lagi tersengih-sengih..

aku hanya diam.. malu... Fahmi terus desak aku.. desak dan terus mendesak.. aku hanya tersenyum malu-malu..

ha ah lah.. aku pun tak sangka aku akan layan komik macam ni.. maybe sebab aku tengok dia baca komik ni, nampak khusyuk membaca pada tempoh hari, jadi aku pun mula curious nak tahu apa benda yang dia baca.. aku rasa, dia suka komik.. sebab hari tu nampak khusyuk je.. seriously cakap, aku memang takde lah minat benda-benda drama ni macam drama kat TV ke tak pun novel or komik.. aku suka yang aksi-aksi je.. lawan-lawan..

but aku baca komik ni actually komik ni best juga sebenarnya.. ke sebab ia best sebab si dia baca komik ni??

orangnya nampak matang.. macho.. maskulin.. memang kita tak akan sangka dia akan baca benda-benda macam ni.. ye lah.. mungkin nampak macam kebudak-budakan sedikit.. sebab itu aku kata ia adalah satu paradoks..

tapi, bila aku fikirkan semula, untuk orang yang seperti dia, boleh baca benda yang kita tak sangka dia akan baca seperti komik.. entah kenapa aku mula rasakan.. yang dia ni.. sebenarnya.. orang yang sweet...

sweet juga dia ni sebenarnya...

aku tersenyum..



Day 69 : Tuesday, 22 July 2013

pada waktu malam...

Putera : aku rasa kisah ko ni mcm citer satu manga jepun ni tajuk 'Midori no Hibi' (Hari-hari Midori/Midori's Days).. sbb kisah ko kan banyak berlaku di stesen LRT.. jd secret admirer semua.. so, mcm dlm permulaan citer Midori no Hibi tu. watak utama, Midori syok kat seorang lelaki ni, Seiji namanya.. kiranya awal2 tu si Midori mcm jd secret admirer si Seiji ni lah.. and then, Midori ni pula pd permulaan cerita suka skodeng Seiji pun d stesen LRT.. lebih kurang mcm kisah ko juga lah..

aku baca mesej itu.. saat ini aku sedang berbual dengan seorang lelaki di Planet Romeo.. nama lelaki tu Putera Mahkota.. tapi itu tentu lah bukan nama sebenar dia.. katanya, just panggil je Putera.. discreet kononnya.. hahahaha..

(#note : Planet Romeo merujuk kepada laman sosial khusus untuk golongan 'lelaki yang suka lelaki')

lalu, aku pun taip-taip nak balas mesej itu..

Aku : but ko rasa mcm mana tentang kes aku ni? mksud aku, suka pd orang yg actually ko sndiri pun x kenal.. terkejar-kejar.. ternanti-nanti.. skodeng semua.. kdg2 aku rasa yg aku ni mcm buat benda yg x elok je.. mcm satu obsesi..

Putera : honestly, mungkin satu obsesi lah kot.. tp aku rasa klu org yg jatuh cinta ni byk cara mereka nk express perasaan cinta mereka tu.. and mungkin ko mcm terlebih sikit lh kot.. hihihi.. but ko xde lh susah kn sesiapa pun.. for me benda ni mcm normal je.. byk org sbnrnya pernah jd seorang secret admirer.. tp cara je berbeza..

Aku : nk tanya lah.. apa pendapat ko tentang hal ni.. aku ada terfikirkan satu perkara.. kalau difikirkan semula, aku start suka kat dia pun based on paras rupa.. so, benda ni actually mcm buat aku tertanya-tanya gak.. kalau-kalau aku ni just suka dia sbb dia hensem.. boleh kh ini dinamakan cinta?

Putera : hurmm.. bergantung pd org gak.. kita start jatuh cinta ni dgn cara berbeza.. ada yg start dgn dia suka kat org tu sbb dia hensem or cantik.. ada pula tersentuh hati dgn perangai org tu.. ada pula mula jatuh cinta bila dia kena selamatkn oleh seseorang.. for me, takde masalah tentang bagaimana kita start jatuh cinta tu.. based on paras rupa dulu ke, or peribadi org tu dulu.. even dlm kbykan drama pun dorg start jatuh cinta based on paras rupa gak.. but lama-lama, cinta tu jd 'true love' gak.. klu sama2 saling mencintai.. but aku nk tanya something lh.. ko rasa dia mcm mana?

Aku : mcm mana apa yg ko mksdkn?

Putera : ko rasa dia tu straight ke tak? ko tentu suka kat dia kn.. so, aku rasa ni satu soalan yg penting gak..

aku terdiam.. kemudian aku pun balas semula..

Aku : actually aku pun pernah fikirkan hal ni.. and aku pun sbnrnya keliru gak.. sbb aku tak tahu sgt tentang dia.. and lagi pun aku takut nk tegur dia..

Putera : tu lah.. kalau dia 'bengkok'.. maybe ko ada peluang lh kot nanti.. tp klu dia tu straight, aku harap xde lh usaha nk 'membengkokkan' org lain.. aku x rasa itu sesuatu yg baik.. just my personal opinion..

aku terdiam.. mula memikirkan tentang perkara ini..




(bersambung...)






# nantikan part final nanti pada part 3 yang akan datang.. pendek je cerita ni..

# citer ni memang based on true story tp actually banyak juga yg diubah2.. contonhnya,

-- setting : LRT dari Pasar Seni ke Kelana Jaya, or senang kata guna LRT Kelana Jaya Line..
-- but true story sebenarnya bukan di antara LRT Kelana Jaya  Line.. tapi LRT Ampang Line..


# memang dalam citer tu si jejaka tu ada baca satu komik ni, tapi sebenarnya aku pun tak tahu dia baca komik apa.. aku sesaje je tambah2 nak sedapkan cerita.. hahaha

Saturday, 1 February 2014

The Secret Admirer (Part 1)




(berdasarkan kisah sebenar yang diolah semula mengikut imaginasi penulis..)





'The Secret Admirer'








Prologue : The Random Strangers

nama aku Ashraf.. berumur 23 tahun.. ketinggian 175, berat pula dalam 65 kg.. bentuk badan yang still ideal.. nak kata bermuscle-muscle ke takde lah sangat.. tapi takde lah perut buncit ke apa.. senang kata just okay lah.. manis dipandang kata orang.. hihihi..  tona kulit pula bagi aku just biasa-biasa je.. tapi orang selalu kata yang aku ni jenis yang berkulit cerah.. but i think kalau kulit cerah ke tak tu, maybe sebab aku ni nampak berkulit cerah untuk seorang lelaki.. ye lah.. lelaki kan usually macam a bit darker sikit banding dengan perempuan.. so, kalau aku dengan geng lain, yang lelaki lah.. nampak lah aku paling cerah kot.. yang lain macam just tipikal kulit melayu.. aku pula, putih-putih melayu.. so takde lah 'fair' sangat banding dengan cina.. pasal rupa? hensem ke tak hensem?? okay lah.. just average kata orang.. senang kata just sweet lah kot.. sedang-sedang sahaja.. hahaha.. 

aku ni bukan budak pandai.. takde lah macam kawan lain yang boleh terus sambung study kat uni semua.. aku pula just sangkut kat Tingkatan 6 je.. then nak sambung study payah, sebab keputusan STPM tak berapa nak bagus sangat.. so, aku decide lepas je aku habis STPM, aku kerja dengan pakcik aku yang ada jual barangan kraf tangan di Central Market kat KL tu.. oh well.. maybe aku ni otak tak genius kot, tapi dari segi pratikal, kreatif ke tak kreatif, aku ni suka pula or nak kata agak handal gak nak buat barangan kraft negara ni.. aku pandai nak ukir-ukir kayu dan buat batik.. maybe kelebihan aku kat sana lah kot.. so, sebab tu lah aku kerja dengan pakcik aku.. bantu perniagaan dia kat Central Market tu.. design-design kat kedai pakcik aku tu banyak hasil design aku gak sebenarnya.. so, senang kata, aku dah mula start kerja kat Central Market tu sejak aku tamat STPM sampai lah aku cecah 23 tahun.. most of the time, hidup aku dihabiskan kat Central Market je lah.. dah nama tempat kerja kan... memang lah.. but aku suka je dengan kerja aku tu.. nak tahu antara alasan kenapa aku suka kerja kat sana?? sebab senang nak usha-usha orang.. hahaha.. aku ni dah jumpa dengan pelbagai pelanggan.. datang dari seluruh pelusuk dunia yang berkujung untuk cuti-cuti Malaysia.. Central Market kan tempat tourist attraction.. so, banyak juga lah aku jumpa mat salleh hensem semua.. japanese, korean, indian or sebut-sebut mana-mana bangsa je yang hensem-hensem datang kat kedai pakcik aku.. kadang-kadang aku ni cair gak kalau tengok mamat hensem masuk kedai.. mata ni nak skodeng je.. hihihi.. aku tahu kerja kat tempat macam ni actually boring.. just tunggu and jaga kedai je kan.. actually boring gak lah.. so, perkara-perkara macam ni je lah yang hiburkan hati.. bila mamat hensem datang ke kedai.. hahahaha.. kadang-kadang aku angau gak.. fikir best nya kalau mamat hensem ni jadi BF aku.. but aku tahu benda ni macam merepek.. sebab usually kita just aku pernah tengok orang tu sekali je.. lepas tu dah tak tengok lagi dah.. orang kata macam ungkapan 'kita datang, dan pergi..' 

pernah tak bila kita jumpa satu mamat ni.. kita tiba-tiba syok kat orang tu.. tapi mamat ni macam seorang random strangers yang kita jumpai kat mana-mana je.. kita jumpa orang tu saat tu, lepas tu kita dah tak kan pernah jumpa lagi dah dengan orang tu.. so, maksudnya orang tu just muncul dalam beberapa minit je dalam hidup kita.. lepas tu tak jumpa lagi.. but sometime, aku macam pernah teringin gak, fikir aku wish lah kalau aku boleh jumpa mamat tu untuk kali kedua.. orang kata, kalau dah ada takdir, ada lah pertemuan semula.. but aku jamin sebanyak lebih dari 90% memang dah tak pernah jumpa lagi dengan mamat random strangers ni... aku ni pelik.. aku ni selalu je suka pada seorang random stranger je kat hidup aku.. orang yang datang dalam hidup kita just untuk beberapa minit je.. lepas tu memang takkan pernah jumpa lagi dah.. that's why aku tak ambil berat sangat pasal perasaan suka kat seseorang yang random strangers ni.. sebab mereka just datang dan pergi.. but aku takleh nak nafikan, yang aku berharap yang aku akan jumpa a random strangers (yang aku suka) for the second times.. kalau jadi macam tu, maybe lah itu yang dinamakan sebagai takdir..



Day 1 : Wednesday, 15 May 2013

"ada yang boleh saya bantu?" tanya aku.

lelaki tu sedang memandang pada beberapa koleksi lukisan batik dalam kedai pakcik aku.. belek-belek, cari beberapa corak yang disukainya.. semua lukisan batik itu dilukis pada helaian kain putih yang dipotong empat segi khas untuk dibingkaikan.. pelbagai jenis lukisan yang ada.. pemandangan, bentuk haiwan, organik mahu pun sesuatu yang geometri, ada banyak pilihan yang boleh dipilih..

"cantik lah.. but it's quite expensive.." kata pelanggan tu tanpa melihat wajah aku.. matanya asyik memandang pada lukisan batik tu..

dalam hati aku berkata, 'of course lah mahal.. dah nama kraft buatan tangan kan.. hand made kot.. perlu banyak skill nak buat ni.. hihihi'

aku just tersenyum tak berkata apa-apa sebab benda tu sudah jadi sesuatu yang biasa aku dengar.. kata mahal lah.. mahal tapi berkualiti okay!!

lelaki itu belek-belek lagi.. terpegun dengan kecantikkan lukisan batik (hasil kerja tangan aku) itu.. memang boleh dijadikan satu cendera mata yang esklusif dan bergaya.. dia belek lagi.. belek dan belek..

"actually, kita orang ada banyak lagi pattern yang menarik.. yang penting dengan harga yang lebih murah.. tapi dalam saiz yang lebih murah.. nak tengok?" tanya aku..

pelanggan lelaki itu teruja.. "sure.. sudah tentu" katanya.. so, aku pun terus lah ambil beberapa lukisan yang lain.. tinggalkan pelanggan tu seketika

baru je aku berpatah semula, aku tengok pelanggan tadi dah ada seorang teman dah.. kawan seorang lelaki gak.. entah kenapa aku macam berkerut dahi seketika.. mata aku tertumpu pada kawan dia itu.. macam hensem je.. bisik hati aku.. hahaha.. dah mula dah gatalnya..

datang, lalu aku pun tunjukkan kan corak-corak yang lebih murah tu..

"wah.. yang ni pun cantik juga!" si lelaki tu teruja..

aku tersenyum bila pelanggan aku macam impress tengok hasil kerja aku.. sesekali aku cuba nak menjeling pada kawan dia yang berada di sebelah kanan.. aku masih belum dapat lagi melihat wajahnya dengan sepenuhnya sebab dia sedang menjenguk ke arah lukisan batik itu..

mereka pun masih belek dan membelek nak cari lukisan batik yang disukai.. aku pula masih nak terjeling-jeling pada mamat sebelah kanan tu.. susah pula nak pandang wajah dia ni.. asyik pandang kat bawah je.. aku sedikit merungut..

"so, macam mana? nak beli ke tak," mamat kat kanan tu mula bertanya pada kawannya yang nak beli lukisan batik tu..

eh.. eh.. suara sweet lah.. suara jantan.. takde lah kasar sangat.. tapi boleh lah mencairkan hati aku bila mendengarnya.. hahaha.. aku mula tersenyum sikit.. 

"hmmmm... tengah fikir lah ni.." kawannya mula membuat keputusan.. "but teringin sangat nak beli kan lukisan batik ni untuk my girlfriend.. dia memang suka benda kreatif macam ni.."

"so? ko takkan datang KL lagi dah lepas ni.. tak lama lagi dah nak balik Johor kan? so, decide lah sekarang kalau nak beli.." mamat di kanan tu berkata lagi..

"okay.. okay.. aku akan beli.. ermmm... yang ni okay.. yang ni.." terus lelaki itu tunjukkan aku pada sebuah lukisan batik corak pemandangan KL yang abstrak..

aku ambil.. kemudian aku bukus baik-baik.. selesai sahaja bila dah dibayar semua, dengan senyuman mesra aku pun hulurkan semula lukisan tu pada si pembeli.. 

"terima kasih.. sila datang lagi.." kata aku

kedua-dua mereka tersenyum.. sempat aku menjeling ke arah mamat yang aku nak skodeng rupa dia tu.. tersentak dalam hati seketika.. wah.. memang taste aku ni.. sweet je rupa.. hensem.. bisik hati aku mula mengada-ngada.. hahaha..

selesai urusan membeli, kedua-dua mereka mula beredar meninggalkan kedai.. dari belakang, aku hanya memerhatikan mamat yang hensem tu berlalu.. pandang-pandang.. apabila mereka semakin jauh, mula hilang dari pandangan aku, hati aku sedikit mengeluh..

oh well.. another handsome random stranger.. bisik hati aku..

beberapa minit, mereka datang seketika, kemudian berlalu pergi dari memori..


*          *          *


pukul 5.00 petang.. kebiasaanya masa ini aku akan dah start nak balik ke rumah aku kat Kelana Jaya.. kedai pakcik aku sebenarnya still buka gak pada waktu malam.. tapi shift aku biasanya waktu siang.. so, aku memang akan balik petang pada hari ini lah.. sebab kerja shift siang.. berjalan kaki je nak pergi ke stesen LRT Pasar Seni.. sebab dekat je kan.. senang.. best pula kerja dekat-dekat LRT ni.. balik rumah nanti pun rumah dekat-dekat stesen LRT Kelana Jaya gak.. but kena jalan kaki jauh sikit lah..

sampai je kat stesen LRT, imbas kad RapidKL tu lalu aku pun bergerak naik ke bahagian atas tempat nak tunggu LRT.. ramai orang wei kat atas.. penuh orang yang baru je lepas habis kerja.. aku plan nya nak duduk pun tak jadi sebab kerusi semua habis kena conquer.. so, tak leh buat apa.. berdiri je lah.. tapi takpe.. LRT boleh tunggu kejap je.. tak macam KTM.. lambat giler!! jadi kena bersabar je lah menunggu train seterusnya.. 

aku berdiri kat sebelah tiang sambil main handphone.. main game of course!! hahaha.. okay.. aku guna Samsung Galaxy Note 2 je.. (JEE??) aku suka handphone skrin besar-besar ni.. syok kalau nak main game.. aku main apa, aku main apa?? hahahaha.. main game Pokemon Black & White.. hahaha.. jiwa still kanak-kanak Ribena gitew.. hihihi.. sekarang memang boleh kot main game Pokemon kat smartphone.. tak kisah lah orang nak kata apa.. janji aku syok main.. aku still tersangkut nak lawan Pokemon Champion tu.. yang Elite Four tu aku dah boleh tewaskan dah.. pandang skrin.. tekan-tekan pada skrin.. tiba-tiba Train dah nak datang dah.. cepat-cepat aku tutup game.. kena pantas ni.. orang ramai.. memang sardin lah kat dalam LRT nanti.. so, apa lagi?? kena jalan cepat-cepat.. 

serang!!

yeaahhhh!! (berasak kiri, berasak kanan)

errghhhh!!! (bersempit-sempit kiri, bersempit-sempit kanan)

then.. fuhh!! selamat.. dapat juga menyelit kat dalam LRT biar pun punya lah sardin kat dalam ni.. pandang kiri, pandang kanan.. jadi aku pun kena berdiri.. tempat duduk dah semua kena conquer.. then, train pun mula bergerak.. disebabkan faktor inertia, badan aku sedikit terundur ke belakang.. cepat-cepat aku berpaut pada tiang takut jatuh nanti.. 

'stesen berikutnya, KL Sentral.. next station, KL Sentral..'

kedengaran suara pengumunan.. sampai je kat KL Sentral, tentu lah akan banyak giler orang turut kat sini.. berebut-rebut manusia keluar, legang sedikit kat dalam LRT... tapi tentu juga kalau dah kat KL Sentral akan ramai juga orang yang nak masuk.. so, sekejap mata je dah penuh semula kat dalam LRT.. aku nak rebut kerusi pun dah tak sempat.. actually aku kesian gak kat makcik or pakcik yang tak larat.. so better tempat tu untuk mereka je.. walaupun aku ni dari Pasar Seni nak ke Kelana Jaya.. jauh juga tu.. sabar je lah wei.. nanti-nanti kurang lah orang dalam LRT..

berdiri dan terus berdiri.. 

sampai dah ke Stesen Taman Jaya kat dalam LRT dah kurang sikit.. cepat-cepat aku ambil tempat duduk.. hahaha.. dah legang sikit.. boleh lah nak duduk-duduk.. rileks-rileks jap.. renggangkan kaki jap yang letih berdiri.. fuhh!! sedapnye rasa badan boleh rileks-rileks.. nak buat apa ye? nak buat apa ye?? aku mula fikir nak buat apa..

nak main game ke tak? nak main game ke tak? ermmm.. nanti lah kot.. jadi, aku hanya duduk je kat kerusi sambil jeling kat depan.. padang depan.. ada makcik india duduk dengan husband dia (eh eh.. betul ke husband.. pandai-pandai je aku ni.. hahahaha) pandang kanan.. ermm.. banyak orang.. so tak leh nak describe satu persatu macam mana.. pandang kiri pun ramai orang.. jeling-jeling, ada juga lah beberapa orang yang tengah berdiri.. ambil nafas jap.. then aku pun mula pandang skrin telefon aku semula.. sebenarnya tak tahu nak buat apa pun.. pandang skrin, just pandang-pandang je..

'stesen berikutnya, Taman Paramount.. next station, Taman Paramount..'

kedengaran lagi pengumunan.. train berhenti.. yang nak turun kat stesen ni pun mula keluar.. beberapa minit lepas tu, pintu pun ditutup semula.. perlahan-lahan train nak bergerak semula, aku just pandang-pandang kat luar tingkap.. mata aku kuyu sebab letih sebenarnya.. LRT mula nak menjauhi Stesen Taman Paramount.. tiba-tiba ada sesuatu yang menarik perhatian aku di luar sana.. aku pandang-pandang nak pastikan betul ke tak apa yang aku nampak tu.. aku seakan hendak berdiri sebab nak pastikan.. dan memang pasti, orang tu macam aku pernah nampak..

eh eh.. mamat hensem siang tadi lah.. 

bisik hati aku..

dia turun kat sini rupanya..

bisik hatiku lagi..

tak sangka wei boleh jumpa sekali lagi.. tak sangka boleh jumpa that random stranger yang hensem tu.. takdir ni wei! takdir ni wei!!

dan hatiku terus berbisik...




Day 2 : Thursday, 16 May 2013

pukul 6.00 petang.. aku sekarang berada di Stesen LRT Pasar Seni baru je lepas habis kerja.. hari ni pun aku kerja shift siang gak.. actually aku habis kerja pada pukul 5.00 petang.. tapi disebabkan ada hal yang jadi, my friend tiba-tiba je ajak untuk makan dulu dekat KFC yang berdekatan, so aku macam lewat sejam lah dari waktu usually aku akan pulang..

so, sekarang ni aku tengah nak menunggu train untuk balik semula ke Kelana Jaya.. seperti kebiasaanya, aku sedang bermain game Pokemon sementara nak menunggu ketibaan train.. tapi kali ni aku sedang duduk kat kerusi.. saat ni masih banyak juga orang yang sedang beratur untuk nak masuk LRT.. so, tunggu dan tunggu.. lalu datang lah train seterusnya..

seperti biasa, aku kena berasak-asak nak masuk LRT yang memang dah sempit tu.. memang sardin giler dalam tu.. ni yang malas ni.. sebenarnya aku tak suka giler nak bersempit-sempit ni.. bau peluh semua lah kan.. rimas.. tu lah.. kalau boleh aku akan balik lewat sikit dekat-dekat nak pukul 8 ke.. time tu LRT macam dah kurang sempit sikit.. tapi aku malas lah nak balik lewat sangat.. takut terlepas drama pukul 7 TV3 katanya.. hahaha.. (sebenarnya takde lah follow sangat drama tu.. hanya nak tengok pelakon utama yang hensem.. hahaha)

okay, aku dah masuk dah dalam LRT.. kena berdiri dulu.. nanti-nanti bila LRT dah mula nak clear, so, aku pun mula lah rebut tempat duduk.. selesanya duduk.. aku mula menyandarkan tubuhku.. rileks-rileks jap selepas penat berdiri.. letih.. rasa nak terlena pula..

'stesen berikutnya, Taman Paramount.. next station, Taman Paramount..'

bunyi pengumunan kedengaran.. terjaga dari hampir terlena.. tak perasan pula dah sampai Stesen Taman Paramount... dah nak dekat Kelana Jaya dah ni, bisik hati aku.. kena standby.. lalu LRT pun mula meninggalkan steset Taman Paramount.. hampir meninggalkan jauh, tiba-tiba hati aku mula berbisik..

di stesen ni lah mamat hensem hari tu turun.. agak-agak dia stay area kat sini tak?

pada saat ini, tak sangka pula aku mula teringatkan tentang mamat hensem tempoh hari.. boleh pula aku ingat tentang dia? ingatkan dah lupa dah..

ala.. lupakan je lah mamat tu.. kenapa pula aku nak ingat pasal dia?




Day 3 : Friday, 17 May 2013

aku kerja shift malam hari ni.. balik pukul 10.. kalau dah lewat ni memang kat stesen LRT tak ramai orang lah.. so, gelap-gelap, macam biasa aku still akan main game kat handphone aku dulu sambil-sambil nak tunggu train nak datang.. semalam aku dah berjaya kalah kan Pokemon Champion tu.. so, misi aku kali ni nak tangkap Legendary Pokemon pula.. but sebelum tu aku kena naik level pokemon aku dulu lah sebelum nak cabar Legendary Pokemon yang punya lah high level kan? main game and terus main game.. tak lama lepas tu, train pun datang.. jadi aku pun berjalan berlenggang sikit sebab kali ni tak payah nak berebut-rebut macam biasa.. masuk je ke dalam LRT, tengok konferm lah kat dalam banyak ruang kosong.. jadi aku pun duduk di kerusi lalu mula sambung main game semula..

main dan terus bermain..

dari satu stesen ke stesen yang lain mula ditinggalkan..

aku main dan terus main..

'stesen berikutnya, Taman Paramount.. next station, Taman Paramount..'

mula sampai ke Stesen LRT Taman Paramount.. entah kenapa perhatian aku hilang sekejap dari terus bermain game.. aku pandang pada luar LRT.. aku tatap pada papan tanda yang menyatakan nama stesen..

Stesen Taman Paramount..

entah kenapa, aku tersebut-sebut nama stesen itu..

hahaha.. aku tergelak dalam hati.. kenapa pula aku macam sedikit excited dengan stesen ni? sebelum ni tak pernah pun ambil peduli.. ke sebab mamat tempoh hari turun kat sini?? aku berfikir.. hurmmm...

well.. maybe dia juga adalah another random stranger yang hanya datang seketika, kemudian lepas tu dah tak pernah nampak lagi dah.. turun kat sini tak bermaksud dia stay area sini.. or akan turun kat stesen ni juga.. atau mungkin kali tu je kot je dia turun kat stesen ni.. lepas tu dah tak lagi dah..

anyway... kenapa pula aku nak ambil hirau pasal dia? okay, main game, terus lupa kan je.. lupa kan je..

terus sambung main game..




Day 4 : Saturday, 18 May 2013

aku kerja shift malam lagi.. seperti biasa, seperti rutin harian kebiasaan aku, pukul 10 baru balik ke rumah aku di Kelana Jaya.. dan seperti kebiasaan juga, kena naik LRT untuk nak ke Kelana Jaya.. duduk di dalam LRT yang agak legang pada waktu malam aku hanya duduk berseorangan termenung..

dari satu persatu stesen yang lain telah ditinggalkan.. dan kemudiannya..

'stesen berikutnya, Taman Paramount.. next station, Taman Paramount..'

kedengaran suara pengumunan..

I wish kalau boleh jumpa mamat tu lagi.. eh! eh! apasal aku fikir pasal ni lagi? sudah! lupa kan! lupa kan je..




Day 5 : Sunday, 19 May 2013

hari ni aku tak kerja.. cuti.. memang aku tak kerja hari ni.. pagi-pagi aku stay kat rumah sewa kat Kelana Jaya.. aku malas nak pergi KL hari ni.. tapi boring-boring di dalam rumah, member serumah ajak ke luar.. aku tanya nak pergi mana? kata nak pergi 1 Utama, tengok wayang malam nanti.. aku kata aku ON je.. tak kisah.. 

tapi kita orang pergi lewat sikit lah.. pergi 1 Utama dengan naik kereta member.. Rizal namanya.. member serumah aku ada empat orang, campur aku sekali lah.. aku, Rizal (yang ada kereta sendiri), Amir dan Fahmi.. siang sampai tengah hari aku takde buat apa-apa sangat.. just duduk kat bilik je.. aku ni kongsi bilik dengan Fahmi.. Fahmi ni kerja dekat-dekat Kelana Jaya.. kerja dekat Seven Eleven tu.. kami berdua ni memang tak macam budak lain, budak takde ijazah katakan.. sebaya dengan aku.. dan sama juga 'songsang' nya dengan aku.. hahahaha.. budak dua yang lain tu takde lah.. mereka straight je..

bila masa nya dah tiba, mula lah empat jejaka ini berjimba-jimba di 1 Utama.. berseronok.. melupakan hal yang lain..




Day 6 : Monday, 20 May 2013

aku kerja shift malam hari ni.. so, maksudnya, kalau ikut jadual aku, shift kerja malam aku start hari Jumaat, Sabtu dan Isnin.. Ahad aku tak kerja.. hari lain pula aku kerja waktu siang.. macam rutin kebiasaan aku, sepanjang hari kebanyakkannya aku habiskan masa di Central Market.. pagi tadi aku ada jalan-jalan di Bukit Bintang.. buat apa kat sana?? ada blind date dengan orang yang aku kenal dari FB.. orang tu PLU.. dah agak lama juga kita orang kenal di FB.. dia yang mula tegur aku dulu hantar mesej kat my FB.. aku layan je.. then kita orang berborak.. lama-lama jadi syok pula chat dengan dia.. tapi kau nak tahu, honestly aku macam ada pernah terdetik perasaan suka juga kat dia.. tapi aku tak nak ambil serius sangat.. just kenal di FB je kan.. tak kenal lagi orangnya macam mana...

(#note : PLU = People Like Us, kata lain merujuk golongan 'songsang' di Malaysia)

so, kita orang jumpa dekat depan pintu utama Pavilion. jumpa kena lah bersalam dulu.. then jadi malu-malu sikit.. biasa lah kalau rasa janggal time awal-awal jumpa.. orangnya okay.. dia takde lah hensem sangat.. just sweet kata orang.. so, kita orang jalan-jalan jap kat dalam Pavilion.. time ni macam malu-malu nak bertentang mata dan nak borak-borak.. but lama-lama tu mula okay lah.. 

takde apa sangat yang berlaku.. actually yang ni bukan kali pertama aku keluar date dengan orang (PLU) lain.. and tentu juga, jumpa just untuk nak kenal-kenal je.. date tak semestinya nak cari kapel.. so, maksudnya walaupun nak jumpa tu just untuk kenal-kenal je, my first impression I think lah, aku takkan anggap dia lebih dari sekadar kawan lah kot.. hihihi..

but lepas tengah hari aku kena masuk kerja semula.. kita orang berpisah dalam pukul 1.30 tengah hari.. so, seperti rutin kebiasaan aku, kena lah duduk jaga kedai layan-layan pelanggan.. and sudah tentu syok nak usha-usha orang yang lalu lalang dalam Central Market.. banyak juga yang hensem.. kena dengan taste aku.. tapi seperti another random strangers yang lain.. mereka datang dan pergi.. mereka hanya akan hadir dalam hidup kita cuma untuk beberapa minit sahaja.. lepas tu dah tak kan pernah jumpa lagi dah..

pukul 10 malam.. macam biasa, kena tunggu LRT di Stesen Pasar Seni kalau nak balik rumah.. masuk LRT aku duduk di kerusi.. rasa letih pula hari ni.. agak sedikit terlena.. dari satu stesen ke satu stesen yang lain.. akhirnya sampai lah tiba di Stesen Kelana Jaya.. dengan rasa lemah, aku pun melangkah keluar dari LRT dengan perlahan-lahan.. then balik rumah, terus tidur..

(pada hari ni takde pula aku teringat tentang Stesen Taman Paramount tu.. dah mula nak lupa kot..)




Day 7 : Tuesday, 21 May 2013

kerja shift pagi hari ni.. aku bangun sedikit lewat.. memang terkejar-kejar aku berlari nak pergi ke Stesen Kelana Jaya.. pagi-pagi memang sempit giler dalam LRT.. memang aku lewat sampai setengah jam pergi tempat kerja.. nasib baik boss aku pakcik aku sendiri kan.. so, takde lah nak bising-bising sangat..

takde apa yang berlaku sangat hari ni.. kerja macam biasa lah.. dalam nak pukul 5.00 petang tu aku dah mula nak balik.. but aku rasa malas pula nak pergi balik rumah awal hari ni.. so, lepas tu je aku ambil LRT menuju ke KLCC.. buat apa kat sana? sesaje.. nak lepak-lepak.. solat asar di Masjid As-Syakirin dekat KLCC.. then lepak-lepak duduk di sana sampai maghrib.. bukan duduk je sebenarnya.. baring-baring.. best.. tenang.. memang aku suka lepak di masjid As-Syakirin ni.. solat Maghrib bila dah masuk waktu, lepas tu aku jalan-jalan kat tepi kolan air pancut KLCC tu.. pandang-pandang orang yang banyak pelancong bergembira, lepas duduk di tepi kolam.. aku suka suasana macam tu.. suasana bila orang ramai tengah nak rileks-rileks.. tengok kiri, ada pelancong sedang ambil gambar selfie.. tengok kanan, ada pula pelancong sedang nak ambil gambar Petronas Tower.. lalu aku pandang pada menara berkembar megah tu yang mula diterangi lampu.. biar pun dah lama stay kat KL ni, aku still rasa ia nampak begitu gah dan cantik.. senang kata KLCC antara tempat favorite lepak aku.. dalam pukul 8.30 malam, aku pun mula lah ambil LRT dari KLCC menuju ke Kelana Jaya..

dari satu stesen ke satu stesen lain.. sampai lah ke Stesen Kelana Jaya.. then aku pun melangkah keluar.. terus bergerak balik rumah.. 

(hari ni aku dah tak ingat dah pasal mamat hari tu.. I think aku dah mula lupa tentang dia kot..)




Day 8 : Wednesday, 22 May 2013

"hei Ashraf!!" tiba-tiba ada suara mengejukan aku..

tersentak, aku toleh, aku lihat roommate aku, Fahmi tu sedang tersengeh-sengeh memandang aku..

"wei.. terkejut aku sial.. ko buat apa kat sini? tak kerja ke??" tanya aku..

"ko ni.. aku kan OFF kerja hari ni.. tak kerja pun.. aku pergi Petaling Street tadi, dah dekat alang-alang jumpa dengan kau lah.. hihi.." kata Fahmi..

"Petaling Street? buat apa?" 

"ada lah aku nak beli.. spec mata hitam.. sesaje nak bergaya gak.. hahaha.. ada lah benda lain aku usha-usha juga.."

"sorang je ke?" tanya aku..

"tengah dating sebenarnya.. hehehe.."

"laaa.. kata je lah tengah dating.. mana orangnya? siapa?" tanya aku..

"tu.. tengah tengok-tengok barangan kedai ni.."  Fahmi tunjuk pada orang yang dimaksudkan..

aku jeling-jeling.. lelaki.. dia sedang pandang-pandang pada satu ukiran kayu gaya melayu di dalam kedai pakcik aku..

"hensem juga wei.. pandai kau pilih.. ni jumpa dia kat mana ni?" tanya aku lagi..

"Facebook lah, of course.. macam kau hari tu juga lah kan.. keluar dating juga kan.."

aku diam.. aku jeling-jeling pada mamat yang dating dengan Fahmi tu.. memang hensem juga lah orang nya.. tapi tak masuk taste aku sangat.. ke-K-Pop-an sangat gayanya.. jambu.. Fahmi ni aku tahu dia memang taste dengan lelaki jambu-jambu ni... mujur aku tak taste, kalau tak jeles aku kat Fahmi.. hehehe..

"okay.. okay.. aku pergi dulu ek.. kerja elok-elok tahu.. hahaha.." kata Fahmi..

then, mereka berdua pun mula blah dari kedai.. aku pandang-pandang dari belakang.. fikir, rasanya Fahmi ni macam syok kat lelaki tu.. tapi tak sure juga lah.. sebab Fahmi ni jenis yang touch and go juga lah orangnya.. tak kekal sangat dengan mana-mana orang.. jenis yang banyak skandal.. malas dah nak fikirkan tentang hal dia, aku pun terus dengan kerja aku..

pukul 5.00 petang, saat ni aku tengah berdiri menunggu train di Stesen Pasar Seni.. aku buat apa? aku buat apa? sambil-sambil tunggu tu aku main game handphone aku.. kali ni aku sedang main Candy Crush.. ketagih juga dengan game ni.. bila train dah sampai, aku pun mula nak berasak-asak nak masuk LRT.. sardin lagi..

pintu ditutup then LRT pun start gerak menuju ke Stesen KL Sentral..

orang ramai banyak yang turun kat stesen ni, dan banyak juga yang masuk LRT.. biasa lah.. KL Sentral, pusat pengangkutan kan.. biasa lah tu.. aku malas je nak skodeng-skodeng orang sekeliling.. tengah syok main Candy Crush..

bergerak dan bergerak.. menuju ke Bangsar.. kemudian ke Abdullah Hukum.. sampai je kat Stesen Universiti, aku terus rebut tempat duduk.. dapat juga aku duduk.. renggangkan kaki dulu.. game aku stop dulu.. aku pun mula nak jeling-jeling orang sekeliling aku.. kot-kot ada 'permandangan indah' yang boleh ditatap.. hahaha

jeling depan dulu.. ada kakak dengan uniform kameja.. sebelahnya ada makcik melayu tua, dan sebelah lagi pula perempuan india umur dalam 30an.. 

jeling kanan pula.. eh.. eh.. ada abang melayu hensem lah.. janggut agak lebat.. jenis yang ada goatee.. syok ni.. syok ni nak skodeng.. hihihi.. hensemnya abang ni.. taste aku tengok.. but sampai je Stesen Taman Jaya abang hensem tu dah mula keluar dah.. merungut hati ku sekejap.. hilang pula 'permandangan indah' nak diskodeng.. 

kemudian aku jeling ke kanan.. tiba-tiba jantung aku berdebar-debar.. aku berkelip mata nak pastikan betul ke tak siapa yang aku tengok tu.. pejam celik, pejam celik.. aku tenung betul-betul.. memang sah! mamat hensem tempoh hari!! mamat hensem yang temankan kawan dia beli lukisan batik minggu lepas..

terus aku teruja.. tersengih-sengih aku.. pandang.. dia sedang berdiri.. berbaju kameja biru pudar.. kerja orang pejabat kot, fikir aku.. memang hensem lah dia ni.. cair aku.. mamat tu hanya sedang berdiri berpaut pada tiang..

wei.. tak sangka wei.. jumpa dia kali ni lagi..

aku memang teruja.. mata aku tak berkelip syok nak pandang dia.. syok dan tak sangka boleh jumpa dengan dia lagi..

dia turun kat mana nanti.. Stesen Taman Paramount ke?? 

aku mula tertanya-tanya..

'stesen berikutnya, Taman Paramount.. next station, Taman Paramount..'

bunyi pengumuman kedengaran.. hatiku mula berdebar-debar.. tengok mamat tu dah mula nak melangkah keluar..

memang sah lah dia akan turun kat stesen ni!

dia dah melangkah keluar.. tapi mataku masih lagi memandang dirinya.. pandang dan terus memandang.. sampai lah dia mula hilang dari pemandangan aku..

LRT dah mula menjauhi Stesen Taman Paramount..

kalau dia stay dekat-dekat Taman Paramount tu, memang dekat lah dengan tempat tinggal aku.. terasa macam satu takdir pula bila jumpa dia untuk kali ketiga.. hahahaha

aku dah mula gelak-gelak dalam hati.. tersenyum..




Day 9 : Thursday, 23 May 2013

sejak pertemuan kali ketiga semalam, hati aku ni macam mula menaruh harapan lah pula.. macam tak sangka boleh terserempak dengan mamat tu lagi.. waktu aku tengah berkerja macam selalu gak aku mula terfikirkan tentang mamat tu.. entah kenapa aku macam mula nak menaruh harapan untuk dapat berjumpa dengan dia lagi.. 

so, hari ni aku agak excited nak habis kerja.. tak sabar nak masuk LRT lagi.. kot-kot boleh jumpa dengan mamat tu lagi.. masuk je pukul 5.00 petang aku dah terus segera menuju ke stesen LRT Pasar Seni.. kali ni aku tak main game.. kali ni aku tak sabar nak tunggu LRT datang.. entah kenapa nak menunggu LRT tu sampai aku terasa amat lama sekali.. dan entah kenapa pula saat ni aku pun dah mula berdebar-debar.. sedikt berpeluh.. cuak sidikit.. dalam hati tertanya-tanya..

aku pasti ke akan jumpa dengan dia kali ni lagi?

LRT dah sampai.. orang ramai telah berpusu-pusu nak masuk tapi aku pula masih terjegat tak bergerak.. 

patutkah aku ambil LRT yang ini?

aku mula tertanya-tanya.. entah kenapa aku macam tiba-tiba ragu-ragu nak masuk LRT itu..

pintu LRT ditutup lalu mula meninggalkan Stesen Pasar Seni.. aku pula masih tercegat berdiri sambil melihat LRT tadi yang mula menjauh..

apa jadi, kalau mamat tu actually ambil LRT yang tadi tu?

aku mula tak sedap hati.. 

apa jadi, kalau aku sepatutnya ambil LRT yang tadi tu?

aku masih lagi ragu-ragu..

LRT seterusnya mula sampai.. pintu dibuka depan-depan di mata aku..

kalau lah ini dikatakan takdir, even aku ambil LRT yang ini, aku pasti akan ketemui dia lagi.. 

lalu aku pun mula masuk melangkah.. masuk dan terus tercari-cari mamat tu..

tengok lah kalau aku akan dapat jumpa dia lagi.. kalau terserempak lagi, aku pasti yang ini lah yang dinamakan takdir..

jalan-jalan dalam LRT terjeling-jeling mencari-cari mamat tu kalau dia ada dalam LRT ini.. pandang-pandang tak jumpa.. aku dah mula gelisah.. aku mula tertanya-tanya kalau-kalau dia actually berada di ruangan LRT yang lain.. mungkin dia ada terselindung dalam LRT ini yang dah sardin ini.. masih tak mengalah, aku masih juga try nak cari mamat tu.. but masih tak kelihatan pun dirinya..

sampai ke Stesen KL Sentral.. orang ramai keluar dari LRT, banyak juga yang masuk.. aku terpandang-pandang kalau-kalau mamat tu ada.. pandang dan terus memandang.. tapi memang tak ada pun.. aku mula kecewa.. mula terfikir mungkin yang aku ni dah tersalah ambil LRT kot.. mungkin dia dah balik awal.. mungkin juga yang dia still menunggu LRT.. mula kecewa.. mungkin bukan takdir lah kot aku akan jumpa dengan dia lagi.. 

aku memang dah takde takdir nak jumpa dengan dia lagi kot..

mengeluh.. aku pandang ke kanan..

tersentak.. terus jantung aku berdegup kencang.. hampir terjerit.. tiba-tiba aku lihat dia sedang berada disebalik timbunan manusia di sebelah kanan ku sedang berdiri..

ITU DIA! ITU DIA!!

aku tersenyum..

ITU DIA!! ITU DIA!!

tersenyum mula nampak gigi..

pada hari itu, aku tak tahu yang menaiki LRT adalah sesuatu yang mengujakan.. 

dia memakai kemeja biru gelap, bertali leher kelabu gelap.. satu saat yang tidak akan aku lupakan...





(bersambung...)






# aku tahu, ramai yang tak puas hati bila aku tulis benda ni.. mesti ada yang ternanti-nanti sambungan Unspeakable Love macam mana? oh well.. sabar ye.. aku tengah syok nak tulis citer True Story ni.. jangan risau.. citer ni takkan panjang.. aku akan try habiskan dalam next week.. harap sabar menunggu..

# aku tak kata citer ni semuanya True Story 100%.. aku kata 50/50 sebab aku yang jadi penulis, tapi pengalaman bukan dari aku.. dari kisah orang lain yang pernah chat dengan aku.. so aku try tulis guna imaginasi aku, inspirasi dari kisah cerita dia..