Friday, 12 April 2013

Unspeakable Love -Part 25-





Part 25 : A Night with Shahir


aku sedang berdiri sambil menghadap ke arah pintu yang tertutup.. pada saat ini, aku berada di depan rumah Saiful.. sedikit berasa gugup di hati.. aku tidak pasti kenapa aku mula berasa serba salah.. agak lama aku hanya terus memandang ke arah pintu rumah Saiful.. niatku untuk mengetuk pintu itu menjadi serba salah.. sama ada aku ingin terus mengetuk pintu untuk berjumpa dengan Saiful atau pun aku batalkan niat aku dari bertemu dengan dirinya..

aku tidak tahu kenapa aku berasa di sini.. suara hatiku mengatakan yang aku ingin berjumpa dengan insan yang pernah mengaku yang dia sayangkan aku.. dia juga lah insan yang aku tinggalkan.. pernah sekali aku cuba mendail nombor telefon dirinya namun telefonnya telah pun dimatikan.. aku mula menjadi kesah.. aku yang dulunya enggan untuk menjawab panggilan dan SMS darinya, namun pada saat ini, aku pula yang menjadi tidak tentu hala di saat dia tidak dapat aku hubungi..

aku mengelabah.. jujur aku mula berasa segan untuk bertemu dengan Saiful.. tapi aku cuba kuatkan diriku untuk sampai di sini, namun bila aku telah pun berada di depan pintu rumahnya diriku seakan menjadi kaku.. 

aku tarik nafas dalam-dalam.. kemudian, aku gagahkan diri untuk mengetuk pintu rumah Saiful..

ketuk.. namun tiada jawapan..

aku ketuk lagi.. kali ini agak sedikit kuat.. tapi masih juga tiada balasan..

"Saiful?" aku akhirnya bersuara..

langsung tidak ada balasan..

aku terdiam.. aku fikir mungkin dia tidak berada di dalam rumah.. mungkin pada saat ini dia pergi keluar ke tempat lain.. barangkali begitu lah.. masih menunggu di luar rumah, berharap yang pintu itu akan dibuka, namun setelah agak lama menunggu, masih juga tiada balasan yang aku terima..

"adik ni nak cari orang kat dalam rumah ni ke?"

tiba-tiba datang satu suara menegur aku.. suara seorang perempuan.. lalu aku toleh.. di depan mata aku kelihatan seorang wanita yang agak berumur..

"ye.. saya tengah tunggu kawan saya.." balas aku..

"rumah ni dah kosong dah.. orang yang tinggal kat rumah ni dulu dah tak tinggal kat sini lagi.." balas makcik itu..

aku terkejut..

"maksud makcik, orangnya dah pindah rumah ke??" aku tanya lagi..

"dalam bulan lepas rasanya.. sekarang ni rumah ni masih takde lagi yang tinggal.."

"makcik tahu tak ke mana kawan saya dah pindah?"

"tu makcik tak tahu lah.. tak pernah pula nak tanya.."

aku terdiam.. masih terkejut apabila mengetahi yang Saiful dah tak lagi tinggal kat rumah ni.. hal ini membuatkan aku lagi bertambah risau.. tertanya-tanya ke mana dia sudah menghilang.. tanpa sebarang berita, langsung dia tak pernah memberi tahu kepada aku tentang hal ini..

tapi.. semuanya salah aku juga.. Saiful yang sebelum ini bermati-matian mahu menghubungi aku, namun aku pula langsung tidak mahu memperdulikan tentang dirinya.. jadi memang salah aku kalau aku langsung tak tahu ke mana dia sudah pergi.. salah aku bila aku tidak lagi tahu-menahu tentang keadaan dirinya..

selepas pulang dari rumah Saiful, aku segera balik ke kolej kediaman aku.. di minda aku adalah untuk berjumpa dengan Amir.. aku pasti dia tentu tahu ke mana Saiful sudah pergi.. dia lah antara orang yang paling dekat dengan Saiful..

setiba sahaja aku masuk ke dalam bilik Amir, dia kelihatan sedikit terkejut melihat kehadiran aku.. lalu dia terus berdiri menghadap aku dengan pandangan matanya yang sinis..

"mana Saiful sudah pergi?" tanyaku sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik Amir.

"kau perduli apa? aku kan dah kata kau takkan lagi dapat jumpa dengan dia.." balas Amir..

"kau cakap kat aku dia mana dia sekarang ni??" aku masih lagi mendesak..

Amir mula ketawa.. dari ketawa kecil mula menjadi agak besar.. aku pula agak tergamam melihat tingkah lakunya itu..

"hahaha.. sejak bila pula kau nak ambil berat tentang dia? kau demam ek?" kata Amir cuba untuk memegang dahi aku namun dengan segera aku tepis..

"aku serius lah Amir! beri tahu aku di mana dia sekarang!" aku semakin meninggikan suara..

"hei Fahri! kau jangan pernah perduli tentang diri dia lagi lah! kau jangan nak berlagak ambil berat! kau siapa? dia siapa? tak pernah pun kan kau peduli tentang perasaan dia?"

aku terdiam.. Amir menatap mataku tajam.. dia betul-betul memandang wajahku dengan pandangan yang serius..

"kau anggap je lah hari di saat kau tinggalkan dia adalah hari terakhir kau melihat dirinya.." kata Amir lagi..

aku terdiam lagi.. tak mampu aku untuk berkata apa-apa.. lantas dengan segera aku keluar dari bilik itu..

sebaik sahaja aku keluar, di otak aku mula penuh dengan tanda tanya tentan diri Saiful.. wajah dirinya mula terbayang dalam minda aku.. dia tersenyum memandang aku.. dia ketawa, kemudiannya berubah menjadi hiba.. lalu aku nampak dia menangis..

Saiful..

hatiku mula berbisik..


*          *         *


"kau okay Fahri?"

pada malam itu aku masih lagi terfikirkan tentang diri Saiful.. banyak kerja yang sepatutnya aku siapkan tertangguh gara-gara memikirkan masalah terbaru yang aku mula hadapi..

duduk di meja belajar aku, Shahir mula mendekati aku sambil meletakkan tangannya pada belakang tubuhku..

"aku nampak kau macam ada masalah.. Amir buat hal lagi ke?" tanya Shahir.

aku masih juga tidak membalas pertanyaan Shahir itu.. aku mula mengesat pada dahi aku.. terasa pening kerana terlalu memikirkan tentang diri Saiful..

"kalau kau ada masalah, kau cakap je kat aku.." Shahir berkata lagi.. kemudian dia menghulurkan aku secawan kopi.. "minum.. rehatkan minda dahulu.."

aku pandang Shahir.. dia tersenyum memandang aku..

"terima kasih.." balasku..

lalu aku pun minum kopi yang diberi oleh Shahir sambil aku terus memandang pada wajah dirinya..

"mahu berkongsi masalah kau kat aku?" tanya Shahir lagi..

"don't worry.. aku just rasa risau dengan assignment yang tak siap lagi.." balasku menipu..

"okay.. ceria okay! kena sentiasa tenang.. tak perlu nak mengelabah.." kata Shahir lalu menumbuk bahuku mesra.. "tak lama lagi dah habis lah semua assignment tu.. then dah habis study.. lepas tu merdeka lah.. hihi.."

aku tersenyum.. dia masih lagi tersenyum ke arah aku.. kalau difikirkan memang ada benarnya kata-kata Shahir itu.. aku perlu sentiasa bertenang.. walaupun sekarang ni aku mula berasa risau tentang diri Saiful namun aku kena selalu bertenang juga dan focus pada saat-saat terakhir pengajian aku di sini.. 

"tak lama lagi kita akan berpisahkan.. kau betul tak nak cari kerja di kota ini?" tanya Shahir..

pertanyaannya itu mula mengingatkan aku kembali tentang perancangan asal aku dulu.. perancangan untuk menjauhkan diri dari Shahir.. kembali ke tempat asal aku lalu memulakan satu lembaran hidup baru.. melupakan tentang perasaan aku terhadap Shahir yang sudah semestinya tidak akan aku miliki.. kerana jika aku sentiasa dekat dengan dirinya, aku takut yang aku akan semakin terluka..

"aku tak tahu lagi lah.. kita tengok lah macam mana nanti.." aku tersenyum..

"aku akan bertunang.. lepas graduasi.." kata Shahir perlahan..

aku terdiam.. sesuatu yang tidak mengejutkan aku sebab aku sudah pun tahu mengenainya.. dan kerana itu juga lah aku seperti tidak sanggup untuk terus berada di kota ini..

"kau dah tahu ke, Fahri? kau nampak seperti sudah tahu..." tanya Shahir..

"aku dah tahu.. Liyana yang cakap kat aku..."

kali ini Shahir pula yang terdiam.. aku mula berasa sedikit janggal.. bayangkanlah kau beri tahu kepada seseorang tentang berita pertunangan kamu, tapi dalam masa yang sama orang yang diberi tahu itu juga mempunyai perasaan terhadap kamu.. dan orang itu adalah aku.. Shahir memberi tahu hal pertunangannya kepada aku yang turut mempunyai perasaan terhadap dirinya..

"kau fikir macam mana?" tanya Shahir..

"maksud kau apa?"

"dapatkah kau datang nanti? maksud aku... pada hari tersebut.."

aku terdiam lagi.. sungguh aku tidak mampu berkata apa-apa.. sejujurnya hal ini juga lah yang menakutkan aku.. aku takut jika hari itu akan tiba nanti.. biarpun aku tahu yang aku merelakannya, namun aku juga tak boleh nak tipu perasaan aku... yang aku juga... cemburu.. terkilan..

"aku tak tahu.." balasku ringkas...

sungguh, aku tak mampu nak mengatakan apa-apa.. kalau ditanya jika aku berasa sedih, sejujurnya perasaan itu memang akan ada.. aku juga rasa yang Shahir turut memahami apa yang aku rasa.. dia sudah tentu tahu bagaimana perasaan aku nanti..

"mahu merehatkan minda? jom ikut aku.." Shahir mula mengajak aku..

"nak ke mana?" tanya aku..

"kita tengok movie nak? kita rileks-rileks lah malam ni dulu.. tak payah risau tentang assignment semua.." ajak Shahir..

aku tak berkata apa-apa.. lalu aku pun pergi ke tempat meja berlajar Shahir.. aku bawa sekali kerusi aku kemudian duduk bersebelahan dengannya.. Shahir memasang komputer desktop nya.. 

"nak tengok movie apa?" tanya aku..

"aku tak tahu lah pula nak tengok apa.. hehe.. hmm.. kau ada movie yang best-best tak? bukan kau yang ada simpan banyak koleksi movie?" tanya Shahir pula..

"ada.. jap ye.."

aku berlalu untuk mengambil external hard disk aku.. memang aku suka kumpul movie-movie.. tapi walaupun ada banyak dalam koleksi aku, namun aku susah untuk berkesempatan melayan movie-movie tersebut.. kalau waktu cuti baru lah aku akan tengok satu atau dua movie tersebut..

apabila aku sudah mengambil external hard disk aku di dalam laci meja belajar aku, lalu aku pun kembali ke meja Shahir.. sempat aku mengambil sekali selimut aku.. external hard disk itu diberi, lalu Shahir pun menyambungnya ke arah desktop nya.. aku pula mulai menyelimuti tubuh aku..

"sejuk?" tanya Shahir ke arah aku..

"agak lah.." balasku ringkas..

Shahir bangun seketika pergi untuk memadamkan lampu bilik.. baru seronok nak layan movie gelap-gelap begini..

"hmm.. banyak sangat koleksi kau.. tak tahu nak pilih yang mana satu.." kata Shahir..

"kau pilih je apa-apa yang kau nak.. aku just layan je.."

Shahir tak berkata apa-apa.. dia terus mencari movie yang menarik perhatiannya.. agak lama juga dia mencari.. kemudian, dia tertarik pada satu movie.. dahinya berkerut.. kemudian dia memandang ke arah aku..

"ni movie apa?" tanya Shahir kepada aku..

"yang mana satu?"

"Shelter.. citer tentang apa ye?" tanya Shahir lagi..

aku terkejut.. hatiku mula berdebar-debar..

"eh, kita tengok citer lain lah.." aku cuba untuk memujuk Shahir untuk tidak memasang filem itu..

Shahir mula berasa sangsi.. 

"kenapa?" tanya Shahir..

"takde apa-apa... kita tengok cerita lain lah.. banyak lagi kan cerita yang best.." aku masih lagi berasa tak senang duduk..

Shahir tatap aku.. agak lama juga dia terus memandang wajah aku.. semakin gementar pula aku bila dia tatap aku begitu.. aku telan air liur.. kemudian, Shahir terus memasang filem tersebut..

oh shit!

getus hati aku..

"kenapa? kau nampak macam takut-takut?" tanya Shahir..

aku terdiam.. filem tersebut pun bermula.. Shahir memandang tepat ke arah skrin desktop nya itu.. lebih kurang lima minit selepas itu, aku akhirnya bersuara..

"ianya adalah filem bergenre gay.." kataku perlahan..

serta-merta Shahir memandang ke arah wajah aku.. dia kelihatan agak terkejut.. memang aku dah agak dia tentu akan terkejut.. tapi dia terus tak berkata apa-apa..

filem tersebut terus terpasang.. aku pula tidak senang duduk memikirkan yang Shahir sedang menonton filem bergenre begini.. aku mula gelisah.. lantas aku terus berdiri cuba untuk mencapai tertikus untuk memberhentikan filem tersebut..

"kita tengok movie lain.." kata aku yang kini telah pun mencapai tertikus komputer Shahir..

"jangan!" Shahir bangun cuba untuk menahan aku..

lalu muka kami saling berpandangan.. aku mula berasa gugup..

"aku nak tengok filem ini.." kata Shahir lagi.. nada yang agak serius.. "just want to know about you.." katanya lagi lalu dia kembali duduk di kerusinya..

aku telan air liur lagi.. gugup.. lalu aku pun mula duduk ke kerusi aku.. filem tersebut terus terpasang.. Shahir pula agak tekun menonton filem tersebut..





pada malam itu, Shahir menyaksikan filem bergenre homoseksual untuk pertama kali...


*         *         *


"kau dah mengantuk ke, Fahri?" tanya Shahir..

"belum.." balasku ringkas..

dalam kegelapan itu, hanya ada aku dan Shahir sedang duduk berdua-duaan di dalam bilik.. baru sahaja kami selesai menonton filem berjudul Shelter.. kami masih lagi duduk menghadap desktop Shahir.. skrin dekstop masih lagi terpasang.. ia terbiar terpasang biarpun filem tadi sudah pun tamat..

"aku risau.." kata aku perlahan...

"kenapa kau risau?" 

"aku tak tahu.. tapi aku berasa agak risau.." balasku..

"kau risau sebab aku tengok filem tadi?"

"mungkin..."

suasana menjadi agak sunyi seketika.. kami berdua masih lagi duduk berdekatan sambil terus menghadap ke arah skrin desktop.. kedua-dua kami masih lagi kaku.. agak lama juga kami berdiamkan diri.. tak tahu kenapa kami masih lagi duduk di situ, langsung tidak berganjak..

pada saat itu, tanganku perlahan-lahan memegang tangan Shahir.. dia kelihatan agak sedikit terkejut.. dia pandang aku..

"boleh aku pegang?" tanya aku..

Shahir tidak berkata apa-apa.. dibiarkan sahaja telapak tangannya aku genggam.. Shahir kembali memandang ke hadapan pada skrin desktop.. agak lama, aku berterusan menggenggam telapak tangannya yang hangat itu.. agak erat juga.. entah kenapa diriku mula tersenyum..

"aku sayang kau.." aku bersuara lagi..

seperti biasa Shahir masih lagi terdiam tanpa memandang wajah aku..

jujur aku katakan yang aku sayangkan dirinya.. biarpun telah aku relakan yang dia bukan milik aku, namun aku masih juga tak boleh nak nafikan perasaan aku terhadap dirinya.. duduk berdua-duaan di dalam bilik.. tubuh berdekatan.. bahu bertemu bahu.. tanganku telah pun mengenggam tangannya.. suasana yang aku dambakan selama ini..

namun..

entah kenapa aku mula berasa hiba..

aku seakan mahu menangis.. mungkin sebab aku menyedari yang dia dimiliki orang lain.. dan dia juga bakal menjadi sebahagian dari hidup insan yang dia sayangi.. bukannya aku.. insan yang bernama Liyana..

kemudian, aku mula melabuhkan kepala aku ke bahunya.. Shahir masih lagi terdiam membiarkan sahaja apa yang aku lakukan.. terasa mula kehangatan.. aku mula berasa bahagia.. namun pada masa yang sama aku juga berasa hiba..

aku pejamkan mata.. cuba menikmati saat-saat ini.. tersenyum.. membayangkan yang dia adalah milik aku..

pada malam itu, aku terlena berbantalkan bahu dirinya...


*          *          *


beberapa minggu sebelum hari terakhir pengajian aku di universiti, aku dan Shahir keluar bersama-sama di ibu kota.. katanya, untuk merehatkan minda setelah berterusan berjaga malam untuk menyiapkan segala assignments.. otak perlukan rehat.. jangan terlalu mendesak diri untuk terus dilanda kesibukan.. tentu sekali aku setuju dengan perlawaannya itu..

selepas kejadian pada malam tempoh hari, Shahir seakan berlagak seperti tidak ada apa-apa yang telah terjadi.. aku masih ingat lagi, sebaik sahaja aku sedar dari tidurku, aku mendapati yang aku telah tertidur sambil duduk berbantalkan bahu Shahir.. dia juga masih terlena dengan posisi duduk di kerusi.. maka dengan pantas aku segera mengejutkannya.. aku meminta maaf dengan kelakuan aku itu.. namun Shahir tidak berkata apa-apa.. pada saat itu, aku mula terfikir kenapa dia tidak mengejutkan ketika aku terlena berbantalkan bahu dirinya? mungkin juga dia tidak sampai hati untuk mengejutkan aku yang tertidur pada malam itu.. sejak hari itu, timbul perasaan sedikit malu terhadap Shahir biarpun dia tidak pernah mengungkitnya..

pada saat ini, kami berdua berada di pusat membeli belah.. kami sedang duduk bertentangan di dalam satu restoran makanan segera.. jam menunjukkan lebih kurang pukul 1.30 tengah hari.. kami sedang menikmati hidangan tengah hari kami.. tak banyak perbualan yang dibincangkan pada saat itu.. masing-masing fokus menikmati makanan pilihan sendiri..

selesai sahaja makan tengah hari, kami pergi pula menonton wayang.. filem animasi bergenre fantasi berjudul OZ The Great and Powerful.. sebuah animasi yang sangat menarik dan berbaloi untuk ditonton.. sudah agak lama aku dan Shahir tidak keluar berdua-dua seperti ini.. tentu sekali aku akan berasa gembira.. 

selesai sahaja menonton filem tersebut, aku dan Shahir keluar berjalan-jalan di dalam pusat membeli belah tersebut..

"Fahri, kau nak hadiah tak?" tiba-tiba Shahir bersuara..

aku berasa terkejut sedikit.. sebenarnya berasa agak pelik bila dia berkata begitu..

"hadiah? hadiah untuk apa?" tanya aku..

"untuk suka-suka.. saja untuk beri kau.. mungkin hadiah untuk kau pada haru jadi kau pada masa akan datang.." kata Shahir.. dia tersenyum..

"maksud kau apa?"

"ye lah.. kau kan kata mungkin kau takkan tinggal kat bandar ni lagi.. susah lah aku nak jumpa dengan kau lagi lepas tu.. so, aku fikir untuk beri kau sesuatu.. sebagai tanda kenangan, mungkin.."

aku terdiam... aku hanya mengganguk.. tentu sekali lah aku akan berasa seronok jika dia mahu memberikan sesuatu kepada aku.. 

kemudian, dia mengajak aku untuk membeli benda yang aku inginkan.. dia tanya aku apa hadiah yang aku suka.. balasku, aku akan terima apa-apa sahaja dari dirinya.. namun kalau boleh, aku mahu sesuatu yang aku akan guna dalam kehidupan seharian aku.. lalu, aku pun dibawanya dari satu kedai ke kedai yang lain.. akhirnya kami berhenti di depan satu kedai butik pakaian..

"bagaimana kalau aku beri kau baju? sesuatu yang kau akan guna dalam kehidupan seharian, tak begitu?" kata Shahir..

"aku okay je.." balasku ringkas..

kemudian, kami pun melangkah masuk ke dalam butik pakaian itu.. ada banyak pakaian yang menarik perhatian aku.. Shahir meminta aku untuk memilih pakaian yang aku suka namun aku putuskan agar dia sendiri yang memilih untuk diriku.. Shahir tidak membantah.. lantas, dia dengan segera mencari pakaian yang dia fikir sesuai untuk diriku.. agak lama juga dia mencari.. sampai lah dia akhirnya memilih satu pakaian lalu ditunjukkannya kepada aku..

"bagaimana dengan yang ini?" tanyanya sambil memegang baju tersebut.. "baju biru ni agak simple tapi agak menarik juga.."


aku terdiam.. aku menjadi kaku seketika.. Shahir sedar yang aku seakan menjadi kaku.. berasa sedikit pelik, lalu dia pun bertanya kepada aku..

"kenapa? tak suka dengan yang ini?"

"bukan.. aku suka baju tu.."

"habis tu kenapa kau nampak macam pelik semacam je?" Shahir masih lagi kehairanan..

"baju biru.. ia mengingatkan aku tentang seseorang.."

"seseorang? siapa?"

aku mendekati Shahir lalu aku mengambil baju kameja-T berwarna biru itu.. untuk seketika, aku tersenyum.. namun bukan bermaksud aku gembira.. senyumanku agak sedikit kelat..

"aku pernah menghadiahkan baju berwarna biru pada seseorang juga.." kataku dengan perlahan.. "dan dia sangat teruja dan gembira bila aku hadiahkan baju biru itu.." kataku sambil memandang pada baju biru itu..

entah kenapa aku mula berasa sedikit hiba..

"pada lelaki ke?" tanya Shahir..

aku hanya mengganguk perlahan..

"jadi, kenapa kau nampak macam sedih je?" tanya Shahir lagi..

"boleh tak aku pakai baju ni sekarang juga?" aku langsung tak menjawab soalan Shahir itu..

Shahir hanya mengangguk.. lalu aku terus ke bilik persalinan untuk memakai baju itu.. kemudian, Shahir pun membayarnya.. selepas itu kami pun mula beredar meninggalkan butik pakaian tersebut..

"ada seorang yang dalam diam menyimpan perasaannya terhadap aku.." kataku perlahan-lahan sambil berjalan dengan Shahir.."seperti mana aku simpan perasaan pada kau dulu, begitu juga dengan dirinya terhadap aku.."

"aku rasa aku boleh agak siapa orang tu.. lelaki yang ada call aku dan datang ke bilik waktu dulu kan?" Shahir dengan tepatnya mengagak..

aku hanya mengangguk.. "tapi, pada satu hari, dia seakan telah meluahkan perasaanya pada aku.. tapi.. aku tolak perasaannya.." aku tunduk kepala.. kemudian aku berkata lagi.. "aku tolak dengan kasar.. sampai aku lihat dia mengalirkan air mata.. pun begitu.. aku tetap juga meninggalkannya.. tak memperdulikannya.. biarpun lepas tu dia cuba untuk menghubungi aku.. namun aku langsung tak membalasnya.."

langkahku terhenti.. begitu juga dengan Shahir turute berhenti mengikut aku.. kemudian, aku terpandang ada kerusi yang di sediakan dalam pusat membeli belah itu.. lalu aku ajak Shahir untuk duduk di sana..

"sekarang ni, dia dah tak dapat aku hubungi.. aku tak tahu kenapa aku mula berasa risau tentang dirinya.. sedangkan sebelum ini aku langsung tak nak ambil perduli tentang dirinya.. untuk sesuatu sebab yang aku sendiri tak tahu, aku seakan mahu berjumpa dengan dirinya kembali.." kata aku lagi..

"jadi, kau mula rasa bersalah pada dirinya?" tanya Shahir pula..

"mungkin.. memang salah aku juga sebenarnya.. tapi baju biru ini bukan sahaja membuatkan aku teringat tentang dirinya.. sebenarnya ia turut membuatkan aku teringat tentang diri kau.." kali ini aku mula tersenyum ke arah Shahir..

"maksud kau?"

"hehehe.. kau tak perlu ambil tahu.." aku tergelak kecil..

"aku nak tahu juga.. cepat cakap kat aku.."

aku tersenyum.. teringat semula peristiwa ketika aku keluar bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain.. beberapa hari sebelum cuti semestar.. kami merancang untuk makan di luar bersama-sama.. pada hari itu, Shahir memakai baju berwarna biru.. aku pula dengan sengaja memakai baju yang berwarna biru juga.. tujuannya, semata-mata ingin sedondon dengan dirinya.. kalau difikirkan semula agak melucukan pula rancangan aku itu.. jadi benarlah yang baju berwarna biru mempunyai nilai sentimental untuk diriku..

aku masih lagi tak mahu bercakap tentang hal itu kepada Shahir.. dia agak sedikit mendesak, namun akhirnya dia mengalah juga berhenti dari terus mendesak.. bagi aku hal itu tidak lah penting sangat jika aku mahu beri tahu.. biarlah ia kekal menjadi sebahagian dari kenanganku bersama dirinya..

aku menarik nafas, kemudian memandang ke hadapan..

tiba-tiba ada sesuatu telah menarik perhatian aku.. hatiku mula berdebar-debar..

lantas aku terus bangun dari dudukku.. hal ini membuatkan Shahir sedikit berasa terkejut..

"kenapa, Fahri?" tanya Shahir..

"kau tunggu sini sekejap boleh tak.." kataku lalu terus melangkah meninggalkan Shahir..

"kau nak pergi mana?" tanya Shahir lagi..

aku tak menjawab.. langkahku terus semakin laju.. hatiku semakin berdegup dengan kencang.. mataku terus memandang pada seseorang yang berada di hadapan aku.. seorang lelaki.. dia berjalan menuju ke satu tempat..

aku mempercepatkan langkahku.. aku hanya boleh melihat bahagian belakang tubuh lelaki itu, namun entah kenapa hatiku seakan dapat mengenali siapa dirinya.. agak gementar, namun aku terus maju ke hadapan untuk memastikan jika benar lelaki itu orang yang pernah aku kenali..

semakin cepat dan terus mendekati lelaki itu.. kini aku berada lebih kurang jarak lima meter darinya.. langkahku terhenti.. aku menjadi kaku.. entah kenapa aku seakan tidak mampu bersuara lagi.. lidahku seakan tidak mampu menutur perkataan..

memang benar itu lah dia! tak salah lagi.. memang dia lah orangnya..

air mataku mula mengalir.. 

lelaki itu semakin meninggalkan aku..

"Ihsan?" akhirnya aku mampu bersuara.. 

namun agak tidak kedengaran..

"Ihsan!!" aku sebut lagi.. kali ini nada yang lebih tinggi..

akhirnya lelaki itu menoleh.. dia melihat aku.. dia juga terus tergamam melihat kehadiran aku di belakangnya..

"Fahri??" lelaki itu mula bersuara..

seakan masa berhenti seketika, aku tak pernah menyangka aku akan bertemu kembali insan yang pernah bertahta di hatiku dulu...







# nak tengok filem Shelter?? 












40 comments:

  1. Arghhhh... Ihsan! Wataknya telah diturunkan kembali.. Ceh, baru nak feeling2 ngan shahir...

    *tapi citer shelter tu mamang best... mesej die sampai menyusuk kabu... huhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro.. blum tgok cite shelter. Boleh bgi link? (Hairel s)

      Delete
    2. sila lihat kat atas semula.. dh ditambah satu link tgk movie Shelter..

      Delete
    3. Ihsan sepatunya dh kembali.. tapi aku ni asyik nak tangguh je..

      Delete
    4. hehe... ada kt external hard disc...

      Delete
    5. Thq q putera

      Delete
  2. Wah best nye part kali ni. Panjang lak tu. Ingatkn ada part ehem2 syahir n fahri Hehe. tetiba aku inginkn fahri bersama saiful... huhu mgkin sebb simpati ngan saiful. Ihsan? Selamat kembali (hairel s)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ihsan perlu dihidupkan semula juga.. sebab dia turut membawa peranan penting dalam cerita ini..

      Delete
    2. Agak2 syahir stim x tgok citer shelter? Hehe.. klu lelaki str8 apa ya perasaan dieorg tgok citer gay.. terutama part stim?

      Delete
    3. citer shelter tu xde sgt edegan yg menghairahkn..

      Delete
    4. So klu syahir tgok cite gay yg ada stim camne ..? jawap2 jgan ngelak.. haha

      Delete
    5. haha... bersungguh2 nak tao...

      Delete
    6. Haha putera ada jawapn. Tpi dia memilih xnk jawap.hehe

      Delete
  3. shelter.. :) btw where is Saiful! wat happen to him? dia x mati lg kan?????????
    Kenapa Ihsan harus kembali! haisshh.. Hurm... Saiful...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ihsan tu watak yg agak penting jg.. seseorang yg bawa byk pengaruh dan personaliti Fahri..

      Delete
  4. wow! Shelter! aku download n save dlm xternal HD, lepas tu member pinjam n kantoi... nasib baik dia ok je... btw, part ni best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dorang tgk movie tu jg ke??

      Delete
    2. tgok kot sbb dia tny apesal ade movie tu dlm external aku... hahaha

      Delete
  5. Mintak link shelter?

    ReplyDelete
  6. i love shahir for his friendship..i bet he will protect fahri in whatever condition as a bestfriend..apsal aku tetiba nak speaking ni? kalah2 orang kat aussie..hehe..

    aku rasa fahri patut terus cari saiful..ihsan dah pernah tinggalkan dy kot..and again, shahir is the best friend ever.. <3 kemon fahri..hoho~

    ReplyDelete
    Replies
    1. prsoalannya skrg keadaan Saiful masih lg jd tanda tanya.. x tahu dia kat mana.. but tentu lah Amir je yg tahu.. tp of course lh Amir xkn pernah ckp kat Fahri apa yg dh jd kat Saiful..

      Delete
    2. kalau dy usaha..ada je jln nk cari saiful tu..kn dy tau amir tau..so..stalk la amir..shahir mst sanggup tlg pnya la.. i vote for saiful!

      Delete
    3. I vote syahir

      Delete
  7. Replies
    1. Oh yes... I repeat... oh yes... haha....

      Delete
  8. tak peduli pasal ihsan. hiks. nak tahu pasal si misteri saiful je. where he have been gone?

    ReplyDelete
  9. I couldn't do all that in this novel.

    ReplyDelete
  10. dah hari ahad. xde upadate lg? ni yg bikin protest ni.

    ReplyDelete
  11. ihsan pulakk hehee... mane la saiful g.. btw cite shelter bestt .. - iezz

    ReplyDelete
  12. u such a gud writer..... semua part x terlalu berlebihan..

    btw.. tros kan berkarya.....

    ReplyDelete
  13. Dulu seminggu je dah kuar. Skng ni mkan 2 minggu bru next episod. Pasni mungkin sebulan. Hmmmmmm

    ReplyDelete
  14. Wow! fantastic la citer u ni...ada saja saat yang mendebarkan.... cepatlah..i menunggu the next episode ni, bukan dgn sabar...dgn tak sabar2... heheh

    ReplyDelete
  15. Bro, dah akhir bulan Mei ni bro. Update, update. Best la baca novel ni. Teruja sangat2.

    ReplyDelete
  16. arhhh... tergantung la...
    ni yg tak best ni..
    hihi...
    btw... Shelter!!! antara movie yg aku paling minat..

    *good job Putera.. (Ian)

    ReplyDelete
  17. Klu cete shelter tuw x perna tengok lg. Tpi klu Oz the great and powerful tuw hari first lg kat pawagam dah tengok. Tpi best lah cuma mcm gantung.hehehe. Nak sambungan lg.please....

    ReplyDelete