pada awal bulan March lepas aku ada buat satu contest untuk cover buku Unspeakable Love.. so, sekarang ni sudah tiba masanya untuk aku nak umumkan siapa kah yang berjaya menjadi pemenang dan sekali gus terus mendapat hadiah yang dikiram khas dari Australia..
kuasa mutlak ada di tangan aku untuk memutuskan siapa yang jadi pemenangnya.. tapi, aku ada juga bertanya kepada beberapa orang untuk mengetahui pendapat masing-masing siapa yang harus menjadi pemenang.. ada bermacam-macam lah pendapat dorang.. tapi, secara umumnya kebanyakkan orang yang aku tanya berpendapat cover buku untuk cerita Unspeakable Love tu seharusnya tidak lah terlalu obvious 'gay' macam ada gambar lelaki berpelukkan.. sebab menurut mereka, dalam cerita Unspeakable Love tu watak-wataknya tidak lah terlalu songsang sangat dari tindak laku.. sebab mereka kata cerita itu lebih kepada konsep seperti friendship dan juga cinta yang dipendam.. so, ilustrasi yang agak 'intimate' agak kurang bersesuaianlah.. yang tak terlalu nak gay sangat..
but, tu berpendapat orang.. sebab hanya berkuasa untuk menentukannya adalah aku.. for me lah, aku tak kisah kalau cover buku tu menunjukkan ilustrasi yang bila kita pandang dah boleh tahu ia berkenaan tentang hubungan PLU.. sebab bagi aku, citer ni memang bermaksud untuk menyentuh tentang kisah kehidupan PLU.. so, for me ia agak penting juga untuk ditunjukkan sebab untuk tarik perhatian pembaca.. siapa target pembaca aku? tentu lah golongan PLU.. seperti blog aku ini juga lah.. kalau dulu-dulu nama blog aku ni tak seperti menunjukkan yang blog aku ni about PLU life.. then lepas tu aku sengaja tukar nama blog menjadi 'A PLU in Australia' kemudiannya menjadi 'Malaysian PLU Story'.. sebabnya aku nak golongan PLU (yang menjadi target aku) tahu yang blog ni about PLU life juga.. kalau lah aku guna tajuk blog yang tak bercirikan 'songsang' mungkin ia akan menjadi kurang perhatian untuk orang PLU nak membacanya..
aku beri contoh nama blog yang 'bercirikan songsang' yang aku pernah baca..
Kisah Kehidupan Seorang Les
Gay Insaf
La Telenovela : Orang Macam Kita
A Man in A Woman's Body
Cinta Homoseksual
Pengkid True Story
kenapa tajuk 'sosang' ni agak penting?? sebab ia sebenarnya akan memiliki satu aura tarikan yang membuatkan golongan PLU menyedari tentangnya.. lagi mudah orang PLU sedar yang blog tu menyentuh tentang PLU life berbanding blog PLU yang tak guna tajuk blog bercirikan 'songsang'.. lagi pun memang target golongan pembaca kita adalah orang PLU.. so, kita kena satu benda yang membuatkan golongan PLU mudah tertarik padanya..
aku ni dah menulis blog lebih kurang dua tahun sentengah.. ada banyak benda yang aku pelajari tentang teknik-teknik blogging macam mana nak tarik minat pembaca untuk baca blog kita.. aku tak kata yang blog aku ni famous, tapi kalau dulu jumlah viewers untuk sehari kurang dari 200, tapi sekarang ni dah mencecah ribuan pengunjung untuk satu hari.. kiranya teknik aku dah berjaya lah untuk tarik pembaca..
so, kalau nak dikaitkan dengan cover buku pula, sebab itu lah aku kata ciri-ciri songsang pada ilustrasi buku itu gak penting juga sebenarnya.. sebab kalau kita pandang buat pertama kali pun macam kita dah boleh agak yang ia touch about PLU life.. ianya macam satu teknik pemasaran lah.. firstly kita kena tahu siapa golongan yang menjadi target kita.. contonhnya, kalau golongan budak-budak, mestilah ilustrasi buku tu kena colourfull, happening, ceria dan comel2 yang membuatkan budak-budak tertarik nak baca buku tu.. so untuk kes Unspeakable Love pula, target pembacanya adalah golongan PLU.. so, for me agak penting kalau ilustrasi buku itu bercirikan songsang sebab ia akan memudahkan golongan PLU tertarik padanya..
but, of course lah ilustrasi itu kena releven dengan jalan cerita Unspeakable Love juga..
so, di bawah ni adalah senarai penyertaan yang aku dapat.. ada banyak juga kata nak hantar ilustrasi dorang, tapi tunggu-tunggu tak hantar juga..
so, siapa kah yang jadi pemenang??
ada dua yang telah aku senarai pendekkan.. dua ilustrasi itu adalah kat bawah ni...
yang mana satu kah yang pemenang??
jeng... jeng... jeng...
jeng.... jeng... jeng...
jeng... jeng... jeng...
Tada!!
tahniah kepada yang menjadi pemenang.. boleh lah try contact aku untuk hal maklumat alamat semua..
actually, kalau diikutkan aku lah, yang akan pemenang adalah ilustasi yang bewarna hitam itu.. tapi masalah tentang cover buku satu lagi tu adalah tentang penggunaan ayat pada cover buku.. honestly, aku suka dengan ayat yang digunakan.. tapi ianya agak panjang untuk ayat pada muka buku hadapan.. kalau untuk muka buku belakang lebih sesuai lah.. so maksudnya, kalau pembuat cover buku berwarna hitam tu tak menggunakan ayat yang agak panjang pada cover buku hadapan, mungkin dia lah yang pemenangnya..
apa-apa pun, just nak ucapkan tahniah pada yang mememangi contest ini..
pada yang turut menghantar ilustrasi masing-masing, aku pun nak ucapkan ribuan terima kasih sebab sudi memeriahkan contest ini..
Thanks..
:-)
hehe.. thanx putera.
ReplyDeleteTahniah.fallen.angell
ReplyDelete...hadiah tong2 ok..hehe
woahhh. banyaknya yang lawa!!! btww, suka yang bawah epal tu, lagi cool. :) well, just my opionion . hiks
ReplyDeleteBg aq the first one tu cool gila kot haha
ReplyDeleteTp ikod la kt tuan tanah nk pilih mana ahaha
wow!!! semua best! bnyk gak yg kreatip eh...
ReplyDeleteWise choice. Tp seriously time aku tgh browse down all the cover, aku mmg dah tertarik dgn Cover yg black tu, just because of the "Unspeakable Love" word itself. Tp yg menang ni pun cantik jugak. Can imagine ade dkt rak MPH
ReplyDelete
ReplyDeleteBoBO prefer yang black tu..but keputusan dah dibuat kan...siyess BoBO suka baca blog ko ni tapi contrast sangat berair gak mata nak abiskan satu entry huhuuu.... :)
gratz kepada pemenang...creative tul korang buat cover ea...semuanya lawa2...
ReplyDeleteStuju dengan pemenang tu! :)
ReplyDeletecover yg 1st tu elok gk..byk gak yg lawa..hurm rugi lk x sempat hantar - iezz
ReplyDeletenak masuk !! HAHAHHA
ReplyDelete