Tuesday, 12 February 2013

Gay dan Maknyah Bergaduh di FB



hari ni tengah aku skodeng-skodeng satu page kat FB, tiba-tiba je aku terlihat satu pergaduhan antara maknyah dengan golongan gay.. kes nya disebabkan bila admin page tu kata "PLU tu kira okay..jangan lah jadi maknyah.. buruk tau.."

then lepas tu mula lah ada yang terasa, banyak lah makyah mula nak marah..





then perang pun mula meletus..




dan lagi..





panjang lah pergaduhan mereka.. aku pun x larat nak tunjuk..


basically macam ni lah.. mereka ni bergaduh tentang sape yang lagi yang buat banyak dosa.. aku kurang berkenan lah cara Hakimie Jb tu.. sebab dia tu bagi aku menunjukkan rasa 'anti' sangat-sangat.. sebab bagi aku ia agak radikal macam tak mahu nak dengar apa yang orang lain katakan.. sebab kalau dilihat pada diskusi tu, gara-gara si Hakimie ni lah yang buat isu ni jadi panas sebab dia yang lebih-lebih nak menghina..

then aku pun mencelah...





faham tak apa yang aku maksudkan??





aku rasa aku ni lebih bersikap terbuka.. takde masalah dengan mana-mana golongan.. malah aku juga try untuk fahami mereka.. recently pun aku ada bergaul dengan golongan lesbian dan pengkid semua.. tak pernah terfikir pun nak bergaul dengan PLU versi perempuan ni, sebab mereka ni lah yang ada contact aku dulu.. then dari saat tu, aku pun mula terdedah pada dunia songsang kaum perempuan...

point aku, kita tak boleh nak adili sape yang lagi bagus.. sape yang buat banyak dosa lagi.. sebab basically kita ni menghadapi masalah yang seakan serupa juga...

yang gay-gay ni pun banyak je yang suka blog golongan maknyah.. takde pun timbul masalah kan?? korang faham lah blog maknyah yang macam mana.. hehe



nak tengok pergaduhan mereka??





Saturday, 9 February 2013

Unspeakable Love -Part 15-







Part 15 : Deeper Conversation


hari Ahad.. keadaan hari ini agak sunyi berbanding hari biasa.. banyak pelajar dari kolej aku telah pergi ke ibu kota.. orang kata pada hari ini ada pesta buku.. hari yang dijual lebih murah berbanding biasa.. kalau diikutkan hati aku, memang aku teringin sangat nak pergi ke pesta buku tu.. tapi ada satu benda yang telah mengganggu fikiran aku sehingga membuatkan niat aku untuk pergi hilang begitu sahaja..

pada saat ini, aku duduk termenung di meja belajar aku sambil memandang pemandangan di luar tingkap.. suasana agak cerah dan ceria untuk melakukan aktiviti di luar.. tidak lah begitu panas.. senang kata agak selesa untuk bersiar-siar.. namun sekali lagi aku katakan, aku langsung tidak terfikir untuk keluar berjalan.. biarpun telah diajak oleh Shahir, namun aku menolaknya.. akhirnya, Shahir pergi bersama dengan teman-teman yang lain ke pesta buku itu..

aku menghela nafas panjang.. agak dalam, kemudiannya menghembuskannya.. fikiranku runsing.. sejak kebelakangan ini memang begitu lah.. hal ini membuatkan aku kadang-kadang angin tidak menentu.. sekejap marah, sekejap dingin dan sebentar lagi ceria semula..

"kau tahu aku macam mana kan? lepas aku balik nanti, kita akan bersembang lama.."

teringat akan kata-kata aku semalam kepada Shahir.. untuk sesuatu sebab yang sukar aku jelaskan, semalam selepas aku balik dari berjumpa dengan Saiful, aku langsung tidak berbual dengan Shahir.. aku masih ingat akan kata-kata aku itu, tapi entah macam mana, aku seakan hilang takut untuk berbicara dengan Shahir.. aku hilang keberanian untuk membincangkannya.. dan aku tidak pasti kenapa aku gentar..

Saiful...

hatiku mula berbisik..

entah kenapa sejak aku mengenali Saiful hidupku seakan mula berubah.. sebelum ini, biarpun aku menyimpan perasaan terhadap Shahir secara diam-diam, namun tidak seperti sekarang ini, aku lebih kerap memikirkan tentang hubungan dan perasaan ini berbanding dahulu.. ianya seakan menjadi lebih rumit tatkala Saiful mula berbicara mengenai 'peraturan cinta pertamanya' kepada aku dahulu.. 

katanya, untuk cinta seperti ini, peraturan pertamanya adalah cuba mengelakan diri dari jatuh cinta pada lelaki normal.. jika ia berlaku, berlajar untuk melupakannya kerana diri akan terus merana jika kita terus mengharapkan si dia.. katanya lagi, cinta itu sehendaknya harus lah saling berbalasan yang mana apabila kau mempunyai perasaan terhadap dirinya, dan dia membalasnya, maka kau akan merasa kemanisan cinta itu.. 

tapi..

ianya tidak akan terjadi jika si dia tidak akan pernah membalas cintamu.. dan kerana ini lah ia menjadi peraturan pertama pada diri Saiful.. harus memilih siapa yang mampu membalas perasaan ini.. aku dan Shahir mempunyai dua dunia yang berbeza.. memang benar kata Saiful itu.. ianya menyakitkan, namun kenapa hati ini telah memilih untuk menyukai dirinya?

Ihsan...

aku mula terfikirkan akan Ihsan.. sudah tiga tahun berlalu, namun masih juga berbekas di hati ini pada dirinya.. orang yang aku cintai dahulu dan dia juga mempunyai perasaan yang sama diriku.. namun, aku tak pernah merasai balasan cinta darinya.. dia hanya tidak mahu meluahkannya.. aku kecewa pada dirinya yang berterusan memendamkan perasaannya terhadap diriku.. dia tidak membebaskan perasaannya.. dia penjarakan perasaan cintanya..

sampai ke hari ini aku tidak faham akan kemahuannya.. siapa aku di hatinya.. sekali dia mengatakan bahawa aku hanya lah sahabat baik buat dirinya, namun pada kali keduanya dia pula berkata, "kau lebih dari sekadar sahabat baik aku, namun tidak lebih dari sekadar kekasih.."

maksudnya apa?

aku kecewa...

apa yang aku inginkan hanyalah pengiktirafan.. pengakuan cintanya kepada aku..

kenapa kehidupan aku begitu rumit? apa yang aku inginkan hanya lah satu iaitu balasan kasih sayang dari seorang insan yang bermakna dalam diri aku.. selama ini, aku tidak pernah merasakannya.. pada saat ini, aku tidak tahu apa yang akan aku lakukan pada hubungan ini? tentang hubungan perasaan pada diriku terhadap Shahir.. aku putuskan untuk meninggalkan dan melupakannya.. tapi pada masa yang sama aku begitu takut jika masa itu akan tiba.. aku benci untuk melupakan perasaan ini.. ya aku benci.. 

kemudian, ada sesuatu yang aku tertanya-tanya terhadap diri Shahir.. sikapnya pada malam itu.. apakah yang dia maksudkan dengan pelukan itu? dia cium aku di dahi, sesuatu yang sukar untuk aku terjemahkan maksudnya.. biarpun begitu kuat keinginan ku untuk mengetahuinya, namun aku mula takut untuk tahu jawapannya.. 

tiba-tiba pintu bilik aku diketuk.. 

lamunanku terhenti.. 

siapa pula yang kat luar tu?

tertanya-tanya pula aku siapakah orang itu? setahu aku, orang-orang dalam kolej ni banyak yang dah pergi keluar bandar.. kalau tak pun ada yang balik ke rumah sendiri pada jumaat lepas.. rasa-rasanya lah banyak kawan aku yang pergi keluar... kawan-kawan yang rapat dengan aku lah.. takkanlah orang lain yang ketuk pintu tu? tapi, boleh jadi juga kan..

lantas, aku bangun dari tempat duduk aku lalu pergi untuk membuka pintu.. setelah pintu dibuka, kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang sedang tersenyum memandang aku.. jantungku berdebar-debar..

"hai.." katanya..

"Saiful?!"

sungguh aku terkejut melihat kehadiran Saiful yang tanpa diduga di depan pintu bilik aku.. tergamam seketika seakan sukar percaya dia di depan mata aku.. tapi seperti kebiasaanya, Saiful hanya berlagak biasa dan tersenyum-senyum..

"macam mana kau boleh ada kat sini?!" terus aku tanyakan soalan tu.. 

"aku ekori kau lah.." jawap Saiful..

"ikut? bila??"

"semalam.. selepas aku hantar kau balik semula ke uni ni.. then lepas tu aku ekori kau dari belakang.. kau pun tak sedar.. hehe.."

ye lah... semalam memang Saiful yang tolong hantar aku balik semula ke sini.. lepas aku berjumpa dengan dia, bila dah sampai semula ke universiti aku, terus aku masuk ke kolej kediaman aku.. tak pergi ke tempat lain dah..

"kau ekori sampai aku masuk dalam bilik ni??"

"ya lah.. kau mesti tak sangka kan?? hehe.."

aku terdiam.. memang di luar jangkaan aku.. langsung tak pernah terfikir aku yang Saiful sanggup nak ekori aku dari belakang.. aku pandang matanya.. apa tujuannya yang sebenarnya??

"tak ajak aku masuk ke?? tetamu takkan lah kau tak nak layan?? hehe.." kata Saiful..

aku menghembuskan nafas.. tak tahu apa yang aku rasakan sekarang ini.. lalu aku buka pintu, ku biarkan Saiful masuk ke dalam bilik..

"buah hati kau mana??" tanya Saiful sejurus dia sudah masuk dalam bilik..

"ish!! kau ni!!"

"apanye yang 'ish!'??

"tak suka lah kau cakap macam tu.."

"haha.. okay.. okay.. hmm... roommate kau mana?? kau kata dia nak jumpa aku.. mana dia sekarang??"

oh tidak!! tergamam aku mendengar kata-kata Saiful itu.. nak cari Shahir?? oh tidak!!

Saiful hanya tersenyum bila melihat reaksi aku bila mendengar jawapannya itu.. sebetulnya aku memang tak pernah jangkakan yang Saiful akan melakukan hal seperti ini.. tapi ianya tentu lah bukan sesuatu yang menghairankan jika dia sanggup mengekori aku sampai ke bilik ini.. tentu ada sesuatu yang dia hajatkan.. tapi, berjumpa dengan Shahir?? tentu sekali aku terkejut jika itu yang dia rancangkan..

untuk sesuatu sebab yang aku tidak dapat nak jelaskan, aku mula berasa takut jika Saiful dan Shahir akan bersemuka.. entah.. aku tak tahu kenapa.. dalam hati ini seakan risau jika ia berlaku.. firasat aku mengatakan begitu.. perasaan yang membuatkan aku menjadi tidak tenteram.. mujurlah Shahir tak ada di bilik ini pada saat ini..

"dia pergi keluar.. kau nak apa sebenarnya?" tanya aku dengan nada serius..

aku memandang tajam ke arah Saiful.. tertanya-tanya akan niat sebenarnya untuk datang ke bilik aku.. dia pula hanya berlagak slumber.. Saiful memerhatikan keadaan di dalam bilik aku.. entah apa yang dia fikirkan aku pun tak tahu.. lama juga dia memandang.. dia berjalan ke arah meja belajar aku yang menghadap tingkap.. dilihatnya pula keadaan di luar sana melalui tingkap itu.. kemudian tidak lama selepas itu dia berpusing semula menghadap aku sambil tersenyum.. 

"cuaca agak elok hari ini.. apa kata aku ajak kau pergi jalan-jalan kat luar.." pelawa Saiful..

"aku malas nak pergi mana-mana hari ni.. hei! kau cakap kat aku, apa yang kau nak sebenarnya??"

Saiful berjalan, kemudian duduk di atas katil.. aku hanya memerhatikan gerak-gerinya.. yang dia duduki itu adalah katil Shahir..

"then kalau macam tu, kita berborak je kat dalam bilik ni.." kata Saiful lagi...

aku mengeluh.. sebenarnya aku ni agak geram juga pada Saiful ni.. aku tanya soalan, tapi dia ni takde pula nak jawab.. aku tanya dia apa tujuan dia datang kat bilik ni, tu soalan yang ringkas tapi langsung tak dijawabnya... perangai Saiful memang macam tu lah..

"kau duduk lah sekali.. tak letih ke asyik berdiri je.." pelawa Saiful..

aku hanya mengikut.. lalu aku pun duduk di atas katil aku sambil menghadapnya.. dia pandang aku, begitu juga dengan aku memandang dirinya.. agak lama juga kami saling berpandangan namun langsung tidak berkata apa-apa..

suasana sepi seketika... hanya kedengaran bunyi putaran kipas bergantung di siling.. 

"jom kita berbicara dari hati ke hati.. kita mulakan satu deeper conversation.." Saiful mula memecahkan kesunyian..

"kenapa pula harus begitu??" tanya aku..

"saje.. untuk kenali diri masing-masing.. salah ke??"

aku berdiam lagi.. tak perlu lah aku nak ulangi lagi.. aku tertanya-tanya akan tujuan Saiful datang ke mari.. dia nak apa?? dah lah tak jawab soalan aku tu, sekarang ni dia nak berbicara dari hati ke hati lah pula.. nak cakap tentang apa??

"kau tak kenal aku lagi.. so, kau tanya lah aku satu soalan.." Saiful mula berkata..

"nak tanya apa??"

"apa-apa je lah.. aku akan cakap.."

aku mula berfikir.. soalan apa yang aku nak tanya pada dia?? kalau difikirkan semula, memang banyak tentang diri Saiful yang aku tak tahu.. dalam hubungan antara kami berdua memang aku lah yang paling banyak bercerita tentang kisah hidup aku.. dia pula hanya mendengar.. ada juga lah dia cerita tentang hal peribadi dia, tapi takde lah banyak sangat..

"kau kata yang kau dah kerja.. so... ermm..." aku mula berbicara..

"soalan yang bagus! hehe.. ya aku dah kerja.. actually aku tak pernah masuk uni pun.. tak macam kau.."

"maksud kau apa?"

"maksudnya lepas habis sekolah, aku dah tak sambung belajar lah.. just enjoy kehidupan sendiri dengan budak-budak nakal yang lain.. hehe.." kata Saiful sambil ketawa kecil.. dia tersenyum.. namun seperti ada sesuatu di sebalik senyuman tu..

tiba-tiba mula perasaan ingin tahu dalam diri aku untuk mengetahui kisah kehidupan Saiful.. sepertinya, ada sesuatu yang aku perlu tahu akan dirinya..

"biasalah kan.. keluarga senang.. mana lah ambil berat soal pelajaran ni.. aku jujur je cakap, my family agak kaya juga lah..." sambung Saiful lagi..

kalau Saiful ni anak orang kaya, aku memang dah agak dah.. sebab dari cara dia berpakaian.. ada motorsikal berkuasa tinggi pula tu, jadi aku tak hairan lah..

"then?" kataku ringkas..

"tapi tu dulu lah.. waktu umur bawah 20 tahun.. but sekarang ni aku buka lah hati aku untuk cari duit sendiri.." jawap Saiful..

"kerja apa sebenarnya?"

"kalau aku cakap yang aku kerja kat restoran makanan segera, kau percaya tak??"

aku tergamam.. macam tak percaya je kalau Saiful ni kerja macam tu.. anak orang kaya, tapi takkan lah nak buat kerja macam tu? sekurang-kurangnya mesti lah keluarga dia akan tolong anak dia cari kerja yang lebih elok lagi.. macam main-main lah pula Saiful ni.. 

aku memandang wajah Saiful.. riak wajahnya nampak serius..

"parent kau tak tolong carikan kerja lain ke? ermm.. maksud aku.. ye lah.. kau kan.. berada sikit.. mesti lah parent kau tak nak kau kerja macam tu.. ermm.. kau jangan salah faham pula.. aku ni macam terkejut lah juga.." kata aku kepada Saiful..

serius.. timbul perasaan ingin tahu yang mula lahir terhadap Saiful.. dia ni macam misteri lah pula di fikiran aku..

"my parent dah lama meninggal.. my mother.. my father.." balas Saiful perlahan.. agak sayu..

sekali lagi aku tergamam dengan kata-kata Saiful itu.. aku terkejut.. tak tahu nak kata apa.. dalam hati aku mula timbul perasaan simpati terhadap dirinya.. anak yatim piatu rupanya Saiful ni..

"aku bukan orang sini.. aku asal selatan tanah air.." kata Saiful lagi.. kali ni dia mula tersenyum seperti biasa, "actually aku lari dari rumah, then pindah kat kota ni.. hehe"

"kenapa pula??" tanya aku mula ingin tahu.. hati seakan berdebar-debar bila mendengar cerita Saiful..

"sebab aku lari dari ibu tiri aku.. ianya agak peribadi.. senang cakap, aku tak berapa suka dengan ibu tiri aku.. then sekarang ni aku rasa bebas lah.. hehe" kata Saiful sambil tersenyum-senyum.. 

dalam hati aku mula tertanya-tanya, kenapa lah Saiful ni macam gembira je? dia cakap benda yang serius, tapi nada riak wajahnya macam main-main je.. ada apa dengan dia ni?

"actually, my mom dah meninggal lama dah waktu aku still sekolah menengah.. sebab sakit jantung.. then tak lama lepas tu, ayah aku pun kahwin lain.. sebab tu lah aku ada ibu tiri.. but then... " Saiful terdiam seketika.. nampaknya dia seperti keberatan untuk meneruskan kata-kata.. "but then waktu aku umur 19 tahun, ayah aku meninggal sebab kemalangan jalan raya.. yang ada sekarang ni cuma aku dan dua orang adik beradik aku.."

aku terdiam.. tak tahu nak cakap apa.. sambil memasang telinga, aku mendengar kisah Saiful..

"senang cakap, aku lari dari rumah sebab aku selalu bergaduh dengan ibu tiri aku.. then sampai lah kat kota ni.. sebab aku ni bukannya berpelaran tinggi, so aku pun kerja kat kedai makanan segera je lah.. but mujur juga lah ayah aku ada berikan wasiat harta kat aku.. tak ada lah banyak sangat.. but cukup lah untuk aku survive.. mungkin kau rasa aku ni kerja senang sebab pakai motorsikal tu, tapi tu sebenarnya tu hadiah pemberian ayah aku dulu.. aku cukup sayang dengan motor tu.."

"but, kenapa kau tak berapa nak suka dengan ibu tiri kau?" aku mula beranikan diri untuk bertanya.. ingin tahu apa yang sebenarnya telah berlaku.. adakah sebab ibu tiri dia tu seorang yang jahat??

Saiful tersenyum memandang aku.. hal ini lagi membuatkan aku berasa pelik.. kenapa pula dia tersenyum?

"mungkin sebab aku still tak boleh nak terima dia sebagai penganti emak aku.. actually, dia tak ada lah jahat pun.. dalam diam, ibu tiri aku tu ada masukkan duit dalam akaun bank aku.. dia tak pernah cakap, tapi aku tahu dia sebenarnya ambil berat tentang aku.. mungkin aku ni je yang ego sangat nak mengaku kesalahan aku.. ye lah.. aku ni kan budak nakal.. hehe.." kata Saiful.. bernada sayu.. tapi dia masih lagi tersenyum-senyum..

"actually, selepas aku lari dari rumah waktu aku umur 20 tahun, lepas tu aku tak pernah balik ke rumah aku lagi.. langsung aku tak pernah hubungi ibu tiri aku tu, malah adik beradik kandung aku pun tak pernah.. senang cakap, kau boleh kata aku keseorangan sekarang.." sambung Saiful lagi.. seperti biasa, dia masih lagi tersenyum..

aku terdiam.. aku tak tahu nak cakap apa.. sebenarnya aku tak pernah nak bayangkan yang Saiful mempunyai kisah kehidupannya yang agak menyedihkan.. tiada ibu dan bapa.. dan sekarang dia lari dari rumah.. kalau kita tengok wajahnya yang sentiasa ceria dan bersikap tidak serius, memang kita tak boleh nak jangkakan yang Saiful menyimpan sejarah pahit sendiri.. 

aku memandang wajahnya.. seperti dia langsung tidak bersedih.. tersenyum.. walaupun adakalanya dia bernada hiba, namun dengan segera dia berubah riak wajah berlagak biasa.. namun, aku tahu... di sebalik senyuman dibibirnya itu, ada satu perasaan yang dia sembunyikan.. perasaan yang dia takut untuk pamerkan.. dia adalah pelakon yang handal.. pandai menyimpan ada yang dia rasakan di hatinya.. 

"rasanya aku dah mula faham kau ni jenis macam mana.." aku mula bersuara..

"maksud kau apa?" balas Saiful..

"aku rasa kau jenis yang pendamkan perasaan kau sendiri.. takut untuk pamerkan apa yang hati kau rasakan.."

Saiful terdiam.. dahinya berkerut.. nampaknya dia mula bersikap serius mendengar apa yang aku nak katakan..

"tentang kau, aku rasa ada tercalit satu perasaan dalam hati kau mahu kembali ke rumah kau sendiri.. kembali untuk bertemu dengan ibu tiri kau dan adik-beradik kau yang lain.. namun, pada yang sama kau nafikan perasaan itu.. sebaliknya, kau bertopengkan dengan senyuman di bibir mu itu.. berlagak seperti biasa, hakikatnya kau juga rasa kesunyian.. aku fikir, kau rindukan mereka.."

Saiful seakan tergamam dengan kata-kata aku itu.. dia terdiam kaku.. kemudian dia tunduk menghadap ke lantai.. agak lama juga dia memandang ke bawah.. kemudian dia mula ketawa kecil.. aku jadi kaget.. aku keliru dengan reaksinya.. kemudian, dia pandang wajah aku.. Saiful mula senyum kembali.. tapi aku tak faham akan maksud senyumannya itu..

"sebab tu lah aku rasa kau lain dari yang lain.." kata Saiful..

"apa maksud kau?" tanya aku..

"takde apa-apa.."

"actually, kau membuatkan aku teringatkan seseorang.." aku bersuara kembali..

"tentang siapa?"

"tentang seseorang yang pernah memiliki hati aku.. kau dan dia agak serupa.. orang yang takut untuk tunjukkan apa yang hatinya rasakan.. orang yang mempenjarakan keinginan hatinya.." kataku dengan nada serius..

"then, kau ceritakan kat aku tentang orang itu.. adakah kau maksudkan dengan kekasih lama kau ceritakan dulu tu??"

aku terdiam.. boleh pula Saiful ni menjangkakan siapa.. ye lah.. selama ni aku ada juga cerita tentang hal Ihsan padanya.. tak pernah aku bercerita tentang kisah aku dan Ihsan melainkan pada Saiful seorang je.. jadi, tak hairan lah kalau Saiful boleh meneka siapa..

"ha ah.. tentang lelaki tu.. tentang Ihsan.. tapi dia bukan lah kekasih aku pun.. kau pun dah tahu kenapa kan??"

"fahri.."

"ye, kenapa??"

"actually aku curious tentang satu perkara.. apa yang dah berlaku antara kau dan dia sebenarnya?? maksud aku, Ihsan tu kat mana sekarang ni??"

aku terdiam bila mendengar soalan Saiful itu.. entah kenapa aku tiba-tiba berasa hiba.. segala kenangan antara aku dan Ihsan mula berputar kembali di fikiran aku.. kali ni, aku pula yang tunduk memandang lantai.. hati aku terasa berat untuk menceritakannya..

"dia dah mati.." kataku perlahan..

"oh.. sorry lah ye.." balas Saiful.. "jadi sebab tu lah kau tak bersama dengan dia sekarang ni?"

"tak ada lah.. dia still hidup, tapi dia juga sudah mati.."

"maksud kau?"

"dia nak aku fikir yang dia sudah mati.. sebab tu lah aku cakap begitu.."

aku memandang wajah Saiful.. dahinya berkerut.. mungkin dia tidak memahami apa yang aku katakan..

"kali terakhir aku berjumpa dengan Ihsan dia berkata pada aku satu perkara, pada setiap pengakhiran, bermula juga satu permulaan.. dia nak aku lupakan tentang dirinya.. hilangkan jejak kenangan bersamanya dulu.. seperti yang kau katakan, persoalan tentang memori.. pabila kenangan itu menjadi satu beban di saat kita ingin melupakan dirinya.. mungkin sebab itu lah dia mahu pergi.."

ada persamaan tentang diri Saiful dengan Ihsan.. apa yang Ihsan pernah katakan dahulu, Saiful juga ada katakan pada aku.. cuma sebelum Saiful menjelaskannya kepada aku, tidak pernah aku fahami apa yang Ihsan maksudkan.. macam tadi juga lah, mereka berdua mempunyai persamaan tentang sukar untuk mempamerkan perasaan yang tersimpan di hati mereka.. entah.. mungkin adalah persamaan namun mungkin juga tidak.. sebab aku sendiri belum mengetahui akan diri Saiful yang sebenarnya..

aku dan Saiful saling bertentangan.. entah kenapa pada saat ini aku melihat Saiful, aku seakan melihat diri Ihsan.. mungkin sebab secalit persamaan itu dalam diri mereka berdua.. cuma Saiful lebih suka tersenyum, manakala Ihsan dengan wajah yang serius..

"then, di mana Ihsan sekarang?" tanya Saiful..

"dia kat luar negara.. di sambung belajar di luar negara.. sebab tu lah kami tak lagi bersama.. but.. aku rasa memang dia yang sengaja untuk pergi jauh dari aku.. dia takut dengan perasaanya pada aku.. takut dengan ikatan perasaan.. aku rasa memang begitu lah.."

"...but macam yang dia katakan, di setiap pengakhiran, bermula juga satu permulaan.. begitu sukar hati ini untuk menggantikan dia di hati aku.. pun begitu, aku akhirnya buka hati aku untuk dimiliki, namun pada masa yang sama Ihsan masih juga menjadi kenangan aku.. dan sebab itu lah hati ini terpaut pada Shahir sekarang.. ianya mungkin satu lembaran yang baru.." sambung aku lagi..

"kau lakukam apa jika Ihsan kembali semula? dia tentu lah tidak selama-lamanya akan berada di luar negara.. mungkin pada satu saat nanti, kamu berjumpa semula.. jadi, kau lakukan apa? adakah kau akan kejar dia semula??" tanya Saiful dengan nada yang serius..

aku tergamam.. sungguh aku tergamam dengan soalan Saiful itu.. apa akan jadi kalau Ihsan kembali ke tanah air semula?? sungguh, aku langsung tidak pernah terfikirkan hal ini.. 

aku terdiam.. entah kenapa hati ini mula ditimbuni oleh seribu satu persoalan.. aku lakukan apa? aku sudah berhenti berharap pada Ihsan.. sebab itu lah yang dia mahu aku lakukan.. lalu aku cuba lakukannya juga.. 

tapi...

hati ini masih lagi terukir namanya, biarpun aku telah berhenti mengharapkannya.. dia masih berada di hati aku.. tapi, aku lakukan apa jika dia kembali??

aku tersenyum.. kelat..

"aku rasa tidak begitu.. sebab dia yang lari dari aku.. tentu sekali dia akan cuba melarikan diri lagi.." balasku..

"mungkin.. mungkin ya.. mungkin juga tidak.. kau tak tahu apa yang dah berubah.. apa-apa boleh jadi.."

aku terdiam.. memang ada kebenaran kata-kata Saiful itu.. pada saat ini aku seakan dikejutkan dengan satu kemungkinan yang mungkin akan terjadi.. persoalannya, aku lakukan apa jika hal itu terjadi??

"hai Fahri..."

tiba-tiba kedengaran satu suara.. bukan dari Saiful.. ianya dari dari pintu bilik.. suara yang aku begitu kenal sekali.. entah kenapa hatiku mula berdegup dengan laju.. hatiku mula berdebar-debar.. aku menoleh..

"eh? ada kawan yang datang ke?" kata orang tu lagi..

oh tidak! Shahir dah datang semula!

aku terkejut.. begitu juga dengan Saiful..









Tuesday, 5 February 2013

Unspeakable Love -Part 14-






Part 14 : Crying Heart


kau fikirkan apa jika orang yang kau suka sebelum ini akhirnya memberi sesuatu yang tak pernah kau harapkan pun? dia memeluk mu di saat kau tak pernah memintanya bahkan langsung tidak pernah kau fikirkan pun sebelum ini.. kau seakan sukar bernafas tatkala dia memelukmu dengan penuh erat... terasa panas dan mendebarkan.. masih terasa lagi akan kehangatan tubuhnya.. ianya berasa begitu intim sekali.. apa tah lagi jantungmu dan jantungnya bertembung membolehkan sama-sama merasakan rentak nada degupan jantung bersama-sama..

nadaku pantas.. namun rentaknya pula normal.. aku gementar, namun dia pula berlagak seperti biasa..

sepatutnya, aku patut berasa gembira jika hal ini telah berlaku pada diriku.. namun sejujurnya langsung tidak sedetik pun perasaan gembira wujud pada diriku melainkan hanya lah.. kekeliruan...

dia buat aku keliru..

ianya bukan lah satu mimpi.. keesokan harinya apabila aku sedar dari tidurku dia, Shahir masih lagi terlena di sampingku.. aku memandang wajahnya.. tangannya masih lagi memeluk tubuhku.. sehingga saat ini aku masih seakan sukar untuk percaya tentang apa yang dia telah lakukan semalam..

sentuhan itu.. pelukan itu.. dan kucupan darinya pada diriku... apakah yang dia maksudkan dengan semua itu?

aku masih lagi bingung.. semuanya adalah begitu tiba-tiba.. begitu sukar terima dan fahami.. aku leraikan pelukannya perlahan-lahan.. dengan berhati-hati, aku takut jika dia akan terjaga.. aku menarik nafas lalu bangun dari katil..

hari semakin cerah.. dari tingkap, bersinar pancaran matahari yang mula menghangatkan pagi ini.. agak silau.. rupa-rupanya aku terlupa untuk menutup langsir pada malam semalam.. 

tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi.. ku capai telefon bimbitku yang berada di atas meja belajar aku.. ada pesanan ringkas masuk.. pada skrin, tertera nama Saiful..

jumpa aku pada Mall tempat kau kerja dulu.. dalam pukul 10 mcm tu k..

baru aku teringat yang Saiful mahu aku berjumpa dengannya pada hari ni.. aku mula tertanya-tanya pada diri sendiri sama ada aku patut pergi ataupun tak.. sebetulnya pada saat ini aku berasa geram pada Saiful dan dalam masa yang sama aku inginkan penjelasan darinya tentang apa yang dia telah bualkan pada Shahir.. ya.. mungkin aku harus berjumpa dengannya.. mahu tidak mahu aku teringin tahu penjelasan dari Saiful..

tapi..

"don't worry lah Fahri.. aku akan temankan esok.."

teringat akan kata-kata Shahir semalam.. aku tertanya-tanya jika Saiful mahu aku dan Shahir berjumpa dengannya ataupun memang Shahir sendiri yang mahu menemani ku? entah kenapa, hatiku mula berasa bimbang.. patutkah aku pergi dengan Shahir?

sekali lagi aku memandang wajah Shahir yang masih lagi terlena.. aku mula menarik nafaz dalam-dalam.. untuk beberapa sebab yang aku tidak boleh jelaskan, jauh di sudut hatiku mengatakan yang aku patut pergi seorang diri sahaja.. mungkin ada sesuatu yang tidak dibiarkan jika Shahir akan berjumpa Saiful.. hatiku berasa bimbang dan tidak tenang.. aku memutuskan untuk pergi tanpa ditemani Shahir..

dengan segara aku keluar bilik untuk bersiap diri.. pergi ke bilik mandi dengan tergesa-gesa.. aku takut jika Shahir nanti akan tersedar.. rancangan ku untuk pergi semasa dia masih lagi terlena.. lebih kurang lima minit sahaja aku mandi, kemudian aku terus berlari untuk masuk ke dalam bilik.. namun..

"Fahri, kau dah nak pergi ke?" rupa-rupanya Shahir telah pun terjaga..

aku terkejut dan terus terdiam.. lalu terus aku pergi perlahan-lahan ke almari aku untuk bersalin pakaian berpura-pura berlagak biasa.. langsung aku tidak menoleh ke arah Shahir..

"kenapa kau tak kejutkan aku?" tanya Shahir..

aku hanya terdiam tidak membalas pertanyaan Shahir.. sambil memakai pakaian, berpura-pura tidak mendengar..

"pukul berapa kau nak gerak?" tanya Shahir lagi..

aku masih juga membisu.. namun kali ni aku menoleh ke arah Shahir.. dia juga turut memandang aku..

entah kenapa aku berasa gugup pada saat ini.. gugup bila memandang wajah Shahir yang memandang wajahku dengan serius..

"Shahir.." akhirnya aku bersuara.. "aku dah nak pergi dah, tapi.. pergi seorangan.. tanpa kau.."

"kenapa?" Shahir terus bertanya..

"aku tak dapat nak jelaskan kenapa.. sebab aku rasa lagi bagus aku pergi seorang je kot.. aku harap kau tak mendesak untuk ikut sama.."

"aku nak kenal dia.. sebab tu aku nak ikut sama.."

aku terkejut mendengar  kata-kata Shahir itu.. kenapa dia nak kenal dengan Saiful? jadi memang keinginan dia sendiri lah untuk pergi bersama aku? hal ini membuatkan hatiku lagi bertambah keliru.. hati ku mula berasa risau.. tertanya-tanya akan niat Shahir.. gugup.. itu lah yang aku rasakan sekarang..

"kenapa kau nak kenal dia?" tanyaku.. kali ni dengan nada yang agak serius..

"saje.. kenapa? tak boleh ke?"

"aku dah tak tahu nak cakap apa lagi.. tapi aku akan pergi juga.. tanpa kau.. aku harap kau tak lagi mendesak.."

aku memandang wajah Shahir dengan pandangan serius.. aku mahu dia tahu yang aku tetap juga bertegas nak pergi berseorangan.. dia pula hanya terdiam membisu sambil tunduk memandang lantai..

aku kembali menghadap ke almari aku untuk bersiap.. ku pandang pada cermin di sebalik dinding almari aku untuk menggayakan rambut.. namun, di sebalik cermin itu juga, ku lihat keadaan Shahir yang berada di belakangku..

pandang dan pandang..

tiba-tiba dia menoleh ke arahku, perasan yang aku sedang memerhatikannya di sebalik cermin itu.. menyedari hal itu, aku cepat-cepat mengalihkan pandangan, berpura-pura berlagak biasa..

setelah aku kemas bersiap, segera aku menutup almari itu.. baru je nak melangkah keluar dari bilik, aku berhenti lalu menoleh ke belakang memandang Shahir.. dia masih lagi terdiam namun turut memandang wajah aku..

"kau tahu aku macam mana kan? lepas aku balik nanti, kita akan bersembang lama..." kataku dengan serius..

aku pergi.. melangkah keluar meninggalkan dirinya..

tak tahu kenapa hatiku tiba-tiba menjadi lebih risau.. sebelum aku pergi, sekilas pandang aku melihat dirinya tersenyum.. bukannya gembira.. bukan juga sinis.. tapi senyuman yang kelat..

why?

hatiku mula tertanya-tanya..

ada sesuatu pada senyuman itu.. ianya membuatkan aku lebih tidak tenteram...



*          *          *



sekitar pukul 10.30 pagi, di tempat yang diminta oleh Saiful, aku masih lagi menunggu akan kehadirannya.. sambil aku duduk di atas kerusi yang disediakan.. mataku meliar-liar mencari kelibat Saiful.. dia ada menghantar sms kepada aku lagi, untuk menunggunya di pintu depan shopping mall ini.. tapi sudah lebih setengah jam daripada waktu yang dia katakan untuk berjumpa, namun dia sendiri yang tidak menepati waktu..

aku bermasam muka.. hatiku bertambah geram pada Saiful.. malam semalam, dia membuatkan aku berasa marah kerana dia tak nak bercakap tentang apa yang dia bualkan pada Shahir, sehingga aku terpaksa berjumpa dengannya pada hari ini untuk meminta penjelasan.. bila aku fikirkan semula, mungkin ini sudah dia rancangkan untuk membuatkan aku mahu tidak mahu perlu berjumpa dengan dirinya.. aku rasa memang begitu.. sudah tentu ini lah yang dia mahukan..

entah kenapa aku mula tidak faham dengan Saiful.. apa yang dia mahukan pada aku sebenarnya? untuk berkawan dengan aku? ah! tentu sekali aku tidak suka dengan caranya.. ini bukan lah cara yang terbaik untuk berkawan dengan aku sebab biarpun kami sudah lama berborak di alam maya, namun dia di hati aku masih lagi seorang yang asing.. dan kini, dia lambat datang.. kenapa? takut nak bersemuka dengan aku?

tengah aku merungut tentang Saiful, tiba-tiba bahuku disentuh dari belakang.. aku menoleh.. sudah tentu orang itu adalah Saiful.. wajahnya tersenyum mesra.. namun tidak pada aku.. senyumannya aku balas dengan muka yang masam..

"marah?" tanya Saiful sambil tersengih.."sorry lah lambat datang.. susah nak cari parking untuk motorsikal aku tadi.." Saiful mula memberikan alasan..

tapi, aku hanya memandang tajam ke arah mukanya sambil tidak berkata apa-apa..

"erm.. okay, okay.. lepas ni aku janji tak kan buat kau tertunggu-tunggu.. i promise.." kata Saiful lagi..

"aku tak kisah sangat kalau kau datang lewat.. tapi, kau tahu tak sekarang ni aku geram kat kau? aku cakap direct je ni.. aku rasa yang kau dah faham kenapa.. kau cakap apa pada kawan aku tu semalam?" dengan nada yang serius aku meminta penjelasan dari Saiful..

namun, Saiful masih lagi tersengih, seperti tidak rasa bersalah..

"rileks lah bro.. aku baru je datang, then kau terus marah-marah aku.. hehe.." kata Saiful lalu cuba merangkul bahuku.. namun dengan kasar menepisnya..

kali ni Saiful terdiam.. sudah pasti dia mula faham itu sebagai tanda aku nak dia bersikap serius tentang hal ini..

"kita gerak kat tempat lain.. kat sini kurang privasi sikit.." Saiful mula bernada serius namun masih lagi tersenyum.. "jom, ikut aku.. kita pergi tempat lain.." dia mula merangkul bahu aku lagi..

"kenapa aku perlu ikut kau? kenapa aku perlu percayakan kau? aku nak kau cakap kat sini juga.."

aku masih lagi berkeras.. lebih-lebih pula dia ni.. kata nak jumpa kat sini... lepas tu dah nak pergi tempat lain pula.. kenapa pula aku harus ikut sahaja apa yang dia nak? dia nak jumpa aku, sekarang ni aku kat depan matanya.. walaupun tu sebab aku memang harus jumpa dengan dia pun.. baru je dia datang kat sini di tempat yang dia tentukan sendiri, sekarang dah nak pergi tempat lain pula?

"then tak dapat lah aku nak cakap kat kau nanti.. hehe" Saiful tersengih lagi..

geramnya aku! pandai pula dia ni tak perangkap aku.. Saiful ni kalau bab nak ikut kehendak dia, memang dia ni sangat lah pandai.. sampai kita nak tak nak kena ikut juga kehendak dia..

aku memeluk tubuh sambil berkata, "nak pergi mana? jangan jauh-jauh, sudah."

Saiful tersenyum.. nampak gayanya, tekniknya berkesan lah tu.. aku memang dah tak boleh nak bantah cakap dia.. memang lah kalau aku ikutkan perasaan, aku tak nak ikut sangat telunjuk si Saiful ni.. tapi aku sedar juga lah, yang aku tak boleh nak paksa mulutnya untuk berkata-kata..

Saiful mengajak aku ke motorsikalnya.. yang berwarna hitam seperti tempoh hari.. kemudian dia duduk, lalu memberikan aku helmet..

"tak kan still takut lagi?"tanya Saiful bernada nakal..

aku hanya bisu lalu mengambil helmet tersebut..

enjin dihidupkan.. sekali lagi, aku membonceng dibelakang Saiful dengan motorsikal hitamnya itu.. kali ni aku takde lah gementar sangat seperti tempoh hari.. cuma masih lagi terasa janggal buat aku untuk nak peluk tubuh Saiful.. tapi, mujur juga lah kali ni dia takde bawa motor tu laju-laju.. takde lah rasa semput macam tempoh hari..

lebih kurang lima belas minit, akhirnya kami sampai di tempat Saiful inginkan...

di satu taman yang menghadap laut di utaranya.. Saiful mengajak aku untuk pergi ke satu tempat yang ada kerusi, di bawah teduhan pokok.. kemudian, di sana, dia mengajak aku untuk bersebelahan dengannya..

aku memandang kiri dan kanan.. keadaan agak sunyi.. tidak kelihatan orang lalu lalang.. hanya ada kelibat kami berdua sahaja di taman itu..

"selesa dengan tempat ini?" Saiful mula bersuara..

tapi seperti biasa, aku hanya diam membisu.. tapi dalam hati aku, mungkin betul juga apa yang Saiful katakan.. cari tempat yang ada privasi sikit untuk membincangkan hal ini.. dan aku rasa tempat ni agak sesuai juga..

"kau cakap apa pada roommate aku tu semalam?" tanpa banyak dalih, aku terus bertanyakan soalan itu..

tapi, seperti biasa juga lah, Saiful masih lagi tersengih-sengih seperti tidak ambil serius dengan soalan aku.. ini lah yang buat aku jadi geram..

"kau nak tahu apa yang aku fikir? aku tertanya-tanya kenapa lah kau suddenly je jadi marah-marah kat aku? macam aku dah buat satu kesalahan besar kat kau.." kata Saiful..

"hei.. kau jangan nak buat-buat tak tahu pula.. kau cakap kat aku apa yang kau dah cakapkan pada Shahir? serius aku cakap.." balasku dengan nada yang tegas..

"aku cakap apa? haha.. aku tak cakap apa-apa pun.. saje nak dengar suara lelaki idaman kau tu.. hehe.." kata Saiful dengan menekankan perkataan 'lelaki idaman kau itu'..

aduh! semakin tinggi lah darah aku nanti dengan sikap Saiful ni.. ni yang aku buat jadi bertambah geram dengan Saiful.. mahu je aku nak lempang muka dia yang kita tanya serius tapi dia jawab main-main.. siapa tak rasa sakit hati?

aku menarik nafas cuba untuk meredakan rasa geram aku.. susah aku nak kawal emosi aku lebih-lebih lagi bila melihat Saiful yang dari tadi tersenyum-senyum je.. macam nak tambah kemarahan aku kat dia pula..

"okay.." dengan nada perlahan suara yang dikawal, aku mula bersuara, "aku cakap baik-baik ni.. so, aku harap kau pun boleh lah cakap dengan serius sikit.. kalau kau tak cakap apa-apa kat dia, so kenapa my roommate tu jadi lain macam je lepas cakap dengan kau.."

"lain macam? maksud kau apa?" kali ni Saiful mula bernada serius..

"dia peluk aku.. semalam.. dia peluk aku.."

berat mulut aku untuk berkata tentang hal ini.. sebab sampai sekarang aku masih lagi tidak boleh lupakan apa yang Shahir telah lakukan pada aku semalam.. aku sukar untuk percaya dengan kejadian semalam..

"wow.. peluk kau? so, it's a good thing lah.. tahniah aku cakap kan.. hehe" kata Saiful.. nampaknya, dia juga seakan terkejut dengan apa yang aku katakan..

"jadi aku nak tahu, kau cakap apa kat dia malam tu? dah banyak kali aku tanya, tapi kau ni tak jawab-jawab juga.."

"wei.. bukan kau ke selama ni pendam perasaan kat dia? so, kenapa pula kau macam marah-marah pula? bagus lah tu.. ada balasan.."

"masalahnya, dia sepatutnya tak kan peluk aku.. dia memang seharusnya tak akan peluk aku.. tapi dia dah buat sesuatu yang dia sepatutnya tak akan lakukan.."

Saiful terdiam.. aku pula jadi semakin keliru.. tertanya-tanya dengan pengakuan Saiful.. dia sendiri nampak terkejut.. sebab tu lah aku jadi keliru.. jika benar Saiful tak ada berkata apa-apa yang tak sepatutnya, jadi kenapa pula Shahir berkelakuan sedemikian rupa.. aku yakin, mesti ada kaitan dengan apa yang Saiful telah bualkan dengannya..

"aku katakan pada dia yang kau dalam kesedihan.." Saiful mula bersuara.. nada yang serius..

aku berkerut dahi.. tak faham apa yang Saiful maksudkan..

"aku kata kat dia minta untuk buat kau gembira.. hiburkan hati kau.. pada masa ni lah.. sebab dia lah yang paling dekat dengan kau.." kata Saiful sambil memandang tepat mataku.. pandangan dari wajahnya agak serius..

"kenapa pula kau nak dia buat aku gembira? kenapa pula kau nak ambil berat tentang aku? and lagi, aku gembira je sekarang ni.."

aku perlukan penjelasan.. entah kenapa lah dengan Saiful ni? cakap hal yang pelik-pelik pula.. cakap hal yang bukan-bukan kat Shahir.. entah apa tujuannya, aku pun tak tahu..

lalu, tangan Saiful mula memegang tangan aku.. hal ini membuatkan aku terkejut seketika.. matanya aku pandang.. perlahan-lahan dia meletakkan telapak tanganku pada dadaku.. hati ku pula semakin berdebar-debar dengan apa yang Saiful lakukan..

Saiful tersenyum.. kali ini bukan senyuman nakal seperti biasanya.. tapi sukar untuk aku terjemahkan maksud senyuman itu..

"ianya menangis.. hati mu dalam kesedihan.. aku faham akan rentak degupannya.."

aku terdiam...

aku kaku...

keliru dengan kelakuan Saiful.. keliru dengan apa yang Shahir telah lakukan.. keliru dengan semuanya..

hatiku menangis? jika  ya, siapa kau untuk ambil peduli?

aku memandang wajah Saiful..

bibirnya tersenyum.. matanya penuh dengan seribu persoalan yang aku sendiri tidak memahaminya..

tapi...

entah macam mana, mata ku seakan mula berkaca.. ia mula keluar, lalu setitis darinya mula jatuh membasahi pipi..

aku menangis..

tapi kenapa?











Thursday, 24 January 2013

Sisi Gelapku (review)






kali ni aku nak buat review cerita yang berjudul 'Sisi Gelapku'.. ini adalah novel PLU kedua aku baca selepas cerita Cinta Tanpa Noktah.. cerita ini agak panjang.. ada Musim Pertama (28 parts) dan Musim Kedua (54 parts) semuanya berjumlah 82 parts cerita.. banyak giler! kalau baca dah macam tengok drama tv yang panjang..

Musim Pertama lebih menjurus tentang kisah kehidupan watak utama, Khuzai dan kekasihnya, Badrul.. plot masa pada Musim Pertama ini adalah ketika Khuzai masih lagi menuntut di sekolah menengah.. bermula bagaimana senior Khuzai iatitu Badrul cuba untuk melamar Khuzai sebagai kekasihnya.. apa awalan cerita ini, Khuzai bukan lah seratus peratus gay.. bahkan dia sebenarnya turut menyimpan perasaan kepada seorang Perempuan.. namun apabila cerita ini berkembang, perasaan suka itu mungkin mula teralih kepada lelaki apabila dia akhirnya menjadi teman kepada Badrul.. cerita Sisi Gelapku memang penuh konflik.. for me, tema keseluruhan cerita ini adalah mengenai 'kesetiaan'.. dan lagi, cerita ini sebenarnya mengandungi unsur erotika yang melampau.. jadi ia agak kurang sesuai dibaca bagi yang tak suka cerita macam ini..

konflik terbesar pertama ketika Khuzai yang mula ketagih dengan seks, mengajak Badrul untuk melakukan threesome bersama Hairi.. ini lah babak yang begitu menguris hati aku apabila aku turut kecewa dengan sikap Khuzai.. Badrul mengatakan setuju walaupun sebenarnya dia cuma ingin menguji kesetiaan Khuzai terhadapnya.. dan akhirnya di depan mata Badrul sendiri dia melihat bagaimana Khuzai dengan mudah melakukan seks dengan Hairi.. hal ini membuatkan Badrul begitu kecewa dengan ketidaksetiaan Khuzai terhadap dirinya.. bermula dari saat itu, hubungan Badrul dan Khuzai mula terputus..

kemudian pada Musim Kedua pula mostly menceritakan tentang kisah Khuzai di universiti.. walaupun hubungannya dengan Badrul telah terputus.. namun hatinya masih belum dapat melupakan kekasih pertamanya itu.. hingga lah pada satu hari bila Khuzai mendengar cerita bahawa Badrul telah kemalangan menyebabkannya hilang ingatan.. Khuzai begitu sedih bila Badrul tidak lagi ingat akan memorinya dulu.. ditambah lagi bila Badrul yang hilang ingatan itu akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang perempuan.. kekecewaan dalam hati Khuzai untuk melupakan Badrul akhirnya digantikan dengan cinta yang tidak berbelah bahagi dari teman serumahnya bernama Razif yang dalam diam suka akan Khuzai..

maka, bermula lah kisah percintaan baru antara Khuzai dan Razif.. konflik melanda biarpun sebanyak mana Razif mencintai Khuzai, namun masih tersimpan juga perasaan sayang Khuzai terhadap Badrul.. then, bermula lah usaha Razif untuk memenangi hati Khuzai secara total.. Khuzai mula berbelah bahagi sama ada mahu melupakan Badrul ataupun menerima cinta Razif seadanya.. dan klimaks cerita mula ketika Badrul akhirnya dapat mengingati semula kenangannya bersama Khuzai.. dan dari saat itu Badrul mahu Khuzai kembali kepada dirinya biarpun dia akan berkahwin jua.. pada saat ini lah Razif yang setulus hati mencintai Khuzai akhirnya menyerah akan kehendak Khuzai.. semuanya terserah kepada Khuzai sama ada memilih Badrul ataupun Razif..

in short, macam aku cakap lah.. cerita ini adalah tentang erti kesetiaan.. seperti mana Badrul kecewa pada khuzai yang melakukan seks dengan lelaki lain di depan matanya.. dan lagi, biar pun Khuzai sudah bercinta dengan Razif, namun hatinya masih juga memikirkan tentang kekasih lamanya.. seriously aku cakap cerita ini penuh dengan konflik.. cuma yang tak bestnya ada banyak adegan yang tak ditapis lah..




to read this story

AMARAN!! cerita ini penuh dengan adegan yang tak ditapis..




#baca juga review lain pada tab di atas 'PLU Novel Reviews'..