Part 15 : Deeper Conversation
hari Ahad.. keadaan hari ini agak sunyi berbanding hari biasa.. banyak pelajar dari kolej aku telah pergi ke ibu kota.. orang kata pada hari ini ada pesta buku.. hari yang dijual lebih murah berbanding biasa.. kalau diikutkan hati aku, memang aku teringin sangat nak pergi ke pesta buku tu.. tapi ada satu benda yang telah mengganggu fikiran aku sehingga membuatkan niat aku untuk pergi hilang begitu sahaja..
pada saat ini, aku duduk termenung di meja belajar aku sambil memandang pemandangan di luar tingkap.. suasana agak cerah dan ceria untuk melakukan aktiviti di luar.. tidak lah begitu panas.. senang kata agak selesa untuk bersiar-siar.. namun sekali lagi aku katakan, aku langsung tidak terfikir untuk keluar berjalan.. biarpun telah diajak oleh Shahir, namun aku menolaknya.. akhirnya, Shahir pergi bersama dengan teman-teman yang lain ke pesta buku itu..
aku menghela nafas panjang.. agak dalam, kemudiannya menghembuskannya.. fikiranku runsing.. sejak kebelakangan ini memang begitu lah.. hal ini membuatkan aku kadang-kadang angin tidak menentu.. sekejap marah, sekejap dingin dan sebentar lagi ceria semula..
"kau tahu aku macam mana kan? lepas aku balik nanti, kita akan bersembang lama.."
teringat akan kata-kata aku semalam kepada Shahir.. untuk sesuatu sebab yang sukar aku jelaskan, semalam selepas aku balik dari berjumpa dengan Saiful, aku langsung tidak berbual dengan Shahir.. aku masih ingat akan kata-kata aku itu, tapi entah macam mana, aku seakan hilang takut untuk berbicara dengan Shahir.. aku hilang keberanian untuk membincangkannya.. dan aku tidak pasti kenapa aku gentar..
Saiful...
hatiku mula berbisik..
entah kenapa sejak aku mengenali Saiful hidupku seakan mula berubah.. sebelum ini, biarpun aku menyimpan perasaan terhadap Shahir secara diam-diam, namun tidak seperti sekarang ini, aku lebih kerap memikirkan tentang hubungan dan perasaan ini berbanding dahulu.. ianya seakan menjadi lebih rumit tatkala Saiful mula berbicara mengenai 'peraturan cinta pertamanya' kepada aku dahulu..
katanya, untuk cinta seperti ini, peraturan pertamanya adalah cuba mengelakan diri dari jatuh cinta pada lelaki normal.. jika ia berlaku, berlajar untuk melupakannya kerana diri akan terus merana jika kita terus mengharapkan si dia.. katanya lagi, cinta itu sehendaknya harus lah saling berbalasan yang mana apabila kau mempunyai perasaan terhadap dirinya, dan dia membalasnya, maka kau akan merasa kemanisan cinta itu..
tapi..
ianya tidak akan terjadi jika si dia tidak akan pernah membalas cintamu.. dan kerana ini lah ia menjadi peraturan pertama pada diri Saiful.. harus memilih siapa yang mampu membalas perasaan ini.. aku dan Shahir mempunyai dua dunia yang berbeza.. memang benar kata Saiful itu.. ianya menyakitkan, namun kenapa hati ini telah memilih untuk menyukai dirinya?
Ihsan...
aku mula terfikirkan akan Ihsan.. sudah tiga tahun berlalu, namun masih juga berbekas di hati ini pada dirinya.. orang yang aku cintai dahulu dan dia juga mempunyai perasaan yang sama diriku.. namun, aku tak pernah merasai balasan cinta darinya.. dia hanya tidak mahu meluahkannya.. aku kecewa pada dirinya yang berterusan memendamkan perasaannya terhadap diriku.. dia tidak membebaskan perasaannya.. dia penjarakan perasaan cintanya..
sampai ke hari ini aku tidak faham akan kemahuannya.. siapa aku di hatinya.. sekali dia mengatakan bahawa aku hanya lah sahabat baik buat dirinya, namun pada kali keduanya dia pula berkata, "kau lebih dari sekadar sahabat baik aku, namun tidak lebih dari sekadar kekasih.."
maksudnya apa?
aku kecewa...
apa yang aku inginkan hanyalah pengiktirafan.. pengakuan cintanya kepada aku..
kenapa kehidupan aku begitu rumit? apa yang aku inginkan hanya lah satu iaitu balasan kasih sayang dari seorang insan yang bermakna dalam diri aku.. selama ini, aku tidak pernah merasakannya.. pada saat ini, aku tidak tahu apa yang akan aku lakukan pada hubungan ini? tentang hubungan perasaan pada diriku terhadap Shahir.. aku putuskan untuk meninggalkan dan melupakannya.. tapi pada masa yang sama aku begitu takut jika masa itu akan tiba.. aku benci untuk melupakan perasaan ini.. ya aku benci..
kemudian, ada sesuatu yang aku tertanya-tanya terhadap diri Shahir.. sikapnya pada malam itu.. apakah yang dia maksudkan dengan pelukan itu? dia cium aku di dahi, sesuatu yang sukar untuk aku terjemahkan maksudnya.. biarpun begitu kuat keinginan ku untuk mengetahuinya, namun aku mula takut untuk tahu jawapannya..
tiba-tiba pintu bilik aku diketuk..
lamunanku terhenti..
siapa pula yang kat luar tu?
tertanya-tanya pula aku siapakah orang itu? setahu aku, orang-orang dalam kolej ni banyak yang dah pergi keluar bandar.. kalau tak pun ada yang balik ke rumah sendiri pada jumaat lepas.. rasa-rasanya lah banyak kawan aku yang pergi keluar... kawan-kawan yang rapat dengan aku lah.. takkanlah orang lain yang ketuk pintu tu? tapi, boleh jadi juga kan..
lantas, aku bangun dari tempat duduk aku lalu pergi untuk membuka pintu.. setelah pintu dibuka, kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang sedang tersenyum memandang aku.. jantungku berdebar-debar..
"hai.." katanya..
"Saiful?!"
sungguh aku terkejut melihat kehadiran Saiful yang tanpa diduga di depan pintu bilik aku.. tergamam seketika seakan sukar percaya dia di depan mata aku.. tapi seperti kebiasaanya, Saiful hanya berlagak biasa dan tersenyum-senyum..
"macam mana kau boleh ada kat sini?!" terus aku tanyakan soalan tu..
"aku ekori kau lah.." jawap Saiful..
"ikut? bila??"
"semalam.. selepas aku hantar kau balik semula ke uni ni.. then lepas tu aku ekori kau dari belakang.. kau pun tak sedar.. hehe.."
ye lah... semalam memang Saiful yang tolong hantar aku balik semula ke sini.. lepas aku berjumpa dengan dia, bila dah sampai semula ke universiti aku, terus aku masuk ke kolej kediaman aku.. tak pergi ke tempat lain dah..
"kau ekori sampai aku masuk dalam bilik ni??"
"ya lah.. kau mesti tak sangka kan?? hehe.."
aku terdiam.. memang di luar jangkaan aku.. langsung tak pernah terfikir aku yang Saiful sanggup nak ekori aku dari belakang.. aku pandang matanya.. apa tujuannya yang sebenarnya??
"tak ajak aku masuk ke?? tetamu takkan lah kau tak nak layan?? hehe.." kata Saiful..
aku menghembuskan nafas.. tak tahu apa yang aku rasakan sekarang ini.. lalu aku buka pintu, ku biarkan Saiful masuk ke dalam bilik..
"buah hati kau mana??" tanya Saiful sejurus dia sudah masuk dalam bilik..
"ish!! kau ni!!"
"apanye yang 'ish!'??
"tak suka lah kau cakap macam tu.."
"haha.. okay.. okay.. hmm... roommate kau mana?? kau kata dia nak jumpa aku.. mana dia sekarang??"
oh tidak!! tergamam aku mendengar kata-kata Saiful itu.. nak cari Shahir?? oh tidak!!
Saiful hanya tersenyum bila melihat reaksi aku bila mendengar jawapannya itu.. sebetulnya aku memang tak pernah jangkakan yang Saiful akan melakukan hal seperti ini.. tapi ianya tentu lah bukan sesuatu yang menghairankan jika dia sanggup mengekori aku sampai ke bilik ini.. tentu ada sesuatu yang dia hajatkan.. tapi, berjumpa dengan Shahir?? tentu sekali aku terkejut jika itu yang dia rancangkan..
untuk sesuatu sebab yang aku tidak dapat nak jelaskan, aku mula berasa takut jika Saiful dan Shahir akan bersemuka.. entah.. aku tak tahu kenapa.. dalam hati ini seakan risau jika ia berlaku.. firasat aku mengatakan begitu.. perasaan yang membuatkan aku menjadi tidak tenteram.. mujurlah Shahir tak ada di bilik ini pada saat ini..
"dia pergi keluar.. kau nak apa sebenarnya?" tanya aku dengan nada serius..
aku memandang tajam ke arah Saiful.. tertanya-tanya akan niat sebenarnya untuk datang ke bilik aku.. dia pula hanya berlagak slumber.. Saiful memerhatikan keadaan di dalam bilik aku.. entah apa yang dia fikirkan aku pun tak tahu.. lama juga dia memandang.. dia berjalan ke arah meja belajar aku yang menghadap tingkap.. dilihatnya pula keadaan di luar sana melalui tingkap itu.. kemudian tidak lama selepas itu dia berpusing semula menghadap aku sambil tersenyum..
"cuaca agak elok hari ini.. apa kata aku ajak kau pergi jalan-jalan kat luar.." pelawa Saiful..
"aku malas nak pergi mana-mana hari ni.. hei! kau cakap kat aku, apa yang kau nak sebenarnya??"
Saiful berjalan, kemudian duduk di atas katil.. aku hanya memerhatikan gerak-gerinya.. yang dia duduki itu adalah katil Shahir..
"then kalau macam tu, kita berborak je kat dalam bilik ni.." kata Saiful lagi...
aku mengeluh.. sebenarnya aku ni agak geram juga pada Saiful ni.. aku tanya soalan, tapi dia ni takde pula nak jawab.. aku tanya dia apa tujuan dia datang kat bilik ni, tu soalan yang ringkas tapi langsung tak dijawabnya... perangai Saiful memang macam tu lah..
"kau duduk lah sekali.. tak letih ke asyik berdiri je.." pelawa Saiful..
aku hanya mengikut.. lalu aku pun duduk di atas katil aku sambil menghadapnya.. dia pandang aku, begitu juga dengan aku memandang dirinya.. agak lama juga kami saling berpandangan namun langsung tidak berkata apa-apa..
suasana sepi seketika... hanya kedengaran bunyi putaran kipas bergantung di siling..
"jom kita berbicara dari hati ke hati.. kita mulakan satu deeper conversation.." Saiful mula memecahkan kesunyian..
"kenapa pula harus begitu??" tanya aku..
"saje.. untuk kenali diri masing-masing.. salah ke??"
aku berdiam lagi.. tak perlu lah aku nak ulangi lagi.. aku tertanya-tanya akan tujuan Saiful datang ke mari.. dia nak apa?? dah lah tak jawab soalan aku tu, sekarang ni dia nak berbicara dari hati ke hati lah pula.. nak cakap tentang apa??
"kau tak kenal aku lagi.. so, kau tanya lah aku satu soalan.." Saiful mula berkata..
"nak tanya apa??"
"apa-apa je lah.. aku akan cakap.."
aku mula berfikir.. soalan apa yang aku nak tanya pada dia?? kalau difikirkan semula, memang banyak tentang diri Saiful yang aku tak tahu.. dalam hubungan antara kami berdua memang aku lah yang paling banyak bercerita tentang kisah hidup aku.. dia pula hanya mendengar.. ada juga lah dia cerita tentang hal peribadi dia, tapi takde lah banyak sangat..
"kau kata yang kau dah kerja.. so... ermm..." aku mula berbicara..
"soalan yang bagus! hehe.. ya aku dah kerja.. actually aku tak pernah masuk uni pun.. tak macam kau.."
"maksud kau apa?"
"maksudnya lepas habis sekolah, aku dah tak sambung belajar lah.. just enjoy kehidupan sendiri dengan budak-budak nakal yang lain.. hehe.." kata Saiful sambil ketawa kecil.. dia tersenyum.. namun seperti ada sesuatu di sebalik senyuman tu..
tiba-tiba mula perasaan ingin tahu dalam diri aku untuk mengetahui kisah kehidupan Saiful.. sepertinya, ada sesuatu yang aku perlu tahu akan dirinya..
"biasalah kan.. keluarga senang.. mana lah ambil berat soal pelajaran ni.. aku jujur je cakap, my family agak kaya juga lah..." sambung Saiful lagi..
kalau Saiful ni anak orang kaya, aku memang dah agak dah.. sebab dari cara dia berpakaian.. ada motorsikal berkuasa tinggi pula tu, jadi aku tak hairan lah..
"then?" kataku ringkas..
"tapi tu dulu lah.. waktu umur bawah 20 tahun.. but sekarang ni aku buka lah hati aku untuk cari duit sendiri.." jawap Saiful..
"kerja apa sebenarnya?"
"kalau aku cakap yang aku kerja kat restoran makanan segera, kau percaya tak??"
aku tergamam.. macam tak percaya je kalau Saiful ni kerja macam tu.. anak orang kaya, tapi takkan lah nak buat kerja macam tu? sekurang-kurangnya mesti lah keluarga dia akan tolong anak dia cari kerja yang lebih elok lagi.. macam main-main lah pula Saiful ni..
aku memandang wajah Saiful.. riak wajahnya nampak serius..
"parent kau tak tolong carikan kerja lain ke? ermm.. maksud aku.. ye lah.. kau kan.. berada sikit.. mesti lah parent kau tak nak kau kerja macam tu.. ermm.. kau jangan salah faham pula.. aku ni macam terkejut lah juga.." kata aku kepada Saiful..
serius.. timbul perasaan ingin tahu yang mula lahir terhadap Saiful.. dia ni macam misteri lah pula di fikiran aku..
"my parent dah lama meninggal.. my mother.. my father.." balas Saiful perlahan.. agak sayu..
sekali lagi aku tergamam dengan kata-kata Saiful itu.. aku terkejut.. tak tahu nak kata apa.. dalam hati aku mula timbul perasaan simpati terhadap dirinya.. anak yatim piatu rupanya Saiful ni..
"aku bukan orang sini.. aku asal selatan tanah air.." kata Saiful lagi.. kali ni dia mula tersenyum seperti biasa, "actually aku lari dari rumah, then pindah kat kota ni.. hehe"
"kenapa pula??" tanya aku mula ingin tahu.. hati seakan berdebar-debar bila mendengar cerita Saiful..
"sebab aku lari dari ibu tiri aku.. ianya agak peribadi.. senang cakap, aku tak berapa suka dengan ibu tiri aku.. then sekarang ni aku rasa bebas lah.. hehe" kata Saiful sambil tersenyum-senyum..
dalam hati aku mula tertanya-tanya, kenapa lah Saiful ni macam gembira je? dia cakap benda yang serius, tapi nada riak wajahnya macam main-main je.. ada apa dengan dia ni?
"actually, my mom dah meninggal lama dah waktu aku still sekolah menengah.. sebab sakit jantung.. then tak lama lepas tu, ayah aku pun kahwin lain.. sebab tu lah aku ada ibu tiri.. but then... " Saiful terdiam seketika.. nampaknya dia seperti keberatan untuk meneruskan kata-kata.. "but then waktu aku umur 19 tahun, ayah aku meninggal sebab kemalangan jalan raya.. yang ada sekarang ni cuma aku dan dua orang adik beradik aku.."
aku terdiam.. tak tahu nak cakap apa.. sambil memasang telinga, aku mendengar kisah Saiful..
"senang cakap, aku lari dari rumah sebab aku selalu bergaduh dengan ibu tiri aku.. then sampai lah kat kota ni.. sebab aku ni bukannya berpelaran tinggi, so aku pun kerja kat kedai makanan segera je lah.. but mujur juga lah ayah aku ada berikan wasiat harta kat aku.. tak ada lah banyak sangat.. but cukup lah untuk aku survive.. mungkin kau rasa aku ni kerja senang sebab pakai motorsikal tu, tapi tu sebenarnya tu hadiah pemberian ayah aku dulu.. aku cukup sayang dengan motor tu.."
"but, kenapa kau tak berapa nak suka dengan ibu tiri kau?" aku mula beranikan diri untuk bertanya.. ingin tahu apa yang sebenarnya telah berlaku.. adakah sebab ibu tiri dia tu seorang yang jahat??
Saiful tersenyum memandang aku.. hal ini lagi membuatkan aku berasa pelik.. kenapa pula dia tersenyum?
"mungkin sebab aku still tak boleh nak terima dia sebagai penganti emak aku.. actually, dia tak ada lah jahat pun.. dalam diam, ibu tiri aku tu ada masukkan duit dalam akaun bank aku.. dia tak pernah cakap, tapi aku tahu dia sebenarnya ambil berat tentang aku.. mungkin aku ni je yang ego sangat nak mengaku kesalahan aku.. ye lah.. aku ni kan budak nakal.. hehe.." kata Saiful.. bernada sayu.. tapi dia masih lagi tersenyum-senyum..
"actually, selepas aku lari dari rumah waktu aku umur 20 tahun, lepas tu aku tak pernah balik ke rumah aku lagi.. langsung aku tak pernah hubungi ibu tiri aku tu, malah adik beradik kandung aku pun tak pernah.. senang cakap, kau boleh kata aku keseorangan sekarang.." sambung Saiful lagi.. seperti biasa, dia masih lagi tersenyum..
aku terdiam.. aku tak tahu nak cakap apa.. sebenarnya aku tak pernah nak bayangkan yang Saiful mempunyai kisah kehidupannya yang agak menyedihkan.. tiada ibu dan bapa.. dan sekarang dia lari dari rumah.. kalau kita tengok wajahnya yang sentiasa ceria dan bersikap tidak serius, memang kita tak boleh nak jangkakan yang Saiful menyimpan sejarah pahit sendiri..
aku memandang wajahnya.. seperti dia langsung tidak bersedih.. tersenyum.. walaupun adakalanya dia bernada hiba, namun dengan segera dia berubah riak wajah berlagak biasa.. namun, aku tahu... di sebalik senyuman dibibirnya itu, ada satu perasaan yang dia sembunyikan.. perasaan yang dia takut untuk pamerkan.. dia adalah pelakon yang handal.. pandai menyimpan ada yang dia rasakan di hatinya..
"rasanya aku dah mula faham kau ni jenis macam mana.." aku mula bersuara..
"maksud kau apa?" balas Saiful..
"aku rasa kau jenis yang pendamkan perasaan kau sendiri.. takut untuk pamerkan apa yang hati kau rasakan.."
Saiful terdiam.. dahinya berkerut.. nampaknya dia mula bersikap serius mendengar apa yang aku nak katakan..
"tentang kau, aku rasa ada tercalit satu perasaan dalam hati kau mahu kembali ke rumah kau sendiri.. kembali untuk bertemu dengan ibu tiri kau dan adik-beradik kau yang lain.. namun, pada yang sama kau nafikan perasaan itu.. sebaliknya, kau bertopengkan dengan senyuman di bibir mu itu.. berlagak seperti biasa, hakikatnya kau juga rasa kesunyian.. aku fikir, kau rindukan mereka.."
Saiful seakan tergamam dengan kata-kata aku itu.. dia terdiam kaku.. kemudian dia tunduk menghadap ke lantai.. agak lama juga dia memandang ke bawah.. kemudian dia mula ketawa kecil.. aku jadi kaget.. aku keliru dengan reaksinya.. kemudian, dia pandang wajah aku.. Saiful mula senyum kembali.. tapi aku tak faham akan maksud senyumannya itu..
"sebab tu lah aku rasa kau lain dari yang lain.." kata Saiful..
"apa maksud kau?" tanya aku..
"takde apa-apa.."
"actually, kau membuatkan aku teringatkan seseorang.." aku bersuara kembali..
"tentang siapa?"
"tentang seseorang yang pernah memiliki hati aku.. kau dan dia agak serupa.. orang yang takut untuk tunjukkan apa yang hatinya rasakan.. orang yang mempenjarakan keinginan hatinya.." kataku dengan nada serius..
"then, kau ceritakan kat aku tentang orang itu.. adakah kau maksudkan dengan kekasih lama kau ceritakan dulu tu??"
aku terdiam.. boleh pula Saiful ni menjangkakan siapa.. ye lah.. selama ni aku ada juga cerita tentang hal Ihsan padanya.. tak pernah aku bercerita tentang kisah aku dan Ihsan melainkan pada Saiful seorang je.. jadi, tak hairan lah kalau Saiful boleh meneka siapa..
"ha ah.. tentang lelaki tu.. tentang Ihsan.. tapi dia bukan lah kekasih aku pun.. kau pun dah tahu kenapa kan??"
"fahri.."
"ye, kenapa??"
"actually aku curious tentang satu perkara.. apa yang dah berlaku antara kau dan dia sebenarnya?? maksud aku, Ihsan tu kat mana sekarang ni??"
aku terdiam bila mendengar soalan Saiful itu.. entah kenapa aku tiba-tiba berasa hiba.. segala kenangan antara aku dan Ihsan mula berputar kembali di fikiran aku.. kali ni, aku pula yang tunduk memandang lantai.. hati aku terasa berat untuk menceritakannya..
"dia dah mati.." kataku perlahan..
"oh.. sorry lah ye.." balas Saiful.. "jadi sebab tu lah kau tak bersama dengan dia sekarang ni?"
"tak ada lah.. dia still hidup, tapi dia juga sudah mati.."
"maksud kau?"
"dia nak aku fikir yang dia sudah mati.. sebab tu lah aku cakap begitu.."
aku memandang wajah Saiful.. dahinya berkerut.. mungkin dia tidak memahami apa yang aku katakan..
"kali terakhir aku berjumpa dengan Ihsan dia berkata pada aku satu perkara, pada setiap pengakhiran, bermula juga satu permulaan.. dia nak aku lupakan tentang dirinya.. hilangkan jejak kenangan bersamanya dulu.. seperti yang kau katakan, persoalan tentang memori.. pabila kenangan itu menjadi satu beban di saat kita ingin melupakan dirinya.. mungkin sebab itu lah dia mahu pergi.."
ada persamaan tentang diri Saiful dengan Ihsan.. apa yang Ihsan pernah katakan dahulu, Saiful juga ada katakan pada aku.. cuma sebelum Saiful menjelaskannya kepada aku, tidak pernah aku fahami apa yang Ihsan maksudkan.. macam tadi juga lah, mereka berdua mempunyai persamaan tentang sukar untuk mempamerkan perasaan yang tersimpan di hati mereka.. entah.. mungkin adalah persamaan namun mungkin juga tidak.. sebab aku sendiri belum mengetahui akan diri Saiful yang sebenarnya..
aku dan Saiful saling bertentangan.. entah kenapa pada saat ini aku melihat Saiful, aku seakan melihat diri Ihsan.. mungkin sebab secalit persamaan itu dalam diri mereka berdua.. cuma Saiful lebih suka tersenyum, manakala Ihsan dengan wajah yang serius..
"then, di mana Ihsan sekarang?" tanya Saiful..
"dia kat luar negara.. di sambung belajar di luar negara.. sebab tu lah kami tak lagi bersama.. but.. aku rasa memang dia yang sengaja untuk pergi jauh dari aku.. dia takut dengan perasaanya pada aku.. takut dengan ikatan perasaan.. aku rasa memang begitu lah.."
"...but macam yang dia katakan, di setiap pengakhiran, bermula juga satu permulaan.. begitu sukar hati ini untuk menggantikan dia di hati aku.. pun begitu, aku akhirnya buka hati aku untuk dimiliki, namun pada masa yang sama Ihsan masih juga menjadi kenangan aku.. dan sebab itu lah hati ini terpaut pada Shahir sekarang.. ianya mungkin satu lembaran yang baru.." sambung aku lagi..
"kau lakukam apa jika Ihsan kembali semula? dia tentu lah tidak selama-lamanya akan berada di luar negara.. mungkin pada satu saat nanti, kamu berjumpa semula.. jadi, kau lakukan apa? adakah kau akan kejar dia semula??" tanya Saiful dengan nada yang serius..
aku tergamam.. sungguh aku tergamam dengan soalan Saiful itu.. apa akan jadi kalau Ihsan kembali ke tanah air semula?? sungguh, aku langsung tidak pernah terfikirkan hal ini..
aku terdiam.. entah kenapa hati ini mula ditimbuni oleh seribu satu persoalan.. aku lakukan apa? aku sudah berhenti berharap pada Ihsan.. sebab itu lah yang dia mahu aku lakukan.. lalu aku cuba lakukannya juga..
tapi...
hati ini masih lagi terukir namanya, biarpun aku telah berhenti mengharapkannya.. dia masih berada di hati aku.. tapi, aku lakukan apa jika dia kembali??
aku tersenyum.. kelat..
"aku rasa tidak begitu.. sebab dia yang lari dari aku.. tentu sekali dia akan cuba melarikan diri lagi.." balasku..
"mungkin.. mungkin ya.. mungkin juga tidak.. kau tak tahu apa yang dah berubah.. apa-apa boleh jadi.."
aku terdiam.. memang ada kebenaran kata-kata Saiful itu.. pada saat ini aku seakan dikejutkan dengan satu kemungkinan yang mungkin akan terjadi.. persoalannya, aku lakukan apa jika hal itu terjadi??
"hai Fahri..."
tiba-tiba kedengaran satu suara.. bukan dari Saiful.. ianya dari dari pintu bilik.. suara yang aku begitu kenal sekali.. entah kenapa hatiku mula berdegup dengan laju.. hatiku mula berdebar-debar.. aku menoleh..
"eh? ada kawan yang datang ke?" kata orang tu lagi..
oh tidak! Shahir dah datang semula!
aku terkejut.. begitu juga dengan Saiful..
peraturan cinta pertama Saiful memang sangat benar...tapi itu juga yang sering berlaku..hmm..oh, Syahir..hakhak~ :p
ReplyDeleteMemang usually mcm tu lh kn.. Tp org ni biasanya ternanti2kn jg walaupun dia tahu yg dia memang xkn dpt pun.. Btw, knp dgn Shahir? :0
Deletexda lah..dulu aku pernah dalam situasi sama..tapi aku tak tahu kenapa aku begitu bengap pergi bagitahu si lelaki straight tu yang aku syok kat dia..last2 aku yang kena ceramah..kena reject tu dah pasti la kan..at the end of the day..dekat 2 tahun tak bertegur sapa walaupun hari2 jumpa..mengakui kesilapan sendiri, aku redha dan harap2 dia tak takut untuk masih berkawan dengan aku..
Deletenasihat aku pada fahri..pendam je la k..eh! fahri boleh ke dengar nasihat aku? hakhak~
fahri memang dh sedia utk melupakan shahir.. but dia rasa mcm ada yg x kena pd shahir tu.. sbb suddenly shahir tu kiss n peluk dia..
Deleteaku rasa shahir tu just nak tenangkan hati fahri je..sbb dia dengar apa saiful bagitau masa dalam telefon..berdasarkan pengalaman aku..lelaki straight pun tetap ada sekurang-kurangnya 1% naluri gay..tp dia tetap straight..dan dia kuat untuk lawan naluri gay tu.mcm shahir buat pada fahri la.kiss dahi n hug tu tak bagi makna dia syok kat fahri..
Delete#kalau aku jadi fahri aku confirm tak dapat nak lupa shahir..haha
mungkin jd juga shahir mcm tu.. apa2 je boleh jd.. klu kiss kat dahi mungkin maksudnya lain.. tp klu kiss kat mulut, hah!
Deleteeh! eh! dorang kiss kat mulut ke? muah! mua! ?? eh! eh! kena baca balik nih!! hehe
Deletexde lh.. maksud aku kiss shahir tu mujur kat dahi.. tu mungkin ada bawa maksud lain lh.. dia x kiss kat mulut.. but klu kiss kat mulut tu obviously lh dia memang syok kat fahri.. but the reality is shahir just kiss kat dahi..
Deleteitu la..sebab tu juga aku masih yakin yang shahir ni str8..cuma yg aku kompius skrg ni yg fahri nampak shahir tngah projek ngan lelaki lain kat dlm bilik..n mana perginya awek shahir tu?jeng3~
Deleteawesome !!!!!! truskan mengarang yer putera......
ReplyDeleteMemang perlu diteruskn.. Sbb aku nk try habiskn cerita ni...
Deletetaulah x sabar nak tengok sambungan
ReplyDeletenantikn part 16 dlm minggu ni.. ada kejutan yg menanti.. ada menyentuh sdikit huraian babak waktu shahir kena kiss someone dulu..
Deletejangan tengok je..baca..hehe
Deleteaku new reader, nice cerita nih....dah baca semua dah...x sabar nak tahu part 16, btw... bila part 16 nak keluar?
ReplyDeletedlm rancangan dlm minggu ni lh.. x pun minggu dpn.. harap sabar menunggu..
DeleteNo!!!!!!!!!!! Grrrr.. Drop- on the floor-faint.. Pity shahir.. Hate saiful..
ReplyDeleteX saba nk baca next.. semakin sendu dah ni.. kan best klo di dramakan. Ehh _iezz
ReplyDeleteEnding part ni style la.. smkin curious.. sbb aq leh hyti wtak fhri.. sbjik mcm hidup aq.. mst cuak gila fahri bila shahir blik.. *aq hrp aq ada jodoh utk brjmpa dgn putera..
ReplyDelete