Sunday, 30 September 2012

Stop Hoping







"...dulu, waktu tak kenal dalam hati kata "bestnya kalau dapat kenal dengan orang tu.."
bila sudah berkenalan dalam hati kata, "bestnya kalau dapat jadi best friend orang tu.."
bila sudah menjadi best friend sekali lagi hati berbisik, "bestnya kalau dapat jadi partner orang tu..."

but... untuk kali ketiga aku mula berhenti berharap..

aku terlalu meminta...

itu lah apa yang aku rasakan saat aku mula mengenali mu, Fahri..."


-Ihsan-











coming soon... Unspeakable Love Part 7 -Stop Hoping-




Friday, 28 September 2012

Cinta Orang PLU





dulu aku ada cakap lah tentang kisah macam mana orang PLU dulu jatuh suka pada mamat ni.. kata kalau dapat mamat memang tak akan lepaskan lah.. setiap malam asyik teringat pada orang tu je.. makan tak lalu, tidur tak lena.. dalam minda wajah orang tu je.. asyik terbayang-bayang.. dalam hati kata bestnye kalau dapat jadi bf mamat tu.. jatuh cinta lah konon..

waktu belum jadi bf orang tu, dalam hati dah kata banyak macam kata manis.. kata aku akan jadi kekasih yang setia lah.. rasa rindu sebagainya.. akan terima segala kekurangan mamat tu.. bla bla bla.. banyak macam kata-kata manis dalam diri sendiri..

but ada juga orang kalau dia suka pada seseorang lelaki dia asyik terbayang benda lain.. misalnya macam terbayangkan dia berasmara dengan lelaki tu.. terbayangkan lelaki tu naked di depan matanya.. terfikir hari ni lelaki tu pakai seluar dalam warna apa.. (ya, ada yang kata macam tu.. aku ada baca dalam blog).. aku rasa korang sendiri pun faham lah apa yang aku maksudkan.. memikirkan sesuatu yang agak seksual sedikit..

BUT...

banyak kisah juga lah bila dia dah dapat mamat idaman yang diinginkan tu, tiba-tiba dia realize lelaki idaman tu macam ada kekurangan.. tak pandai main lah.. konek kecil lah... sesuatu yang dia tak pernah fikirkan sendiri.. then.. suddenly rasa CINTA (kononnya) tu tiba-tiba hilang atas sebab perkara ini... terus hilang minat..

aku nak cakap satu hal dalam ni lah.. untuk orang macam ni, bukannye dia yang dulu-dulu tergila-gila nak jadi bf mamat tu?? kata ini lah CINTA lah... asyik teringatkan orang tu lah.. bla bla bla.. BUT!! apa jadi bila benda macam ni berlaku?? mana dia KUASA CINTA kau dulu?? dah hilang dah?? kalau kau rasa CINTA kau tu suci, tak kan jadi macam ni... tiba-tiba rasa CINTA (kononnya) tu hilang...

aku nak cakap satu hal lah.. mungkin kamu rasa aku macam berlagak baik ke apa.. seriously tak ada nak kata macam tu.. tapi ini lah yang aku rasakan buat saat ni.. ada PLU kalau dia nak cari pasangan dia nak tahu orang tu top or bottom.. "saya nak cari bf top.." but kalau aku lah, kalau aku suka pada seseorang, aku tak kisah dia top or bottom.. langsung tak terfikir pun pasal top bottom ni semua.. jujur aku kata macam tu.. mungkin agak gila, tapi aku ada fikir "kenapa bottom perlu cari bf top? kenapa yang top kena ada bf bottom? kalau dua-dua top boleh ke??" haha.. amboi.. bukannya dulu-dulu kata ini lah cinta sejati kononnya.. then, bila you realize orang tu tak pandai nak jadi top, then tiba-tiba rasa cinta tu hilang... then mana pergi CINTA AGUNG kau dulu tu??

aku ada satu perasaan yang pelik dalam hati aku bila aku jatuh hati pada seseorang lelaki, secara automatik akan ada satu perasaan hormat aku pada orang tu.. misalnya, aku tak ada imaginasi seks dengan lelaki tu.. memang tak dapat.. kalau ada imaginasi macam tu, memang akan ada timbul rasa bersalah.. aku rasa ia macam satu pengkhianatan.. perasaan tu macam kita fikir pada saudara kandung kita sendiri.. tak kan lah kita nak ada imaginasi seks pada abang, adik or kakak sendiri.. (tapi ada je orang macam tu sebenarnya).. macam tu juga lah perasaan aku pada lelaki yang aku minat.. memang tak boleh.. seriously tak dapat.. 

tak pernah terlintas di fikiran aku untuk buat seks dengan lelaki yang aku suka.. mungkin macam menipu.. tapi memang aku tak ada fikir benda macam tu.. aku harap orang tu berada di samping aku dah kira cukup.. aku suka orang tu tapi tak pernah terfikir nak buat seks dengan orang tu.. tapi tu tak bermakna aku tak suka buat seks ke apa.. (selalu je aku buat onani.. haha.. amboi).. tapi macam.. entah lah... 

aku ni just pelik kot.. 








#pada saat ni, aku ada suka pada seorang lelaki.. memang asyik terfikirkan orang tu.. jujur aku cakap, aku pun buat onani gak.. layan bf.. bila dah gersang tu, ada lah imaginasi macam-macam.. faham-faham sendiri lah.. but, kalau aku cuba imagine orang yang aku suka, memang tak boleh nak gersang.. entah.. dont know lah.. sebab aku hormat pada orang tu kot.. macam rasa bersalah pula jadikan dia sebagai imaginasi aku.. 

Saturday, 15 September 2012

Unspeakable Love -Part 6-





Part 6 : Hate Me

di satu gerai makan, aku duduk berseorangan di satu sudut.. makanan yang telah lama dipesan, mee goreng masih tidak dijamah.. aku hanya termenung sambil memandang gelas yang berisi Milo panas.. pada saat itu, suasana di gerai agak bising kerana begitu ramai sedang menjamu santapan makan malam mereka.. namun, suasana yang bising itu langsung tidak menganggu konsentrasi aku. aku sedang memikirkan sesuatu.. di otak aku mula mengimbau apa yang telah terjadi malam semalam..

"apa reaksi kau jika kau tahu ada orang suka dengan kau.." tanya Shahir.

"suka? tapi bukan kah kau ada Liyana? maksud kau ada orang lain suka dengan kau?"

"ha ah.. ada yang suka dengan aku, tapi... kalau ada lelaki yang suka dengan kau, apa yang kau akan buat?"

"lelaki? maksud kau lelaki gay?"

"ha ah.. lelaki gay.."

Aku terdiam.. penjelasan Shahir pada malam semalam sungguh mengganggu fikiranku.. pada saat ini, aku tertanya-tanya siapa kah lelaki yang Shahir maksud kan? semalam, Shahir langsung tidak menyentuh apa yang terjadi.. tapi hanya menjelaskan ada lelaki yang suka dengan dia.. tapi, langsung tidak ada cerita mengenai lelaki itu, apa dia telah lakukan pada Shahir, dan apa tindakkan Shahir terhadap lelaki itu.. tapi yang pasti, aku adalah saksi kejadian tersebut.. namun aku juga yang berprasangka buruk terhadap diri Shahir..

tiba-tiba aku aku teringat akan Liyana.. kata-kata aku terhadap Liyana membuatkan aku berasa resah.. aku tahu Liyana tidak akan mudah berprasangka buruk terhadap Shahir.. dia begitu percaya dengan Shahir tapi pada masa yang sama dia juga percaya yang aku tidak akan pernah menipu dirinya.. Liyana ada berkata kepada aku, ada seguris perasaan kecewa pada hatinya terhadap diri Shahir.. dia tidak menafikan memang wujud perasaan itu.. aku menjadi serba salah.. aku telah menjadi punca wujudnya secalit syak wasangka Liyana terhadap Shahir.

stupid...

kenapa aku bergitu terburu-buru memberi tahu Liyana? kenapa aku tidak mencari jawapan yang sebenar-benarnya terlebih dahulu? atas alasan apa aku mahu Liyana tahu apa yang aku telah saksikan? adakah sebab aku tidak mahu Shahir mengkhianati cinta Liyana? ya, aku fikir begitu tapi, tidak dapat aku nafikan bahawa ada satu perasaan yang begitu kuat datang dalam diri aku.. cemburu.. ya, aku cemburu.. hati ini berasa pedih dengan apa yang aku telah saksikan..

"hei, Fahri!" tiba-tiba bahu aku disentuh..

lamunan aku terhenti.. aku menoleh ke belakang.. Lukman, kawan satu jurusan aku sedang tersenyum memandang aku..

"makan seorang diri je ke? mana Shahir?" tanya Lukman lalu mengambil kerusi duduk bertentangan dengan aku..

"dia ada kat dalam bilik.. katanya dah makan.. so, aku pergi makan sendiri lah.." jelas aku..

"owh.. okay.. hmm.. so, aku teman kau je lah ye? hehe.." 

aku hanya mengangguk.. Lukman memanggil pelayan gerai.. dipesannya nasi goreng kampung berserta dengan teh O ais.. aku masih lagi memandang pada Milo panas aku yang sudah sejuk.. sepertinya aku langsung tidak menghiraukan kelibat Lukman di hadapan aku..

"apasal kau nampak moody semacam je? ada masalah ke?" tanya Lukman sambil meminum teh O ais nya..

"tak ada apa-apa lah.. mungkin stress dengan assignment kita yang nak kena discuss nanti.. aku still tak buat apa-apa preparation lagi.."

"owh.. actually, aku pun still tak buat lagi.. haha.." Lukman tergelak kecil.. dijamahnya nasi goreng kampungnya sebelum meneruskan perbualan. "by the way.. aku rasa kau fikir tentang hal lain lah.. bukan sebab assignment kita tu.."

"maksud kau? aku fikir apa?" aku mula ingin tahu..

"dont know lah.. tapi hari ni roommate kau, Shahir pun moody semacam.. so, dalam fikiran aku fikir maybe korang ada bergaduh ke apa.. lagi pun, kau makan seorang diri.. so, kau faham lah maksud aku.."

"tak ada lah.. kita orang okay je.. betul lah Shahir kata dia tak nak turun makan.. dah kenyang lah.. dah makan lah.. dia kata macam tu lah.."

aku terdiam.. cuba aku mengingati semula apa yang berlaku di bilik tadi.. Shahir memang agak lain hari ini.. angin dia kurang baik.. aku tahu kenapa dia begitu.. tapi aku tidak sangka pula sampai terbawa-bawa ke tempat lain.. maksud aku, sampai orang lain sedar akan perubahan pada dirinya.. biasanya, Shahir bila dia marah sekalipun, dia akan cuba tutup perubahan itu.. biasanya, jika dia marah, sedih ataupun kecewa, dia hanya berlagak biasa.. sampai orang lain pun tidak sedar apa yang sedang bermain difikirannya..

tapi pada hari ini memang aku tidak nafikan bahawa angin Shahir kurang baik.. tadi bila aku ajak dia pergi makan pun, dia langsung tak pandang aku.. kata dah makan lah.. aku tak pasti jika dia berkata benar, tapi aku rasa yang dia berbohong.. bila difikirkan semula, walaupun aku sudah lama menjadi teman sebiliknya, kadang-kadang aku sendiri tidak faham akan perangai Shahir..

"baguslah kalau macam tu.. aku just curious.. sebab sebelum ni tak pernah pula aku tengok dia moody macam tu.. dan hari ni pun aku tengok kau pun moody semacam je.. kalau semuanya okay, aku pun rasa okay lah.." kata Lukman..

"dont worrylah.. semua orang bukannya sentiasa happy.. kadang-kadang kita pun macam jadi moody gak.. nanti-nanti okay lah Shahir tu.. pasal aku, kau jangan risau.. aku okay je.."

Lukman tersenyum.. aku pun membalas senyuman itu.. Lukman memang begitu.. agak ambil berat dengan kawan-kawan di sekelilingnya.. dia memang rapat dengan semua orang, termasuklah dengan aku dan Shahir.. dia sangat banyak membantu.. kalau sesiapa yang ada masalah pun biasanya mereka akan kongsi dengan Lukman.. kalau ada kawan-kawan yang bergaduh, Lukman lah jadi orang tengah yang nak damaikan..

jam sudah menunjukkan pukul 11 malam.. aku dan Lukman mula berjalan kaki menuju ke kolej kediaman.. jarak antara gerai tempat aku makan tadi sangat dekat dengan kolej.. lebih kurang sepuluh limit berjalan kaki dah boleh sampai..

keadaan pada malam itu agak tenang.. tidak ramai orang kelihatan bersiar-siar di luar.. pada bawah sinaran lampu yang menerangi jalan sepanjang menuju ke kolej, hanya kelihatan dua susuk tubuh manusia.. cuma hanya ada aku dan Lukman.. aku hanya membisu, begitu juga dengan Lukman.. entah kenapa aku tiba-tiba bernostalgia.. di fikiranku, bayangan Ihsan mula muncul..

teringat di masa lalu di saat-saat bersama Ihsan.. kebiasaanya kami berdua selalu makan malam di gerai bersama-sama.. dan apabila sudah selesai, kami akan pulang berjalan berjalan kaki.. dan suasana pada saat itu sama seperti sekarang, sunyi sepi, di bawah sinaran lampu hanya ada kami berdua.. pada saat itu, Ihsan juga membisu.. dia hanya memandang ke hadapan.. aku sekali sekala cuba memandang wajahnya.. sesungguhnya aku berasa amat gembira di saat aku begitu dekat dengan Ihsan..

hampir setiap malam begitu kerana kami sering mengunjungi gerai makan yang sama.. dan hampir setiap malam juga lah kami berdua-duaan berjalan kaki untuk pulang di malam hari.. aku gembira biarpun Ihsan lebih suka membisu.. seperti pasangan kekasih.. itu lah apa yang aku tengah fikirkan.. bagi aku Ihsan adalah insan yang begitu istimewa.. biarpun dia tidak pernah mengatakan perasaan cinta tapi aku tahu jauh di sudut hatinya ada tersimpan itu terhadap diriku.. dia tidak mengatakan aku adalah kekasihnya, namun adakalanya caranya melayan aku seperti kami sepasang kekasih.. tapi mungkin juga aku yang terlebih berfikir... mungkin aku yang terlalu berangan-angan mengangap aku adalah kekasih Ihsan.. jadi semua layanan Ihsan terhadap aku, ku rasa adalah kerana aku  kekasihnya..

tapi semua detik indah itu terhenti tatkala aku telah melakukan sesuatu yang tidak disukainya.. pada satu malam, entah kenapa aku terfikir untuk berpimpin tangan dengan Ihsan.. bagi aku itulah cara kebiasaan yang kebanyakkan pasangan kekasih lakukan.. berpimpin tangan berdua-duaan di bawah sinaran lampu.. namun reaksi Ihsan adalah sebaliknya.. dia dengan pantas menepis tangan aku dengan kasar..

"jangan pernah sekali kau buat macam tu kat aku!" marah Ihsan..

pandangan matanya begitu tajam sekali.. aku tidak mampu untuk berkata-kata.. sungguh, hati ku terguris.. kata-katanya itu membuatkan aku terluka..

aku hanya terdiam membisu.. tidak sanggup aku menenung mata Ihsan..

"maaf.." sepatah kata akhirnya aku luahkan..

"I'm not your partner!! kau faham tak maksud aku? aku fikir kau dah lama faham.."

"tapi..." aku mula mahu bersuara.."kenapa kau masih dengan aku? kenapa kau masih keluar bersama aku? semua yang kau lakukan selama ini, bukankah menunjukkan yang kau suka kat aku?"

"owh.. so, kau boleh baca fikiran aku lah? kau boleh tahu apa yang aku nak lah? hei, Fahri! kau silap! jangan pernah fikir begitu.. sekali lagi aku katakan, I'm not your partner! sampai bila-bila pun I'm not your partner! faham?!!"

sejak saat itu, Ihsan tidak pernah lagi keluar berdua-duaan dengan aku.. tidak ada lagi malam yang indah yang hanya ada kami berdua.. tidak pernah lagi Ihsan dan aku berjalan pulang dari gerai makan itu di malam hari.. namun aku dan Ihsan masih lagi bersama.. cuma malam yang indah yang biasa aku lalui kini hanya tinggal kenangan.. dan aku dapat rasakan Ihsan juga semakin jarang berjumpa dengan aku.. pun begitu, dia masih juga mahu menemui aku biarpun tak seperti kebiasaanya..

aku jadi keliru..

biarpun dia berterusan untuk mengatakan yang aku bukan lah pasangannya, tapi dia tetap hadir di sisiku.. bukan aku yang meminta, namun dia sendiri akan berjumpa dengan aku dan melayan aku seperti biasa seolah tidak ada yang terjadi pergaduhan antara kami berdua.. dia begitu cepat melupakan pertelingkahan..

hakikatnya, aku masih menunggu untuk dia meluahkan ungkapan cinta terhadap diriku.. aku tahu perasaan itu ada di hatinya.. aku tahu yang aku tidak bertepuk sebelah tangan..

"i love you, Fahri.."

ungkapan itu lah yang aku nantikan.. hanya itu yang aku mahu darinya...




*     *     *




keesokan harinya, aku seperti biasanya menjalani rutin harian yang sama.. bangun awal untuk solat subuh, kemudian berkemas untuk menghadiri kelas.. hari ini, aku lihat keadaan Shahir seperti semakin tenang.. tidak lagi bermasam muka seperti semalam.. mungkin juga dia mahu melupakan apa yang telah terjadi.. untuk itu, aku berasa amat gembira jika Shahir kembali ceria seperti kebiasaanya..

kelas hari ini agak membosankan.. entah kenapa aku agak tidak mengerti apa yang pensyarah sampaikan untuk topik kali ini.. biarpun aku cuba untuk memahami, namun seakan sukar untuk aku faham semuanya..

aku memandang ke arah Liyana yang duduk berdekatan dengan aku.. dia kelihatan begitu serius sekali mendengar syarahan itu.. duduk bersebelahan dengannya pula adalah Shahir.. sama seperti Liyana, Shahir kelihatan begitu tekun mendengar syarahan sambil tangannya ligat mencapat nota di buku catatan..

untuk seketika, aku terfikir akan satu perkara.. adakah Liyana pernah bertanya kepada Shahir tentang apa yang aku telah sampaikan padanya? tiba-tiba aku berasa agak khuatir akan hal ini.. yang pasti aku telah melakukan satu kesalahan.. aku begitu terburu-buru.. aku takut jika Liyana bertanyakan hal itu pada Shahir, akan jadi sesuatu yang kurang diinginkan berlaku nanti.. aku takut ia akan menjejaskan hubungan antara Liyana dan Shahir.. dalam masa yang sama aku juga bimbang jika persahabatan aku dan Shahir akan turut terjejas..

"Liyana, boleh aku bercakap sesuatu dengan kau?" tanya aku pada Liyana selepas habis kelas..

"boleh je.. ada hal apa?"

"tentang tempoh hari.. ermm... tentang Shahir.." aku berasa serba salah..

"ye.. kenapa dengan hal itu?"

"kau ada tanya some thing tak pada Shahir macam... ermm.. kau tahu lah maksud aku kan?"

"owh.. hal tu.. don't worry lah.. aku tak fikir sangat pun hal itu.. maybe just sekadar salah faham kot.. apa-apa pun aku just nak cakap terima kasih lah sebab ambil berat.." kata Liyana sambil tersenyum..

"lega aku dengar.. aku pun fikir maybe just sekadar salah faham.. sepatutnya aku patut berprasangka baik kat Shahir.. lagi pun dia kawan baik aku.. seriously aku cakap yang aku takut kau ada inform kat Shahir apa-apa tentang hal ini.. seolah aku ni macam nak rosakkan hubungan korang berdua je.."

"don't worry lah.. Yana faham.. Yana just jadi optimistik.. tak nak lah terlalu ikut perasaan.."

"bagus lah kalau macam tu... aku harap kita boleh lupakan hal ini.. aku rasa macam tak sedap hati dengan apa yang aku dah buat.. apa-apa pun aku nak cakap yang Yana ni memang betul-betul setia.. Shahir memang patut gembira dapat awek macam Liyana.. hehe"

Liyana hanya tersenyum malu-malu.. hati ku berasa sangat lega.. jika memang itu Liyana katakan, aku harap semuanya akan jadi baik je..

satu masalah telah selesai.. sekurang-kurangnya hatiku berasa agak tenang.. sekarang aku fikir untuk memperbaiki keadaan.. hadiah Liyana kepada Shahir masih belum aku sampaikan.. tanggungjawab itu patut aku selesaikan..

petang itu, aku balik awal ke bilik berbanding Shahir.. dengan segera aku mengeluarkan anak patung beruang hadiah Liyana yang telah tersimpan dalam almari aku.. diletakkan patung itu di atas meja belajar Shahir.. kemudian, aku duduk di katil aku sambil menunggu kedatangan Shahir..

jam menunjukkan pukul 4.30 petang.. akhirnya pintu bilik dibuka dan kelihatan Shahir dengan wajah yang agak ceria masuk ke dalam bilik...

"assalammualaikum.." kata Shahir..

"waalaikumsalam.." balas ku sambil tersenyum..

kebiasaanya memang begitu.. bila Shahir masuk bilik dia akan memberikan salam terlebih dahulu.. memang begitu cara Shahir, dan aku agak suka dengan tabiatnya itu..

"untunglah.. kau dapat hadiah.." kata ku sambil memandang Shahir yang mula berbaring di atas katilnya..

"hadiah? hadiah apa pula? dari siapa?"

"hadiah dari your lover lah, Liyana.. tu ada kat atas meja study kau.." kataku sambil menunjukan jari pada meja Shahir..

"owh.. ya ke?" Shahir bingkas bangun terus mendapatkan hadiah yang dimaksudkan.." wah.. comelnye.. Liyana buat sendiri ke?"

"ha ah.. Liyana kata dia yang jahit sendiri.. ada satu lagi dia simpan patung yang sama.. tapi yang dia punya ada huruf 'S' kat dada beruang.. kau fahamkan maksudnya apa? sweet giler!! hehe.."

Shahir hanya tersenyum.. dia nampak semakin ceria.. aku turut tumpang bahagia jika Shahir tidak bermasam muka seperti semalam... nampaknya dia sudah boleh lupakan apa yang telah berlaku..

"Liyana tak inform apa-apa pun.. by the way, thanks lah sebab sampaikan benda ni.." kata Shahir lagi..

"it's okay.. aku just nak cakap satu je... untunglah, ada orang yang sayang kat kau.. hehe.. tak perlu tunggu hari jadi pun dah dapat hadiah.. aku ni entah bila lah ada yang nak sayang.. haha"

"ada.. aku pun sayang kau juga..."

tiba-tiba seakan masa seperti terhenti seketika saat Shahir mengatakan perkataan itu.. sungguh, aku tidak tahu apa yang aku rasakan di saat ini.. aku pun sayang kau juga... kata-kata itu betul-betul menyentuh perasaan aku.. sesuatu yang tidak aku sangkakan.. aku menjadi kaku seketika..

"maksud aku sayang as a best friend lah.. takkan lah tak sayang kawan sendiri? tak begitu?? hehe.." kata Shahir..

aku tersenyum kecil.. aku mengeluh.. entah kenapa aku merasakan ada secalit perasaan kecewa dalam hati aku.. aku tidak mengharap perkataan itu hadir dari mulut Shahir, tapi.. aku rasa... gembira.. ya sebentar tadi aku berasa amat gembira..

mungkin aku yang syok sendiri.. mengharapkan sesuatu yang tak pasti.. memang mustahil lah 'aku pun sayang kau juga' tu adalah sama apa yang Shahir rasakan pada Liyana.. sayang pada kawan memang berbeza dengan sayang terhadap seorang kekasih.. kedudukan aku tidak akan sama dengan Liyana di hati Shahir.. aku mengerti akan hal ini..

tiba-tiba pintu bilik kami diketuk.. Shahir lantas pergi ke pintu bilik untuk melihat siapa yang berada di luar.. sepertinya suara Kamil.. memang betul pun sangkaan aku.. Kamil kemudiannya masuk ke dalam bilik dengan berpakaian sukan..

"Shahir, jom lah join main futsal.. semalam kau tak join pun.." ajak Kamil..

"sorry lah kawan.. semalam aku ada hal sikit.. tak boleh turun main.. okay lah.. aku join hari ni.. aku nak tukar baju jap.." balas Shahir lantas pergi menuju ke almarinya untuk bersalin pakaian..

Kamil kemudiannya pergi duduk bersebelahan dengan aku.. tidak apa-apa yang aku ingin katakan.. aku hanya berdiam diri.. kebiasaanya memang begitulah.. petang-petang Shahir akan pergi bersukan.. kalau tidak pada petang, dia akan main badminton di dalam dewan.. memang begitu rutin harian Shahir.. aku sudah faham semuanya..

"oh ya.. siapa-siapa yang turun main?" tanya Shahir yang masih menukar pakaian..

"macam biasa lah.. member-member kita.. Lukman, Hanif, Badrul, Amir dan yang lain-lain lah.. seperti biasa..." kata Kamil..

entah kenapa aku merasakan reaksi muka Shahir mula berubah.. apabila mendengar nama-nama itu, tiba-tiba dia seperti tak suka.. aku mula tertanya-tanya.. kenapa dengan Shahir?

"ermm.. aku tak jadi join lah.." kata Shahir mula berubah fikiran..

"eh.. kenapa tiba-tiba je ni? ada yang tak kena ke?" tanya Kamil berasa tertanya-tanya..

aku hanya memandang wajah Shahir.. sepertinya ada sesuatu yang tengah bermain di fikirannya.. kenapa dia tiba-tiba berubah fikiran? tadi angin baik sekarang mendadak berubah.. aku mula curiga.. tadi dia yang nak turut main sekali tapi bila dia bertanya siapa yang ikut main tiba-tiba muka dia berubah.. ada apa dengan nama-nama itu? mungkin kah... oh tidak! jangan-jangan...

"entah.. aku rasa macam takde mood je hari ni.. kau pergi lah main.. hari ni aku rasa macam malas nak ikut sama.." kata Shahir..

"pelik lah kau ni... baru je tadi kata nak join, tiba-tiba kata tak nak.. apasal pula ni?" kata Kamil mahu mendengar penjelasan Shahir..

"dont know lah.. suddenly aku fikir takde mood.. lain kali lah ye.."

Kamil hanya berdiam diri.. dia menjadi tertanya-tanya.. perubahan sikap Shahir membuatkan dia berasa pelik.. aku yang dari tadi mendiamkan diri juga berasa curiga tentang satu perkara.. sepertinya aku dapat faham kenapa Shahir tiba-tiba berubah dengan mendadak.. mesti ada sesuatu dengan nama-nama yang telah disebutkan oleh Kamil.. dan aku agak ia mesti ada kaitan dengan kes tempoh hari..

tanpa mendengar penjelasan Shahir, akhirnya Kamil mengalah.. dia lalu meninggalkan bilik.. aku kembali memandang Shahir.. angin dia betul-betul tidak baik.. seperti semalam, wajahnya kembali bermasam muka..

"ada apa sebenarnya?" lantas aku bersuara untuk mendengar penjelasan Shahir.

"tidak ada apa-apa lah.."

"mesti ada something kan? cakap lah kat aku.."

"seriously, tak ada apa-apa.. kau jangan risau lah.." kata Shahir yang mahu mengelak pertanyaan aku..

"aku tahu ada sesuatu yang tak kena.. mesti ada berkaitan tentang hal tempoh hari kan?"

Shahir memandang mata aku.. dia tiba-tiba terdiam.. seperti yang aku jangka, hal ini mesti ada menyentuh kejadian dua hari yang lepas..

"aku just agak lah.. kalau kau nak share, aku sudi je nak dengar.."

aku mendekati Shahir lalu duduk bersebelahan dengannya.. Shahir tidak memandang wajah aku.. dia hanya menundukkan kepala..

"tentang orang yang kau cakap tempoh hari.. mesti dia salah seorang dari kawan kita.. betul tak?" tanya aku..

"i don't want to think about it.. please lah.. jangan ungkit hal itu lagi.."

aku terdiam.. sepertinya Shahir tidak mahu memberi tahu aku akan siapakah lelaki pada kejadian lepas.. seperti dugaan aku, lelaki itu mesti dari kalangan kawan-kawan aku sendiri.. tapi aku tidak dapat memikirkan siapa kah dia.. siapakah selain aku turut menyimpan perasaan suka terhadap Shahir? aku sungguh tidak dapat menduga.. macam mana aku tidak boleh sedar bahawa ada orang seperti aku yang agak rapat dengan aku?

aku menarik nafas.. nampaknya dunia ini amat sempit.. ada orang seperti aku yang begitu hampir dengan aku sendiri.. dan orang itu juga lah yang telah menanamkan rasa benci dalam diri Shahir..

"aku tak kisah lah kalau kau tak nak cakap kat aku siapa orang tu.. tapi satu je aku nak tanya.. kau betul-betul benci dengan orang tu ke? walaupun dia adalah kawan kita sendiri?" tanya aku..

"aku tak tahu lah.. aku sendiri pun tak faham apa yang aku rasakan sekarang.. aku just rasa tak nak tengok wajah orang tu.. tak nak dengar nama dia.. that's all.. fikirkan hal itu semula buat aku rasa macam.. ergh!!"

aku menarik nafas sebelum berkata, "walaupun dia adalah kawan kita sendiri?"

"please lah.. stop cakap benda ni.."

"if that person is me, what is your reaction?"

"apa kau merepek ni? jangan fikir bukan-bukan lah.. kau jangan sekali fikir macam tu.. boleh tak?"

"i'm just asking.. because that person is our friend too.."

"kau dah gila ke? kalau kau rasa apa yang aku rasa, kau akan faham macam mana perasaan tu boleh buat kita jadi gila.. one thing for sure, tanggapan aku terhadap dia memang betul-betul sudah berubah.. aku rasa.. benci... ya, aku rasa benci.."

aku terdiam.. entah kenapa aku merasakan hati ku mula terluka.. kata-kata itu membuatkan aku terasa.. mengalir satu air mata, namun dengan pantas aku mengelapnya.. aku menjadi bisu.. sepertinya dunia ini telah hilang.. hati ku mula retak.. lantas, aku dengan segera meninggalkan Shahir..

aku berjalan keluar bilik menuju ke bilik mandi.. ku buka paip lalu aku basahkan muka dengan air.. berkali-kali aku membasahkan muka.. aku seperti tidak dapat menerima apa yang Shahir telah katakan.. lalu aku memandang ke arah cermin.. aku menatap wajah ku yang telah terluka..

"he hates me.." kata hati ku.. "he will hate me..."









# dah lama cerita ni tergantung.. sorry lah sebab ternanti-nanti.. susah gak lah sambil study nak karang cerita lagi.. so, ada apa-apa nak komen tentang part kali ni? entah kenapa aku macam kurang idea nak tulis apa.. berhari-hari aku mencari mood dan idea untuk part kali ni.. bagi aku macam a bit kurang lah untuk part kali ni... but this time the story is longer than before.. haha.. aku bukannya pandai menulis cerita.. asal cerita yang disampaikan tu difahami, kira okay lah..

Wednesday, 12 September 2012

Hate Me








"you will hate me when you know the real me.."

-Fahri-












dah lama cerita ni terbantut.. Unspeakable Love part 5 dipost pada 02/07/12.. sekarang dah masuk bulan September.. dah lebih dua bulan cerita kehidupan Fahri menyepi.. but, jalan cerita yang sebenar masih lagi dalam peringkat pengenalan.. untuk part 6 kali ini juga masih lagi dalam proses nak kenalkan watak-watak yang ada dalam cerita Unspeakable Love.. tema utama cerita ini masih belum aku dedahkan.. so, rasa macam tak baguslah kalau terbantut macam tu je.. seriously nak tulis cerita mesti ada komitmen yang tinggi.. tapi aku pun macam malas-malas juga sebenarnya.. haha.. tapi kalau ada yang still nak baca cerita ni, so aku akan sambung lah.. so, nanti kan kesinambungan cerita Unspeakable Love pada part 6 nanti...


Saturday, 8 September 2012

Kondom





ada satu perkara yang tiba-tiba muncul di fikiran aku.. sebenarnya benda ni dah lama aku tertanya-tanya, cuma hari ni aku teringat semula.. mengenai kondom.. haha.. macam mana orang-orang kat Malaysia boleh dapat benda ni.. dalam hal ini, aku nak tuju pada golongan PLU.. di mana boleh dapat benda ni?? sebab aku tak pernah buat seks, memang tak tahu apa-apa.. tapi bila aku kata macam ni tak bermaksud aku nak cari ke apa.. just curious lah nak tahu..

biasanya kat dalam PR ada PLU yang buat seks tapi dengan cara selamat je... kalau kat Aussie, kondom ni macam senang nak dapat free lah.. misalnya kat tandas awam.. ada sesetengah tandas tu membekalkan kondom.. so, kalau nak ambil, ambi lah.. kat universiti pun sama.. ada tempat yang provide benda ni.. sesetengah universiti tu ada yang provide kat pintu masuk.. macam universiti my former senior, dia orang macam terkejut lah bila orang provide kondom secara terbuka kat universiti mereka.. kat Malaysia konfem takde benda ni.. then, my lecturer ada cakap lah, kat Aussie kita memang dah tak dapat nak halang 'mereka' dari buat benda tu.. benda ni memang akan ada.. so, cara kerajaan nak settle masalah ni, mereka provide kondom secara percuma di tempat yang terbuka.. then, masalah macam pembuangan bayi tu boleh lah dielakkan kot.. patut kah Malaysia buat perkara yang sama?? haha.. but kalau kat Aussie or mana-mana negara Barat, meski pun dah terlanjur and mengandungkan anak luar nikah, at least dia orang tak buang, malah happy sambut kelahiran baby... macam kes adik Britney Spears and macam-macam lagi.. tapi kat Malaysia, kita faham-faham je lah.. memang tak pernah habis.. semakin banyak ada lah orang buang bayi.. 

berbalik kepada hal PLU.. aku tertanya-tanya lah macam mana korang kat Malaysia boleh dapat kondom.. di fikiran aku, mungkin ada jual kat kedai-kedai farmasi macam Guardian dan seumpamanya.. tapi serious aku cakap aku aku tak pernah terlihat pun kondom dijual kat kedai-kedai.. satu perkara yang buat aku curious gak, siapa lah yang nak beli kondom? i mean, kalau nak buat seks tu, siapa yang 'berani' nak beli? kalau yang dah dewasa, rupa dah macam orang berkahwin, kalau nak beli maybe macam okay-okay lah.. mungkin 'buat' isteri kot.. haha.. padahal nak guna untuk lelaki.. hehe.. tak lah weird kalau nak beli di kedai.. tapi kalau yang still muda, anak ikan macam tu lah, nak beli tak ke rasa agak weird?? muda-muda ni beli kondom nak buat apa?? haha.. 

aku cakap macam ni tak bermaksud aku nak beli or nak cari kondom.. tapi just curious lah.. mungkin hal ini agak baru bagi aku dan akan jadi satu pengetahuan am terbaru buat aku.. haha.. tapi, seriously kes macam orang buang bayi, mungkin sebab lelaki yang buat tak pakai kondom, sebab tak tahu nak cari kat mana or malu nak beli menjadikan kes ni menjadi-jadi.. patutkah Malaysia buat cara yang sama Aussie buat? provide kondom secara terbuka dan free.... tapi kalau kita buat macam ni, seolah-olah kita melabelkan negara kita ni memang banyak orang buat seks bebas.. kan? kan? haha..











# my lecturer ada cerita kat aku yang suami dia suruh simpan kondom kat kereta.. bila my lecturer tanya kenapa? then suami dia jawab "kot-kot kalau ada yang nak rogol nanti, suruh orang tu pakai kondom dulu.. kita tak tahu apa yang akan jadi nanti.."

hah??? hahaha!!

Tuesday, 4 September 2012

PLU Baru di Aussie

recently ada banyak orang try contact aku melalui FB.. ada banyak macam pertanyaan.. aku balas lah apa yang patut.. tapi dalam banyak-banyak private messages tu, ada banyak pula kata kat aku, 'isyaallah.. tahun depan saya pun akan study kat Australia'.. aik.. banyak pula bakal-bakal student kat Aussie contact aku.. haha.. dalam hati aku berkata, banyak pula bakal-bakal PLU Malaysia nak tinggal di Australia.. 

kadang-kadang aku ada tanya lah, study kat Aussie nak ambil degree ke master? kalau ambil degree, kat Malaysia dulu study kat mana? ambil course apa? kalau budak-budak tajaan, biasanya belajar kat tempat-tempat macam INTEC, Taylor, KMJ, KDU, KBU, KTT, Sunway and banyak lagi lah.. sebab aku pun budak tajaan gak.. kot-kot aku ni senior kepada orang-orang yang bakal nak study kat Aussie yang ada send private message kat aku.. siapa tahu? haha.. 

dalam otak aku ada fikir sesuatu.. katakan lah jika lima orang tanya aku tu semuanya study kat tempat yang sama.. misalnye kat INTEC or Taylor.. tak ke rasa macam, 'wah.. kecilnye dunia ni?" maksud aku, kata kan lah kalau kelima-lima orang tu satu kelas di tempat study yang sama.. dalam diam orang kiri kanan kita tu maybe dalam diam PLU gak.. faham tak maksud aku? haha.. PLU ni ada di mana-mana je.. sometime kita dapat rasa orang tu PLU, but sometime kita sendiri pun tak sedar gak.. macam aku lah.. aku dapat tahu one of my fiend actually pun PLU gak.. malah, orang tu duduk sebelah tempat aku je.. then, kita akan sedar dunia songsang ni tak lah begitu luas.. sempit je.. kat mana-mana boleh jumpa.. seperti aku cakap tadi, orang-orang yang tanya aku ni, kalau mereka budak tajaan, siapa tahu aku ni sebenarnya one of their seniors.. 

apa-apa pun aku just nak wish semoga korang bakal-bakal nak study di Australia ni agar success dalam pelajaran, then dapat memasuki university idaman masing-masing.. siapa tahu when you guys come here, study kat tempat yang sama dengan aku.. dah tu jadi housemate aku pula tu.. haha.. dont know lah.. seperti yang aku cakap dalam post sebelum ni, aku maybe nak sambung study local je atas sebab tertentu.. aku sendiri yang minta untuk study local.. tapi kalau permohonan ditolak, aku still kat Aussie, of course lah tahun depan aku akan cari housemate baru.. mostly di kalangan yang fresh lagi datang kat Aussie.. 

okay.. so bagi yang tak pernah datang Aussie, aku nak share beberapa gambar area di sekitar Aussie.. aku baru je balik dari percutian musim bunga semalam.. just nak share pada korang semua serba sedikit keadaan kat sini.. tak banyak gambar sebab my Spring Trip just for four days..


Salji di pergunungan

salji di pergunungan

pokok sakura di Australia

Maze terbesar di dunia

countryside

Countryside

Countryside

Pantai kat Aussie

Pantai di Aussie

Pantai di Aussie

Pantai di Aussie