Monday, 29 October 2012

Allah Sayang Kamu













Dia : bukan PR dah kena blocked?

Aku : knp tiba2 citer tentang PR ni? PR x kena blocked pun sbnrnye... i tahu cara nk masuk
Dia : sbb baca status u td pasal PR, then i try log in.. xleh pun.. blocked kat malaysia je ke?
Aku : xlah.. kalau u guna www.planetromeo.com memang x dpt.. tp dgn link lain..
Dia : camne? hehehe
Aku : nk try ek? haha
Dia : haha.. bagi lah..
Aku : i boleh beri tahu mcm mana nk masuk PR.. tp u kena tanggung sndiri lh klu jd apa2.. pandai2 lh fikir sndiri yg mana bagus yg mana buruk.. dh dewasa kn? haha
Dia : haha.. adoii.. yelah tau.. dh besar n panjang.. haha
Aku : x takut terjebak ke?
Dia : terjabak mcm mana tu?
Aku : jd teruk lh.. myb PR lh buat u lakukan ur first sex.. mcm tu lh.. brgantung pd niat u juga..
Dia : xkot..
Aku : i still ok je..
Dia : cepat lah bagi.. hehe

then aku pun beri link

Aku : pandai2 lah jaga diri.. kot2 terserempak kat PR nanti.. haha
Dia : x boleh pun
Aku : sbb apa?
Dia : Firefox can't find the server.. server not found
Aku : asal xleh je.. i ok je..
Dia : entah
Aku : guna IE or google chrome pun xleh ke?
Dia: This webpage is not available
The webpage at ........ might be temporarily down or it may have moved permanently to a new web address.
Aku : kalau ada mesej tanya nk masuk ke x, u just masuk je.. usually mcm tu lh..
Dia : xleh masuk pun masalahnya.. xpelah.. xde rezeki..
Aku : Allah telah melindungi diri mu... haha
Dia : :-)
Aku : u guna phone ke?
Dia : laptop
Aku : apasal x dapat ye? i dpt je..
Dia : entah..
Aku : kat malaysia lh i rajin online PR.. masuk google search.. cari kat google dgn web tu..
Dia : still x dpt.. dia jd kosong page tu..
Aku : Allah masih lagi melindungi diri mu.. haha








# Allah sntiasa brsama melindungi hamba-Nya.. kandang-kadang kita je tak perasaan..
# kepada yang tak tahu apa itu PR, Planet Romeo, ia adalah laman sosial untuk orang PLU je.. lebih kurang macam FB.. but only for the PLU..

Friday, 26 October 2012

Unspeakable Love -Part 9-






Part 9 : The Meeting

pertengahan semestar tahun ini mula berakhir.. aku mula bertungkus-lumus cuba menyiapkan banyak tugasan yang diberikan oleh pensyarah.. setiap subjek, mempunyai tugasan yang berbeza.. untuk tempoh dua minggu sebelum tarikh terakhir menghantar segala tugasan itu, banyak hari yang dilalui dengan berjaga malam untuk menyiapkan tugasan itu.. ada pernah untuk dua hari berturut-turut, aku langsung tidak pernah tidur.. perut pula seperti lupa untuk berasa lapar kerana minda tertumpu pada tugasan itu..

akhirnya, hari-hari perit pada hujung semestar mula berakhir.. dan seperti kebiasaanya, pelajar yang mengambil jurusan seni bina akan bercuti lebih awal berbanding pelajar di jurusan lain.. jika pelajar lain tengah sibuk untuk menghadapi ujian, pelajar jurusan seni bina akan mula bercuti lebih awal kerana tidak ada ujian yang harus diduduki oleh pelajar seni bina..

apabila semuanya sudah berakhir, aku dan kawan-kawan yang lain telah merancang untuk meluangkan masa bersama bersuka-ria di kota raya sebelum masing-masing akan membawa diri pulang ke kediaman sendiri.. namun hanya aku yang merancang untuk tidak pulang ke kampung halaman.. rancangan aku untuk cuti semestar ini adalah untuk membuat kerja sambilan di kota raya.. alasannya untuk mencari sedikit duit bagi menampung keperluan aku di universiti..

"nak ikut balik aku, nak tak Fahri?" pelawa Shahir..

di dalam bilik, hanya ada aku berdua dengan Shahir.. dia mula mengemas pakaian yang mahu dibawa pulang ke rumahnya.. aku hanya duduk di katil aku sambil memandang Shahir..

"takpe lah.. buat susah-susah je..." kataku...

"serius ke kau nak kerja? dah dapat dah?" tanya Shahir sambil mengemas pakaian..

"dah dapat.. just tunggu nak bekerja je.. kat tempat yang sama gak.. kerja kat kedai farmasi tempat yang sama aku kerja dulu.."

"owh.. ye ke? baguslah kalau macam tu... kau ni rajin pula ye nak kerja time cuti.. kalau aku, rasa macam malas sikit.. haha.. sorry to say lah.."

"kau takpe lah.. parent kau agak kaya juga lah.. aku ni just biasa-biasa je.."

"kat shopping mall tu ke?" tanya Shahir lagi..

"ha ah.. kalau nak lawat pun boleh.. haha.. asal jangan kacau aku kerja lah.. hehe.."

macam tu lah.. memang sudah jadi kebiasaan aku untuk berkerja sambilan waktu cuti semestar.. adakalanya aku kerja di gerai makanan segera.. pada cuti semestar lepas pula kerja kat kedai farmasi.. jadi kali ni pun aku nak kerja kat kedai farmasi yang sama gak.. sebabnya dekat dengan universiti aku.. kerja angkat-angkat barang.. susun-susun barang... atau jaga takut orang curi barang macam tu lah.. kadang-kadang jaga kaunter bayaran..

"so, malam ni macam mana? nak gerak pukul berapa?" tanya aku kepada Shahir mengenai aktiviti yang telah dirancang..

"dalam pukul 7 petang macam tu lah nak gerak.. kawan-kawan lain tunggu kat main gate.. so, ready-ready je lah ye..."

aku hanya menganggukan kepala.. Shahir kembali mengemaskan segala barang yang mahu dibawa pulang..

petang itu dalam pukul 6 aku mula bersiap diri untuk keluar bersama dengan kawan-kawan lain.. rancangannya hanya untuk makan bersama, kemudian pula tengok wayang filem terbaru.. sudah lama betul aku tidak menonton wayang di panggung.. rasanya untuk tahun ni langsung tidak pernah lagi kot..

aku hanya memakai baju kameja-T yang berwarna biru.. dipadankan pula dengan seluar khaki yang agak skinny berwarna kelabu.. entah kenapa aku suka dengan seluar yang terlalu lebar.. ada orang kata PLU memang suka pakai seluar potongan agak skinny.. entah lah.. aku pun tak tahu lah.. aku just ikut gaya remaja zaman sekarang ni.. aku pun masih muda lagi..

Shahir pula aku tengok turut memakai baju kamera yang biru... dipadankan pula seluar jean.. sebenarnya, aku memakai baju warna biru pun sebab Shahir baju warna tu.. hehe.. entah kenapa aku macam feeling keluar temu janji dengan Shahir.. haha.. entah.. syok sendiri lah kot.. aku tersenyum bersendirian sambil memandang Shahir yang sedang mengayakan rambut..

kemudian, lebih kurang jam 5.30 petang aku dan Shahir telah sampai di depan pintu utama universiti.. di sana, Kamil dan teman wanitanya sedang menunggu kehadiran kami.. nampaknya masih ada yang terlewat berbanding kami..

"sedondon je aku tengok roommate berdua ni.. ada apa-apa ke? haha" kata Kamil..

"ish.. kau ni.. hehe.." kata Shahir tergelak kecil..

aku di sebelah Shahir tiba-tiba merah muka.. malu lah kot.. haha..

"ala... biasalah.. mereka kan best friend.. tak kisah lah kan?" kata Suraya, kekasih Kamil..

"kebetulan je la... hehe.." kataku malu-malu.. kebetulan lah sangat.. haha..

Shahir hanya tersenyum kecil..

tidak lama selepas itu kelihatan Liyana mula muncul dari jauh.. dia hanya tersenyum-senyum sambil melambai kami.. dalam hati aku terkejut bila Liyana turut memakai baju yang berwarna biru..

"wah... biru juga ke?? ni memang dah dirancang ke?? hehe.." tanya Kamil kepada Liyana..

"Shahir ni hah yang suruh Yana pakai baju warna biru gak.. hehe..." kata Liyana sambil malu-malu... terus dia mendekati Shahir..

"amboi.. kalau tahu, kami berdua pun nak sedondon juga lah, tak begitu?? haha.." kata Suraya kepada Kamil..

aku hanya terdiam.. mataku hanya memerhatikan Shahir dan Liyana.. mataku memerhatikan yang tangan mereka mula berpimpingan.. entah kenapa tiba-tiba datang satu perasaan aneh di hati aku.. perasaan yang kurang menyenangkan di saat aku melihat mereka berdua berpegangan tangan.. cemburu? ya.. mungkin aku cemburu..

begitu lah yang berlaku pada saat sebelum kami keluar bersama-sama di kota raya.. Shahir dengan Liyana.. manakala Kamil pula dengan Suraya.. hanya aku seorang sahaja yang tidak berteman.. kedua-dua pasangan itu berjalan bersama-sama dengan pasangan masing-masing.. hanya aku seorang sahaja berjalan berseorangan..

mataku sering sahaja memerhatikan perlakuan antara Shahir dengan Liyana.. mataku sering sahaja memerhatikan kelakuan mesra antara mereka berdua.. dari belakang, langsung tidak pernah mata berhenti aku memerhatikan Shahir dan Liyana.. aku cemburu.. mungkin..

ketika duduk di dalam bas untuk pergi ke kota raya juga aku duduk bersedirian.. manakala kedua-dua pasangan itu duduk bersama-sama.. entah kenapa tiba-tiba aku berasa keseorangan.. entah kenapa aku mahu ada seorang yang hadir di dalam hidup aku pada saat ini.. aku mahu disayangi dan juga menyayangi.. 

aku memandang pada tingkap bas memerhatikan permandangan di luar.. dalam hati aku terasa sunyi.. pada saat ini, aku mahu ada seorang yang menemani aku.. perasaan sunyi yang hadir setelah tiga tahun berlaku antara kisah aku dan Ihsan..

aku memandang ke arah Shahir yang sedang duduk dengan Liyana di hadapan aku.. kedua-dua mereka sedang berbual mesra.. kemudian, aku alihkan pandangan mata aku.. tidak sanggup aku untuk memerhatikan lagi...

kenapa you nak cemburu kalau you tak nak anggap or ingin dia jadi kekasih you?

tiba-tiba, teringat dengan kata-kata kenalan internet aku, Saiful..

the first rule is.. jangan pernah jatuh cinta dengan lelaki straight.. or you sendiri yang nak merana...

aku terdiam, hanyut mengingati perkataan itu semua.. aku telah jatuh dalam perangkap cinta.. aku telah jatuh pada cinta yang tidak mungkin aku miliki... 

aku memejam mata...

satu bayangan mula muncul di fikiran aku.. 

hanya ada Shahir dan aku.. dia, Shahir sedang memandang mata aku.. tangannya sedang memegang tangan aku sambil tersenyum.. kemudian, dia mula memeluk aku.. satu pelukan yang erat.. hangat yang menyenangkan.. pada saat itu, tidak ada satu perkataan yang boleh menjelaskan bertapa gembiranya hati aku pada saat itu...

sungguh...

aku dihanyuti oleh mimpi yang tidak mungkin akan terjadi..

untuk seketika, mata aku mula berkaca...

cinta itu sungguh menyakitkan...




*          *          *



tiga tahun dahulu ketika aku bersama dengan Ihsan, dia selalu mengambil gambar aku tanpa aku sedari.. galeri telefon bimbitnya banyak dipenuhi oleh gambar-gambar aku.. dan sampai lah aku menyedari perbuatannya itu, akhirnya aku sedar bahawa Ihsan ada menyimpan perasaan suka terhadap diri aku.. sejak dari saat itu, hubungan kami mula menjadi lebih rapat.. biarpun dia tidak pernah mengatakan cinta, tapi aku tahu perasaan itu wujud di hatinya..

"kita tak pernah mengambil gambar bersama.." kataku kepada Ihsan..

"emm..." Ihsan tidak berkata-kata...

"tak payah nak malu-malu.. mari sini.. duduk dekat dengan aku.." ajak aku lalu terus menariknya untuk duduk dekat dengan aku..

Ihsan hanya malu-malu.. manakala aku hanya membuat muka slumber.. 

"senyum lah sikit... hehe.." kata aku kepada Ihsan sambil menghalakan telefon bimbit aku ke atas untuk mengambil gambar kami berdua..

itu lah kali pertama kami berdua mengambil gambar bersama.. tangan aku merangkul badannya.. kami berdua tersenyum.. sungguh, tidak ada perkataan yang boleh mengambarkan perasaan aku pada saat itu.. aku begitu bahagia.. begitu juga dengan Ihsan..

gambar itu masih lagi aku simpan sehinggalah sekarang.. satu nostalgia yang tidak dapat aku lupakan.. begitu juga lah dengan Ihsan.. tiga tahun dahulu ketika kami bersama, selama itu gambar tersebut telah menjadi wallpaper telefon bimbitnya.. biarpun pada saat-ssat terakhir dia mula menjadi dingin terhadap aku, namun aku tahu gambar itu masih lagi menjadi wallpaper telefon bimbitnya.. kerana itu, aku tetap yakin, biarpun dingin cara dia mula melayan aku namun di hatinya masih ada ruang hadirku dalam hidupnya..

pada hari ini, aku mula merasakan diri aku seperti Ihsan.. cuba-cuba mengambil gambar aku secara diam... dan gambar-gambar itu mula memenuhi galeri dalam telefon bimbit aku.. begitu lah apa yang aku lakukan terhadap Shahir.. sudah banyak gambar Shahir aku ambil tanpa dia sedari.. mungkin ini lah apa yang Ihsan rasakan di saat dia menyukai aku secara diam.. dan kini, aku seperti menjadi Ihsan... 

"Fahri, ambil gambar kami berdua, boleh?" tanya Shahir kepada aku..

"boleh je.. mari sini, telefon kau.." balas aku..

pada malam itu, aku, Shahir dan lain-lain makan bersama-sama di sebuah kedai makan makanan segera.. dia, Shahir mahu aku mengambil gambarnya berdua-duaan dengan Liyana.. aku hanya setuju... bangun kemudian berundur kebelakang sedikit untuk mengambil gambar mereka berdua..

Shahir dan Liyana mula duduk rapat-rapat sambil tersenyum memandang ke arah aku. 

"sweetnye, couple ni.. baju sama-sama biru pula tu.. hehe.." ujar Suraya..

entah kenapa timbul lagi perasaan cemburu melihat Shahir dan Liyana di depan aku.. terdiam cuba untuk menghiraukan perasaan itu, dengan ikhlas aku mengambil gambar mereka berdua..

"sekali lagi... hehe.." pinta Shahir..

aku hanya menurut.. aku ambil lagi gambar pasangan kekasih itu.. kali ini gaya mereka lagi mesra.. tidak lah berpelukan, tapi senyuman mereka begitu bahagia sekali.. 

Ikhlaskan lah hati mu, Fahri..

Klik!! 

satu lagi gambar aku ambil..

sesudah itu aku kembali ke tempat duduk aku.. 

"thanks ye, Fahri.." kata Liyana..

"sama-sama..." kataku ringkas..

"Shahir, kau ambil lah gambar dengan Fahri juga.. baju korang pun sedondon warna biru.." kata Liyana secara tiba-tiba kepada Shahir..

"eh! takpe lah.." kata aku yang sebenarnya berasa terkejut..

"ye lah Fahri... kita tak pernah pun ambil gambar bersama.. jom.." ajak Shahir terus menarik tangan aku..

aku hanya terdiam.. muka aku menjadi merah sebab malu-malu nak bergambar berdua-duan dengan Shahir.. tangan Shahir mula merangkul bahu aku sambil dia tersenyum.. tidak ada satu perkataan yang boleh menjelaskan perasaan aku pada saat itu.. jantung ku mula berdegup kencang..

dulu, aku ajak Ihsan untuk bergambar bersama.. dia malu-malu.. aku pula hanya tersenyum.. tanganku mula merangkul bahu Ihsan

pada saat ini, dia, Shahir mengajak aku untuk bergambar bersama... aku malu-malu.. dia pula hanya tersenyum.. tangannya mula merangkul bahu aku...

Klik!!

satu gambar telah diambil.. gambar kali pertama yang hanya ada aku dan Shahir..

dia berbaju biru.. dan aku juga berbaju biru...



*          *          *


tiga hari telah berlalu.. cuti semestar bermula.. Shahir telah pun balik ke rumahnya sendiri.. sempat dia berpesan kalau aku nak minta tolong sesuatu, jangan segan nak hubungi dia.. lagi pun dia tinggal berdekatan dengan kota raya ni juga.. aku hanya mengangguk..

kerja sambilan mula aku lakukan.. di kedai farmasi tempat aku berkerja, aku mula sibuk menyusun barang-barang dan menjadi promoter kepada orang yang datang berkunjung.. adakalanya aku akan menjaga kaunter bayaran.. kerja sedikit sibuk, dan gaji pun tidak lah seberapa.. tapi aku suka dengan pekerjaan itu.. lagi pun tempat tu tidak jauh dari kolej kediaman aku..

hari pertama bekerja, agak meletihkan.. banyak stok baru yang perlu disusun.. angkut barang kemudian pada malamnya menyusun stok-stok baru itu.. 

hari kedua bekerja.. suasana seperti biasa juga.. agak sibuk namun tidak seperti semalam.. sekali lagi pada hari ni aku bekerja untuk sebelah malam... dari pukul 3 petang, sehingga lah pukul 11 malam baru lah aku mula pulang balik ke kolej kediaman..

hari ketiga bekerja pula aku bekerja untuk hari siang.. dari pukul 9 pagi sehingga lah pukul tiga petang.. hari ini, aku bersiap awal untuk datang bekerja.. pada pukul 8 pagi aku sudah mula bergerak dari kolej kediaman aku..

hari ini agak sedikit sibuk juga lah.. hari Sabtu.. banyak orang yang berkunjung di Shopping Mall itu.. jadi, semakin banyak lah pelanggan yang berkunjung ke kedai farmasi tempat aku bekerja.. 

aku hanya melayan pelanggan dengan senyuman mesra.. kali ini, aku bekerja di kaunter bayaran.. seorang dari seorang aku layan dan tidak pernah pudar senyuman yang aku berikan..

"sila datang lagi.. terima kasih.." kata aku setelah siap memasukkan baranngan yang dibeli pelanggan ke dalam beg plastik..

kemudian, pelanggan seterusnya datang..

"eh, just nak tanya.. saya nak beli sabun mandi.. tapi tak pasti lah brand apa yang bagus lagi.. antara Detol dengan Protex mana lagi bagus??" tanya pelanggan itu..

tiba-tiba jantung aku berdegup kencang di saat aku memandang wajah pelanggan itu.. dia hanya tersenyum memandang aku... tangan aku seperti begetar-getar.. lidah aku mula kelu, tidak mampu untuk berkata-kata..

sepertinya, aku sangat mengenali wajahnya...

hatiku mula berbisik..

Saiful!!








Monday, 22 October 2012

Unspeakable Love -Part 8-






Part 8 : Confession

u pernah bercinta tak sebelum ni?

Saiful, lelaki yang aku kenal dari Planet Romeo bertanya kepada aku.. entah kenapa dari hari ke hari kami semakin kerap berbual kat YM.. dan pada malam ini juga, seperti biasa aku dan dia akan berbual kat YM.

haha.. no komen lah..

tak boleh lah macam tu.. i dh beri tahu pd u about my story.. then it's ur turn lh pula kali ni..

aku terdiam.. untuk seketika aku memikirkan hal ini.. patut kah aku memberi tahu pada Saiful mengenai kisah antara aku dan Ihsan? sebenarnya aku tak tahu sama ada hubungan antara aku dan Ihsan dulu boleh dikategorikan sebagai hubungan cinta.. kerana bagi aku, Ihsan seperti tidak mengiktiraf ia adalah hubungan cinta.. 

sy x tahu lah nk ckp mcm mana.. ermm...

means, u pernah lh? cuba citer sikit... i pun nk tahu gak..

ermm.. actually, i pun x tahu sama ada kisah kita orang ni adalah hubungan cinta atau pun x.. sbb dia x pernah mengucapkan cinta pd sy pun.. but, cara dia melayan sy mcm kita org ni kapel pun ada..

means? tak faham lah..

i like him.. or i patut kata i love him.. betul2 cinta lah.. but, dia x suka kalau sy anggap dia sebagai kekasih i.. nk pegang tangan pun dia marah.. dia kata dia anggap sy sebagai seorang yg lebih dr seorang kwn baik, but xkn lebih dr seorang kekasih.. mksudnye di antara kawan baik dan kekasih lah.. faham x?

owh... ok2.. faham lah kot.. haha.. boleh pula mcm tu ek? haha

dia tu pelik sikit.. sampai skrg pun sy still x boleh nk faham perangai dia.. tp, kalau difikirkan semula dulu dia lah yg teria2 nk kenal dgn sy.. honestly, waktu kita org kenal dulu dia mcm nk mengorat sy je..

maksud u?

cara dia lah.. dia ada kata pd sy dulu, yg dia memang teringin sgt nk kenal dgn sy.. kata nk jd kwn.. then, kita org pun lama2 jd kwn.. after that kita org mcm jd adik beradik.. rapat sgt.. dia betul2 sudah jd my best friend.. segala suka n duka kami kongsi brsama.. i tahu dia suka kat sy.. pd saat tu pun i rasa yg i dh jatuh cinta kat dia.. but then he said to me about one thing, yg dia nk berhenti berharap... berhenti berharap agar sy jd kekasih dia.. sbb bg dia sudah terlalu byk harapan yg dia lakukan pd sy, but berharap i jd kekasih dia mcm sudah melebih2.. kira2 mcm tu about our story..

he loves u... 

yeah.. i know he really loves me.. but dia just xnk ckp.. 

i think i faham lh knp dia jd mcm tu.. dia tgh struggle pd diri dia sndiri sbnarnya... antara kemahuan hati dan juga kehendak Tuhan.. jd jgn kecewa tentang diri dia..

ye.. sy tahu.. his name is Ihsan.. Ihsan bin Hamidi.. kalau u nak tahu, password utk YM ni, facebook n tweeter semua tu sy guna nama dia lah.. his name is my password.. nama dia adalah kunci kpd byk rahsia tentang diri sy.. i just cant forget him... setiap hari sy akan ingat pd dia sbb setiap hari sy perlu taip password for fb, email n tweeter semua.. means, setiap hari sy tulis nama dia lh..

then, bagaimana dgn dia? i mean, korang still bersama or dh terpisah mcm tu lah?

pertanyaan Saiful itu membuatkan aku terdiam.. apa yang seterusnya berlaku antara aku dan Ihsan?  untuk seketika aku memikirkan saat-saat itu.. kenangan yang aku mahu lupakan.. sudah tiga tahun berlalu sejak saat terakhir aku melihat Ihsan.. mata aku mula berkaca memikirkan hal itu.. 

ianya sangat sakit...

apa yg sakit?

that moment.. it hurts me.. i harap, i boleh jumpa dgn dia lg..

why? apa yg dh berlaku?

i dont want to talk about that.. 

dia sudah meninggal ke?

no!! please!! jgn kata mcm tu...

i'm sorry.. sy just teka.. sgt2 sorry..

it's okay... sy just xnk fikirkn semula...

so, apa yg i teka betul lh?

boleh x u jgn kata mcm tu lg?? i really2 dont want to think about it anymore! 

ok2.. sorry.. i minta maaf sgt2... ok.. dh x nk ckp dah...




*          *          *



malam itu begitu dingin sekali.. jam menunjukkan pukul 12 tengah malam.. di dalam bilik, hanya ada aku dan Shahir.. aku sedang berbaring sambil berselimut di atas katil tanpa membuat apa-apa, manakala Shahir pula sedang duduk di kerusi meja belajarnya sambil menghadap komputer riba.. tangan Shahir begitu ligat menaip sesuatu untuk membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah..

lampu sudah dipadamkan oleh Shahir kerana dia tidak mahu mengganggu aku yang mahu beristirehat sahaja.. aku hanya diam membisu.. seluruh tubuh aku litupi dengan selimut.. di sebalik sebalik selimut itu pula, aku sedang menghadap pada skrin smartphone aku..

ada gambar yang aku tatap pada skrin smartphone itu.. ada wajah dua orang lelaki yang kelihatan begitu mesra.. kedua-dua mereka hanya tersenyum.. seorang tersenyum menampakkan barisan gigi yang putih, manakala yang seorang lagi hanya tersenyum malu.. namun, kedua-dua mereka menunjukkan senyuman yang begitu bahagia..

lelaki di sebelah kiri berambut agak ikal dan memiliki sedikit janggut pada dagu.. dia adalah Ihsan.. dia juga lah yang tersenyum lebar begitu gembira.. tangannya pula sedang memegang bahu orang di sebelah kanannya.. yang tersenyum malu itu adalah aku.. kulit agak kemerah-merahan mungkin sebab rasa malu.. namun yang pasti dari air muka kedua-duanya menunjukkan saat-saat yang begitu bahagia kami pernah lalui..

air mata ku mula berlinang.. pertanyaan Saiful tadi membuatkan aku teringatkan pada Ihsan semula.. sungguh, pada saat itu aku berasa begitu hiba.. banyak kenangan mula aku imbas semula.. 

"hei!! that's my picture!!" kata aku..

pada skrin telefon bimbit nokia itu, aku lihat ada gambar aku.. 

"eh.. jangan tengok!" kata Ihsan dengan pantas cuba merampas semula telefon bimbitnya daripada aku..

aku melarikan tangan aku.. tidak mahu aku serahkan telefon bimbit itu kepada Ihsan.. 

pada saat itu, hanya ada kami berdua di dalam bilik aku di kolej kediaman.. asalnya hanya mahu berbual-bual kosong.. memang sudah jadi kebiasaan Ihsan akan datang melepak dalam bilik aku.. sejak kami mula berkawan, dia memang suka datang untuk berbual-bual dengan aku di dalam bilik..

tapi, waktu tengah kami berdua seronok berbual, tiba-tiba Ihsan mahu pergi ke tandas.. pada saat itu lah dia tertinggal telefon bimbitnya di atas katil aku.. entah kenapa pula tiba-tiba terlintas di fikiran aku untuk membelek-belek telefon Ihsan.. namun sesuatu yang begitu mengejutkan aku apabila melihat gambar aku dijadikan sebagai wallpaper telefon Ihsan..

"dari mana boleh dapat gambar aku??" tanya aku meminta penjelasan dari Ihsan..

Ihsan hanya terdiam.. mukanya mula menjadi merah.. sekali lagi dia cuba merampas telefon itu dari aku namun tidak berjaya..

"aku tanya sekali lagi.. dari mana dapat my picture, huh?" tanya aku lagi..

"please, give it to me, Fahri.." pinta Ihsan..

"cakap dulu, baru aku serahkan..."

Ihsan kelihatan begitu gementar apabila aku menyedari aku sudah tahu akan rahsianya itu.. aku cuba menyemak semua kandungan dalam telefon bimbit Ihsan.. sungguh terkejut aku apabila melihat ada banyak gambar-gambar aku dalam galeri telefon bimbitnya.. kesemua gambar-gambar itu diambil ketika aku tidak sedar.. semua gambar diambil secara curi..

aku memandang ke arah wajah Ihsan yang sudah menjadi serba salah.. pandangan mata aku begitu serius..

"boleh kau jelaskan semua ini?? bukan satu, tapi banyak... kau curi-curi gambar aku, ye??" tanya aku serius..

Ihsan hanya tunduk.. diam membisu..

"apa semua ni, huh? kau cakap kat aku kenapa kau jadikan gambar aku sebagai wallpaper kau?" tanya ku lagi...

"i'm sorry..." kata Ihsan sepatah..

"apa yang sorry nye? aku tanya kenapa.. can you explain it to me?"

Ihsan masih lagi membisu..

"pandang lah kat aku.. cakap.. kenapa?" tanya aku mahukan penjelasan.. 

aku mendekati Ihsan.. mataku dan matanya begitu dekat saling memandang.. aku inginkan penjelasan dari Ihsan atas perbuatannya itu.. aku memandangnya dengan serius, manakala matanya jelas menunjukkan rasa bersalah dan gementar..

"sekali lagi aku tanya, kenapa? kenapa Ihsan, kenapa?"

"sorry..." 

"kau... suka... aku??" tanya aku sambil berdebar-debar di hati..

"i'm sorry..."

"do you like me, Ihsan?"

"hate me if you want..."

entah kenapa air mataku mula berlinang.. aku tidak dapat menaham perasaan aku.. dengan segera aku memeluk Ihsan dengan erat.. Ihsan seperti berasa terkejut dengan tindakkan aku itu..

"no.. I will not hate you..." kata aku kepada Ihsan..

Ihsan tergamam..

pelukan aku itu semakin erat.. dapat aku rasakan tangan Ihsan seperti mula membalas pelukkan aku..

di telinga Ihsan, aku berbisik, "I like you, Ihsan.. I really like you..."

itu lah kali pertama aku menyedari Ihsan menyukai aku.. itu lah kali pertama aku sedar bertapa Ihsan sering memikirkan tentang diri aku.. di hatinya hanya ada aku.. 

tidak dapat aku menaham perasaan aku.. di sebalik selimut itu, air mataku tidak berhenti mengalir.. aku begitu merindui Ihsan.. bantal yang aku tiduri mula basah dengan air mataku.. sungguh, aku begitu terluka.. sungguh, hatiku juga menangis..

aku menangis.. aku tidak dapat berhenti menangis...

"Fahri, are you crying??" tiba-tiba Shahir bertanya kepada aku..

"no.. aku okay je..."










"...kadang-kadang aku fikir yang aku nak mati awal.. aku harap-harap sangat Tuhan akan cabut nyawa aku kerana pada saat itu kesengsaraan ini akan berakhir.. aku suka kamu, Fahri.. tapi menyukai diri mu membuatkan aku rasa bersalah... I want to die earlier.. sangat-sangat lah..

but then...

I realized about one important thing.. 

kadang-kadang keberanian itu bukan lah kerana kita berani untuk mati, namun adakalanya adalah kerana kita berani untuk terus hidup... 

then.. I choose to survive.."

-Ihsan-




Saturday, 20 October 2012

Dicium Lelaki Straight








video ni sangat lawak... pandai giler buat prank.. haha.. so, sesiapa yang nak try cara ni kat Malaysia tak boleh buat kot.. sebab kat tempat orang putih je ada Kiss Booth ni..






#agak busy sebab minggu depan last class kat sini.. tak lama lagi balik Malaysia pada 17/11/12..  nanti.. lepas habis kelas baru nak update blog banyak-banyak.. dah setahun kat Aussie, masa untuk balik kampung...

Monday, 15 October 2012

Unspeakable Love -Part 7-





Part 7 : Stop Hoping

"your name is Fahri, is it?"

"ye.. saya Fahri.. kenapa?"

"Fahri bin Abdul Rahman.. betul tak tekaan saya?"

aku menjadi tertanya-tanya... macam mana dia boleh tahu nama aku? tiba-tiba dia muncul di depan lalu duduk bertentangan dengan aku.. sejujurnya aku tidak mengenali dia.. timbul perasaan curiga di hati aku..

"macam mana awak boleh tahu nama saya?" aku mahukan penjelasan..

"saya tahu lah.. hehe.."

"then, awak nak apa sebenarnya.."

"nak jadi kawan awak.. itu pun kalau awak tak kisah lah.."

"what??" aku berasa terkejut..

"kenapa? tak sudi ke??"

"ermm.. no lah.. cuma macam pelik je... terlalu tiba-tiba.."

"hehe... sorry lah kalau rasa pelik.. so, sudi ke nak jadi kawan saya?"

"ermm.. okay je kot.. tak kisah sangat pun.."

"then, rasanya awak perlu tahu nama saya.. just call me Ihsan.. Ihsan bin Hamidi.."

itu lah detik pertama perkenalan antara aku dan Ihsan.. dia datang muncul secara tiba-tiba lalu meminta untuk menjadi sahabat aku.. pelik? ya, memang pelik... sungguh, aku berasa terkejut.. sejujurnya, lahir perasaan curiga di hati aku pada dirinya..

ketika itu, aku masih lagi menuntut dalam persediaan untuk ke universiti.. dengan kata lain, aku sedang mengikuti program asasi sebagai trek pantas untuk menyambung sarjana muda.. aku masih berumur 18 tahun.. masih mentah, permikiran pun masih lagi seperti budak baru habis tamat sekolah menengah.. Ihsan sama seperti aku, turut mengikuti program asasi.. pada saat ini lah kami bertemu..

aku sedang duduk di gerai makan di kolej kediaman bersendirian untuk makan malam.. bukan kerana tidak ada kawan yang menemani, namun aku mahu makan lebih awal kerana aku ingin menyiapkan tugasan yang diberi pensyarah pada malam itu.. kemudian, Ihsan muncul lalu duduk menemani aku.. dan pada saat itu lah perkenalan kami bermula.. dia mahu menjadi kawan aku, itulah yang dia katakan.. aku hanya menerima, namun sudah tentu aku berasa terkejut kerana semua begitu tiba-tiba..

aku tak kenal dia.. aku tak pernah nampak dia biar pun sudah dua bulan aku mengikuti program asasi..

"saya ambil asasi kejuruteraan.. tapi kita tinggal di satu kolej kediaman yang sama.. mungkin awak tak perasaan kot.. tapi saya selalu nampak awak makan di gerai ini.." jelas Ihsan..

"ermm.. ye ke?? jujur saya cakap saya tak pernah nampak awak sebelum ni.. tak perasan lah kot.. ye lah, kat sini kan banyak orang.."

"that's okay lah.. saya faham.." kata Ihsan sambil tersenyum.

"ermm.. you know what, to be honest, I'm just curious lah.. kenapa tiba-tiba nak minta jadi kawan ni??" tanya aku..

"kenapa? salah ke kalau nak jadi kawan?"

"tak lah juga.. just, it is a bit.. weird..."

"ha ha.. okay, saya faham... awak tak payah takut lah.. saya memang macam ni.. tak malu nak tegur orang.. tak malu nak jadi kawan orang lain.. lagi banyak kawan lagi bagus, tak begitu?"

aku hanya menganguk... malas nak nak berfikir hal yang bukan-bukan.. orang nak berkawan, rasanya tak jadi masalah bagi aku, cuma rasa macam pelik sikit lah.. seperti dia ada niat lain..

aku memandang ke wajah Ihsan.. dia hanya tersenyum-senyum.. dari segi air muka dia nampak macam orang yang baik-baik je.. tak lah nampak seperti budak-budak nakal.. tapi kalau difikirkan semula, paras rupa tidak menentukan personaliti orang yang sebenar.. entah kenapa aku tiba-tiba berasa sangsi..

tak bagus nak berburuk sangka... hatiku mula berbisik..

"lepas ni awak nak buat apa?" tanya Ihsan..

"nak masuk bilik buat assignment.. kenapa?"

"takde apa-apa.. saje nak tanya.. ermm... esok, awak free tak?"

"ermm.. free lah kot.. rasanye takde apa-apa nak dibuat esok.. stay kat kolej lah kot.. kenapa?"

"ingat nak ajak gi jalan-jalan kat bandar.. so.. ermm..."

"then nak ajak aku lah? macam tu?"

"ha ah.. macam tu lah.. pergi tengok wayang ke apa..."

serta merta aku berdiri lalu memandang tajam ke arah mata Ihsan, "boleh tak awak jujur pada saya, you nak apa sebenarnya?" 

"kenapa ni? marah ke? sorry lah.. takde niat lain.. just nak berkawan je..."

"ye lah.. kata nak berkawan tapi awak macam ada agenda lain je.. ajak gi keluar lah.. nak tengok wayang lah.." kata aku yang sedikit kasar..

"salah ke? nak kenal-kenal.. orang lain biasa je keluar dengan kawan-kawan.."

"saya tahu lah.. but cara awak ni macam pelik sikit.." kata aku yang masih memandang tajam ke arah mata Ihsan.. "awak datang secara tiba-tiba, then kata nak kenal lah.. saya okay je kalau nak berkawan.. but suddenly awak ajak saya nak gi keluar jalan-jalan.. tengok wayanglah.. dont know lah but I think it's a bit weird..."

"saya fikir itu cara nak berkawan.. takde maksud lain.."

"okay.. then, macam mana awak boleh tahu nama full saya? saya sendiri pun tak kenal awak.. tak pernah terserempak pun... awak ada perhatikan saya ke selama ini??" tanya aku mahu kepastian..

Ihsan terdiam membisu.. aku masih lagi memandang ke arah wajahnya yang telah hilang keceriaan.. aku pasti lelaki dihadapan aku ini ada niat lain.. dia sepertinya tahu banyak perkara tentang diri aku.. entah.. aku rasa begitu.. sepertinya dia ada menyembunyikan sesuatu..

 "okay lah. dah lewat ni.. saya pun patut siapkan assignment saya.. I need to go now.. salam.." kataku lalu meninggalkan Ihsan berseorangan..

begitulah detik perkenalan antara aku dengan Ihsan.. dia datang secara tiba-tiba.. dia ajak untuk berkawan, namun aku sepertinya agak curiga dengan dirinya.. entah kenapa aku merasakan yang ada memerhatikan aku selama ini, kerana dia tahu nama penuh aku.. bagi pendapat aku, ia agak aneh jika orang yang asing seperti dia boleh tahu nama penuh aku.. dan lagi secara tiba-tiba dia mengajak aku untuk pergi keluar bersama..

mungkin aku yang terlalu mencurigai dirinya.. bagi aku, cara untuk dia berkenalan agak aneh.. cara untuk dia berkenalan untuk menjadi sahabat agak janggal di fikiran aku.. entah.. aku pun tak tahu kenapa.. mungkin juga aku tak mempercayai dirinya.. 

pendulikan je.. aku tak ambil kisah lagi.. malas nak fikir.. lagi bagus aku fokus pada assignment aku.. 

tapi semuanya tak berakhir di situ.. keesokkan harinya dia muncul lagi.. pada saat itu aku baru sahaja selesai mandi dan bersedia untuk berkemas.. di dalam bilik, hanya ada aku seorang sahaja.. teman sebilik aku pergi keluar.. aku tak tahu dia pergi ke mana, mungkin pergi ke perpustakaan.. memang itu lah rutin harian teman sebilik aku pada hujung minggu..

selesai sahaja mengemas bilik, aku terus berbaring di atas katil aku.. hari ini tiada apa-apa yang aku nak lakukan.. langsung tiada sebarang perancangan aktiviti.. jam tengah menunjukkan pukul 10 pagi.. cuaca pada hari ini agak elok.. cerah tapi tidak lah terlalu panas.. memang bagus jika nak pergi berjalan-jalan di luar..

aku bangun lalu memandang ke luar tingkap memikirkan apa yang aku patut lakukan hari ini.. mungkin aku patut pergi ke perpustakaan menemani teman sebilik aku.. rasanya lah kot.. daripada aku duduk berseorangan di dalam bilik tanpa buat apa-apa, lagi bagus pergi ke perpustakaan.. namun, hal mengejutkan berlaku.. di saat aku mahu membuka pintu untuk keluar dari bilik, di luar pintu kelihatan lelaki yang aku jumpa semalam..

Dia, Ihsan sedang menunggu aku di luar pintu sambil tersenyum-senyum.. 

"awak nak apa sebenarnya?" tanya aku kepadanya..

"ermm.. semalam kan dah ajak awak gi keluar.. so, saya pun tunggu lah.." katanya yang masih tersenyum..

"what?? takde sesiapa pun janji nak ikut awak gi keluar.." kata aku kepadanya.. "macam mana boleh tahu bilik saya kat sini, huh??"

"saya tahu lah.. hehe.."

"ok, fine!!" aku terus beredar meninggalkan dirinya..




*          *          *



(bahagian ini adalah sambungan dari Part 3)



malam itu lebih kurang jam pukul 10 malam, aku dan Ihsan duduk mengeliling unggun api di tapak perkemahan.. suasana pada saat itu agak sunyi.. hanya ada kami berdua.. suhu agak sejuk.. biarpun aku memakai sweater untuk memanaskan badan.. dan oleh kerana itu, berada dekat dengan unggun membuatkan aku berasa agak selesa sedikit...

aku hanya berdiam diri.. begitu juga dengan Ihsan.. dalam fikiran aku masih teringat akan kata-kata Ihsan di puncak gunung tadi..

"Jika kau terus berusaha, I believe that God will give you one ticket to heaven.."

kata-kata itu agak menyentuh perasaan aku.. sesuatu yang tak pernah aku bayangkan akan keluar dari mulut Ihsan.. dia mempunyai pendapatnya yang tersendiri mengenai banyak perkara.. mengenai cinta.. persoalan tentang kehidupan PLU.. dan banyak lagi yang bagi aku dia agak berbeza dengan orang yang aku pernah jumpa..

Ihsan sudah banyak berubah.. Ihsan yang dulu agak berbeza dengan Ihsan yang sekarang ini.. aku tak tahu kenapa tapi bagi aku mesti ada sesuatu yang telah berlaku yang membuatkannya berubah.. cara dia melayan aku.. cara dia berbicara.. malah cara dia memandang aku turut berubah.. kini pandangan matanya kepada aku seperti dingin.. tidak seceria seperti dahulunya.. dia lebih suka serius daripada tersenyum.. entah kenapa aku merasakan ada banyak perkara yang aku tidak tahu akan dirinya.. terlalu banyak rahsia hatinya yang tidak aku fahami..

aku memandang Ihsan yang sedang menambah arang kayu pada unggun api.. dari tadi dia begitu sibuk cuba untuk menghidupan unggun api tersebut.. langsung dia tidak menghiraukan kehadiran aku yang berada di sampingnya.. waktu makan makanan yang dibawa sebagai bekalan, dia juga begitu.. diam sahaja.. dan aku juga begini, memandang pada pada perbuatannya.. dia mengambil makanan, aku memandangnya.. aku makan juga sambil memandang wajahnya.. tapi dia seolah-olah tidak menghiraukan aku.. biarpun aku tahu dia sedar yang aku sentiasa memerhatikan wajahnya..

angin mula bertiup kencang membawa suhu dingin.. khemah yang dipasang seperti mahu terbang.. unggun api yang menyala seakan mahu padam.. aku mula memeluk tubuh kerana berasa sejuk.. tubuh ku mengigil..

"sejuk??" keluar sepatah perkataan dari mulut Ihsan..

"ermm.. boleh lah.. sejuk gak.." kata ku ringkas..

"boleh tahan ke? mengigil je aku tengok.. kalau tak nak besarkan api lagi.."

"takpe.. boleh je tahan.."

aku menipu.. memang sejuk betul.. angin yang bertiup itu bergitu dingin sekali.. menyesal pula tak bawa baju yang lebih tebal sikit.. Ihsan dah awal-awal lagi berpesan kata bagus bawa baju yang tebal sikit takut kesejukkan.. aku seperti biasa kata yang aku okay je.. tapi sekarang.. memang di luar keselesaan aku..

Ihsan bangun lalu berjalan menghampiri aku.. tiba-tiba sahaja dia terus memeluk aku dari belakang.. satu pelukkan yang sangat erat.. aku terkejut, tidak terkata..

"do you feel warmer?" tanya Ihsan..

aku hanya terdiam.. aku tidak menyangka dia akan memeluk aku... pelukan itu semakin erat..

"kau rasa macam mana?" tanya Ihsan..

aku terus terdiam..

"kau suka ke aku buat begini?" tanya Ihsan lagi..

"maksud kau apa?"

"memeluk kau.." kata Ihsan.. pelukannya semakin erat.. "kau suka ke aku peluk kau?"

"I don't know..."

"aku tahu kau suka..."

Ihsan mula memandang wajah aku.. wajah kami mula bertentangan dari mata ke mata.. jantung ku mula berdegup kencang.. wajah Ihsan begitu dekat dengan wajah aku..

"kau rasa macam mana?? bahagia?" tanya Ihsan lagi..

aku masih lagi membisu.. sungguh aku tak menjangga akan perlakuan ini.. namun tidak dapat dinafikan jauh di sudut aku lahir satu perasaan.. sesuatu rasa panas yang menyenangkan.. aku tahu aku bahagia..

"kau anggap pelukan ini sebagai apa? tanda aku sayang kau?"

aku masih lagi terdiam.. degupan jatung aku semakin kencang.. aku mula lemas didakapan Ihsan.. pelukkan itu semakin erat.. terasa hangat.. kehangatan yang menyenangkan.. namun dapat aku rasakan pelukan itu semakin erat sehingga membuatkan aku mula sukar bernafas.. aku cuba meleraikan pelukan itu, tapi Ihsan masih berterusan memeluk aku..

"Ihsan, I cant breathe.." kataku perlahan..

"change it, Fahri!! change it!" kata Ihsan yang berkeras terus memeluk aku..

aku cuba meleraikan dakapan Ihsan.. cuba aku melawan.. namun tenaga Ihsan tertanya lebih kuat berbanding aku.. namun aku tidak mengalah.. aku terus melawan cuba meleraikan dakapan Ihsan.. sehingga lah Ihsan melepaskan sendiri pelukkannya, aku akhirnya dapat bernafas kembali..

"kau nak buat apa ni, huh?? nak bunuh aku ke??" kata ku yang tercungap-cungap..

Ihsan hanya memandang aku.. dia kelihatan begitu serius.. namun aku memandangnya dengan perasaan marah..

"that feeling.. ubah perasaan tu..." kata Ihsan..

"ubah apa?"

"perasaan bahagia.. ubah perasaan tu!!"

"kau ni cakap apa, huh? kau hampir bunuh aku tahu tak?" kata aku mula naik angin..

Ihsan hanya terdiam... dia cuba menghampiri aku..

"sorry.." kata Ihsan..

"apa maaf-maaf!!" kataku kasar..

aku tak faham dengan perangai Ihsan ni.. serius aku cakap yang dia buat aku hilang mood.. baru je nak feeling-feeling waktu dia peluk aku, tiba-tiba sahaja dia bertidak kasar.. dah tu, kata aku untuk ubah perasaan tu.. perasaan apa sebenarnya?

"sudah lah! aku nak masuk khemah!" kataku lalu meninggalkan Ihsan bersendirian..

aku masuk ke dalam khemah lalu terus berbaring pada sleeping bag aku.. seluruh tubuh aku litupi dengan sleeping bag itu.. di minda aku mula memikirkan apa yang telah berlaku tadi.. sesungguhnya aku tak faham dengan sikap Ihsan.. aku tak faham apa yang dia katakan.. yang pasti dia telah menyakiti aku..

antara perasaan marah dan keliru.. aku marah dengan kelakuan kasar Ihsan yang secara tiba-tiba.. namun aku juga keliru dengan perbuatan dirinya.. kenapa dia buat begitu pada aku? apa yang dia mahukan sebenarnya?

aku cuba melupakan kesemuanya.. aku mahu tidur untuk mengosongkan perasaan yang berserabut di minda aku.. semuanya hanya akan membuatkan aku pening jika berterusan untuk memikirkannya.. namun, biar pun aku mencuba, aku tidak dapat melelapkan mata..

waktu kira-kira pukul 12 tengah malam, aku masih lagi terjaga.. Ihsan berada di luar khemah.. dia belum lagi masuk ke dalam khemah biar pun hari tengah larut malam.. tiba-tiba di fikiran aku mula memikirkan tentang keadaan Ihsan di luar sana.. dia tidak berasa sejuk ke?? dia marah aku ke?? lahir perasaan ambil berat terhadap diri Ihsan.. namun aku cuba berdegil, kerana sepatutnya dia datang masuk untuk memujuk aku tadi.. aku merajuk? ya, aku merajuk dengan sikapnya.. dia telah menyakitkan hati aku tapi... tapi.. aku tak pernah membenci dirinya..

aku terus berjaga menunggu Ihsan untuk masuk ke dalam khemah.. tidak lama selepas itu baru lah Ihsan masuk ke dalam khemah lalu berbaring di sebelah aku.. namun, aku terus berpura-pura tidur.. tidak mahu dia sedar yang aku masih lagi berjaga..

untuk tempoh 10 minit, suasana menjadi senyap seketika.. hanya kedengaran bunyi serangga di luar sana.. Ihsan pula aku rasa dia masih lagi berjaga.. aku pasti dia tidak tidur lagi.. aku tidak pastilah sebab aku berbaring mengiring ke kanan bertentangan dengan Ihsan yang berbaring di sebelah kiri aku..

"kau still tak tidur lagi kan, Fahri?" tiba-tiba Ihsan bersuara..

aku hanya membisu terus berpura-pura tidur.. terkejut juga lah macam mana dia boleh tahu aku masih lagi berjaga?

"aku nak cakap minta maaf sekali lagi tentang hal tadi.. sangat-sangat minta maaf.." kata Ihsan lagi..

aku masih lagi tidak membalas kata-katanya.. diam tanpa bersuara..

"aku ada cerita nak beritahu kau.. tentang diri kita berdua.." kata Ihsan cuba menarik perhatian aku..

mahu sahaja aku menoleh ke belakang untuk mendengar kata-kata Ihsan, namun aku tetap berdegil berpura-pura tengah tidur..

"I'm thinking about us.. waktu first time kita berkenalan dulu.. aku rasa kau still ingat saat-saat tu.. aku tak kisah lah jika kau tak nak dengar.. but aku nak sampaikan sesuatu yang telah lama aku pendam selama ini.." kata Ihsan..

aku diam, memasang telinga mendengar apa yang Ihsan mahu sampai kan..

"aku kata yang aku nak jadi kawan kau, then kau berasa curiga dengan niat aku.. tapi aku tak terkejut pun jika kau berasa pelik sebab kalau difikirkan semula memang cara aku agak macam terburu-buru.. tak kena pada something.. kau curiga pada aku sebab aku banyak tahu diri kau.. aku tahu nama penuh kau.. aku tahu di mana bilik kau.. sebab kita course lain-lain.. so, memang kau mungkin tak perasaan tentang aku.. but, kita tinggal di kolej yang sama..."

"kalau kau nak tahu, aku dari dulu memang selalu memerhatikan kau dari jauh sebelum kita kenal lagi.. waktu makan, aku sering melihat kau di satu sudut yang lain.. hari-hari aku perhatikan kau.. malah aku sendiri boleh agak bila kau nak turun makan.. jam berapa.. kat kedai makan mana, semua aku boleh agak sebab aku sering memerhatikan kau, Fahri.. kadang-kadang tu, mungkin kau tak perasaan yang aku duduk makan berdekatan dengan kau.. dan pada saat itu lah aku dapat tahu nama kau disaat kawan-kawan yang lain berbual dengan kau.. but, to be honest, when I knew your name, aku memang rasa gembira.."

"dari dulu aku nak berkenalan dengan kau.. tapi macam tak pernah nak jadi.. aku terlalu takut.. ya aku just tak yakin pada diri aku sendiri untuk menegur kau biarpun just nak berkawan-kawan.. I dont know lah, but ada satu perasaan di hati aku yang mendorong untuk mengenali kau dengan lebih rapat.. pada saat itu aku berfikir, jika aku berpeluang untuk berbual-bual dengan kau, biarpun sekejap aku pun dah rasa happy sangat... aku fikir nak jadi kawan kau.. sekurang-kurangnya aku dapat jadi kawan kau.."

"so, that's why lah aku tiba-tiba nak tegur kau, kata nak ajak berkawan.. to be honest, niat aku memang nak jadi kawan je tanpa ada agenda lain... but, bila difikirkan semula, cara aku tu macam tak kena.. lebih kurang macam nak mengorat kau pun ada.. so, tak hairan lah jika kau macam tak selesa... salah aku juga sebenarnya.."

"then, kau macam tak suka dengan aku tapi aku tak mahu mengalah.. hari-hari aku cuba nak dekat dengan aku.. memang kalau difikirkan semula cara aku macam nak mengorat kau, bukan macam nak berkawan seperti orang biasa lakukan.. tapi percayalah, niat aku memang untuk berkenalan je.. sehingga lah sampai satu saat kau boleh terima aku.. perkataan panggilan dari 'saya' menjadi 'aku'.. dari 'awak' menjadi 'kau'.. tanda kita dah boleh nak bermesra.. aku cakap pada kau yang aku betul-betul berasa gembira.. daripada tak mengenali bertukar menjadi kawan.. seperti niat aku telah dimakbulkan Tuhan.."

"but, pun begitu kau still macam was-was dengan aku.. kita berkawan tapi tak lah rapat sangat pun.. aku tahu, di hati kau tersimpan sedikit perasaan was-was pada diri aku.. then, pada saat itu, aku berkata pada diri sendiri yang aku cuba untuk menjadi seorang yang baik pada kau.. orang yang ada di saat kau senang dan susah.. aku nak kau percaya pada aku.. sebab.. aku nak jadi one of your best friend, Fahri.. memang tidak ada niat lain, but nak jadi seorang sahabat yang baik... akhirnya, lama-kelamaan, kita mula jadi rapat.. banyak masalah yang kau kongsi bersama dengan aku, begitu lah dengan yang sebaliknya.. sekali lagi aku fikir, niat aku telah dimakbulkan Tuhan.."

"but, aku tak tahu lah kenapa.. manusia ni seakan tidak pernah bersyukur.. aku nak kenal dengan kau, akhirnya aku jadi kawan kau.. aku nak jadi kawan yang baik, then kita akhirnya jadi macam adik-beradik.. but terlintas di fikiran aku tentang sesuatu yang lebih.. aku fikir nak jadi partner kau, Fahri.."

aku berasa terkejut mendengar pengakuan Ihsan itu.. nak jadi partner aku? bukankah selama ini dia tidak suka aku melayannya seperti seorang kekasih? biarpun aku tahu dia suka pada aku, tapi Ihsan langsung tak pernah suka jika aku melayan dia seperti seorang kekasih..

you are my best friend.. mungkin lebih dari sekadar teman yang baik.. tapi aku tidak akan pernah meletakkan diri kau sebagai kekasih aku...

itu lah kata-kata yang Ihsan katakan pada aku.. tidak akan aku lupakan perkataan itu dalam minda aku.. namun kenapa pula hari ni dia kata dia mahu jadi partner aku?

aku masih lagi berdiam diri berpura-pura tengah tidur.. tapi telinga aku tajam cuba menangkap semua yang Ihsan mahu ceritakan...

"tiga kali aku berharap kepada Tuhan.. dulu waktu tak kenal dalam hati kata, 'bestnya kalau dapat kenal dengan orang tu.. bila sudah berkenalan dalam hati berkata, 'bestnya kalau jadi best friend orang tu..' bila sudah menjadi kawan baik sekali lagi hati berbisik, 'bestnya kalau dapat jadi partner orang tu..' but... untuk kali ketiga aku mula berhenti berharap.. aku terlalu meminta.. manusia tidak pernah puas... selepas dia dikurniakan sesuatu, dia akan meminta sesuatu yang lebih lagi.. dapat kenal dengan kau, aku sudah rasa happy.. then bila dah jadi best friend kau aku memang bersyukur sangat-sangat.. but, aku tidak mahu kali ketiga aku berlebihan mahu kau jadi partner aku.. itu lah apa yang aku rasa.. itu lah apa yang yang aku rasakan saat aku mengenali dirimu, Fahri.."










#sorry lambat nak update.. asyik delay je.. haha.. about this part... ermmm... actually aku macam ketandusan idea je sebenarnye.. but nak tak nak, mesti update gak.. haha

Thursday, 4 October 2012

Jenis-jenis Dialek Melayu


Queen of Langkasula, a Thai movie about Malay Kingdom of Langkasuka



bahasa melayu ni ada banyak macam dialek.. lebih kurang dalam 40 juta orang native speaker.. maksudnya, dalam 40 juta orang berbangsa melayu di bumi ini.. pun begitu, pengaruh bahasa melayu begitu besar, malah telah menjadi bahasa kebangsaan empat buah negara, Malaysia (as Bahasa Malaysia), Indonesia (as Bahasa Indonesia), Brunei dan Singapura..

mari kita baca perbezaan dialek melayu mengikut kawasan..


Malay language (informal)
Kau nak pergi mana dengan basikal tu?
Boleh tak aku ikut?


Standard Malaysian Malay (formal)
Ke manakah kamu mahu/hendak pergi dengan basikal itu?
Bolehkah saya ikut?


Standard Indonesian (formal)
Kamu ingin pergi ke mana dengan sepeda itu?
Bisakah/bisa saya ikut?


Indonesian-Betawi (informal)
Lu mau naik sepeda ke mana?
Boleh ikut nggak?

Johor/Selangor dialect
Kau nak pergi ke mane dengan basikal tu?
Boleh saye ikut?

Bengkulu (Central Malay)
Kau ndak pergi mano kek sepedo tu?
Aku bulih ikuik idak?

Kau nak pergi ke mano naek sepedo tu?
Aku biso ikut dak?

Kau nak pergi ke mano naek sepedo tu?
Aku pacak melok dak?

Bangka dialect
Ka nek pergi ke mane naek ketangin tu?
Ku boleh ngikut dak?

Belitung dialect
Ikam nak pergi ke mane naek ketangin tu?
Aku bisak ngikut ndak?

Ikam/kawu handak tulak ka mana basapeda tu?
Bulih kada' aku umpat?

Hang nak pi mana naik gerek tu?
Aku ikut buleh dak?

Mu nok gi mano naik gerek tu?
Ku nak ikut buleh dak?

Mung nok gi mane naik basikal tu?
Buleh dok nok ikuk?

Demo nok gi mano naik gerek tuh?
Buleh kawe ikuk?

Pahang dialect
Awok nok kone naik sike tu?
Boleh tok kome/koi/kas/kawan/kawas ikut?

Perak dialect
Mike nak ke mane naik sika tu?
Teman nak ngekor buleh?

Penang dialect
Hang nak pi mana naik basikal tu?
Aku ikut boleh tak?

Negeri Sembilan dialect
Ekau nak poie mano nek basika tu?
Den ikut bulih tak?

Ko nak gi aner naik fixi tu dowh?
Aku nak tag along leyh tak?

Kan kamana kau babiskal tu?
Bulih ku ikut?

Ke sine kitak maok make basikal?
Boleh sik kamik ngekot?

Mana ko mo pigi sama itu beskal?
Buli sia ikut ka?

Pontianak dialect
Mane kitak nak pergi naik sepeda tu?
Kamek bulih ikut tadak?

Nda pegi kemana besepeda tu ?
Kawa umpat ndi ?





haha... agak banyak dialek.. tapi aku rasa tak campur melayu siam lagi.. btw, korang secara lahirnya bertutur dengan dialek mana? kalau aku, even aku orang Sarawak my native malay dialect sebenarnya dialek Melayu Brunei.. aku tak fasih dengan dialek melayu Sarawak, but aku boleh faham lah...