Tuesday, 18 December 2012

7 Ciri-ciri Lelaki Gay di Facebook






ada orang tanya aku, 

"macam mana nak tahu lelaki tu straight or tak melalui Facebook?"


aku sebenarnya ada banyak cara kalau nak tahu sama ada orang tu gay or tak hanya berpandukan pada FB mereka.. mungkin artikel ini berguna bagai pembaca perempuan yang takut-takut lelaki idaman sebenarnya tak straight.. tapi, aku nak cakap lah, apa yang aku senaraikan ni tak semestinya betul.. ianya just berdasarkan pengalaman aku..


1. mula-mula sekali kalau aku nak detect orang tu straight or tak, usually aku akan tengok pada 'subscription' orang tu.. bagi aku, yang ni paling obvious sekali lah.. kalau dalam list subscription tu ada banyak lelaki yang hensem-hensem, badan sasa, jambu-jambu, memang aku kata dalam 85-90% kemungkinan lelaki tu adalah PLU.. lebih-lebih lagi kalau semua dalam list subscription tu langsung takde seorang perempuan pun..

2. then, biasanya aku akan tengok pada subscriber orang tu.. kena hati-hati gak kalau anda tengok jumlah subscriber orang tu agak banyak.. sampai beribu-ribu.. bila dilihat siapa yang subscribe orang tu, jika terlalu banyak lelaki, haaahhh.. mesti ada yang tak kena.. aku kata dalam 50-80% kemungkinan.. jaga-jaga dengan profile yang ada nama 'FULL'.. misalnya macam 'Abu Bakar Full'.. kalau ada 'full' ni... hehe.. faham-faham je lah.. usually 'ada sesuatu' je...

3. kemudian, lihat pada profile picture.. kalau anda lihat jumlah gambar dalam profile picture dah sampai beratus-ratus, asyik nak tukar profile picture je, haaahhhh.. ada yang tak kena ni.. usually lah lelaki straight ni jarang nak tukar-tukar profile picture, tapi yang PLU ni selalu.. sebab mudah bosan kot, asyik nak tukar-tukar profile picture je.. kemungkinan dalam 60-85% kot orang tu PLU...

4. tengok pada album orang tu... kalau ada satu album yang penuh gambar dia, gambar posing-posing misalnya, takde gambar orang lain.. maksud aku satu album yang khusus ada rupa dia je.. nama album mungkin macam 'this is me', 'only me' yang khusus untuk dia je.. dah tu dalam gambar, asyik penuh gambar yang dia ambil sendiri.. macam kat cermin tandas dengan handphone misalnya.. haaaah.... dalam 75-85% orang tu memang PLU.. Instagram pun sama.. kalau banyak sangat picture kat instagram dia asyik muka dia je ambil pic sendiri.. cuba banding dengan lelaki straight.. yang lurus ni instagram tak banyak sangat muka dia.. kalau ada pun usually dengan kawan.. posing lelaki straight biasa-biasa je.. tapi yang PLU asyik pose ala-ala comel or macho gitu.. kat blog pun sama.. kalau kat blog kiri kanan penuh pic dia je.. haaahhh..... 

5. then, bila dah tengok gambar tu, tengok sekali siapa-siapa yang komen.. tengok juga siapa-siapa yang ada like picture tu.. kalau banyak lelaki yang anda rasa dia sendiri pun tak kenal dengan lelaki-lelaki tu, kemungkinan besar dia tu gay.. lebih-lebih lagi kalau ada komen dari lelaki puji kata hensem or comel lah.. sebab maksudnya orang tu ada kenalan FB yang gay gak.. and dia tak kisah lelaki gay lain asyik nak puji.. kenal pasti ayat macam 'PLU', 'orang macam kita', 'top', 'bottom' dalam komen-komen tersebut.. ada yang siap bagi nombor phone lagi.. kadang-kadang ada je ayat macam tu kluar.. kalau ada... haaaahhhh.....

6. tengok-tengok juga lelaki yang suka post gambar kat FB.. gambar dia seorang lah.. tengah-tengah posing, usually ambil pic sendiri dengan phone, then post kat FB.. PLU ni ada perasaan macam syok sendiri gak kot.. haha.. perasaan hensem lah, perasan comel.. bila ambil pic sendiri, then post kat FB, lepas tu nak orang lain like pic tu banyak-banyak.. kat tandas ambil pic sendiri, then post kat FB.. suka je posing-posing dengan phone.. bagi aku 80% lelaki macam ni adalah PLU..

7. satu lagi, ada PLU suka letak gambar sendiri sebagai cover photo.. memang jarang lelaki straight letak pic sendiri sebagai cover photo.. tapi picture macam mana?? picture yang cuma ada seorang je.. bukannya gambar dia ramai-ramai dengan kawan ke.. just dia single dalam picture tu.. dah tu buat muka ala-ala kiut lah konon.. macho lah.. kalau cover photo dalam satu picture tu berderet gambar dia je, haaaahhh... lagi lah...




percaya ataupun tak, 1 dari 10 lelaki adalah gay/biseksual..




(senarai di atas tak semestinya betul, tapi aku katakan kemungkinan besar adalah ya..)





ada banyak lagi sebenarnya, tapi aku just letak tujuh.. sebab bagi aku nombor tujuh ni macam nombor yang special.. 7 benua, 7 keajaiban dunia, 7 tingkat langit..



kepada PLU yang takut kena detect, pandai-pandai lah buat setting FB tu macam tak terlalu obvious seperti ciri-ciri di atas.. 

Friday, 14 December 2012

Cinta Si Gay Lembut






tengah-tengah aku menulis cerita Unspeakable Love Part 12, aku ada check blog aku dulu.. tiba-tiba je aku tengok ada orang key in satu keywords yang menarik untuk berjumpa blog aku..




lalu aku pun cuba google dengan 'keywords' tu, then jumpa lah satu blog yang mempunyai artikel yang menarik perhatian aku.. mengenai cinta seorang gay lembut.. entah kenapa aku rasa cerita si gay lembut ini macam ada kesinambungan dengan artikel yang baru je aku tulis sebelum ni, "Cinta pada Lelaki Straight'.. kedua-duanya macam ada kaitan..

aku buat satu konklusi tentang hal ini.. pernah ada pembaca chat dengan aku yang percaya PLU ni ada dua jenis.. PLU yang terus hanyut dengan dunia songsang dan PLU yang sentiasa bermunasabah diri.. maksudnya macam ada PLU yang 'Upgrade' dan PLU yang 'Downgrade'.. bagi aku PLU yang downgrade ni adalah PLU yang tahu dia ni songsang, tapi terus hanyut dengan dunia songsang dengan mengamalkan gaya kehidupan songsang.. manakala PLU yang upgrade adalah PLU yang terus mencuba untuk memperbaiki diri sendiri dan cuba untuk menghidari perbuatan yang tak elok..

cerita lelaki gay lembut ini mempunyai yang mendalam yang harus kita fikirkan.. sebab itu bagi aku ia macam ada kaitan dengan post 'Cinta pada Lelaki Straight'..









WARNING!!!

18SX




"Yang!! kalau u nak kawen, kawen aje la.. i relakan.. i tak sanggup nak tengok u menderita macam i ni aje.. i nak u bahagia bersama anak dan isteri u.."


http://djilat.blogspot.com/2011/03/kenangan-terindah.html


tak dapat nak copy.. sila lihat pada link di atas..









#nampak gayanye Unspeakable Love Part 12 kena tangguhkan dulu... bukan malam ni or esok sebab aku kena beri laluan pada artikel ini terlebih dahulu...

Monday, 10 December 2012

Cinta pada Lelaki Straight








dulu aku pernah cakap sesuatu dalam blog ini mengenai cinta pada lelaki straight..


"kalau kamu jatuh cinta pada lelaki straight, sepatutnya kamu gembira dia adalah lelaki straight biarpun dia takkan pernah membalas cinta kamu.."

maksudnya macam kita jatuh cinta pada lelaki ni, dan kebiasaannya kita akan mengharapkan dia akan membalas cinta kita.. dia straight, tapi ada di sudut hati kita mengharapkan dia ni adalah gay supaya kita ada peluang untuk bercinta dengan lelaki tu.. tapi bagi aku, kita sepatutnya gembira dia adalah lelaki straight sebab dia tak jadi macam kita yang songsang ni.. walaupun ada desas-desus mengatakan si dia adalah gay juga but kita patut mendoakan agar rumor tu tak benar.. sebab kita berharap dia takkan jadi macam kita..

aku pun pernah mengalami situasi ini.. rasanye semua PLU pernah jatuh hati or cinta pada mana-mana lelaki straight.. pun begitu, aku langsung tak mengharapkan agar dia akan membalas cinta aku, sebab macam perkara yang aku sebutkan tadi lah.. malah, aku dapat tahu si dia ada kemungkinan adalah seorang yang biseksual (kiranya macam ada peluang lah nak bercinta), but aku just tak nak percaya akan rumor tu, sebab aku tak nak dia jadi macam aku.. 

PLU ni bagi pendapat aku ada dua jenis.. pertama memang dari lama lagi dia dah ada perasaan songsang ini.. bila dah baligh dia dapat tahu nafsunya hanya pada yang sejenis dan aku adalah dalam kategori ini.. PLU jenis kedua pula mengatakan dahulunya mereka adalah lelaki straight yang hanya mencintai perempuan.. tapi, atas sesuatu sebab tiba-tiba nafsu mereka berubah dan mula mempunyai perasaan terhadap kaum sejenis sendiri.. kiranya macam dari straight tiba-tiba jadi PLU.. memang ada pun kes macam ni..

untuk PLU kategori kedua ni, usually mereka berubah menjadi PLU adalah disebabkan oleh sesorang yang ada menaruh hati pada orang tu.. misalnya macam, ada seorang PLU yang menggoda lelaki straight (usually dengan kaedah seksual) yang akhirnya berjaya merubah lelaki straight itu untuk jatuh cinta pada lelaki PLU tersebut.. usually kat asrama macam main raba-raba kemaluan, melancapkan then lelaki straight tu pun jadi suka...

sebab tu lah ada ayat "kerana lelaki ni, aku jadi gay.."

kaedah nak tukar lelaki straight untuk jadi gay tu memang banyak macam lah.. aku pun percaya memang boleh jadi benda macam ni.. sebab dulu aku pernah berkata sesuatu..

'kita pernah dengar cerita lelaki normal tiba-tiba menjadi homoseksual, tapi agar sukar untuk mendengar cerita lelaki homoseksual menjadi normal'

boleh tak korang faham mesej yang aku katakan? ianya adalah berkenaan cinta seorang PLU terhadap lelaki straight yang akhirnya berjaya mendapat cinta lelaki straight tu,.. ada PLU yang begitu mengharapkan cinta orang tu sehingga mampu merubah sesualiti lelaki tersebut.. but, bagi aku kalau kita mempunyai perasaan cinta pada seorang lelaki straight, kita sepatutnya gembira dia tak jadi macam kita.. biarpun dia takkan pernah membalas perasaan kita terhadap si dia.. 

tiba-tiba aku bercakap tentang hal ini.. actually sebab pagi ni aku terbaca satu ayat ni kat FB.. then perkara pertama yang terlintas di fikiran aku adalah tentang cinta PLU pada lelaki straight...









'jangan disebabkan kita, si dia bergelumang dengan dosa..'






Monday, 3 December 2012

Love, to Forget








"...bila kau bersama dengan dirinya, kau akan cipta satu memori.. dan kenangan antara kau dan dia akan mula bertambah.. tapi adakah kau sedar segala kenangan itu akan menjadi satu ikatan antara kamu berdua? segala memori itu akan menjadi satu beban bila tiba hari kau nak tinggalkannya nanti.. 

semakin banyak kenangan tercipta, semakin sukar untuk kau melupakan dirinya..."



-Saiful-









Unspeakable Love Part 12

'Love, to Forget'








coming soon...



Sunday, 2 December 2012

Di Semenanjung Takde Benda Ni



apa yang ada di Borneo tapi tak ada di Semenanjung? (kalau ada pun susah nak dicari)..

untunglah aku balik Malaysia waktu musim buah.. jadi ada peluang lah nak makan buah-buahan tempatan.. tengah-tengah aku makan tu, aku bertanya lah kat kakak aku, tanya kalau buah ni ada kat Semenanjung or tak, dia kata takde.. then aku tanya lagi, buah tu pula.. jawapanya kat Sabah dan Sarawak je ada.. so, maksudnye ada banyak jenis buah kat Borneo tapi kat Semenanjung takde.. kiranya kat Borneo ni buah-buahan lagi pelbagai jenis lah.. banyak variasi..

aku beri contoh paling mudah adalah durian..

kat Semenanjung cuma ada satu warna sahaja, tapi kat Borneo ada TIGA warna..



putih kekuningan (tipikal)

Jingga - tempat daerah aku producer durian jenis ni

merah - usually kat Sabah



then aku makan lagi sejenis buah, yang kami panggil sebagai buah tarap.. kakak aku kata lagi, buah ni pun takde kat Semenanjung..



Buah tarap



then aku tanya lagi, buah apa lagi takde? dia jawap 'kembayau'.. (orang kat Kuching panggil buah dabai..)













(tiba-tiba cerita tentang buah.. tengah dalam mood makan buah sebenarnya,, hehe)



Saturday, 1 December 2012

E-Novel PLU







Cerita Unspeakable Love aku baru je masuk part 11.. first sekali aku tulis pada 26 Mei 2012.. sekarang ni dah masuk bulan 12.. cerita aku macam slow je.. hehe.. tak boleh nak dinafikan.. lambat nak update.. memang slow lah..

aku nak ucapkan terima kasih kat korang semua sebab sudi baca cerita tu.. dan kepada yang ada tulis komen pun aku rasa happy sangat.. sebab penulis ni mengharapkan response pembaca sebenarnye.. to be honest lah.. haha.. 

kepada yang suka nak baca citer2 macam ni, kat sini aku nak share beberapa blog yang turut tulis novel PLU.. mungkin korang dah pernah tahu, mungkin juga tak.. aku saje-saje nak share blog mereka kat blog aku sebab aku percaya jadi blogger ni perlu selalu bantu membantu promote blog orang lain.. macam blog aku juga lah dulu.. asalnya agak 'hidden' tapi sebab blogger lain ada juga lah tolong promote, sekarang ni untuk bulan November total pageviews pun dah meningkat lebih 100,000 sebulan.. kali pertama sebenarnya sebulan ada 100,000 pageviews.. bulan September lepas dalam 70,000 lebih.. 

so, daripada korang tertunggu cerita Unspeakable Love nak update, better juga korang baca blog lain.. aku rasa cerita yang mereka tulis lagi bagus berbanding cerita aku punya.. sebab cerita mereka lagi mencerminkan macam mana kehidupan orang PLU yang sebenar.. cerita aku pula lain.. macam tak 'PLU' sangat.. sebab aku percaya orang PLU itu sendiri pun berbeza-beza.. maksudnya cerita Unspeakable Love adalah berdasarkan kehidupan PLU yang still 'virgin'.. 

so, kalau korang nak baca cerita yang 'pure' PLU, boleh lah baca novel blogger ni.. tapi jujur aku kata, aku kurang senang sebenarnya nak baca adegan-adegan yang 'TOOTH!!!'.... haha.. faham-faham je lah apa.. tapi citer mereka best sebenarnya.. boleh baca kecuali kalau korang tak suka baca adegan yang 'tak ditapis'...

(ada pembaca blog aku yang perempuan sebenarnya..)




http://setitikdakwatpena.blogspot.com
http://ceritatentangakudandia.blogspot.com
http://rodakarma.blogspot.com





Happy Reading... :)