Thursday, 13 June 2013

Unspeakable Love -Part 26-






Part 26 : The Guide


"selamat datang ke rumah aku.." kata Ihsan sambil tersenyum..

dia membuka pintu lalu memperlawa aku untuk masuk terlebih dahulu.. aku pula sejak tadi hanya terdiam sambil mata aku liar memerhatikan keadaan di sekeliling.. Ihsan tingggal di sebuah flat.. berada di tingkat empat.. kawasan tempat tinggal yang agak sunyi.. agak jauh sedikit dari jalan besar..

masih terasa kekok, aku malu-malu nak masuk ke rumahnya..

"rumah aku takde lah besar sangat.. muat lah untuk aku dengan housemate aku seorang lagi.." kata Ihsan lagi..

kami telah pun masuk ke rumahnya.. memang benar katanya.. rumahnya agak sempit.. maksud aku saiz ruang tamunya.. agak susah juga kalau nak buat makan-makan ke apa yang kalau kita nak jemput orang ramai datang.. kemudian, aku terus meletakkan beg yang berisi segala barang harian aku seperti pakaian ke lantai..

Ihsan pula aku lihat sedang masuk ke dalam biliknya.. tak tahu dia buat apa.. lalu aku duduk di sofa.. seperti biasa, aku memerhatikan keadaan dalam ruang tamu rumahnya.. agak kemas juga.. tertanya-tanya pula macam mana lah keadaan hidupnya selama ini? sebelum ni aku masih belum mendapat apa-apa jawapan darinya.. tentu sekali aku ada bertanya kan soalan itu kepadanya sebelum ini.. ke mana dia sudah menghilang? kenapa dia boleh ada di sini? pelbagai soalan yang aku inginkan kepastian, namun balas Ihsan. nanti dia akan perjelaskan kesemuanya pada aku.. 

menghembuskan nafas panjang.. aku pandang suasana ruang tamu itu lagi.. lalu ke terlihat satu bingkai gambar di atas meja bersebelahan dengan aku.. dalamnya aku lihat ada gambar Ihsan dan seorang lelaki.. kedua-duanya kelihatan agak mesra sekali.. aku capai bingkai gambar itu.. aku tatap seketika memerhatikan gambar itu..

"siapa pula lelaki kat sebelah Ihsan?" bisik hatiku..

kemudian, aku terlihat lagi bingkai gambar yang lain turut memiliki gambar yang sama.. gambar Ihsan dengan seorang lelaki yang tidak aku kenali.. dahi aku berkerut seketika.. agak lama juga aku tatap gambar itu.. namun, dengan serta merta aku meletakkan semula bingkai gamar itu apabila terdengar bunyi tapak kaki Ihsan..

"bilik dah siap.. kau boleh letak barang kau masuk dalam bilik.." kata Ihsan sambil tersenyum..

aku tak berkata apa-apa.. baru sahaja aku ingin mencapai beg pakaian aku, Ihsan terlebih dahulu mengambilnya.. mata kami berdua saling berpandangan.. dia cuma tersenyum nipis.. lalu, aku pun masuk ke dalam bilik yang dimaksudkan..

"bilik kau ke?" tanya aku sebaik sahaja melangkah masuk..

"ha ah.. my room lah ni.. takde lah besar sangat.."

aku melangkah.. Ihsan meletakkan beg pakaian aku dekat dengan sebuah almari.. aku perhatikan keadaan sekeliling.. memang bilik ni agak kecil juga.. khas untuk seorang penghuni sahaja.. itu pasti lah.. 

"kau boleh tidur atas katil ni nanti.. aku tidur kat bawah.." kata Ihsan sambil menunjuk ke arah katilnya yang bersaiz 'S' tu..

"eh.. takpe lah.. aku tak kisah kalau tidur kat bawah.." 

"takpe.. kau tetamu aku.. kau tidur atas.. aku tidur bawah..." kata Ihsan lagi..

aku tak berkata apa-apa.. kemudian, bunyi telefon Ihsan berbunyi.. dia terus melangkah keluar dari bilik untuk menjawab panggilan dari seseorang..

sementara Ihsan keluar, aku pun memerhatikan pula keadaan dalam biliknya.. agak kemas dan teratur.. kemudian, aku pergi ke tingkap.. aku perhatikan suasana di luar.. hari sudah pun semakin cerah.. aku lihat pada jam tangan aku.. jam sudah pun menunjukkan pukul 1.30 tengah hari.. selepas itu, aku menghampiri pula meja belajar Ihsan.. ada terdapat banyak buku yang tersusun teratur di rak buku atas meja belajarnya.. terfikir seketika.. di mana Ihsan belajar sebenarnya? dulu dia kata pada aku yang dia akan pergi belajar ke luar negara.. namun apa yang aku lihat seolah-olah dia telah pun menipu aku.. yang pasti, meja ini memang nampak seperti tempat belajar dia.. aku dapat rasakan memang telah pun menipu aku tentang hal ini.. untuk seketika, aku terdiam.. 

dia tipu aku ke selama ini??

aku tarik nafas.. perasaan hampa mula masuk dalam hati aku.. dia tipu aku.. memang besar kemungkinan begitu lah.. selama ini, dia telah pun membohongi aku..

tiba-tiba, mataku tertarik pada satu benda.. ada sekeping gambar yang dilekatkan pada papan nota meja belajarnya.. aku lihat, terus aku berasa terkejut.. gambar itu adalah gambar aku..

"Fahri..." tiba-tiba Ihsan mencelah..

aku tersentak.. lalu aku terus memandang dirinya.. dia pandang aku kehairanan.. aku pula mula berasa mengelabah..

"kau kenapa?" tanya Ihsan..

"eh, takde apa-apa.." kataku cuba bernada normal..

"okay.. hurmmm.. kita kena gerak sekarang.." kata Ihsan lagi..

"gerak? nak pergi mana?'

"pergi makan kat luar.. sebelum tu aku kena ambil seseorang dulu.. my housemate.. dia akan ikut kita nanti.."

"oh... okay.."

aku hanya menurut.. ye lah.. baru aku perasan.. aku tak pernah bersemuka lagi teman serumah Ihsan.. teringin juga nak jumpa dia.. lalu kami pun beredar dari situ terus masuk ke dalam kereta milik Ihsan.. 

"lupa nak tanya.. bila kau beli kereta ni?" tanya aku secara tiba-tiba..

"bukannya aku beli.. ni kereta bekas abang aku punya.. dia beri kat aku.." balas Ihsan sambil dia memasang tali kaledar..

"owh.. okay..." balasku ringkas..

"kau dah ada lesen?" tanya Ihsan..

"kau tahukan my family macam mana? keluarga aku mana ada kereta.. malah, motorsikal pun takde.. so, aku tak rasa satu keperluan untuk aku ambil lesen pada saat ni.. tak macam kau... at least kau ada abang nak beri kereta kat kau.."

"owh.. lupa pula.. kau anak tunggal.." Ihsan tersenyum nipis..

aku terdiam.. memang betul.. aku anak tunggal.. takde adik-beradik lain.. just ada ibu dan bapa je..

"jom pergi ke uni aku.." kata Ihsan lagi..

aku tersentak.. aku tatap wajahnya.. pandangan yang sangat tajam..

"my housemate tunggu kita kat sana.." sambung Ihsan lagi.. dia juga pandang aku.. tersenyum-senyum.. 

"kau tipu aku.." aku bersuara..

"memang..."

"kenapa?"

"untuk elakkan diri dari kau... agar kau tak cari aku.."

entah kenapa darahku seakan mula mendidih.. jadi memang betul lah selama ini aku ditipu olehnya.. mati-mati aku percaya apa yang dia katakan pada aku sebelum ni.. selama tiga tahun ni, dia tipu aku.. sudah tu, langsung tidak sekali pun dia pernah membalas segala mesej yang aku berikan pada dia.. melalui email.. dari facebooknya yang sudah lama tak berupdate bertahun-tahun.. namun aku tetap juga aku berharap yang dia akan membalas apa yang aku pernah sampaikan.. sebab aku memang rasakan dia ada di situ.. dia ada membaca segala mesej yang aku hantar dulu..

cuba menahan kemarahan, aku terus berpaling keluar tingkap, tidak mahu memandang wajah Ihsan..

"marah??' Ihsan bersuara lagi..

aku tak membalas apa-apa.. memang betul aku marah.. siapa yang tak marah ditipu bertahun-tahun?

"aku tahu tentang kau.. segala mesej yang kau pernah hantar dulu, semua aku dah baca.."

aku masih berdiamkan diri..

tiba-tiba tanganku telah disentuh oleh Ihsan.. aku terkejut.. lalu aku pandang wajahnya..

"sorry.. aku minta maaf.." kata Ihsan..

mata kami saling bertentangan.. agak lama kami saling bersemuka.. entah kenapa jantungku mula berdebar-debar..

"apa lagi yang kau sembunyikan dari aku?" akhirnya aku bersuara..

"banyak benda.." jawab Ihsan slumber..

"apa?!" darah aku mula naik.. senang-senang je dia mengaku yang dia tipu aku banyak perkara.. dia tak rasa bersalah ke?

"nanti kau akan mula tahu juga.. kau akan tahu..."

"aku nak tahu sekarang juga!" suara aku mula meninggi..

"sabar lah.. aku takkan lari dari kau lagi.. sebab tu kau perlu jumpa dengan dia.."

"dia?? apa yang kau maksudkan dengan 'dia'??" aku mula curiga..

"my housemate.."

"kenapa dengan housemate kau?"

"nothing.."

aku terdiam.. entah kenapa aku mula tak berasa sedap hati..

enjin kereta dihidupkan.. lalu kami pun terus bergerak dari situ..



*         *          *



sehari sebelum itu..


"so, masanya sudah tiba kan.." kata Shahir..

pengajian aku telah pun tamat.. pada saat ini adalah hari terakhir aku di kolej kediaman ini.. dan pada saat ini juga adalah hari terakhir aku menjadi teman sebilik Shahir.. terasa cepat masa berlalu.. pejam celik, aku tak sangka masanya telah pun tiba.. 

pada saat ini, aku sedang mengemas segala barang kepunyaan aku dalam bilik itu.. baju dan seluar semua aku lipat dengan kemas lalu diletakkan di satu tempat sebelum aku memasukkannya dalam bagasi aku.. Shahir pula, pada saat ini sedang duduk di atas katilnya sambil memerhatikan aku.. dia pandang aku.. biarpun aku tidak menoleh, namun aku tahu yang dia sedang memerhatikan aku..

aku tidak berkata apa-apa.. tapi terus sahaja meneruskan apa yang aku buat.. mengemas segala barang yang ada..

"apa plan kau lepas ni?" Shahir berkata lagi.. "kau terus balik rumah kau?"

"tak.. aku akan stay kat rumah seseorang dulu.. maybe agak lama lah kat sana kot.. maybe dalam sebulan macam tu.." balas aku..

"owh.. kat mana?"

"hurmm... aku pun tak tahu lagi sebenarnya.. hehehe.. aku akan stay kat rumah kawan.. tak pasti lah kau still ingat lagi ke tak.. lelaki yang kita jumpa kat shopping mall dulu.."

terimbas semula ingatan seketika.. memang pada detik pertemuan semula antara aku dan Ihsan, Shahir datang dari belakang mengekori aku.. senang kata, dia turut menyaksikan detik pertemuan semula antara kami berdua.. tapi, dia pasti tidak tahu apa-apa mengenainya.. mengenai kisah yang berlaku antara aku dan Ihsan..

"yang mana satu ye? Saiful tu ke?" Shahir cuba mengagak..

"bukan lah.. kau tak perlu lah tahu kot.. kau pun bukannya kenal dengan dia.."

aku terdiam seketika.. tiba-tiba aku teringatkan semula tentang Saiful.. sudah lama betul aku langsung tak dengar apa-apa berita darinya.. Shahir ni pula, boleh pula dia ingat nama Saiful tu.. tapi memang Saiful sebelum ini ada banyak membawa kesan dalam hidup aku.. bahkan terhadap hubungan antara Shahir juga.. jadi, sudah tentu Shahir seperti boleh mengingati namanya..

"aku just berasa pelik tentang satu perkara.." Shahir berkata lagi..

"tentang apa?"

"kau nak stay kat rumah kawan tapi kau pun tak tahu dia tinggal kat mana.."

"apa yang peliknya? even kau sendiri pun tak tahu rumah aku kat mana kan? tak begitu?"

"ha ah.. betul juga.. hahaha.. just aku rasakan sesuatu benda yang lain.." Shahir tenung mata aku..

entah kenapa aku tiba-tiba rasa gundah, "tentang apa?" tanya aku

"aku tak pasti.. mungkin someone yang agak special buat kau.."

aku terdiam.. agak lama.. lalu aku mengukirkan senyuman.. kemudian aku menoleh tidak lagi memandang wajah Shahir.. terus meneruskan untuk mengemas barang aku..

pada malam itu, kami berdua pergi keluar makan malam bersama di luar.. sempena hari terakhir kami berdua sebagai teman sebilik, mungkin.. pada saat ini, entah kenapa aku mula berasa sedikit hiba.. tak tahu kenapa.. aku seakan mula berharap hari ini akan menjadi lebih lama dari kebiasaanya.. mungkin aku tahu hari ini adalah hari yang terakhir aku bersama Shahir.. bukan lah hari terakhir untuk berjumpa dengan dia.. tapi malam pertemuan terakhir sebelum kami akan berjumpa pada hari graduasi nanti.. selepas ini, masing-masing akan membawa haluan sendiri.. seperti yang telah aku katakan dulu, mungkin pada tempoh jangka ini, aku takkan berjumpa dengan Shahir lagi..

kami berdua duduk bertentangan makan di sebuah gerai.. suasana agak tenang pada malam itu.. tidak begitu banyak pelangan yang datang makan.. memang kami sengaja memilih makan di kawasan yang kurang orang.. mungkin untuk keselesaan bagi kami berdua..

ketika menu yang kami pesan telah pun sampai, kami berdua hanya diam menikmati makanan itu.. aku makan dengan perlahan, begitu juga dengan Shahir.. mungkin Shahir lagi perlahan berbanding aku.. dia memerhatikan aku makan.. aku sedar perkara itu, namun aku buat-buat tidak tahu.. namun aku mula berasa kekok..

"sejak bila kau jadi macam ni?" tiba-tiba Shahir bersuara..

aku terkejut.. soalan Shahir itu memeranjatkan aku..

"maksud kau apa?" aku inginkan kepastian..

"aku tak nak menyebutnya.. tapi aku rasa kau sendiri pun sudah faham.." Shahir tatap aku.. satu pandangan yang agak serius..

aku mengambil cawan aku lalu meminumnya.. Sambil aku minum, mataku memandang mata Shahir yang terus memandangku dengan wajah yang agak serius.. selesai sahaja minum, aku meletakkan cawan itu semula ke meja.. kemudian, aku memanggil pelayan lalu memesan air kosong sahaja..

"adakah ia sesuatu yang penting bagi kau untuk tahu?" tanya aku..

"aku anggap ia sesuatu yang sangat penting.. sebab kau adalah kawan rapat aku.. bahkan juga..." Shahir terdiam seketika..

"aku suka kat kau?"

kali ini Shahir pula terus terdiam.. dia hanya menggaguk kecil..

"aku fikir, kau tak suka orang seperti aku.." aku berkata lagi..

"aku rasa, aku perlu fahami sesuatu sebelum aku nak buat keputusan aku sendiri.." balas Shahir..

"kau takut kat aku kan?" tanya aku..

"maksud kau?"

"selepas kau tahu tentang aku lah.. kau dah mula terasa kekok dengan aku.. tapi memang tak boleh nak dinafikan lah kan.. kau pun tahu tahu aku macam mana.. dah tu, satu bilik pula tu.. aku boleh faham apa yang kau rasakan.."

suasana sunyi seketika.. kemudian, datang pelayan tadi sambil membawa air kosong yang aku pesan tadi.. aku letakkan sahaja di tengah-tengah meja tanpa memimunnya..

"boleh tak aku tanya satu soalan yang lebih serius?' tanya Shahir..

aku hanya mengganguk tanda bersetuju.. aku lihat Shahir seakan mula ragu-ragu untuk mula bercakap.. entah kenapa aku pula berasa pelik melihat keadaannya seperti itu.. dia agak begitu gelisah sedikit..

"apa dia?" tanya aku apabila Shahir masih belum lagi berkata mengenai soalannya..

"aku rasa macam kurang senang pula kalau aku nak cakapkan.." kata Shahir..

"sila kan sahaja.. aku tak kisah pun.."

"hurm...." Shahir menarik nafas.. "kau fikir apa tentang aku? hurmm.. maksud aku bila kau pandang aku.. hurmm..." Shahir masih lagi teragak-agak..

"apa dia kalau aku pandang kau?" tanya aku..

"hurm.. kau ada fikir... hal yang.. bukan-bukan tak?"

aku terdiam.. sebenarnya aku agak terkejut dengan soalannya itu.. kemudian, aku mula ketawa kecil.. Shahir pula menjadi terkejut melihat kelakuan aku itu..

"owh.. hal macam tu ke? hehehe..  okay.. aku faham.. aku cakap direct je ye.. maksud kau benda macam fantasi seksual macam tu lah kan? tak begitu?"

kali ni Shahir pula yang terdiam.. jadi, memang betul lah itu yang dimaksudkannya.. aku tersenyum lagi.. satu soalan yang bernas sebenarnya.. apa lagi tentang kami berdua yang duduk satu bilik.. dia memang ada sebab untuk risau.. lebih-lebih lagi setelah mengetahui tentang siapa aku yang sebenarnya..

"kau memang boleh baca apa yang aku fikirkan.." balas Shahir..

aku tersenyum.. "kalau kau maksudkan aku tertarik dengan fizikal luaran tu, sejujurnya aku katakan ya.."

wajah Shahir terus berubah menjadi lain.. memang tak mengejutkan jika riaksi dia begitu..

"aku tak boleh nak tipu kalau aku.. bernafsu lah juga.. itu aku tak boleh nak nafikan.. sudah jadi lumrah kalau kau suka pada seseorang tu untuk ada perasaan sedemikian.. tapi... ada satu benda yang aku perlu cakapkan.."

"apa dia?"

"dalam masa yang sama aku hormat kau juga.. aku hormat kau sebagai kawan rapat aku.. untuk sesuatu sebab, aku takde fantasi yang lebih-lebih mengenai diri kau.. jadi, kalau kau maksud kau aku ada pernah terfikir dan berimaginasi yang bukan-bukan tu, jujur aku kata tak pernah lagi.."

"maksudnya?"

"aku nak tanya kau pula.. kau pernah ada imaginasi macam tu kat Liyana?"

kali ini, muka Shahir mula menjadi merah..

"honestly.. ada juga lah.. maksudnya pernah lah juga.. dalam mimpi misalnya.. tak lah acap kali..." jawap Shahir malu-malu..

"hahaha.. otak kau nakal lah juga ye.. hehehe.. benda tu normal lah.. asal kau tak buat sebelum kau kahwin dengan dia, okay lah tu.. for me benda tu normal.."

"jadi, apa jawapan kau?"

"jawapan aku? hurmm.. macam apa yang kau bayangkan tu, tapi aku tak pernah ada bayangan tu pada kau.. seperti yang aku cakap kan lah.. maybe sebab aku hormat kau.. kau kawan aku.. dan lagi, aku pun lelaki gak.. so, aku tak tahu kenapa aku tak boleh ada imaginasi macam tu kat kau.. memang tak boleh wei.. mungkin juga sebab aku rasa bersalah kalau ada imaginasi macam tu.. but honestly, pada lelaki lain boleh pula.. mesti kau rasa geli bila aku cakap macam ni kan?"

Shahir terdiam.. memang betul.. satu soalan yang serius.. aku tak tahu jika dia memang betul-betul boleh terima apa yang aku cakapkan ini.. aku tahu, tentu dia mula berasa janggal dengan semua yang aku katakan.. lelaki normal bila mendengar kawan dia berkata macam tu..

"okay lah.. stop lah discuss benda macam ni.. tak bagus untuk kau.. dan tak bagus juga untuk hubungan kita juga.. maksud aku, nanti aku tak nak kau rasa geli kat aku kalau kita discuss benda macam ni dengan lebih mendalam.. yang aku ingin, kita masih lagi kawan.." kata aku lagi.. nada yang serius..

memang benar.. hal-hal macam ni agak sensitif.. aku tak pasti sesetengah orang akan boleh terima benda macam ni dengan betul-betul hati yang terbuka.. bahkan, aku juga agak ragu-ragu kalau Shahir memang boleh terima hal macam ni.. aku rasa, sedikit sebanyak memang tak akan macam tu..

"aku harap aku boleh bantu kau.." tiba-tiba Shahir bersuara semula..

kali ini aku pula yang terkejut..

"maksud kau apa?" tanya aku..

"untuk ubah kau lah.. lari dari dunia macam tu.."

"hahaha..." aku terus ketawa besar.. Shahir terus terkejut.. "kau ni lucu lah, Shahir.. aku rasa kau memang tak akan faham.. hal ini lagi complicated dari apa yang kau fikirkan.."

"kenapa pula? semua orang boleh berubah, dan kau kena yakin hal tu boleh dibuat.." kata Shahir bersungguh-sungguh..

aku tersentak sekejap.. melihat matanya yang tajam menatap aku, dapat aku rasakan yang dia betul-betul bermaksud dengan kata-katanya itu.. entah kenapa aku mula rasa satu perasaan yang aneh dalam hati aku.. tapi perasaan itu sukar untuk aku perjelaskan..

lalu aku pun mengambil cawan yang berisi air kosong aku pesan tadi..

"aku ni agak ignorant juga.. but, maybe juga kau agak naif dalam hal ni.." kataku sambil mengambil bekas yang mengandungi perasa seperti cuka, kicap, gula dan sebagainya.. lalu aku ambil pula cawan aku yang lain.. air kosong aku pesan tadi dituang separuh ke dalamnya..

Shahir hanya memerhatikan perbuatan aku itu kehairanan.. namun tidak pula dia berkata apa-apa..

"ada orang pernah ajar aku tentang satu.." aku ambil botol perasa yang berisi cuka lalu dituangkan sedikit ke dalam cawan berisi air kosong tadi.. kemudiannya, cawan yang satu lagi aku bubuh dengan gula lalu dikacau agar semuanya larut..

"aku nak kau minum air ni.." aku hulurkan salah satu cawan tadi pada Shahir..

Shahir agak keliru namun dia hanya menurut apa yang aku pinta..

"kau rasa apa?" tanya aku..

"rasa masam.. sebab kau tambah cuka.."

"kau try yang ni pula.. kau rasa apa?"

"rasa manis lah.. sebab kau tambah gula.." balas Shahir..

"kau pasti rasanya manis? kau tak rasa lagi.." aku tatap wajahnya dengan pandangan yang serius.

"tentu lah.. kalau dah tambah gula, tentu lah manis.."

aku tersenyum.. lalu aku pula meminum air tu..

"rasanya masin.. bukannya manis.." kataku ringkas..

"macam mana pula manis? mari sini aku try.." pinta Shahir.. kemudian dia pun merasa sedikit air tu.. "manis lah.. mana ada masin.." katanya lagi..

aku terus mengukirkan senyuman..

"yang manis tu tak akan jadi masin.. kalau aku kata ia masin, aku tahu aku sedang menipu.." kataku..

"okay.. so, apa yang kau try nak sampaikan sebenarnya?"

aku terdiam.. seketika terus tak berkata apa-apa.. Shahir pula terus memandang wajah aku dengan riaksi wajah yang inginkan penjelasan.. aku tersenyum lagi.. namun kali ini agak kelat..

"nothing.." akhirnya aku bersuara..

Shahir berkerut dahi. lalu dia pun berkata "aku rasa kau try nak sampaikan sesuatu.."

"aku rasa yang aku masih lagi tak begitu terbuka untuk discuss hal macam ni.. untuk sesuatu sebab, entah kenapa aku rasa yang aku enggan bercakap mengenainya.."

"but kau perlu cakap kat aku kalau kau nak aku faham..." kata Shahir lagi..

aku pandang wajahnya.. aku tahu dia bersungguh-sungguh mahu mengetahuinya.. dari mata dia aku sudah fahami.. tapi, entah kenapa secara tiba-tiba datang satu perasaan yang menghalang aku dari terus bercakap mengenai hal ini.. apa sebabnya, aku pun tak pasti.. mungkin aku yang begitu teragak-agak.. ataupun aku yang tak bersedia..

Shahir menghembuskan nafas... "hurmm... okay.. aku tak nak paksa kau.. but lepas ni kalau ada apa-apa yang kau nak cakap kat aku, just call or mesej aku okay.. aku dengar je.."

Shahir tersenyum.. aku juga membalas senyuman itu.. aku tahu biarpun keinginan mahu tahu dalam hati Shahir itu begitu kuat, tapi dia bukan juga jenis yang suka mendesak.. mungkin dia sendiri sudah memahami sikap aku macam mana.. but aku tahu, dia pasti juga mahu kan aku menjelaskannya satu hari nanti..

"tapi, aku pun ada benda nak cakap pada kau satu perkara.." Shahir berkata lagi..

"apa dia?"

"mungkin perkara ni kau tak boleh nak terima.. tapi... izinkan aku jadi pembimbing kau.. lari dari dunia itu.."

aku tergamam.. sungguh.. aku terus tergamam..












19 comments:

  1. thanks bro...memag aku tggu2 citer kau...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni aku akan try lh at least seminggu update.. Sbb aku baru je tamat sem 1.. Dh start cuti...

      Delete
  2. tu dia... my savior dah muncul. that's my boy!

    ReplyDelete
  3. Ok...dah komen dah ni..hik hik hik

    ReplyDelete
  4. lama btl aku menunggu sambungan. tadi pagi bru jer jeng0k blog ne, tp x smpt bace abes, da lmbt pg keje hehe. bru sambung bace tp alamak... apa yg terjadi... klu aku pn mesti da melet0p.....

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. im not getting any of this new episode..confuse nya aku..macam lari je dri sebelum nya..tiba2 1 rumah dgn ihsan pdhl x pernah pun jmpa ajak fahri tinggal serumah..hm..

    ReplyDelete
  7. Akhir.. setelah lama mnunggu.. emm aku nk teka housemate ihsan saiful kot. seandainye syahir berjaya mrubah fahri..aku kecewa ending citer ni. Hihi (hairel)

    ReplyDelete
  8. da lame kuar rupenye...huhu...arini baru aku baca..adehhhh..

    ReplyDelete
  9. ok..tErrrbaek putra...
    tengah layan citer ko ni sambil makan meggi kari..
    fahri-ehsan 'SAGA' continue...

    ReplyDelete
  10. Wow.best tp next chapter? :( please

    ReplyDelete
  11. X sabr nk tgu next episode...

    ReplyDelete
  12. suspense betul la..siapa la agaknya housemate Ihsan tu..

    (but i really like the details..mcm description perasaan, debaran, suasana dll..those little details yg hanya plu akan faham.. yg aku boleh relate, sbb aku pun plu.. yg org2 str8 tak akan faham..)

    aku rasa sebenarnya Shahir tu plu in denial... dia ada perasaan terhadap fahri sebenarnya, tapi dia nak prove yg dia bukan gay. Nak ubah dan bimbing konon...last2 tgk2 dia plak yg menyerlahkan naluri sebenar dan tinggalkan Liyana...hahaha

    Apa pun, takkan hse Ihsan tu Saiful kot... siapa ya?... kalau Ihsan ada something dgn housemate dia, dan housemate dia tu pulak akan dikenali oleh Fahri bila dia jumpa nanti, tak ker akan memberi satu kesan yg tak baik, jadi cinta tiga segi pulak nanti. Suspense betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ihsan kembali huhu.. klo shahir kapel ngn fahri kn best hihii joking

      Delete
  13. Huhuuu apsal aku x dpt bc part 25

    ReplyDelete