my life ni memang banyak dipengaruhi oleh orang lain.. then ada satu tabiat pelik yang mana aku suka nak mengabadikan nama-nama orang yang aku rasa agak special dalam sesuatu benda lah.. aku beri tiga contoh..
Password
kalau yang pernah terbaca or mengikuti blog aku sejak dulu lagi, aku pernah cakap yang aku guna password untuk kebanyakan benda misalnya untuk FB or email dengan menggunakan nama 'seorang lelaki'.. so, maksudnya, even untuk blog ni juga passwordnya adalah seperna nama seorang lelaki.. benda ni dah lama berlaku sejak aku masih lagi aku still lagi kat sekolah menengah.. so, sampai sekarang, kalau aku kena buat password, mostly aku akan guna nama 'lelaki' tu lah.. mesti korang nak tahu cerita di sebalik 'lelaki' ni kan?
soalan yang harus korang tanya, siapa lelaki tu sebenarnya? kekasih lama aku?? orang yang disukai ke?
jawapan aku, actually 'lelaki' tu tak wujud.. 'lelaki' tu just satu watak dalam filem (Malaysia).. entah macam mana waktu dulu zaman remaja dulu aku berkenan sangat dengan 'lelaki' tu.. for me, aku nampak dia sebagai seorang watak yang baik.. then, at that moment, aku pernah terfikir nak jadi lelaki baik macam 'watak lelaki' tu.. dan pada waktu aku Tingkatan 3, aku ada bergaduh dengan my best friend.. aku ni punya lah ego sangat nak minta maaf kan dia walaupun yang buat salah sebenarnya aku.. so, sebab fikir nak jadi macam 'watak lelaki' tu, aku pun buang lah perasaan ego aku lalu meminta maaf.. hahaha.. so, kat sini, kita boleh tengok kadang-kadang watak rekaan dalam sebuah movie, drama or novel boleh nak memperngaruhi seseorang.. misalnya, macam aku lah..
Novel
aku pun ada watak kegemaran aku yang lain juga iaitu 'Fahri' dalam novel 'Ayat-ayat Cinta'.. (bukan Fahri dalam filem Ayat-ayat Cinta.. sebab Fahri dalam filem agak mengecewakan aku.. takde aura yang aku mahukan.. aku benci filemnya, tapi suka novelnya).. sebab aku jatuh hati dengan watak Fahri berbanding watak utama dalam citer Ketika Cinta Bertasbih (yang mana penulisnya adalah orang yang sama).. ni time aku suka baca novel ala-ala islamik lah.. dulu aku memang suka sangat baca novel islamik ni.. sebab bagi aku, watak Fahri dalam novel (bukan filem okay!! filem dia sucks!!) tu nampak natural.. takde lah terlalu baik sangat macam orang kata 'it's too good to be true'.. kiranya macam dalam dunia ni macam boleh ada orang macam tu.. then sekali lagi, time tu aku pun terfikir nak menjadi seorang lelaki yang baik seperti Fahri dalam novel Ayat-ayat Cinta..
so, seperti yang korang tahu.. my novel Unspeakable Love watak utamanya pun Fahri.. kiranya nama Fahri tu diambil dari novel tu lah.. walaupun perwatakan kedua-duanya berbeza, tapi ini just satu bukti memang watak Fahri dalam Ayat-ayat Cinta meninggalkan kesan dalam hidup aku lah.. sampai aku tulis novel dengan nama watak Fahri juga..
WeChat
siapa yang ada add WeChat aku?? ada sesetengah pembaca blog ni memang ada add my WeChat lah.. dari sana ada juga lah bersembang-sembang sikit.. tak banyak pun rakan WeChat aku.. lagi pun, aku tak nak juga banyak-banyak sangat sebenarnya.. pun begitu, majoriti kenalan WeChat aku memang dari kalangan my blog reader lah.. lagi banyak berbanding my real life friend.. actually, aku takde lah main sangat WeChat ni juga..
kalau ada yang add my WeChat tu, nama aku kan guna nama "Biskut -------"
hahaha.. kenapa guna nama 'Biskut'?? ada reasonnya juga sebenarnya.. actually, nama 'Biskut' diambil dari nama seseorang juga.. aku ada kenalan yang suka guna nama 'Biskut'.. dia antara kenalan terawal waktu aku first time masuk kat PR, Planet Romeo.. nama FB dia guna nama 'Biskut... then dia buat baju sendiri pun ada tulisan nama 'Biskut'.. senang cakap, waktu aku mula-mula masuk PR, kami berkenalan.. dia jenis yang baik di mata aku lah.. sebab dia lah, my first impression about PR agak baik pada waktu tu.. awal-awal masuk dah dapat kenalan yang baik.. tak macam sekarang.. asal sikit nak seks je..
actually, kita orang takde lah rapat mana pun.. pada waktu mula-mula tu je selalu bersembang.. at that time, baru lah mula-mula teruja nak bersembang dengan lelaki.. ye lah.. budak PLU yang baru terokai dunia lah katakan.. lama-lama dah tak contact lagi dah.. walaupun ada juga lah dia komen kat my photo (my real FB okay! bukan FB blog.. bukan senang aku nak beri my real FB) dulu.. so, senang cakap kami tak rapat pun sebenarnya.. tapi untuk sesuatu sebab, honestly aku ternanti-nanti juga kalau dia akan tegur or chat dengan aku lagi.. dulu online YM mengharapkan dia akan tegur aku lagi, tapi takde pun... hahaha.. maybe sebab aku tertarik dengan personaliti dia kot.. dan nama 'Biskut' tu pun comel juga sebenarnya.. hahaha.. but until now, dia antara orang yang aku suka skodeng juga kat FB.. nak tengok the latest photo macam tu.. hahaha.. bukan sebab jatuh cinta ke apa... sebab aku memang suka skodeng orang.. hahaha
Game
dan paling latest sekali adalah nama untuk game.. hal ni baru je berlaku dalam minggu lepas.. at this time aku tengah syok nak main game Pokemon.. hahaha.. memang mengidam giler nak main game Pokemon.. lagi pun aku malas juga nak asyik menghadap PC je time takde apa-apa nak dibuat.. ada juga lah benda lain sebagai hiburan..
nak diringkaskan cerita, nama watak dalam game aku tu, aku terus mengunakan nama seseorang yang special dalam hidup aku.. memang aku ni weird sikit.. suka-suka je letak nama 'lelaki' tu untuk watak dalam game aku.. setiap kali keluar nama dia dalam skrin, aku pun tersenyum-senyum..
siapa kah lelaki itu?
hahaha.. aku malas nak cerita banyak tentang dia.. just nak kata orang yang aku betul-betul nak jumpa semula.. nak balik KL semata-mata nak jumpa dia setelah dah berapa tahun tak berjumpa..
Cinta pertama le ni..ehehehe.
ReplyDeletexde lh.. aku bukannye kemaruk nk brcinta2 ni..
Deletehehehe..game pokemon version mane ko main nih??=)
ReplyDeleteemerald.. baru je nk main guna my galaxy note..
DeleteOwhh....skrg da black n whte da..hehe yg pling baru x n y...
Delete:)....
ReplyDelete:)
ReplyDeletejust like me..he's the key of my heart..semua pwd ak guna nama dy, even pwd kad bank pun ak guna tarikh first aku jumpa dy..huhu
ReplyDelete