Saturday, 8 June 2013

Perkembangan dalam Dunia PLU






aku bahagikan orang PLU ni dalam beberapa jenis fasa..


fasa pertama : denial

mostly bermula kita tak boleh nak terima siapa diri kita.. tak nak mengaku yang kita ada perasaan tu.. biasanya, dalam fasa ni sesetengah orang tu akan benci pada golongan PLU, walhal dia sendiri pun PLU juga.. mungkin sebab orang PLU itu adalah gambaran sebenar tentang dirinya.. mungkin sebab itu lah dia macam tak suka pada orang macam ni..

at this stage, usually orang ni tak suka dengan perkataan 'gay' or 'PLU'.. lagi-lagi lah kalau nak refer diri dia sendiri.. sebab dia  ni kan still macam 'denial' tentang siapa dirinya yang sebenar.. but kadang-kadang, sesetengah orang tu tak kisah juga kalau nak berkawan dengan PLU lain.. just tak berkenan sangat kalau dia dipanggil sebagai gay or PLU.. 

at this stage juga, usually mereka try nak cuba solusi untuk mengatasi masalah yang ditimpa mereka.. majoriti mereka akan berfikiran optimistik yang perasaan ini akan boleh berubah..



fasa kedua : penerimaan

setelah penat dengan penafian dan pencarian solusi tentang masalah ini, kebanyakkan orang dah mula letih dan mula berhenti berharap.. maka, sedikit demi sedikit, mereka mula menerima dan mengiktiraf siapa diri mereka yang sebenarnya.. 

usia pun semakin dewasa.. naluri untuk berkasih sayang itu semakin kuat.. oleh kerana itu golongan ini macam tak boleh nak nafikan yang perasaan dalam hatinya untuk merasai nikmat berkasih sayang dengan orang yang dia sukai.. dan hal ini mula mendorong mereka untuk mula terima siapa diri mereka.. but mostly even mereka suka pada seseorang tu, tapi dia masih lagi simpan perasaan itu dalam hatinya

lama-kelamaan, mereka dah mula biasa dan selesa dengan perkataan gay dan PLU.. at this stage, kalau orang panggil dia gay or PLU, dia mula macam tak ambil kisah sangat.. bahkan, dia mungkin dah mula guna kan perkataan itu untuk melabelkan dirinya sendiri.. tapi ada juga yang masih tidak selesa dengan perkataan itu..

majoriti mereka masih belum bersikap terbuka biarpun dah mula menerima perasaan songsang ini.. mereka masih enggan nak bergaul sangat dengan golongan seperti mereka.. mungkin perkataan yang sesuai adalah 'discreet'.. maksudnya, even dia dah terima siapa dirinya yang sebenar, tapi dia masih prefer untuk tidak begitu terdedah.. 



fasa ketiga : cuba-cuba

untuk sesuatu sebab, mereka mula berkembang kepada sikap ingin mencuba-cuba.. mungkin disebabkan sikap ingin tahu tu semakin kuat..

misalnya, mereka sudah mula mengorak langkah untuk mendapatkan orang yang dia sayang.. hal ini mungkin kerana mereka sudah tak mampu nak simpan perasaan itu lagi.. sesetengah orang juga mungkin sudah mula berani untuk mencari pasangan.. usually di laman-laman sosial seperti Planet Romeo dan Facebook.. 

mereka juga mula bergaul dengan golongan seperti mereka dan join group-group seperti ini di laman-laman sosial.. mostly sebab faktor mereka rasa 'tak keseorangan' dalam dunia ni.. sebab ada banyak orang yang senasib dengan dirinya.. dan bila dah ada kawan-kawan PLU, mereka ada tempat untuk meluahkan perasaan.. dan hal ini mula mendorong mereka untuk terus berasa selesa dengan keadaan seperti ini.. apa bila dia sudah mula masuk dalam satu komuniti yang boleh menerima dirinya dengan seadanya..

mula bertukar-tukar pendapat tentang banyak perkara dalam hal dunia ini.. hal ini mendorong pembentukkan peribadian mereka.. pada saat ini lah usually kita akan mula develop pandangan kita sendiri tentang dunia ini..  sesetegah orang akan join forum-forum ataupun page tentang PLU.. ataupun buat blog sendiri.. 

sesetengah orang masih lagi prefer untuk jadi discreet tapi ada yang dah mula selesa untuk expose tentang dirinya..

but, pendedahan mereka yang semakin mendalam dalam dunia ini memang akan betul-betul mempengaruhi jati diri masing-masing.. 



fasa keempat : melakukan

dah mula ada pasangan sendiri.. dah mula bercinta sesama jenis.. pada saat ini, mereka dah mula selesa dengan keadaan seperti ini.. dah mula rasa bahagia melakukannya (but ada yang still rasa bersalah).. dan mungkin yang tak pernah buat seks sebelum ni dah mula nak buat for the first time.. 

kawan-kawan PLU pun semakin banyak.. ada sesetengah orang tu lagi prefer untuk bergaul dengan kelompok-kelompok mereka sendiri.. mungkin sebab mereka lebih memahami..

senang cakap, mereka dah mula selesa dengan diri mereka sendiri (biarpun akan ada secalit perasaan bersalah).. 

sesetengah orang tu dah berani nak tunjuk anu pada orang lain.. bertukar-tukar video ataupun gambar.. 



fasa kelima : kerosakkan akhlak

ada sesetengah orang tu mula semakin terpesong.. ada yang mengalami cinta yang gagal.. so, dia ni mungkin dah mula bosan untuk bercinta lagi.. apa yang mereka cari lebih kepada hal-hal keseronokan dan nafsu semata-mata..

selalu cari scandal.. sex partner.. join kelab-kelab malam orang PLU.. mula ketagih seks.. 








tak semestinya orang akan follow setiap stage ni.. but mostly aku akan refer orang dalam kategori2 tertentu lah.. misalnya bila ada orang chat dengan aku, usually perkara pertama yang aku nak tanya tentang hal-hal macam ni lah.. tanya banyak soalan.. nak pastikan dia ni dah masuk peringkat apa?

soalan common yang aku akan tanya kan macam ni lah.


"kau kenal PR tak?"
"kau ada join group PLU kat FB tak?"
"ada banyak kawan PLU?"


perkara-perkara macam ni dah macam biasa aku lalui bila ada orang chat dengan aku.. ada yang tak alami stage pertama tu.. but memang ada orang macam tu sebenarnya.. biasanya benda ni macam satu ukuran buat aku nak tahu setakat mana 'innocent'nya seseorang tu..




11 comments:

  1. Replies
    1. alaa.. dh byk kali brtukar partner xkn yg 'pertama' kot.. hehehe

      Delete
    2. semuanya ldr, tk pernah jupa.. yang shane tu bru kali pertma jumpa. Shane(penk) tu kapel pertama yang dekat. Suci..agy... ne.. ehehe... Tapi enthlah, aku fasa ke berap? ehehe

      Delete
  2. aku rasa aku stage ke2, tapi aku tak pernah pulak rasa stage pertama tu...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. x semestinya kena lalui semuanya.. but memang ada yg dlm kategori pertama tu..

      Delete
  3. knpe mcm aku rasa mcm aku xde dlm smua stage??
    ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. perghhhh... ni kena wat kajian... sangat rare.... hehe... sila datang ke lab saya untuk tujuan penyaringan...

      Delete
  4. you copy paste ke buat sendiri ni? fulamak hebat nye taiko aku ni...hehe

    ReplyDelete
  5. pergh... malignant ni.... hehe...kena wat chemotherapy...

    ReplyDelete
  6. yang '' denial '' tu dia reka sendiri.

    ReplyDelete
  7. sya antara stage 2 ke 3 dah... :)

    ReplyDelete