Saturday, 11 May 2013

Rantai Kalimah Allah

kalau diikutkan lah, aku mula-mula macam tercemar fikiran ni mostly lepas bila aku dah habis SPM.. pada masa tu, aku dah mula ada laptop sendiri.. bila dah ada laptop sendiri ni kita mula lah nak search banyak benda lain.. pada saat ni lah aku mula berani nak search kat internet benda-benda yang tak sepatutnya.. hati masih lagi suci murni pada masa tu.. mesti lah kan.. curiousity bila semakin meningkat dewasa.. ada benda je nak diexplore..

kalau diikutkan lah, mula-mula tu aku suka nak search about homosexuality in Islam.. about gay life in Islam.. pandangan orang mengenainya.. aku takde lah search benda '18SX' sangat pun pada masa tu.. seriuously aku cakap, aku agak naif tentang banyak lagi.. then, curiousity tu mula develop bila aku pun start nak search gambar-gambar lelaki yang hensem-hensem.. then dari hari ke hari mula lah ketagih nak lawat blog-blog yang memaparkan gambar model lelaki yang hensem.. honestly aku cakap, pada saat tu aku takde lah tengok gambar 18SX lagi.. still yang ringan-ringan lagi lah.. dan honestly aku cakap juga, yang aku takde lah suka sangat nak tengok 18SX pun.. lagi suka tengok yang still tutup 'bahagian bawah' tu..

only bila tahun 2011 baru lah semakin advance sikit.. pada saat tu lah baru nak layan benda 18SX ni semua.. hati pun makin lama hitam.. so, kiranya aku ni 'polluted' agak lambat lah.. tak seperti sesetengah orang waktu sekolah menengah dah layan filem 'biru'..

okay.. berbalik pada tajuk post ni.. pada waktu dulu waktu aku suka layan blog-blog yang tunjuk model lelaki hensem, aku ada lah tertarik pada sesentengah model.. ada beberapa orang yang masih melekat di hati.. dulu, aku suka tengok satu benda.. namanya 'Terra The Boy'.. kat sana banyak tunjuk model-model lelaki dari Brazil yang hensem-hensem.. aku memang suka dengan 'Terra The Boy' time dulu-dulu lah.. memang banyak model koleksi mereka yang hensem-hensem.. maybe time tu taste aku pada lelaki Brazil kot.. but sekarang ni aku prefer Asian lah.. especially melayu..

antara model yang jadi kegemaran aku adalah seperti berikut..


Ivo Cavalcanti

Caio Cesar


Lucas Malvacini


Thiago Vieira

Jonas Sulzbach



actually aku nak cakap tentang model bernama Jonas Sulzbach ni.. recently entah macam mana aku boleh jumpa account FB dia.. sudah lama aku tak jenguk or memikirkan tentang model-model lelaki dalam Terra The Boy.. pada saat tu lah mula terimbau kisah-kisah lama mengenai tabiat aku dulu-dulu suka tengok model untuk Terra The Boy. but apa yang menarik perhatian aku sebenarnya bila tengok cover photo fb dia..




korang nampak apa yang aku nampak?? rasanye benda tu dah agak obvious kot.. kalimah Allah lah kan.. memang bentuk serupa dengan kalimah Allah.. then lepas tu aku pun tengok gambar tu, tengok caption gambar tu..

dia cakap..

Esse é o amuleto da sorte!!! Obrigado por tudo SENHOR!!

maksudnya..

This is the good luck charm!! Thank you Lord for everything!



rantai kegemarannya ada tertulis kalimah Allah.. sama ada dia menyedari tentang hal ni atau pun tak.. dah agak lama juga dia guna cover photo gambar rantai tu.. tak tukar-tukar juga.. macam berbangga dan suka sangat dengan rantai tu.. tertanya-tanya juga aku kalau dia ni tahu ke apa maksud rantai tu?? tapi aku percaya yang dia orang Kristian.. tapi aku sejujurnya berasa suka lah kalau dia rasa happy dengan rantai tu.. kata rantai membawa tuah.. serius aku cakap yang aku tak sangka pula dia ada rantai macam tu.. tapi kalau dari sudut agama lah, rasanya tak boleh kalimah Allah dijadikan rantai.. tak bergitu??


gambar-gambar Jonas Sulzbach

hensem tak dia ni?? muka pun muka orang baik-baik je.. aku mudah suka pada orang muka baik ni..




















24 comments:

  1. Emmm... kelasbgak kan taste kaw ni putera
    Heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. taste aku memang high sikit.. tp aku xde lh tgk pd rupa sgt.. tp more on personality..

      Delete
  2. Ak plak prefer laki2 y dah jd bapak org.erm pelik ke?haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku lg prefer org sebaya dr aku.. yg dewasa pun suka jg.. tp xde lh tua sgt.. around 30 tu ok lh..

      Delete
    2. yes... masuk list putera. *tetiba jerk. haha

      Delete
    3. Ak pn muda jgak.in fact lg muda dri putera.fake name ak ni je yang nampak mcm tua

      Delete
    4. ok..dia pon nak juga.... haha

      Delete
  3. anda adalah plu yg paling suci setakat ni. sekadar tengok porn on9, apelah sangat kn. laki straight pon tgk porn. hehe. so, you're just polluted, but not yet corrupted. haha.

    mgkin taste kite tk same. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. straight dgn plu sama je.. cuma kita je 'lain dr yg lain'.. hehehe

      Delete
  4. Salam semua. Saya memang selalu membaca blog Putera Mahkota ini dan saya memang dah lama nak tinggalkan komen di sini. Pada pendapat saya, tidak akan wujud istilah "homosexuality in Islam" kerana Islam sendiri menolak homoseksualiti itu. Saya menulis komen ini berdasarkan pemikiran yang logik. Maksud saya, tidak mungkin seseorang Muslim itu mengerjakan ibadat-ibadat Islam dan pada masa yang sama mengakui dirinya seorang pengamal homoseksual. Bagaikan berbuat baik dan berbuat jahat pada satu masa yang sama, begitulah perumpamaannya.

    Seseorang homoseksual yang telah tertera perkataan "Islam" pada kad pengenalannya mesti membuat pilihan yang sewajarnya; memilih homoseksualiti atau memilih Islam dan salah satu sahaja yang boleh dipilih. Saya seorang homoseksual dan pada kad pengenalan saya tertera perkataan "Islam". Walaubagaimanapun, saya telah memilih homoseksualiti dan meninggalkan ibadat-ibadat Islam. Kepada Putera Mahkota dan lain-lain yang masih suci dan tidak dinodai, terpulang kepada anda untuk menentukan pilihan hidup masing-masing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.. rasanya anda ni salah faham kot.. xde lh brmaksud homoseksuality in islam tu maksudnya mcm menerima homoseksuality dlm agama islam.. tp lebih kepada dalil2 lh.. pandangan ulama mengenainya.. klu anda baca buku pun ada jg buku yg berjudul 'homosexuality in Islam', tp xde lh mcm nk galakkan org islam menerima benda tu dlm agama.. tp lebih kpd hukum-hakam mengenainya..

      Delete
    2. Begitu rupanya! Terima kasih kepada Putera Mahkota yang telah membalas komen saya itu.

      Delete
    3. bg pendapat aku plak.. ibadat2 islam tu hak tuhan.. nak xnak kena settlekan... so x timbul isu pilihan disitu. memang islam larang homosecuality... tp kita cuba control perasaan ni... kalau kita tinggalkan ibadat2 islam dan pilih homosexuality... means kita dah wat 2 kesilapan.. satu x buat suruhan.. satu lg buat larangan... =)

      Delete
    4. btl aku setuju. mjadi homo dan menjadi islam adalah 2 perkara yg berbeza. homosexuality adalah 1 pilihan x kira kta agama apa? islam adalah tanggungjawap kpd org yg beragama islam la ( suruhan & larangan NYA ) yg harus d laksanakan. namun begitu org yg beragama islam d kategorikan sbg islam dgn iman dan takwa kpd Tuhannya atau islam sekadar hiasan pada kad pengenalan. jdi x timbul kta harus pilih homo atau jadi islam. klu menganut agama kristen atau agama lainnya, jadi boleh la jadi homo juga la kan atau boleh pilih keduanya. tp rasanya x begitu kan. x ada agama yg menyokong hal2 seumpama ini.. panjang pula dah.. karang tersilap kata sape nak tanggung haha

      Delete
    5. Sememangnya, perkataan "Islam" itu hanya sekadar hiasan pada kad pengenalan saya. Saya hairan, bagaimana seorang homoseksual yang beragama Islam masih boleh bersembahyang dan melakukan ibadat-ibadat Islam? Ke mana pula perginya pahala ibadat-ibadat yang dilakukannya? Dia tidak akan dikurniakan pahala-pahala tersebut melainkan dia bertaubat dan meninggalkan dunia homoseksualiti. Jika kita ingin kekal sebagai seorang homoseksual, maka jadilah seorang homoseksual yang benar-benar homoseksual. Sebaliknya, jika ingin menjadi seorang Muslim yang sejati, maka tinggalkanlah dunia homoseksualiti. Yang saya maksudkan bukanlah meninggalkan agama Islam secara keseluruhannya, melainkan menjadi Islam pada nama sahaja. Itulah yang saya amalkan pada ketika ini.

      Delete
    6. Pahala, dosa dan masuk syurga itu hak ALLAH. saya percaya setiap homo atau yang rasa dirinya homo ada perasaan ingin bertaubat dan ingin kan kebaikan. maka terpulanglah kepada kita sendiri yang akan menentukan apa yang perlu dilakukan dan segala yang kita buat kita sendiri akan bawa ke depan ALLAH bila kiamat. manusia tak berhak mengkafirkan seseorang kita cuma berhak menegur akan kesalahannya.

      Delete
    7. waltz prince...ad satu kejadian zmn Nbai Muhammad..ad sorg sahabat ni suke minum arak...dia islam..tp suke minum arak..tiap kli minum arak,dia akn disebat..berulang kli dia minum arak..smpai satu mse,sahabat len duk kutuk perbuatan dia tuh..tp..nabi ckp: jgn kutuk dia..sesungguhny dia mengasihi Allah dan rasulNya lbh dari kalian yg mengutuk...dlm Islam,solat ttp kne wat w/pun kte ni suke wat jht..tersentak ak dgr citer hadis soheh ni...betapa nabi ttp syg pd umatnya w/pun kte wat slh bnyk...hrp yg len pun dpt fhm citer ni..hmm

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia masuk syurga atas rahmat allah,bkan sbb amalan. Kdg2 kte rase amal itu sedikit tp mungkin amalan itulah y membawa kte ke syurga.

      Delete
    2. setuju bro... masuk syurga sbb rahmat dan ihsan allah.. kalo nk nk kira amalan.. x mampu menanding nikmat yg diberikan oleh-nya hatta sebelah mata pon... =)

      Delete
  6. Maaf lari tajuk. Bile nk sambung novel tu. Dah lm tggu.. penat da..

    ReplyDelete
  7. maaf mencelah..dosa dan pahala kita bagaikan semut hitam yg berjalan di kegelapan malam:.tak da siapa yg nampak...kita tidak bole mempertikaikan soal ibadat dgn sexuality homo..andai kata kita tdk smpat bertaubat d mna amalan kta semua?..xkn hanya dosa sahaja?..

    Pada pendapat aku biar homo ibdat jgn d lupa..


    P/S bila nak release next episod ni??

    ReplyDelete
  8. bro..ak xtau la ko ingt ak lg ke x..dh lme ko x komen blog ak..ni pun ak br je nmpk blog ko semula..btw,leh add fb ak?leh keep in touch lenkli..kl ad pr,msj la pr ak..alfi88...atau,ad cara len nk bg fb ko??tq

    ReplyDelete