Friday, 31 May 2013

PLU Pelik


honestly aku tak pernah fikir nak peluk or dipeluk someone yang aku suka


dulu aku pernah chat dengan seorang my blog reader kat FB.. banyak juga lah yang kita orang borakkan.. but then sampai lah menyentuh tentang my novel, Unspeakable Love.. dia akan komen lah sikit, katanya dia suka baca benda yang ada banyak romance.. sweet-sweet macam tu lah.. kiranya dalam my novel tu, kurang adegan sedemikian rupa... but memang aku admit lah yang citer tu takde lah banyak hal romance pun.. dan lagi, for me, aku tulis citer tu bukannya nak sentuh sangat tentang percintaan dunia PLU.. so, jangan jangkakan akan ada adengan sebegitu sangat lah..

lalu aku bercakap lagi..

"bukan aku dah cakap ke, aku ni tak romantik kan? kalau dah penulis dia tak romantik, hasil tulisan pun kurang lah hal-hal macam tu..."

personally, disebabkan aku macam tu, so imaginasi tentang perkara-perkara yang romance tu macam susah aku nak bayangkan lah.. then, susah juga untuk ditafsirkan dalam bentuk tulisan..

bercakap tentang hal romantik ke tak romantik ni.. aku rasa yang aku ni berbeza dengan orang yang lain, khususnya untuk spesis PLU.. sebab usually fikiran aku tak sama seperti apa yang usually kebanyakkan orang akan fikirkan.. khususnya hal-hal berkenaan soal hati dan perasaan ni...

aku berikan contoh.. sekiranya aku jatuh hati kat someone..

1. takde dalam imaginasi aku untuk nak kiss orang tu or nak aku dicium oleh orang tu.
2. aku tak pernah fikir nak peluk or nak dipeluk oleh orang tu.
3. aku tak pernah membayangkan yang aku buat seks dengan orang tu.
4. tak fikir nak pegang-pegang or ramas-ramas.
5. tak teringin or nak panggil orang tu dengan panggilan manja.. 'kau aku' je lah wei! hahaha..

lima perkara yang usually orang lain akan bayangkan or teringin nak buat.. tapi, honestly aku tak macam tu lah.. bukan sebab suka or tak suka, ianya just perasaan yang neutral.. maksudnya aku tak fikir pun nak kiss, cium or peluk seseorang yang aku suka.. but kalau ia berlaku, ia pasti berlaku secara natural.. bukan disebabkan aku yang teringin nak buat or memang niat aku ada terfikir macam tu..

sebab tu ada yang pernah fikir aku ni asexual.. (apa tu?? search sendiri lah..) tapi tak juga.. aku tahu aku macam mana.. aku tahu nafsu aku macam mana.. otak aku takde lah 'clean' sangat.. but kalau aku suka kat someone tu, almost everything tentang orang tu dalam minda dan fikiran aku agak 'clean' lah.. tak fikir benda-benda pelik..

dari segi romantik ke tak romantik, mungkin juga aku tak romantik.. tapi dulu aku feeling yang aku ni jenis yang romantik.. amboi amboi... haha.. sebab aku pun ada juga lah fikir benda-benda aneh waktu dulu-dulu.. terutama sekali waktu aku pernah ada hubungan dengan perempuan dulu.. (ehh???) but maybe sebab aku ni jenis yang kurang nak tunjuk perasaan aku kat orang lain.. maksudnya, bila rasa rindu, tapi takde pula cakap rindu.. nak terima kasih, tapi tak ungkap di mulut.. sama juga lah dengan meminta maaf.. tak cakap pun.. bila rasa sayang, tak pula cakap sayang.. but mostly aku akan tunjuk perkara tu dengan dari segi perbuatan.. 

misalnya macam..

1. telefon orang tu bila rasa rindu.. tapi bila ditanya 'ini mesti sebab rindu kan?' tapi aku tak pula mengaku rindu..
2. bila bergaduh tapi rasa nak berbaik.. tiba-tiba layan orang tu dengan baik.. tapi takde pula cakap 'minta maaf or kata nak berbaik'.

macam tu lah...




honestly aku tak pernah ada imaginasi nak cium or dicium orang..




7 comments:

  1. asexual la sangat... hehe... maybe sebab ang x rasa ada kepentingan nak buat tu sume ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. x tahu wei.. bukan pd saat ni lh.. myb akan berubah juga.. sbb manusia pun pandai berubah..

      Delete

  2. lain padang lain belalang nya kan... :-)

    ReplyDelete
  3. are you sure you are plu?

    check skali lagi.

    adakah anda gay?

    ReplyDelete
  4. Kebanyakan masanya aku suka baca blog ni. Tapi sesetengah posting ada membuatkan aku hendak meluahkan "WTH" juga. Ntahla, mungkin aku juga pelik...

    ReplyDelete
  5. Maybe sebab kau tak pernah rasa kot. Aku ingat lagi masa aku still teenage, aku dah ada perasaan kat lelaki tapi tak fikir pun nak buat apa dengan diorang. Tapi lepas aku terjebak dengan benda bukan2 baru aku terbayang benda2 tu dengan orang yang aku suka.

    ReplyDelete