hari tu ada orang tanya aku soalan lebih kurang macam ni lah..
"ada tak PLU yang betul-betul boleh berubah? I mean, tinggalkan dunia dia tanpa ada sedikit pun perasaan tu lagi??"
then aku balas lah..
"kalau 100% tu takde lah kot.. sebab tak pernah dengar lagi pun kes macam tu.."
(maksud aku nak buang perasaan suka tu lah.. but dari segi cara hidup bagi aku boleh je...)
then dia pun cakap lagi..
"sorry but got nobody else to ask such a silly question.."
lalu aku pun cakap lagi lah..
"alaa.. soalan yang sudah biasa/kerap kali orang tanya kat aku (pm kat my FB).. aku pun balas benda yang sama je.."
(ia bukanlah 'a silly question' bagi aku lah.. tapi soalan yang sudah jadi common orang PLU ingin tahu jawapannya..)
okay.. dalam post ni aku nak cakap tentang something biasanya sudah menjadi satu kitaran hidup golongan PLU.. benda ni akan asyik berulang kali juga.. ianya adalah berkenaan tentang 'searching for the solution' untuk kehidupan orang macam kita..
pernah tak korang tanya soalan pada seseorang yang mana kita harapkan mereka akan beri jawapan pada segala soalan yang kita ingin tahu.. biasanya soalan adalah seperti di bawah ni... kejadian ni pun berlaku pada minggu lepas.. tak lama pun.. sebab tu aku kata benda ni perkara common orang tanya aku..
berbual kat WeChat.. lelaki ni tanya..
"weh, kenapa susah sangat nak tinggalkan dunia PLU ni??"
(soalan yang lebih kurang sama lah kan macam soalan tadi..)
bla.. bla.. bla.. cakap panjang-panjang.. sampai menyentuh soal perkahwinan.. kata emak dia ada tanya soal GF.. nak kenal lah kalau dia ni ada GF ke tak.. then, mula lah berasa cemas.. ye lah kan.. soalan tentang ada girlfriend ke tak ni (lebih-lebih dari family) ni memang agak sensitif sikit bagi orang PLU.. apa lagi bila benda tu berlarutan tentang hal perkahwinan.. bila nak kahwin lah.. nak tengok bakal menantu semua.. seriously, benda ni lah merupakan perkara PLU tak suka nak fikirkan namun dalam masa yang sama pasti akan tiba juga.. for me ia adalah soalan taboo bagi orang PLU.. soalan mengenai perkahwinan..
then mula lah dilema.. nak kahwin ke tak? apa yang harus dibuat nanti..
then, lelaki ini tanya aku mengenai perkara ini dengan harapan boleh menjawap soalan yang dia ingin mahukan.. soalan apakah pilihan terbagus yang dia harus pilih..
but then..
dalam masa dia tanya aku mengenai soalan ni, actually ia juga lah dilema yang bakal aku akan hadapi juga.. just tunggu masa akan tiba lah.. he hopes me to give me the answer, but at the same time I also hope if there's some out there yang boleh beri aku jawapan tentang masalah ni.. sebab aku sendiri pun tak ada jawapannya..
then, aku cakap, tanya pada orang yang lebih berpengalaman.. maksud aku tanya pada orang yang cecah umur lebih 30 tahun tu lah.. apa pilihan dan jalan yang dorang buat untuk hadapi masalah ni.. contohnya, kalau PLU dah kahwin, tanya apa yang dia telah rasakan.. yang still tak kahwin lagi, tanya macam mana dengan life dia.. bagaimana dengan keluarga? parent semua tak bising? ko rasa macam mana.. bla bla bla..
in short, aku minta dia tanya soalan itu pada orang yang lebih berusia..
but..
honestly, lah kan..
even orang yang berada dalam umur tu pun aku rasa mereka still dilema dengan jalan kehidupan mereka sendiri.. then mereka pun mengharapkan agar ada orang yang boleh guide mereka tentang segala masalah ini..
so, maksudnya macam ni.. kau harap ada someone akan guide/ beri solusi/beri jawapan tentang masalah common dalam dunia PLU.. but dalam masa yang sama, orang kau tanya tu pun harap ada orang yang boleh guide mereka juga.. kita harap kat orang, tapi orang tu pun harapkan orang lain gak.. dan orang lain pun harapkan ada orang lain yang boleh jawap dan guide kita dalam masalah ni.. lalu benda ni jadi satu rantaian yang berhenti-henti.. semua orang are searching for the solution.. namun tak ada seorang pun yang boleh keluar dengan solusi yang terbaik.. ni lah masalahnya.. sebab takde yang tampil dengan solusi yang betul-betul terbaik.. lalu masalah ni terus tak berkesudahan lah..
kalau betul-betul ada orang yang boleh meninggalkan perasaan ni (tiba-tiba jadi straight.. hahaha), aku rasa orang tu patut ajar kat orang PLU lain macam mana nak jadi macam dia..
tapi..
persoalannya..
memang ada kah orang yang jadi macam tu??
tapi betul putera , kadang aku terfikir , sampai bila nak macam ni , kadang2 aku takut perkataan "kahwin" keluar dari mulut parent aku , coz umur kita makin meningkat dan semestinya parent nak kita nak kita bahagia sebelum mereka tutup mata .
ReplyDeleteN.A.B.A.J
I xsuka kat lelaki. Tapi I ada perasaan dekat seorang kawan lelaki I. Am I gay too?
ReplyDeletegay lah tu ..baik ko kawen cepat...
Deletehaha stuju2 ....jgn mulakn masalah yg kta sendiri x tahu jalan penyelesaiannya.
Deleteputera..aku tak rasa yg perasaan PLU tu akan hilang..
ReplyDeletetapi aku tau,suatu hari nnt,kalau kita cuba sedaya upaya,kita mampu mengawal rasa tersebut..
aku ada kenal sorg mamat ni,dh khwen,and dh ada anak..1 org..
dan dia hidup mcm bdk2 str8 hidup..bg dia xde apa..
coz he knows that, PLU is actually based on nafsu.. sorry to say this,tapi inilah kenyataan..
*maaf buat semua PLU,aku pun PLU jugak,and aku tau statement diatas agak menyinggung perasaan..sekali lagi,maaf ye..
PLU memang 90% nafsu..eh salah 100% kerna apa? kalo PLU suka kat lelaki ..yang bermain dalam fikirannya mesti ala ala..kalo aku main ngan mamat ni fuh ...hehehe..
Deleteitu sebab Islam haramkan cinta sejenis..tol x? Tp PLU ni x faham faham termasuklah aku hehehe. tp aku dah stop...al maklum dah berjangut.. kalo tak berjangut ligat jugak ...:)
tp tu ler ..nak kawen ni macam jer dalam kepala..boleh ka naik kotey aku bila lihat faraj ni ? Boleh kah itu boleh kah ini...
Berdasarkaan nafsu? tapi tu for plu lelaki kang?
DeleteYeah me too..im searching for the solution..sbb aku tak tahu siapa aku sebenarnya aku suka pada lelaki but at the same time im always thinking about getting married..kadang2 kalau tengok pasangan suami isteri aku cemburu..aku tertanya2 PLU ka aku atau setakat merasa pengalaman?...
ReplyDeleteAlfred, aku pon mengalami situasi yg sama dgn ko. Becoz aku mmg suka tgk lelaki, but in the same time aku jeles tgk suami isteri. hurm. confius tol aku. xtau cmne nanti.
Deleteoo..sbb nie la ang tny cheq soklan pelik neh ari tu..
ReplyDeletejwpn cheq mana? xdak pon dlm entry neh??
putera..
ReplyDeletetahun ni genap 32 umur sy..mmg byk soalan ttg kahwin dtg dari ahli keluarga dan sahabat handai..maklum la-memasing dah sibuk bergelumang ngn tahi anak2, sy plak bleh wat bodo sambil 'vaping' dok perati je..
first-perasaan sukar utk compromised..setelah bertahun hidup solo adakah mampu utk sy fikir dan usahakan utk bahagiakan orang yg akan tido sekatil nnti?..tambahan selera nafsu pon lain..camno tu?xkan dh kawen nnti bleh plak wat sesi hati ke hati story yg kita ni lain dari orang?
second-ekonomi parah..sy antara mereka yg kais pagi makan mggu depan-literally! camana lah nk sara anak orang kalo mcm ni?(kalo anak ikan bleh bg betta fish food tu murah-rm2.50 je),nk bayor wang hantaran yg cecah 5 angka,duit kenduri,dll..argghh..tekanan beb!
ok,sekian itu shj..dh azan-nk buka puasa, meggi dh kembang tu..chow!
terbaik ah....terbahak2 aku baca statement ko ni....lawak abis,cara ko becakap mcm seorang yg x pandai tipu..bgos!
DeleteEeemmm... oooo.... okayy.... nk id wechat. hahaha. :P
ReplyDeleteHmmm... aku da letih fikir pasal ni.. aku punya masalh lgi besar.. aku sangt2 rapat ngan bf aku... umo bf 32. Dh bertahun2 kami kapel.. n aku dah bersedia nk lpaskn dia.. dia mmg patut kawin. Tpi dia seakan2 lngsung Xmahu kami berpisah dgn aku.. aku x tahu n aku dah penat nk bawa berbincang ttg masa depn kami.. seperti tiada jlan keluar.. aku mahu bebas n aku mahu kami pisah tnpa perlu sakiti hati masing2...
ReplyDeleteOk, it seems like we've got a big problem here! Here's the thing, sorry to say but no one can help us on this unless you yourself.
ReplyDeleteWhat I'm trying to say is, you have to help yourself. You must able to control your feelings towards PLU, it's easy but it is something can be achieved! Think of God for your every action, indirectly you'll get rid of the feelings :)
Thus, applicable for those who wanted to change or those family you think cannot accept the real you. But for those kind of open minded family, shouldn't be a problem.
hrmm dulu mmg dilema b4 kawin
ReplyDeletetakut xdpt bhgiakan wife la etc
tp last2 kawin gak
skang ada ank 1 dah
sofar sogud