Saturday, 27 July 2013

Unspeakable Love -Part 30-





Part 30 : The Agreement


aku berumur 13 tahun pada waktu itu ketika aku mula merasakan yang aku berbeza dengan orang lain.. pada usia yang begitu muda ini, memang sukar aku menengerti tentang isu masalah hati dan perasaan.. aku masih lagi terlalu naif dan sudah tentu juga orang di sekelilingku juga sama.. ustaz aku pernah berkata, apabila hadirnya perasaan suka dalam hati kita pada seseorang, itu adalah sebahagian tanda-tanda bahawa orang itu telah pun mencapai akhil baligh.. pada saat ini lah mulanya berkembang nafsu dalam hati seorang manusia.. maka, hadir lah juga perasaan untuk menyayangi dan disayangi oleh seseorang.. namun semuanya masih lagi di peringkat untuk memahami akan perasaan itu kerana ia cukup baru untuk difahami bagi seorang manusia yang baru meningkat dewasa..

mungkin aku telah pun memasuki peringkat itu pada usia 13 tahun.. ada satu perasaan yang cukup asing dalam hatiku tatkala aku melihat seseorang.. bagi seorang remaja yang masih naif, aku tidak mengerti kenapa aku begitu berdebar-debar tatkala aku melihat seseorang.. aku juga masih tidak mengerti, kenapa ada wajah yang mula meninggalkan jejak di minta.. wajah yang akan muncul secara tiba-tiba di imaginasiku.. semuanya masih lagi asing bagi aku untuk memahami akan maksud perasaan ini.. malah, aku juga terlalu naif jika perasaan yang mula hadir ini adalah terpesong dari fitrahnya.. pada saat itu, hatiku telah pun tertarik pada kaum sejenisku..

"aku rasa aku telah jatuh cinta lah.." kataku pada seorang kawan..

pada saat itu, suasana bilik sudah pun menjadi gelap.. aku tinggal di asrama sekolah.. naif mengenai masalah hati dan perasaan, aku telah pun meluahkan perasaan yang menghantui aku pada seorang kawan.. si sahabat yang telah pun berbaring di atas katil memandang ke arah wajahku.. dia terdiam.. memandang mataku tajam..

"tapi orang tu adalah lelaki.." kataku lagi..

si sahabat hanya terus mendiamkan diri.. kedua-dua mata kami saling bertentangan.. pada saat itu mula hadir perasaan janggal dalam hatiku.. kali ini aku pula yang menjadi kaku seketika.. perasaan aneh bila aku berkata yang aku suka pada seorang lelaki.. menyedari hadirnya perasaan tidak senang itu, aku mula meninggalkan si sahabat yang terus memandang wajah aku..

aku jatuh cinta pada seorang lelaki..

itu lah yang aku katakan dulu.. itu lah kali pertama aku berkata yang aku telah jatuh cinta.. biar pun semuanya adalah masih lagi terlalu naif, tapi hakikatnya begitu lah.. apabila aku telah pun masuk 'peringkat' itu, nafsu telah pun tertarik pada kaum sejenisku..

namun, seperti kebanyak orang yang baru mengenali perasaan baru ini, perasaan tertarik pada seseorang, aku masih tidak faham jika apa yang telah berlaku dalam diriku bakal merubah hidupku buat selama-lamanya.. di satu sudut, mataku kerap curi-curi melihat pada insan yang telah bertahta hatiku.. di kejauhan, apabila si dia berjalan di satu tempat lain, aku pula tanpa disedarinya berterusan memerhatikannya.. si dia tidak pernah tahu bahawa aku menyukainya.. pernah juga muncul niat di hatiku untuk cuba menjadi insan paling dekat bagi si dia, tapi tidak pernah muncul keberanian dalam hatiku untuk mengatakannya.. selama itu, aku hanya lah seorang pemuja rahsia..

"gay tu apa benda? tanyaku pada seorang sahabat..

"owh.. apabila seorang lelaki suka pada seorang lelaki.. kenapa pula kau tanya soalan macam ni, Fahri?"

"saje nak tahu.." kataku sambil tersenyum..

terdiam seketika aku mula membuat refleksi diri.. pada usia 15 tahun, baru lah aku faham tentang maksud homoseksual.. selama ini aku langsung tidak pernah mengetahuinya..

bagi seorang yang masih lagi terlalu naif, sudah mesti lah aku berkeras untuk menafikan perasaan ku ini.. kita telah pun dididik bahawa ia adalah satu perasaan yang salah.. apabila kamu mula menyedari bahawa dirimu adalah berlainan berbanding dengan orang lain, yang tinggal adalah kesunyian.. hati yang sunyi, perasaan yang tidak mampu untuk di luahkan.. selama itu, aku fikir hanya aku sahaja seperti ini yang ada di dunia.. kesesatan dalam mencari tunjuk arah, semakin aku membesar, semakin aku tidak mampu melarikan diri daripada kehendak fitrah manusia untuk mahu disayangi dan menyayangi.. sehingga lah aku bertemu dengan insan itu, ia adalah satu titik perubahan dalam hidup aku.. kehadiranya membuatkan aku bahagia.. aku mampu mempamerkan kasih sayangku pada dirinya.. biarpun hanya pada awal perhubungan, namun ia adalah detik ketika aku mula cuba untuk menerima siapa diri aku yang sebenarnya.. Ihsan, dia lah insan pertama aku kenali yang sama nasib dengan ku.. dia juga lah kebahagian aku.. biar pun hanya seketika...

"jadi, abang Fahri nak kata yang memang abang dari dulu sudah macam ni lah ye??" tanya Hafiz.

duduk di atas sofa, bersebelahan dengan Hafiz aku hanya menatap wajahnya tajam.. tesenyum seketika apabila mengimbas kembali apa yang telah aku lalui selama ini..

"lebih kurang macam tu lah ceritanya.. so, kiranya Ihsan lah macam my first PLU friend.. orang yang first tahu aku macam mana.. dan aku rasa yang aku juga adalah his first PLU friend juga kot.." balasku..

"owh.. Hafiz fikir macam ada apa-apa pengalaman buruk ke selama ni.. maksud Hafiz, kena noda oleh lelaki ke, last-last jadi macam ni.." kata Hafiz lagi..

"eh, takde lah.. aku ni 'pure' okay.. hahaha.. memang 'pure' macam ni.. hahaha.. bukan sebab orang lain pun.. memang ada orang jadi macam ni disebabkan seseorang.. but kalau aku tak macam tu lah.. hahaha.."

"so, Hafiz ni pun rasanya 'pure' juga lah kot.. hehehe.."

"then, macam mana pula ceritanya?" tanya aku..

"lebih kurang macam abang juga lah.. but yang bezanya Hafiz dulu-dulu waktu sekolah dah berani pun luahkan perasaan suka tu.. and nasib baik juga lah yang orang Hafiz suka tu pun PLU juga.. actually, kita orang pergi lebih jauh lagi.. Hafiz dah pernah 'main' pada umur 16 tahun pun.. best.. hahaha.. abang Fahri dah pernah 'main' ke tak ni?? Hafiz nak tahu juga.." kata Hafiz sambil mukanya tersenyum nakal melihat aku..

"hahaha.. biar lah kau buat spekulasi kau sendiri.. pernah buat ke tak.." jawapan aku.. tersenyum..

"dengan abang Ihsan kan?" tanya Hafiz.

aku terdiam seketika..

"kalau pernah, mesti dengan abang Ihsan rasanya.." kata Hafiz lagi.. "tapi sangsi juga lah.. pernah ke tak.. sebab abang Fahri ni lain sikit orangnya.." kata Hafiz sambil matanya memandang wajah aku..

"hehehe.. terpulang pada kau nak fikir apa lah.." balasku lagi..

sejak aku mula tinggal sementara di rumah Ihsan, hubungan antara aku dan Hafiz mula semakin rapat.. mungkin kerana kami mempunyai keserasian memudahkan lagi kemesraan tercipta.. dari hari ke hari juga, semakin banyak perkara yang aku kongsi dengan lelaki yang muda setahun dari aku ini.. lelaki yang memanggil aku abang, biarpun jarak umur setahun je pun.. banyak kali aku menasihati Hafiz agar panggil nama aku tanpa gelaran abang, namun semuanya tetap sama.. lama-kelamaan, aku terbiasa bila Hafiz memanggil aku dengan gelaran abang.. biarpun sebenarnya aku lebih suka jika dia tidak memanggil sebegitu.. tapi, bila aku bersama Hafiz, kadang-kadang aku terasa yang aku seperti seorang abang bagi dirinya.. terasa seperti melayan karenah seorang adik yang agak manja juga lah.. Hafiz membuatkan aku terasa jadi seorang yang matang sedikit..

"bercakap mengenai ada PLU kononnya jadi PLU disebabkan orang lain lah, kiranya asalnya straight lah kononnya, then disebabkan satu kes hitam, tiba-tiba mereka pun suka lelaki juga, kau fikir macam mana tentang hal ni?" tanya aku pada Hafiz..

"fikir macam mana?"

"kau rasa patut tak orang yang ubah lelaki yang kononnya asal straight ni kan buat begitu.. usually yang buat ni asalnya disebabkan atas dasar sayang kat orang.. but for me lah kan, cinta macam ni adalah cinta yang pentingkan diri sendiri.." balas aku..

"maksud abang?"

"aku ada develop beberapa rules. aku panggil ia sebagai 'rules of love'.. hahaha.. cehwah!!" muka menjadi merah seketika, "but rules ni just untuk orang macam kita lah.. dan akan jadi pegangan aku.."

"apa dia rules tu?" tanya Hafiz yang mula ingin tahu..

"rules yang bila aku terlibat dengan orang ni, aku sepatutnya tinggalkan mereka.. walaupun aku cinta orang tu.. pertama, jangan jatuh cinta pada lelaki straight.. hahaha.. walaupun aku dah involve pun hal ni.. (tiba-tiba aku teringat akan Shahir) actually, this rules ada yang cakap kat aku.. (tiba-tiba aku teringat akan Saiful pula) then aku pun mula setuju akan hal ni.. it's a long story sebenarnya.. senang cakap aku telah pun ter'involve' dalam kes ni, but seperti yang aku cakap kan lah, aku tak harapkan pun dia milik aku.. biarkan dia memiliki cinta yang halal lah.."

"then, seterusnya?" tanya Hafiz..

"aku rasa yang aku tak nak bercinta dengan lelaki yang biseksual kot.. kenapa?? sebab dalam pendapat aku lah, yang biseks ni still boleh jatuh cinta kat perempuan.. so, aku harap dia pilih macam tu lah.. berbanding dia nak pilih lelaki.. for me, selagi orang tu boleh jatuh cinta pada yang halal kan, so better dia pilih yang halal lah.."

Hafiz terdiam..

"ini tanda aku sayang orang tu lah.. walaupun aku ni teringin sangat nak rasa untuk dicintai, but aku rasa yang aku sangat selfish kalau nak babitkan mereka dalam dunia songsang ni.. sebab tu aku kata macam.." sambungku lagi..

"okay.. hehehe.. it's about pengorbanan lah kan.. Hafiz faham.. but for me, abang Fahri agak complicated lah.. but Hafiz terima je pendapat abang.."

"haah.. sembang pasal apa tu??" tiba-tiba kedengara suara Ihsan..

kedua-dua aku dan Hafiz terkejut kecil.. kami memandang ke arah Ihsan yang kini berada di depan pintu.. dia telah pun mengenakan pakaian baru..

"takde apa-apa lah.. borak-borak biasa je.." balas.

"okay.. jom cepat bersiap.. nak keluar ke tak ni?" kata Ihsan..

"eh, nak keluar.." balasku..

"so, jom lah.." kata Ihsan lagi..

dengan segera aku bingkas bangun dari kerusi.. terlebih dahulu aku masuk ke dalam bilik untuk mengambil telefon bimbit aku.. Hafiz juga sama terus masuk ke dalam biliknya terlebih dahulu.. pada malam ini, rancangannya hendak makan malam di luar.. setelah kedua-dua kami selesai bersiap diri, lantas kami mula melangkah keluar dari rumah meninggalkan rumah..



*         *         *


beberapa hari selepas itu...


"Hafiz!!" 

satu jeritan kedengaran.. tengkingan yang sangat kuat membuatkan aku terus terjaga dari tidurku..

"Hafiz!!" suara itu lagi kedengaran.. satu suara yang cukup aku kenali.. suara dari Ihsan..

rasa tidak sedap hati, lantas terus aku bangun dari katilku lalu segera berjalan melangkah ke luar bilik.. dalam hatiku mula terfikir-fikir ada apa Ihsan tiba-tiba menjerit marah-marah pada pagi-pagi ini?? ini bukan Ihsan yang aku kenal orang yang telah meninggikan suara.. sungguh, aku terkejut dengan kelakuannya itu.. pada saat ini, aku berdiri di depan pintu melihat Ihsan berada di luar bilik Hafiz yang berdekatan dengan bilik Ihsan..

"Kau jangan nak mengelak okay! kau jangan nak lari dari.. buka pintu ini cepat!!" tengking Ihsan menghempas-hempaskan tangannya pada pintu bilik.. "wei!! cepat lah buka!!" satu sepakan diberikan oleh Ihsan pada pintu bilik hati.. pada saat itu juga hatiku terkejut dengan bunyi dentuman kuat dari tendangan Ihsan itu..

ada apa ni?? getus hatiku..

"okay!! kau ingat kau boleh lari lah ye?? kau tahu lah nanti... siap lah kau lepas ni!!" tengking Ihsan lagi..

DUMM!!

satu lagi sepakan oleh Ihsan pada pintu bilik Hafiz.. aku terkejut.. menyedari aku sedang memerhatikan, Ihsan memandang wajah aku.. dia kelihatan betul-betul marah pada saat ini.. entah kenapa aku pula mula berasa takut melihat wajahnya itu..

"kenapa marah-marah ni??" tanyaku..

Ihsan tak berkata apa-apa.. lantas dengan segera dia berpusing lalu beredar dari rumah.. aku terdiam.. masih tidak percaya dengan apa yang aku lihat.. Ihsan naik angin?? seakan sukar untuk aku percaya.. tapi kenapa??

beberapa tempoh selepas Ihsan keluar dari rumah, aku mula perlahan-lahan mendekati bilik Hafiz.. berhenti sekejap di depan pintu, menarik nafas dalam-dalam terlebih dahulu, kemudian tanganku mula mengetuk perlahan-lahan pintu bilik Hafiz..

"Hafiz??" kataku...

"jangan pukul Hafiz, abang Ihsan!! Hafiz janji, Hafiz tak buat lagi!!" balas Hafiz dari dalam bilik..

kenapa pula ni?? getus hatiku..

"ini Fahri.. Ihsan dah pergi keluar dah.. Hafiz jangan takut lagi okay.." kataku

suasana sunyi.. Hafiz tidak membalas apa-apa.. langsung tidak mendapat sebarang tindak balas, aku pun mula berkata lagi..

"kau jangan risau okay.. Ihsan dah takde dah.. dia keluar rumah.. boleh bagi aku masuk tak?" kataku lagi..

masih tidak ada riaksi diberikan.. untuk beberapa tempoh, aku masih lagi berdiri di luar pintu menunggu Hafiz untuk membuka pintu.. namun pintu masih juga terkunci..

"Hafiz jangan risau lah.. aku akan back up kau nanti kalau Ihsan nak marah kau.. boleh buka pintu tak?" pujuk aku..

sejurus itu, perlahan-lahan pintu bilik terus dibuka.. Hafiz kelihatan di muka pintu dengan wajah yang penuh kebimbangan.. melihat dirinya di depan mata, aku terkedu seketika melihat wajah Hafiz yang gelisah..

"tolong Hafiz abang Fahri!!" serta-merta Hafiz memeluk tubuhku..

aku tergamam.. apasal peluk-peluk pula ni? aduh!

"kenapa ni?? apa yang dah jadi??" tanya aku

"Hafiz tak nak kena pukul! Hafiz takut!"

aku terkejut.. kenapa pula Ihsan nak pukul Hafiz? apa yang Hafiz sudah lakukan? Ihsan nak pukul orang?? sejak bila pula Ihsan kaki pukul??

"apa yang dah jadi sebenarnya.. cuba terangkan kat aku, okay.." kataku sambil tanganku mula mengusap-ngusap lembut belakang tubuh Hafiz..

"Hafiz melanggar janji.. Abang Ihsan dapat tahu.. dia marah giler kat Hafiz..." kata Hafiz..

"perjanjian apa pula.. cuba bawa bertenang dulu.. terangkan kat aku perlahan-lahan.. biar aku faham.." pintaku..

Hafiz terdiam..


*         *         *


duduk di satu sudut, kelihatan Hafiz sedang berada di sebuah kelab malam terkemuka.. dia hanya duduk terdiam sambil memerhatikan suasana bising di dalam kelab malam itu.. kelihatan di satu sudut yang lain pula, segelompok manusia telah pun hanyut dalam dunia mereka sendiri sambil di dendangkan dengan muzik lagu yang rancak.. kesemuanya menari dengan gaya bebas mereka sendiri.. pada saat itu, kelihatan pula seorang lelaki dari jauh sedang memerhatikan Hafiz yang hanya duduk keseorangan.. menyedari keadaan itu, lelaki tersebut mula menghampiri Hafiz lalu memperlawanya untuk menari bersama-sama.. Hafiz hanya bersetuju, maka mula hanyut lah Hafiz dalam dunianya sendiri menari bersama lelaki yang dia sendiri tidak kenali itu..

kelab malam ini bukan lah kelab malam yang biasa.. ianya adalah khusus bagi golongan-golongan songsang yang mahu bersuka ria.. jika di kelab malam biasa penari-penarinya adalah wanita seksi yang jelita, manakala di kelab malam ini pula penari nya adalah wanita jadi.. terdapat banyak juga penari lelaki yang langsung tidak berpakaian, hanya memakai celana menari-nari bebas di atas bebas.. jika penari tiang kebiasaanya adalah perempuan, di kelab malam ini pula penarinya adalah lelaki yang tidak berpakaian, hanya mengenakan seluar dalam yang singkat.. suasana yang cukup meriah dan penuh tenaga.. Hafiz, terus hanyut dalam dunia keseronokkannya..


"kau nampak muda.." kata lelaki yang menari bersama Hafiz tadi.. pada saat ini, mereka sedang duduk bersama di satu sudut setelah mula penat menari bersama-sama.. "dah cukup umur ke tak ni?? hahaha" kata lelaki itu lagi..

"hello?? tentu lah sudah cukup.." balas Hafiz..

suasana yang sudah pun bising, kini semakin bingit dengan tepukan gemuruh dari pengunjung.. kedua-dua Hafiz dengan lelaki temannya menari itu mula memandang ke arah pentas.. kini kelihatan seorang makyah berpakaian putih yang berlagak diva mula untuk menyampai persembahannya sambil diiringi oleh penari-penari lelaki.. suasana terus menjadi meriah.. lelaki sebelah Hafiz tadi mula mengajak Hafiz untuk menari bersama-sama semula.. Hafiz yang asalnya keletihan, tiba-tiba menjadi bersemangat semula untuk terus menari..

bergerak bebas, Hafiz terus menari mengikut kehendak hatinya.. terasa begitu bebas sekali apabila dia menari seperti itu.. teman menarinya itu pula sesekali ada memeluk tubuhnya.. Hafiz tidak mengambil kisah, malah dia juga melakukan perkara yang sama kepada lelaki itu.. teman menari Hafiz mula menanggalkan pakaiannya apabila melihat semakin banyak pengunjung turut menanggalkan pakaian.. tergoda dengan bentuk tubuh teman menari Hafiz yang agak mengiurkan, Hafiz mula meraba-raba sambil ketawa.. dia terus hanyut dalam budaya hedonisme ini..

"tanggalkan lah juga.." kata teman menari Hafiz yang mula memegang baju Hafiz..

"eh.. aku tak nak.. my body takde lah cantik sangat.." balas Hafiz..

"tak pe.. tanggalkan sahaja.." balas teman menari Hafiz lalu terus menyelak baju Hafiz untuk menanggalkannya..

Hafiz hanya membiarkannya.. mereka berdua terus menari dengan lebih lincah lagi sampai lah kedua-dua mereka mula berasa keletihan..

"seronok tak?" tanya teman menari Hafiz..

Hafiz hanya mengangguk.. terpancar rasa kepuasan dari rupa Hafiz.. ternyata dia betul-betul menikmati malamnya untuk bergembira di kelab malam ini.. pada saat ini, Hafiz dan lelaki itu kembali duduk di satu tempat hanya memerhati orang lain yang masih lagi menari..

"seseorang sedang memerhatikan kau.." kata lelaki itu..

"apa dia? tak dengar lah?" kata Hafiz yang kurang mendengar ekoran suasana yang terlalu bising..

"ada orang asyik perhatikan kau.. kat sebelah sana tu.." bisik teman penari Hafiz ke telinga Hafiz..

memandang ke arah sudut yang ditunjuk oleh teman penarinya, Hafiz terlihat satu susuk tubuh yang sedang duduk sambil matanya memandang tajam ke arah Hafiz..

"aku nak gerak dulu okay.. aku kena jumpa orang tu.." kata Hafiz sambil mula memakai semula baju yang telah ditanggalkan tadi..

"kenal ke?"

"ha ah.. kenal.. jumpa lain kali lagi okay.." kata Hafiz lagi..

lantas Hafiz terus berjalan menghampiri lelaki yang memerhatikannya itu.. Hafiz berhenti seketika.. dia hanya berdiri.. memang benar, ternyata dia lah orangnya.. dia lah teman serumahnya, Ihsan..

perlahan-lahan, Ihsan mula bangun dari tempat duduknya lalu berjalan menghampiri Hafiz..

"seronok?" tanya Ihsan.. mukanya memandang wajah Hafiz dengan pandangan yang agak dingin..

"kenapa abang ekori Hafiz?" tanya Hafiz.. dia mula bermasam muka..

"macam mana? seronok lah menari-nari sampai tak ingat dunia?? dah tu berbuka baju pula tu.. Hafiz rasa seronok lah jadi macam tu??" kata Ihsan lagi dengan nada yang dingin..

"abang Ihsan tak jawap pun lagi soalan Hafiz.. kenapa ekori Hafiz? Hafiz tak suka!!"

"jangan pergi tempat macam ni lagi okay.. aku pun tak suka kau lawat tempat tak elok ni.." balas Ihsan..

"Hafiz nak kisah apa?? apa hak abang Ihsan nak halang Hafiz? suka hati Hafiz lah!!" kata Hafiz kasar..

Ihsan tak berkata apa-apa.. lantas dia mula menghulurkan tangan untuk menarik Hafiz keluar dari kelab malam itu namun dengan kasarnya Hafiz menolak.. Ihsan terdiam.. lantas dia mengajak Hafiz untuk duduk.. Hafiz hanya menurut.. pada saat ini kedua-dua mereka saling bertentangan mata di satu sudut yang agak terpencil dalam kelab malam itu..

"tempat macam ni tak bagus untuk Hafiz.." kata Ihsan..

"suka hati Hafiz nak datang tempat ni ke tak!" balas Hafiz yang masih berkeras..

"dah lama aku perhatikan tindak tanduk Hafiz ni.. jangan datang tempat macam ni lagi, boleh?" kata Ihsan kali ini nada yang lebih lembut..

"Abang Ihsan nak kongkong Hafiz apasal?? suka hati Hafiz lah!!"

terdiam, Ihsan hanya memandang Hafiz.. begitu juga dengan Hafiz yang memandang Ihsan dengan pandangan yang tajam.. dalam Hafiz tidak berpuas hati dengan sikap Ihsan yang mengongkong tindak tanduk dirinya itu.. kenapa pula Ihsan nak ambil peduli? suka hati dirinya lah nak buat macam mana pun..

dalam hati Ihsan pula berasa risau dengan kelakukan Hafiz yang agak liar itu.. selama ini, dia memang selalu memerhatikan Hafiz, ke mana dia pergi, dengan siapa dia pergi.. dia tahu Hafiz selalu datang ke kelab malam ini bersama dengan kawan-kawannya yang lain.. kebetulan pula hari ini Hafiz hanya datang berseorangan.. kebiasaannya akan datang berteman.. ada banyak perkara yang membuatkan Ihsan tidak suka jika Hafiz datang ke tempat ini.. pertama, dia tidak suka melihat budaya hedonisme yang mengkhayalkan Hafiz.. kedua, di tempat ini juga lah Hafiz akan suka minum alkohol.. memang agak selalu Hafiz balik ke rumah dengan keadaan mabuk.. ketiga, di tempat ini lah Hafiz akan suka mencari teman seksnya.. memang selama ini gaya kehidupan Hafiz agak bebas, dan Ihsan memang tidak menyukai tabiatnya itu..

"sudah lah! abang Ihsan just balik lah!!" arah Hafiz dengan kasar..

"janji dulu yang Hafiz takkan datang tempat macam ni lagi.." balas Ihsan..

"siapa peduli? ni hak Hafiz lah nak pergi ke mana pun!" kata Hafiz..

sejurus selepas itu, Hafiz mula memanggil seorang pelayan untuk memesan minuman keras.. setelah pesanannya itu sampai, Hafiz mula membuka tin arak itu mahu meminumnnya, namun dengan pantas tangannya dipegang oleh Ihsan.. Hafiz terdiam.. dia memandang ke arah Ihsan, tajam..

"jangan minum benda ni lagi, boleh?" pinta Ihsan..

Hafiz tidak berkata apa-apa.. tangannya mula meletakkan semula minuman tin arak itu ke atas meja..

"aku tak nak Hafiz pergi cari orang lain kat sini semata-mata nak buat seks bebas.. bahaya, tahu tak?" kata Ihsan..

"kenapa abang Ihsan nak ambil peduli?"

"sebab aku ambil berat tentang kau.."

"minum ni.. kalau abang berani.." kata Hafiz sambil menghulurkan minuman tin araknya itu..

Ihsan tergaman seketika.. Ihsan memandang wajah Hafiz..

pada saat itu, Hafiz kembali memanggil seorang pelayan lalu memesan beberapa tin arak lagi.. sampai sahaja, kini ada lima tin berada di atas meja..

"Hafiz tahu abang tak pernah minum benda ni.. sentuh tin dia pun rasanya tak pernah kot.. kalau abang berani habis kan semua, minum air syaitan ni, then Hafiz kata okay.. Hafiz akan follow semua yang abang cakap kan itu.." kata Hafiz sambil tersenyum sinis..

terdiam seketika, Ihsan hanya memandang pada lima tin arak di atas meja itu.. memang benar, selama ini dia langsung tak minum biar pun seteguk pun.. mana mungkin dia akan menyentuh benda haram itu.. pada saat ini dia mula rasa ragu-ragu..

"then.." Ihsan mula mengambil satu tin.. "this is our agreement.." dia mula membuka tin tersebut.. lantas terus meminumnya..

Hafiz terkejut.. dia tak menyangka Ihsan sanggup menurut apa yang dia katakan itu.. sebenarnya dia mejangka Ihsan akan menolaknya..

agar sukar untuk Ihsan menghabiskan air syaitan itu.. biar pun sekali teguk, seakan tekak tidak mampu menerimanya.. namun, Ihsan gagahkan juga untuk cuba menghabiskannya.. dia minum seteguk lagi.. sikit demi sedikit.. sampai lah akhirnya satu tin itu berjaya dihabiskannya.. lalu, terus dia ambilnya lagi setin lagi.. melihat keadaan Ihsan itu, Hafiz masih lagi tergamam..

"kau dah janji bukan.." kata Ihsan, lalu meminumnya.. "jangan datang tempat macam ni lagi.." seteguk lagi diminumnya.. "jangan pernah sentuh air syaitan ni lagi.." Ihsan terus cuba menghabiskan air arak itu.. "jangan cari seks bebas lagi.. " Ihsan terus meminumya.. "kau janji untuk berubah.."

habis setin lagi.. pada saat ini, otak Ihsan mula berasa pening.. dia terhenti seketika.. namun dicapainya lagi tin yang baru.. Hafiz pula, masih lagi tidak percaya dengan apa yang dilihatnya..

"this is our agreement.." kata Ihsan lagi lalu membuka tin yang baru.. "for you, to be a better person.."

habis sekali teguk, lalu Ihsan terus mengambil tin yang baru...











Tuesday, 23 July 2013

Lukis Model Berbogel




bayangkan ini lah model yang sebenar.. hahaha




the Lecturer : Hi, I just want to remind something if you are aware about we will have a class with a nude model.. are okay with that..

aku : it's okay for me.. (dah tahu pun.. sebab lecturer tu dah ingatkan aku sebanyak tiga kali..)

(actually aku kata okay je, sebab aku fikir model bogel tu perempuan je.. korang faham-faham je lah aku macam mana kan?? hahaha.. takde lah ternaik nafsu..)

the lecturer : are you sure? we will have two models.. a man and a woman.. I just want to make sure whether you are fine with that.. 

aku : (eh?? lelaki pun ada juga ke??) hmmm... yeah.. it will be fine.. 



(orang kat Australia ni pandai hormat juga kat orang Islam.. mereka macam agak berhati-hati dengan hal-hal yang kita orang Islam boleh buat ke tak)




siapa pernah baca novel Potret yang aku pernah promote nak beri dulu?? salah satu novel PLU yang ada dalam koleksi aku.. kalau yang still tak pernah baca lagi, boleh request dengan send private message to my FB.. 

so, kenapa dengan cerita Potret tu?? ingat tak emak kepada watak utama adalah seorang wanita Perancis?? then dalam novel tu juga diceritakan bagaimana si ayah dengan si emak berjumpa sebab ayah dia ambil course lukisan di Perancis, lalu kena suruh untuk buat lukisan model orang berbogel.. dan yang menjadi model berbogel tu pula adalah si bakal kekasih kepada si ayah ni lah.. dengan kata lain, si emak pernah menjadi model bogel lukisan di universiti si ayah.. so, basically lah kan, kalau korang ambil course lukisan di luar negara memang akan kena buat lukisan nude lah berpandukan model manusia sebenar yang berbogel di depan mata..

nak dipendekkan cerita, aku sem ni ada ambil kelas drawing sebagai elective subject.. waktu sem lepas aku memang cadang nak ambil kelas ni but tak jadi sebab clash dengan beberapa subject core aku.. nak dipendekkan cerita, kat universiti aku pun ada juga lah benda-benda nak lukis model berbogel ni.. macam perbualan di atas lah.. tu yang terjadi pada hari ni.. memang dari dulu dah aku tahu yang kelas ni akan ada sesi mereka pakai model berbogel untuk dilukis.. tapi last sem tak sempat lah, sebab aku tak jadi ambil.. waktu last sem tu juga lah lecturer yang sama (aku just hadir minggu kelas pertama je) ada tanya pendapat aku sama ada aku okay dengan hal tu ke tak? then sem kali ni aku ambil kelas tu semula, lecturer tu pun tanya benda yang sama pada first week.. hari ni pun tanya balik.. yang aku boleh faham, dia ni ambil berat lah kalau-kalau hal macam tu membuatkan aku tak senang sebab dia faham lah Islam ni macam mana.. rasa-rasanya boleh je dia benarkan aku skip kelas time model berbogel tu datang kot, kalau lah aku kata aku tak boleh hadir.. but jawapan aku kan 'it's okay.. i'll be fine..." hahaha.. 

but selama ni aku fikir model tu just perempuan je.. sebab biasanya macam tu lah.. (sebab tu aku kata aku okay je.. nak je aku cakap kat lecturer tu yang aku 'G..'.. hahahaha) my friend kat Geelong pun ada ambil kelas drawing gak yang kena lukis model sedang berbogel.. aku tengok lukisan yang dia upload kat instagram tu model perempuan je.. perempuan gemuk.. tapi tak sangka pula kat tempat aku ada model lelaki gak.. dalam fikiran aku terus..

"adeh!!" terkejut lah..

(harap-harap lah hensem... hahahaha...)

jangan salah faham okay.. aku tak fikir hal bukan-bukan pun.. takde lah membayangkan model tu hensem ke tak nanti.. but kalau hensem, apa salahnya.. bwa hahaha..aku just bersikap professional.. nanti kalau hari nya tiba nanti takde lah nak 'terangkat-terangkat' sangat.. (kalau lah.. hahaha..) just bersikap slumber je lah.. 

but then, kadang-kadang ragu-ragu pula sama ada aku patut datang bila model tu sampai ke tak.. ye lah kan.. kita tahu culture dan agama kita tak ke arah macam tu.. 

but..

aku tanya senior-senior muslim (even perempuan muslim pun) yang ambil kelas tu kata mereka just lukis je.. just buat-buat biasa je lah..

then, aku pun entah kenapa curious juga nak tahu macam mana bila hari tu tiba nanti.. hahaha







mesti ada yang fikir aku ni miang pula kan?? heeii.. takde lah macam tu.. seperti aku cakap lah, just bersikap professional je.. takde pun fikir hal yang bukan-bukan pun.. just timbul sedikit curiousity tentang keadaannya nanti.. pengalaman yang takde di negara sendiri.. hehehe

Monday, 22 July 2013

Merdeka untuk Sarawakian!!









Selamat menyambut Hari Kemerdekaan bagi negeri Sarawak yang ke-50!!




mesti banyak yang tak sedar pun 22 Julai adalah hari kemerdekaan bagi negeri Sarawak.. tak terkejut pun.. even kat sekolah pun tak disebutkan tentang hal ni dalam subjek sejarah.. agak menyedihkan bukan?? even aku sendiri pun baru tahu hal ni tahun lepas..

selama ini aku fikir Sarawak merdeka pada 16 September semperna Hari Malaysia.. itu lah apa yang orang ramai selalu sebutkan..

tapi jangan terkejut juga.. sebab orang Malaysia tak pernah diajar pun tentang hal ni.. so, jangan sedih kalau tak tahu selama ini..

but aku tetap sedih gak.. sebab hari yang penting bagi orang Sarawak ni langsung tak pernah disebut dalam buku teks sejarah kita.. believe me, more than 90% orang sendiri pun tak tahu tentang tarikh ni..






Wednesday, 17 July 2013

Apabila Jadi Straight adalah Salah, Jadi Gay adalah Normal









sebelum aku nak cakap panjang, aku just nak cakap..

selamat menyambut pengunjung yang ke sejuta!!

yeaaa!!...

akhirnya blog aku pun dah capai angka sejuta lebih.. macam tak percaya je.. apa-apa pun mesti lah kena ucapkan jutaan terima kasih pada pembaca semua yang sudi baca blog aku ni yang tak seberapa ni..

so, sebagai nak menyambut jumlah pengunjung kesejuta, aku nak post satu video yang best.. video tentang dunia yang 'terbalik'.. dunia apa??

dunia apa bila jadi straight tu salah

tapi

jadi homoseksual pula adalah betul dan normal.. 

haaa?? macam mana tu??

maka keluar lah satu term 'Heterophobia' (lawan kepada Homophobia).. bila orang ramai tak suka bila lelaki suka perempuan sebab ia dianggap tidak normal dan melawan fitrah manusia... orang-orang cop 'arang untuk api neraka lah'..

apa-apa pun sebelum tu aku nak cakap lah, aku tunjuk video ni bukannya nak kata aku sokong LGBT tu semua.. but lebih kepada nak bagi orang straight-straight di luar sana faham, macam mana rasanya jadi orang PLU ni.. bila kau kena pendam perasaan kau tu, sebab kau orang lain tahu akan dapat musibah gara-gara sebab kau suka orang yang lain jantina (untuk kes dalam video ni kan suka lawan jantina dianggap salah).. so, aku tunjuk video ni bagi orang nak faham je lah.. bukannya nak support LGBT tu semua..

tapi aku gelak-gelak juga tengok video ni.. sebab ibu bapa (eh? sepatutnya Ibu Ibu or Bapa Bapa) dalam video ni sama jenis kan.. sebab kalau ikut logik akal kita lah kan, perempuan dengan perempuan mana boleh dapat anak.. tapi dalam citer ni dah ada anak.. paderi pun orang perempuan (sepatutnya lelaki).. then aku gelak lah bila kawan-kawan lain jerit pada budak tu "You like a guy!!" dengan hinaannya.. so, aku still rasa janggal lah sebab dunia dah terbalik kan.. yang gay tu betul, yang straight tu salah..












Monday, 15 July 2013

Unspeakable Love -Part 29-





Part 29 : To Love or To be Loved


lelaki itu berpakaian vest hitam yang kelihatan tidak lah begitu formal, dipadankan pula dengan kemeja putih menampakkan dia kelihatan segak dan kemas.. rambutnya pula disikat dengan rapi dan teratur.. itu lah uniform di tempat kerjanya.. dengan rupa parasnya yang hensem, memang sesuai dia bekerja di sebuah butik jenama mewah itu.. tempat yang begitu ekslusif.. semua harga bagi koleksi butik itu harga bukan sebarangan.. bagi golongan yang suka berbelanja mewah dan bercita rasa tinggi, memang kerap mengunjungi butik tersebut..

pada saat ini, lelaki itu sedang berdiri di satu sudut sambil memerhatikan pelanggan yang datang.. tugasnya adalah untuk membantu pelanggan sekiranya mereka perlukan bantuan seperti memilih saiz yang dikendeaki oleh pelanggan.. satu tugas yang agak mudah.. hanya perlu melayan pelanggan yang datang.. dia mula suka dengan pekerjaan barunya kini.. pada saat ini, sudah hampir sebulan lelaki itu mula bekerja di butik tersebut semenjak dia mula berpindah ke bandar ini.. satu bandar yang baru baginya.. dia masih lagi mengadaptasi dengan keadaan tempat tinggalnya sekarang.. namun, dia juga mula menyenangi tempat barunya ini..

"ada apa yang nak dibantu, cik?" tanya lelaki itu mula mendekati seorang pelanggan perempuan..

kedua-dua mata saling berpandangan.. baru sahaja perempuan itu menoleh ke arah wajah lelaki itu, dia mula berasa terkejut serta-merta..

"Saiful? kau ke tu??" tanya perempuan itu sambil matanya masih lagi menatap wajah lelaki itu..

"eh Nora?" balas Saiful.. serta-merta dia mula berasa gembira..

"dah lama giler tak jumpa kau.. kerja sini??" balas Nora yang juga mula teruja bila bersemuka dengan kawan lamanya..

"tak lah lama sangat.. baru je.." Saiful tersenyum lebar kerana berjumpa semula kawan sekolah menengahnya dulu..

"kau dah lain lah.. maksud aku.." Nora pandang tubuh Saiful.. dari bawah hingga ke muka.. "semakin hensem.. hehe.." puji Nora..

"hahaha.. kau pun makin cantik je aku tengok.. so, apa khabar kau sekarang?" 

"aku? actually baru balik dari oversea.. baru tamat dengan my degree.."

"owh.. ya ke? study apa?"

"Farmasi..."

"owh.. aku ingat kau nak jadi doktor.. sebab tu cita-cita kau dulu kan?"

"sepatutnya macam tu lah.. tapi aku ubah fikiran nak ambil Farmasi pula.. kau pula macam mana?" tanya Nora..

"aku?? sekarang kau nampak lah kan.. aku kerja kat sini je lah.. bukannya budak pandai macam kau.. hehehe.."

"macam tak percaya lah.. maksud aku, macam tak percaya kita jumpa lagi.. nice to meet you again, by the way.."

"kau juga sama.." Saiful tersenyum..

"nak keluar makan bersama? belum makan lagi kan? saje nak berborak dengan kau.." ajak Nora..

"eh, belum lagi.. hurmm.. but sekarang ni tak boleh lah.. still kerja lagi.. apa kata malam nanti? boleh kan? kat Mall ni juga.."

"okay.. no problem.. aku okay je.." balas Nora.. dia juga tersenyum lebar..

"ada benda yang harus aku tolong ke? maksud aku baju tu lah.. " tunjuk Saiful ke arah pakaian yang Nora sedang pegang.. "nak cari saiz yang berpadanan ke?"

"owh ya.. lupa pula.. owh baju ni.. aku saje nak tengok-tengok dulu.. takpe.. aku nak try dulu okay.. kalau ada apa-apa lagi, aku cakap nanti lah.." Nora tersenyum..

"okay.. kat sebelah sana fitting room.." tunjuk Saiful..

"okay, thanks.."

Nora mula berjalan ke tempat bersalin baju..Saiful hanya tersenyum.. dia memerhatikan dari belakang di saat Nora mula bergerak masuk.. dalam hatinya masih lagi teruja dapat bertemu dengan seorang kawan lama.. bukan hanya sekadar teman biasa sahaja, malah dia dan Nora adalah teman yang begitu rapat.. sudah begitu lama terpisah apabila masing-masing mula membawa haluan sendiri sejak tamat sahaja sekolah menengah, tidak disangka pula hari ini mereka boleh bertemu semula.. 

setelah beberapa minit Nora mencuba pakaian tersebut, akhirnya dia keluar dari bilik persalinan.. lantas serta-merta dia mencari Saiful yang kini sedang melayan pelanggan yang lain pula.. Nora berhenti sekejap sementara membiarkan Saiful selesai melayani pelanggan tersebut.. apabila sudah selesai, menyedari Nora sedang berdiri di belakangnya, Saiful terus mendekati Nora..

"so, macam mana?" tanya Saiful..

"okay.. muat lah.. cantik juga baju ni.." balas Nora..

"kau pakai apa pun akan kelihatan cantik juga.. hehe.."

"kau ni.. haha..okay lah.. aku nak bayar dulu okay.. jangan lupa tau malam ni.."

"tentu lah.. aku tunggu kat Mall ni okay.." balas Saiful..


*         *         *


sekitar pukul 9 malam, pertemuan dua sahabat lama itu dimulakan dengan makan malam di sebuah restoran.. Saiful masih lagi memakai uniform kerjanya manakala Nora pula kelihatan telah pun menyalin pakaian yang baru.. duduk berdua-duaan satu sudut yang agak terpencil dalam restoran tersebut memang sengaja di pilih mereka untuk mendapat lebih privasi.. pada saat ini, kedua-duanya saling bertentangan mata sambil tersenyum mesra..

"macam mana hidup kau sekarang? mesti seronokkan stay kat oversea?" tanya Saiful kemudian menyuap makana dengan sudu..

"it's just okay lah.. takde lah best mana pun.. kau pula macam mana?" tanya Nora pula..

"agak teruk juga sebenarnya.. actually aku baru je pindah kat bandar ni.."

"maksud kau apa?" tanya Nora.. dahinya mula berkerut..

"aku tinggal seorang diri.. maksud aku kena urus tentang soal rumah semua lah.. kena cari lagi, susah pula nak cari rumah sewa yang sesuai kat sini.." balas Saiful..

"apasal tak stay dengan orang lain je? tak bosan ke tinggal seorang diri?"

"hurmm.. aku prefer stay seorang diri.. lagi ada privasi.."

"kau mampu ke bayar seorang diri je?" tanya Nora lagi..

"so far still okay lagi lah.. aku still ada duit lagi gak.. nanti kalau aku dah mula terasa sunyi ke, maybe aku cari lah housemate.."

"aku dengar kau lari dari rumah.. betul ke?" tanya Nora perlahan-lahan..

Saiful terdiam seketika.. untuk beberapa saat dia tidak membalas soalan Nora itu.. dia terus menyuap makanan ke mulutnya.. Nora pula hanya memerhatikan tingkah laku Saiful itu.. kemudian, tidak lama selepas itu Saiful pun mula berhenti lalu meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan..

"betul.. dah lama dah.." balas Saiful..

kali ini Nora pula yang terdiam.. lalu suasana yang tadinya mesra tiba-tiba menjadi suram seketika.. masing-masing hanya berdiam diri..

Nora tatap mata Saiful.. memang dari dulu lagi dia sudah dengar khabar berita yang Saiful ada melarikan diri dari rumah.. Saiful bukan lah orang yang asing bagi dirinya.. bahkan keluarga mereka berdua juga agak rapat biar pun langsung tidak ada pertalian darah.. semuanya disebabkan ayah mereka berdua adalah kawan perniagaan.. Nora memang kenal rapat dengan arwah ibu bapa Saiful.. bahkan memang dia dulu kerap kali juga datang berkunjung ke rumah Saiful..

"ibu tiri kau risau tentang kau.. aku pun tak sangka boleh jumpa kau kat sini.." kata Nora..

"actually, aku tak berapa berkenan untuk discuss tentang hal macam ni.." balas Saiful dengan nada yang agak serius.. "just simpan benda ni sebagai rahsia okay.. jangan inform ibu tiri aku yang kau jumpa aku kat sini.. kalau tak, aku kena pindah cari kerja lain lagi lah.."

"okay.. aku janji.." Nora mula tersenyum.. "but kalau ada benda yang kau nak aku tolong, just beri tahu aku okay.."

Saiful hanya tersenyum kecil.. hatinya mula teringat semula tentang kenapa dia berpindah ke bandar ini.. pada bulan lepas, ketika dia baru sahaja dapat pekerja yang baru, kebetulan dia terserempak dengan orang yang agak dia kenali.. orang yang cukup rapat dengan keluarganya iaitu adik-beradik sebelah bapa dia.. atau lebing spesifik adalah makcik dia lah.. Saiful tidak pasti sama ada makcik dia itu perasan dengan kehadirannya kat situ, namun yang dia rasakan bahawa yang dirinya sedang diperhatikan.. berasa kurang selesa, maka dia pun memutuskan untuk berpindah ke tempat lain sehingga lah sampai ke bandar ini..

tapi..

mungkin juga bukan itu sahaja alasannya untuk membawa diri.. mungkin juga dia membawa diri untuk merawat hati yang telah dilukai.. entah kenapa pada saat ini secara tiba-tiba dia mula teringat akan insan itu semula.. entah kenapa dia mula teringat akan Fahri..

"kau tengah fikir tentang apa tu?" tanya Nora apabila menyedari Saiful kelihatan sedikit berkhayal..

"aku tengah fikir tentang seseorang.." balas Saiful..

"tentang siapa? buah hati ke?? hehehe.."

Saiful tersenyum nipis.. senyuman yang agak kelat.. melihat riaksi muka Saiful itu, Nora mula berasa pelik..

"kalau lah macam tu..." balas Saiful.. kemudian dia mengambil gelas yang berisi air lalu di minumnya..

"tak kisah kalau nak kongsi cerita?" kata Nora..

"bukan satu cerita yang kau akan boleh terima.." balas Saiful sambil matanya memandang serius ke mata Nora..

"aku tak kisah.. kalau kau tak keberatan, aku boleh je nak dengar.." kata Nora.. sebenarnya dalam hatinya mula timbul satu perasaan ingin tahu yang sangat kuat.. entah kenapa dia begitu mahu ingin tahu cerita dari Saiful itu..

Saiful hanya terus memandang wajah Nora.. dalam hatinya teragak-agak jika dia mahu berkongsi ceritanya dengan Nora.. biarpun dia tahu Nora jenis yang bersikap terbuka, namun ragu jika dia masih boleh menerima apa yang dia akan luahkan nanti.. dari zaman sekolah dahulu, memang dia kerap kali bertukar cerita dan mengadu masalah dengan Nora.. hubungan mereka memang begitu rapat.. namun itu dahulu.. sekarang, semua orang sudah ada corak permikiran mereka sendiri dalam sesuatu hal..

"ada apa sebenarnya?" tanya Nora yang cuba memujuk Saiful untuk bercerita kepadanya..

"kalau aku kata yang aku jatuh hati pada seorang lelaki, kau fikir macam mana?"

Nora tergamam..

"oh!" terus Nora tak mampu berkata apa-apa..

"kau mesti terkejutkan?" kata Saiful..

cuba untuk menenangkan diri, Nora menghembuskan nafas dalam-dalam terlebih dahulu..

"owh.. well... aku terkejut.. seriously aku terkejut.. sejak bila? maksud aku, kau memang..." Nora mula teragak-agak..

"gay maksud kau? kalau itu yang fikirkan, jawapan aku tak lah.. actually, aku ni biseksual sebenarnya.."

sekali lagi Nora tergamam..

"okay.. otak aku dah mula pening sekarang ni.." kata Nora yang masih lagi kurang percaya dengan apa yang didengarinya..

"kau memang patut terkejut pun.. so.. macam mana lah? kau fikir apa tentang aku lepas kau dengar pengakuan aku ini?"

Nora terdiam.. dia pandang Saiful.. ternyata dari riak wajahnya memang kelihatan serius.. dia masih lagi seakan tidak percaya apabila lelaki seperti Saiful yang kelihatan seperti lelaki normal adalah sebenarnya seorang yang biseksual.. dan lebih memeranjatkan lagi dia berkata yang dia jatuh hati pada seorang lelaki.. oh tidak!!

"kalau kau rasa geli kat aku lepas ni tak pe lah.. aku pun faham juga.." kata Saiful..

"kenapa kau pilih lelaki?" terus Nora bertanya soalan itu..

"kenapa? bukan aku yang memilih.. tapi hati aku yang memilihnya.."

"kalau kau kata yang kau biseksual, kenapa tak kau cari je perempuan? kenapa pula kau cari lelaki?"

"kenapa? kerana aku mencari cinta.. dan hatiku telah terpaut pada dirinya.. meski pun dia adalah lelaki.."

"Saiful.. kau tahu tak apa yang kau cakap kan ni?? kau tahu tak benda ni salah?"

"tahu.. aku lebih mengetahui daripada apa yang kau cuba buat aku faham.. tapi ada benda yang kau sendiri tidak akan faham.. malah aku juga tidak memahaminya.."

Nora terdiam..

"okay.. aku sepatutnya tak harus cakap benda ni.. sorry lah kalau aku buat kau rasa tak selesa or geli ke.." kata Saiful lagi yang mula bangun dari tempat duduknya untuk beredar dari situ..

"Saiful.." tahan Nora.. tangannya tanpa disedarinya telah pun memegang tangan Saiful..

terhenti seketika, Saiful mula menoleh ke arah Nora..

"aku tak kisah.. sebab, kau adalah kawan aku.." kata Nora..

Saiful terdiam..

pada saat itu, bermula lah detik hubungan yang lebih rapat antara dua sahabat baik itu.. kini tahu lah Nora tentang rahsia terbesar Saiful yang sebenarnya.. biarpun hatinya seakan sukar untuk menerimanya, namun di satu sudut yang lain pula timbul perasaan ingin tahu untuk menyelami apa yang Saiful sedang alami..

duduk berdua-dua semula, kedua-duanya saling berpandangan.. entah kenapa Nora tiba-tiba kelihatan sedikit kekok.. Saiful pula hanya tersenyum kecil melihat riaksi Nora itu.. dia faham, mesti sukar untuk teman rapatnya itu untuk menerima apa yang telah diberi tahunya..

Nora mula bertanya banyak soalan kepada Saiful tentang kenapa dia boleh jadi macam tu.. balas Saiful, memang sejak dari dahulu lagi malah sejak mereka berdua belajar di sekolah menengah yang dia telah pun ada perasaan songsang ini.. Saiful berkata, namun pada saat itu dirinya masih lagi dapat mengawal perasaannya itu.. sehinggalah ketika dia berumur 21 tahun apabila dia mula terjebak ke dalam dunia ini dengan lebih mendalam..diceritakannya lagi bahawa pada saat itu lah kali pertama dia mula menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang bernama Amir.. tapi Saiful enggan mengulas dengan lebih mendalam tentang apa yang telah terjadi sepanjang hubungan antara mereka berdua.. namun apa yang dia jelaskan adalah hubungan mereka telah pun terputus..

kemudian, dia bercerita pula tentang hal hubungan antara dia dan Fahri.. bagaimana mereka mula-mula berkenalan, bagaimana mereka mula bersemuka dari mata ke mata buat pertama kali, sehingga lah mengenai bahawa Fahri ada menaruh hati pada orang lain yang juga teman sebilik Fahri.. pada saat itu dia sendiri tidak tahu bagaimana dia sendiri boleh jatuh hati pada Fahri.. niat asalnya adalah sekadar untuk menjadi teman berbual Fahri, namun sampai satu saat hatinya seakan mula merindu.. hatinya mula asyik terfikir dan terbayangkan dengan orang yang baru dia kenalinya itu.. satu perasaan yang begitu aneh bagi dirinya.. lagi berbeza ketika dia mula-mula ada hubungan dengan kekasih lamanya, Amir.. mungkin pada saat itu lah dia mula sedar hatinya mula tertarik pada Fahri..

"tapi aku hanya pendamkan sahaja.. sebab aku tahu pada masa tu dia sedang menaruhi hati pada teman sebiliknya.. but aku akan ada disampingnya dikala dia mahu mengadu masalah tentang hubungan antara mereka berdua.. aku dengar.. dan juga menasihatinya.. namun kadang-kadang honestly aku kata, seperti wujud juga perasaan cemburu itu.. but aku tahan lah.. sebab pada saat tu aku tahu yang aku pun bukannya siapa-siapa pada dirinya.. so, apa hak aku untuk cemburu?" kata Saiful..

Nora hanya terdiam mendengar apa yang Saiful mahu ceritakan..

"dia selalu tekankan, yang aku adalah kawan dia.. aku faham dengan kenyataannya itu.. but at the same time, aku pun tak boleh nak tipu diri aku bahawa aku juga mula sayang pada dirinya.. pada saat tu aku mula berfikir, aku akan terus sayang dia even kalau dia tak pernah sayang aku sekali pun.. tapi aku tak pernah cakap, sampai pada satu hari tu..." Saiful mula terdiam..

agak lama dia membisu.. apabila dia mula sedia meneruskan ceritanya, akhirnya Saiful pun menceritakan mengenai apa yang telah berlaku antara dia dan Fahri pada saat terakhir mereka bersemuka.. pada hari hatinya mula terguris.. hari cintanya ditolak di depan mata.. pada saat itu, seakan semuanya telah pun musnah.. hatinya berkecai.. sehingga saat ini, masih lagi tergiang dan terbayang saat-saat terakhir itu..

"kau memang gila lah.." kata Nora.. "kau memang bodoh juga.. maaf kalau aku cakap macam ni, tapi hakikatnya macam tu lah.."

"memang aku bodoh.."

"jangan sia-siakan kasih sayang kau itu pada orang yang tak tahu menghargainya.."

secara tiba-tiba Saiful ketawa.. hal ini membuatkan Nora berasa sedikit terkejut.. dahinya mula berkerut..

"maybe sebab aku ni jenis yang ingin menyayangi seseorang kot.. walaupun pahit orang itu berikan, tapi aku tak kisah sangat.. tak kira lah kalau dia tidak ada hati pada aku.. tapi aku nak cakap sesuatu lah.. kalau aku dah sayang seseorang itu, hatiku hanya lah untuk dirinya.. walaupun ini adalah cinta bertepuk sebelah tangan, but aku akan terus menyanyangi dirinya juga.. Because, I want to love someone dan jaga dia.. membahagiakannya.."

Nora terdiam..


*          *         *


hari telah pun mula larut malam.. aku pada saat ini sedang berbaring di atas katil bilik Ihsan.. di fikiranku hanya masih mengingati apa yang telah terjadi pada waktu pagi tadi.. tentang Hafiz.. tentang pandangannya mengenai Tuhan.. sungguh, pengakuannya itu membuatkan aku berasa terkejut.. pertanyaan terakhirnya itu telah membuatkan aku bisu, diam tak terkata..

"..apa yang Hafiz tahu lah, apa yang diberi tahu oleh orang ramai selama ini, kita adalah golongan yang dilaknatnya, tak begitu?"

kata-kata darinya itu masih berlegar-legar dalam fikiran aku..

entah kenapa pada saat ini fikiran aku mula runcing.. pertanyaan darinya itu sungguh membuatkan aku berfikir semula tentang apakah sebab kewujudan aku di dunia ini.. ia membuatkan aku kembali melakukan refleksi diri.. namun apa yang aku percaya adalah  mengenai keimanan kita terhadap-Nya.. namun tidak dapat aku nafikan yang aku mula tidak berhenti dari memikirkan kata-katanya itu..

aku runsing..

"Fikir apa?"

tiba-tiba pintu bilik di buka.. aku lihat Ihsan telah pun mula masuk ke dalam bilik..

aku bangun dari baring lalu bersandar ke dinding katil.. aku hanya tersenyum nipis tanpa berkata apa-apa.. Ihsan mula mengambil tilam nipis yang disimpannya di bawah katil lalu dibentangkannya di atas lantai.. aku hanya memerhatikan tingkah lakunya itu..

"kau diam je hari ni? bosan sebab stay kat rumah je ke? sorry lah kalau macam tu.." kata Ihsan yang masih berdiri sambil memandang aku, lalu diletakannya batal ke atas tilam yang disediakannya tadi..

"nothing.." balasku ringkas..

"aku rasa ada sesuatu yang sedang fikirkan.. kau ada hide sesuatu.." kata Ihsan..

aku tersenyum.. Ihsan memang boleh mengagak apa yang aku fikirkan.. aku rasa, memang dia sudah masak dengan perangai aku.. jika aku berasa sedih, gembira ataupun marah, dia faham bagaimana dengan riaksi aku.. bagaimana dengan kelakukan tubuhku.. biarpun aku hanya berkata tidak ada apa-apa yang berlaku, namun dia pasti akan mengesyaki sesuatu..

"tentang housemate kau.. budak Hafiz tu.." balasku perlahan..

"kenapa dengan Hafiz?" Ihsan mula curiga.. lalu dia mula duduk di atas katil sambil memandang wajahku..

"dia menakutkan aku.."

"kenapa??"

"pernah tak dia tanya kau soalan yang pelik-pelik sebelum ni??" tanya aku..

"banyak je sebelum ni.. soalan apa yang dia tanya kat kau?"

"dia kata yang dia agak agnostik.."

"owh.. okay.." balas Ihsan dengan nada yang tidak terkejut.. "so, dia ada tanya soalan Tuhan semua lah ye?"

"dia memang macam tu ke?" tanya aku..

Ihsan terdiam.. dia pandang ke bawah.. kemudian dia menarik nafas sebelum meneruskan perbualan..

"ha ah.. dulu lah.. tahun lepas ada juga tanya soalan macam tu kat aku.. lepas tu dah takde dah.. aku ingat dia dah berubah dah.. nampaknya still macam tu juga lah.." balas Ihsan yang kelihatan agak kecewa..

"aku risau tentang dia.."

"memang pun.. aku pun risau juga lah.. kalau kau nak tahu, antara sebab kenapa aku tinggal dengan dia pun adalah sebab tu juga lah.. untuk tengok-tengokkan dia.."

"owh.. really?"

"ha ah.. actually dia tu sebelum ni agak liar juga lah.. maksud aku.. hurmm... macam involve sangat dalam dunia songsang ni.. but sekarang ni dia dah macam mula okay lah.. dah mula macam terkawal sikit.."

"owh.."

"but kita tak boleh nak salahkan dia juga kenapa dia jadi macam tu.. sebab kehidupan PLU ni kan penuh dengan delusion.. kadang-kadang kita tak boleh nak beza yang mana satu betul yang mana satu salah.. sebab jawapannya bukan lah satu kelihatan.. antara humanity dan juga sesuatu yang kita tak boleh lihat, iaitu His will.."

aku terdiam.. pada saat ini entah kenapa aku seakan mula ingin tahu apa yang telah berlaku selama Ihsan tinggal bersama dengan Hafiz.. ada sesuatu yang telah pun terjadi di antara mereka berdua, namun hal itu aku tak pasti lagi.. namun pada saat ini aku fikir yang semuanya ada sebab-sebabnya sendiri.. kenapa mereka tinggal bersama, dan juga aku rasakan hal ini juga lah sedikit sebanyak turut mempengaruhi kehidupan Ihsan..

"macam mana dengan soalan semalam? dah ada jawapan?" tanya Ihsan cuba untuk mengubah topik perbualan..

"owh.. soalan tu.. lupa pula aku.. hehe.. to love or to be loved.. hahaha.." aku mula tersedar semula tentang soalan yang ditanya oleh Ihsan semalam gara-gara asyik memikirkan tentang Hafiz sahaja..

Ihsan lantas terus berbaring di sebelah aku.. di pandang wajah aku yang masih lagi bersandar di dinding katil.. aku pula memandang ke bawah, menatap matanya yang berbaring di sebelah aku..

"so, macam mana lah" tanya Ihsan lagi..

"hurmm... it's a very hard question actually, semalaman juga aku memikirkannya.."

"kau pilih untuk disayangi, tak begitu?"

aku terkejut..

"kenapa pula kau kata macam tu? aku tak jawap lagi pun.."

"aku just agak je.. so, macam mana lah?"

aku terdiam.. agak lama juga mata kami berterusan saling berpandangan, namun aku terus juga membisu.. Ihsan pula terus menatap mata aku menantikan jawapan yang keluar dari mulutku.. cuba menenteramkan diri, perlahan-lahan akhirnya aku pun mula berkata...

"aku rasa lah.. maybe... aku jenis yang akan tunggu orang untuk cari aku.. maksud aku macam seseorang yang datang untuk sayangi aku.. maybe sebab bila aku rasa disayangi, aku akan mudah rasa bahagia, then lepas tu aku akat balas kasih-sayang dia tu lah kot.. so..."

belum sepat aku menghabiskan perkataan, Ihsan dengan segera terus memotong..

"jawapannya adalah disayangi lah ye? kan aku dah kata.. hehehe.."

entah kenapa aku tiba-tiba pipiku mula bertukar merah..

"then, search for someone yang akan pilih jawapan untuk menyayangi.." kata Ihsan lagi..

"kenapa pula??'

"sebab kau adalah sang penerima, maka yang idealnya adalah sang pemberi.."

aku terdiam...










Saturday, 13 July 2013

Edisi Sabah dan Sarawak










apasal tiba-tiba aku tunjuk gambar lelaki di atas? dia ni siapa?? 

takde apa-apa pun sebenarnya.. just aku nak cakap lelaki di atas tu ada join satu contest ni, macam ala-ala MR. World macam tu.. tapi contest yang adalah regional punya.. just untuk orang Borneo, or nak lebih spesifik untuk orang Sabah dan Sarawak je.. namanya Borneo Hornbill Festival.. ada dua kategori, untuk yang lelaki dan juga perempuan.. tapi aku just nak cover tentang yang lelaki je okay..

to be honest, aku takde lah follow sangat pun tentang contest ni.. tapi pernah lah terskodeng dulu.. lepas tu dah tak tengok dah.. tiba-tiba my friend ada post tentang perkara ni kat FB.. aku nampak gambar lelaki seperti di atas yang dipost oleh my friend.. I think my friend macam kenal dengan lelaki ni lah.. then aku pun tengok lah.. rupa-rupanya dah ada result dah.. pemenang pun dah diumumkan..  my expectation lah, ingat lelaki di atas ni yang menang.. rupanya tak.. macam tak percaya je.. honestly lah, sebab peserta lain rupa macam biasa-biasa je.. ada yang tak sesuai langsung pun untuk join contest macam ni.. punya lah banyak lelaki hensem kat Sabah dan Sarawak tapi yang join-join ni muka biasa-biasa sahaja.. kecuali lelaki di atas ni lah.. ada pakej sikit..

cuba tengok gambar di bawah ni.. tengok peserta Top 8 nya.. yang lain muka biasa-biasa je kan? kecuali yang seorang tu je lah yang hensem and sesuai.. 





basically, contest ni diwujudkan untuk menyambut kepelbagaian suku kaum yang ada di Sabah dan Sarawak.. but I think yang join mostly golongan bumuputera macam Iban, Bidayuh, Kadazan dan sebagainya.. in my eyes, orang-orang yang join contest ni sepatutnya mewakili kecantikan dan ketampanan orang-orang dari Borneo lah.. but aku kecewa sebenarnya sebab yang join pun rata-ratanya muka biasa-biasa je.. punya lah banyak yang hensem, tapi yang biasa-biasa ni je yang join.. kecuali lelaki yang satu tu lah... hensem kot.. comel.. hahaha...

bila tengok contest ni buat aku bernostalgia sekejap.. 

kalau yang tak tahu lagi lah, aku pun asal Borneo gak.. 17 tahun my life mostly kat Borneo lah before pada umur 18 tahun aku mula study kat Semenanjung.. nak dipendekkan cerita, sebab Borneo ni kan berbilang kaum, kiranya waktu aku zaman sekolah dulu dah banyak crush dengan pelbagai orang lah.. pelbagai kaum pula tu.. 

dulu aku pernah crush pada abang melayu, abang lun bawang dan abang kedayan.. sebab in my place, suku kaum yang significant adalah melayu, lun bawang, kedayan, cina dan tagal.. dan yang paling banyak adalah orang lun bawang.. dulu aku memang taste pada abang-abang senior.. haha.. tu dulu lah.. sekarang dah lain.. lebih-lebih lagi dulu aku memang stay kat hostel.. so memang tak lepas lah macam skodeng-skodeng semua.. tapi kalau nak dikira dari segi jumlah lah, antara semua kaum, yang paling banyak crush aku dulu adalah pada orang-orang lun bawang ni.. maybe sebab time tu aku rasa orang lun bawang ni hensem-hensem kot.. majoriti kulit dorang pun cerah-cerah gak.. perempuan-perempuan mereka pun banyak yang cantik.. memang cantik lah.. sebab bila dah dewasa ni, tengok semula gambar kawan-kawan aku dulu semakin terserlah kecantikkan mereka bila dah semakin dewasa ni.. 

kepelbagaian yang ada ni lah yang membezakan antara Semenanjung dan Borneo.. dari segi culture, cara berfikir dan macam-macam lagi amat berbeza lah yang orang Semenanjung takkan boleh faham kecuali try tinggal or belajar di Sabah or Sarawak.. yang paling utama sebab kat Semenanjung melayu tu sentiasa menjadi majoriti dan significant, so bila dah ada kat Borneo akan rasa lain lah sebab melayu kat Borneo tu adalah minoriti okay.. minoriti tapi takde lah kurang sangat.. banyak lah juga.. so, suasananya tu akan jadi berbeza lah.. misalnya kita tak boleh lari dari bergaul dengan suku kaum lain, berkawan, crush lah dan apa-apa je yang melibatkan pelbagai kaum.. 

soalan common dari orang Semenanjung bila tengok orang Sabah dan Sarawak adalah nak tahu macam mana nak membezakan suku kaum tertentu seseorang tu.. sebab kat Borneo ni ada banyak rupa paras.. waktu aku sekolah dulu, my teacher dari Semenanjung ada pernah bercakap, "rupa-rupa orang Lun Bawang kalau kat Semenanjung macam orang-orang cina lah.." tapi tu bagi dia, sebab orang Semenanjung kurang mahir nak bezakan kaum seseorang tu kalau sampai di Sarawak.. bagi kita orang senang je nak bezakan lah.. misalnya orang Cina biasanya mata sepet.. orang Lun bawang mata melayu lah.. orang cina kalau korang nak tahu, kulit mereka dikategorikan sebagai berwarna kuning.. kita orang melayu termasuk lah Native Borneo pula kulit dikategorikan sebagi warna coklat.. so, seputih mana pun kulit native Borneo tu, tetap juga putih coklat.. bukannya putih kuning macam orang cina.. faham tak maksudnya?? 

satu perkara lagi yang aku alami sebagai seorang anak jati orang Borneo ni kan, rupa paras orang Borneo dengan Semenanjung ni berbeza.. tak kira lah melayu ke, muka pun lain-lain.. dulu aku ada pernah cakap kat seseorang.. sometime aku ni pandai nak bezakan rupa para seseorang berdasarkan negeri masing-masing.. misalnya rupa orang Kelantan macam tu.. orang Utara macam ni.. rupa orang Sabah pula macam ni.. orang Sarawak pula macam tu.. orang Brunei pula lain.. maybe sebab aku ni permerhatian aku tajam kot, sampai boleh beza-bezakan rupa.. tapi takde lah selalunya betul.. hahaha.. tapi memang ada sesetengah orang tu akan ada cop muka Kelantan, Sabah or sebagainya di mata aku lah.. tapi kalau orang Johor, Pahang or KL/Selangor tu aku tak boleh nak bezakan sangat lah.. 

bercakap tentang soal rupa, even orang melayu kat Borneo ni sometime tak rupa macam tipikal melayu kat Semenanjung.. kadang-kadang tak macam melayu pun.. macam aku lah.. rupa aku strongly rupa orang Borneo, tak melayu sangat.. sebab bila aku umur 18 tahun and mula study in KL, banyak lah pengalaman yang aku mula alami sebagai orang asal dari Borneo ni bila study kat West Malaysia..

misalnya orang always tertanya-tanya tentang aku ni bangsa apa sebenarnya.. sebab rupa tak macam melayu sangat kan.. or kalau nak spesifik lagi, rupa tak macam tipikal melayu Semenanjung.. muka aku ni memang dah ada cop 'bukan orang Semenanjung'.. 

macam my friend pernah kata lah..

"aku tengok kau first time dah tahu bukan asal Semenanjung.."

ada yang cakap macam ni.. waktu mula-mula masuk IPTA..

"aku ingat kau student international mana entah.. dari Thailand or Philippines macam tu lah.."

"even our seniors pun fikir kau bukan melayu..."

or my lecturer kata macam ni..

"boleh faham bahasa melayu??"

or..

"are you sure you are a malay?"

kadang-kadang juga, aku turut 'tidak diislamkan'..

misalnya macam bila aku mengunjungi masjid yang selalu jadi tempat tumpuan pelancong.. dua tempat yang jadi kebiasaan lah ialah Masjid Jamek dengan Majid Negara.. aku datang masjid nak solat lah kan, tapi tiba-tiba datang seorang pakcik melayu bercakap dengan aku in English macam nak mengalu-alukan kedatangan pelancong asing lah.. senang cakap, dia anggap aku bukan orang Malaysia lah but from other ASEAN country macam tu lah.. hal ni jadi kat Masjid Jamek.. kat Masjid Negara pula aku almost 'kena halau' sebab berada dalam ruangan solat.. sebab fikir aku ni pelancong (non-muslim) pandai-pandai je masuk ruangan solat time sebahyang lah.. (Masjid Negara dorang tak bagi non-muslim masuk ruangan solat kan?? just tengok-tengok dari luar je..)

orang tu kata dengan cara baik lah, kata tak boleh masuk ruangan solat.. time tu aku dengan kawan aku (also from Borneo gak) pun kata lah..

"actually, we want to pray here.."

teeettt... 

baru kau sedar kita orang ni pun muslim juga... hahaha

banyak lah kisah-kisah yang aku dah alami sebenarnya disebabkan rupa paras orang melayu from Borneo ni kadang-kadang tak macam melayu pun.. maksudnya ada yang rupa macam melayu lah but ada yang tak macam melayu (di mata orang Semenanjung..).. paling latest pada tahun ni pun ada juga.. ada abang tu tanya soalan..

"kau ni bangsa apa sebenarnya??"

dalam hati aku fikir macam ni...

(owh.. dah setahun lebih aku kat sini rupa-rupa kau tak tahu aku ni bangsa apa?? hahaha.. aku ingat selama ni orang dah tahu pun aku ni orang melayu.. rupanya orang fikir aku ni bangsa lain lah ye? sebab yang dorang tahu aku from Borneo lah..)

tapi it's a good question lah sebenarnya.. sebab kat Borneo yang Islam bukan melayu je.. bangsa lain pun banyak yang Islam.. so, no wonder ada orang Semenanjung yang confuse.. tapi aku pun pernah juga terkejut dengan orang Semenanjung dengan satu hal.. kat Semenanjung kalau orang jawa, minang, batak, bugis or apa-apa je lah akan terus dilabelkan sebagai melayu.. so, mind site aku bila dah jumpa orang Semenanjung tu akan fikir melayu juga lah.. macam kes kawan aku kat Aussie ni lah.. kalau tak sebab Instagram GF dia, memang selama ni aku fikir dia orang melayu lah.. last-last baru aku tahu orang jawa rupanya.. alahai.. memang aku terkejut betul lah time tu.. 

aku pun nak cakap macam ni..

"aku tak tahu pula kau ni orang jawa sebenarnya..."








Wednesday, 10 July 2013

Masjid-masjid di Seluruh Dunia

memandangkan aku ni study course architecture, rasanya aku nak buat satu post edisi Ramadhan pula kali ini berkenaan seni bina masjid yang ada dalam dunia ni.. lain tempat lain lah seni bina mereka kan.. dan ada juga yang mula mengadaptasi seni bina dari budaya lain dalam buday sendiri.. maka, lama-kelamaan ada seni bina masjid tu mula mixed dengan pelbagai jenis architecture dalam satu masjid.. tapi, pada post kali ni, aku nak share satu info lah, kalau tak tahu lagi lah or teringin nak tahu, macam mana kalau kita nak bezakan architecture sesebuah masjid tu berdasarkan style-stylenya.. kat sini aku nak cakap tentang styles berikut.

1. Ottoman/Turkish
2. Persian
3. Mughal/Indian
4. African
5. Moorish/Moroccan
6. Chinese
7. Nusantara

tujuh style di atas senang kita nak bezakan sebab bagi aku mereka ada style mereka sendiri yang unik.. sekali pandang je dah tahu ia datang dari pengaruh mana.. sama ada dari Ottoman, Mughal tak pun Nusantara itu sendiri.. style-style masjid lain macam susah sikit kita nak bezakan sebab lebih kurang sama je.. ada banyak lagi sebenarnya style-style masjid ni.. tapi aku nak cakap tujuh styles je okay..

so, mari lah kita tinjau variasi masjid yang ada dalam dunia ni..





Ottoman/Turkish Style







macam mana nak tahu masjid tu root dia adalah dari seni bina Ottoman or Turkish?? aku akan senaraikan lah..

1. Masjid Ottoman Style ni mempunyai kubah yang semi-sphera.. maksudnya, tak terlalu bulat, lebih kepada leper... berbeza dengan kubah masjid lain yang berbentuk bawang.
2. kubah itu akan berada di tengah-tengah dan punya lah besar.. kemudian, ada kubah-kubah kecil yang support the main dome di sekitarnya.. actually, kubah macam ni asalnya adalah dari Byzantine architecture.. maksudnya juga Ottoman style ni dipengaruhi oleh seni bina Byzantine seperti Hagia Sophia kemudian diasimilasi dalam pembinaan masjid.. in short, dari Byzantine architecture kemudian diatapdasi menjadi Ottoman architecture..
3. menara masjid kebiasaanya adalah berdiameter kecil, tinggi dan tajam.. usually banyak juga..



kat Malaysia ada juga yang mengunankan Ottoman style dalam pembinaan masjid.. misalnya adalah Masjid Wilayah Persekutuan KL.. 




Persian Style






beralih pula ke seni bina masyarakat muslim di Iran dan sekitarnya macam Iraq lah.. macam mana nak kenal pasti satu masjid tu adalah dipengaruhi oleh seni bina masjid di Iran or Farsi?

cara paling mudah adalah kebiasaannya Persian style ni akan ada satu gerbang besar yang dinamakan sebagai 'Iwan'.. cuba tengok gambar-gambar di atas, nampakkan gerbang masjid? style macam ni asalnya datang dari Persian Style lah.. tapi lama-kelamaan banyak juga masjid di negara lain pula mengadaptasi style macam ni.. misalnya masjid di Uzbekistan, Khazakstan macam tu lah.. tapi, rootnya still berasal dari Farsi.



malah, kalau korang nak tahu, Taj Mahal itu sendiri dipengarhui oleh Persian style punya architecture.. sebab, architectnya pun asal dari Farsi juga, so no wonder lah akan ada pengaruhi Persian architecture kat Taj Mahal.. 

tapi pun begitu, India pun ada style mereka sendiri yang berbeza dengan yang lain.. so, maksudnya Taj Mahal ni adalah gambungan seni bina Persian dengan Mughal dari India..



Mughal/Indian Style






macam mana nak kenal pasti sesuatu masjid tu adalah berasal dari Mughal/Indian architecture?? senang sahaja..

1. kubah yang berbentuk bawang or lebih bulat berbanding kubah masjid lain..
2. akan ada tiga kubah pada Masjid tu.. cuba tengok balik gambar-gambar di atas.. Mughal style punya masjid akan ada tiga kubah.. satu yang besar di tengah-tengah, dan dua lagi mengapit kubah di tengah-tengah tu..
3. pada setiap bucu masjid akan adalah menara di bina..
4. kebiasaanya, masjid adalah berbentuk simetri..



seperti biasalah, even kat Malaysia pun tak boleh lari dari pengaruh luar.. contoh terbaik masjid di Malaysia yang mengunakan Mughal style ni adalah Masjid Jamek di KL.. 



African Style





African style ni senang je nak kecam.. sekali tengok pun dah tahu asal dari Afrika..

usually dibuat dari tanah.. then ada kayu yang dicucuk untuk menampung struktur masjid. dan dinding masjid ni biasanya ditampal dengan tanah yang baru berulangkali.. kadang-kadang ada upacara bergotong-royong untuk membuat lapisan tanah baru pada dinding Masjid.. bagi aku, Africa style lain dari yang lain lah.. unik.. tak begitu?


Moorish/Moroccan Style



kita beralih pula kepada Moroccan or Moorish architecture pula.. apakah ciri-ciri utama untuk style macam ni??

1. satu menari masjid berbentuk empat segi yang punya lah besar.. usually hanya ada satu menara masjid je.. 
2. kebiasaanya tidak ada kubah seperti masjid-masjid yang lain..
3. untuk tingkap ataupun gerbang adalah berbentuk ladam kuda.. bukannya berbentuk kubah seperti kebanyakkan masjid..

antara contoh Moorsih architecture adalah Masjid Cordoba di Spain.. tapi of course lah kat sana architecturenya pun dah mula asimilasi budaya setempat dan mula ada identiti sendiri..



Chinese Style







Chinese style pula.. haaaa.. ni memang mengelirukan sikitkan.. macam susah je nak bezakan yang mana satu masjid, yang mana satu tokong.. lebih kurang sama je.. biasanya kalau orang nak kenal pasti adalah seperti berikut lah..

1. bumbung biasanya berwarna hijau.. tokong cina lain kebiasaanya warna merah.. tapi tak semestinya juga lah kan.. sebab banyak juga tokong yang berbumbung hijau.. tapi tak semua lah.. but untuk masjid orang cina pula, mostly akan warna hijau lah..
2. takde naga-naga semua kat bumbung masjid.. korang faham lah kan hiasan luar tokong macam mana? so, masjid cina pula takde benda macam tu.. just simple je..


Nusantara Style



lalu kita beralih pula seni bina masjid di Nusantara or tempat kita sendiri.. kita pun ada identiti masjid style kita sendiri.. gambar di atas adalah seni bina masjid nusantara yang awal-awal lah.. so, ciri paling utama adalah kubah masjid yang cukup berbeza dengan yang lain.. kubah masjid Nusantara style adalah berbentuk piramid.. kubah piramid tu pula boleh jadi bertingkat-tingkat.. ini lah the most important characteristic untuk masjid Nusantara Style.. 









bercakap mengenai Nusantara style ni kan.. aku nak sentuh tentang kita kat Malaysia ni.. aku bukannya nak mengkritik or kata tak suka lah.. kita kat Malaysia ni aku nak cakap terlalu 'diarabkan' lah.. maksud aku, kalau kita nak bina a very huge mosque ke, mostly kita akan tiru style timur tengah tapi architecture nusantara itu sendiri terpinggir.. adakah sebab style negara lain tu lagi cantik? kita boleh je buat masjid modern tapi dengan Nusantara style yang cantik-cantik, tapi apa yang aku lihat kita tak pandang dengan identiti seni bina kita sendiri..

memang tak salah lah kalau kita nak tiru or guna seni bina luar untuk buat masjid.. aku neutral je dalam kes macam tu.. tapi, dalam masa yang sama kita terima pengaruh luar, tapi kita sendiri tak memartabatkan seni bina tempatan itu sendiri.. bukan dalam kes masjid sahaja.. bahkan waktu orang nak buat istana negara baru, impian aku nak lihat our National palace tu ada bercirikan seni bina Nusantara yang kuat.. tapi hakikatnya, sekali lagi kita pun 'diarabkan' juga.. so, bagi aku even our National Palace tu tak unik lah.. banyak je yang macam tu.. aku teringin sangat nak lihat kita buat Istana melayu lama yang dengan seni bina yang asli melayu.. for me, aku terkilan lah juga.. kalau nak dibandingkan dengan negara lain macam Thailand, Myanmar, Kemboja or even Indonesia pun dorang punya lah memartabatkan seni bina tempatan mereka sendiri.. lihat lah the Grand Palace kat Thailand or Kemboja, still maintan dengan architecture mereka sendiri.. kuil-kuil semua, pagoda or tokong kuat dengan style tempatan..

tapi kat Malaysia, kita terlalu 'diarabkan' kalau hal-hal macam ni.. sampai identiti kita sendiri pun macam mula terhakis.. berbeza dengan Indonesia yang masih kuat memartabatkan seni bina Nusantara itu sendiri.. gambar-gambar di atas pun dari masjid-masjid kat Indonesia juga.. 

memang lah sekarang ni architecture masjid tu adalah universal, so tak kisah mana pun kalau kita nak buat style macam mana sekali pun.. tapi, tak dapat dinafikan, dalam masa kita menjadi lebih universal, apa yang kita miliki tu semakin pula kita tak pandang.. sebab aku ni pencinta architecture tempatan, sebab tu aku cakap macam ni..