Saturday, 24 May 2014

Unspeakable Love -Part 34-






Part 34 : The Ferris Wheel

ianya adalah satu roda besi yang besar.. berukuran lebih kurang 70 meter tinggi, ianya adalah roda ferris terbesar di negara ini.. ia menjadi mercu tanda kota raya ini.. sesiapa yang datang kota ini, apa bila melihat ia buat pertama kali, pasti akan terdetik di hati mereka untuk mahu menaikinya.. ianya adalah satu tarikan pelancong.. sesiapa sahaja pasti akan jatuh cinta padanya bila melihat buat pertama kali.. apa lagi, jika melihatnya di depan mata..

ia sangat menarik perhatian.. lokasinya yang strategik, berada di kawasan yang tidak mempunyai begitu banyak bangunan tinggi membuatkannya ia menjadi lebih terselah.. apa lagi ia turut terletak di satu bukit, membuatkan roda ferris itu boleh kelihatan dari jauh..

pada waktu malam, ia menjadi kegemaran aku.. lampu-lampu neon berwarna-warni pasti akan menerangi dan menghiasi roda ferris itu.. lampu-lampu itu juga berkelipan seolah-olah mengikut rentak irama.. kadang-kadang lampu itu berkelipan dengan rentak yang berputar mengikut lawan arah putaran roda ferris itu.. dan rentak kelipan lampu itu akan sentiasa berubah-ubah dan begitu juga lah dengan nyalaan warna lampu neon yang menerangi.. 

ia sungguh kelihatan ceria.. pada saat kali pertama aku melihatnya, aku tahu yang aku sudah jatuh cinta pada roda ferris itu.. aku gelarkannya sebagai 'Roda Pelangi'.. mungkin kerana ia adalah sebuah roda besi yang disinari oleh lampu neon yang berwarna-warni yang ceria.. aku suka memerhatikannya apabila aku berada di kota itu.. namun, biarpun aku 'cinta' padanya, tapi aku langsung tidak pernah mendekatinya, apa lagi untuk menaikinya.. aku hanya memerhatikan roda ferris itu dari jauh mengagumi kecantikkannya..

bukan aku tidak mahu untuk menaikinya, malah kenalan aku juga pernah mengajak aku untuk menaiki roda ferris itu.. tapi aku menolak ajakan itu.. tersenyum, aku hanya akan terus memerhatikan Roda Pelangi itu.. dalam hati, diriku berbisik..

"tunggu aku.."

"nanti..."

"nanti aku akan menaiki juga..."

bila aku melihat roda ferris, aku selalu mengganggapnya sebab sebagai simbol yang romantik.. ianya adalah satu simbol yang hangat dan mengujakan.. mungkin kerana aku terdedah dengan pelbagai cerita dari filem atau pun novel yang mempunyai adegan romantis yang melibatkan roda ferris telah membuatkan aku berfikir roda besi ini mempunyai aura romantis yang tersendiri.. mungkin aku telah terpengaruh dengannya.. maka, aku ada menyimpan satu impian..

satu hari nanti, aku akan menaiki Roda Pelangi itu dengan insan yang aku cintai..

aku simpan hasrat ini, aku tangguhkan keinginan untuk menaikinya sehingga tiba masanya nanti..

jadi untuk saat ini...

"tunggu..."

"tunggu aku..."

"aku akan menaiki juga nanti..."






*         *         *





sekitar pukul 10 malam, Shahir pada saat ini sedang berada di sebuah pasar malam.. dia hanya berseorangan pada saat itu tanpa orang yang bersamanya.. suasana di pasar malam seperti kebiasaanya, penuh dengan orang ramai yang masih lagi tidak penat untuk membeli-belah.. pada saat ini, Shahir sedang berjalan perlahan-lahan di sebalik timbunan tubuh manusia.. dia baru sahaja selesai daripada makan malam berseorangan di sebuah gerai yang ada di situ.. dalam minda nya pada saat ini, hanya mahu segera untuk pulang ke rumah..

bergerak dan terus bergerak.. kini dia pun mula sampai di pintu utama pasar malam itu.. dia berhenti seketika lalu memerhatikan keadaan sekeliling.. orang ramai masih lagi banyak di kawasan itu.. barangkali lebih ramai orang jika dibandingkan pada waktu siang.. sesekali, dia memandang pada skrin telefon bimbitnya untuk melihat waktu sekarang..

"patut kah aku balik sekarang?" hatinya berbisik..

menaruh semula telefon bimbit dalam poket seluar, akhirnya Shahir mula bergerak meninggalkan pasar malam itu..

"balik je lah kot.. takde apa nak dibuat pun.." hatinya berbisik lagi..

perlahan-lahan, dia mula menuju ke arah stesen LRT berdekatan.. sekarang, dia sedang duduk di stesen LRT itu menunggu ketibaan LRT yang seterusnya..

ada beberapa orang lain juga sedang menunggu pada saat itu.. Shahir hanya duduk termenung sambil memerhatikan keadaan sekelilingnya.. LRT mula datang.. Shahir terus berdiri untuk segera masuk.. sampai sahaja LRT dia mula melangkah masuk lalu duduk di tempat kosong.. LRT mula bergerak.. dari satu stesen ke stesen yang lain, akhirnya mula sampai ke stesen yang Shahir maju tuju.. di stesen ini dekat dengan tempat dia parking keretanya..

dia bergerak perlahan-lahan menuju ke keretanya.. suasana agak gelap di sepanjang jalan menuju ke tempat parking.. hanya ada beberapa lampu jalan yang menyala.. itu pun jarak lampu-lampu itu jauh dari satu sama lain..

Shahir memandang ke arah langit.. langit begitu cerah pada saat ini.. jutaan bintang di langit jelas kelihatan tanpa dilindungi awan.. pada saat ini Shahir mula terfikir, sudah bagitu lama dia tidak mendongak ke langit.. sudah begitu lama dia tidak menikmati permandangan indah di angkasa sana.. manusia begitu jarang untuk mendongak ke langit biar pun biar pun langit itu sentiasa dekat dengan kita.. tapi apa istimewanya memandang langit di waktu malam? mungkin tidak ada sesuatu yang istimewa, tapi memandangnya mungkin membawa kita lari seketika dari kesibukkan dunia.. manusia begitu sibuk.. dan kerana itu, biar pun langit itu sentiasa ada, begitu jarang sekali manusia untuk mendongak ke langit menikmatinya seketika.. ianya adalah mengenai ketenangan.. satu saat kita membiarkan diri dengan alam buat seketika..

semakin dekat dengan tempat Shahir meletakkan kereta, kemudian hasratnya terpesong seketika.. Shahir mula berjalan ke arah yang bertentangan menuju ke kedai runcit yang masih buka pada malam itu.. perlahan-lahan dia membuka pintu kedai.. masuk sahaja, dia pergi membeli tin air minuman.. usai sahaja membayar, Shahir berdiri seketika di luar pintu kedai.. dia membuka tin minuman lalu meminumnya perlahan-lahan.. sambil menghirup, dia memejamkan mata menikmati rasa air minuman itu..

"tak boleh lah sayang.. hari ni tak boleh.." tiba-tiba kedengaran bunyi perbualan.. perbualan yang tidak lah begitu jelas.. nada yang berbisik, namun dapat didengari dengan jelas oleh Shahir..

Shahir berkerut dahi bila melihat sepasang lelaki yang baru sahaja melintas di depan matanya.. kedua-dua lelaki itu mula menjauhi dirinya.. tapi wajah Shahir masih lagi memandang ke arah mereka..

ada sesuatu yang membuatkan Shahir tertarik pada mereka.. sesuatu yang agak mencurigakan.. lalu, entah kenapa Shahir perlahan-lahan mula mengekori kedua-dua lelaki itu.. entah kenapa hatinya mula berdebar-debar..

pada saat ini, Shahir cuba menjarakkan dirinya dari jarak empat meter di belakang.. bergerak perlahan-lahan, dahinya berkerut memandang serius pada kedua-dua lelaki di hadapannya itu.. ada sesuatu yang mahu dipastikannya.. ada sesuatu yang lain yang ada pada kedua-dua lelaki itu.. mengekori dan terus mengekori.. kemudian, kedua-dua lelaki itu mula berpesong ke arah kanan.. Shahir mula mempercepatkan langkahnya takut kehilangan jejak mereka.. sampai sahaja di persimpangan, Shahir melihat kedua-dua lelaki itu sedang berjalan di satu lorong kaki lima.. keadaan agak gelap.. dari jauh, Shahir berhenti seketika memandang kedua-dua lelaki itu yang mula jauh darinya..

Shahir memandang mereka dengan pandangan tajam.. di sebalik suasana gelap itu, akhirnya kedua-dua lelaki itu mula berpegangan tangan.. Shahir tersentak, tapi tidak lah begitu terkejut.. dia tahu, cara mereka berjalan berpengan tangan itu menampakkan ada sesuatu yang lebih pada diri mereka.. sesuatu yang erat.. dan ia adalah sesuatu yang jarang untuk lelaki bergenggaman tangan berjalan bersama-sama.. untuk itu, Shahir sudah tahu akan jawapan soalan pada hatinya..

Shahir terdiam.. dia hanya membiarkan sahaja mereka berlalu pergi.. matanya masih lagi memandang dari jauh.. semakin jauh, kian menjauh.. akhirnya pasangan lelaki itu mula hilang dari pandangan apabila mereka berpusing ke arah lorong yang lain..

ini lah kali pertama dia memerhatikan situasi begitu.. sesuatu yang baginya adalah tidak normal.. dia tahu perkara itu wujud, namun ini lah kali pertama dia melihatnya di depan mata.. mendengar perkataan 'sayang' dari seorang lelaki kepada lelaki yang lain.. dia tahu, ianya adalah sesuatu yang tidak normal..

"Fahri..."

untuk sesuatu sebab yang dia sendiri tidak pasti, entah kenapa dia menyebut nama itu.. Fahri mula terbayang pada permikirannya..



*         *        *



hari ini adalah harinya.. entah kenapa aku mula sedikit cuak untuk menemui dirinya.. hari aku akan bertemu dengan Shahir lagi.. janji temu yang telah dirancang.. aku tidak pasti sama ada aku gembira ataupun takut.. aku tahu, jauh di sudut hati aku ada terselit perasaan gembira.. tapi aku juga tidak pasti dalam masa yang sama turut hadir satu perasaan takut..

aku bangun awal pada hari ini.. jam pukul 8 pagi, aku telah pun siap berkemas diri namun menunggu Ihsan yang masih lagi mensiapkan diri..

"sorry lambat.. okay.. okay.. aku dah siap dah.. jom.." akhirnya Ihsan keluar dari biliknya.. bergerak perlahan-lahan menuju ke kereta Ihsan di bahagian bawah, sambil-sambil itu aku memandang pada telefon bimbit aku taku-takut Shahir ada mengirimkan pesanan ringkas.. aku lihat, tiada..

sampai di bahagian bawah, aku mula masuk ke dalam kereta duduk bersebelahan dengan Ihsan.. enjin kereta dihidupkan.. seketika, kedua-dua kami mula menjadi bisu sementara menunggu enjin kereta dipanaskan..

"jadi, nak diturukan kat mana ni?" Ihsan mula bertanya..

"kat Central Station.. dia akan jemput aku kat sana.." balas aku..

"okay.." Ihsan mula memandu kereta meninggalkan perkarangan tempat tinggalnya itu..

bergerak, lalu semakin jauh meninggalkan tempat tinggal Ihsan.. pagi yang cerah.. keadaan trafik tidak lah begitu sesak.. Ihsan tidak lagi berkata apa-apa.. dia hanya tekun memandu.. dalam saat itu aku masih lagi menunggu jika Shahir ada menghubungi aku.. namun masih ada lagi pangilan ataupun pesanan ringkas.. sesekali aku memandang ke arah Ihsan yang sedang tekun memandu.. wajahnya tidak lah kelihatan ceria ataupun muram.. wajah normal yang tidak ada emosi yang ketara.. pada saat ini, aku mula teringat kembali pada kejadian semalam apabila aku memintanya untuk menghantar aku ke bandar.. dia tanya kan aku mengenai tujuan aku.. lalu aku jawab jujur, untuk bertemu seseorang.. aku juga berkata, aku mahu bertemu dengan Shahir.. aku tahu, Ihsan kenal dengan individu bernama Shahir.. siapa Shahir pada diri aku.. lalu balas Ihsan,

"okay.. pukul berapa nak bergerak esok?"

satu jawapan yang simple.. mudah dan tiada emosi.. sesuatu yang sedikit lari dari jangkaan aku.. mungkin aku menduga akan ada sesuatu yang lain.. aku tertanya-tanya mengenai reaksinya bila aku mahu berjumpa dengan Shahir.. tapi ianya satu emosi yang kosong.. lari dari jangkaan aku seolah-olah dia tidak ambil kisah..

kereta terhenti seketika sementara menunggu lampu trafik bernyala warna hijau..

"nanti bila balik nanti macam mana? nak aku ambil jemput juga?" Ihsan mula memecahkan kesunyian..

"ermm.. tak pasti lagi lah.. sebab aku pun tak tahu sampai bila kita orang akan keluar.. tapi aku akan cakap nanti kalau-kalau aku nak minta tolong.." balas aku..

"okay, apa-apa hal nanti call aku.." jawab Ihsan..

"okay.."

"excited?"

aku berkerut dahi.. wajah aku tidak memandang pada dirinya, tapi memandang ke hadapan.. Ihsan juga begitu, memandang tepat ke hadapan..

aku hanya mendiamkan diri tidak menjawab soalannya itu..

sampai di Central Station. aku perlahan-lahan keluar dari kereta.. aku perasan, mata Ihsan sedang liar memandang ke tempat lain di luar sana.. seolah-olah sedang mencari sesuatu.. aku mula berasa pelik seketika..

"apa-apa hal call aku.." Ihsan cuba mengingati lagi..

"ha ah.. tahu lah.." balas aku..

"aku jemput okay.." kata Ihsan lagi..

"ye.. aku tahu.."

"janji?" tanya dia..

"tentu lah.. kau ni macam takut-takut je.. kenapa?"

"tak ada lah.. aku just nak bawa kau pulang je.. okay.. aku pulang dulu.. apa-apa hal call aku.." Ihsan ingatkan lagi..

pintu kereta mula ditutup.. Ihsan mula meninggalkan tempat.. dari jauh aku memerhatikan keretanya yang mula menjauh.. pada saat ni aku rasa lain macam sikit.. entah.. aku rasa lain macam sikit dengan Ihsan itu.. tiba-tiba telefon aku berbunyi.. aku keluarkan telefon bimbit dari poket seluar.. tengok nama pada skrin telefon, tertera nama Shahir.. dengan serta merta aku menjawab panggilannya itu..

"Assalamuaikum.. dah sampai ke, Fahri?" kata Shahir..

"waalaikumsallam.. ha ah.. baru je.. ko kat mana sekarang?" tanya aku..

"aku kat east door.. kau kat mana?"

aku pada saat ni sudah pun masuk kat main hall dalam Central Station.. penuh dengan orang ramai, tercari-cari pintu timur..

"aku dah kat dalam.. takpe.. aku pergi ke tempat ko.."

tergesa-gesa aku melangkah laju.. mata aku meliar-liar mencari papan tanda yang menunjuk pintu ke luar.. terlihat pintu keluar, aku terus tergesa-gesa menuju ke pintu itu.. semakin dekat, dari jauh aku mula kelihatan kelibat Shahir di sebalik cermin lutsinar dinding bangunan.. dia sedang berdiri menunggu kedatangan aku.. entah kenapa pada saat ini, bibirku mula mengukirkan senyuman bila dapat melihatnya lagi..

terpandang akan kehadiran aku, Shahir mula melambaikan tangannya sambil mula tersenyum.. melihat dirinya yang tersenyum itu, hatiku mula berasa teruja untuk dekat dengannya.. berjalan perlahan-lahan, aku mendekati dirinya.. dia pandang aku dengan pandangan yang mesra.. entah kenapa pada saat ini hatiku mula berasa gembira sangat-sangat bila dapat melihat dirinya di depan mata..

"so, macam mana dengan cuti ko?" Shahir tersenyum sambil menghulurkan salam..

aku balas salaman tangannya itu.. aku juga mula tersenyum..

"okay.. ko pula? apa macam?"

"ermm.. not bad.. a bit busy juga lah.."

"so, nak pergi mana ye?" aku mula tertanya-tanya.. sebab sebenarnya Shahir takde pula beri tahu nak pergi mana sebelum ni.. dia hanya ajak keluar.. tapi takde pula cakap nak pergi ke mana..

"just ikut aku.." Shahir tersenyum..

aku hanya mengikutinya.. berdua-duaan, kami mula bergerak dari tempat itu..

"actually, aku pun tak tahu nak pergi mana.. hahaha.." tiba-tiba Shahir mula bersuara..

aku pandang wajah dia..

"mungkin aku hanya nak luangkan masa dengan ko.. tapi sebenarnya tak tahu pun nak pergi mana.." kata Shahir lagi.. "tapi aku nak tunjuk kat ko satu benda.."

"apa dia?"

"ko ikut aku.. ianya masih baru.. berwarna hitam.. berkilat.." kata Shahir seolah-olah mahu berteka-teki..

"apa benda yang masih baru? kau dapat benda baru ke?" tanya aku..

"ha ah.. dan kita akan menaikinya.. dan kau lah orang pertama jadi pembonceng aku.."

"motorsikal ke? ko dah ada motor ek?" aku dah macam boleh teka..

"pandai.. jom jumpa 'kekasih' baru aku.." ajak Shahir..

aku hanya menurut.. dalam hati aku pula terfikirkan pasal Shahir ni.. tiba-tiba je dia dah ada motorsikal.. bukan ke dia dah ada kereta.. kenapa nak ada motorsikal lagi.. and persoalannya, dia beli sendiri ke atau ada orang lain yang beri?

sampai di tempat parkir, akhirnya aku dapat melihat motorsikal baru milik Shahir itu.. berwarna hitam.. sangat sporty.. memang sesuai dengan orang muda seperti Shahir.. kalau Shahir pakai jeket kulit hitam sambil tunggang motorsikal ni mesti nampak macho sikit.. hahaha.. tapi hari ni Shahir hanya memakai baju kemeja-T biasa berwarna merah.. tapi, masih tetap bergaya dan sesuai sepadan dengan motorsikalnya itu.. namun... entah kenapa bila aku melihat motorsikal sport milik Shahir itu, aku mula teringat akan seseorang.. seseorang yang ada motorsikal hitam juga.. terdiam.. dalam hati aku mula teringatkan orang itu.. Saiful.. bisik hati aku.. kenapa pula aku tiba-tiba teringatkan tentang dia? terus teringat semula tentang kejadian beberapa hari lepas bila aku berjumpa dengan perempuan bernama Nora.. alamat rumah Saiful yang hilang gara-gara kecuaian aku..

"wah.. cantik.." puji aku, ikhlas..

"hadiah daripada ayah aku.." jawab Shahir.. "baru je.. dah lama dah idamkan motorsikal macam ni.."

anak orang kaya.. bisik hati aku.. tak kisah lah kalau mereka nak dapat apa pun.. kadang-kadang aku cemburu juga tengok dengan orang yang berduit ni.. boleh dapat apa benda mereka nak.. aku pula kalau nak dapat satu benda tu kena kumpul duit sendiri baru boleh dapat.. tapi tak kisah lah kan.. lagi pun Shahir ni orangnya baik-baik je.. kaya tapi baik, tak kisah lah kan.. jangan pula kaya dan sombong, itu memang tak suka..

"jadi, nak bawa aku bersiar-siar dengan motorsikal ni? hehehe.." tanya aku..

"ha ah.. niatnya macam tu lah.. kiranya kau lah yang pertama jadi pembonceng aku.. tapi aku tak sure pula nak bawa pergi mana.." balas Shahir..

"aku tak kisah kalau kau nak bawa ke mana pun.. tapi aku ingatkan awal-awal.. jangan bawa laju-laju sudah lah.. serius aku cakap, aku takut naik motor yang dibawa laju.."

"hahahaha.. rileks lah.. hurmm... okay.. aku rasa aku dah tahu nak bawa pergi mana.."

"nak ke mana?" tanya aku..

"tak kisah kan kalau aku bawa ke tempat yang jauh sikit?"

"rasanya tak kisah kot.. tapi nak pergi mana.." tanya aku lagi..

"ada lah.. ko just ikut aku.. jom.." Shahir dah mula menghulurkan topi keledar..

aku pakai kemudian aku pun mula nak duduk di belakang Shahir.. tapi waktu aku nak duduk di belakang Shahir entah kenapa aku macam teragak-agak sikit.. mungkin aku segan kot.. entah.. tak tahu kenapa pula rasa segan tu macam ada.. tapi aku hiraukan sahaja perasaan aku itu.. terus duduk di belakangnya.. sedikit bahagian tubuh kami bersentuhan.. entah kenapa aku mula rasa lain macam sikit.. ianya bukan lah kali pertama kami duduk berdekatan.. selama ini selalu je buat macam tu.. tapi kali ini aku duduk di belakangnya dari jarak yang dekat, aku boleh hidu bau minyak wangi yang dipakainya.. wangi.. terdiam.. terus-terus aku cuba berlagak normal..

motorsikal mula bergerak.. aku pun tak tahu dia nak bawa aku ke mana.. bergerak dengan kelajuan yang biasa, akhirnya kami mula meninggalkan Central Station..

"kau dah sarapan Fahri?" tanya Shahir sambil-sambil dia menunggang motor..

"dah.. kenapa?" tanya aku..

"tempat tu jauh sikit kot.. jadi mungkin ambil masa juga lah nak sampai.. tapi kalau kau lapar ke, cakap je lah.. kita singgah kat mana-mana nanti.."

"okay.." balas aku ringkas..

tapi dalam hati aku nak mula tertanya-tanya nak dibawa aku ke mana pula Shahir ni.. aku tak kisah lah kalau dia nak bawa aku ke mana-mana.. tapi bila dah buat aku jadi tertanya-tanya tu aku rasa macam tak sabar.. jadi ingin tahu..

kami bergerak dengan kelajuan yang biasa.. aku perasan, Shahir menuju ke arah luar ibu kota.. aku hanya mendiamkan diri.. jadi aku boleh simpulkan yang dia nak bawa aku keluar dari bandar ini.. tapi nak pergi mana, yang tu aku masih lagi tertanya-tanya.. dan aku masih juga mendiamkan diri sebab aku tahu biar pun aku nak tanya, Shahir pasti takkan cakap mana kot.. atau aku je malas nak tanya sebab rasa macam best pula benda-benda surprised macam ni..

dari jalan-jalan kat bandar sekarang dah melalui lebuh raya.. aku memang kenal dengan lebuh raya ini.. ia menghubungkan jalan antara satu negeri ke negeri yang lain.. aku terus jadi ragu-ragu sikit.. tertanya-tanya, biar betul Shahir ni.. ke dia nak bawa aku ke negeri lain? dia cakap, tempat tu jauh sikit.. jadi memang sah lah kot dia nak aku pergi dari negeri ini.. rasanya lah.. aku mula menduga..

"aku rasa aku dah tahu dah kau nak bawa aku ke mana?" tiba-tiba aku bersuara..

"dah boleh agak dah? ko tak kisah kan?" tanya Shahir..

"aku tak kisah.. tapi tak sangka pula ko nak bawa aku dengan naik motor.." kata aku..

"hahaha.. tapi tak kisah lah kan?"

"apa-apa je lah.. aku tak kisah.." jawab aku..



*          *         *


kami hanya melakukan hanya beberapa perkara.. aku sebagai sebagai pembonceng di belakang, Shahir pula adalah penunggang yang menentu arah tuju perjalanan.. kadang-kadang kami berbual.. berbicara mengenai banyak perkara yang berlaku sewaktu tempoh cuti ini.. tapi dalam kebanyakkan masa kami berdua hanya mendiamkan diri.. hanya ada kami berdua.. permandangan di kiri dan kanan yang asalnya dihiasi oleh oleh bangunan-bangunan dan rumah-rumah kediaman, kini mula menjadi semakin tiada.. kosong.. tapi kehijauan alam mula jadi penghias di kiri dan kanan.. di negara ini begitu lah keadaannya.. apabila kita berada di tempat bandar dan bahagian-bahagian di sekitar, di sekeliling kita penuh dengan bangunan-bangunan ciptaan manusia.. penuh dengan manusia yang sibuk dengan kehidupan masing-masing.. tapi, sekali kita melangkah keluar dari wilayah bandar menuju ke satu bandar yang lain, serta-merta keadaanya berubah.. yang ada disekitar kita hanya alam semula jadi.. dunia seakan kosong.. seakan-akan hanya ada seorang manusia di tempat itu.. dan manusia itu adalah kita.. kontras yang begitu ketara..

sudah satu jam perjalanan.. tapi kami masih belum lagi sampai ke tempat yang dituju.. lebuh raya kosong hanya kelihatan tubuh kami berdua.. sesekali ada juga beberapa buah kereta melintasi.. tapi untuk kebiasaanya, hanya ada aku dan Shahir.. kekosongan ini membuatkan aku menjadi tenang.. kami tidak lagi berbual.. aku hanya duduk diam membisu di belakangnya, sementara dia pula tekun mengemudi arah tuju.. sesekali kami berhenti di beberapa tempat perhentian untuk mengisi minyak.. tapi dalam kebanyakkan masa hanya lah duduk berdua-duaan dengan dirinya.. kosong.. seperti dunia ini hanya ada kami berdua.. langsung tidak membuat apa-apa, hanya duduk di belakang, namun entah kenapa langsung tidak wujud kebosanan.. masa seakan berlalu lama.. mungkin kerana kami hanya satu perkara yang sama membuatkan masa itu berdetik dengan lebih perlahan.. dia menunggang, aku pula pembonceng di belakangnya.. tapi aku tidak bosan dan aku tidak pasti kenapa aku tidak kebosanan.. dan entah kenapa aku rasakan ini lah saat yang paling lama aku duduk dengan dirinya..

"dah nak dekat dah.." tiba-tiba Shahir memecahkan kesunyian..

aku perhatikan ada papan tanda yang menunjukkan jumlah kilometer yang tinggal.. lebih kurang 34 kilometer perjalanan lagi yang tinggal.. dengan kelajuan yang Shahir bawa, aku agak mungkin kurang dari tempoh setengah jam lagi akan sampai ke tempat yang dituju.. keadaan di tepi yang pada asalnya kosong kini mula kelihatan beberapa rumah kediaman manusia tanda yang kami akan bakal tiba ke ibu kota.. namun cuaca yang asalnya ceria dan cerah telah pun mula berubah menjadi mendung..

tiba-tiba ada sesuatu yang menyentuh muka aku.. terasa sejuk.. basah.. dari satu titisan lalu mula datang titisan-titisan yang lain..

"dah hujan lah.." kata Shahir..

aku mendongak ke langit.. memang benar.. keadaan sekarang menunjukkan hari dah nak hujan.. terus aku mula rasa cemas.. kami masih lagi di lebuh raya.. kalau hujan, habis lah nanti..

"pegang aku kuat-kuat tau.. aku nak pecut.." kata Shahir..

aku hanya mendiamkan diri.. dengan serta-merta Shahir mula meningkatkan kelajuan.. aku mula cuak.. tanpa aku sedari, tanganku telah pun terus memeluk tubuh Shahir dari belakang.. motorsikal memecut dengan pantas.. hujan yang pada asalnya hanya rintik-rintik, kini mula semakin lebat..

memecut laju, tapi kami masih lagi berada di lebuh raya yang panjang.. tiada tempat yang boleh jadi perhentian di tepi dan kanan.. sekarang, keadaan sekeliling mula dipenuhi dengan kereta.. kereta-kereta itu juga bergerak laju tak putus-putus di kiri dan kanan.. tidak boleh berhenti.. terpaksa memecut laju juga..

semakin lebat.. kami berdua mula basah kuyup dimandikan hujan yang seakan ribut.. kami dah terperangkap dalam hujan..

Shahir pecut lagi.. semakin laju, motorsikal dibawa mencari tempat untuk berhenti dan berteduh..

basah dan sejuk.. gementar dengan kelajuan ini, tanganku semakin erat memeluk tubuh Shahir.. aku peluk.. tidak mahu melepaskan dirinya.. peluk sekuat hati aku..

bergerak dan terus bergerak laju..

kemudian, aku terdiam..

masa seakan terhenti seketika..

Aku peluk dirinya?

terdiam lagi..

untuk pertama kali, aku memeluk dirinya.. di bawah simbahan hujan lebat, aku telah memeluk dirinya.. untuk sesuatu yang aku sukar tafsirkan, entah kenapa aku rasa masa seakan terhenti seketika...

hujan dan terus menghujani.. kedua-dua pemuda ini telah terperangkap dalam hujan.. sejuk mula dapat dirasakan.. apa lagi pada kelajuan ini, hembusan bayu membuatkan lagi kersejukan itu dapat di rasai.. namun pada saat ini, ada 'kehangatan' yang aku mula rasakan.. ianya hangat yang menyenangkan.. kehangatan yang membuatkan aku lupa akan kesejukan..

terdiam.. aku peluk lagi tubuh dirinya..

erat.. dan semakin erat..

Shahir pecut dan terus memecut.. kami berdua memang sudah basah kuyup sepenuhnya.. terasa sakit.. titisan hujan pada kelajuan yang dibawa membuatkannya menjadi titisan yang menyakitkan.. tapi aku tahan sahaja.. aku tahu, Shahir juga merasai 'sakit' itu..

"I'm sorry, Fahri.." tiba-tiba Shahir bersuara..

terdiam, aku hanya mendengar kata-katanya itu..

"maaf kan aku.." katanya lagi..

tapi aku masih juga berdiam diri..

akhirnya kami dapat menjumpai tempat untuk berteduh.. di sebuah bangunan tepi jalan, kami mula berteduh daripada terus dibasahi oleh hujan.. aku duduk di satu sudut sedang mengigil menahan kesejukan.. aku juga melihat tubuh Shahir turut mengeletar.. dia pandang wajah aku.. begitu juga aku turut memandang wajahnya..

"maafkan aku sebab libatkan kau dalam perkara macam ni.." katanya..

tersenyum... aku mula menjawab, "tak pe.. bukan salah kau pun.. aku anggap ini sebagai satu pengalaman.."

"sejuk? tentu lah sejuk kan.." katanya lagi..

"tak pe.. aku masih boleh tahan.." entah kenapa aku masih juga tersenyum..

melihat riaksi aku yang langsung tidak menyalahkan dirinya, akhirnya perlahan-lahan Shahir pun mula mengukirkan senyuman..



ianya sejuk.. sungguh keadaan begitu sejuk..

namun di sebalik kesejukkan itu ada satu kehangatan..

tubuh aku mengeletar.. begitu juga dengan tubuh dirinya..

tapi kehangatan itu membuatkan aku lupa akan kesejukkan.. 

aku tidak tahu untuk menjelaskannya bagaimana..

tapi yang pasti 'kehangatan' itu wujud di sebalik kesejukkan..

sampai sekarang, tidak aku lupa 'kehangatan' itu..

di saat aku memeluk tubuh dirinya...





*         *         *



kami mengambil yang agak lama untuk membiarkan pakaian kami kering.. selepas sahaja hujan berhenti, kami berdua duduk di satu taman membiarkan matahari mengeringkan pakaian kami.. sedar pakaian kami tidak akan kering sepenuhnya, namun lebih elok jika ia kering sedikit sebelum kami pergi bergerak ke mana-mana.. Shahir ada beri cadangan untuk pergi ke kedai baju membeli baju sebagai ganti pakaian yang sudah basah.. aku tidak menolak cadangannya itu tapi asalkan tuan kedai baju itu membenarkan kami masuk seketika untuk bersalin baju dengan keadaan diri kami yang masih lagi berpakaian lembab..

mencari kedai-kedai yang berdekatan, mulanya kami meminta kebenaran penjaga kedai untuk membenarkan kami masuk menukar dan membeli baju dengan keadaan kami yang masih lagi agak basah.. nasib baik tuan kedai itu tidak ambil kisah, lalu kami pun mengambil pakaian yang diperlukan untuk mengantikan segala pakaian kami yang telah basah..

pada saat aku di dalam bilik persalinan, aku mula perasan yang telefon bimbit aku juga turut terkena tempias hujan.. dengan kata lain, apabila aku cuba menghidupkannya, tapi tidak juga berhasil.. kecewa, pada saat itu serta merta aku teringatkan akan Ihsan..

"nanti kalau ada apa-apa hal call aku.."

masih ingat lagi akan kata-katanya itu sebelum aku meninggalkannya... pada saat ini aku dah mula serba tak kena.. dia tak dapat aku hubungi.. dan aku pun tak hafal nombor telefonnya.. takut-takut kalau dia risau jika dia tidak dapat menghubungi dan aku pun tak menghubungi dirinya..

"macam mana dengan telefon kau? still okay tak? boleh ON?" tanya aku pada Shahir selepas sahaja kami siap bersalin baju yang baru..

"aku punya dah tak leh buka dah.. tadi kita basah kuyup habis.. memang sah lah dah tak leh ON.. ko punya? tak leh hidupkan gak?" tanya Shahir pula..

"ha ah.. dah tak leh hidupkan.. aku just risau kalau kawan aku risau je.. sebab kita orang ada janji satu benda.. dah janji dah kata dia nak jemput balik rumah nanti.. ko takde sesiapa yang risau pasal ko nanti ke?" tanya aku..

"aku tak benda yang dirisaukan sangat.. aku plan kalau-kalau kita boleh bermalam kat sini.. abang aku ada rumah kat sini.. jadi tak kisah sangat lah kot.." balas Shahir..

"sekejap.. ko kata nak bermalam kat sini? kenapa tak cakap awal-awal.. kalau tak aku dah boleh inform kawan aku awal-awal lagi.."

"sorry lah sebab tak cakap.. aku ingat kau pun tak kisah.. okay.. salah aku.. maaf.. sorry sangat.."

aku terdiam.. aku tidak lah marah.. cuma sekarang ni aku hanya risau kalau Ihsan jadi risau pasal aku.. sebenarnya kalau Shahir ajak aku bermalam kat sini (tanpa pengetahuan aku) pun aku tak kisah juga sebenarnya.. tapi kalau difikirkan semula macam ada salah aku juga.. aku dah agak dia akan bawa aku jauh sampai kat sini, jadi sepatutnya aku boleh fikir akan kemungkinan yang untuk bermalam kat sini.. nak balik boleh je.. tapi takkan lah nak balik malam-malam naik motor.. siangnya mesti lah dia nak ajak aku pergi mana-mana.. aku boleh je minta berpatah balik waktu aku sedar dia nak bawa aku ke sini.. tapi aku takde pula minta macam tu..

"so, macam mana sekarang? sekarang dah pukul 1.00 petang.. sempat lagi kalau nak balik, aku boleh je hantar pulang semula.." kata Shahir..

"tapi kita baru je sampai kat sini.. dan kau mesti dah rasa letih kan.." kata aku..

"tapi kau kata takut ada orang risau pasal kau.. aku boleh je bawa pulang semula.. tak pe.. aku tak letih pun.."

aku terdiam.. aku pandang wajah Shahir.. aku tahu dia tentu letih.. dia tentu rasa bersalah sebab tu letih dia kata tak letih.. tapi, sejujurnya aku tak rasa semua ni salah dia pun..

"tak pe lah.. kita stay kat sini je lah.. tak apa-apa kot.. lagi pun esok akan balik juga kan.. lagi pun aku takut pula jadi kes macam tadi.. tengah-tengah kat lebuh raya tiba-tiba hujan.." kata aku..

"aku rasa diri aku teruk lah.. sebab bawa banyak masalah kat ko pula hari ni.." kata Shahir yang masih lagi rasa bersalah..

"eh, tak pe.. aku rasa benda satu pengalaman gak kot.. dan kita pun tak boleh nak jangka apa yang akan jadi kan.." kata aku cuba membuatkan diri tenang sikit..

Shahir terdiam.. aku tahu dia mesti masih rasa tak sedap hati.. tapi sejujurnya aku tak rasa pun benda ni salah sesiapa pun.. benda dah jadi.. tak leh nak buat apa.. tapi dalam masa yang sama sebenarnya aku pun rasa tak sedap hati.. entah lah.. maybe sebab dah janji kat Ihsan kot.. dia mesti nanti akan rasa cemas sikit kot.. sebab tak boleh nak hubungi aku.. dan aku pun takde hubungi dia.. agak-agak dia marah tak nanti? tapi aku tak rasa pula dia nak marah.. yang pasti dia akan risau lah.. tapi esok bila aku balik nanti boleh lah nak jelaskan semuanya..

"so, macam mana? kita nak pergi ke mana sekarang?" tanya aku..




*          *          *



kami bersiar-siar di ibu kota itu.. aku pernah pergi ke kota ini beberapa kali sebelum ini.. jadi aku kenal sedikit sebanyak beberapa tempat kat sini.. kota ini mungkin kecil sedikit dengan bandar tempat aku belajar tapi ia lebih menarik di sebabkan oleh beberapa faktor.. bangunan-bangunan tidak lah begitu moden, tapi banyak dipenuhi oleh bangunan-bangunan lama yang pada mata aku mempunyai keunikkannya yang tersendiri.. terletak berdekatan dengan laut.. ada pantai yang panjang di sekitarnya.. bandar di tepi pantai, pada pandangan aku ianya satu kelebihan.. aku suka pada laut.. dulu, bila aku datang berkunjung ke kota ini aku selalu menghabiskan masa duduk bersendirian sambil memerhatikan permandangan di tepi pantai kota itu.. duduk sambil wajah dibelai hembusan bayu, sering aku rasakan ketenangan dalam situasi begini.. pada sebelah petangnya lebih mengujakan.. menghitung masa untuk matahari terbenam, ianya adalah sesuatu yang indah..

pada hari ini aku tidak keseorangan.. di satu sudut, aku dan sedang duduk bersebelahan sambil wajah kami menikmati suasana senja hari ini.. mungkin aku rasa ini hanya lah satu kebetulan.. tapi aku rasa pada saat-saat ini seakan berlaku berdasarkan apa yang aku harap.. aku pernah berfikir pada satu hari aku boleh berdua-dua seperti ini dengan orang yang aku sukai.. bersantai.. rileks.. ianya mungkin agak pasif.. hanya duduk sambil menikmati permandangan yang indah.. dan sekarang, aku sedang bersama dirinya, Shahir melakukan perkara yang aku pernah bayangkan.. tapi aku sedar, situasi yang berlaku sekarang adalah sesuatu yang berlainan.. dia bukan milik aku.. tidak ada hubungan seperti itu yang berlaku antara kami berdua.. namun aku tidak boleh nak menafikan yang aku seakan berkhayal seketika.. aku tahu ia adalah situasi yang berbeza.. namun, aku nikmati saat ini sepenuhnya..

tersenyum, aku memandang ke arah wajah Shahir..

"tak tahu kita boleh bersama macam ni lagi kan.. usually selepas habis study kawan-kawan kita mesti dah pergi jauh-jauh.. memang lepas tu dah susah nak jumpa lagi dah.. masing-masing membawa hala tuju sendiri.." Shahir berkata sambil wajahnya masih lagi menatap pada matahari senja..

aku hanya terdiam.. aku tongkat dagu ku lalu menikmati semula permandangan di hadapan aku..

"aku tahu ko ada cakap yang ko nak balik kat hometown ko.. but kalau nak pergi mana-mana, nak travel untuk melancong.. ajak lah aku sekali.. aku nak join juga.." kata Shahir lagi..

seperti biasa, aku kekal juga mendiamkan diri.. pada saat ini, aku mula terfikirkan tentang satu perkara.. ianya adalah sesuatu yang sebenarnya agak mengganggu fikiran aku.. masih tidak pasti sama ada aku betul-betul mahu melakukannya ataupun tidak..

persoalan tentang memori.. ada satu perkara yang aku takutkan mengenai memori..

semakin banyak kenangan yang tercipta, semakin sukar untuk kita melupakannya.. 

satu hipotesis aku mengenai memori..

aku takut.. aku gentar.. kenangan indah yang tercipta, suatu hari ia akan jadi satu beban bila kita mahu melupakkannya..

malamnya, aku dan Shahir bersiar-siar di sekitar pasar malam di kota itu.. kami makan malam di situ.. berborak seketika.. makan-makan.. aku rasakan pada hari ini keadaanya begitu santai sekali dengan melakukan aktiviti seperti ini.. berbual kosong.. bergurau-gurau kecil.. makan-makan.. kemudian bergurau-gurau.. selepas selesai makan, kami pun berjalan-jalan di sekitar pasar malam itu melihat kalau-kalau ada benda yang mahu dibeli.. pada saat itu, jam sedang menunjukkan pukul 9 malam.. tanpa aku sedari, memang sudah lama aku meluangkan masa dengan Shahir pada hari ini..

kemudian, kami berjalan menuju ke satu kawasan yang lain pula.. ada sebuah dataran di ibu kota itu.. di dataran ini adalah tempat yang agak popular dikunjungi oleh orang ramai pada waktu malam.. berjalan perlahan-lahan sambil memerhatikan aktiviti orang ramai di sekitar kawasab itu, tiba-tiba ada satu benda yang menarik perhatian aku..

langkah aku terhenti seketika.. ada satu objek bulat berwarna-warni telah menarik perhatian aku.. ia terletak jauh dari aku, tapi ia boleh dilihat dengan jelas sekali..

aku terdiam dan terus memerhatikan objek itu..

ia adalah sebuah roda ferris..

memandang tepat ke arahnya..

Roda Pelangi.. 

hatiku berbisik...

mata aku terus tetap memandang ke arah roda besi itu...

"kau pandang apa, Fahri?" Shahir mula tertanya..

dia mendekati aku lalu turut memandang ke arah tempat yang aku pandang..

"roda ferris.." Shahir tersenyum...

kelihatan satu roda ferris yang besar yang cukup indah disinari oleh lampu neon yang bewarna-warni..

"ia memang kelihatan cantik pada malam ini kan.." kata Shahir lagi..

aku hanya terdiam tapi tersenyum.. mataku masih lagi memandang ke arah roda ferris itu..

"ko pernah naik roda ferris tu tak, Fahri?" tanya Shahir..

entah kenapa aku terus tersentak dengan soalannya itu.. memandang wajahnya, kini mata kami saling berpandangan..

"nak naik tak?" ajak Shahir..

tersentak, aku tak mampu berkata-kata...

"tak nak ke? takut? tak kan lah takut kot.." Shahir masih lagi bertanya..

"eh.. takde lah.. mana ada takut.." balas aku..

"so, nak naik tak? aku belanja tiket.. jom.." kata Shahir lagi..

aku terdiam.. entah kenapa pada saat ini jantung aku mula berdebar-debar.. ada satu perkara mengenai roda ferris itu yang membuatkan aku teringat semula mengenai impian aku.. semakin mendekatinya, aku berterusan memandang ke arah roda besar itu..

sampai..

"besar giler kan roda ferris ni.." kata Shahir..

pada saat ini kami sedang berada di bawah roda ferris itu.. memandangnya dari bawah, ia sememangnya sebuah roda ferris yang sangat besar.. aku pandang dan terus memandangnya..

"ko nak naik tak? tak jawab lagi pun nak naik ke tak.." tanya Shahir lagi..

"ermm.. aku tak kisah pun.." balas aku..

"okay.. kalau macam tu jom kita pergi beratur.." ajak Shahir..

Shahir dah mula pergi beratur.. memandang aku yang masih tak bergerak, dia melambaikan tangannya.. aku gugup.. entah kenapa pada saat ini aku macam gementar.. bukan sebab aku takut untuk menaiki roda ferris itu.. tapi.. ianya mengingatkan aku tentang impian aku..

perlahan-lahan, akhirnya aku melangkah pergi mendekati Shahir..

"jadi, hari ini lah harinya aku akan menaiki roda pelangi ini?" bisik hati ku sambil tetap memandang pada roda besi itu..

terdiam, wajah aku mula memandang ke arah Shahir.. dia hanya kelihatan ceria.. sedar yang aku sedang memandang dirinya, dia mula mengukirkan senyuman.. tersenyum, aku mula tersenyum memandang senyuman manis dari nya itu..

"jadi.. ini lah hari nya kot.." bisik hatiku..

aku memandang semula pada roda ferris itu..

"hai roda pelangi.. aku akan menaikimu pada hari ni.." bisik hatiku lagi..

dari satu barisan ke satu barisan, akhirnya mula tiba giliran kami untuk menaiki roda ferris itu.. pada saat itu aku dah mula seakan gementar.. bukan kerana sebab aku takut.. tapi aku tak sangka impian aku kini telah terjadi..

"excitednya.." Shahir dah mula teruja.. dia dah mula masuk pada cabin apabila pintu telah dibuka..

aku memandang dirinya yang ceria, diriku juga mula mengukirkan senyuman..

perlahan-lahan, aku mula melangkah masuk ke dalam cabin.




aku pernah menyimpan satu impian...

satu hari nanti, aku akan menaiki Roda Pelangi itu dengan insan yang aku cintai..














Tuesday, 20 May 2014

PLU dengan Straight??










aku rasa benda ni aku dah cakap banyak kali dah.. and benda ni macam jadi satu rule dalam percintaan lah.. kononnya.. hahaha.. sebab dalam citer Unspeakable Love, ada disebut mengenai peraturan cinta 'gay'.. and the rule number one adalah 'jangan jatuh cinta pada lelaki straight..'

ada orang tanya aku pasal benda ni lagi.. but aku rasa mesej yang aku sampaikan tu macam jelas juga lah.. and kalau perasan, memang benda ni macam kerap kali juga lah aku sebut.. apa pendapat aku tentang kalau kita suka kat orang yang straight?






Unspeakable Love - Part 21

"kenapa kau tak luahkan perasaan kau dulu kat aku?" tanya Shahir..

aku beranikan diri untuk menjawab, "sebab aku takut kau akan bencikan aku.."

"kenapa kau tak nak kejar dan cuba memiliki aku??" tanya Shahir lagi..

"sebab aku tak mahu memiliki kau.. kerana aku tak pernah ada harapan begitu.." balasku lagi..

"kenapa pula? kau takut menyampaikan perasaan kau sendiri??"

"tak begitu.. sebab aku tak akan gembira jika aku memiliki kau.. sebab kau bukan seperti aku.."

"maksud kau?"

"aku fikir, kau tak seperti aku.. kau lah lelaki normal biasa di mata aku.. kalau aku luahkan perasaan aku pada kau, katakan lah kau menerimanya, maka kau telah pun terjebak masuk dalam dunia seperti aku.. dunia yang aku sendiri tidak inginkan.. jika hal itu berlaku maka kerana aku, kau masuk ke dunia itu.."





The Secret Admirer - Part 3

dan lagi.. persoalan tentang dirinya.. kalau aku suka dia pun, tak semestinya dia akan suka kat aku gak.. dan yang menjadi soalan penting juga adalah, adakah dia ni jenis yang boleh suka pada seorang lelaki gak? kalau dia seorang lelaki yang straight, for sure aku dah takde peluang kot.. dan lagi, aku pun tak berapa berkenan dengan tindakan nak 'mengsongsangkan' seorang lelaki straight.. aku tak rasa ia adalah satu tindakkan yang betul semata-mata hanya mahu merebut cinta seseorang tu.. for me, orang buat macam tu adalah orang yang selfish, hanya kerana mahu mengejar cinta, sanggup mengheret insan yang dicintainya itu masuk ke dunia songsang ini.. 





Dari Hati ke Hati

sebab aku ni jenis yang fikir jadi PLU bukan lah sesuatu yang orang akan suka.. aku ada pendapat yang mengatakan, kalau ko suka pada lelaki straight, biarkan lah dia kekal straight.. tak payah lah nak 'songsangkan' dia semata-mata sebab ko cinta kan dia gila-gila ke apa... biarkan je dia macam tu.. ko jadi happy lah kalau dia jadi PLU? and dia jadi PLU disebabkan ko? ada kes aku dengar macam ni..

"dulu aku ni takde lah suka kat lelaki.. tapi gara-gara seorang mamat ni (goda aku), aku dah suka kat lelaki pula.. disebabkan dia aku jadi PLU.."

then ko happy lah dapat memiliki cinta dia? but then ko tak sedar pula DOSA ko yang 'meng'gay'kan insan yang ko suka tu.. gara-gara ko membawa dia masuk dunia songsang.. hanya kerana sebab ko nak rebut cinta dia, then ko bawa dia masuk dunia 'gelap' ini.. so, aku rasa orang macam ni orang yang selfish.. sepatutnya kita happy yang orang yang kita sayang/cinta tu still remain straight.. walaupun dia takkan pernah nak balas perasaan kita, but kita patut happy yang dia tak jadi macam kita.. ko pun tahu jadi PLU ni tak best.. apa susahnya jadi PLU.. so tak payah nak drag orang yang ko sayang tu masuk ke dunia songsang ko juga.. ianya adalah rahmat yang dia still straight.. kalau ko betul-betul sayang kat dia, betul-betul cinta kat dia.. sepatutnya ko happy yang dia still straight.. cinta ada lah pengorbanan.. (aduh!! jiwang pula aku kali ni.. hahahaha).. even orang yang ko sayang tu takkan pernah balas cinta ko, but ko patut happy yang dia masih 'selamat' dari dunia yang ko rasa kan...










Thursday, 15 May 2014

To be 'TRUE' or 'FAKE'?







tiba-tiba hari ni aku teringat pasal lagi "Beautiful" oleh Christina Aguilera.. so aku search video kat Youtube.. apa yang aku nak cakap pasal entri kali ni adalah berkenaan quote yang actually agak common gak iaitu..



"just be yourself.."

"kita patut jadi diri sendiri.."

"we need to be true to ourselves.."

"accept who you are.."

"manusia itu takkan hidup bahagia selagi dia takleh nak terima diri dia sendiri.."



so kesimpulannya ada berkenaan dua perkara iaitu, first, jadi diri sendiri.. kedua, terima siapa diri kita seadanya.. 

but aku kadang-kadang rasa dua perkara ni macam very hard nak di adapt pada sesetengah kes.. aku nak sebut adalah mengenai homoseksual.. boleh tak ko jadi diri sendiri? boleh tak ko terima diri ko seadanya?

bagi aku benda ni macam konflik juga sebenarnya.. di satu sudut bila kita disyorkan untuk jadi diri sendiri and terima diri seadanya, but disebabkan satu faktor lain (homosexuality) benda ni macam buat kita sepatutnya jadi 'fake' pada diri sendiri.. 

aku rasa golongan PLU ni mengalami kesukaran untuk menerima dua konsep ini disebabkan faktor dalam budaya dan kepercayaan kita ia adalah sesuatu yang salah.. kalau ko jenis yang pegang pada pendapat ni lah.. so, ada orang yang memang susah nak terima diri dia (gay) and tak jadi diri sendiri dengan tidak mempamerkan perasaannya.. maksud aku macam dia suka kat orang ni, but dia takleh nak luahkan sebab ianya adalah salah sebab kita percaya adalah salah.. 

actually benda ni aku dah lama fikirkan sebenarnya.. aku ada fikir,

"antara perkara yang susah dengan orang PLU ni adalah, kita takleh nak jadi diri sendiri walaupun orang mengatakan kita patut terima siapa diri kita dan patut jadi diri sendiri.."

macam,

"macam mana aku nak terima diri aku sendiri, sebab aku gay?"

"i'm a gay.. and i hate myself.."

so, apa yang korang fikirkan mengenai kes macam ni? patut kah orang PLU tu 'jadi diri sendiri' dan 'terima diri seadanya' or sebaliknya? but in our malay/islamic cultures, ada tendency macam mengarahkan kepada kes yang sebaliknya.. macam mana korang nak adapt dengan dua konsep ini? adakah jadi 'fake' sebenarnya tak salah pun?


"just be yourself.."

"accept who you are.."







Monday, 12 May 2014

Cinta : Kenapa Perlu Adanya Nafsu?






















Kalau anda dalam my blog macam always guna perkataan Tuhan or God.. kenapa aku tak guna Allah? sebab aku rasa perkataan Tuhan or God tu lebih general.. so, semua orang tanpa kira agama boleh relate pada diri sendiri, not only for the muslims.. 

Wednesday, 7 May 2014

Australia






dah lama tak update blog.. ada yang tanya, bila nak update? bukan tak nak update. tapi bila nak taip entri baru tu macam tak tahu nak taip apa benda.. so, kali ni aku nak citer benda yang bukan isu PLU ke.. but just pasal perkara biasa-biasa je.. actually dah lama gak lah nak tulis pasal ni.. but tertangguh.. ada yang kata, kalau boleh nak baca entri pasal life kat Aussie.. so, kalau ada yang minat nak baca pasal ni, aku pun buat je lah kot..

okay.. sekarang aku nak citer pengalaman aku selama aku stay kat Aussie.. apa beza antara Aussie dengan Malaysia yang aku perasan and alami.. ye lah, mesti lain negara, lain benda yang ada.. so, bila kita merasai 'kelainan', kita pun kadang-kadang macam kena nak adapt dengan cara kat negara orang.. lama-lama dah jadi biasa.. so, di bawah ni antara perkara yang macam dah mula jadi kebiasaan selama aku stay kat Aussie.. 



tandas : tisu tandas
okay.. benda ni mungkin takde lah macam 'baru' sangat.. kat Malaysia sebenarnya ada je family yang guna kaedah macam ni.. but disebabkan aku ni orang kampung, so tak biasa pun dengan benda macam ni.. perkara apa? perkara, kalau nak berak tu guna tisu tandas je.. hahahaha.. so, benda ni actually antara perkara yang aku kena adapt sejak aku stay kat Aussie.. kalau nak berak, nak cuci bontot kena guna tisu tandas.. selama ni takde pun nak guna tisu tandas.. macam aku cakap lah, aku ni orang kampung.. mana ada guna style macam ni.. and aku pun percaya gak, majoriti orang (melayu) Malaysia kalau berak, tak banyak yang guna tisu tandas pun.. so, bila dah hidup kat Aussie, kena biasa kan lah habit macam ni.. sebab apa? kat Aussie tak macam kat Malaysia.. dekat-dekat jamban tu mana ada pili air.. kalau kat Malaysia kan, biasanya pili air tu akan ada dekat-dekat tempat kita berak.. memang dorang tak 'design' jamban dorang tu nak cuci bontot guna air.. pili air mesti jauh sikit dari tempat berak.. kalau teringin nak cuci bontot dengan air, kena bangun, bogel, sambil tahi-tahi still kat bontot, (hahahaha) and then jalan ambil air untuk cuci bontot.. but kalau nak prepare awal-awal, bawa lah gayung ke isi air dah sedia kat tepi.. but kadang-kadang korang terlupa je nak prepare air.. kalau teringin nak cuci bontot dengan air lah.. hahahaha.. and then bila aku nak biasakan diri nak guna tisu tandas ni, disebabkan sebelum ni bukannya biasa buat pun, so my bontot ni kira macam kulit still halus lagi kot.. tak biasa 'dikesat'.. so bila nak kesat tu, macam rasa sakit.. kalau korang nak cuci bontot dengan tisu, kadang-kadang tu rasa sakit bila actually sebelum ni your bontot tak biasa 'dikesat' dengan tisu pun.. faham tak maksud aku? maybe ikut jenis tisu tandas kot.. ada yang selesa dikesat, ada yang rasa sakit bila dikesat.. teringat lagi waktu aku balik Malaysia tahun lepas.. turun kat KLIA.. and then nak berak.. seriously wei, perkara pertama yang bermain kat minda aku time tu adalah..

"wah!! dah lama tak guna paip air untuk cuci bontot!"

hahahahahahaha




tandas/bilik mandi : tak berkunci
okay yang ni satu benda yang pelik.. aku pun tak sure kenapa orang kat Aussie ni buat benda macam ni.. tahu tak, mostly tandas or bilik mandi rumah kat Aussie takleh dikunci? seriously??? ha ah... memang macam tu.. but kalau ada bilik mandi or tandas berkunci tu mostly tak 'original' lah.. maksud aku dah kena modified.. but banyak rumah yang aku kunjungi, tandas dorang macam impossible nak kena modified untuk dikunci.. and aku rasa yang modified tandas bagi ada kunci ni mesti foreigner (macam Asians ke) yang ubah suai.. but kalau rumah asli yang takde 'pembaharuan', rumah asli local mostly tandas dorang takde kunci pun.. ingat lagi waktu first time datang kat Aussie, my senior cakap.. "tandas/bilik mandi takleh kunci tau.." aku pun pelik lah, kenapa pula takleh kunci? aku susah nak explain, but rumah my senior tu bilik mandi/tandas dorang macam impossible nak dikunci.. so, tertanya-tanya lah, "macam mana nak tahu kalau kat dalam tandas ada orang ke tak?" ye lah.. kot-kot kita tengah berak, tiba-tiba ada orang masuk, mampus! hahaha..

so, kalau yang tak tahu, actually kena tahu perkara macam ni.. how to avoid this?

1. okay.. kalau pintu bilik mandi/tandas tu tertutup.. tu maksudnya ada orang.. 
2. kalau pintu terbuka, takde orang lah tu..
3. but elok kita ketuk or curi-curi dengar kat pintu before nak masuk
4. so, kalau nak masuk bilik mandi/tandas yang takde kunci ni, kena cek dulu.. jangan main masuk je..

tak tahu lah kenapa mat salleh ni tak kunci bilik mandi/tandas dorang.. but in reality memang macam tu lah.. but rumah aku, tandas/bilik mandi boleh kunci lah.. maybe dah kena modified sebelum ni.. but banyak je rumah orang lain takleh kunci..

so, bila dah kat Aussie, kena tahu 'adab-adab' bila nak masuk tandas/bilik mandi.. kalau pintu tertutup tu, jangan main masuk je..

my friend ada cerita kat aku pasal pengelaman dia.. and aku rasa kelakar.. dia ada pergi party mat salleh.. biasa lah, kalau mat salleh berparti mesti nak minum arak semua.. mabuk-mabuk lah.. but my friend tak minum lah.. and then, my friend ni pun masuk tandas.. but suddenly pintu kena buka.. so my friend pun macam cemas lah.. so, try nak tutup balik pintu.. and then mat salleh yang nak masuk tu kata "i'm sorry.. i'm sorry.." macam tu..

so, boleh tak bayangkan situasi macam tu? bahaya kan tandas/bilik mandi kat Aussie ni.. apa reason dorang tak beri kunci??




nama : Muhammad
okay.. yang ni bagi aku macam lucu sikit.. nama lelaki paling popular kat Malaysia tak lain tak bukan adalah Mohammad, Muhammad or apa-apa je lah ejaan macam mana.. very common lah.. nama awal.. kalau kat dalam kelas, mesti ada orang yang nama dia ada Muhammad/Mohammad.. tapi, kebiasaannya, kita akan panggil orang tu dengan perkataan nama kedua.. maksud aku macam, kalau Mohmd. Rahman, orang akan panggil Rahman je.. kalau Muhd. Ramli, orang akan panggil Ramli je.. Mohd. Ridwan panggil Ridwan.. tak pernah lagi aku dengar kalau orang tu nama Mohd. Syafiq, orang panggil Mohammad.. mesti nak panggil Syafiq.. lain lah kalau nama orang tu macam Muhammad bin Najib.. kalau kes macam ni, memang akan panggi Muhammad je lah.. 

aku pernah ada cakap macam ni..

"aku ada nama panggilan baru kat Aussie.. mat salleh panggil aku Mohammad.. first time aku kena panggil Mohammad.."

apa benda sebenarnya? so, senang cakap, awal nama aku pun ada Mohd. gak.. and obviously, macam aku cakap lah, kalau kat Malaysia, mana ada orang nak panggil Mohd. pun.. macam aku beri contoh Mohd. Rahman orang panggil Rahman.. Mohd. Ramli orang panggil Ramli.. mana ada orang nak panggil Mohammad.. so, disebabkan nama Mohd. tu ada pada awal nama aku, automatik orang Aussie akan panggil dengan nama tu.. macam pergi bank ke, and mat salleh tu cakap, "Hi Mohammad.." kalau ada urusan kat uni ke, then orang bila tengok nama aku, and then terus cakap, "Mohammad.." bila nak panggil aku.. so, bagi aku weird lah.. sebab selama ni tak pernah pun kena panggil Mohammad sebelum ni.. and disebabkan nama Mohammad ni very popular dikalangan melayu, so banyak lah nama awal lelaki melayu ada nama Mohammad.. so, bila kat Aussie, semakin ramai lah kena panggil Mohammad.. banyaknye nama 'Mohammad' kat sini..

tengok kawan aku kena panggil Mohammad gak..

"eh, ko pun 'Mohammad' juga eh? hehehehe.."

so, kalau nama ko ada 'Mohammad', kena biasakan diri kalau orang panggil ko Mohammad.. walaupun actually selama ni tak pernah pun orang nak panggil ko Mohammad.. macam aku cakap lah, kalau Mohd. Ramli, orang panggil Ramli.. Mohd. Hassan, orang panggil Hassan.. Mohd. Lukman orang panggil Lukman.. tu kalau kat Malaysia..

but kalau ko kat Aussie..

tak kira lah nama ko Mohd. Shafiq ke, Mohd. Ridwan ke.. Mohd. Saiful ke.. Mohd. Amir.. apa-apa je lah Mohd.. but kat Aussie, mat salleh akan panggil Mohammad gak.. kecuali kalau ko cakap, just call me bla bla bla.. but malas je nak cakap just panggil aku dengan nama ni or tu ke.. sebab mat salleh ni dorang usually tak pandai nak sebut nama melayu.. but nama Mohammad pandai pula nak sebut.. so, Mohammad pun Mohammad je lah.. asal ko pandai nak sebut.. XD




panggilan 'mate'
and ni satu benda yang macam jadi trademark juga kot... penggunaan perkataan 'mate'.. aku tak sure lah kat UK or US macam mana.. but in my place, mat salleh suka nak panggil orang 'mate'.. very often lah sangat-sangat... tapi jangan fikir nak sebut 'mate' tu bunyi 'met'.. tapi bunyi macam mana orang Aussie sebut adalah 'mike'.. sebutan melayu 'maik'.. so, macam ni, orang akan panggil ko macam "Hi mate.." but bunyi macam"Hi mike.." bila kita kena panggil macam tu, kalau tak biasa akan fikir "sejak bila pula nama aku Mike ni?" hahahaha.. aku selalu fikir, macam mana penggunaan perkataan 'mate' kat sini sama macam penggunaan perkataan 'bro' kat malaysia.. macam..

"rileks lah bro.." kalau kat Aussie macam "rileks lah mate.."

"bro, ko ada rokok tak?" kat Aussie, "mate, ko ada rokok tak?"

"hati-hati lah bro.. jangan main lalu je.." kat Aussie, "hati-hati lah mate.. jangan main lalu je.."

"maaf bro, aku tak tahu lah bro.." jadi "maaf mate, aku tak tahu lah mate.."

so, faham tak macam mana pengunaan perkataan 'mate' kat situ? but yang bezanya kalau 'bro' kita tak guna pada semua orang.. takkan lah ko pakcik-pakcik panggil ko 'bro' gak.. but kat sini, pakcik bus pun panggil kita 'mate'.. lecturer or tutor panggil kita mate gak.. 

and panggilan 'mate' ni very common.. orang akan biasa panggil ko 'mate'..




disabled people
yang ni satu benda yang menarik gak.. aku waktu mula-mula kat Aussie, aku tengok macam very common lah tengok banyak orang yang lumpuh berkerusi roda kat sini.. macam, kat Aussie ni banyaknye orang guna kerusi roda.. but aku rasa, actually kat Malaysia banyak je orang lumpuh guna kerusi roda.. but kita jarang nampak kat Malaysia yang dorang bebas bergerak kat mana-mana je.. so, macam sangat jarang tengok benda macam tu kat Malaysia.. but in my place, tengok orang berkerusi roda tu macam dah common dah.. and yang menariknya dorang jalan seorang diri je.. takde teman pun.. macam independent lah.. aku rasa ni disebabkan faktor macam mana government dorang really care pasal golongan OKU ni.. macam orang OKU kat Aussie ni, biar pun lumpuh apa ke, but dorang bebas nak gi mana-mana biarpun tanpa ada teman.. antara faktor kenapa dorang bebas nak bergerak adalah bagaimana dorang design keadaan sekeliling tu sendiri.. macam kalau pedestrian tepi jalan tu dorang dah design macam boleh kena guna oleh orang OKU.. maksud aku, tak boleh macam tinggi sangat.. kena boleh dinaiki oleh kerusi roda.. kat Malaysia tak macam tu.. kalau pedestrian tepi jalan, kerusi roda mana boleh naik.. banyak yang takde 'slobe' yang kerusi roda boleh naik.. and every road kat Aussie yang aku perasan, memang macam tu.. mesti kena design biar org OKU pun boleh guna sekali.. kiranya dorang punya regulation macam ada pentingkan OKU gak.. even untuk course aku, kalau aku design apa sekali pun, mesti ambil kira pasal orang OKU gak.. so senang cakap, kat Aussie ni macam very OKU-friendly.. keadaan sekeliling mereka macam memang dah kena design untuk 'mudah' digunakan oleh orang OKU.. and maybe disebabkan tu orang OKU kat sini macam bebas nak gi mana-mana.. sebab takde halangan sangat macam kat Malaysia.. 




bayar guna mesin
pernah tak korang macam nak beli satu benda, tapi korang segan nak beli? takut orang fikir yang bukan-bukan ke apa.. aku waktu kecil dulu-dulu, zaman sekolah menengah macam ada juga alami situasi macam.. okay.. PLU ni kan kebiasaanya memang macam jenis yang pentingkan penampilan.. dorang pun nak nampak hensem gak.. and tipikal orang Asia, konsep cantik/hensem orang Asia suka pada orang berkulit cerah.. so, even kita sendiri pun macam teringin nak kulit lebih cerah lagi.. tak kira lelaki, dorang pun actually nak juga berkulit cerah.. straight ke tak straight sebenarnye sama je.. so, nak dipendekkan cerita, kadang-kadang bila dah lepas berjemur, kulit jadi hitam, ada lah beberapa my friend kat asrama yang guna krim pencerah macam Fair & Lovely.. dorang lelaki straight.. tapi pakai produk tu.. tak salah pun kan? but the problem is, aku kalau nak beli benda-benda macam tu yang macam 'too ladies' pada my opinion macam segan je nak beli.. sebab macam "eh, aku beli produk orang perempuan.." so, aku memang segan nak beli benda macam ni.. macam produk tu khas untuk perempuan.. and aku rasa malu kalau nak beli.. kalau produk tu macam Clear for Men, L'oreal for Men ke, aku tak segan lah nak beli.. but kalau benda macam 'very lah perempuan' punya produk, aku segan nak beli.. sebab kalau kita nak bayar, kena jumpa cashier dulu.. and cashier pun tengok apa benda yang beli.. tuala wanita ke (kakak yang berpesan..), so ada benda yang kita kadang-kadang malu nak beli.. or sebenarnya kita yang berfikir terlebih-lebih.. actually tak salah pun kalau kita nak beli..

but problem ni ada penyelesaiannya.. kat Aussie, kalau kat mall besar, (kalau kat Malaysia macam Tesco, Jusco macam tu lah), dorang ada mesin tempat kita boleh bayar sendiri.. so, kiranya macam benda ni layan diri lah.. and aku lagi suka guna kaedah ni.. cepat dan pantas.. and menyentuh kepada perkara di atas, bagi aku benda ni macam takde jadi lagi masalah lagi dah.. kira macam ada privasi sikit.. sebab orang tak tengok apa benda yang kita beli..

dulu aku pernah ada cakap kat FB, kalau korang beli kondom, mesti dah tak segan lagi dah kot.. sebab korang beli but takde orang yang tengok pun korang beli kondom ke.. aku pasti, mesti PLU yang nak beli kondom kat Seven Eleven tu macam nervous kan time nak bayar? sebab cashier tengok korang beli kondom.. aku tak kata lah aku beli kondom ke, but just nak cakap, aku suka ada mesin tempat bayar ni.. mudah dan pantas.. and maybe ada faktor privasi juga kot.. hahahaha