Perjumpaan Kelima
Dia ni orang yang paling muda yang jumpa dengan aku.. Umur
20.. so, disebabkan dia lagi muda, jadi aku takde lah rasa segan sangat pun
kalau nak jumpa.. perjumpaan kat Avanue K sebelah KLCC, but then lepas tu
jalan-jalan memang kat area kat KLCC tu lah.. jumpa dalam jam 6.00 petang
rasanya lepas dia habis kelas.. first jumpa tu dia macam Nampak segan-segan
sikit.. lepas beberapa perbualan time kita orang makan, baru aku tahu yang
actually aku ni adalah orang yang pertama dia pergi jumpa.. maksud aku macam
orang yang kita tak kenal sangat yang jumpa kat internet.. so, dia kata asalnya
dia pun berbelah bagi sama ada nak jumpa aku ke tak.. aku faham je lah, kalau
untuk first time ni, memang feeling macam doubt sikit.. so, aku ada cakap kat
dia, usually aku mudah nak ingat dengan ‘orang pertama’ dalam hidup aku.. first
time aku jumpa dengan kenalan internet (dari PR) adalah pada 2011.. and aku
still ingat dia sampai ke saat ini.. kadang-kadang aku ada skodeng juga profile
mamat yang first keluar dengan aku tu kat FB.. sebab dia orang pertama keluar
dengan aku, so aku memang akan ingat selalu..
So, seperti biasa, untuk membuatkan masing-masing berasa
selesa untuk perjumpaan kali pertama, antara langkah awal adalah lepak di
tempat makan.. aku ada cakap kat dia, based on experienced aku, perkara yang
paling awkward time jumpa orang ni adalah bila jumpa orang soalan pertama
adalah ‘okay, nak pergi ke mana?’ benda ni memang awkward sangat-sangat sebab
kita plan nak jumpa orang tu, but actually kita tak tahu nak pergi ke mana..
so, cara terbaik adalah ajak orang tu lepak kat tempat makan untuk berbual
dulu.. untuk hilangkan rasa awkward semua..
Kita orang borak banyak benda time kat food court.. but then
perbualan tu mula menjadi ‘deeper’ bila aku ajak dia berborak kat taman KLCC..
kat sana kita orang borak pasal ‘soal hati dan perasaan’.. pasal feeling dia
kat orang yang dia suka.. dia pernah tanya aku nak minta nasihat macam mana nak
hilangkan perasaan macam jeles ke apa, perasaan untuk merelakan orang tu, Cuma
berharapkan kebahagiaan orang tu tanpa menjalinkan apa-apa hubungan kapel
semua.. aku cakap kat dia, actually banyak juga orang minta nasihat dari aku
pasal ‘soal hati dan perasaan’ ni but kadang-kadang aku rasa aku tak layak
untuk cakap sebab aku sendiri pun tak pernah bercinta.. but aku cakap kat dia
kalau ikut keadaan aku sekarang, bagaimana feeling aku kat orang yang aku suka,
sampai sekarang ni aku tak boleh nak kata sama ada aku jatuh cinta kat dia or
tak.. so, aku tak tahu lah feeling dia kat orang tu macam mana, but for me kita
kena pasti kan betul-betul feeling tu macam mana dulu..
Mostly topic perbualan kita orang time tu adalah mengenai
topic ‘hati dan perasaan’ ni lah.. entah kenapa aku terfeeling macam orang yang
lebih berpengalaman then kongsi cerita, nasihat semua pada yang lebih muda..
maybe aku lebih berusia, and experienced lagi banyak benda banding dengan dia..
lagi pun based on apa yang aku perhatikan dia ni masih lagi ‘inesen’ dalam
banyak perkara.. for me maybe disebabkan factor family background semya yang
sedikit sebanyak mempengaruhi dirinya.. dia curious pasal macam mana PLU kat
Malaysia ni macam boleh kenal antara satu sama lain.. then aku cakap lah, ‘ada
je caranya, but kau je (yang still inesen) yang tak tahu caranya..
Dia ada tunjuk gambar lelaki yang dia suka tu kat aku.. bila
aku tengok gambar tu, aku cakap kat dia orang yang dia suka tu macam aku
sedikit.. maybe sebab kening tebal, terasa macam ada persamaan dengan aku..
antara reason kenapa aku aku suka nak berambut panjang dan rambut depan menutup
dahi disebabkan aku macam ala-ala nak cover sikit my kening yang tebal tu.. aku
takde lah kata tak suka dengan kening tebal aku tu.. suka je sebenarnya.. but
kadang-kadang bila kening tebal ni, kening tu macam jadi ‘fokus’ kat muka.. so,
aku macam nak seimbangkan kening yang tebal tu dengan rambut..
Perjumpaan Keenam
Jumpa pada waktu malam.. asalnya aku cakap macam ni, aku
kalau malam tak boleh nak balik lewat sangat.. sebab kata kawan aku, bus untuk
masuk UIA (tempat aku curi-curi tinggal) takkan masuk ke dalam UIA kalau lewat
sangat.. then, berlaku lah kelewatan komunikasi sebab dia tertinggal telefon
kat rumah semasa sedang bekerja.. aku time tu ada kat Mid Valley.. so, bila dia
tak balas apa-apa mesej aku, jadi mula curious sama ada perjumpaan ni akan jadi
ke tak.. tambahan lagi masa mula semakin gelap.. and aku pun tak boleh nak
balik lewat sangat.. but then lepas tu baru dapat mesej dia.. dia kata telefon
tertinggal semua.. aku takde lah marah pun.. walaupun balas lewat sikit..but
aku cakap je lah kat dia, aku tak boleh balik lewat sangat.. then, dia cakap,
takpe, nanti dia boleh hantar masuk ke UIA semua.. so, dah settle satu masalah,
lalu aku tunggu dia untuk jemput aku kat Mid Valley..
Pasal naik kereta ni sebenarnya macam aku tengah lari
daripada antara ‘peraturan aku’ bila nak jumpa strangers.. antara peraturan tu
adalah ‘elakkan diri daripada memasuki/menaiki kenderaan strangers yang kita
baru kenal buat pertama kali..’ reason kenapa aku kata jangan naik kenderaan
orang yang kita tak kenal sangat ni adalah kerana once kita naik kereta/motor
orang, kita sudah berada di bawah kawalan orang tu.. orang tu yang akan decide
ke mana dia nak bawa pergi semua.. kalau dia kata nak pergi KLCC, but suddenly
pergi tempat lain, kena tipu semua or berhenti kat tepi jalan, semuanya
bergantung pada pemandu kenderaan tu.. dia yang akan control kita once kita dah
tumpang.. benda ni sebenarnya based on my experienced aku sewaktu aku still
umur 19 tahun kat Putrajaya.. ada benda yang terjadi, yang membuatkan aku mula
belajar satu perkara iaitu ‘elakkan diri daripada menaiki kenderaan orang yang
kita tak kenal sangat lagi’.. but pada malam tu, aku naik je kereta reader
aku.. maybe sebab aku percaya kat dia kot.. aku percaya readers yang nak jumpa
aku adalah atas niat yang baik-baik je nak jumpa..
So, dia bawa aku pergi makan kat satu tempat yang aku still
tak pernah pergi lagi.. yang bestnya dia belanja aku makan.. dapat juga jimat
duit sikit.. hehehe.. orangnya lagi dewasa banding aku.. beza umur dalam 6
tahun.. aku guna word ‘kau-aku’ dengan dia.. but dia pula guna word ‘I-you’
dengan aku.. actually ni macam first time juga aku berbual panjang dengan orang
yang guna word ‘I-You’.. but lepas aku jumpa dia, aku curious pula kalau aku
macam ‘rude’ di mata dia sebab guna ‘kau-aku’ dengan dia.. sebab memang ada
yang tak ambil kisah pasal benda ni, but I know ada yang akan ambil kisah.. but
setakat ni aku jumpa dengan readers lain aku dah terbiasa guna ‘kau-aku’
walaupun ada yang jauh dewasa banding aku.. and dorang pun macam tak kisah
pun.. aku ni memang prefer guna ‘’kau-aku’ je, but at the same time aku tak nak
kelihatan rude pada sesetengah orang..
Mostly topic perbualan kita orang time tu adalah berkenaan
tentang travel-travel semua dan juga dunia pekerjaan.. dia yang aku perasan
memang macam agak kerap juga travel.. kadang-kadang tu aku terperasan juga
gambar-gambar dia travel kat my FB.. then kita orang bertukar-tukar hadiah bila
dia beri aku barangan yang dia beli waktu travel yang terkini, then aku pun
beri hadiah yang aku beli dari Australia kat dia.. dia tanya aku kalau nak gi
Australia perlu Visa ke? Then aku cakap,
setahu aku orang Malaysia tak perlukan Visa kalau nak gi Australia.. rasanya
dalam 30 hari pengecualian Visa untuk yang datang Australia kalau datang
sekadar untuk melancong.. but topic dunia pekerjaan pula aku dapat tahu yang
dia asalnya budak architecture juga macam aku, but sekarang ni dia kerja benda lain pula yang langsung takde
kena mengena dengan architecture.. lalu aku tanya lah bagaimana dia boleh tukar
pekerjaan walaupun tanpa memiliki another sijil Degree semua.. then dia tanya
aku pasal ‘Abang Long Muscle’ yang aku ada cerita dalam blog.. then aku pun
curious apasal banyak orang nak tahu pasal abang long tu? Bukan dia je, but ada
juga readers lain yang tanyakan pasal hal ni..
Perjumpaan Ketujuh
Pagi sebelum aku jumpa dengan the next reader, kawan aku
tanya “hari ni nak ke mana pula?” then aku balas, plannya nak pergi ke Istana
Negara yang lama.. dengar cerita Istana Lama tu dah dijadikan muzium.. so,
semalamnya aku ada google sikit pasal Istana Negara lama ni.. betul ke tak dah
dijadikan muzium.. then paginya tu aku ada google juga tentang cara-cara nak
pergi ke sana (dengan jalan kaki)… tapi time aku google tu macam takde exactly
cara yang bagus dan mudah untuk pergi ke Istana Negara lama tu dengan jalan
kaki melainkan pergi dengan kenderaan.. based on apa yang aku google, kalau nak
jalan kaki ke sana harus stop kat monorail stesen Tun Sabamtham.. then jalan kaki
kena melintasi lebuhraya.. plan asalnya nak pergi ke Istana Negara lama tu ajak
the next reader sekali pergi sana berjalan kaki.. but then aku fikir, “tak
semua orang berfikiran seperti aku..” aku ni memang suka nak pilih ‘jalan
susah’.. kalau yang kenal aku, kalau nak pergi ke satu tempat, aku memang suka
berjalan kaki kalau bab travel ni semua.. kalau tempat tu orang rasa jauh, but
usually bagi aku terasa dekat je.. sebab aku ni kaki ‘bertenaga’ sangat untuk
berjalan-jalan.. time kat Melbourne, jalan-jalan aku mana ader guna Tram
semua.. memang jalan kaki terus.. jauh-jauh but still tak kisah jalan kaki.. so,
disebabkan ‘tak semua orang berfikir seperti aku..’ jadi aku putuskan tak payah
lah kot ‘menyusahkan’ orang lain untuk ikut cara aku nak pergi jalan kaki ke
Istana Negara yang aku sendiri pun tak sure sangat nak pergi ke sana macam
mana.. bab-bab nak cari jalan ni aku memang minat lah.. ditambah lagi cuaca
panas Malaysia, orang lain memang tak sanggup kot, but aku boleh je.. kebetulan
pada pagi tu aku dapat tahu ada carnival buku kat KLCC.. so, aku decided untuk
pergi KLCC je lah.. banyak tempat duduk, boleh borak-borak dengan the next
reader..
Jumpa dengan dia kat KLCC.. dia kata dia pakai baju yang
sama dalam profile picture FB nya.. so, aku datang cari lah.. terserempak
dengan orang berpakaian yang seakan sama dari jauh.. but then aku lintasi je
orang tu.. lepas tu dari jauh aku perhatikan sambil tengok kat handphone..
betul ke orangnya? Baju dah sama tapi wajah macam lain sikit lah.. actually aku
tak pernah Nampak wajah full dia.. just wajah yang separuh-separuh je.. based
on apa yang aku gambarkan dalam otak aku, fikir dia ni macam orangnya Chinese
look macam tu.. tapi orang kat depan mata aku ni jenis yang ‘wajah melayu’ yang
ada janggut panjang.. so, aku mula nak doubt, betul ke tak orangnya? Aku mula
mendekati, rasa dia lah orangnya.. so, bila dah dekat tu aku pun tanya lah,
“so.. you??” and betul dia lah orangnya.. lari sikit dari imaginasi aku.. tapi
nasib aku tegur orang yang betul.. kalau tersalah, sure jadi segan..
Lalu aku pun ajak dia pergi ke KLCC.. kata ada carnival buku
kat sana.. dia macam tak familiar sangat dengan kawasan kat KL ni.. walaupun
pernah study somewhere around Selangor, but maybe dia jarang keluar ke KL kot,
so macam tak tahu sangat area kat KL ni.. mula tu ajak dia pergi ke carnival
buku kat KLCC but tak jumpa so, kita orang pun mula duduk di kawasan sekitar
air pancut tu.. pada saat tu, mula lah nak berborak semua.. untuk kenal diri
masing-masing.. orangnya lagi dewasa banding aku.. beza umur 3 tahun.. kita
orang mostly borak pasal cerita kehidupan yang menyentuh tentang dunia PLU ni..
pasal pengalaman dia semua.. and mostly seperti biasa aku macam lebih kepada
nak ‘dengar’ banding nak bercerita.. dengan readers lain pun macam tu lah..
maybe aku ni memang jenis ‘pendengar’ kot.. aku mula perasan yang dia suka nak
usha-usha orang yang lalu di sekitar.. then dia pun cakap lah orang yang mana
satu dia usha tu.. dari situ aku mula tahu bagaimana taste orang lain.. for me,
based on my impression semua, dia ni minat dengan lelaki yang ada ‘beautiful
face’ lah kot.. aku rasa dia mungkin jenis yang suka nak ‘approach’ banding
di’approach’ lah kot..
Then lepas tu ajak makan kat food court.. sambung berborak
kat sana pula.. before nak solat Zohor, dia ada bisik kat aku kata dia ada satu
soalan sensitive sikit nak tanya aku.. harap aku tak marah lah kalau dia
tanya.. aku cakap je lah kat dia, tanya je apa-apa.. aku tak marah.. aku expect
soalan sensitive ni macam soalan tanya aku ni pernah main ke tak main, top ke
bottom semua tu.. benda-benda macam ni lah.. but rupanya soalan dia, “kalau
pergi solat Zohor nanti, ikut solat sekali tak?” okay.. yang ni aku terkejut
sikit.. then aku jawab je lah.. ye.. aku solat Zohor sekali.. then aku mula
tanya diri sendiri, muka aku muka orang tak solat ke? Dia kata, ada orang yang
stay oversea ni yang dah tak solat semua.. so maybe fikir aku pun macam tu..
and ada je orang yang tak solat even stay Malaysia.. but honesly, kalau bab-bab
solat ni, nak kata aku ni jaga solat lima waktu sangat honestly tak juga..
lebih-lebih lagi kalau solat subuh.. ikut tempat, and ikut keadaan..
So far orangnya okay je.. but kadang-kadang aku pula
terfikir kalau-kalau dia tak selesa keluar dengan aku.. mungkin maybe aku bila
bercakap kuat sangat ke apa, aku berjalan laju sangat lah.. aku pun try nak
buat orang selesa jumpa dengan aku.. bila aku keluar dengan mana-mana readers,
aku try untuk jadikan perjumpaan tu tak macam obvious sangat macam ‘perjumpaan
golongan PLU’. Tak nak lah bila orang
pandang macam pandang semacam je.. tup.. tup.. tup.. terkeluar dalam blog KDL
dalam snap gambar dia.. hahaha.. mana lah tahu kan..
Perjumpaan Kelapan
Dia ni actually aku dah jumpa dah sebelum ni.. so, kiranya
ni macam perjumpaan untuk kali kedua lah pula.. dia teman kan aku pergi ke
carnival buku kat KLCC tu.. aku tahu carnival tu pun dari dia.. so, jalan-jalan
kat dalam tempat pameran.. ada pelbagai publisher buku.. so, dia pun ada lah
mencadangkan beberapa buah buku kat aku.. aku sekadar nak tengok-tengok je..
then aku ada bisik kat dia, dulu aku memang suka sangat nak baca novel ni
semua.. but sekarang ni bila aku masuk kedai buku, aku macam tercari-cari novel
genre PLU lah pula.. aku sedar benda macam tu macam susah giler nak mampus
untuk dicari, but still aku tak tahu kenapa kalau aku masuk kedai buku aku
tercari-cari novel macam tu.. mana lah tahu ada disebalik tajuk buku yang macam
‘straight’ but isi kandungan lain sikit.. then dia pun ada cadangkan beberapa
buah buku yang bergenre lain yang tak tipikal sangat, buku-buku yang bertema
berat dan Bahasa kasar mostly daripada publisher FIXI.. lalu cadangkan juga,
kalau aku nak terbitkan buku, boleh try kat FIXI.. but then aku cakap lah, even
novel aku sendiri pun tak tamat-tamat lagi, tak payah nak fikir pasal nak
publish semua.. actually novel Unspeakable Love tu pun pernah tersiar kat
Penulisan2u iaitu sebuah satu web novel terfemes kat Malaysia dan kini juga
mula menjadi publisher.. but then, baru sampai part 10 rasanya, penyiaran novel
Unspeakable Love tu pun dah diberhentikan.. aku kecewa juga lah, but at the
same time aku pun faham.. even aku sendiri tak sangka yang dorang boleh publish
citer Unspeakable Love tu pada awalnya..
Kita orang borak banyak benda lepas tu.. pergi lepak and
cari tempat duduk untuk bersembang.. aku ada bertanya kat dia pasal satu
benda.. aku tanya apa first impression dia pasal aku bila dah jumpa semua.. but
dia keras-keras kata itu adalah rahsia.. aku pun juga bertanya satu soalan yang
menyentuh tentang ‘soal suka kat seseorang’ ni.. aku curious pasal benda tu..
ingat kan nak tanya kat FB, but alang-alang dia di depan mata, so, better aku
tanya direct je.. bersembang dan bersembang.. dia ada tunjuk gambar bf dia..
aku tengok, Nampak hensem juga di mata aku.. hehehe.. lalu aku bertanya lah
tentang bagaimana dia boleh kenal dengan orang ni, orang tu.. orang-orang yang
actually aku kenal juga.. kenal kat internet je lah.. lepas tu dia temankan aku
shopping barang mainan yang aku nak beli untuk anak buah aku.. kita orang pergi
ke keda I-Setan kat KLCC cari barang mainan..